Kod Etika KKR - Final Touch Up ETIKA KKR 2019.pdf · Selaras dengan nilai dan etika dalam...
Transcript of Kod Etika KKR - Final Touch Up ETIKA KKR 2019.pdf · Selaras dengan nilai dan etika dalam...
KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR)
K O D E T I K AK E M E N T E R I A N K E R J A R AYA
SEKAPUR SIRIH
erkembangan dalam aliran dan struktur pembangunan negara telah meletakkan Kementerian Kerja Raya (KKR) bukan hanya
berperanan sebagai perancang, pelaksana, penyelaras dan pemantau pembangunan infrastruktur negara, tetapi turut menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam memenuhi agenda negara untuk mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat. Bertepatan dengan moto KKR, “Ke Arah Kesejahteraan Rakyat”, kod etika ini diharap dapat menjadi panduan dalam mencapai kesepaduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bersama untuk merealisasikan hasrat kerajaan dan aspirasi rakyat secara keseluruhannya dalam memacu KKR ke arah yang lebih cemerlang di persada pembangunan negara. Justeru, warga KKR sebagai jentera penggerak organisasi hendaklah mempunyai nilai-nilai dan etika yang kukuh untuk memastikan pentadbiran KKR diiktiraf sebagai salah satu perkhidmatan yang cekap, efektif dan relevan. Selaras dengan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam, sewajarnya KKR mempunyai Kod Etika tersendiri sesuai dengan persekitaran dan pengkhususan kerja yang dilaksanakan. Saya berharap agar Kod Etika ini dipatuhi, difahami dan dihayati oleh seluruh warga KKR selari dengan inisiatif yang diambil dalam mengarusperdana pembangunan negara. Sekian. YB TUAN BARU BIAN Menteri Kerja Raya
P
SEULAS PINANG
ilai dan etika kerja adalah penting dalam sesebuah organisasi
kerana ia memberi impak yang besar terhadap pembentukan
peribadi dan integriti warga kerjanya. Kecemerlangan sesebuah
organisasi saling berkait dengan ketinggian nilai dan etika seluruh
warganya.
Integriti, akauntabiliti dan komitmen organisasi amat penting sebagai
jaminan dan keyakinan kepada para pemegang taruh dan pelanggan
bahawa mutu perkhidmatan yang diberi berada pada aras terbaik,
boleh dipercayai, objektif dan kompeten.
Kod Etika Kementerian Kerja Raya (KKR) ini menerangkan prinsip dan
nilai yang relevan dengan kerjaya dan tugas Penjawat Awam. Ia turut
meliputi norma kelakuan yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan
tugas serta digubal dan diselaras dengan Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan peraturan-
peraturan lain yang berkuat kuasa. Kod Etika ini juga berasaskan
tanggungjawab dan obligasi moral untuk memandu dan memacu
warga KKR agar prestasi dan profesionalisme dapat dipertingkatkan.
Harapan saya semoga Kod Etika ini dapat memantapkan integriti
warga KKR dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab,
seterusnya memelihara kredibiliti Kementerian dalam mencapai visi
sebagai “Peneraju Pembangunan Infrastruktur dan Industri
Pembinaan Negara Yang Terunggul”. Akhir kata, “Kecemerlangan
organisasi, cerminan keluhuran jati diri dan peribadi”.
Sekian.
DATO’ DR. SYED OMAR SHARIFUDDIN BIN SYED IKHSAN Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
N
Visi KKR 2
Misi KKR 2
Pengenalan Kod Etika 2
Objektif Kod Etika 3
Nilai Teras Bersama 4
Nilai-Nilai Kembangan 4
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Ikrar Perkhidmatan Awam
Akuan Pematuhan
01
02
03
04
05
06
07
08
0606
2
VISI KKR
Peneraju pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara.
MISI KKR
(i) Memastikan pembangunan infrastruktur dilaksana dengan cekap, berkualiti dan lestari; dan
(ii) Memantapkan industri pembinaan negara yang lebih berdaya saing pada peringkat global.
