KOD AMALAN e-pembelajaran pasca siswazah - sps.utm.my · Bahasa yang digunakan bagi bahan...
Transcript of KOD AMALAN e-pembelajaran pasca siswazah - sps.utm.my · Bahasa yang digunakan bagi bahan...
KAPS-08
Kod Amalan e-Pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)
Cetakan Pertama 2009 (KAPS 01 – KAPS 08)
Pindaan Pertama 2012 (KAPS 09 – KAPS 14)
Pindaan Kedua 2012 (Semakan Pertama)
Pindaan Ketiga 2018 (KAPS 01 – KAPS 14)
© Sekolah Pengajian Siswazah, 1992
Kod Amalan Pengajian Siswazah (KAPS 01 -14)
Diluluskan Jawatankuasa Eksekutif Sekolah Pengajian Siswazah (4 Julai 2012)
Diluluskan Mesyuarat JKTS Dasar dan Entiti Akademik (7 Mac 2018)
Diluluskan SENAT UTM Bil 07/2017/2018 (21 Mac 2018)
Sekolah Pengajian Siswazah
81310 UTM Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim
Visi UTM
Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf
dunia.
Visi SPS
UTM akan menjadi sebuah universiti yang berasaskan kepada Pengajian
Pasca siswazah dan sebuah pusat rujukan pendidikan siswazah
Misi UTM
Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif
demi pengkayaan khazanah negara.
Misi SPS
Mewujudkan sebuah pusat pendidikan siswazah yang mempunyai ekosistem
pembelajaran yang menawarkan program-program berkualiti dan
memperkayakan pengalaman pelajar untuk berhadapan dengan dunia yang
mencabar.
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1 2.0 SKOP 1 3.0 DEFINISI 1 4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 2 5.0 PROSES DAN PELAKSANAAN 5 6.0 DOKUMEN LAIN YANG BERKAITAN 9
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1
1.0 PENGENALAN
1.1 Universiti adalah komited dalam menyediakan kaedah pembelajaran
yang luwes yang mengambilkira kepelbagaian dalam mod
pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia.
1.2 Kod amalan ini disediakan bagi menggalakkan pembangunan dan juga
penggunaan e-pembelajaran sebagai satu kaedah dalam proses P&P di
universiti ini.
1.3 Kod amalan ini juga bertindak sebagai panduan bagi memastikan
pengalaman pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui
penggunaan e-pembelajaran yang berkesan.
1.4 Kod amalan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sejajar dengan
keperluan semasa dan kemajuan teknologi.
2.0 SKOP
Kod amalan ini secara umumnya merangkumi semua aspek yang melibatkan
pelaksanaan e-pembelajaran di universiti ini. Ianya terpakai untuk semua
pengajian perdana sepenuh masa dan separuh masa program Sarjana dan
program Kedoktororan.
3.0 DEFINISI
3.1 e-Pembelajaran
e-Pembelajaran (e-learning) ialah penggunaan web dan lain-lain
teknologi internet untuk meningkatkan pengalaman pengajaran dan
pembelajaran.
3.2 Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System,
LMS)
Sistem Pengurusan Pembelajaran ialah suatu sistem yang
membolehkan maklumat kursus, nota kuliah, kemudahan
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2
komunikasi dan lain-lain aktiviti pembelajaran diakses melalui
rangkaian komputer universiti.
3.3 Massive Open Online Courses (MOOC)
MOOC ialah kursus dalam talian yang menyediakan cara yang
berpatutan dan fleksibel untuk mempelajari kemahiran baru,
memajukan kerjaya diri dan menyampaikan pengalaman pendidikan
berkualiti secara berskala.
4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Berikut disenaraikan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh
setiap pihak yang terlibat dalam penggunaan dan perkembangan e-
pembelajaran di Universiti Teknologi Malaysia.
4.1 Senat Universiti
Pihak pengurusan universiti menerusi Senat bertanggungjawab
menetapkan hala tuju dan polisi universiti khususnya yang berkaitan
dengan penggunaan e-pembelajaran dalam proses P&P.
