KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum...

12
KOKURIKULUM BERKREDIT 1

Transcript of KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum...

Page 1: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

1

Page 2: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

2 3

MOHAMAD AMIRUDDIN ZAWAWI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar atas segala komitmen dan usaha dalam membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan kemahiran dan pengetahuan yang bercirikan kemahiran insaniah.

PKPP merupakan organisasi yang berperanan untuk menjadikan pelajar mempunyai nilai kemahiran insaniah yang memberikan nilai tambah kepada para pelajar dan membantu universiti untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Universiti merupakan sebuah institusi yang menyalurkan pelbagai bidang ilmu dalam bentuk formal dan tidak formal dan amat berbeza dengan alam persekolahan. Para pelajar perlu sedar akan kepentingan ilmu pada masa kini. Namun, kegemilangan akademik sahaja tidak bermakna, seandainya diri tidak dilengkapkan dengan kemahiran insaniah seperti kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran keusahawanan, kemahiran berkomunikasi, etika moral, kemahiran berpasukan, dan pembelajaran berterusan. Penerapan kemahiran insaniah dalam diri seseorang pelajar mampu memantapkan kualiti dan kredibiliti graduan yang bakal dihasilkan agar dapat memenuhi pasaran kerja pada masa hadapan.

Semoga PKPP sentiasa berusaha dan menambah baik dalam mencapai salah satu matlamat UPM untuk menghasilkan graduan berilmu dan berbakti kepada masyarakat. Sekian.

“BERILMU BERBAKTI”

PROF. DATO’ DR. MOHAMMAD SHATAR SABRANTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

PROF. DATO’ DR. MOHAMMAD SHATAR SABRAN

Penaung

PROF. MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY

Penasihat

SAHEH SAIDKetua Editor

Editor

3

4

5

6

8

9

11

12

14

16

18

20

22

SEULIT MADAHISI KANDUNGANEDITORIAL

KEMAHIRAN INSANIAH MEMANTAPKAN KUALITI &

KREADIBILITI GRADUAN

PROF. MADYA DR. SITI SALWA ABD. GANI

NOR HABIBAH MOHAMED DAUD

FARAH DAYANA JAMALUDDIN

SITI AFIQAH MASTOR

SEULIT MADAH

MUTIARA KATA

CARTA ORGANISASI

PROGRAM GREEN METRIC UPM

PROGRAM SISWA@KAMPUNGUPM DAN KPDNKK 2016

SETITIK BUDI SELAUTAN KASIH

BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 12 TAHUN

MENYIMPUL IKATANJALINAN KEMESRAAN

PELAJAR UPM MASUK KAMPUNG

JALINAN MESRA PELAJAR BERSAMA PENDUDUK TAMAN SRI SERDANG

BENGKEL TRAINING OF TRAINERSKOKURIKULUM BERKREDIT DAN

PERMULAAN GRADUAN

JOM JADI KREATIF

KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM)

HAIRUL NIZAM MOHD SAROJI

Page 3: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

4 5

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh warga Universiti Putra Malaysia di atas sokongan kepada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP). Saya mengalu-alukan anda semua untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fungsi, peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar ini.

PKPP merupakan sebuah entiti yang bernaung di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Kami sentiasa berusaha dalam memastikan pembentukan sahsiah pelajar di UPM dalam membantu universiti melahirkan graduan yang mempunyai nilai tambah, berketrampilan, berdaya saing serta seimbang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum. Antara khidmat yang diberikan oleh PKPP termasuk Kursus Kokurikulum Berkredit, Kursus Permulaan Graduan serta Kursus Ketrampilan Graduan.

Matlamat PKPP adalah untuk mempertingkatkan kualiti serta daya saing graduan dengan cara menekankan pembangunan pelajar secara holistik serta menambah nilai pelaksanaan aktiviti kokurikulum berkredit. Ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam mendapatkan pekerjaan selepas bergraduat kerana kursus-kursus yang ditawarkan di sini banyak memberi penekanan kepada kemahiran insaniah yang diperlukan oleh pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan. Kami juga menitikberatkan asas kemahiran hidup bagi memastikan pelajar ini mempunyai keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance).

