KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus...

50
KOD ETIKA KAMI

Transcript of KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus...

Page 1: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

KOD ETIKA KAMI

Page 2: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

MESEJ DARIPADA DAVE GITLIN

Di Carrier, kami menuntut prestasi tinggi dan integriti

tinggi dari semua pekerja kami serta semua orang

yang berurus niaga dengan kami.

Menjejaskan nilai atau integriti kami untuk

mencapai matlamat perniagaan kami adalah

sesuatu yang tidak boleh diterima.

Kami adalah syarikat yang komited

untuk sentiasa melakukan perkara

yang betul.

Tiada pengecualian.

Dave

President & CEO, Carrier

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Page 3: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

ISI KANDUNGAN

Perihal Tatakelakuan Kita 3

Bersatu Kita Teguh 12

Kita melaksanakan untuk pelanggan kita – Berdasarkan merit produk dan perkhidmatan kita 21

Kita Pengawas yang Bertanggungjawab bagi Pelabur Kita 32

Kita Membina Perkongsian yang Bertahan Lama 43

Kita Melibatkan Diri dalam Masyarakat Kita 46

Page 4: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

3

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

PERIHAL TATAKELAKUAN KITA

Kekuatan Melalui Nilai 4

Nilai-nilai sedang Beraksi 5

Tanggungjawab Kita 6

Membuat Keputusan Beretika 7

Bersuara dan Minta Bantuan 8

Bagaimana Kita Mendukung Tatakelakuan tersebut 9

Penepian 10

Legasi Inovasi dan Integriti 11

Page 5: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

4

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

KEKUATAN MELALUI NILAI

Kita berbeza tetapi disatukan oleh tujuan dan nilai bersama.

Kita mencipta dan membangunkan cara baharu lagi baik untuk menjaga keselamatan, keselesaan individu dan menggerakkan mereka.

Kita memupuk kekuatan menerusi Penyertaan, yang disampaikan dengan Kecemerlangan, berkembang melalui Inovasi, melayan orang lain dengan penuh Hormat, dan bertindak dengan Integriti dalam segala perkara yang kita lakukan.

Kejayaan Syarikat kita dipacu oleh bakat, kemahiran dan dedikasi warganya. Kita menghormati dan menghargai satu sama lain sebagai individu dan mengiktiraf bahawa kita hanya boleh mencapai potensi kita dengan sepenuhnya secara bersama. Sambil kita beroperasi sepanjang masa di seluruh dunia, keadaan dan cabaran yang kita hadapi mungkin berbeza, namun nilai teras kita tiada perbezaan. Nilai-nilai kita meminta kita untuk bertindak secara telus dan tidak sekali-kali mengambil jalan keluar dengan menipu, mencuri atau sebarang bentuk penipuan lain.

Nilai-nilai kita menghubungkan, memimpin dan memperkasakan kita. Ia menentukan siapa kita, apa yang kita wakili dan bagaimana kita menjalankan perniagaan kita. Dalam persekitaran perniagaan yang rumit dan dinamik, yang mempunyai tekanan yang hebat dan cabaran yang selalunya unik, nilai-nilai kita memberi kejelasan dan kekonsistenan kepada kita dan mengeratkan hubungan kita. Nilai-nilai kita membantu kita mencapai standard kualiti, keselamatan dan prestasi yang tinggi yang diharapkan dan sepatutnya diterima oleh pelanggan kita Ia membimbing kita walaupun tidak ada peraturan yang diguna pakai. Pendek kata, nilai-nilai kita menyatukan kita sambil kita menjalankan tugas kita.

Kita menjadikan kehidupan moden dapat dicapaiPerniagaan global kita memacu industri sistem pembinaan.

Nilai-nilai Kami, Nilai-nilai AndaKod Etika Global Kami telah dicipta dengan input beribu-ribu pekerja. Ia dibangunkan atas usaha yang kita jalankan di seluruh syarikat untuk memahami dengan lebih mendalam tentang budaya kita dan nilai-nilai yang membimbing cara kita beroperasi.

Kita bukan sahaja memahami kepentingan untuk mencapai matlamat- matlamat kita dengan cara yang betul, tetapi kita juga komited untuk menjadikannya satu kenyataan setiap hari. Kod Etika Global Kami mencerminkan dan mengukuhkan komitmen tersebut.

HORMATKita melayan orang lain dengan cara kita mahu dilayani.

INTEGRITIKita mendahulukan kejujuran, kebertanggungjawaban dan etika.

PENYERTAANKita berusaha untuk mewujudkan suasana di mana semua pihak berasa disertakan, tidak kira perbezaan kita.

INOVASIKita sentiasa berusaha untuk membangunkan, memperbaiki dan berkembang dengan mampan.

KECEMERLANGANKita berjaya mencapai kecemerlangan berdasarkan merit produk dan perkhidmatan kita dan melaksanakan secara pantas dan tanpa masalah.

Page 6: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

5

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kod Etika Kami ialah sumber yang praktikal untuk membantu kita melindungi dan memacu perniagaan kita serta memperbaiki prestasi individu kita.

NILAI-NILAI SEDANG BERAKSI

Kod Etika Kami ialah sumber untuk kita. Ia Tatakelakuan Etika global kita dan diterima pakai untuk semua pengarah, pegawai dan pekerja kita serta wakil-wakil Syarikat kita dan anak syarikat serta sekutu kita di seluruh dunia. Sebagai alat dan panduan untuk mencapai matlamat kita dengan cara yang betul, Tatakelakuan ini:

• Menyepadukan nilai-nilai teras kita, mengingatkan kita bahawa keputusan harian kita menjadi mudah apabila kita menggunakan nilai- nilai kita—Hormat, Integriti, Penyertaan, Inovasi dan Kecemerlangan—untuk membuat keputusan tersebut

• Merangkumi dasar, keperluan dan tanggungjawab utama yang perlu kita penuhi

• Menerangkan cara kita boleh mendapatkan bantuan apabila berhadapan dengan kebimbangan atau keputusan yang sukar

• Memerlukan kita untuk bertindak secara jujur dan mengelakkan semua bentuk dalih atau penipuan

• Membentuk asas program Etika & Pematuhan kita

Menentukan Nilai-nilai Kita Hormat. Integriti. Penyertaan. Inovasi. Kecemerlangan. Dengan mengamalkan nilai-nilai ini dalam setiap keputusan yang kita buat dan dalam setiap tindakan yang kita ambil, kita:

• Memupuk budaya yang menggalakkan kerjasama dan pertumbuhan mampan serta membantu mencegah kesilapan kritikal

• Berusaha untuk menjadi yang terbaik, sentiasa menyasarkan kejayaan tetapi tidak sekali-kali mengkompromikan nilai-nilai kita

• Melindungi reputasi yang telah kita peroleh dengan bersusah payah, dengan menjalankan perniagaan secara beretika dan bertanggungjawab dari segi undang-undang, di mana sahaja kita beroperasi

• Mengukuhkan hubungan kita dengan rakan niaga dan pemegang kepentingan yang lain berdasarkan merit produk dan perkhidmatan kita

• Meningkatkan keupayaan kita untuk menarik dan mengekalkan pekerja yang berkongsi standard tinggi kita dan mengiktiraf bahawa perniagaan yang kerap berjaya—disebabkan oleh—melakukan perkara yang betul

Page 7: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

6

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita bertanggungjawab untuk mematuhi Tatakelakuan ini dan dasar Syarikat kita, mendapatkan panduan apabila kita mempunyai kebimbangan dan melaporkan sebarang pelanggaran yang sebenar atau berpotensi.

TANGGUNGJAWAB KITA

Kejayaan Syarikat kita bergantung pada tindakan individu para pengarah, pegawai, pekerja dan wakil kita di seluruh dunia. Oleh itu, kita bertanggungjawab secara peribadi untuk:

• Mendukung nilai-nilai teras kita dan memahami serta mematuhi Tatakelakuan Etika kita

• Memastikan tindakan kita mematuhi sepenuhnya, secara tersurat dan tersirat, semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan

• Memenuhi komitmen kita kepada pemegang kepentingan kita dan memimpin melalui teladan

• Melaporkan apa-apa yang atau kelihatan sebagai pelanggaran Tatakelakuan atau nilai-nilai kita

Bertindak balas terhadap sesiapa yang membuat laporan dengan niat yang baik bukan sahaja dilarang tetapi akan menyebabkan tindakan disiplin diambil.

Tanggungjawab Khas untuk Pemimpin dan Penyelia.Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan:

• Memupuk persekitaran kerja dan hubungan perniagaan yang positif, yang hanya menerima tindakan undang-undang dan etika yang mencerminkan nilai-nilai teras kita

• Jangan meminta sesiapa—pekerja atau rakan niaga—untuk melakukan apa-apa yang akan mengkompromikan standard kita

• Berkomunikasi secara tetap tentang kepentingan untuk mematuhi Tatakelakuan, dasar dan prosedur berikut dan mendukung nilai-nilai kita—menekankan bahawa caranya sentiasa sama penting dengan hasilnya

• Mengambil tanggungjawab bagi tingkah laku dan tindakan kita dan pekerja kita dan melaksanakan inisiatif dan latihan pematuhan

• Menyediakan latihan yang membantu pekerja memahami tanggungjawab mereka, membangunkan kemahiran kepimpinan mereka dan memajukan kerjaya serta hubungan mereka secara beretika

• Proaktif dalam menggalakkan dan menyokong pekerja serta rakan niaga untuk mengemukakan idea dan kebimbangan

• Bertindak dengan segera dan berhemah terhadap kebimbangan dengan menangani situasi semasa dan mencegah kemunculan isu pada masa hadapan atau dengan mendapatkan bantuan yang sesuai

• Sentiasa mengelak daripada menyertai atau membiarkan tingkah laku yang melanggar undang-undang yang berkenaan atau Tatakelakuan Etika ini

• Jangan sekali-kali mengambil atau membenarkan tindakan balas

• Persoalkan kejayaan, bukan sekadar kegagalan, dari semasa ke semasa, terutamanya jika hasilnya kelihatan terlalu indah dari rupanya

• Secara umum mengiktiraf orang-orang yang telah melakukan perkara yang betul, terutamanya apabila memerlukan keberanian untuk berbuat demikian

• Bercakap secara terbuka dan proaktif dengan pasukan anda tentang risiko, terutamanya apabila beroperasi dalam persekitaran yang sukar atau di bawah tekanan, lengkapkan mereka dengan alat untuk mengurangkan, dan mengukuhkan keperluan untuk meminta bantuan jika diperlukan

Page 8: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

7

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MEMBUAT KEPUTUSAN BERETIKA

Membuat keputusan beretika memerlukan anda menanya diri anda dan menjawab “ya” kepada dua soalan asas, sebelum anda bertindak:

1: Bolehkah saya? Adakah tindakan yang bakal diambil itu mematuhi undang-

undang dan peraturan Syarikat yang tersurat dan tersirat!

2: Haruskah saya? Adakah tindakan yang bakal diambil konsisten dengan nilai-nilai

teras dan reputasi kita?

Apabila menjawab soalan-soalan ini, pastikan untuk memahami semua fakta yang berkaitan, pertimbangkan tanggungjawab terhadap pemegang kepentingan yang terjejas dan fikirkan tentang alternatif yang berpotensi. Anda juga hendaklah melibatkan individu yang sesuai untuk membantu anda, termasuk Pegawai Etika & Pematuhan anda, Pengurus Sumber Manusia dan pakar dalam bidang tersebut (cth. profesional teknikal, kejuruteraan, kualiti, operasi dan undang-undang)

Walaupun Kod kita akan membantu anda membuat pelbagai keputusan, rujuk dengan dasar Carrier untuk maklumat terperinci tentang apa yang boleh dan harus dilakukan.

Page 9: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

8

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Terdapat pelbagai sumber untuk membantu kita memenuhi tanggungjawab kita untuk melaporkan pelanggaran yang berpotensi dengan niat baik dan mendapatkan panduan tentang soalan-soalan etika. Kita tidak akan bertolenrasi terhadap tindakan balas terhadap mereka yang melaporkan pelanggaran dengan niat yang baik.