4.2 Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL)
4.2.1 Menyediakan program latihan dan sokongan untuk pensyarah.
4.2.2 Menyediakan kemudahan dan sokongan kepada pensyarah
dalam merekabentuk dan membangunkan bahan P&P
multimedia.
4.2.3 Menyediakan manual, panduan penggunaan, garis panduan,
tutorial dan sebagainya untuk kegunaan pensyarah.
4.2.4 Memantau pelaksanaan dan perkembangan penggunaan e-
pembelajaran di kalangan pensyarah dan mahasiswa dan
melaporkannya kepada pihak universiti secara berkala.
4.2.5 Menyediakan indeks aktiviti yang menjadi penunjuk aras
kepada aktiviti e-pembelajaran.
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 3
4.2.6 Menjalankan kajian keberkesanan program e-pembelajaran dan
mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan.
4.2.7 Menyediakan kandungan bagi MOOC UTM selain mendapatkan
kerjasama daripada fakulti dalam penyediaan kandungan
tersebut.
4.3 Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Pusat ICT)
4.3.1 Menyediakan program latihan dan sokongan untuk mahasiswa.
4.3.2 Menyediakan kemudahan komputer, perisian dan talian
internet untuk kegunaan mahasiswa mencapai sistem e-
pembelajaran universiti.
4.3.3 Mengurus, membangun dan memastikan infrastruktur
teknologi, seperti komputer pelayan, perisian sistem
pengurusan pembelajaran (LMS) yang digunakan, berfungsi
dengan baik.
4.3.4 Mencari, mengkaji dan membangunkan teknologi-teknologi
baru dan bersesuaian dengan keperluan P&P berasaskan
penggunaan teknologi di universiti bersama pihak CTL.
4.3.5 Menjamin keselamatan data utama dalam sistem e-
pembelajaran dan melakukan ‘backup’ supaya data e-
pembelajaran disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh
dua tahun (atau empat semester) bagi tujuan rujukan.
4.3.6 Memastikan Infrastruktur ICT yang disediakan dimasukkan
dalam Pelan Pengurusan Risiko Bencana Alam agar individu
yang menguruskan mengambil maklum berkaitan tindakan
yang perlu diambil sekiranya berlaku sesuatu bencana.
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 4
4.4 Dekan Fakulti
4.4.1 Menyediakan sokongan dari segi kemudahan komputer yang
dilengkapi dengan rangkaian komunikasi termasuk capaian
kepada internet bagi kegunaan staf akademik dan juga
mahasiswa.
4.4.2 Melengkapkan bilik-bilik kuliah dengan kemudahan
berasaskan teknologi yang bersesuaian bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran.
4.4.3 Menyediakan sokongan dan motivasi yang bersesuaian kepada
staf akademik dalam penggunaan e-pembelajaran atau
pembangunan bahan P&P digital.
4.4.4 Membentuk jawatankuasa penyelarasan e-pembelajaran di
peringkat fakulti yang diketuai oleh Dekan bagi memantau
pelaksanaan e-pembelajaran di fakulti.
4.4.5 Mengambil tindakan penambahbaikan susulan berdasarkan
laporan pemantauan.
4.5 Staf Akademik
4.5.1 Menyediakan nota atau bahan P&P yang bersesuaian dengan
silabus kursus dan memasukkan ke dalam sistem e-
pembelajaran untuk rujukan mahasiswa.
4.5.2 Bekerjasama dengan pihak CTL sebagai pakar rujuk atau pakar
isi kandungan bagi tujuan mereka bentuk dan membangunkan
bahan P&P multimedia interaktif bagi kursus kendalian
masing-masing.
4.5.3 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang
dimasukkan ke dalam kursus kendalian masing-masing di
dalam sistem e-pembelajaran.
4.5.4 Melibatkan diri secara aktif di dalam sistem e-pembelajaran
bagi kursus kendalian masing-masing.
