Koko Tradi Games

2
1 TUGASAN 1 ___________________________________________________________________ KOD KURSUS : HBEF2703 TAJUK KURSUS : KO-KURIKULUM SEMESTER : JANUARI 2014 ___________________________________________________________________ SOALAN TUGASAN Kebudayaan Malaysia yang unik lahir daripada kebudayaan masyarakat berbilang kaum telah melahirkan pelbagai jenis kebudayaan tersendiri. Sejak zaman nenek moyang kita terdahulu lagi, masyarakat majmuk Malaysia sering bekerjasama. Acara-acara diraikan bersama selain berhibur dengan pelbagai permainan seperti gasing, congkak, wau dan lain- lain yang kini dikenali sebagai permainan tradisional. Terdapat permainan tradisional yang masih terus kekal dimainkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa sehingga ke hari ini. Namun, kebelakangan ini permainan tradisional kurang popular. Sebagai guru, anda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa permainan tradisional warisan kita terus dikenali dan kekal dalam kalangan generasi muda. Melalui tugasan ini, anda berpeluang untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid anda. Anda dikehendaki menganjurkan SATU pertandingan permainan tradisional di sekolah anda dengan menggunakan sistem kalah mati. Anda boleh memilih permainan tradisional yang terdapat di lokasi sekolah atau tempat tinggal anda. Contoh-contoh permainan tradisional seperti permainan wau, batu seremban, galah panjang, congkak, gasing, bulu ayam, sepak raga dan lain-lain permainan ini.

description

soalan

Transcript of Koko Tradi Games

Page 1: Koko Tradi Games

1

TUGASAN 1

___________________________________________________________________

KOD KURSUS : HBEF2703

TAJUK KURSUS : KO-KURIKULUM

SEMESTER : JANUARI 2014

___________________________________________________________________

SOALAN TUGASAN

Kebudayaan Malaysia yang unik lahir daripada kebudayaan masyarakat berbilang kaum

telah melahirkan pelbagai jenis kebudayaan tersendiri. Sejak zaman nenek moyang kita

terdahulu lagi, masyarakat majmuk Malaysia sering bekerjasama. Acara-acara diraikan

bersama selain berhibur dengan pelbagai permainan seperti gasing, congkak, wau dan lain-

lain yang kini dikenali sebagai permainan tradisional. Terdapat permainan tradisional yang

masih terus kekal dimainkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa sehingga ke hari ini.

Namun, kebelakangan ini permainan tradisional kurang popular.

Sebagai guru, anda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa permainan

tradisional warisan kita terus dikenali dan kekal dalam kalangan generasi muda. Melalui

tugasan ini, anda berpeluang untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk

mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid anda.

Anda dikehendaki menganjurkan SATU pertandingan permainan tradisional di sekolah

anda dengan menggunakan sistem kalah mati. Anda boleh memilih permainan tradisional

yang terdapat di lokasi sekolah atau tempat tinggal anda. Contoh-contoh permainan

tradisional seperti permainan wau, batu seremban, galah panjang, congkak, gasing, bulu

ayam, sepak raga dan lain-lain permainan ini.

Page 2: Koko Tradi Games

2

Untuk menyempurnakan tugasan ini, anda perlu menyediakan satu e-portfolio yang

merangkumi aspek-aspek berikut:

• latar belakang mengenai permainan tradisional di Malaysia

• persediaan sebelum pertandingan

• perlaksanaan sebenar pertandingan

• refleksi kendiri selepas pertandingan

Bahan-bahan dalam e-portfolio boleh merangkumi bahan-bahan bercetak, rakaman audio-

visual, gambar-gambar foto dan lain-lain bahan yang bersesuaian.

PANDUAN TINDAKAN:

Tugasan ini boleh disiapkan dengan melakukan EMPAT aktiviti terancang yang diberikan

iaitu:

• Aktiviti 1 – Pencarian maklumat

• Aktiviti 2 – Persediaan sebelum pertandingan

• Aktiviti 3 – Perlaksanaan pertandingan

• Aktiviti 4 – Jurnal reflektif

Peringatan: Anda diingatkan melibatkan diri secara aktif dan ilmiah dalam forum kerana 10

markah akan diberikan kepada anda. Sila ambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan

dan memperbaiki markah tugasan anda.