BERSUARA DAN MINTA BANTUAN

Jika kita menyaksikan atau mengesyaki berlaku pelanggaran undang-undang, Tatakelakuan ini atau nilai-nilai kita, kita hendaklah bersuara dengan secepat mungkin. Laporan boleh dibuat kepada penyelia di mana-mana peringkat, Jabatan Undang-undang, Pegawai Etika & Pematuhan atau Sumber Manusia. Jika kita perlu membuat laporan secara sulit, kita juga boleh menggunakan Program Pelaporan Tanpa Nama. Walaupun membuat laporan tanpa nama boleh dilakukan (jika dibenarkan oleh undang-undang tempatan), kita menggalakkan seseorang untuk memperkenalkan diri mereka kerana berbuat demikian boleh membantu penyiasatan dan tindakan susulan.

Tanpa mengambil kira cara laporan dibuat dan hasilnya, tindakan balas adalah dilarang. . Syarikat kita mempunyai toleransi sifar bagi semua bentuk tindakan balas terhadap mereka yang membuat laporan dengan niat yang baik dan yang bekerjasama dengan penyiasatan. Ini tidak bermakna anda perlu tahu semua fakta atau sangat pasti bahawa pelanggaran peraturan telah berlaku; “dengan niat baik” bermakna anda mempunyai asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa pelanggaran telah berlaku dan anda menghormati dan bersikap jujur dalam melaporkannya. Sebarang tindakan balas akan mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemecatan.

Page 10: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

9

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita mengaudit operasi kita secara berkala untuk memastikan pematuhan dan penambahbaikan secara berterusan. Semua laporan pelanggaran akan disiasat dengan teliti, secara adil dan saksama dengan objektif untuk mengenal pasti tindakan bagi penambahbaikan berterusan.

BAGAIMANA KITA MENDUKUNG TATAKELAKUAN TERSEBUT

Menggunakan pasukan pakar dalaman dan luaran, Syarikat kita mengaudit entiti operasinya secara berkala bagi memastikan pematuhan terhadap Tatakelakuan dan dasar Syarikat. Dari semasa ke semasa, kita juga mungkin akan mengaudit rakan niaga kita. Audit, sama ada diumumkan atau tidak, akan menghasilkan satu laporan yang dikongsi dengan pemegang kepentingan yang sesuai untuk memudahkan penambahbaikan yang berterusan.

Apabila berlaku pelanggaran sebenar atau berpotensi terhadap undang-undang, Tatakelakuan atau dasar syarikat, dilaporkan atau dikesan, Pejabat Etika & Pematuhan akan menjalankan penyiasatan dengan segera dan teliti sebagai mematuhi undang-undang. Setiap usaha akan dilakukan untuk mengambil kenyataan daripada semua pihak, sambil mengekalkan kerahsiaan seberapa yang boleh serta keistimewaan peguam-klien apabila penyiasatan dilakukan atas arahan penasihat undang-undang.

Syarikat kita memberi kepastian akan melayan semua pihak yang terlibat dalam audit atau penyiasatan dengan penuh hormat. Untuk melindungi kerahsiaan atau menangani kebimbangan lain, ada kalanya butiran isu yang sedang disiasat tidak akan dikongsi dengan semua pihak. Semua pekerja dan rakan niaga hendaklah bersikap jujur dan bekerjasama sepenuhnya dengan audit dan penyiasatan, kecuali jika undang-undang yang diterima pakai mengehadkan kerjasama mandatori. Kerjasama mungkin termasuk mengambil bahagian dalam temu bual dan menyediakan dokumen.

Jika pelanggaran peraturan telah berlaku atau subjek audit atau penyiasatan telah berbohong atau tidak memberikan kerjasama, langkah-langkah disiplin yang sewajarnya akan diambil. Langkah-langkah tersebut mungkin termasuk kaunseling, amaran, penggantungan, pemecatan, pampasan kerugian atau dirujuk bagi pendakwaan jenayah. Pejabat Etika & Pematuhan dan Sumber Manusia akan mengambil bahagian dalam prosiding disiplin untuk memastikan proses wajar dan layanan yang konsisten disediakan kepada semua pekerja.

Page 11: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

10

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

PENEPIAN

Penepian semua atau sebahagian daripada Tatakelakuan Etika ini atau dasar-dasar lain yang dikeluarkan untuk melaksanakannya akan diberikan dalam keadaan terkecuali sahaja dan hanya selepas kelulusan oleh Naib Presiden, Pematuhan. Sebarang penepian bagi pengarah dan pegawai eksekutif hendaklah diluluskan oleh kedua-dua Naib Presiden, Pematuhan dan Lembaga Pengarah atau jawatankuasa lembaga dan akan didedahkan dengan segera seperti yang diperlukan oleh undang-undang, peraturan dan dasar Syarikat.

Page 12: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

11

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

LEGASI INOVASI DAN INTEGRITI

Perniagaan kita diasaskan oleh orang-orang berwawasan yang mempunyai inovasi yang mencipta atau secara ketara telah mengembangkan seluruh industri.

Sebelum 1902, contohnya, manusia bergantung pada belas kasihan haba dan kelembapan dalam kawasan tertutup, sehinggalah Willis Carrier mencipta alat hawa dingin yang pertama di dunia. Beliau memulakan industri yang membuat berjuta-juta orang hidup dengan selesa dan selamat hari ini dalam suhu yang melampau, sambil melindungi bekalan makanan dan perubatan. Carrier terus mengetuainya dengan teknologi generasi berikutnya, yang cekap tenaga bertujuan melindungi persekitaran kita serta mereka yang tinggal di dalamnya.

Kebakaran boleh merebak dengan pantas dan dengan akibat yang membinasakan di atas kapal di laut, sehinggalah Walter Kidde mencipta pengesan asap yang pertama dan sistem pemadam api karbon dioksida untuk kapal pada tahun 1918. Lima tahun kemudian, beliau telah mencipta pemadam api karbon dioksida bimbit yang pertama. Hari ini, produk Kidde Home Safety membantu untuk menghentikan kemalangan daripada menjadi tragedi, dengan teknologi pengesanan dan pemadaman api yang canggih. Kidde juga meneruskan legasi pengasasnya yang prihatin, dengan inisiatif komuniti dan perkongsian tidak bermotifkan keuntungan. Setiap tahun, ia memberi lebih daripada 100,000 alat pengesan asap dan karbon monoksida secara percuma.

Sebelum ini, kunci agak mudah untuk dibuka, sehinggalah adik beradik Jeremiah dan Charles Chubb mencipta Kunci Pengesan yang pertama pada tahun 1818. Kunci tersebut sungguh berkesan lalu menjadikan adik beradik tersebut terkenal dalam bidang perlindungan dan keselamatan. Akhirnya, perniagaan mereka menjangkaui kunci dan peti besi, dan berkembang kepada sistem keselamatan dan keselamatan kebakaran. Hari ini, Chubb merupakan peneraju industri yang boleh dipercayai dengan sejarah penganugerahan, termasuk Millennium Award for Design and Technology, International Fire Expo Award for Innovation dan Metropolitan Police Award for Intruder Alarm Performance.

Pengasas kita telah membuat persediaan asas bagi sejarah kita yang lama dalam mencipta dan membangunkan produk transformatif yang menawarkan paras keselamatan, prestasi, kemudahan dan keselesaan yang tiada bandingan. Setiap pengasas meminta standard kualiti dan etika yang tinggi, mencipta tradisi yang kita berasa bangga untuk mengikuti dan meneruskannya hingga ke hari ini.

Page 13: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

12

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

BERSATU KITA TEGUH

Kita disatukan oleh kepercayaan kita terhadap satu sama lain. Kita menjangkakan budaya hormat menghormati dan penyertaan semua orang di tempat kerja kita, memahami bahawa kita hanya boleh berjaya sebagai sebuah pasukan. Kita mempertahankan dasar dan pelindung kita untuk memastikan kita dilindungi dan disokong dalam usaha mencapai potensi kita yang sepenuhnya.

Memupuk Budaya Hormat Menghormati Di Tempat Kerja 13

Menjaga Keselamatan dan Kesihatan & Keselamatan Tempat Kerja 15

Mengamalkan Kepelbagaian dan Penyertaan Semua 17

Menggalakkan Peluang Sama Rata 18

Melindungi Maklumat Peribadi 19

Menggunakan Media Sosial Secara Bertanggungjawab 20

Page 14: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

13

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MEMUPUK BUDAYA HORMAT MENGHORMATI DI TEMPAT KERJAKita komited terhadap penyertaan dan rasa hormat dengan, mengambil tindakan untuk memastikan tiada siapa yang berasa terancam atau takut di tempat kerja kita.

MENGAPA IA PENTING

Jika kita melayan orang lain dengan penuh hormat dan tidak membenarkan perbuatan membuli atau mengganggu, kita mencipta persekitaran kerja yang positif yang membolehkan kita meluahkan pendapat dan idea, mengemukakan soalan dan memberi saranan yang membina, dan mencapai potensi kita dengan sepenuhnya. Ini membolehkan inovasi, kreativiti dan prestasi untuk maju sambil menggalakkan penyertaan dan kerjasama. Dengan meletakkan diri kita bertanggungjawab bagi mengenali dan menangani situasi yang membuatkan orang lain terasa dikecualikan, tidak dihormati atau diganggu, kita mengamalkan nilai-nilai kita dan menegakkan undang-undang.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Syarikat kita komited untuk menyediakan tempat kerja yang bebas daripada gangguan, perbuatan membuli, ancaman dan keganasan. Setiap daripada kita boleh memainkan peranan dengan:

• Secara proaktif, tidak menggalakkan tingkah laku yang merendahkan, memperkecilkan atau mengganggu orang lain

• Menggalakkan orang lain untuk bersuara, meluahkan idea dan pendapat, bertanya soalan dan mendengar secara terbuka kepada saranan dan idea

• Melaporkan semua bentuk gangguan, sama ada kita menjadi sasaran langsung kelakuan tersebut ataupun tidak

• Menggalakkan keselamatan peribadi dan melaporkan sebarang tindakan atau ancaman keganasan

• Menunjukkan empati terhadap orang lain dan melayan mereka dengan bermaruah

• Mematuhi semua undang-undang dan peraturan antigangguan

Sekiranya anda menyaksikan atau mengesyaki terdapat gangguan, sila hubungi penyelia, Sumber Manusia, atau Pegawai Etika & Pematuhan atau gunakan Program Pelaporan Tanpa Nama Syarikat dengan segera. Sekiranya anda menyaksikan atau mengesyaki tindakan atau ancaman keganasan atau mempercayai keganasan tidak dapat dielakkan, beri amaran kepada sesiapa yang terancam, jauhkan diri anda daripada ancaman yang berkemungkinan dan hubungi pihak Keselamatan dengan segera. Maklumkan juga kepada penyelia anda, Sumber Manusia, atau Pegawai Pematuhan atau gunakan Program Pelaporan Tanpa Nama Syarikat dengan seberapa segera.

BERSAMBUNG >

Page 15: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

14

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MEMUPUK BUDAYA HORMAT MENGHORMATI DI TEMPAT KERJA (BERSAMBUNG)

S: Apakah yang harus saya lakukan sekiranya salah seorang daripada rakan sekerja saya diganggu tetapi saya tidak mendengar beliau mengadu tentang perkara tersebut?

J: Sekiranya anda berasa selesa untuk berbuat demikian, anda boleh mula dengan bercakap kepada rakan sekerja tersebut tentang situasi beliau. Jika rakan sekerja itu enggan membuat laporan, tetapi anda tetap mengesyaki gangguan sedang berlaku, sila hubungi penyelia anda, Sumber Manusia atau jika anda ingin membincangkan situasi tersebut secara rahsia dan mengenal pasti pilihan-pilihan yang ada kepada anda, sila gunakan Program Pelaporan Tanpa Nama Syarikat. Penyiasatan boleh dibuat secara tidak menimbulkan syak. Jika gangguan didapati, anda bukan sahaja melindungi rakan sekerja anda tetapi juga mangsa lain yang mungkin turut diganggu oleh orang yang sama.