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 5
4.5.5 Mengemaskini dan mempertingkatkan bahan pembelajaran
yang disediakan.
4.6 Mahasiswa
4.6.1 Mengambil bahagian aktif dalam penggunaan aktiviti
pembelajaran yang telah disediakan melalui sistem e-
pembelajaran.
4.6.2 Tidak menyalahgunakan kemudahan yang disediakan bagi
tujuan-tujuan lain selain daripada untuk tujuan pembelajaran.
5.0 PROSES DAN PELAKSANAAN
5.1 Mod Pelaksanaan
E-pembelajaran yang dilaksanakan di UTM adalah merupakan
pendekatan tambahan/sampingan kepada kaedah pembelajaran
konvensional. Ia juga selalu dipanggil kaedah hibrid atau ‘blended
learning’. Ini bermakna e-pembelajaran tidak boleh menggantikan
kaedah pertemuan dalam bilik kuliah. Dalam erti kata lain, pensyarah
dan mahasiswa masih perlu bersemuka di dalam bilik kuliah mengikut
masa dan waktu kuliah yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
5.2 Tahap Pelaksanaan
Pelaksanaan e-pembelajaran UTM dijalankan di semua peringkat
pengajian (diploma dan ijazah) dan mengandungi kategori berikut:
Kategori 1: Penyediaan maklumat Rangka Kursus. Semua kursus yang
ditawarkan mesti mempunyai Rangka Kursus yang boleh diakses oleh
mahasiswa di awal semester.
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 6
Kategori 2: Penyediaan bahan P&P seperti nota kuliah, soalan-soalan latihan,
sumber rujukan dan lain-lain bahan berkaitan. Ini dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat dimulai dengan nota untuk kursus
tahun pertama.
Kategori 3: Penyediaan modul pengajaran dan pembelajaran interaktif
berasaskan penggunaan teknologi multimedia.
5.3 Pemantauan Standard
Bagi menjamin pelaksanaan e-pembelajaran di universiti memenuhi
matlamat yang ditetapkan, bahan yang dimasukkan mestilah yang
terkini dan memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh Fakulti.
Misalnya, maklumat Rangka Kursus perlu dimasukkan selewat-
lewatnya pada minggu kedua selepas kuliah bermula. Bagi nota kuliah
pula, perlulah dimasukkan secara berterusan sepanjang semester.
5.4 Bahasa
Bahasa yang digunakan bagi bahan e-pembelajaran yang
dibangunkan boleh dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
bergantung pada bahasa pengantar bagi kursus tersebut.
5.5 Capaian oleh Mahasiswa
Semua mahasiswa aliran perdana (Sarjana dan Kedoktoran) yang
berdaftar di universiti secara automatik boleh menggunakan sistem e-
pembelajaran. Mahasiswa yang bukan berada dalam aliran perdana
juga berpeluang menggunakan sistem e-pembelajaran UTM tetapi
berdasarkan permintaan oleh staf akademik yang berkaitan. Sistem e-
pembelajaran UTM boleh dicapai sama ada dari dalam kampus
mahupun luar kampus dengan menggunakan nama pengguna (user
ID) dan kata laluan (password) yang dibekalkan kepada setiap
mahasiswa yang berdaftar.
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 7
5.6 Indeks Aktiviti
Bagi menjamin tahap penggunaan sistem e-pembelajaran adalah aktif
sepanjang semester, suatu penunjuk aras yang dikenali sebagai
indeks capaian minimum (ICM) akan digunakan bagi mengukur
sejauh mana sistem e-pembelajaran bagi sesuatu kursus itu
dimanfaatkan oleh mahasiswa dan juga staf akademik.
5.7 Harta Intelek dan Hakcipta
Terdapat dua pendekatan atau model yang boleh dipraktikkan di
peringkat universiti berkaitan dengan isu hak cipta bahan P&P yang
disediakan oleh staf akademik. Model yang akan digunakan adalah
bergantung pada cara bagaimana bahan tersebut dibangunkan.