PENGENALAN KOD ETIKA KEMENTERIAN KERJA RAYA
(i) Kod Etika Kementerian Kerja Raya (KKR) ialah prinsip moral dan nilai-nilai akhlak cemerlang yang seragam serta panduan dan peraturan yang menjadi piawaian dan kod tingkah laku setiap warganya;
(ii) Kod Etika KKR yang disediakan adalah berpandukan Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam serta Peraturan/Pekeliling/Arahan Perkhidmatan Awam sedia ada yang berkaitan. Ia menggariskan nilai teras, nilai kembangan dan etika kerja yang perlu dihayati serta diamalkan oleh warga KKR;
(iii) Tujuan penyediaan kod etika adalah untuk membantu warga KKR dan ia menjadi panduan dalam melaksanakan tanggungjawab selaras dengan peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi sebagai Pegawai Awam; dan
(iv) Kod Etika hendaklah dibaca bersama Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta peraturan lain yang berkaitan yang telah berkuat kuasa.
KOD ETIKA KEMENTERIAN KERJA RAYA
3
OBJEKTIF KOD ETIKA
(i) Menetapkan Kod Etika yang perlu diikuti oleh warga KKR;
(ii) Meningkatkan profesionalisme warga KKR dalam merencanakan pembangunan prasarana negara;
(iii) Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat;
(iv) Meningkatkan akauntabiliti dan keberkesanan pengurusan Kementerian;
(v) Menyepadukan pengaruh etika dan undang-undang agar ia lebih berkesan dalam usaha membanteras pelbagai bentuk rasuah, salah laku, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
4
Profesional
INTEGRITI
KERJABERPASUKAN
Wibawa
Tegas
Kompeten
KomunikasiBerkesan
Berilmu
Kreatif &Inovatif
Mesra
Muafakat
Komitmen
Prihatin
Berdisiplin
Hormat- Menghormati
Akauntabiliti
Telus
Amanah
Benar
Adil
Bijaksana
PROFESIONAL
Mempunyai kemampuan, kemahiran dan cara pelaksanaan yang sewajarnya oleh seseorang untuk mencapai kecemerlangan.
INTEGRITI
Mempunyai keselarasan antara tindakan dengan prinsip moral positif yang tidak mudah dipengaruhi oleh elemen negatif demi mempertahankan nama baik KKR daripada pelbagai bentuk penyelewengan
KERJA BERPASUKAN
Berkeupayaan membina hubungan baik melalui interaksi dan kerjasama secara efektif tanpa kepentingan peribadi dengan warga KKR dan pemegang amanah harta (stakeholder) untuk mencapai objektif yang sama dalam meningkatkan prestasi penyampaian kementerian.
NILAI TERAS BERSAMA DAN NILAI KEMBANGAN
NILAI TERAS BERSAMA
NILAI-NILAI KEMBANGAN
5
6
5
4
2
3
1
TAFSIRAN NILAI-NILAI KEMBANGAN DI BAWAH NILAI TERAS BERSAMA
Wibawa
Pembawaan sikap dan tingkah laku positif yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang tinggi sehingga berupaya mempengaruhi orang lain dan disegani oleh segenap individu. Warga yang berwibawa juga merupakan seorang yang berilmu pengetahuan dan berpengalaman luas.
Tegas
Membuat keputusan atau mengambil tindakan tanpa ragu-ragu dan sentiasa menzahirkan ketegasan dengan bijaksana.
Kompeten
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan tepat berdasarkan pengetahuan dan kepakaran dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai perubahan kerja serta berdaya saing tinggi.
Komunikasi Berkesan
Mesej yang disampaikan dapat difahami dengan tepat dan jelas serta sentiasa membina jaringan komukasi yang baik bagi mengelak berlakunya konflik.
Berilmu
Mempunyai ilmu pengetahuan dalam perkara yang dilakukan dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan kerjaya.
