Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

download Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

of 27

Transcript of Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    1/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    2/27

    [2.4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkankepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu,serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalahorang-orang yang berjaya.

    (*7 kali*)

    [2.102] Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yangdibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahalNabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapipuak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yangmengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harutdan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorangpun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami inihanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir(dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari

    mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami denganisterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (ataumembahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dansebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dantidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaumYahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagimendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apayang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    3/27

    [2.163] Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhakdisembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[2.164] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malamdan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allahturunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah

    matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga(pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apungdi antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda(yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasanrahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

    [2.255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidakmengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada dibumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkandengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari(kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahukepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;

    dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    4/27

    [2.285] Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dariTuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, danMalaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kamitidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkatalagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami,dan kepadaMu jualah tempat kembali".

    [2.286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Iamendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosakejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. WahaiTuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang beratsebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahuludaripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yangkami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlahdosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

    Ali-Imran

    [3.18] Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti),bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasamentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[3.19] Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Danorang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenaiugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada merekapengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-matakerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yangkufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segerahitungan hisabNya.

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    5/27

    Al-'Araf

    [7.54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam

    enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yangmengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) mataharidan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah,kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusanpemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.[7.55] Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara)perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampauibatas.[7.56] Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakansegala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya denganperasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalumengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.

    [7.117] Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Makatiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihirmereka).[7.118] Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang merekatelah lakukan.

    [7.119] Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilahmereka dengan keadaan yang hina.[7.120] Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinyamerebahkan diri mereka sujud,[7.121] Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.[7.122] "(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    6/27

    Yunus

    [10.81] Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yangkamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akanmenjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.[10.82] "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yangmelakukan dosa".

    Ibrahim

    Dan (Rasul-rasul serta umatnya yang beriman) memohon pertolongan (kepada Allah,untuk mendapat kemenangan) dan terkecewalah tiap-tiap orang yang sombongtakbur, lagi bersikap degil (dalam keingkarannya). [14.15] Di belakangnya disediakanNeraka Jahanam dan dia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahliNeraka). [14.16] Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapatditerima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut darisegala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selaindari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat. [14.17] Bandingan (segala kebaikan amaldan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang

    diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatufaedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesankesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. [14.18]

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    7/27

    Al-Kahfi

    Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhankamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yangmahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagiorang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah;dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongandengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknyaminuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang. [18:29]

    Toha

    [20.69] "Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelansegala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yangmereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh

    kejayaan, di mana sahaja ia berada".

    Al-Mukminun

    [23.115] "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakankamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"[23.116] Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruhalam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasyyang mulia.

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    8/27

    [23.117] Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengantidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnyahitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya.Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.[23.118] Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku,berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-

    baik Pemberi rahmat!"

    As-Sooffaat

    [37.1] Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -[37.2] (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -[37.3] (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;[37.4] (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -

    [37.5] Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang adadi antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.[37.6] Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatanpenduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.[37.7] Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masukcampur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;[37.8] (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapanmalaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah danpenjuru,[37.9] Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.

    [37.10] Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana

    percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yangmenjulang lagi menembusi.

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    9/27

    Ad-Dukhan

    (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; [44:43] (Buahnya) menjadi makanan bagiorang yang berdosa (dalam Neraka). [44:44] (Makanan ini pula panas) seperti tembaga

    cair, mendidih dalam perut; [44:45] Seperti mendidihnya air yang meluap-luappanasnya. [44:46] (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlahorang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. [44:47] Kemudiancurahkanlah di atas kepalanya (azab seksa) dari air panas yang menggelegak. [44:48](Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnyaengkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalanganmasyarakatmu) [44:49] (Kemudian dikatakan kepada ahli Neraka umumnya):Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya![44:50]

    Al-Ahqaaf

    [46.29] Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jindatang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah merekamenghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamudengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaanitu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan)memberi peringatan dan amaran.

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    10/27

    [46.30] Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab(Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskankebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepadakebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam)[46.31] "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajakke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan

    sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yangtidak terperi sakitnya.[46.32] "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah,maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja iamelarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah -sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya)adalah dalam kesesatan yang nyata".

    Ar-Rahman

    [55.33] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar darikawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasanKami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluarmelainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)![55.34] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendakdustakan?[55.35] Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akanditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yangmembakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dariazab seksa itu);[55.36] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendakdustakan?

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    11/27

    Al-Hasyr

    [59.21] Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkaumelihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan

    (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,supaya mereka memikirkannya.[59.22] Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkarayang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[59.23] Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalianalam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); YangMaha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang MahaKuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segalaKebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.[59.24] Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (daritiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yangdikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada

    bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    12/27

    Al-Jin

    [72.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawasesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalumereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnyakami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dankandungannya sungguh menakjubkan!

    [72.2] `Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya,

    dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.[72.3] `Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilahkebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.[72.4] `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yangkurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allahkata-kata yang melampaui kebenaran;[72.5] `Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawamanusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadapAllah.[72.6] `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang

    dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepadaketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golonganjin bertambah sombong dan jahat.

    [72.7] `Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimanayang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atautidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).[72.8] `Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kamidapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya,dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.[72.9] `Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat(perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    13/27

    sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggumerejamnya.

    Al-Ikhlas

    [112.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;[112.2] "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;[112.3] "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;[112.4] "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

    Al-Falaq

    [113.1] Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yangmenciptakan sekalian makhluk,[113.2] "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;[113.3] "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;[113.4] "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus padasimpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

    [113.5] "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

    An-Naas

    [114.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemuliharasekalian manusia.[114.2] "Yang Menguasai sekalian manusia,[114.3] "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,[114.4] "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -[114.5] "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -[114.6] "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    14/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    15/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    16/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    17/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    18/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    19/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    20/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    21/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    22/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    23/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    24/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    25/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    26/27

  • 7/27/2019 Koleksi Ayat Ruqyah - Rawatan Gangguan Jin Syaitan

    27/27