Kolej vokasional

42
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL TAJUK TUGASAN KUMPULAN: KOLEJ VOKASIONAL DISEDIAKAN UNTUK: EN. GHAZALLY BIN SPAHAT NAMA AHLI KUMPULAN : NAMA PELAJAR : NORMANHISHAM BIN SUDIN NO. KP : 781022-03-5445 NO. MATRIK : GB 130149 NAMA PELAJAR : ANAS REDZUAN BIN SHARIFF NO. KP : 820611-01-6241 PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV MBE 12503

description

Kolej Vokasional Anas Redzuan Shariff GB130197 Normanhisham Sudin GB130149

Transcript of Kolej vokasional

Page 1: Kolej vokasional

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

TAJUK TUGASAN KUMPULAN:KOLEJ VOKASIONAL

DISEDIAKAN UNTUK:EN. GHAZALLY BIN SPAHAT

NAMA AHLI KUMPULAN:

NAMA PELAJAR : NORMANHISHAM BIN SUDIN

NO. KP : 781022-03-5445

NO. MATRIK : GB 130149

NAMA PELAJAR : ANAS REDZUAN BIN SHARIFF

NO. KP : 820611-01-6241

NO. MATRIK : GB 130197

SARJANA PENDIDIKAN TEKNIKAL (REKABENTUK INSTRUKSIONAL &

TEKNOLOGI)

PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTVMBE 12503

Page 2: Kolej vokasional

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN...........................................................................................................2

2.0 APAKAH ITU KOLEJ VOKASIONAL........................................................................4

3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN KOLEJ VOKASIONAL....................................................4

4.0 JENIS PROGRAM DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL...............................5

5.0 KURSUS – KURSUS DAN SYARAT KEMASUKAN DALAM PENDIDIKAN

KOLEJ VOKASIONAL.................................................................................................6

6.0 MATAPELAJARAN DAN DAN KURSUS – KURSUS YANG DITAWARKAN DI

KOLEJ VOKASIONAL.................................................................................................7

7.0 PERLAKSANAAN KURIKULUM DALAM KOLEJ VOKASIONAL.......................9

8.0 KOLEJ VOKASIONAL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA..................................12

9.0 SISTEM PEMBELAJARAN DI KOLEJ VOKASIONAL..........................................14

10.0 SISTEM PENTAKSIRAN ATAU PENILAIAN DI KOLEJ VOKASIONAL............15

11.0 TENAGA KERJA DI KOLEJ VOKASIONAL...........................................................15

12.0 SISTEM PENTADBIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL..............................................16

13.0 HALATUJU KOLEJ VOKASIONAL.........................................................................17

14.0 KEKANGAN DAN CABARAN KOLEJ VOKASIONAL.........................................18

15.0 KESIMPULAN.............................................................................................................21

16.0 RUJUKAN....................................................................................................................24

1

Page 3: Kolej vokasional

1.0 PENDAHULUAN

Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan

ekonomi pendapatan tinggi adalah untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk

berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu dalam usaha menjana kekayaan Negara.

Pertumbuhan ekonomi nasional ini telah menuntut peningkatan bilangan graduan dalam

bidang teknikal dan vokasional. Kerajaan melalui Bajet 2013 telah memperuntukkan

sejumlah dana yang besar untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan negara khususnya bagi

memenuhi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional (2013 – 2025) ataupun PPPM.

PPPM telah menggariskan keperluan transformasi pendidikan melalui Gelombang pertama

yang akan dilaksanakan dari tahun 2013 hingga 2015. Gelombang pertama ini merupakan

fasa di mana sistem perlu dirombak untuk memberi sokongan kepada guru dan memberi

fokus kepada kemahiran utama. Dalam hal ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,

telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tiga perkara iaitu:

• Meningkatkan enrolmen dalam pendidikan vokasional .

• Merombak kurikulum pendidikan vokasional supaya relevan dengan keperluan

industri.

• Meningkatkan kolaborasi dengan pihak industri.

Dalam memenuhi aspirasi ini, usaha memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan

pihak industri sedang dipergiatkan agar lebih responsif dan menepati keperluan serta

perkembangan ekonomi negara. Peranan yang dinamik dari pihak industri menjadi faktor

penting untuk melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing untuk melahirkan

sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang. Langkah

yang proaktif telah diambil oleh Kementerian Pelajaran sejak tahun 2009 lagi untuk

memastikan pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini setaraf dengan negara maju dan

negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat

menengah atas hanya 10% di Malaysia berbanding 44% bagi negara Pertubuhan Kerjasama

Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara maju adalah pendidikan

teknikal dan vokasional. Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus

2

Page 4: Kolej vokasional

hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas

melalui program sepenuh masa (4 - 5 tahun) atau program apprenticeship. Manakala di

negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil

aliran ini di peringkat menengah atas telah menjangkau 40 hingga 60 peratus. Melihat kepada

perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di

Malaysia telah melalui perubahan yang besar semenjak Transformasi Pendidikan Vokasional

ini dilancarkan pada 6 Januari 2012. Definisi baru kejayaan melalui pendidikan vokasional

sudah dapat dilihat melalui pengoperasian sebanyak 15 buah Sekolah Menengah Vokasional

yang telah dinaiktarafkan kepada Kolej Vokasional pada tahun 2012 dengan pengambilan

seramai 3120 orang pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada tahun 2013

sejumlah 72 buah lagi Kolej Vokasional beroperasi dengan pengambilan pelajar lepasan

PMR seramai 21250 orang. Manakala di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3)

bilangan sekolah yang menawarkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) meningkat dari 15

kepada 65 buah Sekolah Menengah Harian pada tahun 2013. Selain daripada itu terdapat dua

institusi swasta yang telah melaksanakan program Kolej Vokasional dengan kursus dalam

bidang berimpak tinggi iaitu Aircraft Maintenance dan Mechatronic.