5.7.1 Sekiranya staf akademik menerima bantuan dalam bentuk
khidmat nasihat daripada perekabentuk pengajaran
(instructional designer) atau bantuan daripada staf
pembangunan multimedia, hakcipta terhadap bahan yang
dihasilkan adalah milik bersama antara pensyarah dan
universiti. Dalam hal ini universiti berhak menggunakan bahan
tersebut untuk diajar oleh staf lain selain daripada staf yang
membangunkannya dengan membayar sedikit royalti. Sebarang
keputusan untuk mengkomersilkan bahan tersebut hendaklah
dibuat dengan persetujuan kedua belah pihak.
5.7.2 Sekiranya pensyarah diberikan ganjaran seperti pengurangan
beban tugas, geran atau upah untuk membangunkan bahan
P&P, di samping bantuan daripada instructional designer atau
staf pembangunan multimedia, hakcipta terhadap bahan yang
dihasilkan adalah milik universiti. Pensyarah bagaimanapun
masih boleh menggunakan komponen dalam bahan pengajaran
(nota, slaid, latihan dll.) untuk kegunaan lain seperti dalam
pengajaran di kelas, penerbitan, seminar dan sebagainya. Ianya
bagaimanapun tidak boleh digunakan di institusi
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 8
5.8 Ganjaran dan Motivasi
Penyediaan bahan P&P dalam bentuk digital untuk menyokong
pelaksanaan e-pembelajaran memerlukan pengorbanan dari segi masa
dan tenaga staf akademik. Sebagai balasan, universiti akan
menyediakan insentif dan ganjaran kepada staf akademik yang
menggunakan teknologi untuk membantu pengajaran mereka. Ini
termasuklah:
i. Pengiktirafan yang sewajarnya dalam proses kenaikan pangkat.
ii. Mengiktiraf kerja-kerja membangunkan bahan pengajaran
multimedia sebagai suatu beban tugas.
iii. Sokongan dalam bentuk khidmat nasihat daripada instructional
designer atau staf pembangunan multimedia.
iv. Penghargaan dan insentif kepada staf akademik yang telah
berjaya membuktikan kesungguhannya dalam meningkatkan
peluang pembelajaran yang lebih baik menerusi penggunaan
teknologi.
v.
6.0 DOKUMEN YANG BERKAITAN
i. Kod Amalan Jaminan Kualiti Pengajian Siswazah (KAPS-01)
ii. Kod Amalan Pembangunan, Rekabentuk dan Semakan Kurikulum
Program Pasca Siswazah (KAPS-02)
iii. Kod Amalan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pasca Siswazah
(KAPS-03)
iv. Kod Amalan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pasca Siswazah
(KAPS-04)
v. Kod Amalan Infrastuktur, Peralatan dan Persekitaran Pengajian
Siswazah (KAPS-05)
vi. Kod Amalan Penaksiran Pembelajaran Pasca Siswazah (KAPS-06)
vii. Proses Kerja e-pembelajaran
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 9
PROSES E-PEMBELAJARAN
[KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN PASCA SISWAZAH] KAPS-08
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 10
2 minggu sebelum semester mula fakulti masukkan
nama pensyarah & kursus ke dalam sistem AIMS
(1 salinan ke SPS & CTL)
1 minggu sebelum kuliah CICT akan muatnaik kursus
ke dalam e-learning dari AIMS
Pensyarah mula masukkan notes
Minggu 1 – 3 Kuliah CICT akan muatnaik kursus ke
dalam e-learning dari AIMS (update secara automatik)
Semakan 1 – kemajuan e-learning oleh CTL pada
minggu ke 9 (Semakan L1)
**cadangan minggu ke 6
Semakan 2 – kemajuan e-learning oleh CTL pada
minggu ke 17 (Semakan L1 & Course notes)
Laporan Kemajuan e-learning oleh
CTL dibentangkan di JAPSU
PROSES KERJA E-ELEARNING
Pemantauan oleh fakulti