GangguanGangguan ialah perkataan atau tindakan yang mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, ganas atau menyakitkan hati. Sama ada secara bersemuka atau dalam talian, gangguan bukan sahaja tentang tujuannya, tetapi bagaimana orang lain melihatnya. Ia mungkin:

• Apa yang dikatakan atau ditulis oleh seseorang, termasuk membuat lawak, mencemar atau stereotaip berdasarkan bangsa, kaum atau jantina serta menggunakan bahasa yang mengancam, kasar atau kesat

• Apa yang dilakukan oleh seseorang, seperti menyentuh tanpa disukai, menggatal, menghalang laluan seseorang, mengabaikan seseorang atau memalukan seseorang dengan sengaja

• Apa yang dipaparkan oleh seseorang, seperti meletakkan gambar lucah atau slogan menghina di atas stesen kerja atau berkongsinya secara elektronik

Page 16: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

15

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN & KESELAMATAN TEMPAT KERJAKesihatan dan keselamatan setiap orang yang memasuki tempat kerja kita menjadi keutamaan tertinggi kita.

MENGAPA IA PENTING

Sebagai pengilang dan penyedia perkhidmatan yang memastikan berjuta- juta orang selamat, selesa dan produktif, kita diamanahkan untuk mendahulukan keselamatan. Ini bermula dengan mengambil tanggungjawab peribadi bagi melindungi keselamatan dan kesihatan rakan sekerja, rakan niaga, pelawat kita dan juga diri kita. Jika kita mempunyai tempat kerja yang selamat, kita boleh menumpukan pada inovasi untuk memberi penyelesaian yang menjadikan kehidupan moden dapat dicapai. Keselamatan berada di tengah-tengah komitmen kita terhadap integriti.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Matlamat kita adalah untuk memastikan keselamatan di tempat kerja dan mencegah semua kecederaan atau ancaman terhadap sesiapa di premis atau tapak kerja Syarikat. Ini bererti kita:

• Mematuhi semua garis panduan keselamatan, dasar dan undang-undang

• Menjaga satu sama lain dan membantu orang lain untuk bekerja dengan selamat

• Melarang dadah, alkohol, senjata atau keganasan di tempat kerja

• Mematuhi semua prosedur keselamatan fizikal, termasuk akses kepada kemudahan dan penggunaan lencana pekerja

• Melaporkan dengan segera semua kecederaan, bahaya, ancaman dan kejadian yang hampir berlaku supaya ini dapat disiasat, ditangani dan dicegah pada masa hadapan

S: Bagaimanakah dasar toleransi sifar dadah kita menjejaskan penggunaan ubat preskripsi saya?

J: Sekiranya anda sedang mengambil ubat preskripsi yang boleh menjejaskan prestasi kerja anda, anda hendaklah memaklumkan kepada penyelia anda atau Sumber Manusia. Dalam keadaan tertentu, ubat preskripsi boleh menjejaskan pertimbangan atau kesedaran yang boleh menyebabkan keadaan bekerja yang tidak selamat. Dengan membincangkan perkara ini dengan penyelia anda atau Sumber Manusia, anda boleh memastikan anda dinilai dan diperhatikan dengan wajar demi keselamatan semua pihak.

BERSAMBUNG >

Page 17: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

16

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN & KESELAMATAN TEMPAT KERJA (BERSAMBUNG)

Dadah & AlkoholSemua entiti Syarikat di seluruh dunia mematuhi undang-undang dan peraturan yang diterima pakai berhubung dengan pemilikan atau penggunaan alkohol, dadah dan bahan terkawal yang lain. Syarikat kita melarang penggunaan, penjualan, pembelian, pemindahan, pemilikan atau kehadiran dalam sistem seseorang, dadah terkawal di premis Syarikat. Pengurusan tempatan mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada alkohol boleh dihidangkan di premis Syarikat. Berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol di tempat Syarikat atau pada majlis Syarikat adalah perbuatan yang tidak pernah diterima.

Tempat Kerja Bebas TembakauPenggunaan tembakau dan bahan-bahan merokok lain serta pendedahan kepada asap rokok diiktiraf berbahaya terhadap kesihatan. Oleh itu, semua premis Carrier adalah bebas tembakau. Produk tembakau termasuklah rokok, cerut, paip tembakau, rokok elektronik, dan tembakau tanpa asap (misalnya, kunyahan tembakau, coklat tembakau). Produk tembakau tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam mana-mana bangunan atau kenderaan Carrier atau di premis Carrier.

Melebihi MinimumMatlamat pertama kita untuk semua pekerja ialah mereka pulang dengan selamat setiap hari. Untuk kami, keselamatan bermakna lebih daripada hanya mengelakkan kemalangan. Ia juga mengenai memperbaiki keadaan persekitaran, meningkatkan kualiti udara di kemudahan kita dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. Menggunakan teknologi yang ada, kita kerap melangkaui standard keselamatan kawal selia, seperti dalam usaha berterusan kita untuk mengurangkan bunyi bising perkilangan di kemudahan kita ke paras yang tidak memerlukan pekerja untuk memakai alat perlindungan telinga.

Page 18: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

17

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENGAMALKAN KEPELBAGAIAN DAN PENYERTAAN SEMUAAset terbesar kita ialah bakat dan kepelbagaian warga kita serta kreativiti dan idea mereka. Kita menggalakkan dan menyokong semua idea, soalan dan pandangan.

MENGAPA IA PENTING

Nilai penyertaan adalah salah satu nilai yang membimbing kita. Kejayaan kita sebagai peneraju sistem pembinaan global bergantung pada bakat, perspektif dan pengalaman unik warga kita. Pelbagai kemahiran yang dimiliki oleh merekalah yang memacu inovasi dan mencipta penyelesaian yang pintar, mampan bagi pelanggan kita di seluruh dunia. Komitmen kita terhadap penyertaan semua pihak membolehkan kita mengambil bahagian dan menyumbang kepada kejayaan kita. Dengan mengamalkan kepelbagaian dengan keterbukaan dan kepercayaan, kita memperbaiki keupayaan kita untuk mengaitkan dan bekerja antara satu sama lain dan dengan pelanggan, rakan niaga dan komuniti kita, di mana sahaja kita melakukan perniagaan.

BAGAIMANA KITA MENCAPAINYA

Syarikat kita menggalakkan kepelbagaian dan penyertaan semua pihak secara aktif di mana sahaja kita bekerja dan tinggal. Ini bererti kita:

• Menghormati satu sama lain dan memastikan suara setiap orang didengari

• Menggalakkan diri masing-masing untuk Bersuara dan berkongsi idea baharu

• Menyokong inisiatif yang memupuk kepelbagaian di tempat kerja

• Membuat penyesuaian bagi pekerja atau calon pekerjaan yang kurang upaya

• Mematuhi semua undang-undang pengambilan pekerja dan buruh yang berkenaan

S: Calon untuk jawatan kosong Pakar Logistik kita kelihatan mempunyai kemahiran pengurusan yang hebat tetapi saya bimbang tentang keupayaan beliau untuk memberi sokongan kepada pelanggan kerana beliau kurang upaya. Apakah yang harus saya lakukan?

J: Pertimbangkan sama ada terdapat teknologi yang boleh mengurangkan isu sokongan pelanggan yang berpotensi. Anda mungkin akan terkejut melihat bagaimana calon tersebut boleh menyesuaikan diri terhadap situasi yang berbeza. Ia juga satu idea yang baik untuk menghubungi Sumber Manusia serta kepimpinan dalam unit perniagaan anda untuk mendapatkan panduan tentang keperluan tugas dan sama ada penyesuaian dapat dilakukan untuk mengambil calon ini bekerja.

Page 19: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

18

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENGGALAKKAN PELUANG SAMA RATASetiap orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya berdasarkan merit dan kemahiran mereka yang dapat diukur, tanpa sebarang diskriminasi.

MENGAPA IA PENTING

Apabila kita jujur dan telus tentang standard pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat, kita mengukuhkan kepercayaan di kalangan tenaga kerja kita dan meningkatkan reputasi kita sebagai sebuah syarikat yang mempunyai integriti. Menggalakkan peluang sama rata membolehkan kita untuk menarik dan mengekalkan individu yang terbaik bagi tugas tersebut dan mengoptimumkan usaha kita untuk mencapai kecemerlangan. Ia membawa kepada pekerja yang lebih berpuas hati dan produktif serta produk yang lebih inovatif dan boleh diharapkan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Syarikat kita membuat keputusan untuk mengambil pekerja dan menaikkan pangkat hanya berdasarkan pada penilaian kemahiran secara adil dan tidak berat sebelah, sejarah pekerjaan dan prestasi. Kita melarang diskriminasi berdasarkan sebarang asas yang menyalahi undang-undang, termasuk:

• Bangsa

• Warna kulit

• Agama

• Negara asal

• Jantina

• Umur

• Ketidakupayaan

• Status veteran

• Status perkahwinan

• Status kewarganegaraan

• Akidah

• Orientasi seksual

• Kategori lain yang dilindungi seperti yang disediakan oleh undang-undang yang diterima pakai

Kita juga membuat penyesuaian yang munasabah bagi pekerja kurang upaya atau mereka yang mempunyai keperluan agama tertentu, jika perlu.

Page 20: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

19

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MELINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI

Kita melindungi privasi maklumat peribadi dengan tidak mendedahkannya kepada sesiapa tanpa keperluan perniagaan yang sah dan hak undang-undang untuk menerima dan menggunakannya.

MENGAPA IA PENTING

Syarikat kita menangani maklumat peribadi dengan penuh hormat dan mengikut langkah-langkah perlindungan yang sesuai. Dengan menyediakan perlindungan yang wajar semasa mengendalikan maklumat peribadi, kita bukan sahaja melaksanakan kewajipan undang-undang kita, tetapi juga melindungi satu sama lain dan reputasi Syarikat kita.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita melindungi maklumat peribadi pekerja kita dan pihak lain dengan:

• Mematuhi semua dasar dan prosedur yang meliputi maklumat peribadi

• Jangan berkongsi maklumat peribadi orang lain dengan sesiapa, di dalam dan di luar Syarikat tanpa mendapat kelulusan yang wajar dan keperluan perniagaan yang jelas

• Mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi hanya apabila dan selagi perlu dan dibenarkan oleh undang-undang

• Mematuhi semua undang-undang privasi data yang berkuat kuasa

Maklumat PeribadiMaklumat peribadi bermakna maklumat yang berkaitan dengan orang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti tetapi tidak termasuk maklumat agregat tanpa nama.

S: Penyelia saya meminta saya untuk bekerja dengan penyedia perkhidmatan untuk mencipta direktori pasukan yang menyenaraikan para pekerja yang bekerja untuk projek saya. Dia meminta saya untuk memberikan nama, nombor telefon kerja, alamat e-mel kerja, nombor telefon rumah dan gambar setiap pekerja bagi memudahkan komunikasi, kerjasama dan berkongsi maklumat hubungan sekiranya berlaku krisis. Adakah saya harus mencipta dan menyediakan senarai itu kepada penyedia perkhidmatan tersebut?

J: Tidak sebelum melengkapkan Penilaian Impak Privasi. Semua maklumat yang diminta adalah Maklumat Peribadi. Manual Dasar mentakrifkan Maklumat Peribadi sebagai data yang mempunyai kaitan dengan orang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti. Sebelum mengumpul atau berkongsi Maklumat Peribadi HR, sila pastikan untuk mengikuti dasar kerja standard Syarikat untuk mengesahkan bahawa pengumpulan dan perkongsian tersebut adalah wajar. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila rujuk kepada Profesional Privasi anda.

Page 21: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

20

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL SECARA BERTANGGUNGJAWABKita mengamalkan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab bagi tujuan perniagaan, memastikan aktiviti individu dalam talian kita tidak memudaratkan Syarikat kita.

