Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

8
Koleksi Kertas Kerja Seminar Pembangunan & Isu-isu Global (MTP3303) Kapitalisme APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KAPITALISME, TERANGKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAANNYA DENGAN SO MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH SEJAGAT. --------------------------------------------------------------------------------------- 1.0 PENDAHULUAN Kita hidup di dalam dunia yang semakin cepat berubah. Zaman teknologi maklumat sudah tiba dan dengan itu peluang baru ini boleh menjadikan kehidupan kita lebih bahagia. Tetapi peluang untuk merosak masyarakat kita juga menjelma bersama. Isu yang bakal diperkatakan ini adalah isu yang hangat diperbincangkan dewasa kini iaitu isu ekonomi dan masalah sejagat yang patut diselesaikan bersama. Isu ini bukan sahaja menjadi isu di negara kita Malaysia, malah di negara-negara dunia ketiga. Fahaman kapitalis mutlak yang kini mula muncul sebagai ideologi baru yang kuat sehinggakan ia boleh menggulingkan kerajaan dan mencetuskan bencana ekonomi. Kesan dari pengaruh orientalis terhadap ilmu pengetahuan moden, terlahirlah berbagai 'isma' yang bertopengkan ideologi moden, seperti Sistem Nasionalisme, Sosialisme, Sekularisme dan Kapitalisme yang kononnya sebagai suatu ketrampilan ke arah penyelesaian pelbagai masalah hidup. Suatu idealisme yang cukup besar pengaruhnya di dunia adalah Kapitalisme dan Sosialisme. Dunia menjadi tidak aman dan selalu terjadi peperangan kerana kedua golongan yang ekstrim ini selalu berebut pengaruh, di mana negara yang sedang membangun dijadikan alat permainan mereka. DEFINISI DAN CIRI-CIRI Definisi Kapitalis Sistem kapitalis telah diasaskan oleh Adam Smith yang juga dikenali sebagai 'Bapa Kapitalisme'. Ideologi tentang kapitalis ini telah diutarakan oleh beliau di dalam bukunya yang bertajuk "An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nation" pada tahun 1976. Antara intipati yang disebut ialah "dengan memberi kebebasan kepada manusia untuk menggunakan sepenuhnya harta, pendapatan dan kebolehan masing-masing, maka akan dapatlah membina suatu perlumbaan ekonomi seterusnya memberi kemakmuran kepada masyarakat." (Wan Baharuddin Wan Mamat, 1995). Secara umumnya definisi kapitalis boleh dilihat daripada tiga bahagian iaitu definisi kapitalis secara umum, Kapitalis Barat Moden dan Neo Kapitalis. (Baharudin Yatim, 1995). Kapitalis secara umum Ia merupakan suatu sistem yang mempunyai unsur-unsur kebebasan kepada individu untuk mempunyai harta dan alat perusahaan atau perkembangan penuh untuk institusi- institusi kewangan. Pada umumnya sistem ini digambarkan sebagai merangkumi konsep- konsep kebebasan bagi inisiatif, persaingan dan pendorong keuntungan. Kapitalis Barat Moden Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm 1 of 8 12/12/2015 12:48 PM

description

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar

Transcript of Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

Page 1: Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

Koleksi Kertas Kerja Seminar Pembangunan & Isu-isu Global (MTP3303)

Kapitalisme

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KAPITALISME, TERANGKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAANNYA DENGAN SOSIALISME. HURAIK

MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH SEJAGAT.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 PENDAHULUAN

Kita hidup di dalam dunia yang semakin cepat berubah. Zaman teknologi maklumat

sudah tiba dan dengan itu peluang baru ini boleh menjadikan kehidupan kita

lebih bahagia. Tetapi peluang untuk merosak masyarakat kita juga menjelma

bersama. Isu yang bakal diperkatakan ini adalah isu yang hangat diperbincangkan

dewasa kini iaitu isu ekonomi dan masalah sejagat yang patut diselesaikan

bersama. Isu ini bukan sahaja menjadi isu di negara kita Malaysia, malah di

negara-negara dunia ketiga. Fahaman kapitalis mutlak yang kini mula muncul

sebagai ideologi baru yang kuat sehinggakan ia boleh menggulingkan kerajaan

dan mencetuskan bencana ekonomi. Kesan dari pengaruh orientalis terhadap ilmu

pengetahuan moden, terlahirlah berbagai 'isma' yang bertopengkan ideologi moden,

seperti Sistem Nasionalisme, Sosialisme, Sekularisme dan Kapitalisme yang

kononnya sebagai suatu ketrampilan ke arah penyelesaian pelbagai masalah hidup.

