koleksi puisi gerhana

18
Gerhana Koleksi Puisi Muhammad Jailani

description

Koleksi puisi gerhana memuatkan beberapa kuntum puisi saya yang pernah diterbitkan dalam beberapa akhbar dan majalah tempatan. Diharapkan karya-karya tulisan ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca. Insya'allah.

Transcript of koleksi puisi gerhana

Page 1: koleksi puisi gerhana

GerhanaKoleksi Puisi Muhammad Jailani

Page 2: koleksi puisi gerhana

PrakataPuisi-puisi yang dimuatkan dalam koleksi kecil ini merupakan antara karya-karya puisi yang telah diterbitkan di media Malaysia and Singapura. Saya percaya bahawa hampir kesemua puisi-puisi saya yang pernah diterbitkan membawa nafas surrealisme. Namun begitu, saya percaya bahawa pembaca berhak memberikan penilaiannya tersendiri ke atas setiap karya puisi.

Puisi-puisi ini merakamkan emosi saya yang terusik tatkala memerhatikan nasib manusia di alaf kontemporari ini. Keperihatinan saya terhadap dunia sekeliling sekali gus menjadi sumber inspirasi setiap karya-karya yang diterbitkan.

Saya percaya bahawa golongan penyair mempunyai tanggungjawab yang penting dalam pembentukan keperibadian sesebuah masyarakat. Bertunjangkan prinsip 'seni untuk masyarakat' yang dikibarkan sama dengan badan Angkatan Sasterawan '50, saya mempunyai harapan tinggi agar karya-karya saya dapat dimanfaatkan setiap insan yang meluangkan masa untuk membacanya. Insya'allah.

Muhammad Jailani Abu Talib3 Jun 2009Singapura

Page 3: koleksi puisi gerhana

GerhanaResah gelisah

Merintih dalam kesepianMelayan jiwa

Kata-kata menjadi kaca,

Pecah seribu hurai,Tanpa satu hala tujuHanya di akhir jalan

Bermulanya fakir

Rakus hancurBicara sendiri tanpa noktah

Hantu akal punya diri

Gerhana malamKupu-kupu merayau entah ke mana

Singgah sana siniSiapakah kawan dan lawan?

Sanggup dicabul kehormatanBerhelakan madu akar kemanusiaan

Paruh garuda kias jentayuTinta tayang kasih tanpa kiblat

Berita MingguJune 01,2008

Page 4: koleksi puisi gerhana

Seperiuk Nasi JelantahKau bilang kasihan;

Mereka yang hidup merempat,Kehilangan kiblat pendapatan,

Meracau di dalam gelap,

Kau bilang kasihan;Mereka yang tanpa pedoman,Kalah perang tanpa serdadu,

Berenang di dalam air mata abadi,

Bersenjatakan kalimah belas,Kau mengambil tempat raja,

Menghukum mereka,Apa guna kau kasihan!

Tanpa sedikit pun rasa ikhlas,Kau cuba menghurai,

Mungkin ini balasan dosa!Balasan kafir!

Kau hadiahkan seperiuk nasi jelantah,Disuap dengan tangan kiri,

Kendurikan mulut yang memerlukan,Agar nama kau mashyur seluruh alam,

Perhatikan periuk nasi yang kau beri,Tidak akan lebih putih berseri,

Senyumkah engkau sekiranya engkau mereka?Disuap nasi oleh manusia bermegah diri.

Berita MingguAugust 04,2008Berita Minggu

October 12, 2008

Page 5: koleksi puisi gerhana

Pujutsedetik

pusara meluakdarah hamis melimpah

wangian melati berganti pacai

bumi mengerakteriak kafir mengerangBIARKAN AKU!!!DISINI!!