MENGAPA IA PENTINGMedia sosial memberi kita keupayaan yang luar biasa untuk berhubung dengan rakan sekerja, berkongsi maklumat dan mempengaruhi pendapat. Kita hendaklah menggunakan alat ini secara bertanggungjawab kerana maklumat boleh disebarkan dengan pantas dan tidak diduga secara dalam talian. Kita menghormati hak setiap individu terhadap kebebasan bersuara dan luahan kreatif. Walau bagaimanapun, kita juga mengiktiraf tugas kita untuk melindungi reputasi dan kepentingan Syarikat. Dengan tidak sama sekali menggunakan nama Syarikat atau jawatan kita secara tidak wajar, dan dengan berhati-hati melindungi maklumat sensitif, kita memastikan Syarikat kita dan rakan sekerja kita tidak akan diletakkan dalam bahaya oleh aktiviti dalam talian kita.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAANKita berhati-hati di media sosial dan mengelak daripada menyiarkan sesuatu yang boleh menjejaskan reputasi Syarikat kita. Ini bererti kita:

• Terbuka dan jujur tentang identiti kita sebagai pekerja dan menyatakan dengan jelas apabila meluahkan pendapat peribadi kita, bukan pendapat Syarikat

• Jangan menyiarkan maklumat yang sensitif tentang Syarikat—hanya pekerja yang dibenarkan secara khusus untuk bercakap bagi pihak Syarikat boleh berbuat demikian

• Jangan mendedahkan maklumat Syarikat yang tidak diketahui umum, pelanggan, pembekal atau rakan niaga kita tanpa kebenaran dan kelulusan yang sewajarnya

• Jangan memperkecilkan orang lain secara tidak adil atau menyiarkan kandungan yang menyakitkan hati atau lucah

• Ambil masa untuk mempertimbangkan bagaimana siaran anda boleh mencerminkan Syarikat, rakan sekerja, rakan niaga atau pelanggan sebelum berkongsinya—jangan berkongsi maklumat peribadi, foto atau video rakan sekerja

• Jangan sekali-kali membiarkan aktiviti media sosial mengganggu tugas anda

S: Kita baru sahaja melancarkan video yang hebat menerangkan kejayaan teknologi yang cemerlang. Bolehkah saya tweet pautan ke video tersebut atau biarkan sahaja kepada pasukan media sosial kita untuk uruskan?

J: Selagi anda pasti bahawa ia telah diluluskan untuk didedahkan kepada umum, dan anda menjelaskan dalam tweet dan profil Twitter anda bahawa anda seorang pekerja, kami menggalakkan anda untuk berkongsi kandungan Syarikat yang menambat perhatian dalam rangkaian sosial anda.

Page 22: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

21

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita menetapkan matlamat yang tinggi dan mengotakan janji kita. Kita memahami bahawa pelanggan kita mempunyai pilihan dan kita perlu terus memperoleh kepercayaan mereka melalui inovasi dan penyampaian janji kita. Kita bersaing untuk menang secara bersungguh-sungguh, namun sentiasa secara integriti dan tidak pernah bertentangan dengan nilai-nilai, etika atau undang-undang kita. Kita menjangkaui jangkaan atas kekuatan warga kita, produk kita dan perkhidmatan kita.

KITA MELAKSANAKAN UNTUK PELANGGAN KITA – BERDASARKAN MERIT PRODUK DAN PERKHIDMATAN KITA

Menyampaikan Produk dan Perkhidmatan yang Selamat dan Berkualiti Tinggi 22

Berurusan secara Adil dan Jujur 23

Menyediakan khidmat kepada Kerajaan 24

Bersaing secara Sengit dan Sah 26

Mengumpulkan Maklumat Perisikan Kompetitif 28

Menjalankan Perniagaan Secara Global 29

Mencegah Rasuah dan Sogokan 30

Page 23: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

22

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENYAMPAIKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG SELAMAT DAN BERKUALITI TINGGIKita tidak akan berkompromi tentang keselamatan atau kualiti produk dan perkhidmatan kita.

MENGAPA IA PENTINGSejak tahun 1818 apabila syarikat adik beradik Chubb mempatenkan mekanisme kunci mereka yang selamat, Syarikat kita telah membangunkan produk- produk inovatif, berprestasi tinggi dan baharu yang melindungi dan menyelamatkan nyawa. Berjuta-juta orang bergantung pada kawalan cuaca dan sistem keselamatan kita untuk membuatkan mereka berasa selesa dan selamat di darat dan di laut. Ini bermakna kita mempunyai tanggungjawab yang besar—bukan sahaja terhadap pelanggan kita tetapi juga terhadap mereka yang berurusan dengan pelanggan kita. Kita memikul tanggungjawab ini sepenuhnya, setiap hari, dengan menghasilkan standard prestasi yang tinggi dalam setiap produk yang kita buat dan setiap perkhidmatan yang kita sediakan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN Kita memperoleh kepercayaan pelanggan kita dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang paling selamat dan produk yang berkualiti paling tinggi yang mungkin. Ini bererti kita:

• Jadikan keselamatan keutamaan teratas kita dalam segala apa yang kita reka, hasilkan, sediakan, pasang, selenggarakan dan baiki

• Reka bentuk produk dan perkhidmatan kita untuk memenuhi atau melebihi peraturan kerajaan dan standard industri

• Melengkapkan semua pemeriksaan dan ujian yang diperlukan dengan tepat dan pada masanya, memastikan semua dokumentasi adalah semasa, tepat dan lengkap

• Memberi semua pekerja kuasa dan tanggungjawab untuk mengemukakan isu tentang keselamatan atau kualiti dengan penyeliaan mereka, walaupun itu boleh menghentikan pengeluaran atau penghantaran

• Memupuk penambahbaikan secara tetap melalui budaya dan alat bagi sistem operasi ACE (Achieving Competitive Excellence) (Mencapai Kecemerlangan yang Kompetitif)

ACESistem operasi ACE (Achieving Competitive Excellence) kita memacu kecemerlangan kompetitif dalam semua unit perniagaan kita. Ia bergantung pada interaksi harian budaya, alat dan kecekapan untuk memperbaiki prestasi operasi. Hasil tertumpu pada pekerja yang sangat terlibat, yang bekerja dalam persekitaran yang selamat untuk menghasilkan produk berkualiti sempurna disediakan tepat pada waktunya.

Page 24: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

23

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

BERURUSAN SECARA ADIL DAN JUJURKita bersikap adil, jujur dan telus dalam pasaran.

MENGAPA IA PENTING

Pengasas kita telah membina tradisi kepercayaan dengan pelanggan dan rakan niaga mereka berdasarkan reputasi untuk integriti dan kejujuran yang berterusan hingga ke hari ini. Pesaing menghormati kita kerana kita bersaing secara sengit, adil dan sah. Kita menghormati dan membangunkan tradisi tersebut dengan perkataan dan tindakan kita dalam semua urusan perniagaan kita, tanpa mengambil kira di mana atau dengan siapa. Pelanggan kita perlu mengetahui dengan tepat apa yang mereka dapat dan bila mereka akan menerimanya. Mereka berhak menerima penilaian secara terus terang tentang keupayaan dan batasan produk kita. Kurang daripada itu boleh menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati dan boleh membahayakan nyawa jika komponen penting gagal semasa digunakan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita berurusan secara adil dengan pelanggan, rakan niaga dan pesaing kita dengan:

• Menjual dan memasarkan produk kita dengan jujur dan berdasarkan meritnya

• Mematuhi secara tersurat dan tersirat semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan

• Tidak membuat kenyataan yang tidak tepat atau memperkecil-kecilkan pesaing kita

• Memerlukan semua wakil utama kita untuk mematuhi syarat-syarat ini

Page 25: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

24

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENYEDIAKAN KHIDMAT KEPADA KERAJAANKita menghargai pelanggan kerajaan kita dan mematuhi sepenuhnya setiap undang-undang dan peraturan unik yang berkenaan.

MENGAPA IA PENTING

Kita bekerja rapat dengan banyak entiti di seluruh dunia. Setiap daripadanya mempunyai undang-undang dan peraturan khusus yang kita mesti ikuti tentang cara kita bersaing dan memperoleh kontrak, yang kosnya boleh disertakan dalam harga kita dan apa yang kita sediakan—termasuk ujian dan pemeriksaan produk. Dengan bersaing secara adil bagi kontrak berdasarkan merit produk dan tawaran kita dan dengan mematuhi peraturan, syarat-syarat kontrak dan undang-undang yang berkenaan, kita menyediakan khidmat kepada pelanggan kerajaan kita dan memberi mereka keyakinan bahawa mereka telah memilih pembekal yang tepat.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Syarikat kita mematuhi semua undang-undang dan peraturan apabila bekerja dengan pelanggan kerajaan dengan:

• Mematuhi pembidaan, harga yang adil dan standard kualiti

• Memastikan amalan perakaunan yang tepat dan hanya menuntut kos yang dibenarkan

• Memastikan semua cadangan, sebut harga, invois, ujian, pengesahan, komunikasi dan sebarang dokumentasi lain yang diperlukan dengan pelanggan kerajaan adalah semasa, tepat dan lengkap

• Tidak mendapatkan atau menggunakan maklumat yang tidak dibenarkan tentang pesaing dan pembidaan yang bersaing

• Mematuhi undang-undang dan peraturan pemerolehan pelanggan kerajaan kita di dalam dan di luar Amerika Syarikat

• Mematuhi sekatan ke atas hadiah dan tawaran pekerjaan kepada pegawai kerajaan dan sanak saudara mereka

• Melindungi maklumat harta kerajaan dan melalui penyimpanan, penjejakan dan keselamatan yang wajar

BERSAMBUNG >

Page 26: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

25

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENYEDIAKAN KHIDMAT KEPADA KERAJAAN (BERSAMBUNG)

S: Tugas saya memerlukan saya memeriksa 100 peratus produk yang melalui talian pengeluaran. Jarang sekali terdapat bahagian yang rosak dan ditolak. Pengeluaran akan menjadi lebih pantas dan penghantaran kepada pelanggan akan dilakukan dengan tepat pada masanya jika saya memeriksa 10 peratus daripada bahagian tersebut. Adakah saya boleh menggunakan pertimbangan saya dan mengurangkan bahagian yang saya periksa?

J: Syarat-syarat kualiti hendaklah dipatuhi pada setiap masa. Pelanggan kita menjangkakan semua pekerja kita melakukan tugas mereka dengan tepat dan rapi, terutamanya apabila ia berkenaan dengan kualiti. Anda hendaklah terus mematuhi syarat-syarat tugas tersebut tetapi anda mungkin mempunyai penyelesaian yang inovatif untuk memperbaiki masa dan pemeriksaan pengeluaran. Bincangkan idea anda dengan penyelia atau wakil penambahbaikan proses anda. Walau bagaimanapun anda dijangka untuk melakukan semua pemeriksaan yang diperlukan sehingga syarat-syarat tersebut diubah

Page 27: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

26

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita mematuhi semua undang-undang persaingan di mana sahaja kita menjalankan perniagaan.