Pada masa ini, PKPP sedang berusaha menambahbaik program-program yang dianjurkan sesuai dengan keperluan pelajar masa kini sejajar dengan hala tuju Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.Sekian, terima kasih.

“BERILMU BERBAKTI”

PROF. MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMYPengarahPusat Kokurikulum dan Pembangunan PelajarUniversiti Putra Malaysia

KESEIMBANGAN KERJA DAN KEHIDUPAN

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJARMUTIARA KATACARTA ORGANISASI

PENGARAH

PROF. MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY

PEMBANTU TADBIR (P/O) ENCIK MOHD AMIRUDDIN ZAWAWI

PEMBANTU TADBIR (P/O)

PUAN FARAH DAYANA JAMALUDDIN

PEMBANTU TADBIR (P/O) KANAN ENCIK HAIRUL NIZAM MOHD SAROJI

SEKSYENKOKURIKULUM BERKREDIT

SEKSYENPENTADBIRAN & KEWANGAN

SEKSYENPEMBANGUNAN PELAJAR

PEMANDUENCIK MOHD ZALI HAMID

PEMBANTU OPERASI ENCIK NORAZRIHAN MISNGAN

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

PUAN SABARIAH BUANG

PEMBANTU TADBIR (P/O) PUAN NOOR HABIBAH

MOHAMMED DAUD

PEMBANTU TADBIR (P/O) CIK SITI AFIQAH MASTOR

TIMBALAN PENGARAH

PROF. MADYA DR. SITI SALWA ABD. GANI

PENOLONG PENDAFTAR KANAN

ENCIK SAHEH SAID

SETIAUSAHA PEJABAT

PUAN HAFIDZAH NOR ISMAIL

Page 4: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

6 7

SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program

Pelajar Sihat & Cerdas, UPM Cemerlang” pada 23 April 2016 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi di Perkarangan Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Program ini dilaksanakan di sekitar kawasan UPM Serdang sebagai inisiatif bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar. Ini dapat memberi kesedaran dalam kalangan pelajar UPM bagi membudayakan gaya hidup sihat serta memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam program bercirikan nilai-nilai murni. Program ini juga diadakan sebagai satu bentuk sokongan PKPP UPM dalam hasrat Universiti untuk meningkatkan penarafan UI Green Metric Universiti Putra Malaysia. Pada masa ini UPM berada pada kedudukan nombor satu di Asia dan nombor tujuh dunia penarafan Green Metric 2015.

PKPP UPM merupakan tempat untuk pelajar menerapkan Kemahiran Insaniah dalam diri setiap pelajar antaranya kemahiran kerja berpasukan, pemikiran kritis dan kepimpinan. Justeru itu, program ini boleh dijadikan sebagai satu landasan untuk pelajar mempraktikkan apa yang dipelajari sepanjang 14 minggu dalam Kursus Kokurikulum Berkredit. Universiti Putra Malaysia yakin program ini dapat memberikan impak yang positif dari segi kefahaman dan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan kebersihan dalam menjalani kehidupan seharian selain dapat memupuk semangat cintakan universiti dalam kalangan pelajar.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan akan dijadikan program jangka panjang PKPP. Pihak PKPP sentiasa bersedia untuk menjalankan program seumpama ini dan akan ditambah baik setiap tahun dengan aktiviti yang lebih informatif bagi meningkatkan tahap kesedaran memelihara alam sekitar dan amalan hijau dalam kalangan warga kampus. Seramai 3,000 pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit Semester Kedua Sesi 2015/2016 keseluruhannya, telah melaksanakan aktiviti pembersihan di sekitar kampus UPM Serdang berkeluasan 1108.103 hektar.

