Kod Etika Guru-piagam pelanggan.pdf

3
1 INSTED, IIUM ETHICS IN EDUCATIION (EDI 2701) Maksud Etika Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional 1- Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll. 2- Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Source: http://dukeamienerev.blogspot.com Etika Perguruan Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1- Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2- Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3- Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4- Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Transcript of Kod Etika Guru-piagam pelanggan.pdf

  • INSTED, IIUM

    ETHICS IN EDUCATIION (EDI 2701)

    Maksud Etika Profesional

    Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan

    disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek

    yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku

    profesion dalam masyarakat.

    Skop Etika Profesional

    1- Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal

    yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.

    2- Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang

    bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

    Source: http://dukeamienerev.blogspot.com

    Etika Perguruan

    Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan

    negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

    Kepentingan Etika Guru

    Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.

    Kod etika dianggap penting kerana:

    1- Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku

    dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh

    guru.

    2- Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab

    guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru

    lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

    3- Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini

    menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.

    Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara

    ini ataupun di negara lain.

    4- Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini

    dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat

    menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan

    dikuatkuasakan.

  • 5- Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion

    perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat

    untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan

    menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

    6- Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.

    Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan

    yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab

    bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

    (INTAN, 1991).

    KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN/ PIAGAM PELANGGAN

    1- Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh

    mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang

    kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

    2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada

    jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

    3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan

    jujur.

    4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid

    mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan

    atau persendirian.

    5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

    6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira

    bangsa dan agama atau kepercayaan.

    7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk

    tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

    8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua

    murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan

    politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

    9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya

    dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi

    jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

    10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai

    diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

    11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh

    membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

  • 12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan

    murid, masyarakat atau negara.

    13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya

    mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

    14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh

    mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

    15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau

    'role model' kepada muridnya.

    16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk

    pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah

    atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

    17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran

    persendirian.

    18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik

    persendirian terhadap muridnya.

    19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau

    ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

    20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

    21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)

    untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

    22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan

    namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

    Source:

    http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/

    http://dukeamienerev.blogspot.com