BERSAING SECARA SENGIT DAN SAH

MENGAPA IA PENTINGPersaingan memupuk produk dan perkhidmatan yang lebih baik, memacu kita untuk menjadi lebih cekap dan lebih inovatif. Ia baik untuk kita dan untuk pelanggan kita yang menerima nilai yang lebih baik. Pada masa yang sama, amalan pakatan sulit dan antipersaingan, seperti menetapkan pembidaan atau harga, merosakkan pasaran. Ia menyebabkan harga yang melampau dan produk serta perkhidmatan yang kurang berkualiti. Apabila ia melibatkan kontrak kerajaan, ia juga menipu pembayar cukai dan boleh membahayakan pelanggan. Lebih daripada 100 buah negara sekarang mempunyai undang-undang yang mengharamkan tingkah laku antipersaingan. Tanpa mengambil kita tempat kita menjalankan perniagaan, aktiviti antikompetitif sentiasa melanggar nilai-nilai teras kita. Ia juga boleh mengakibatkan hukuman jenayah atau sivil yang teruk untuk syarikat dan individu. Kita bersaing dengan sengit dan sah, bukan hanya kerana ia baik untuk perniagaan dan reputasi kita tetapi kerana ia perkara yang baik untuk dilakukan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAANKita mematuhi semua undang-undang persaingan (atau “antitrust” atau “antimonopoli”) dengan:• Tidak membincangkan atau membuat perjanjian dengan pesaing tentang:

‐ Pasaran ‐ Wilayah ‐ Harga ‐ Kontrak ‐ Bidaan atau sebut harga ‐ Pengeluaran ‐ Pelanggan ‐ Kos ‐ Inventori ‐ Kapasiti ‐ Boikot ‐ Keuntungan. ‐ Margin ‐ Strategi pemasaran

• Jangan sekali-kali berkongsi butiran tentang pembidaan atau sebut harga dengan sesiapa selain pelanggan melainkan ianya sah dan terdapat keperluan perniagaan tertentu untuk mengetahuinya (cth. disebabkan susunan berpasukan atau subkontraktor)

• Malah mengelak timbulnya persetujuan yang kelihatan tidak betul dengan pesaing

• Berunding dengan Jabatan Undang-undang sebelum melibatkan diri dengan amalan komersial yang boleh mempunyai kesan yang memudaratkan persaingan (seperti tetapi tidak terhad kepada susunan bersepadu atau ikatan, diskriminasi harga, penentuan harga predatori, kontrak urusan eksklusif dan keengganan untuk membekal pesaing kita)

BERSAMBUNG >

Page 28: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

27

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

BERSAING SECARA SENGIT DAN SAH (BERSAMBUNG)

S: Saya berada di acara persidangan perangkaian sistem pembinaan baru-baru ini. Semasa resepsi yang dianjurkan, sesetengah daripada kami sedang berbual-bual dan seorang pesaing memberitahu tentang satu kempen pemasaran baharu yang sedang dipromosikan oleh syarikatnya di YouTube. Sesetengah daripada videonya telah pun disiarkan, jadi ia sudah diketahui umum tetapi saya tetap berasa tidak selesa tentang tajuk itu dan membuat keputusan untuk meninggalkan perbualan tersebut. Adakah itu perkara yang betul untuk dilakukan?

J: Persidangan dan pertunjukan perdagangan ialah sumber penting untuk kekal semasa dalam industri kita tetapi ia juga boleh mencipta situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang persaingan—selalunya secara tidak sengaja. Walaupun membincangkan iklan awam tidak semestinya satu pelanggaran, perbualan tersebut dengan mudah boleh berubah kepada strategi pemasaran jangka panjang yang mendorong kempen tersebut atau pelan akan datang. Anda telah melakukan perkara yang betul dengan tidak menyertai perbincangan tersebut. Jika anda mendapati diri anda berada dalam situasi yang membuatkan anda berasa bimbang tentang undang-undang persaingan, anda hendaklah memberitahu bahawa perbualan tersebut mungkin tidak sesuai, meminta diri dan menghubungi Jabatan Undang-undang dengan seberapa segera.

Interaksi dengan pesaingKebanyakan pekerja Carrier tidak sepatutnya bertemu dengan pesaing dan mereka yang berbuat demikian hendaklah untuk tujuan yang dibenarkan (misalnya, menghadiri kod atau jawatankuasa keselamatan persatuan industri). Apabila berinteraksi dengan pesaing untuk tujuan yang dibenarkan atau bertemu dengan mereka secara tidak sengaja (misalnya, semasa pameran perdagangan atau mesyuarat prabida pelanggan), jangan membincangkan:

• Harga, diskaun, tambahan, terma kredit atau sebarang syarat jualan

• Kos, kapasiti, pengeluaran, inventori atau pengedaran syarikat

• Apa-apa yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pelan atau prosedur pembidaan syarikat

• Sebarang perkara yang berkaitan dengan larangan wilayah atau jenis lain divisyen pemasaran (seperti peruntukan pelanggan)

• Pelan perniagaan, strategik atau pemasaran yang tidak diketahui umum

• Maklumat khusus pelanggan

• Enggan menjalankan perniagaan dengan pihak ketiga (seperti pelanggan, pesaing atau pembekal)

Page 29: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

28

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita mengetahui dan mengumpulkan maklumat tentang pasaran dan pesaing kita hanya melalui kaedah yang sah dan beretika.

MENGUMPULKAN MAKLUMAT PERISIKAN KOMPETITIF

MENGAPA IA PENTINGDalam pasaran global kita yang dinamik dan mencabar, kita mempunyai tanggungjawab untuk mengetahui seberapa banyak yang mungkin tentang persaingan kita. Ini membantu kita untuk memperbaiki produk kita, mengenali trend industri dan menjangkakan keperluan pelanggan kita yang berubah-ubah. Tetapi seperti pentingnya maklumat ini, kita tidak akan sama sekali melanggar undang-undang atau mengkompromikan integriti kita untuk meminta atau memperoleh maklumat sensitif secara kompetitif atau maklumat proprietari lain yang tidak diketahui umum. Sebaliknya, kita melayan pesaing kita seperti mana kita ingin mereka melayan kita: secara adil dan jujur.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAANKita mengumpulkan maklumat perisikan kompetitif secara sah dan beretika dengan:

• Mencari maklumat melalui sumber awam, seperti media berita, tinjauan industri, laporan kewangan, pemerhatian harta awam dan laman internet yang boleh diakses secara umum

• Mendapatkan maklumat daripada pelanggan tentang bagaimana kita boleh menjadi lebih kompetitif

• Jangan sekali-kali mendorong sesiapa untuk melanggar kewajipan kerahsiaan mereka

• Jangan sekali-kali menggunakan penipuan untuk memperoleh maklumat perisikan kompetitif

• Mendidik pekerja dan pemohon pekerjaan untuk tidak mendedahkan atau menggunakan sebarang maklumat proprietari tidak diketahui umum yang diperoleh semasa bekerja di organisasi lain sebelum ini

• Memastikan bahawa sebarang pihak ketiga yang mengumpulkan maklumat kompetitif untuk kita juga mematuhi standard undang-undang dan etika kita

S: Sebelum menyertai Syarikat, saya pernah bekerja untuk salah satu daripada pesaing kita. Banyak daripada yang saya tahu tentang bekas sejuk, saya belajar di sini. Bagaimanakah saya menentukan berapa banyak daripada pengetahuan tersebut yang boleh saya kongsi dalam tugas baharu saya di sini?

J: Peraturan asas yang baik adalah untuk memikirkan apa yang boleh dianggap sebagai maklumat sulit atau proprietari bekas majikan anda dan tidak menggunakan maklumat tersebut untuk menjalankan tugas baharu anda atau mendedahkan maklumat tersebut kepada kami. Sebagai contoh, jika anda mengetahui butiran sesuatu proses, reka bentuk atau formula yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum, anda tidak boleh berkongsi maklumat tersebut. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi Pegawai Etika & Pematuhan atau Jabatan Perundangan.

Page 30: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

29

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita bertanggungjawab bagi memahami dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan pematuhan perdagangan antarabangsa (ITC) yang berkenaan dengan kita di seluruh dunia.

MENJALANKAN PERNIAGAAN SECARA GLOBAL

MENGAPA IA PENTINGKita adalah sebuah syarikat dengan hampir 60,000 orang pekerja yang beroperasi di beberapa buah negara dan membekalkan produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi kepada pelanggan di seluruh dunia. Ini bermakna kita tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan rumit yang mengawal perdagangan antarabangsa—termasuk kawalan eksport, sekatan ekonomi dan embargo, peraturan antiboikot A.S, dan kawalan import. Kerajaan negara dan organisasi berbilang negara di seluruh dunia menggunakan undang-undang pematuhan perdagangan antarabangsa (ITC) untuk mengawal pergerakan barangan, perkhidmatan dan teknologi bagi menjaga keselamatan negara, mengawal senjata pemusnah, menyokong objektif dasar luar negara dan melindungi kesihatan, keselamatan dan sumber berkurangan warga mereka.

Kegagalan untuk memenuhi kewajipan ITC boleh menyebabkan kita dikenakan hukuman yang berat dan merosakkan reputasi. Ia juga boleh menyebabkan produk dan teknologi kita jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Sebagai pengilang dan pembekal sistem komersial yang canggih, kita mempunyai kewajipan untuk mencegah perkara ini daripada berlaku.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAANSyarikat kita komited terhadap menjalankan perniagaan di mana sahaja dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang ITC yang berkenaan, pada setiap masa. Kita semua bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan dan pihak pengurus juga hendaklah memastikan bahawa organisasi mereka juga mematuhi. Ini bererti kita:

• Mengenal pasti dan mengklasifikasikan semua produk, teknologi dan perkhidmatan kita untuk menentukan bagaimana ia dikawal

• Melindungi komoditi dan teknologi terkawal, secara fizikal dan tidak ketara, terhadap pemindahan atau pelepasan tanpa kebenaran

• Memastikan kebenaran kerajaan yang sesuai wujud untuk membenarkan pemindahan semua item yang disediakan kepada pembekal, pelanggan, rakan niaga dan pihak ketiga yang lain; menyaring semua transaksi bagi senarai pihak yang dilarang dan disekat yang berkenaan; mengesahkan bahawa penggunaan akhir, pengguna akhir dan destinasinya dibenarkan; dan menyelia sebarang kebenaran bagi kitaran hayat transaksi tersebut

• Menyimpan rekod yang tepat dan mekanisme pemindahan, penjejakan dan pelaporan yang berkesan

• Mengklasifikasikan barangan yang diimport dan menilainya dengan betul supaya kita membuat entri yang tepat dan pada masanya, membayar cukai import yang sepatutnya dan memastikan pengisytiharan negara asal yang sesuai

• Jangan bersetuju atau terlibat dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan boikot yang tidak konsisten dengan undang-undang antiboikot A.S. dan melaporkan permintaan yang berkaitan dengan boikot apabila perlu

Page 31: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

30

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita mengejar objektif perniagaan kita hanya berdasarkan merit—tidak pernah melalui sogokan atau amalan rasuah yang lain.

MENCEGAH RASUAH DAN SOGOKAN

MENGAPA IA PENTING

Sementara kita menghargai inovasi dan kecemerlangan membezakan apa yang kita lakukan, nilai-nilai hormat, integriti, dan penyertaan kita bercerita tentang bagaimana kita melakukannya. Apabila ia berkenaan memenangi perniagaan dan memilih rakan niaga, kita bergantung pada nilai-nilai kita untuk menentukan tindakan kita. Kita akan melepaskan peluang—tanpa mengambil kira rakan niaga, nilai atau lokasi—daripada membenarkan hasil perniagaan dipengaruhi secara tidak wajar.

Sebagai sebuah syarikat global yang terkemuka yang produk dan perkhidmatannya membantu memastikan keselesaan dan keselamatan di seluruh dunia, kita mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk menjadi kuasa bagi perubahan yang positif. Apabila kita memimpin melalui teladan dalam usaha melawan rasuah, kita memerangi pengaruhnya yang merosakkan dalam masyarakat dan kita membantu menggalakkan dan melindungi pasaran terbuka. Oleh sebab kita memperjuangkan amalan pasaran yang adil dan telus di mana kita menjalankan perniagaan, pelanggan kita boleh mengenali dengan mudah kualiti dan nilai yang hebat bagi produk dan perkhidmatan kita.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Syarikat kita bersikat tegas terhadap menentang rasuah dan memenangi perniagaan dengan cara yang betul. Ini bererti kita:

• Menang berdasarkan merit produk, perkhidmatan dan terma tawaran kita

• Jangan sekali-kali menawarkan apa-apa yang bernilai untuk mempengaruhi keputusan secara tidak wajar—sama ada berurusan dengan pegawai kerajaan atau seseorang dalam sektor swasta

• Merekodkan semua transaksi sepenuhnya, dengan tepat dan jujur

• Mematuhi undang-undang antirasuah yang tersurat dan tersirat, di mana sahaja kita menjalankan perniagaan

• Memilih rakan niaga dengan teliti dan berurusan dengan mereka mengikut standard etika kita yang tinggi

BERSAMBUNG >

Page 32: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

31

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENCEGAH RASUAH DAN SOGOKAN (BERSAMBUNG)

BENDERA MERAH RASUAHApabila memilih rakan niaga untuk membantu operasi kita, kita perhatikan:

• Dakwaan masa lalu tentang bayaran yang tidak wajar

• Permintaan untuk menerima komisen sebelum urus niaga selesai

• Permintaan bagi yuran yang tidak seimbang dengan perkhidmatan yang disediakan atau untuk dibayar kepada pihak atau bidang kuasa lain.