Suatu idealisme yang cukup besar pengaruhnya di dunia adalah Kapitalisme dan

Sosialisme. Dunia menjadi tidak aman dan selalu terjadi peperangan kerana kedua

golongan yang ekstrim ini selalu berebut pengaruh, di mana negara yang sedang

membangun dijadikan alat permainan mereka.

DEFINISI DAN CIRI-CIRI

Definisi Kapitalis

Sistem kapitalis telah diasaskan oleh Adam Smith yang juga dikenali sebagai

'Bapa Kapitalisme'. Ideologi tentang kapitalis ini telah diutarakan oleh beliau

di dalam bukunya yang bertajuk "An Inquiry into the Nature and Causes of the

Wealth of Nation" pada tahun 1976. Antara intipati yang disebut ialah

"dengan memberi kebebasan kepada manusia untuk menggunakan sepenuhnya harta,

pendapatan dan kebolehan masing-masing, maka akan dapatlah membina suatu

perlumbaan ekonomi seterusnya memberi kemakmuran kepada masyarakat."

(Wan Baharuddin Wan Mamat, 1995).

Secara umumnya definisi kapitalis boleh dilihat daripada tiga bahagian iaitu

definisi kapitalis secara umum, Kapitalis Barat Moden dan Neo Kapitalis.

(Baharudin Yatim, 1995).

Kapitalis secara umum

Ia merupakan suatu sistem yang mempunyai unsur-unsur kebebasan kepada individu

untuk mempunyai harta dan alat perusahaan atau perkembangan penuh untuk institusi-

institusi kewangan. Pada umumnya sistem ini digambarkan sebagai merangkumi konsep-

konsep kebebasan bagi inisiatif, persaingan dan pendorong keuntungan.

Kapitalis Barat Moden

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

1 of 8 12/12/2015 12:48 PM

Page 2: Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

Ianya satu fahaman dalam sistem ekonomi yang telah tumbuh di Eropah semenjak

kurun pertengahan. Ia telah berkembang dengan lebih pesat lagi selepas zaman

Renaissance Eropah pada abad ke 14 hingga ke 17 masehi dan sezaman dengan :

Kelahiran ideologi-ideologi palsu ciptaan Yahudi. Kemusnahan kuasa gereja Kristian

dan sistem milik tanah oleh Bangsawan. Kelahiran fahaman sekularisme dan liberalisme

di mana agama dipisahkan dari aktiviti-aktiviti duniawi. Pertumbuhan dan

perkembangan kilang-kilang perusahaan di Peranchis selepas revolusi Peranchis

1789M.

Neo Kapitalis

Ia merupakan satu aliran kapitalis baru di masa kini, yang telah didefinisikan

oleh Dato Seri Mahathir Mohamad dalam Berita Harian, 5 Jun 1998 sebagai

penggabungan syarikat-syarikat besar untuk melahirkan syarikat gergasi yang akan

berusaha untuk menguasai dan memiliki syarikat-syarikat kecil. Menurut Dato

Seri Dr Mahathir Mohamad apa yang sedang berlaku sekarang ialah penggabungan

syarikat-syarikat besar di Barat yang sedang rancak berjalan untuk melahirkan

syarikat gergasi yang akan berusaha menguasai dan memiliki syarikat di Asia.

Ekonomi Asia akan dikuasai dan ditadbir keseluruhannya oleh orang bukan Asia.

Asia Tenggara akan menjadi pengkalan pengeluaran barangan kos rendah untuk

menyaingi barangan beberapa ekonomi Asia yang gagal dikuasai oleh syarikat asing

tetapi negara itu juga akan menyerah kalah. Kesannya ialah kerajaan sukar untuk

menahan gelombang baru ini kerana arus alirannya yang cukup kuat. Maka dengan

itu akan wujudlah syarikat-syarikat Nasional yang bukan lagi milik kerajaan.

Rakyat akan mula memberontak kerana tidak puas hati dengan pengambilalihan ini.