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM sering menghantar pelajar ke Program Khidmat Komuniti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Program khidmat komuniti yang sering dirancang ini selaras

dengan tema UPM iaitu “BERILMU BERBAKTI”. Salah satu pengisian program ialah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama dengan masyarakat setempat. PKPP UPM mendapati hasil daripada program sebegini sangat memberi impak yang baik kepada para pelajar dan masyarakat. Selain itu, program ini juga akan memberi kefahaman dan kesedaran secara praktikal terhadap kepentingan kebersihan alam persekitaran dalam kehidupan seharian.

Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM berpendapat, program seperti ini bukan sahaja memelihara alam sekitar malah akan dapat melahirkan pelajar Universiti Putra Malaysia yang berkualiti dan mempunyai Kemahiran Insaniah yang tinggi.

PROGRAM GREEN METRIC UPM

Page 5: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

8 9

SUNGAI PETANI – Bermatlamat menerapkan cara kehidupan kampung kepada mahasiswa masa kini,

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Siswa@Kampung 2016 selama tiga hari di Kampung Permatang Berangan, di sini.

Program itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), IEEE Power and Energy Society Malaysia Chapter Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan.

Penasihat Program, Mohd Izhwan Muhammad berkata, mereka memilih kampung berkenaan berdasarkan keunikan lokasi dan sejarah yang menarik perlu dihargai, sekaligus menabur bakti kepada masyarakat kampung.

“Ia secara tidak langsung mampu menerapkan elemen tujuh kemahiran insaniah termasuk kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, nilai dan etika professional, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, pembelajaran sepanjang hayat dan keusahawanan.

“Program Siswa@Kampung juga dilaksanakan bertujuan memenuhi keperluan kursus kokurikulum berkredit bagi penuntut UPM.” Katanya.

Menurut Izhwan, selain memenuhi aktiviti dengan keluarga angkat masing-masing, pengisian juga memuatkan slot bersama KPDNKK dalam aspek kepenggunaan.

“Wakil KPDNKK yang terlibat turut menyampaikan ceramah dalam Siswa@Kampung 2016 bagi berkongsi maklumat dan pendedahan tentang cara terbaik menjadi pengguna bijak, selain keperluan memilih dan membuat keputusan ketika ingin mendapatkan sesuatu barang.” Katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Azhar Hamat berkata, selain bergotong-royong, pelajar turut melukis mural di dinding Sekolah Kebangsaan (SK) Pinang Tunggal, mengadakan bacaan Yasin, pemeriksaan kesihatan dan sukaneka.

“Yang menariknya, turut diadakan aktiviti penanaman bandaran yang melibatkan mahasiswa, ibu bapa angkat dan penduduk setempat.

“Ia menggalakkan lebih ramai meminati aktiviti penanaman, meningkatkan pengetahuan dalam bidang pertanian secara mudah, murah, bersih dan selamat, Dalam masa sama dapat mengindahkan kawasan persekitaran dengan aktiviti penanaman.” Katanya.

Menurutnya, sebagai tuan rumah, pihaknya mengalu-alukan mahasiswa pada masa akan datang dan mengucapkan terima kasih kerana memilih kampung berkenaan sebagai lokasi Program Siswa@Kampung 2016 yang ternyata mampu mengeratkan hubungan dan menceriakan penduduk kampung.

PROGRAM SISWA@KAMPUNG UPM DAN KPDNKK 2016

PELAJAR MENDEKATI MASYARAKAT

Majlis perasmian disempurnakan ADUN Pantai Merdeka, Ali Yahaya, turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Mohd Rodhi Rejab dan Ketua Pemuda UMNO Permatang Berangan, Badrulhisham Bahasar.

SETITIK BUDI SELAUTAN KASIH

PASIR MAS – Berbekalkan semangat untuk menabur bakti dan menimba pengalaman, seramai 60 siswa

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjayakan Program Siswa@Kampung di Kampung Bechah Semak.