Sesi pengambilan tahun 2013, sebanyak 117,000 permohonan untuk memasuki Kolej

Vokasional telah diterima tetapi kapasiti yang mampu ditampung hanyalah 21 ribu orang

sahaja. Permintaan yang sangat menggalakkan ini adalah hasil usaha BPTV dan KV yang

telah banyak melaksanakan program promosi melalui media arus perdana, Program Jelajah

KV, Taklimat Penataran Transformasi Pendidikan Vokasional, Program Konsolidasi serta

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional sebagai satu proses penyampaian dan usaha

untuk mendekatikan setiap lapisan masyarakat. Usaha mengangkat martabat pendidikan

vokasional di Malaysia akan dapat dicapai dengan jayanya melalui sokongan semua lapisan

masyarakat.. Selain itu, kerjasama dua hala sedang dijalankan antara KPM dan Jaringan

Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang dianggotai oleh empat universiti teknikal iaitu

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun

Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi memastikan

artikulasi pelajar Kolej Vokasional melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

(Buletin BPTV)

3

Page 5: Kolej vokasional

2.0 APAKAH ITU KOLEJ VOKASIONAL

Usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan di Malaysia telah direalisasikan

dengan satu lagi program iaitu menaik taraf sekolah menengah vokasional menjadi kolej

vokasional. Segala draf dan proposal telah pun siap dan mendapat persetujuan Menteri

Pelajaran sendiri. Sebuah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dipilih untuk

menjadi perintis ke arah kolej vokasional dan pengambilan pelajar perintis telah bermula

pada tahun 2012.

Kursus yang ditawarkan ialah kursus-kursus yang terkandung dalam Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM). Pelajar yang belajar di kolej vokasional boleh mendapatkan SKM sehingga

tahap 3 jika mereka berjaya melaksanakan tugasan yang diberi dalam setiap tahap tersebut.

Selain daripada kursus yang di ambil, pelajar juga di ajar subjek akademik yang lain seperti

Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Moral dan Sejarah.

Kewujudan kolej vokasional adalah strategi serampang 2 mata iaitu bukan sahaja

memberi kemahiran kepada pelajar, malah ia juga dapat mengatasi masalah keciciran pelajar

dalam bidang akademik. Ini bermaksud, pelajar yang akan dipilih ke kolej vokasional nanti

ialah pelajar yang mendapat keputusan yang rendah dalam PMR. Kemasukan mereka ke

kolej vokasional adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari

kemahiran dan mencerahkan harapan mereka untuk bersaing di alam pekerjaan kelak.

3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN KOLEJ VOKASIONAL

Penubuhan Kolej Vokasional ini menumpukan kepada lima objektif berikut:

1. Menghasilkan lepasan pendidikan KV yang memiliki sijil kemahiran atau diploma

yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan pensijilan kebangsaan.

2. Menghasilkan 20 peratus lepasan pendidikan yang bersedia melanjutkan

pengajian vokasional ke peringkat yang lebih tinggi.

4

Page 6: Kolej vokasional

3. Menghasilkan lepasan pendidikan KV yang mempunyai tahap kebolehpekerjaan

yang tinggi. Di sasarkan seramai 70 peratus daripada graduan akan mendapat

pekerjaan di industri.

4. Menghasilkan 10 peratus lepasan pendidikan KV yang berupaya menjadi

usahawan yang berdaya saing.

5. Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

melaksanakan transformasi vokasional.

4.0 JENIS PROGRAM DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL

Terdapat tiga program yang ditawarkan di KV iaitu:

a) Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

b) Program Latihan Kemahiran (SKM)

c) Program Apprenticeship atau Mode SLDN

a) Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Program ini dijalankan sepenuh masa selama empat tahun dan pelajar akan menjalani

tiga bulan “On Job Training” di industry. Satu tahun pengajian dibahagikan kepada dua

semester dan satu semester pendek. Semester pendek mengandungi latihan pratikal,

entrepreneurship, pendidikan berasaskan produk (PBE), trainneeship dan modul-modul

tertentu mengikut keperluan. Tahun satu dan tahun dua dikenali sebagai pra-diploma

manakala tahun tiga dan tahun empat adalah pringkat diploma. Komposisi pembelajaran yang

merangkumi 30 peratus akademik dan 70 peratus kemahiran. Pelajar diperolehi Diploma

Vokasional Malaysia (DVM) dalam tempoh empat tahun pengajian

b) Program Latihan Kemahiran (SKM)

Tempoh pengajian adalah dua tahun hingga tiga tahun. Pelajar melaksanakan program SKM

sepenuhnya di Kolej Vokasional dan menjalani tiga bulan “On Job Training” di industry.

Komposisi pembelajaran yang merangkumi 20 peratus akademik dan 80 peratus kemahiran.

Menekankan pendidikan berasaskan produk (PBE), School Enterprise (SE) dan Competency-

Based Education and Training (CBET). Setelah tamat pengajian, pelajar dianugerahkan sijil

kemahiran malaysia atau juga sijil agensi latihan lain.

5

Page 7: Kolej vokasional

c) Program Apprenticeship atau Mode SLDN

Temph pengajian Program Apprenticeship atau Mode Sistem Latihan Dual Nasional

(SLDN) akan berjalan selama dua tahun. Pelajar akan belajar 30 peratus teori di Kolej

Vokasional manakala 70 peratus amali dilaksanakan di industri. Pelajar akan mengutip

pengalaman dan menguasai kemahiran dengan bantuan dari pihak industri. Pengalaman

secara langsung ini akan membolehkan pelajar memahami dan menguasai kemahiran dengan

lebih baik lagi. Pelajar aliran ini boleh memperolehi Sijil Pelajaran Aliran Kemahiran

(SPAK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

tahap 2 dan tahap 3.

5.0 KURSUS – KURSUS DAN SYARAT KEMASUKAN DALAM PENDIDIKAN KOLEJ VOKASIONAL

Berikut adalah merupakan syarat untuk pelajar – pelajar lepasan PMR untuk masuk ke

kolej vokasional.

KATEGORI KURSUS SYARAT

A1.Teknologi Mekatronik2. Penyelenggaraan Pesawat3. Perakaunan4. Pengurusan perniagaan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Kemahiran Hidup.

B1. Teknologi Elektrik2. Teknologi Elektronik3. Teknologi Automotif4. Sistem Komputer dan Rangkaian5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web6. Teknologi Pembinaan7. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die8. Pembuatan Peralatan – Mould

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Kemahiran Hidup.

C1. Pelancongan2. Seni Kulinari

Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada

6

Page 8: Kolej vokasional

3. Bakeri dan Konfeksioneri4. Fesyen dan Pembuat Pakaian5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak6. Kosmetologi7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara8. Pemesin  Industri9. Teknologi Kimpalan10. Hotikultur Hiasan11. Landskap12. Mekanisasi Pertanian13. Agroindustri Tanaman14. Agroindustri Ruminan15. Agoindustri Poltri16. Bioteknologi17. Herba18. Pemprosesan Hasil Pertanian19. Akuakultur20. Florikultur21. Kesetiausahaan  Pentadbiran22. Insurans23. Perbankan24. Pemasaran25. Pengurusan Peruncitan

peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Kemahiran Hidup.

SUMBER : www.bptv.edu.my/kolej vokasional/syarat-khusus.htm

6.0 MATAPELAJARAN DAN DAN KURSUS – KURSUS YANG DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL.

Berikut adalah merupakan matapelajaran umun yang wajib diambil oleh pelajar KV dan

pecahan bidang-bidang kursus yang boleh disertai oleh pelajar :

BIL BIDANG BIL KURSUS

MATA PELAJARAN UMUM 1 Bahasa Melayu

2 Matematik

3 Pendidikan Islam

4 Moral

5 Bahasa Inggeris

6 Pendidikan Kesihatan

7 Sejarah

8 Pendidikan Jasmani

7

Page 9: Kolej vokasional

9 Sains

1 CIVIL ENGINEERING TECHNOLOGY (Teknologi Kejuruteraan Awam)

1 Construction Technology (Teknologi Binaan)

2 Building Services and Maintenance (Perkhidmatan dan Penyelenggaraan Bangunan)

3 Timber Processing and Manufacturing (Proses Perkayuan dan Perkilangan)

2 MECHANICAL AND MANUFACTURING ENGINEERING TECHNOLOGY (Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan)

1 Industrial Machining (Pemesinan Industri)

2 Welding Technology (Kimpalan) (KFL)

3 Automotive Technology (Automotif) (AUTO)

4 Air Conditioning Technology (Penyejukan dan Penyamanan Udara) (PPU)

3 ELECTRICAL AND ELECTRONIC ENGINEERING TECHNOLOGY (Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik)

1 Electric (Elektrik)

2 Electronics (Elektronik)

3 Telecommunication (Perhubungan)

4 Mechatronics (Mekatronik)

4 BUSINESS (Bisnes) 1 Business Administration (Pengurusan Perniagaan)

2 Accountancy (Akauntansi)

3 Office Management and Technology (Pengurusan Teknologi Pejabat)

4 Insurance (Insurans)

5 Banking (Perbankan)

6 Marketing (Pemasaran)

7 Retailing Management

(Pengurusan Peruncitan)

5 HOSPITALITY (Hospitaliti ) 1 Tourism (Pelancongan)

2 Culinary Arts (Seni Kulinari)

3 Bakery and Confectionary (Bakeri dan Konfeksioneri)

4 Fashion and Dressmaking (Fesyen dan Membuat Pakaian)

5 Child Development and Services (Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-Kanak)

6 Cosmetology and Wellness (Seni Kecantikan dan Terapi Kecantikan)

6 MARINE ENGINEERING TECHNOLOGY

1 Marine Engine Technology (Teknologi Enjin Marin)

2 Ship Building Technology (Teknologi Pembinaan Kapal)

7 ARTS AND CULTURAL SUPPORT SYSTEM

1 Event Management (Pengurusan Acara) (2015)

2 Broadcasting Technician (Juruteknik Penyiaran)

8 TRANSPORTATION Aircraft Maintenance - MRO (Penyelenggaraan Pesawat - MRO)LRT / Locomotive Maintenance Technology (Teknologi Penyelenggaraan LRT/Lokomotif)

9 HEALTH SCIENCES (Sains Kesihatan)

1 Medical Laboratory Technology (Teknologi Makmal Perubatan)  

2 Nursing Aide (Pembantu Jururawat)

3 Occupational Safety and Health

4 Emergency Aide

5 Forensic Aide

6 Emergency Technician

7 Environmental Health

10 EQUINE (Ekuin) 1 Equestrian (Ekuestrian)

11 INFORMATION AND COMMUNICATION

1 Computer System and Networking (Sistem Komputer dan Jaringan)

8

Page 10: Kolej vokasional

TECHNOLOGY (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)

2 Digital Graphic Design (Rekabentuk Grafik Digital)

3 Multimedia Production (Produksi Multimedia)

4 Application Development - Database Management System (Pembangunan Aplikasi -Sistem Pengurusan Data)

12 AGRICULTURE (Pertanian)

1 Plants Agroindustry (Agroindustri Tanaman)

2 Poultry Agroindustry

(Agroindustri Ternakan- Kaki 2)

3 Ruminen Agroindustry

(Agroindustri Ternakan- Kaki 4)

4 Ornamental Horticulture (Hortikultur Hiasan)

5 Landscape (Landskap)

6 Biotechnology (Biotechnologi)

7 Agro Mechanization (Mekanisasi Agro)

8 Herb Agroindustry (Agroindustri Herba)

9 Processing of Agriculture Products (Pemprosesan Hasil Pertanian)

10 Aquaculture (Akuakultur)

11 Florist culture (Floriskultur)

7.0 PERLAKSANAAN KURIKULUM DALAM KOLEJ VOKASIONAL

Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 memberi

penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi

akademik. Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan

(NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.Pendidikan

dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting dalam menyediakan

laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi seterusnya

menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Untuk itu, kualiti kurikulumnya

perlu dipertingkat dan disesuaikan dengan keperluan industri.

Kurikulum KV melibatkan 53 jenis kursus kemahiran dalam 12 bidang kemahiran

yang ditawarkan di Kolej Vokasional yang mengambil alih beransur-ansur 88 sekolah

menengah vokasional/teknik mulai tahun 2013. Kurikulum Kolej Vokasional digubal

mengikut standard kompetensi bekerja yang ditetapkan oleh organisasi standard pekerjaan

dan aras pembelajaran menepati Kerangka Kelayakan Malaysia tahap 1 hingga tahap 4.

9

Page 11: Kolej vokasional

Kurikulum KV mempunyai ciri-ciri utama iaitu :

a) Pembelajaran berorientasikan pekerjaan yang mengandungi tiga aspek –

kompetensi bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah.

b) Nisbah komponen akademik-vokasional ialah 30:70

c) Mengandungi empat eleman – ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi

d) Merentasi tiga domain – jati diri (hearts-on), ketajaman minda (minds-on) dan

kecekalan (hands-on)

e) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berbentuk modular

Manakala modul pembelajaran di Kolej vokasional ini terbahagi kepada berikut :-

a) Modul akademik meliputi pengajian pelbagai bahasa, sains, matematik,

sejarah dan pendidikan agama/moral

b) Modul vokasional dalam bentuk kluster program kemahiran vokasional

c) Modul kompetensi kompetitif yang meliputi kompetensi keusahawanan,

kompetensi bekerja dan kompetensi insaniah.

Pengajian di Kolej Vokasional kini adalah berbentuk sistem semester selama empat

tahun pengajian yang membolehkan graduan KV dianugerahkan Diploma Vokasional

Malaysia ataupun Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Semasa tempoh itu mereka juga akan

mengikuti On Job Training (OJT), Production Based Education (PBE), School Enterprise

(SE) serta aspek kokurikulum yang mantap bagi melahirkan kumpulan tenaga mahir yang

mempunyai employability skills yang tinggi. Pengiktirafan Diploma dan sijil ini diberikan

oleh MQA, JPK, JPA, industri atau lain-lain badan bertauliah antarabangsa seperti City &

Guild (C&G), TWI (London) serta LCCI sekiranya syarat-syarat dipenuhi. Sekiranya jurutera

di negara ini boleh memperolehi pengiktirafan profesional daripada Lembaga Jurutera

Malaysia maka graduan Kolej Vokasional yang dianugerahkan dengan Diploma ini boleh

memperolehi pengiktirafan profesional melalui pengwujudan Malaysian Board of

Technology (MBOT). MBOT akan bertanggungjawab memberi pengiktirafan kepada

Technologists dan Certified Technician (Juruteknik Bertauliah).

Kementerian Pelajaran amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU)

antara institusi latihan dan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan

kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan

para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Maka bagi tahun 2013 sahaja

sebanyak 100 MoU atau perjanjian kerjasama telah diusaha untuk ditandatangani yang

10

Page 12: Kolej vokasional

merupakan salah satu KPI BPTV. Selain daripada program sepenuh masa, KV juga

menawarkan program jangka pendek (short courses) melalui apprenticeship seperti Timber

Processing and Finishing (TPF) serta kursus rintis Ekuin yang dilaksanakan mulai tahun

2010. Kedua program ini telah membuahkan hasil di mana graduan Ekuin seramai 35 orang

telah telah mencapai tahap kompetensi untuk persijilan SKM Tahap 2 dan para pelajarnya

telah diambil bekerja oleh beberapa syarikat dalam bidang Ekuin dengan gaji minimum

RM1200.00. Manakala seramai 16 daripada 20 orang pelajar TPF telah diterima bekerja di

syarikat yang melaksanakan SLDN tersebut.

Kurikulum dalam kolej vokasional sudah berbeza sama sekali dengan kurikulum

sekolah akademik biasa, dimana dalam kolej vokasional penekanan terhadap kerja amali 70%

berbanding dengan kerja akademik iaitu sebanyak 30%. Pelajar akan didedahkan sebanyak 6

– 11 modul vokasional setiap tahun mencakupi setiap duties dan task mengikut tahap.

Penentuan jam kredit bagi modul adalah berdasarkan keperluan jam pertemuan setiap tahap

Jumlah Jam kredit bagi setiap semester maksimum 18-20 termasuklah modul akademik

dimana 1 Jam kredit = 1 jam kelas teori / 2 – 3 jam bagi kelas amali.

Standard bagi penetapan kurikulum bagi Kolej Vokasional adalah sebagaimana

berikut :-

1. Standard Kandungan – Standard Kandungan mengandungi penyataan spesifik tentang

perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2. Standard Pembelajaran – Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria

atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap

standard.

3. Kriteria pencapaian - Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan

kepada apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan.

11

Page 13: Kolej vokasional

Rajah 1 : Kerangka Kurikulum Kolej Vokasional

8.0 KOLEJ VOKASIONAL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Berikut adalah merupakan Kolej Vokasional yang menjadi perintis dan telah

dilaksanakan pada tahun 2012

1. Kolej Vokasional Arau

2. Kolej Vokasional Sungai Petani 1

3. Kolej Vokasional Balik Pulau

4. Kolej Vokasional Seri Manjung

5. Kolej Vokasional Shah Alam

6. Kolej Vokasional ERT Setapak

7. Kolej Vokasional Dato’ Lele Maharaja

8. Kolej Vokasional Datuk seri Mohd Zin

9. Kolej Vokasional Kluang

10. Kolej Vokasional Muadzam Shah

11. Kolej Vokasional Kuala Terengganu

12. Kolej Vokasional Pengkalan Chepa

13. Kolej Vokasional Kuching

14. Kolej Vokasional Beaufort

15. Kolej Vokasional Labuan

Berikut pula adalah merupakan Kolej Vokasional yang telah dibuka pada tahun 2013

1. Kolej Vokasional Kangar

2. Kolej Vokasional Kulim

3. Kolej Vokasional Langkawi

4. Kolej Vokasional Alor Setar

5. Kolej Vokasional Sungai Petani 2

6. Kolej Vokasional Nibong Tebal

7. Kolej Vokasional Butterworth

8. Kolej Vokasional Batu Lanchang

9. Kolej Vokasional Seri Iskandar

10. Kolej Vokasional Slim River

11. Kolej Vokasional Taiping

12. Kolej Vokasional Kuala Kangsar

13. Kolej Vokasional Lebuh Cator

14. Kolej Vokasional Kerian

12

Page 14: Kolej vokasional

15. Kolej Vokasional Teluk Intan

16. Kolej Vokasional Sungai Buloh

17. Kolej Vokasional Klang

18. Kolej Vokasional Kajang

19. Kolej Vokasional Gombak

20. Kolej Vokasional Setapak

21. Kolej Vokasional Melaka Tengah

22. Kolej Vokasional Port Dickson

23. Kolej Vokasional Ampangan

24. Kolej Vokasional Kuala Klawang

25. Kolej Vokasional Juasseh

26. Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji

Muhammad Sharip

27. Kolej Vokasional Batu Pahat

28. Kolej Vokasional Segamat

29. Kolej Vokasional Kota Tinggi

30. Kolej Vokasional Muar

31. Kolej Vokasional Tanjung Puteri

32. Kolej Vokasional Perdagangan JB

33. Kolej Vokasional ERT Azizah

34. Kolej Vokasional ERT Puteri

35. Kolej Vokasional Kuantan

36. Kolej Vokasional Tengku Ampuan

Afzan

37. Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah

38. Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad

Shah Al-Mustain Billah

39. Kolej Vokasional Temerloh

40. Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor

41. Kolej Vokasional Kuala Krai

42. Kolej Vokasional Pasir Mas

43. Kolej Vokasional Tanah Merah

44. Kolej Vokasional Kemaman

45. Kolej Vokasional Besut

46. Kolej Vokasional Kudat

47. Kolej Vokasional Keningau

48. Kolej Vokasional Sandakan

49. Kolej Vokasional Lahat Datu

50. Kolej Vokasional Tawau

51. Kolej Vokasional Matang

52. Kolej Vokasional Betong

53. Kolej Vokasional Sibu

54. Kolej Vokasional Bintulu

55. Kolej Vokasional Miri

56. Kolej vokasional Likas

57. SMK Sultan Abdul Samad, Banting

KV Swasta 2013

1. Malaysia Aviation Training Academy (MATA), Kuantan

2. Malaysian Institute of Technology Academy (MITA), Shah Alam

13

Page 15: Kolej vokasional

9.0 SISTEM PEMBELAJARAN DI KOLEJ VOKASIONAL

Jika beberapa tahun lalu aliran teknik dan vokasional pernah dianggap sebagai bidang

buat pelajar yang ‘malas belajar’, kini tidak lagi. Kemahiran merupakan ‘bakat’ yang amat

berharga dalam pasaran pekerjaan. Keperluan industri terhadap lulusan berkemahiran

semakin terbuka luas. Sistem pengajian Kolej Vokasional merangkumi 30 peratus akademik

dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga dipanjangkan

iaitu daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. kemasukan bermula daripada  peringkat

lepasan PMR. Untuk memasuki kolej ini, pelajar-pelajar lepasan PMR yang melepasi syarat-

syarat kelayakan ditetapkan boleh memohon. Pelajar dinasihatkan agar memilih kolej ini

bukan kerana sudah jemu dengan sekolah lama atau tidak minat belajar. Sebaliknya  biarlah

keinginan itu kerana mereka benar-benar berminat dalam bidang kemahiran. Penting untuk

mereka ingat bahawa sistem kolej tidak sama seperti sekolah lagi di mana mereka

mempunyai peperiksaan akhir pada setiap semester.  Sememangnya keputusan untuk  berada

di kolej ini perlu diambil serius oleh pelajar kerana ketika sepatutnya berada di tingkatan

empat, mereka sudah belajar dengan sistem semester. Sebanyak lapan semester atau empat

tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. Mereka juga tidak perlu lagi menduduki

peperiksaan SPM.

Pembelajaran di Kolej Vokasional telah mengantikan sistem penggal kepada sistem

semester iaitu keseluruhan program pembelajaran ini mengambil masa empat tahun iaitu

sebanyak lapan semester. Satu tahun pengajian dibahagikan kepada dua semester dan satu

semester pendek. Satu semester mengandungi 16 minggu manakala empat minggu dikhaskan

untuk semester pendek. Semester pendek mengandungi latihan pratikal, entrepreneurship,

pendidikan berasaskan produk (PBE), trainneeship dan modul-modul tertentu mengikut

keperluan. Satu waktu pembelajaran adalah satu jam bukannya 30 hingga 40 minit seperti

mana yang diamalkan di sistem sekolah harian. Pelajar akan mengambil masa selama empat

tahun pembelajaran iaitu tahun satu dan tahun dua merupakan Pra-Diploma manakala tahun

tiga dan tahun empat adalah peringkat diploma. Pelajar perlu mencapai CGPA sekurang-

kurangnya 2.5 bagi melayakkan ke peringkat diploma. Jika tidak mereka akan hanya

memperolehi sijil SKM sampai tahap 3 sahaja. Manakala jenis program Latihan Kemahiran

(SKM) pula mengandungi tempoh pengajian selama dua hingga tiga tahun

14

Page 16: Kolej vokasional

Keistimewaan pertama yang dapat kita lihat kepada graduan lepasan kolej ini ialah

memperoleh Diploma di usia muda. Mereka juga bakal menjadi rebutan di pasaran kerjaya

kerana memiliki kemahiran yang tinggi iaitu sehingga ke tahap empat SKM. Malah,

beruntungnya kerana pengajian dibiayai sepenuhnya. Dua  tahun pertama, pelajar akan

belajar subjek-subjek asas manakala dua tahun terakhir pembelajaran lebih spesifik dengan

adanya praktikal atau latihan industri pada tahun terakhir.

10.0 SISTEM PENTAKSIRAN ATAU PENILAIAN DI KOLEJ VOKASIONAL

Sistem pentaksiran Kolej Vokasional telah bertukar dari kaedah konvensional kepada

kaedah holistic. Komponen pentaksiran merangkumi pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat,

peperiksaan pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran

psikometrik. Di Kolej Vokasional ini terdapat 2 kaedah penilaian iaitu kaedah pentaksiran

berterusan (PB) dan pentaksiran berpusat. Pentaksiran berterusan (PB) akan memperuntukkan

markah sebanyak 70 peratus manakala pentaksiran pusat akan memperuntukkan markah

sebanyak 30 peratus (amali dan bertulis). Penyediaan instrumen penilaian dibuat oleh guru

semasa setiap proses P&P kerana pentaksiran pusat dibina oleh Lembaga Peperiksaan

berdasarkan Standard Kompetensi tetapi dirancang, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru.