Berdasarkan ketiga-tiga definisi di atas, bolehlah dikatakan bahawa kapitalisme

bermaksud pemisahan secara total di antara ekonomi dan tampuk pemerintahan. Ia

adalah sistem sosial yang berasaskan hak persendirian (private ownership)

di mana hak individu tidak boleh diganggu gugat oleh orang lain.

Menurut kapitalis juga, pengasingan hanyalah berasaskan premis kapitalis, yang

bermaksud mengakui tentang hak individu (individual right). Dari segi politik

dan sistem ekonominya pula ia berasaskan doktrin hak individu. Ini bermakna bahawa

kapitalis mengakui setiap individu mempunyai "diri sendiri", iaitu tiada kawalan

dari orang lain serta mempunyai hak untuk menjalani kehidupan mengikut cara pilihan

mereka selama mana ia tidak mengganggu hak orang lain. Kapitalis juga mendakwa

bahawa ia boleh mewujudkan keharmonian sosial melalui usaha-usaha untuk memenuhi

kepentingan diri sendiri. Di bawah kapitalisme usaha-usaha untuk memenuhi kestabilan

ekonomi seseorang individu itu diyakini boleh memberi manafaat kepada keseluruhan

masyarakat.

Di dalam membolehkan seseorang individu itu bertindak tanpa melanggar peraturan

kerajaan, secara tidak langsung kapitalisme juga telah menyebabkan kekayaan

tercipta dengan cara yang paling efektif, dimana ianya meningkatkan taraf hidup,

peluang-peluang ekonomi dan pengagihan barangan kepada setiap individu. Pasaran

bebas beroperasi dengan sebegini cara supaya setiap individu boleh mencipta

kekayaan untuk diri sendiri. Dengan ini tanpa disedari ia juga telah mencipta

kekayaan untuk orang lain , yang bermaksud "yang kaya bertambah kaya dan yang

miskin bertambah miskin". Fahamilah bahawa kapitalisme telah menyumbang kepada

kepentingan ekonomi untuk semua termasuk kepada bukan kapitalis.

Bertentangan dengan kepercayaan umum, kapitalisme bukanlah satu sistem yang

mengekploitasikan masyarakat untuk kepentingan golongan kaya yang merupakan

minoriti. Bahkan sebenarnya sosialisme yang menyebabkan pengekploitasian

secara sistematik terhadap buruh. Oleh kerana kerajaan sosialis memegang

monopoli ke atas buruh dan produktiviti maka tidak wujud insentif dalam

ekonomi. Masalah ini wujud kerana kerajaan sosialis hanya menyediakan

keperluan minima kepada pekerja . Ekploitasi merupakan nature kepada

sosialis kerana individu tidak boleh hidup untuk kepentingan diri sendiri.

Definisi Sosialis

Pengasas sosialisme ialah Karl Marx atau nama asalnya Mordechai (1818-1885 M).

Sosialisme adalah satu istilah umum yang digunakan bagi teori ekonomi dan

politik yang memperjuangkan suatu sistem yang berasaskan kepada hak milik

untuk kelompok atau pemerintah yang menguruskan semua sumber penghasilan dan

pengagihan barang-barang. Istilah ini kadang-kadang telah digunakan untuk

teori-teori ekonomi yang pelbagai daripada : teori yang memperjuangkan suatu

sistem yang berasaskan kepada hak milik untuk kerajaan bagi agensi-agensi

perkhidmatan masyarakat dan sumber-sumber penghasilan yang tertentu sahaja

hinggalah kepada teori sosialisme (Marxisme) yang memperjuangkan suatu sistem

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

2 of 8 12/12/2015 12:48 PM

Page 3: Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

yang berasaskan kepada peguasaan secara total oleh pemerintah semua program

ekonomi dan arahnya. (Baharuddin Yatim dan Sulaiman Nordin, 1993).

Sosialisme telah wujud sejak dari zaman Greek tua lagi. Plato adalah di antara

tokoh yang membincangkan tentang fahaman ini di dalam bukunya yang bertajuk

'Republica'. Beliau berusaha mencari jalan keluar kepada suatu bentuk hidup

bersistem setelah berlaku huru hara dan kacau bilau.

Jika dilihat kepada definisi sosialis sebenarnya memperjuangkan kebebasan dan

keutamaan masyarakat serta mengambil kira kepentingan individu. Ia menafikan

tentang pemilikan pemilikan khas (private property) di kalangan individu,

tetapi memberi penekanan ke atas penyusunan pengeluaran dan pengedaran barangan

atas dasar kolektif.