Pengarah Program, Mohd Fitri Rasdi berkata, program tersebut menjadi platform kepada siswa dan siswi untuk merasai kehidupan di kampung secara lebih dekat.

Page 6: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

10 11

Program ini turut disertai oleh 30 siswa dan siswi dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Selain itu, program ini juga dilaksanakan bertujuan memenuhi keperluan Kursus Kokurikulum Berkredit bagi penuntut UPM.” Katanya.

Menurutnya, program yang bertemakan Setitik Budi Selautan kasih mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung (JKKK) Kampung Bechah Semak dan Sekolah Kebangsaan (SK) Penggu.

Katanya, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Pertandingan Mewarna, Sukaneka Rakyat, Pameran, Melukis Mural, Ceramah Kepenggunaan serta Pengguna Bijak.

“Kesemua penduduk memberikan sokongan penuh kepada setiap aktiviti yang telah kami anjurkan sepanjang berkampung di kawasan berkenaan.” Katanya.

BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 12 TAHUN

PEMBUDAYAAN SUKAN

perspektifnya tersendiri terhadap permainan bola sepak ini. Konsep dan falsafah bola sepak ini boleh diterjemahkan bagi memantapkan perpaduan, jati diri, kemampuan mengurus, ketenangan, kesabaran, ketabahan, dan melahirkan pelajar yang mempunyai fizikal dan minda yang sihat demi meneruskan inspirasi dan cita-cita UPM.

Justeru itu, pelajar-pelajar ini telah menganjurkan program sebegini untuk dikongsikan bersama pelajar sekolah di sekitar Selangor telah berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif program ini.

SERDANG - Seramai 30 orang pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum Berkredit Bola Sepak yang

diketuai oleh Saudara Dehl Affie Abang Kassim telah menganjurkan Program Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 12 tahun pada 7 Mei 2016 di Padang Kolej 10 UPM Serdang.

Bola sepak merupakan sukan yang amat popular dalam kalangan masyarakat dunia tanpa mengira umur dan lapisan masyarakat. Banyak usaha yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak di peringkat sekolah dan universiti malah liga-liga sosial juga telah banyak digiatkan dalam usaha untuk memartabatkan sukan bola sepak di negara kita yang dahulunya pernah digelarkan sebagai gergasi bola sepak di rantau asia. Bola sepak mempunyai sejarah tersendiri yang begitu sinonim dengan perjuangan, semangat cintakan negara, perpaduan dan persahabatan yang mantap untuk menghasilkan keputusan yang membanggakan.

Pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Bola Sepak Semester 2 Sesi 2016/2017 UPM yang bernaung dibawah Pusat Kojurikulum dan Pembangunan Pelajar mempunyai

Page 7: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

12 13

MENYIMPULIKATAN JALINAN

KEMESRAAN

Menurutnya, turut terlibat menjayakan program itu adalah pelajar daripada Kolej Komuniti Batu Pahat (KKBP) seramai 30 orang selain penduduk kampung Sri Menanti, Sri Medan.

“Program ini memberi peluang mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, selain menjalin hubungan silaturrahim antara peserta dengan penduduk setempat.

“Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang tiga hari program ini berlangsung seperti Kampungku Syurgaku, lukisan mural, cilik yang celik, pameran, demonstrasi pelajar, ceramah dan sukaneka.

“Malah paling utama dalam program khidmat masyarakat ini ialah aktiviti rewang. Peserta dan penduduk kampung bergotong-royong mengindahkan kawasan kampung serta bekerjasama menyiapkan juadah untuk santapan bersama,” katanya.

Nurfatin berkata, Projek Mega Siswa@Kampung Sri Menanti adalah satu wadah membentuk masyarakat bersatu padu, selain dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan peserta.

Hadir sama dalam program itu ialah ADUN Sri Medan, Datuk Zulkarnain Kamisan yang turut menyempurnakan perasmiannya, manakala Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad menyempurnakan penutupannya.