• Saranan bahawa kita bekerja dengan orang tertentu disebabkan “hubungan istimewa”

• Percanggahan kepentingan yang boleh mempengaruhi pelanggan atau pegawai secara tidak wajar

• Penglibatan orang ketiga yang baharu apabila tarikh penganugerahan semakin hampir

• Permintaan untuk merekodkan perbelanjaan secara tidak jujur atau berbeza daripada sebenarnya

S: Seorang kerani bandar enggan melepaskan bayaran yang diperlu dibayar kepada Syarikat melainkan saya membuat bayaran tambahan secara tunai, yang menurut kerani itu akan “mempercepatkan perkara.” Jumlah yang diminta agak kecil yang saya boleh bayar dari saku saya sendiri dan ia tidak perlu dimasukkan ke dalam buku Syarikat. Apakah yang harus saya lakukan?

J: Walau bagaimanapun kerani tersebut mungkin akan cuba mencirikan pembayaran tersebut, yang merupakan rasuah. Dasar dan nilai teras kita melarang bayaran yang atau boleh ditaksirkan sebagai rasuah, walaupun jika ia merupakan adat di negara di mana kita menjalankan perniagaan. Dan, buku serta rekod Syarikat mesti mencerminkan dengan tepat urus niaga kita—merekodkan urus niaga kita secara tidak wajar melanggar undang-undang dan dasar. Apa yang anda sarankan bukan sahaja salah, tetapi juga haram di bawah undang- undang yang dikenakan ke atas Syarikat untuk mana-mana pekerja atau orang lain membuat bayaran seperti itu bagi pihak Syarikat. Hubungi Pegawai Etika & Pematuhan tempatan anda atau Jabatan Perundangan dengan segera sekiranya anda mempercayai pernah diminta untuk memberikan rasuah.

S: Saya seorang pengurus akaun yang memproses perbelanjaan. Baru-baru ini, saya menerima permohonan daripada pengurus jabatan bagi pampasan perbelanjaan. Saya mendapati persidangan yang dinyatakan oleh pengurus itu sebagai perbelanjaan sebenarnya tidak wujud. Apakah yang harus saya lakukan?

J: Ia mungkin satu kesilapan yang mudah atau mungkin telah disengajakan. Perbelanjaan tidak tepat yang disengajakan mewujudkan risiko kepada kita di bawah undang-undang antirasuah. Ia juga menjejaskan keuntungan kita, yang memudaratkan kita. Jangan proses perbelanjaan ini. Laporkannya kepada pengurus atau Etika & Pematuhan untuk semakan lanjut dan panduan.

Page 33: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

32

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita menghormati pemegang saham kita dan kepercayaan yang diletakkan oleh mereka pada kita. Kita membuat keputusan yang tidak berat sebelah yang menekankan pertumbuhan jangka panjang yang mampan dan fokus yang tinggi terhadap komitmen kita. Kita membuat rekod dan pelaporan kita tepat dan telus, menghargai dan melindungi aset kita dan berkelakuan dengan penuh integriti setiap hari.

KITA PENGAWAS YANG BERTANGGUNGJAWAB BAGI PELABUR KITA

Menghalang Perdagangan Dalaman dan Penyalahgunaan Maklumat Bukan Awam yang Penting 33

Mengelakkan Percanggahan Kepentingan 34

Mencipta, Mengekalkan dan Mendedahkan Rekod serta Akaun yang Tepat 36

Melindungi Harta Intelektual Kita 38

Menghormati Harta Intelektual Orang Lain 40

Melindungi Harta Syarikat 41

Page 34: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

33

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kami tidak pernah menggunakan atau berkongsi bahan, maklumat bukan awam tentang Carrier atau sebarang syarikat lain untuk tujuan membeli atau menjual sekuriti.

MENGHALANG PERDAGANGAN DALAMAN DAN PENYALAHGUNAAN MAKLUMAT BUKAN AWAM YANG PENTING

MENGAPA IA PENTING

Sumber pekerjaan kami, kami mungkin mempunyai akses kepada maklumat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Kita hendaklah melindungi maklumat tersebut, menggunakannya hanya diperlukan dan jangan sekali-kali memaklumkan keputusan pelaburan peribadi.

Maklumat material, bukan awam ("orang dalam") adalah maklumat tentang mana-mana syarikat yang tidak tersedia secara umum dan itu sebab pelabur yang munasabah akan mempertimbangkan kepentingan apabila memutuskan sekuriti perdagangan. Ia boleh termasuk:

• Keputusan kewangan dan dividen

• Tawaran kontrak baharu

• Tuntutan mahkamah, penyelesaian atau tindakan undang-undang yang belum selesai

• Inisiatif produk atau pemasaran baru

• Menukar pengurusan atasan

• Jangkaan penggabungan atau pengambilalihan

Perdagangan dalaman berlaku apabila seseorang menggunakan maklumat dalaman ini untuk memperoleh keuntungan atau untuk mengelakkan kerugian dalam pasaran saham, atau berkongsi supaya orang lain dapat melakukan perkara yang sama. Perdagangan dalaman adalah jenayah yang serius, boleh dihukum dengan denda yang berat dan dipenjarakan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita boleh membantu mencegah perdagangan dalaman dan penyalahgunaan pasaran dengan:

• Jangan sesekali membeli, menjual atau sebaliknya menguruskan saham dalam Carrier atau mana-mana syarikat yang didagangkan secara umum semasa memiliki maklumat dalaman

• Tidak mendedahkan maklumat dalaman kepada sesiapa di luar Carrier, termasuk ahli keluarga, saudara, atau rakan-rakan

• Berkongsi maklumat dalaman dengan rakan-rakan sekerja yang hanya perlu mengetahui asas

• Tidak terlibat dalam "memberi tip", yang bermaksud secara langsung atau tidak langsung memberikan bahan, maklumat bukan umum tentang mana-mana syarikat kepada sesiapa sahaja yang membuat perdagangan sambil mengetahui maklumat tersebut.

Laporkan sebarang penyalahgunaan maklumat dalaman kepada penyelia, Pegawai Pematuhan & Etika atau Jabatan Undang-undang, atau menggunakan Program Laporan Tanpa nama Syarikat

Page 35: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

34

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita berhati-hati untuk tidak membuat kepentingan peribadi kita bercanggah dengan komitmen kita kepada Syarikat dan matlamat serta keperluannya.

MENGELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN

MENGAPA IA PENTINGNilai integriti kita menuntut supaya kita tidak membenarkan kepentingan dan hubungan peribadi menghalang kita daripada membuat keputusan yang terbaik untuk Syarikat. Menggunakan pertimbangan yang baik untuk membuat pilihan terbaik bagi perniagaan kita membantu kita memenuhi standard prestasi kita dan membolehkan kita bekerjasama dan membuat inovasi tanpa sebarang gangguan. Ia juga mengiktiraf kesetiaan kita kepada Syarikat.

Malah percanggahan kepentingan yang ketara boleh menjadi satu masalah kerana ia boleh membuat orang lain berpendapat kita tidak bertindak dengan betul. Percanggahan kepentingan boleh dielakkan atau ditangani jika didedahkan dengan segera dan diurus dengan baik.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAANKita mengelakkan percanggahan kepentingan (atau kemunculannya) dan apabila ia tidak dapat dielakkan, memastikan ia boleh diurus dengan baik melalui:

• Prihatin terhadap situasi yang boleh menjadikan kepentingan Syarikat dan kepentingan kita sendiri bercanggah dan mendedahkan percanggahan yang sebenar atau berpotensi kepada pengurus atau Pegawai Etika & Pematuhan tempatan

• Menarik diri daripada proses membuat keputusan apabila berada dalam situasi percanggahan yang sebenar atau berpotensi

• Tidak meletakkan diri kita dalam situasi yang mungkin akan membuat kesetiaan kepada ahli keluarga kita atau kenalan rapat kita mempengaruhi pertimbangan kita

• Mengenali apabila pertimbangan kewangan peribadi kita dan hubungan dengan pesaing, pembekal atau pelanggan mungkin akan mengkompromikan keupayaan kita untuk bertindak demi kepentingan Syarikat

• Menunjukkan kesetiaan kepada Syarikat dengan tidak menggunakan peluang untuk diri kita yang diperoleh daripada penggunaan kedudukan atau sumber Syarikat

• Berusaha dengan sebaik mungkin setiap hari di Syarikat dan tidak membenarkan tugas luar atau aktiviti lain menghalang sumbangan kita kepada perniagaan kita

• Menawarkan dan menerima hadiah serta hiburan hanya jika hadiah itu:

‐ Adalah bersesuaian

‐ Mempunyai tujuan perniagaan yang sah

‐ Tidak menjejaskan pertimbangan kita

Semua percanggahan sebenar atau berpotensi hendaklah didedahkan untuk dikaji semula. Jika anda mempunyai kebimbangan percanggahan kepentingan, dapatkan panduan daripada seseorang Pegawai Etika & Pematuhan.

BERSAMBUNG >

Page 36: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

35

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENGELAKKAN PERCANGGAHAN KEPENTINGAN (BERSAMBUNG)

Ujian Pantas Percanggahan KepentinganJika saya mengambil tindakan ini, adakah saya akan:

• Berasa bertanggungjawab terhadap seseorang atau membuatkan mereka berasa bertanggungjawab terhadap saya?

• Tidak menghormati nilai-nilai kita?

• Berisiko mengkompromikan pertimbangan saya?

• Menjadikan tingkah laku kelihatan tidak wajar atau kesetiaan yang berbelah bagi?

• Menerima sedikit keuntungan peribadi atau faedah untuk diri saya, ahli keluarga atau kenalan rapat yang luar biasa atau melampau nilai atau kekerapannya?

Jika anda menjawab “ya” kepada mana-mana soalan ini, anda mungkin berhadapan dengan percanggahan kepentingan. Dapatkan panduan.

S: Saya mempunyai anak saudara yang baru sahaja lulus dengan ijazah dalam bidang kejuruteraan. Jika kita mengambilnya bekerja, dia tidak akan melaporkan diri kepada saya. Adakah saya boleh mengesyorkannya jawatan?

J: Sesetengah daripada pekerja baharu kita datang daripada rujukan pekerja. Untuk mengelakkannya daripada kelihatan seperti tidak wajar, anda hendaklah mendedahkan hubungan anda kepada pengurus pengambilan pekerja. Anda tidak harus mengambil bahagian dalam proses pengambilan pekerja, supaya anak saudara anda boleh dinilai berdasarkan meritnya sahaja.

Page 37: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

36

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Reputasi dan keberkesanan perniagaan kita bergantung pada rekod yang jelas dan tepat sambil dijaga dan didedahkan mengikut prinsip yang diterima dan dasar yang ketat.