Ciri-ciri Kapitalis

a. Manusia diberi kebebasan mutlak dalam berfikir

Manusia berhak mengamalkan sesuatu konsep keimanan mengikut sesuka hati mereka,

kerana itu merupakan kehendak semulajadi manusia. Menurut kapitalis juga

pemerintah tidak mempunyai hak untuk campur tangan.

Kebebasan memberi pendapat

Setiap individu berhak serta bebas untuk memberikan pendapat didalam menentukan

corak kehidupan masyarakat, merangka undang-undang dan menentukan kuasa

pemerintahan.

Penentuan nilai hidup sosial

Didalam kapitalis nilai-nilai sosial manusia ditentukan oleh keupayaan mental,

emosi, sentimen umum dan persekitaran. Kesejahteraan total dapat dicapai

dengan perlaksanaan konsep kebebasan sosial serta memenuhi nikmat fizikal

dan hawa nafsu dalam kehidupan.

Konsep ekonomi bebas

Sesiapa saja boleh menjalankan aktiviti ekonomi secara bebas didalam sesebuah

negara. Di dalam menjalankan perniagaan setiap individu itu bebas melakukan

apa cara pun untuk mengumpul kekayaan walau pun ianya melanggar etika ( menipu,

putar-belit, rasuah). Undang-undang hanya bertindak sebagai pengawal sahaja.

Tindakan hanya akan diambil jika ianya mengancam keselamatan negara.

Ciri-ciri Sosialis

Memperjuangkan untuk kesamatarafan yang hakiki. Menurut sosialis mereka lebih

memperjuangkan kebebasan dan keutamaan masyarakat berbanding keperluan individu.

Isu utama sosialis ialah berjuang untuk mencapai hak kesamarataan yang hakiki.

Penafian fahaman agama

Sosialis menganggap agama hanya merupakan satu penipuan lantaran itu mereka

menafikan sebarang fahaman agama. Frederick Engles salah seorang ahli sosialis

menyatakan "bahawa setiap nilai-nilai moral yang juga dihubung rapat dengan

konsep agama itu dicetuskan oleh suasana ekonomi yang berjalan":. Atas alasan

inilah maka sosialis menolak sebarang fahaman yang berkaitan dengan agama.

Kebebasan memberi pendapat

Menurut fahaman sosialis tidak wujud langsung kebebasan untuk memberi pendapat.

Oleh yang demikian jika dilihat dari aspek politik tidak wujud sebarang parti

pembangkang.

Corak hidup

Sosialis bertujuan untuk menghapuskan kewujudan kelas-kelas didalam masyarakat.

Diperingkat awal, golongan marhain berjaya mengalahkan golongan kaya untuk

mewujudkan kesamarataan taraf yang akhirnya dapat mencapai taraf hidup yang

ideal.

Tiada pemilikan

Individu-individu di dalam sistem sosialis tidak mempunyai hak untuk memiliki

harta benda yang lebih daripada keperluannya. Di sini kerajaan mempunyai hak

keatas semua kekayaan termasuk sumber-sumber dan punca-punca pengeluaran.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

2.1 Persamaan Kapitalis dengan Sosialis

Kedua-dua fahaman ini membincangkan tentang isu-isu ekonomi. Konsep yang

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

3 of 8 12/12/2015 12:48 PM

Page 4: Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

diketengahkan oleh kedua-dua fahaman ini bertujuan untuk mencapai kesejahteraan

masyarakat dari segi ekonomi, iaitu cara-cara untuk mengumpul kekayaan, pasaran

didalam ekonomi dan pengagihan sumber.

Persamaan yang jelas antara keduanya ialah persamman dari segi matlamat di mana

didapati bahawa matlamat terakhir kapitalisme dan sosialisme adalah sama iaitu

pemusatan kuasa pemerintah kepada satu kumpulan politik yang mempunyai semua

jentera-jentera penghasilan dan penguasaan matawang dan harta. Kedua-duanya

menggunakan fahaman sekularisme untuk merosakkan nilai-nilai agama bagi tujuan

menegakkan kuasa dan pengaruh mereka. Kedua-dua iaitu kapitalisme dan sosialisme

adalah juga ideologi antarabangsa.