BATU PAHAT – Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan program khidmat masyarakat mereka dengan melibatkan 60 pelajarnya

daripada Kursus Kokurikulum Berkredit Bakti Siswa Semester Kedua Sesi 2015/2016.

Pengarah programnya, Nurfatin Amirah Ahmad Rosley berkata, program Siswa@Kampung ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sri Menanti itu, bertemakan Menyimpul Ikatan, Jalinan Kemesraan.

Page 8: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

14 15

KUALA PILAH – Pertama kali memegang pancing buluh dan bermain bola sepak di sawah padi merupakan

kenangan manis dan berharga buat mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ketika menyertai Program Bakti Siswa di Kampung Padang Lebar Terachi.

Apa tidaknya, mereka perlu bermain bola sepak di dalam sawah berlecak dan memancing ikan menggunakan buluh yang kebiasaannya digunakan penduduk kampung ketika mengisi masa lapang.

Mahasiswa USIM, Wan Mahirah Awang, 21 berkata, dia begitu teruja kerana pengalaman itu tidak boleh dijual beli selain dapat mendekati penduduk kampung. Katanya, mahasiswa pada masa kini perlu merentasi sempadan waktu dan tempat untuk menimba ilmu bukan sekadar berada di dalam bilik kuliah semata-mata.

“Siswa perlu berani keluar dari kepompong selesa demi mencari pengalaman kerana dari pengalaman itu, kita boleh mempelajari sesuatu tanpa kita sedari.”

sering terpilih menerima kunjungan mahasiswa dari universiti awam.

“Kelainan pada kali ini, kita menonjolkan bola sepak di dalam sawah. Mungkin agak pelik, tetapi itulah keunikan di sini.

“Kami memang menyajikan cara hidup masyarakat kampung kepada mahasiswa agar mereka dapat merasai bagaimana memancing ikan menggunakan buluh, pancing ikan di tali air sawah padi dan bermain bola sepak di dalam bendang yang pasti sukar ditemui di zaman moden ini.

“Pastinya mereka teruja dan tidak akan lupa pengalaman ini.” Katanya mengalu-alukan mana-mana universiti awam untuk menganjurkan program di kampung berkenaan.

PELAJAR UPM MASUK KAMPUNG

“Antara aktiviti yang menarik minat saya dalam program ini ialah memancing. Meskipun saya pertama kali memegang pancing buluh ini, ia bukan satu halangan untuk saya mencubanya. Memang seronok kerana orang kampung peramah dan dikelilingi kedamaian suasana kampung. Sementara itu, Pengerusi JKKK Padang Lebar Terachi, Ahmad Awaluddin berkata, kampungnya

Page 9: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

16 17

JALINAN MESRA PELAJAR BERSAMAPENDUDUK TAMAN SRI SERDANG

SERDANG - Seramai 93 orang pelajar dari Universiti Putra Malaysia, telah mengadakan aktiviti Program Jalinan Mesra pelajar bersama KRT

Taman Seri Serdang. Program ini telah melibatkan dua kumpulan Bakti Siswa dan satu kumpulan Batik Canting.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk Taman Seri Serdang dengan pelajar UPM, Pelajar juga dapat menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam diri sendiri serta dalam aktiviti ini juga pelajar dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum.

Program yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 21 sehingga 22 Mei 2016 ini disambut baik oleh Pengerusi KRT Taman Seri Serdang, iaitu Encik Saheh bin Said. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama adalah aktiviti senamrobik pada sesi pagi, Kemudian majlis perasmian program oleh Pengerusi KRT Taman Seri Serdang, seterusnya ceramah kesihatan oleh pensyarah dari UPM. Aktiviti yang diadakan pada hari pertama lebih bertemakan kesihatan. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan.