MENCIPTA, MENGEKALKAN DAN MENDEDAHKAN REKOD SERTA AKAUN YANG TEPAT

MENGAPA IA PENTING

Sama ada kita sedang menyediakan laporan tahunan Syarikat atau mengisi kad masa, kita memainkan peranan dalam mendukung komitmen Syarikat kepada penjagaan rekod dan pelaporan yang tepat. Kita memahami kepentingan tanggungjawab ini. Kita tahu Syarikat bergantung pada pelaporan yang tepat, lengkap dan benar untuk membuat keputusan perniagaan yang baik. Begitu juga, pemegang saham kita bergantung pada rekod yang tepat dan telus bagi keputusan pelaburan mereka. Dengan mematuhi prinsip perakaunan yang diterima, mengekalkan rekod dengan betul, dan membuat laporan yang tepat, yang diterima berikut, kita memenuhi kewajipan undang-undang kita dan mengelakkan kerosakan reputasi, denda dan hukuman sivil atau jenayah. Kita juga menjadikan perniagaan kita lebih cekap dan lebih produktif, sambil mengesahkan kepercayaan yang diletakkan oleh pemegang kepentingan pada kita.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita mencipta, mengekalkan dan menghapuskan rekod dengan sempurna dan dengan integriti. Ini bererti kita:

• Merekodkan semua aset, liabiliti, pendapatan, perbelanjaan dan urus niaga perniagaan dengan tepat dan pada masanya, mengikut peraturan, prinsip perakaunan yang diterima umum dan dasar-dasar Syarikat

• Pastikan cadangan bajet dan penilaian ekonomi mewakili semua maklumat yang berkenaan secara adil

• Jangan buat entri yang tidak tepat atau mengelirukan dalam buku dan rekod kita

• Jangan simpan dana tunai atau aset lain secara rahsia atau yang tidak direkodkan

• Nasihatkan pelanggan dan pembekal sekiranya berlaku kesilapan dan perbetulkannya dengan segera melalui kredit, bayaran balik atau cara lain yang boleh diterima

• Simpan dan hapuskan rekod mengikut dasar Syarikat dan keperluan undang-undang

• Lindungi sebarang rekod yang mungkin berkaitan dengan prosiding undang-undang

Sebarang pelanggaran rekod yang disyaki hendaklah dilaporkan. Anda boleh menghubungi penyelia, Pegawai Etika & Pematuhan, Jabatan Undang-undang atau gunakan Program Pelaporan Tanpa Nama Syarikat.

BERSAMBUNG >

Page 38: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

37

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MENCIPTA, MENGEKALKAN DAN MENDEDAHKAN REKOD SERTA AKAUN YANG TEPAT (BERSAMBUNG)

S: Walaupun dasar pengurusan rekod kita membenarkan kita untuk melupuskan sesetengah rekod selepas tempoh masa tertentu. saya telah menyimpan kebanyakan rekod saya selama ini—terutamanya rekod elektronik seperti e-mel—supaya selamat. Wajarkah tindakan ini?

J: Dasar pengurusan rekod Syarikat tidak “membenarkan” pelupusan rekod—ia biasanya memerlukan pelupusan selepas tempoh tertentu, bergantung pada jenis rekod. Dengan tidak melupuskan rekod pada masanya, anda buka sahaja melanggar dasar Syarikat, anda boleh membebankan sistem storan, mewujudkan ketakcekapan dan membuatkan kita terdedah kepada isu undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat dokumen tertentu yang mesti disimpan, seperti yang terlibat dengan perkara undang-undang sedia ada atau yang berkemungkinan atau tertakluk kepada penantian undang-undang rasmi. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk mengetahui dan mengikuti jadual penyimpanan bagi setiap rekod yang kita hadapi.

Page 39: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

38

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita melindungi harta intelektual Syarikat kita daripada penyalahgunaan, penyelewengan, pemusnahan dan kehilangan.

MELINDUNGI HARTA INTELEKTUAL KITA

MENGAPA IA PENTING

Melalui nilai teras inovasi kita, Syarikat kita telah mencipta salah satu daripada portfolio harta intelektual yang terbesar di dunia. Aset ini ialah hasil kerja keras kita setiap hari, dan ia membentuk platform bagi inovasi dan pertumbuhan. Melindunginya adalah penting kepada matlamat kita untuk mencapai kecemerlangan kompetitif dan kepada masa depan perniagaan kita.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita melindungi harta intelektual kita dengan:

• Menilai, menggunakan dan mendedahkan harta intelektual Syarikat (seperti rahsia perniagaan, ciptaan, data teknikal, pengetahuan, perisian, strategi, butiran kontrak dan maklumat kewangan) hanya apabila diperlukan untuk menjalankan tugas kita dan sentiasa mengikut dasar dan prosedur Syarikat yang berkenaan

• Mendedahkan dengan segera kepada Syarikat semua ciptaan yang dicipta semasa bekerja dengan Syarikat, supaya ia dapat dinilai pada masanya untuk dipatenkan

• Mendedahkan maklumat proprietari kepada orang lain—walaupun dalam Syarikat—hanya jika mereka perlu mengetahui maklumat tersebut dan kepada pihak ketiga hanya selepas perjanjian tidak mendedahkan atau perjanjian lain yang sesuai disediakan

• Mematuhi dasar dan prosedur Syarikat untuk maklumat proprietari yang dihantar secara elektronik dan bagi kegunaan media sosial

• Memahami dan mematuhi sebarang keperluan berkontrak atau kawal selia untuk pihak ketiga yang menerima maklumat proprietari kita terikat untuk melindunginya

• Memastikan bahawa perjanjian yang mengawal pemilikan harta intelektual dan hak lesen disediakan sebelum bekerjasama dengan pihak ketiga

BERSAMBUNG >

Page 40: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

39

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MELINDUNGI HARTA INTELEKTUAL KITA (BERSAMBUNG)

Harta IntelektualHarta intelektual termasuk, sebagai contoh:

• Idea dan ciptaan

• Tanda dagangan, nama dagang dan logo

• Karya penulisan (seperti ilustrasi, tulisan, lukisan, dokumentasi dan perisian)

• Maklumat proprietari, bersifat teknikal dan perniagaan, termasuk:

‐ Data teknikal, reka bentuk dan pengetahuan

‐ Pelan perniagaan, pemasaran, jualan, pemerolehan dan harga

‐ Strategi perniagaan

‐ Maklumat penggabungan dan pemerolehan

‐ Butiran kontrak

‐ Maklumat kewangan

Syarikat kita melindungi harta intelektualnya secara global melalui pelbagai kaedah undang-undang, termasuk kontrak, paten, rahsia perniagaan, tanda dagangan berdaftar dan tidak berdaftar, hak cipta dan hak reka bentuk.

Page 41: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

40

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita mengambil tindakan untuk mencegah penyalahgunaan, penyelewengan, pemusnahan, gangguan, atau kehilangan harta intelek orang lain.

MENGHORMATI HARTA INTELEKTUAL ORANG LAIN

MENGAPA IA PENTING

Seperti mana Syarikat kita menilai hak harta intelektualnya sendiri dan menjangkakan orang lain akan menghormati hak-hak tersebut, Syarikat kita menghargai dan menghormati hak harta intelektual orang lain yang sah. Ini termasuk semua bentuk harta intelektual, sama ada yang diamanahkan kepada kita oleh pelanggan, rakan niaga atau pembekal atau yang dimiliki oleh pesaing kita atau pihak ketiga yang lain. Dengan melindungi hak tersebut, kita bukan sahaja mematuhi tanggungjawab undang-undang kita, kita juga mengukuhkan lagi kepercayaan dan hormat yang ada pada orang lain terhadap Syarikat.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita menghormati hak harta intelektual orang lain dengan:

• Mengikuti semua dasar dan prosedur yang berkaitan dengan perlindungan maklumat proprietari dan harta intelektual orang lain

• Tidak meminta, menerima, menggunakan atau mendedahkan maklumat proprietari pelanggan, rakan niaga, pesakit kita atau pihak ketiga yang lain tanpa kebenaran

• Tidak meniru kerja orang lain—termasuk sebagai contoh, imej, penerbitan, video atau kandungan lain yang ditemui di Internet—melainkan kita mempunyai lesen untuk berbuat demikian

• Menghormati hak paten, rahsia perniagaan dan maklumat proprietari orang lain semasa proses penyelidikan dan pembangunan kita

• Mematuhi perjanjian lesen harta intelektual yang berkenaan dan terma berkontrak lain yang mengawal penggunaan dan pendedahan maklumat proprietari orang lain

• Mengiktiraf hak cipta, logo, tanda dagangan, nama dagang dan reka bentuk pihak ketiga dalam pemasaran dan penerbitan kita yang lain

• Melaporkan produk palsu dan jenayah harta intelektual yang lain

Page 42: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

41

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita melindungi semua harta Syarikat daripada bahaya, kehilangan dan salah guna.

MELINDUNGI HARTA SYARIKAT

MENGAPA IA PENTING

Aset Syarikat kita dicipta melalui kerja keras kita setiap hari. Ia menjadi sumber dan cermin inovasi dan pertumbuhan kita; ia penting kepada semangat kejayaan setiap hari. Kita menghormati dan melindungi aset ini seperti kita menghormati dan melindungi harta peribadi kita sendiri. Kita menjaganya daripada salah kendali dan penyelewengan. Kita tahu bahawa Syarikat dan pemegang saham kita bergantung pada kita untuk mengambil tanggungjawab peribadi bagi melindungi aset kita daripada penyalahgunaan .

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita ialah pengawas yang bertanggungjawab bagi harta Syarikat. Ini bererti kita:

• Sentiasa mengendalikan aset ketara kita dengan betul dan mengikut dasar Syarikat

• Mencegah kehilangan, pembaziran, pemusnahan, kecurian dan penyalahgunaan sumber Syarikat

• Menggunakan aset Syarikat hanya bagi tujuan perniagaan dan jangan sekali-kali untuk keuntungan peribadi

• Mengehadkan penggunaan peribadi bagi peralatan dan sistem komunikasi Syarikat

• Melaporkan keadaan apabila kita mengesyaki aset Syarikat menghadapi risiko

• Memastikan semua urus niaga dibenarkan oleh pihak pengurusan dan tertakluk kepada proses penyemakan dalaman dan kelulusan

• Mereka bentuk dan mematuhi kawalan dalaman yang membantu memastikan pelaporan kewangan yang tepat dan mematuhi sepenuhnya audit, penyiasatan, undang-undang dan peraturan

• Mencegah aset kewangan daripada digunakan untuk pengubahan wang haram atau pembiayaan pengganas dengan berwaspada terhadap tanda-tanda amaran dan mengikuti peraturan antarabangsa

Aset KetaraAset yang ketara ialah apa-apa yang fizikal yang disediakan oleh Syarikat kepada pekerja untuk menjalankan perniagaan, seperti kemudahan, kenderaan, komputer dan peranti elektronik lain, jentera, peralatan, wang tunai, bekalan pejabat dan kad ID.

Aset KewanganAset kewangan ialah wang, instrumen kewangan Syarikat atau apa sahaja yang boleh ditukarkan kepada wang.

BERSAMBUNG >

Page 43: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

42

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

MELINDUNGI HARTA SYARIKAT (BERSAMBUNG)

Tanda-tanda Amaran Pengubahan Wang HaramBendera merah yang berkemungkinan untuk pengubahan wang haram termasuk tetapi tidak terhad kepada:

• Pelanggan membuat bayaran melalui berbilang akaun

• Pembayaran dibuat bagi pihak pelanggan oleh pihak ketiga tanpa alasan atau penjelasan

• Permintaan untuk bayaran dibuat kepada akaun peribadi atau luar pesisir daripada akaun syarikat yang biasa

• Permintaan untuk bayaran dibuat pada waktu pelik atau dalam jumlah yang luar biasa

• Permintaan untuk pelbagai bayaran yang kesemuanya di bawah $10,000

Melaporkan sebarang penyalahgunaan aset Syarikat kepada penyelia, Pegawai Etika & Pematuhan, Jabatan Undang-undang atau menggunakan Program Pelaporan Tanpa Nama Syarikat.

Page 44: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

43

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita mencari rakan niaga yang berkongsi komitmen yang teguh terhadap prestasi dan komitmen kita untuk memenuhi atau melebihi keperluan pelanggan kita. Kita melayani rakan kongsi kita dengan rasa hormat dan integriti dan memupuk persekitaran penyertaan, melindungi hak mereka dan pada masa yang sama meminta mereka mengekalkan standard etika yang tinggi sebagai rantaian bekalan bertaraf dunia.