Perbezaan Kapitalis dengan Sosialis

Hak individu

Di dalam kapitalis setiap individu mempunyai hak keatas setiap sesuatu seperti

kebebasan bersuara, pemilikan harta serta hak untuk menentukan pucuk pimpinan.

Kapitalis menekankan konsep 'individual rights' didalam perlaksanaan sistem ini.

Sementara itu sosialis pula percaya individual rights hanya akan melebarkan

jurang strata di dalam masyarakat. Oleh itu sosialis mengambil dasar menentukan

hak kekayaan yang boleh dimiliki oleh rakyatnya . Sebagai contoh negara China

yang masih teguh mengamalkan fahaman sosialis dewasa kini, di negara ini kekayaan

yang dimiliki oleh rakyat ditentukan oleh kerajaan bukannya berdasarkan jenis

pekerjaan atau taraf pendidikan.

Peranan pemerintah

Perbezaan peranan pemerintah bagi kedua-dua fahaman ini amat ketara. Negara yang

mengamalkan sosialis rakyat tidak berpeluang untuk memilih pemimpin di mana tidak

ada pilihanraya. Ini bermakna pemerintah yang ada adalah hasil rampasan kuasa dan

sistem pemerintahan hari ini diwarisi berdasarkan kekananan di dalam organisasi

(parti). Negara kapitalis pula, pemerintah ditentukan melalui pilihanraya.

Peranan pemerintah di dalam negara sosialis mengawal sepenuhnya hak pemilikan dan

pengagihan sumber-sumber ekonomi negara. Sementara di dalam negara kapitalis,

pemerintah menyediakan peraturan untuk mengawal keadaan sahaja tetapi rakyat bebas

memilih untuk melakukan aktiviti yang ingin mereka lakukan.

Pasaran

Di dalam negara kapitalis, mereka mengamalkan pasaran bebas iaitu sesiapa sahaja,

dengan cara apa sekalipun boleh mengumpul kekayaan untuk diri sendiri. Berbanding

dengan negara sosialis yang tidak membuka ruang pasaran yang luas kepada rakyat

negara sendiri serta masyarakat luar. Ia mengadakan kawalan yang ketat ke atas

aktiviti ekonominya.

Pemilikan dan pengagihan sumber-sumber pengeluaran

Dari segi pemilikan dan pengagihan sumber-sumber pengeluaran, negara kapitalis

memberi kebebasan kepada rakyatnya. Ini berbeza dengan negara sosialis di mana

pemerintah mengawal sepenuhnya pemilikan dan pengagihan sumber-sumber pengeluaran

tertentu.

ISU MASALAH SEJAGAT

Di dalam kertas kerja ini kami hanya akan menyentuh mengenai masalah ekonomi dan

politik dalam perbincangan isu-isu masalah sejagat. Ideologi ini diyakini tidak

dapat memberi jalan keluar kepada permasalahan ekonomi dan politik yang wujud.

Jika ada sekalipun, ianya adalah setakat satu penyelesaian sementara sahaja.

Sistem kapitalisme yang berfahaman materialistik membawa konsep mencari kekayaan

dan keuntungan peribadi di mana ini merupakan suatu nilai bagi kepuasaannya.

Bagi mereka keutamaan untung yang maksima adalah sebagai matlamat, tanpa sebarang

campurtangan dari pihak-pihak lain atau kerajaan dan begitu menggalakkkan pasaran

bebas ke arah menunaikan strategi.

Ini menunjukkan sistem kapitalis memberikan kebebasan tanpa batasan kepada individu

sehingga ia membenarkan apa cara sekalipun untuk mencapai matlamat tersebut selagi

ianya tidak mengancam keselamatan negara. Manakala sosialis pula mengekang hak

individu secara keterlaluan dan hak sama rata kepada penduduk.

3.1 Isu Ekonomi

Menurut Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad apabila kapitalis mengamalkan sistem

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

4 of 8 12/12/2015 12:48 PM

Page 5: Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

pasaran bebas, ekuiti syarikat-syarikat tempatan boleh dikuasai oleh

syarikat-syarikat asing. Oleh kerana syarikat-syarikat asing yang masuk

adalah kukuh sokongan modalnya, keyakinan pasaran akan pulih yang menyebabkan

keyakinan dan pemulihan nilai matawang. Walaupun rakyat akan kembali makmur

tetapi bukan negaranya kerana dasar -dasar pembangunan negara mengambil

kira syarikat-syarikat gergasi ini kerana mereka adalah pendokong terbesar

cukai negara. Ramainya pelabur mereka yang berminat untuk membeli syarikat-

syarikat di negara-negara yang menghadapi kegawatan ekonomi. Mereka berkata

ada "fire sale" di Asia Timur, iaitu jual murah barangan kedai terbakar.