Pada hari kedua pula, aturcara program yang disusun lebih padat kerana banyak penyertaan diutamakan kepada golongan kanak-kanak. Aktiviti pada pagi Ahad dimulakan dengan senamrobik. Aktiviti ini mendapat sambutan dari warga KRT Taman Seri Serdang. Selepas itu, aktiviti pagi diteruskan dengan aktiviti larian sepuluh ribu langkah. Aktiviti ini bertujuan mengurangkan obesiti dari kalangan pelajar dan warga KRT Taman Seri Serdang. Sekaligus memberikan kecergasan badan dan kecerdasan minda kepada masyarakat dan juga pelajar.

Tarikan utama program pada kali ini adalah Free Market, iaitu satu aktiviti amal dengan mengumpul barang-barang terpakai dan memberi kepada orang lain dengan percuma. Barang-barang yang dikumpul untuk diagihkan adalah seperti pakaian, buku-buku, aksesori, barangan bayi dan pelbagai lagi. Aktiviti Free Market dirasmikan oleh Encik Baharin bin Idris, Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Selangor. Aktiviti pada hari itu diteruskan dengan sukaneka dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Penyertaan dari penduduk Taman Seri Serdang amat memberangsangkan. Selain itu, terdapat juga pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dianjurkan oleh KOSPEN. Tidak ketinggalan pelajar daripada Kumpulan Batik Canting memberi tutorial mencanting batik secara percuma kepada penduduk Taman Seri Serdang.

Majlis Penutup diadakan jam 2.30 petang, dirasmikan sendiri oleh Encik Saheh bin Said. Menurut Encik Saheh, dalam ucapan beliau sangat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan kerana ia memberi banyak menfaat terhadap pelajar dan masyarakat di Taman Seri Serdang.

Page 10: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

18 19

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Bengkel Training Of Trainers (T.O.T) untuk fasilitator yang akan dilantik bagi mengendalikan Kursus Kokurikulum Berkredit dan Kursus Permulaan Graduan Semester Pertama Sesi 2016/2017.

Bengkel T.O.T ini diadakan semasa cuti semester kedua Sesi 2016/2017 seperti berikut:

Kursus ini bertujuan sebagai panduan kepada bakal fasilitator tentang modul dan kandungan yang perlu disampaikan secara efektif kepada pelajar bagi mencapai objektif yang ditetapkan dalam Kursus Kokurikulum Berkredit dan Kursus Permulaan Graduan.

Bagi mencapai hasrat tersebut, PKPP telah menjemput Y. H. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) untuk memberi ceramah tentang Kursus Kokurikulum Berkredit dan Kursus Pemulaan Graduan (Starting School).

Secara keseluruhannya Bengkel Training Of Trainers ini telah berjalan dengan jayanya dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

BIL.

1.

2.

3.

TARIKH & TEMPAT

29-31 Julai 2016Kem Biro Tatanegara, Tanjung Rhu, Sepang

13-14 Ogos 2016Kompleks Mahasiswa, UPM

15 Ogos 2016Kompleks Mahasiswa, UPM

PERKARA

T.O.T Tahap 1 & 2 Kursus Kokurikulum Berkredit

T.O.T Perdana Kursus Kokurikulum Berkredit

T.O.T Kursus Permulaan Graduan

BENGKEL TRAINING OF TRAINERSKOKURIKULUM BERKREDIT DAN PERMULAAN GRADUAN

Page 11: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

20 21

INOVASI DAN REKACIPTA

NILAI - Tanggungjawab dalam pembangunan masyarakat harus dilihat sebagai satu gerakan yang harus dimainkan oleh semua

pihak terutamanya penglibatan secara menyeluruh komuniti setempat. Semua tenaga harus digembelingkan dan disatukan bagi mencapai hasrat tersebut.

Untuk mencapai hasrat ini masyarakat harus diberi pendidikan, pendedahan dan pengetahuan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sosial harus dimainkan oleh semua pihak bagi menjamin satu bentuk masyarakat yang boleh mendokong wadah dan perjuangan bangsa di masa akan datang.