meronta-ronta melepas genggam

suara bonda menjauhditimbus debuan hutan

mega mendung menyusulmenggerimis nanah

meracau dalam kegelapan

si kaya menyamar fakirmelamar mati dalam kesenanganmengharap dapur marmar emas

Berita Minggu

7 September 2008

Page 6: koleksi puisi gerhana

JerihHarung lembah nyata,

Halilintar dianggap bayu,Sapa jerih diantara senang,

Genggam bara seksa

Basmi sinar jaya,Bungkam dalam setia,

Bisu seribu kata,Buta detik sejuta,

Menyongsong jalan berduri,Menyusur pelangi kaca,

Aku seni daya,Lemah hadap senja

Berita MingguJanuary 18. 2009

Page 7: koleksi puisi gerhana

BisikTuhan berbisik

Lewat keroncong perut anak kelaparanGetar suara bumi menangisHamparan buih mendinding

Menghentam-hempas, Meniban cari mangsa

Bisikan IllahiLantang kedengaran lewat tangisan bayi

Sekelip mata kehilangan ibunyaTerlepas dari gendongan ayahnya

Perih menerima hakikat

Bisik esaElok kedengaran sebelum terlewat

Mengenal makrifatMengenal hakikat

Mengenal diri sebelum terlewat

Berita MingguNovember 02, 2008

Page 8: koleksi puisi gerhana

Inilah hasil jemawaInilah hasil jemawa

Petani dijanjikan ke angkasaDiinjak segala sisa huma

Keringat tidak seberapa

Berani bersemuka, bermukaAsalkan nama harum semesta

Inilah hasil jemawa

Anak kecil merempat di lesehanIsteri mengemis kasih tetangga

Sedangkan diri ketaksuban

Dinoda kemilau sinarMenggaru serpihan cendana

Inilah hasil jemawa

Sumpah Tun Jana Khatib memperkasaHang Nadim lemas ke dasar lautan

Disegani bayang-bayang sendiridilucutkan pangkat dan takhtaNamun akhirnya kehilangan jua

Mingguan Warta Perdana, MalaysiaDecember 14, 2008

Page 9: koleksi puisi gerhana

Ku berani matiRempuh!!

Rentas padang durjanaLintas titian sepi

Kendatipun syahidRebah di hujung jariTeguh tetap berdiri

Jauhari mengenal manikam jua

Ku tak gentar matiSedikit tidak peduli

Asalkan benarKu berani

Hingga ke akhir jalanBiar lemas dalam hinaan

Caci makiSedikit ku tak peduli

Ku berani mati

Hingga titisan darah akhir

Diterbitkan dalam Introspek (2008)Dideklamasikan pada October 23, 2008 di UM, Dewan Tunku

Chancellor

Page 10: koleksi puisi gerhana

Merah Darah MudaWaktu belalu mengusir benak fikiran

Sekali lagi membakar lenyap ingatanBayangan sebuah harapan hangus

Tercegat seorang terbiar kekontanganLarian ke jalan buntu

terpisah pasrah semua arahgelita nasib mereka yang khayal

padah menanti tiap-tiap kalirasakan hidup selepas mati

lagikan mati di kalangan hidupnatijah nafas-nafas keluh kesal

insan lemah lagi gagal

Serah bukan bererti kalahBagai nasib seorang pengemis

Tukar jadi hartawan sekelip mataTatkala muda hina satu hari mungkin

Manifestasi insan berbakti mulia

Walau meluap bara periuk apiWalau jadi sasaran peluru pandu

Keringat anak-anak muda tetap basahSumpah pemuda seribu kalimah

Bersama

Menjana bakti NegaraDikibar panji dunia

Kawat mara sebangsaDitempah nama di peta angkasa

Dibina sejuta aspirasiMencari emas di hujung titi

Pemangkin nilai manusia

Bara semangat ketamadunanBerdiri di atas kaki sendiri

Ditebarkan sayap lima sewarnaTerpasak abadi di SingapuraTapak penjanaan visi belia

Page 11: koleksi puisi gerhana

Memburu kejayaan sepantun pendekar

Md Jailani & Fariz Husna SajaniDipentaskan pada 21 Oktober di Esplanade Theatre, Singapura