Menurut mereka syrikat-syarikat dan bank-bank di Asia sudah seperti ikan

mati yang timbul dengan perut ke atas atau "belly-up". Mereka hanya perlu

pilih dan kutip. Yang lainnya boleh di biar mati.

Demikianlah sikap mereka yang kononnya bertanggungjawab memelihara hak asasi

manusia di seluruh dunia. Lebih buruk lagi setelah pihak asing ini merosakkan

ekonomi kita mereka mendakwa bahawa pembelian syarikat kita oleh mereka adalah

bertujuan menyelamatkan kita dan memulihkan ekonomi kita. Perbuatan mereka

tidak banyak berbeza dengan penyamun yang menyamun duit kita dan kemudian

memberi balik separuh daripadanya sambil mendakwa mereka menolong kita. Dengan

itu orang asing bukan sahaja boleh memiliki 100 peratus syarikat dan bank kita

tetapi mereka boleh masuk berniaga dalam negara kita tanpa perlu apa-apa

penyertaan daripada kita. Mungkin jawatan rendah akan diberi kepada kita

tetapi kerana kita dikatakan oleh mereka tidak pandai dan tidak cekap maka

jawatan tinggi akan dipegang oleh mereka selama-lamanya.

Sosialis pula tidak begitu berjaya di dalam bidang ekonomi. Idea yang dibawanya

bahawa setiap orang menerima bayaran subsidi yang serupa akan tetap bekerja

keras dan gembira adalah meleset. Pengeluaran dan kekayaan semakin merosot

dan golongan pekerja mula memberontak dan tidak menghargai rejim diktator. Ini

dapat dilihat dengan berlakunya pemberontakan di MedanTiannamen

Adakah kapitalis baru dapat menyelesaikan masalah ekonomi. Secara dasarnya

kapitalis baru dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara. Sistem pengurusan

modal yang cekap dan sistem kadar pertukaran stabil yang di reka di Bretton

Woods. Pengamal kapitalis baru berjaya membina semula ekonomi menggunakn

kombinasi pendekatan kapitalis dan sosialis tetapi sifat tamak yang berakar

umbi dalam diri golongan kapitalis tidak pernah terhapus. (Dato Seri Dr.

Mahathir Mohamad, 1998)

3.2 Isu Politik

Apabila kapitalis sudah dapat menekan negara , penguasaan mereka tidak terhad

kepada ekonomi sahaja. Mereka juga berminat untuk menguasai politik dan menentukan

siapakah yang memimpin. Penguasaan media masa yang boleh mempengaruhi media

tempatan telah menyebabkan tuduhan pemerintah yang tidak efisyen. Ini menyebabkan

gerakan anti kerajaan dicetuskan.

Kapitalis dan sosialis tidak dapat menyelesaikan masalah politik yang berlaku kerana

masalah politik yang wujud tersebut sebenarnya adalah gerakan mereka sendiri.

Ini dapat dilihat melalui penerangan sebelum ini. Dasar kapitalis yang meletakkan

tanggungjawab pemerintah sebagai pengawal undang-undang adalah tidak bersesuaian

dengan kesejahteraan masyarakat. Ini kerana dasarnya sekadar mengubat bukan mencegah.

Bagi kapitalis, individu berhak melakukan apa sahaja untuk mengumpul kekayaan

dengan harapan kekayaan itu dapat diberikan kepada orang lain. Oleh itu individu

boleh melakukan apa sahaja kerana pemerintah melaksanakan undang-undang agar

cara yang digunakan tidak mengancam keselamatan negara.

Sebagai contoh ialah kegagalan aliran sosialis. Bibit-bibit kejatuhan Russia

sebagai lambang kuasa yang dibangunkan di atas ideologi komunisme (aliran Marxist)

telah bermula sejak 40 tahun yang lalu. Pada bulan September 1961 Harian Pravda

yang menjadi lidah rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Russia telah menyebarkan

program parti itu. Rancangan itu ialah fikiran yang memansuhkan jalan atau cara

revolusioner seprti yang ditegaskan oleh buku Materialisme Dialektika: " berikutnya

peralihan daripada kapitalisme kepada sosialisme dan memerdekan kelas buruh

(pekerja) daripada penindas kapitalis. Ini boleh direalisasikan bukan dengan

evolusi, bukan dengan memperbaikinya akan tedengan perubahan bentuk dan cara

sistem kapitalisme iaitu dengan revolusi".