KITA MEMBINA PERKONGSIAN YANG BERTAHAN LAMA

Memilih Rakan yang Sesuai 44

Menghormati dan Melindungi Hak Manusia 45

Page 45: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

44

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita memilih rakan niaga kita berdasarkan merit dan nilai yang dikongsi dan kita melayan mereka dengan adil.

MEMILIH RAKAN YANG SESUAI

MENGAPA IA PENTING

Kita mencari rakan niaga yang boleh membantu kita mencapai matlamat perniagaan kita dengan menyediakan kepakaran, sumber, kecekapan dan inovasi untuk membantu kita menyediakan produk yang boleh dipercayai mengikut jadual. Kita juga mencari rakan yang berkongsi standard etika yang tinggi dan keghairahan kita untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita memilih rakan niaga kita melalui proses yang kompetitif tetapi adil. Ini bererti kita:

• Mencari rakan yang memenuhi standard keselamatan, integriti dan prestasi kita sambil mengotakan apa yang dijanjikan oleh mereka pada masanya dan mengikut bajet

• Menjalankan usaha wajar untuk memastikan rakan niaga utama yang berpotensi layak dan mempunyai reputasi baik sebelum kita berurusan dengan mereka dan memantau prestasi mereka selepas itu

• Menetapkan syarat-syarat prestasi yang jelas dan khusus dengan hasil yang boleh diukur

• Merasmikan hubungan secara bertulis supaya semua transaksi adalah telus dan direkodkan dengan betul dan rakan niaga bertanggungjawab untuk melaksanakan mengikut keperluan keselamatan, etika dan pematuhan kita

• Mencari peluang untuk perniagaan kecil, tidak beruntung, dimiliki oleh minoriti, dimiliki oleh wanita, dimiliki oleh veteran, kurang digunakan berdasarkan sejarah

Page 46: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

45

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita komited terhadap kewarganegaraan yang baik dan melibatkan diri dengan orang lain untuk menggalakkan keadaan bekerja yang lebih baik untuk semua.

MENGHORMATI DAN MELINDUNGI HAK MANUSIA

MENGAPA IA PENTING

Jejak global kita yang luas membolehkan kita untuk meninggalkan kesan dalam permintaan kita bagi keadaan kerja yang lebih selamat dan peluang yang sama rata di seluruh dunia. Syarikat kita mengambil langkah-langkah yang ketat dan rapi untuk melindungi pekerja di kemudahan kita sendiri. Tetapi kita juga boleh menggalakkan perubahan yang positif dengan menggalakkan rakan niaga dan masyarakat kita untuk turut menghormati hak manusia. Oleh itu, kita menghormati nilai-nilai teras kita dengan melibatkan mereka yang berkongsi komitmen kita untuk membantu menjadikan manusia selamat, selesa, produktif dan bergerak.

MENGAPA IA PENTING

Syarikat kita menghormati dan melindungi hak manusia dengan:

• Memastikan keadaan bekerja yang selamat dan sihat untuk pekerjanya, berdasarkan apa yang paling ketat: Standard A.S, standard tempatan atau dasar Syarikat

• Jangan sekali-kali menggunakan buruh kanak-kanak atau buruh paksa dan sentiasa mencari rakan niaga yang berkongsi komitmen kita untuk melawan pemerdagangan manusia untuk seks dan menyokong hak manusia

• Melarang diskriminasi berdasarkan apa-apa asas yang menyalahi undang-undang, termasuklah: bangsa, warna kulit, agama, negara asal, jantina, umur, kecacatan, status veteran, status perkahwinan, status kewarganegaraan, kepercayaan, orientasi seksual dan kategori dilindungi lain yang disediakan oleh undang-undang

• Membayar pampasan dan faedah untuk menarik dan mengekalkan pekerja yang sangat berbakat untuk perniagaan kita, sambil mematuhi semua peraturan yang berkaitan dengan upah, jam, dan faedah yang diamanahkan secara sah

• Mengiktiraf prinsip kebebasan bersekutu dan hak untuk tawar-menawar secara kolektif kerana ia wujud di bawah undang-undang yang diguna pakai di negara-negara di mana kita beroperasi

• Menggalakkan amalan mencari sumber secara bertanggungjawab dan menetapkan jangkaan bagi pembekal utama kita melalui Kod Etika Pembekal, termasuk pembekal mesti memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja mereka, mengelakkan diskriminasi, memastikan bahawa buruh kanak-kanak tidak digunakan dan mengelakkan pemerdagangan manusia

Untuk memastikan pelaporan mempunyai bukti kukuh tentang dakwaan salah laku, Carrier menyediakan saluran yang selamat dan sulit untuk para pekerja dan pihak ketiga untuk mendapatkan panduan, bertanyakan soalan, memberikan komen, dan melaporkan salah laku yang disyaki. Program Pelaporan Tanpa Nama Syarikat membolehkan para pekerja dan orang lain untuk mengajukan pertanyaan atau menyatakan kebimbangan.

Page 47: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

46

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Produk kita membantu menjadikan kehidupan moden dapat dicapai. Ia juga membuat sesuatu menjadi lebih baik—dan ia merupakan misi yang setiap daripada kita juga bawa kepada masyarakat kita. Kita melindungi persekitaran yang kita kongsi dan mencari cara yang mampan untuk mencipta nilai. Kita juga menyokong peluang sukarela, usaha penambahbaikan sosial dan usaha amal, memahami bahawa apabila masyarakat kita semakin kukuh, kita juga menjadi lebih kukuh.

KITA MELIBATKAN DIRI DALAM MASYARAKAT KITA

Melindungi Persekitaran 47

Menyumbang kepada Komuniti Kita 48

Menyertai Proses Politik 49

Page 48: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

47

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita menghormati semua undang-undang dan peraturan persekitaran yang berkenaan dengan kita, sambil mengejar matlamat-matlamat yang tinggi bagi pemuliharaan dan kelestarian.

MELINDUNGI PERSEKITARAN

MENGAPA IA PENTING

Operasi global kita—dan terutamanya penggunaan banyak produk kita di bandar-bandar besar—telah menunjukkan kepada kita tekanan yang kian meningkat yang dihadapi oleh persekitaran kita daripada pertumbuhan penduduk dan urbanisasi. Ia juga telah memberi kita peluang untuk menetapkan contoh yang memberikan impak yang besar. Itu sebabnya kita tidak berpuas hati dengan hanya memenuhi kewajipan undang-undang kita apabila ia berkenaan dengan standard persekitaran. Kita mahu menjadi pemangkin bagi perubahan positif, membuat kemajuan melalui inovasi dan menunjukkan kepada rakan setara dan masyarakat kita bahawa mengurangkan jejak persekitaran anda bukan sahaja baik untuk dunia, bahkan baik untuk perniagaan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Syarikat kita menggalakkan tanggungjawab dan kelestarian persekitaran. Ini bererti kita:

• Mematuhi semua undang-undang persekitaran yang berkenaan, mempunyai permit setiap masa, melaporkan sebarang insiden dan melupuskan sisa berbahaya dengan selamat

• Mencari peluang untuk memulihara tenaga, air dan bahan

• Bekerja untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mengukuhkan komitmen kita terhadap pemuliharaan

• Mewujudkan sistem bangunan yang mengurangkan pelepasan dan menggalakkan kelestarian

• Menggalakkan pembekal utama kita untuk meningkatkan amalan-amalan yang lestari

• Menetapkan matlamat yang mendorong kita dan pembekal utama kita untuk berusaha membuat penambahbaikan secara tetap dalam pemuliharaan dan kelestarian

• Berusaha secara peribadi untuk mencari cara baharu yang kita boleh memulihara sebagai individu

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang isu persekitaran, sila hubungi penyelia, profesional Kesihatan & Keselamatan Persekitaran (EH&S), Pegawai Etika & Pematuhan atau menggunakan Program Pelaporan Tanpa Nama Syarikat.

Page 49: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

48

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita merupakan rakan aktif dalam masyarakat kita, menyumbang masa, sumber dan bakat kita secara sukarela untuk membantu mereka berkembang.

MENYUMBANG KEPADA KOMUNITI KITA

MENGAPA IA PENTING

Syarikat kita beroperasi pada skala global. Tetapi kita juga mendapat kekuatan dan inspirasi daripada masyarakat setempat kita—tempat di mana kita bekerja dan tinggal. Kita berusaha untuk menggalakkan pertumbuhan dan vitaliti melalui penglibatan yang positif dengan jiran tetangga kita, meningkatkan perasaan saling hormat menghormati dan percaya mempercayai serta pada masa yang sama, meningkatkan reputasi dan usaha mengambil pekerja.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Syarikat kita ialah warga korporat yang bertanggungjawab dalam masyarakat di mana kita beroperasi. Ini bererti kita:

• Menggalakkan dan meraikan peranan aktif yang dimainkan oleh pekerja kita dalam masyarakat sebagai sukarelawan, mentor dan pekerja amal

• Melibatkan diri dalam kerja amal dan sivik yang bermanfaat, memeriksanya dahulu bagi memastikannya sah

• Jangan sekali-kali meminta apa-apa sebagai balasan bagi sumbangan amal

S: Saya akan menjadi seorang sukarela di pencarian dana amal pada hujung minggu ini. Adakah wajar jika saya mewakili diri saya sebagai seorang pekerja kerana saya tahu Syarikat kita telah menjadi penyokong badan amal ini untuk sekian lama?

J: Walaupun Syarikat juga menyokong badan amal anda, anda tidak harus menghadiri sebarang acara sebagai wakil Syarikat rasmi tanpa kebenaran untuk berbuat demikian diperoleh terlebih dahulu. Hubungi pihak pengurusan anda terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran dan mungkin boleh mendapatkan Syarikat untuk menyokong acara tersebut secara rasmi.

Page 50: KOD ETIKA KAMI - Carrier Corporate€¦ · Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan: ... • Jangan sekali-kali

49

CARRIER GLOBAL CORPORATION KOD ETIKA KAMI

Kita mematuhi semua undang-undang negara, negeri dan tempatan yang mengawal penyertaan korporat dalam hal ehwal politik dan kita menggalakkan pekerja untuk terlibat dalam proses politik sebagai rakyat biasa.

MENYERTAI PROSES POLITIK

MENGAPA IA PENTING

Sebagai sebuah syarikat, kita bekerja rapat dengan kerajaan di seluruh dunia dan mempunyai kepentingan dalam kesudahan politik. Kita mengambil bahagian sebagai sebuah syarikat dalam proses politik tetapi kita berbuat demikian secara bertanggungjawab. Kita memahami dan menghormati had undang-undang ke atas syarikat dan mengikuti peraturan yang tersurat dan tersirat. Pada masa yang sama, kita menyokong sepenuhnya pekerja kita dalam mematuhi tanggungjawab sivik mereka dengan kekal termaklum dan menyumbangkan masa atau sokongan kewangan mereka kepada aktiviti politik.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita terlibat dengan politik secara sah dan beretika, sebagai sebuah perniagaan dan sebagai individu. Ini bererti kita:

• Mematuhi semua had undang-undang tentang sumbangan korporat kepada parti, jawatankuasa politik dan calon individu

• Apabila melibatkan diri dalam politik sebagai rakyat biasa, kita menjelaskan bahawa pandangan dan tindakan kita ialah pandangan dan tindakan peribadi kita sendiri, dan bukan Syarikat

• Memaklumkan Pejabat Etika & Pematuhan jika bertanding untuk jawatan sebagai individu bagi mengelakkan percanggahan kepentingan yang berpotensi

• Memahami peraturan melobi dan mengelak daripada menghubungi pegawai kerajaan tanpa kebenaran jelas dan memahami tentang keperluan pelaporan dan pendedahan umum

• Jangan membuat sumbangan politik bagi pihak Syarikat atau menggunakan dana Syarikat melainkan dibenarkan oleh undang-undang dan kita telah menerima kelulusan awal daripada Jabatan Perundangan

PenafianEtika Tatakelakuan tidak mengurniakan sebarang hak berkontrak, sama ada tersurat atau tersirat, untuk kekal bekerja dengan Syarikat. Ia juga tidak menjamin sebarang terma dan syarat yang tetap bagi pekerjaan anda.