Kreatif & Inovatif
Berkebolehan berfikir atau merealisasikan idea baharu serta berkebolehan mengembangkan idea asal kepada idea yang lebih kreatif untuk manfaat organisasi.
6
10
11
12
7
8
9
Akauntabiliti
Bertanggungjawab terhadap sesuatu tugasan, keputusan, tindakan dsb. serta bersedia memberi penjelasan atau kewajaran yang diperlukan. Telus
Melaksanakan sesuatu mengikut tatacara atau prosedur kerja yang ditetapkan tanpa berselindung atau menimbulkan kesangsian. Setiap keputusan dan tindakan hendaklah dimaklumkan selagi tiada percanggahan dengan undang-undang atau peraturan yang berkuatkuasa. Keputusan yang dibuat hendaklah bebas melalui proses yang jelas dan nyata tanpa sebarang pengaruh peribadi.
Amanah
Melaksana tanggungjawab dengan sebaik-baiknya tanpa sebarang penyelewengan sama ada dari aspek masa, kuasa, sumber kewangan, peralatan dan tenaga kerja.
Benar
Benar dan selari pada niat, percakapan dan perbuatan tanpa niat atau agenda tersendiri atau tersembunyi.
Adil
Membuat pertimbangan dengan saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berdasarkan undang-undang, peraturan, keutamaan serta membuat penilaian secara objektif dan profesional. Warga yang adil sentiasa mengamalkan prinsip meletakkan sesuatu pada tempatnya serta tidak mengamalkan sikap pilih kasih atau berpihak kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.
Bijaksana
Berfikir dan bertindak dengan penuh hemah, rasional tanpa pengaruh emosi, sesuai dengan masa dan keadaan untuk mencapai matlamat dan hasil yang berkualiti. Seluruh potensi dan kompetensi diri digunakan
7
16
17
18
15
14
13
dalam memupuk keupayaan dan kepakaran dalam melunaskan tugas dan tanggungjawab.
Mesra
Sentiasa memberi layanan mesra dan berhemah serta menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan stakeholders di samping menjaga dan mengamalkan hubungan baik sesama warga Kementerian.
Muafakat
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara kolektif dan toleransi sebagai satu pasukan serta saling bantu membantu antara satu sama lain atas dasar kebersamaan di bawah satu organisasi.
Komitmen
Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, keazaman dan iltizam yang tinggi.
Prihatin
Sentiasa cakna, mengambil berat dan memberikan perhatian terhadap sesuatu perkara yang berlaku serta peka terhadap keperluan dan perubahan keadaan sekeliling.
Berdisiplin
Sentiasa berkelakuan baik, mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
Hormat-menghormati
Mempunyai pandangan yang tinggi terhadap orang lain dengan berinteraksi dan memberi layanan sopan serta berhemah untuk mewujudkan suasana harmoni.
Kami, pegawai awam Malaysia, berikrar dan berjanji bahawa dengan rela hati akan mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut:
(i) Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
(ii) Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan pada amalan rasuah;
(iii) Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika kementerian;
(iv) Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
(v) Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan
(vi) Mematuhi sepenuhnya kod etika kementerian dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia berikrar bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Kami dengan cara ini :
(i) Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
(ii) Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
(iii) Berusaha mengikis sikap mementingkan diri;
(iv) Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
(v) Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
(vi) Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan
(vii) Berpegang teguh pada ajaran agama.
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
AKUAN PEMATUHAN
Saya………………………………………………………………………….........
No. Kad Pengenalan…………………………………………………….............
......................................................................................................................
Dengan ini, mengaku telah membaca, memahami dan akan mematuhi KOD ETIKA KKR. Keengganan dan kegagalan saya mematuhi KOD ETIKA ini tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
………………………………………… (Tandatangan Pegawai)
Tarikh:
Disaksikan oleh:
…………………………………………(Tandatangan Pengarah/Ketua Jabatan)
Nama:Tarikh:
(Nama Penuh Dengan HURUF BESAR)
(Jawatan Dan Gred Jawatan)