Pembangunan Modal Insan yang diberi penekanan oleh Kerajaan dalam menentukan pembangunan negara melalui Rancangan Malaysia ke- 10 (RMK10), bukan hanya dilihat sebagai satu bentuk saranan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin, tetapi apa yang lebih penting lagi adalah untuk mendidik dan membentuk masyarakat belia kepada pembentukan personaliti unggul. Keseluruhan ciri dan nilai peribadi unggul seperti berjiwa besar, beretika, kasih sayang, bertolak ansur, bersatu padu, saintifik, dinamik dan sebagainya merupakan intipati bagi menentukan kecemerlangan negara ke tahap yang terbilang.

Cetusan ilham oleh kepimpinan di Universiti Putra Malaysia dengan diterajui oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar telah melahirkan Kursus Kokurikulum Berkredit Inovasi dan Rekacipta yang diyakini dapat melahirkan pelajar berketrampilan tinggi, mempunyai peribadi yang terpuji serta jati diri yang jitu dengan pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah yang dijalankan. Menyedari akan kepentingan ini, Inovasi dan Rekacipta Kumpulan 1 menjalankan program “Jom Jadi Kreatif” seiring dengan matlamat Universiti Putra Malaysia yang mahukan pelajar yang berdaya saing dan berketrampilan melalui pembelajaran berterusan.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar dalam mengendalikan sesuatu program yang melibatkan komuniti yang ramai dan berbilang kaum supaya dapat melahirkan pemimpin intelektual tertinggi serta daya saing yang unggul dalam berbagai bidang.

Program yang bertemakan “Enjoyable Learning” ini telah dapat diadakan dengan jayanya pada 14 Mei 2016 di Zaza Cerdik Playhouse, Nilai Impian, Negeri Sembilan. Program ini disertai seramai 25 pelajar UPM yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kursus Inovasi dan Rekacipta (QKI2101) Kumpulan 1 dan 50 orang kanak-kanak dari kawasan berdekatan bersama ibu bapa mereka.

Page 12: KOKURIKULUM BERKREDITKOKURIKULUM BERKREDIT KOKURIKULUM BERKREDIT 6 7 SERDANG – Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM telah menganjurkan “Program Pelajar Sihat &

KOKURIKULUMBERKREDIT

KOKURIKULUMBERKREDIT

22 23

BADAN BERUNIFORM

KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjayakan 3 program mega sepanjang tahun 2016

iaitu Program Lencana Pengembaraan, Khidmat Masyarakat dan Kem perdana. Bagi Lencana Pengembaraan Pengakap Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia berjalan kaki dan menaiki train dari Universiti Putra Malaysia ke seremban bertujuan untuk aktiviti pengembaraan dan telah mendapat Lencana Pengembaraan pada 20 feb 2016. Seramai 30 orang pelajar mengikuti aktiviti ini dan berjalan dengan lancar. Mereka diiringin oleh Fasilitator Jurulatih Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Putra Malaysia. Ini bertujuan untuk mereka mendapatkan Lencana Pengembaraan.

Seterusnya, bagi Program Khidmat Masyarakat pula mereka telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang Tua Al Ikhlas di Puchong, Selangor pada 20 Mac 2016. Seramai 50 orang pelajar pengakap Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Putra Malaysia telah hadir untuk menjayakan program tersebut. Mereka diiringi oleh 4 orang Fasilitator Jurulatih Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Putra Malaysia. Ini merupakan salah satu program yang ada dalam modul KLKM UPM.

Selain itu, KLKM UPM juga telah mengadakan Kem Perdana bagi kursus pengakap KLKM setiap semester. Kem ini wajib dilakukan kerana terdapat dalam modul KLKM UPM. Salah satunya Kem Perdana Pengakap yang diadakan di Rawang pada 4-6 Mei 2016 baru-baru ini. Turut serta bagi menjayakan program ini ialah

kumpulan pengakap dari selangor untuk memberi tunjuk ajar kepada pengakap Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Putra Malaysia. Penyertaan seramai 83 orang kelanasiswa UPM. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti belajar cara ikatan pengakap, membersihkan kawasan persekitaran dan banyak lagi.

KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM)