Kolej Vokasional Port Dickson

12
KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON Tajuk: Memahami proses pembentukan Malayan Union Nama: Muhamad Izzuddin Bin Zainudin Kelas: 3 Teknologi Elektrik Nama Pensyarah: Pn. Zurian Binti Md. Dom

description

Sejarah

Transcript of Kolej Vokasional Port Dickson

Page 1: Kolej Vokasional Port Dickson

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

Tajuk: Memahami proses pembentukan Malayan Union

Nama: Muhamad Izzuddin Bin Zainudin

Kelas: 3 Teknologi Elektrik

Nama Pensyarah: Pn. Zurian Binti Md. Dom

Page 2: Kolej Vokasional Port Dickson

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT1 PENDAHULUAN 32 PENGHARGAAN 43 SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION 54 ISI-ISI PERJANJIAN MALAYAN UNION 65 SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION 76 CARA PENENTANGAN MALAYAN UNION 87 TOKOH-TOHOH YANG TERLIBAT DALAM PENENTANGAN

MALAYAN UNION9

8 RUMUSAN 109 LAMPIRAN 11

Page 3: Kolej Vokasional Port Dickson

PENDAHULUANPembinaan negara bangsa dan bangsa Malaysia mengambil masa yang lama serta terpaksa menghadapi banyak cabaran. Pengenalan Malayan Union selama dua tahun oleh British telah menyedarkan orang tempatan tentang maksud penjajahan yang sebenarnya. Mereka bangun menentang Malayan Union untuk menyelamatkan bangsa. Pendekatan politik sederhana oleh orang tempatan telam menambat hati British. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dengan mengambil kira sistem politik tempatan sebagai teras pembinaan negara dan bangsa.

Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selama ini British manjalankan dasar menerima Negeri Melayu, Raja Melayu, dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. Selain itu, British juga menerima bahawa adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu ialah budaya Tanah Melayu.

Page 4: Kolej Vokasional Port Dickson

PENGHARGAANAssalamualaikum

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan

folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Memahami Proses Pembentukan

Malayan Union. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini

merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya

sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Tuan Pengetua

Kolej Vokasional Port Dickson, Tuan Hj Abu Bakar Bin Md Jelas kerana beliau telah banyak

memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.

Sekalung penghargaan untuk Pensyarah subjek saya, Pn. Zuriah Binti Md. Dom kerana

memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya

juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat

yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan

senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga

kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang

folio ini disiapkan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam

menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini

mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk

memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada

pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang

projek saya dijalankan dan dibentangkan.

Page 5: Kolej Vokasional Port Dickson

SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION 1946

Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union berdasarkan beberapa factor. Antaranya termasuklah sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.

British juga menginginkan pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. Sebelum Perang Dunia Kedua,Tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat(NNS), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB) Dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar dan menyebabkan perkembangan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

Selain itu, British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal merekadan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut. Di samping itu, British dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu selain mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

Sebab Malayan Union

Diperkenalkan

Mengawal Kuasa Politik

Orang Melayu

Menjimatkan Kos

Pentadbiran

Melahirkan Pentadbiran

Yang Licin

Membentuk Bangsa

Malayan Union

Persediaan Membentuk

Kerajaan Sendiri

Page 6: Kolej Vokasional Port Dickson

ISI-ISI PERJANJIAN MALAYAN UNION 1946Perjanjian Malayan Union 1946 telah menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu dalam satu unit pentadbiran. Syarat-syarat utama Perjanjian Malayan Union ialah:

Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat, disatukan.

Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union.

Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas Kerakyatan Malayan

Union. Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal

agama Islam dan adat Istiadat Melayu. Seorang Pesuruhanjaya Negeri dilantik bagi setiap negari sebagai ketua pentadbir.

Page 7: Kolej Vokasional Port Dickson

SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION

Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang menggugut Raja Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah

Kebanyakan sultan tidak memberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.

Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

Page 8: Kolej Vokasional Port Dickson

CARA PENENTANGAN MALAYAN UNION Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menyuarakan

bantahan secara berterusan. Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai samara Sir Harold MacMichael

mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan, dan di Alor Setar, Kedah.

Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

Pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn Ja’afar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai banteng menentang Malayan Union.

Kongres Melayu 1946 diadakan dari 30 dan 31 Mac 194 untuk membantah pengisytiharaan Malayan Union pada 1 April 1946.

Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Williams.

Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

Page 9: Kolej Vokasional Port Dickson

TOKOH-TOKOH YANG TERLIBAT

Page 10: Kolej Vokasional Port Dickson

RUMUSANPengenalan Malayan Union merupakan penjajahan mutlak British terhadap Tanah Melayu. Usaha British ini dibantah hebat oleh orang Melayu sehingga Kongres Melayu 1946 diadakan dan UMNO ditubuhkan bagi menentangnya. Kerjasama antara Raja-Raja Melayu dengan UMNO Dan sokongan oleh orang Melayu telah menyebabkan British memulakan rundingan. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah membolehkan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini telah memperkenalkan semula dasar British sebelum tahun 1941. Konsep kerajaan persekutuan dan negeri diperkenalkan, institusi raja dipulihkan, kerakyatan pula diperketatkan dan perlindungan terhadap orang Melayu dimasukkan dalam perlembagaan. Perkara ini merupakan asas kepada bentuk pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia yang merdeka.

Page 11: Kolej Vokasional Port Dickson

LAMPIRAN