11.0 TENAGA KERJA DI KOLEJ VOKASIONAL

Tenaga pengajar di Kolej Vokasional ini masih menggunakan tenaga kerja daripada

sekolah yang asal. Namun begitu, bagi tenaga pengajar kemahiran, mereka ini perlu

menghadiri beberapa kursus untuk peningkatan dalam bidang kemahiran. Mereka ini perlu

mendapatkan beberapa sijil untuk memberikan pengiktirafan untuk mereka mengajar

kemahiran tersebut seperti sijil SKM, Sijil VTO, VTE, VTM, PPL dan PPD. Sijil – sijil ini

dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

15

Page 17: Kolej vokasional

12.0 SISTEM PENTADBIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL

Sistem pentadbiran di kolej vokasional ini juga telah diubah strukturnya sama sekali

dimana ianya telah diketuai oleh pengarah dan bukannya lagi pengetua. Beberapa jabatan dan

bahagian baru telah diterbitkan. Setiap jabatan dan bahagian ini akan berfungsi mengikut

bidang tugas masing-masing. Kolej vokasional ini juga perlu memohon dengan JPK untuk

diberi penarafan sebagai pusat bertauliah untuk menghasilkan pelajar yang berkemahiran

yang memiliki sijil kemahiran.

Rajah 2: Contoh struktur organisasi Kolej Vokasional

16

Page 18: Kolej vokasional

13.0 HALATUJU KOLEJ VOKASIONAL

Sasaran graduan KV adalah 10 peratus akan menjadi usahawan, 70 peratus terus

bekerja manakala 20 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kelebihan

pengajian kemahiran di sini juga bagi melahirkan graduan yang tidak hanya memiliki

mentaliti ‘makan gaji’ tetapi mampu mengusahakan perniagaan sendiri. Walaupun fokus

utama kepada peningkatan kemahiran, KV juga memperkenalkan modul-modul insaniah

bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. ‘Soft Skills’ juga ditekankan di sini supaya para

pelajar bukan hanya cemerlang di dalam kemahiran mereka malah gemilang di dalam faktor

‘persembahan diri’ dan komunikasi.

Pelaksanaan program Kolej Vokasional ini juga telah diperluaskan di Institut Latihan

Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia, kementerian Sumber Manusia. Program Peluasan

Kolej Vokasional di Institut Latihan Perindustrian (ILP) ini terkandung dalam perancangan

RMKe-10 dan seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

yang memberi penekanan utama terhadap mengarus perdana serta meningkatkan kualiti

lulusan pelajar dalam pendidikan teknikal dan vokasional. Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) telah mensasarkan peningkatan enrolmen pelajar aliran vokasional daripada 5 peratus

kepada 20 peratus keseluruhan enrolmen menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, peluasan

ini juga akan dapat menyediakan penyelesaian kos efisien untuk pendidikan vokasional dan

seterusnya memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan oleh

Kementerian Pendidikan.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) telah menjalankan kerjasama

dengan Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian

Sumber Manusia (KSM). Program Kolej Vokasional di Institut Latihan Perindustrian akan

bermula dengan pengambilan program rintis mulai Julai 2013. Program Kolej Vokasional di

Institut Latihan Perindustrian ini akan melibatkan 11 Institut Latihan Perindustrian terpilih

dengan penawaran 12 kursus dan pengambilan seramai 465 pelajar yang akan mula

mendaftar mulai 8 Julai 2013. Majlis Pelancaran program KV di ILP ini dijangka telah

diadakan pada 8 Julai 2013. Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin,

17

Page 19: Kolej vokasional

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan 1 akan menyempurnakan Majlis

tersebut bersama Y.B. Datuk Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia.

14.0 KEKANGAN DAN CABARAN KOLEJ VOKASIONAL

Dalam membincangkan aspek cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani

dalam perlaksanaan Kolej Vokasional, bolehlah dibahagiakan kepada empat aspek yang

utama :-

a) Sikap masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional.

Masyarakat dilihat menganggap pelajar-pelajar vokasional adalah hanya mereka yang

gagal dalam bidang akademik. Fenomena ini turut mendapat perhatian Siti Maspah dan Nor

Azizah (1995) yang dalam kertas kerja mereka mengatakan bahawa: "Satu masalah yang

besar ialah untuk menarik minat pelajar terhadap pendidikan vokasional. Ibubapa lebih

memberikan perhatian kepada pendidikan di sekolah akademik. Pendidikan di sekolah

vokasional dianggap sebagai "Second Class". Lulusan dari sekolah vokasional juga dianggap

rendah tarafnya walaupun sijil diiktiraf sama dengan SPM. Sekolah vokasional adalah untuk

pelajar yang lemah atau yang tercicir."

Tanggapan masyarakat yang sebegini sememangnya tidak tepat kerana pendidikan

teknik dan vokasional memberikan masa depan yang cerah kepada para lulusannya samada

dalam peluang pekerjaan mahupun bidang pendidikan peringkat tinggi. Akhbar melaporkan

bahawa Malaysia hanya mampu melatih seramai 32,166 jurutera lagi dari institusi pendidikan

tinggi awam menjelang tahun 2020 sedangkan menjelang tahun 2000 sahaja sektor industri

memerlukan seramai 51,000 jurutera (The Star, 10 Februari 1993),

Setakat ini timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan ibubapa dan guru yang

mengajar KV. Dikalangan ibubapa, mereka risau akan masa depan anak mereka kerana tidak

mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), halatuju KV yang tidak diperjelaskan dengan

terperinci dan peluang kerjaya yang tidak stabil.

Untuk pengetahuan ibubapa, matlamat KV adalah untuk melahirkan tenaga mahir dan

separa mahir untuk memenuhi industri diluar sana. Pecahan keluaran KV adalah 70% untuk

industri, 20% untuk melanjutkan pelajaran dan 10% untuk menjadi usahawan. Pihak

18

Page 20: Kolej vokasional

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dari semasa ke semasa akan

berbincang dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan

kurikulum KV dan badan-badan pengiktirafan di dalam dan luar Negara untuk mengiktiraf

kursus-kursus yang dijalankan. Sehingga kini KV telah diiktiraf oleh MQA dan badan

kemahiran.

b) Pendidikan teknik dan vokasional untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang mahir.