Harian tersebut juga mengaskan uasaha-usaha merealisasikan masyarakat komunisme

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

5 of 8 12/12/2015 12:48 PM

Page 6: Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

seperi yang dirancangkan itu meliputi tempoh 20 tahun akan datang. Di samping itu

ia menekankan kegagalan sistem komunis selama 40 tahun yang lalu dalam membentuk

asas ideologi dan kehidupan duniawi yang lengkap bagi masyarakat komunisme.

Ini menunjukkan komunisme sebagai satu ideologi telah hilang kekuatannya untuk

melaksanakan apa yang dinamakan "kepastian sejarah peralihan daripada kapitalisme

kepada sosialisme". Kegagalan itu berlaku kerana teori komunisme tidak ditegakkan

di atas usul dan kaedah am yang lengkap untuk membolehkan ideologi itu berkembang.

Prinsip penghapusan hakmilik individu telah ditukar kepada satu penyelesaian yang

lebih sederhana iaitu menguasai segenap industri, perniagan luar negara , bank-bank

dan segala perkhidmnatan awam. Antara bukti kegagalan perlaksanaan prinsip persamaan

di dalam masyarakat komunisme di ungkapkan dalam buku tulisan Krine Brinton yang

bertajuk Revolusi Komunisme: unsur, penyelesaian dan hasilnya : " sebagaimana yang

diakui oleh para pendokong komunisme sendiri bahawa Russia kini hidup di dalam satu

masyarakat yang berbeza-beza dalam pembahagian barang-barang keperluan dan perolehan

individu dengan perbezaan yang besar. Seorang ahli politik berkedudukan tinggi,

Pengarah Perusahaan , penulis atau penari Ballet hidup bergelumang dengan kemewahan

sedangkan rakyat biasa tidak sedemikian".

Keadaan ini menjadikan masyarakat Russia satu masyarakat yang lebih tidak memiliki

persamaan dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan sebarang masyarakat

kapitalis. Fakta ini jelas membuktikan sosialisme pada zahirnya memperjuangkan

prinsip persamaan dan keadilan secara teori tetapi gagal apabila dilaksanakan.

PENYELESAIAN MASALAH

4.1 Islam Sebagai Jalan Penyelesaian

Apabila dikaji, dua aliran materialisme tadi, maka dapatlah dibuat kesimpulan

bahawa satu pihak terlalu ekstrim untuk mementingkan individu dengan mengorbankan

hak orang lain sedangkan di satu pihak kepentingan individu dikorbankan untuk

kepentingan masyarakat.

Islam tidak mengkehendaki kedua-duanya, Islam mahu adanya keseimbangan antara

individu dan masyarakat. Setiap usaha untuk memenuhi tuntutan hidup dibenarkan

oleh Islam asalkan tidak mengorbankan dan merugikan orang lain. Hubungan individu

dan masyarakat umpama satu tubuh dan saling berkehendak serta tidak terpisah.

Oleh itu individu bertanggungjawab atas perkembangan masyarakat (Imam Munawir,

1985).

Jika dilihat pelbagai aliran pemikiran, falsafah, peraturan, sistem politik,

ekonomi dan sosial ciptaan manusia ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup

yang dihadapi manusia sejagat. Malangnya, semuanya tewas dan gagal apabila

dilaksanakan. Hingga ke hari ini tidak ada satu aliran pun yang dapat memperlihatkan

kemampuannya untuk menyesuaikan dengan realiti kehidupan.

Setiap sistem mempunyai falsafah, matlamat, jalan, gagasan dan caranya yang

tersendiri mengenai kehidupan. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara

penyelesaiaanmya apabila dilaksanakan. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak

rasional jika sistem tertentu diminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan

oleh sistem lain. Logiknya jika kita ingin minta cara penyelesaian sesuatu sistem

terhadap masalah kehidupan maka sistem itu perlu diberi peluang terlebih dahulu

dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Setelah itu barulah dapat dilihat samada

masalah itu masih ada ata sudah selesai, berubah bentuk atau unsurnya. Pada

masa itu barulah sistem berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap permasalahan

yang timbul.

Islam adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan

menguatkan antara satu aspek denganaspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem

lainnya dari segi watak, gagasannya tentang kehidupan dan cara perlaksanaannya.

Perbezaan ini adalah perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak

bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana

masalah itu lahir akibat Islam dipisahkan daripada realiti kehidupan.

Konsep kapitalisme yang bermula dengan sifat mementingkan diri sendiri akhirnya

akan mencapai kemuncaknya di mana sifat-sifat kemanusiaan akan di tekan dan

terkubur. Ia akan menjurus kearah ketidak keseimbangan di dalam pembahagian

harta kekayaan, dan juga akan ada sesetengah pihak memajukan kepentingan

mereka sendiri yang bertentangan dengan kepentingan ramai. Sememangnya kaedah

ini begitu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang memandang ekonomi

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

6 of 8 12/12/2015 12:48 PM

Page 7: Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

itu hanya sekadar memenuhi keperluan fitrah manusia seperti makan minum, pakai,

perumahan dan pendidikan.

Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesai masalah, terlebih dahulu

Islam perlu dijadikan pengatur seluruh kehidupan individu, keluarga, masyarakat,

negara dan dunia ini. Setelah itu apabila timbul persoalan atau permasalahan

barulah wajar untuk meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana

masalah itu timbul dalam sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh sistem bukan

Islam. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman

masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut

langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu".

(Al Baqarah, ayat 208). Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu,

memerintah dengan hukum tertentu, menyelesai masalah mereka atas dasar

tertentu serta mewujudkan sistem kemasyarakatan, ekonomi dan politik yang

tertentu. Jadi perkara utamanya ialah melaksanakan Islam sebagai sistem

yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan boleh dikatakan bahawa sistem kapitalis dan sosialis

mempunyai persamaan dan perbezaan yang tersendiri. Keduanya lebih mementingkan

kaedah 'mengubati' daripada 'pencegahan'. Sebaliknya jika kita berbalik

kepada sistem Islam, ia telah menunjukkan suatu jalan yang betul iaitu

mementingkan 'pencegahan' daripada 'mengubati. Kita sepatutnya perlu membangunkan

sebuah sistem yang tidak menolak pembangunan material malahan memnggunakan

kekayaan material untuk membangunkan suatu kehidipan yang bermoral. Dengan

lain perkataan, matlamat yang hendak dicapai ialah untuk mewujudkan suasana

kehidupan yang aman dan harmoni.

RUJUKAN ;

A Nazri Abdullah (5 Jun 1998), Perang Kapitalis Baru, Berita Harian.

Baharuddin Yatim Dan Sulaiman Noordin (1993), Islam, Al Quran dan Ideologi Masa Kini, Pusat Pengajian U

Hugh Stretton (1976), Capitalism, Socialism and The Environment, Cambridge University Press, Cambridge.

Imam Munawir (1985), Kebangkitan Islam dan Tentangan-tentangan Yang Dihadapi Dari Masa ke Semasa, Singa

Kassim Ahmad (16 Dec. 1997), Keruntuhan Sistem Pasaran Bebas, Utusan Malaysia.

Mahathir Mohamad (Dato Seri Dr.) ( 19 Jun 1998), Cabaran Kegawatan, Teks Ucapan Perhimpunan Agung UMNO,

Peter Saunders (1995), Capitalism : A Social Audit, Open University Press.

Rustam A Sani (10 Jun 1998), Kapitalis Baru Atau Sama, Utusan Malaysia.

Umar Azman Amir Hamzah (5 Jun 1998), Kekarutan Ekonomi Moden, Utusan Malaysia.

Wan Baharuddin Wan Mamat (1995), Sistem Kapitalisme Penyelesai Masalah Sosial ?,Tamadun, Januari 1995.

Laman Web ini masih dalam pembinaan. Segala komen dan nasihat

anda adalah amat dialu-alukan di dalam menghasilkan Laman Web ini. Hubungi email yang tertera.

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

7 of 8 12/12/2015 12:48 PM

Page 8: Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO

return to main

Koleksi Kertas KajiSelidik Pelajar Sarjana Pendidikan Seksyen Tiga ITTHO http://sarjana.tripod.com/kapitalis.htm

8 of 8 12/12/2015 12:48 PM