Dalam aspek pembangunan sumber manusia, pelajar yang dihasil oleh KV ini

perlulah berkebolehan untuk bekerja secara profesional di samping berupaya menerima dan

menguasai pengetahuan baru yang berkaitan dengan cepat. Menurut Isahak Haron (1992),

tenaga manusia yang diperlukan di dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang

cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu

dan dapat membuat penyesuaian dengan tepat. Bagi membentuk kurikulum yang bersesuaian

dengan keperluan industri semasa, maka kerjasama yang erat daripada pihak swasta adalah

diperlukan. Melalui kerjasama ini, program dan kandungan kursus yang berkaitan dapat

diawasi secara konsisten dan diubahsuai bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan yang

berubah-ubah. Pandangan ini turut dikongsi oleh Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) yang

mengatakan bahawa pendidikan teknik dan vokasional perlu mengadakan hubungan dan

kerjasama yang rapat dengan industri bagi menjayakan program latihan dan menyusun

kurikulumya. Sokongan industri penting agar sistem sekolah dapat mengikuti perubahan

teknologi dan memenuhi keperluan permintaan serta keadaan kerja mereka. Program-

program kerjasama yang dijalankan di antara institusi pendidikan teknik dan swasta berupaya

mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan teknik dan vokasional.

Masalah yang timbul adakah pihak industri ini sanggup berkerjasama dengan baik

untuk sama – sama melatih pelajar KV ini. lagipun adakah sejajar teknologi yang diajar di

KV dengan teknologi yang diguna pakai di KV. KV perlu menyediakan pelajar yang mahir

dengan penggunaan teknologi-teknologi industry terkini supaya pelajar yang terhasil nanti

releven dengan kehendak industry.

c) Mempertingkatkan kualiti dalam latihan kemahiran tenaga pengajar.

Pengalaman dan pengetahuan tenaga pengajar di institusi latihan teknikal dan

vokasional merupakan faktor yang mempengaruhi kualiti lulusan yang dikeluarkan. Siti

Maspah dan Nor Azizah (1995) mengatakan bahawa tenaga pengajar yang berkelayakan juga

19

Page 21: Kolej vokasional

menjadi masalah utama. Mereka diambil terus dari universiti tempatan dan Maktab Khas

untuk latihan teknik atau vokasional. Kebanyakan tenaga pengajar tiada pengalaman

perindustrian dan kerja. Fenomena tersebut wajar diambil perhatian kerana tenaga pengajar

yang hanya mempunyai kelayakan akademik tanpa memiliki pengalaman industri dan kerja

akan menjadikan pelaksanaan program latihan atau pendidikan teknik dan vokasional lebih

bercorak teori sahaja. Ini akan melahirkan lepasan institusi vokasional yang kurang terlatih

bagi memenuhi tuntutan yang diperlukan oleh bakal majikan mereka kelak.

Sehubungan dengan itu, sistem pengambilan tenaga pengajar perlulah dilakukan

secara lebih terbuka di mana kelayakan akademik tidak dijadikan faktor utama tetapi

mengambil kira pengalaman industri dan kemahiran teknikal yang dimiliki adalah suatu yang

wajar. Ini adalah kerana Kerajaan melalui Kementerian pendidikan juga telah mewujudkan

kelonggaran dalam pengambilan staf dan bekerja rapat dengan industri untuk mendapatkan

tenaga pengajar sebagai kakitangan sementara atau pinjaman (Siti Maspah & Nor Azizah,

1995). Program berkembar dengan pusat-pusat pengajian tempatan dan luar negara juga

wajar dilaksanakan bagi melatih tenaga pengajar di Kolej Vokasional. Ini dapat

meningkatkan lagi taraf kualiti pendidikan teknik dan vokasional melalui mutu pengajaran

yang tinggi dan lebih berkesan.

d) Isu keguruan sedia ada

Dikalangan guru pula, wujud yang tidak puas hati kerana terpaksa mengajar lebih

masa berbanding sekolah biasa dengan gaji yang sama. Guru juga hanya dibekalkan dengan

NOSS KV dan perlu menggubal sendiri kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas

penilaian yang akan digunakan. Ini akan mewujudkan ketidak seragaman dari segi bahan

edaran tersebut di setiap KV. KV juga masih lagi menghadapi masalah dari segi prasarana

dan kelengkapan bengkel untuk menjalankan kursus. Terdapat juga guru – guru yang

mengajar di Kolej Volasional ini yang belum mempunyai sijil – sijil kelayakan untuk

mengajar kemahiran. Manakala guru – guru baru yang dihantar oleh kementerian kurang

memiliki kepakaran untuk mengajar kemahiran disebabkan mereka lebih didedahkan dengan

akademik sahaja. Pihak kementerian perlu melaksanakan kursus – kursus bersifat in house

bagi memberikan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kemahiran supaya mereka boleh

mengajar dengan baik.

20

Page 22: Kolej vokasional

15.0 KESIMPULAN

Masyarakat diseru agar mengubah pandangan mereka terhadap pendidikan teknik dan

vokasional. Namun begitu, usaha-usaha yang berterusan perlulah dilakukan bagi mengubah

semula sikap dan nilai masyarakat ke arah yang lebih positif. Ini termasuklah menanamkan

sikap dan norma yang baik di kalangan mereka agar mampu menjadi tenaga kerja yang

berkemahiran tinggi (Abdul Shukur,1997). Di samping itu, kerajaan dan swasta disarankan

mengeratkan lagi kerjasama bagi menangani masalah guna tenaga di dalam bidang teknik dan

vokasional ini.

Apabila transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan secara besar-besaran mulai

tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini

masyarakat umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam

aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika

dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan

memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM. 

Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara

jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.  Apa yang

menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan

kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu. Sesungguhnya

peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan negara

dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi.

Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 ini memberikan

penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi

akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) telah diperkenalkan

kepada pelajar mulai tingkatan satu. Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil

Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM

tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran

vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat

tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat. Kurikulumnya merujuk kepada

21

Page 23: Kolej vokasional

Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk

pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang

bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan,

pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini. Dengan kata lain usaha memartabatkan

pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran

ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di

negara-negara maju. .

Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar

yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan

negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia

62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara

puratanya ialah sebanyak 44%.  Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri

bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh

dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan

kemudahan pendidikan tersebut. Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk

menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan Negara.

Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan

amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah

dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti

latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini Dilaporkan juga hampir

80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah mereka yang hanya

mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi

kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar

RM600 hingga RM800 sebulan.  Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma

pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang

menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia

sebagai negara maju menjealan tahun 2020.

Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu

kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan

22

Page 24: Kolej vokasional

jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap

tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.  Transformasi

pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang

memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang

baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut

menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini. Diharapkan

dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk

menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi

menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.

23

Page 25: Kolej vokasional

16.0 RUJUKAN

Ab. Aziz Yusuf (2001). Usahawan dan keusahawanan satu penilaian. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd.

Abdul Shukor Abdullah (1997). Isu dan cabaran pendidikan vokasional dan teknikal di Abad 21. Ucap Utama Seminar Kebangsaan PTV. Universiti Putra Malaysia, Serdang. Selangor.

Isahak Haron (1992). "Aliran perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia Sebagai Negara Industri Abad Ke 21". Dalam Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke 4 di UPM, Serdang pada 4 Januari 1992.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). “Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia”. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah& Amirmudin Udin.(2011) Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia. Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 159-164

Shahril Marzuki, (1993). "Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan Sumber Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020". Jurnal Pendidikan Jilid 37 Kementerian Pendidikan Malaysia keluaran 8 Jun 1993.

Siti Maspah Hassan; Nor Azizah Mohd.Salleh, (1995). Kertas Kerja Bertajuk: Pendidikan Vokasional- Formal Dan Non Formal Ke Arah Wawasan 2020. Dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke 21 di UKM, Bangi pada 9 November 1995.

Yahya, B. (2004). Integrasi Kemahiran “employability” Program Pendidikan Vokasional Pertanian Dan Industri Di Malaysia. Thesis P.hd UTM

Yahya, E (1993). Pendidikan teknik voksional di Malaysia. Kuala Lumpur: IBS Buku

Sdn.Bhd

__________ The Star, 10 Februari 1993.

Berita Harian, 15 April 2013.

Buletin BPTV. Isu 1, 30 JUN 2013

.

24

Page 26: Kolej vokasional

NAMA : TAJUK : KOLEJ VOKASIONAL

1. Yang manakah di antara Negara – Negara berikut yang telah dijadikan model pembandingan oleh Kementerian Pelajaran dalam membentuk pelaksanaan Kolej Vokasional.

i. India ii. Finland

iii. Korea Selatan iv. Indonesia

A. i, ii, dan ivB. ii, iii dan ivC. i, iii, dan ivD. semuanya

2. Berikut adalah merupakan objektif penubuhan Kolej Vokasional. Senaraikan objektif penubuhan tersebut.

i. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang berupaya menjadi usahawan

ii. Melahirkan warganegara yang mempunyai kemahiran tinggi iii. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang memiliki sijil atau

diploma yang diiktiraf oleh badan pensijilan, industri dan kerajaan.iv. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang boleh melanjutkan

pengajian atau latihan lanjutan ke peringkat yang lebih tinggi

A. i, ii, dan ivB. ii, iii dan ivC. i, iii, dan ivD. semuanya

3. Dalam penubuhan kolej vokasional terdapat beberapa komponen kerangka utama dalam membentuk kebolehkerjaan pelajarnya antaranya adalah :-

i. jasmani, emosi, rohani dan intelek ii. kemahiran dan teori vokasionaliii. pengalaman industri iv. kognitif dan psikomotor

A. i dan iiB. ii dan iii C. iii dan ivD. i, dan iv

25

Page 27: Kolej vokasional

4. Berikut adalah merupakan pendekatan yang digunakan dalam sistem pembelajaran di Kolej Vokasional. Pendekatan tersebut adalah sebagaimana berikut. Nyatakan :-

i. Competency –Based Education & Training(CBET)ii. Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS)iii. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSR) iv. Production-Based Education (PBE)

A. i dan iiB. ii dan iii C. iii dan ivD. i, dan iv

5. Struktur pembelajaran di Kolej Vokasional telah menekankan kemahiran dan akademik dalam pecahan tertentu supaya boleh memenuhi kehendak NOSS. Berapakah pecahan kedua –dua aspek tersebut :-

A. 70 % kemahiran 30 % akademikB. 65 % kemahiran 35 % akademikC. 55 % kemahiran 45 % akademik D. 85 % kemahiran 15 % akademik

6. Terdapat 2 buah kolej swasta yang bernaung di bawah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan melaksanakan pengambilan pelajar sepertimana Kolej Vokasional dibawah BPTV. Kolej – kolej tersebut adalah :-

i. institute Latihan perindustrian (ILP)ii. Institut Latihan Kemahiran Belia Negara (IKBN)iii. Malaysia Aviation Training Academy (MATA) iv. Malaysian Institute of Technology Academy (MITA)

A. i dan iiB. ii dan iii C. iii dan ivD. i, dan iv

7. Selepas tamat belajar di Kolej Vokasional ini, pelajar – pelajar akan memperolehi sijil. Antara sijil yang boleh diperolehi oleh pelajar ialah :-

i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)iii. Sijil Kolej Vokasional (SKV) iv. Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

A. i, ii, dan ivB. ii, iii dan ivC. i, iii, dan ivD. semuanya

26

Page 28: Kolej vokasional

8. Pembangunan standard kurikulum bagi kolej vokasional terdiri daripada beberapa kriteria. Kriteria tersebut adalah sebagaimana berikut :-

i. Standard Kandunganii. Standard Pembelajaraniii. Kriteria Pencapaianiv. National Occupational Skills Standard (NOSS)

A. i, ii, dan iiiB. ii, iii dan ivC. i, iii, dan ivD. semuanya

9. Pelbagai bidang kursus pembelajaran telah disediakan di Kolej Vokasional antaranya ialah :i. Hospitalitiii. Bisnesiii. Teknologi Kejuruteraan iv. Agro Teknologi

A. i, ii, dan iiiB. ii, iii dan ivC. i, iii, dan ivD. semuanya

10. Berikut adalah merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Kolej Vokasional Kecuali :-

i. Menyediakan tenaga pengajar yang benar berkemahiranii. Mendapatkan pelajar untuk masuk Ke KViii. Mengubah tanggapan masyarakat bahawa KV adalah untuk pelajar lemahiv. Menyediakan bangunan untuk pembelajaran

A. i, dan iiiB. ii, dan ivC. i, dan ivD. semuanya

SELAMAT MENJAWAB

DISEDIAKAN OLEH NORMAN & ANAS

27