Page 12: koleksi puisi gerhana

Hukum rimbaHukum rimbaTiada adabTiada adat Tiada budiTiada akal

Nescaya musnahHancur berkecaiMakhluk taksub

Pelarian mencari rumah

Atas usaha siapa?Kau diusir kluar

Pasir bertabur di mataPisau mencucuk telinga

KononnyaMenurut adat

Menjunjung titahLestari sumpah

Budaya manusia

Menggeletar mawar ditinggalkan duriRebah insan tiada berbudiMati harimau bersembunyiLaksana makhluk lupa diri

Berita Minggu (Malaysia)14 March 2009

Page 13: koleksi puisi gerhana

Bayang

Ku gapai bayangku sendiriArah ufuk hilangnya mentari

Menarinya siang dalam kesyahduanBertapa menunggukan sebuah waktu

Mimpi tasbih jelaga yang terbakar

Agar bisa bayangku merayauMenghilang dalam igauan kasih

Sehingga kabur bezanyaAntara bentala dan cakerawala

Dibentengi kerakusan sebuah makhluk

Moga kembali jua bayangkuDari kembara perdana pujangga

Lang menyongsong anginBersua dengan pukulan kencang gempita

Kembali dirinya terpaksi

Hakikat yang tersimpuh duaAntara kedukaan dan kepahitan

Hempedu yang tercelup dalam gulaLewat senandung syahdu penglipur lara

Terkelu bisu mencari kedamaian rasa

Berita MingguApril 26, 2009

Page 14: koleksi puisi gerhana

Warkah sebelum aku matiYang tercinta dan tersayang,

Diriku yg rebah di hujung peluru,Hampir kekontangan darah,Mengamat sisa-sisa nafasku,Nyawa dirampas serdadu,

Mencelah bisikan aku dengan rentetan,Bunyi-bunyi senapang dan meriam,

Aku pasti.

Esok apabila engkau membaca,Mentafsir susunan huruf dan ayat,

Mengenal dunia melalui perspektif berbeza,Tanpa keperluan untuk memahkotakan,

Pandangan menyesah,Mencaci dan menghelah,

Masa jangan kau jadikan pengukur,Manifestasi usia untuk menentang,

Mengikat sabuk di depan mataDihalakan jalan batu-bata binaan buta,

Sesungguhnya engkau berakal,Dapat mengenal budi dan pekerti,Membezakan antara tiruan dan jati

Sebelum lafaz kalimah syahadahku ke penghujung,

Pastikan duhai bangsa negaraku,Kau berdiri di atas tunggak kebenaran,Rela mara kehadapan untuk berbakti,

Menangkis serangan kejam mengganas,Tidak akan biarkan ilmu membungkam,Berkubu di balik wajah tidak bermaya

Kau sama memanjat,

Berbekalkan ilmu dan pendirian,Ikhlas dengan dada melapang,Bermenterakan suratan Quran.

Sekiranya adatmu menerjang kemajuan,Kau sanggup berdiri di atas dua kaki sendiri,

Page 15: koleksi puisi gerhana

Semoga kau mencapai bintang di puncak dunia.

Diterbitkan dalam lelaman www.asas50.com

Page 16: koleksi puisi gerhana

Menggapai AngkasaAku merdeka,

Sehelai sepinggang,Jiwa dan rasa,

Nusa dan bangsa,Dikari tanpa penjajah,

Ilham seorang,Demi anak negara,

Merentasi jurang warna,Menentang sesah pandang,

Swapraja negara,Menyusur pelangi kaca,

Bersama kita berdiri,Tanpa kenal Melayu,

Cina, Arab, India,Mara menghadap,

Sebagai watan bumi,Belayar lautan duri,Ikut rentak satu hati,

Sesungguhnya,Bersatu teguh,

Bercerai runtuh,Maka menggapailah,Mencapai angkasa,

Membina rukyah,Agar dibuka mata,

Orang disebelah sana,Yang selama ini tidak percaya,

“Mana mungkin ia bisa!,Tanpa harta”.

Ketahuilah,Aku bercekalkan kepercayaan,

Atas suratan kudrat sendiri,Bersandarkan kersani ketabahan.

Pemenang Anugerah KecemerlanganAngkatan Sasterawan '50 (Asas '50)

Page 17: koleksi puisi gerhana

Serat CenthiniAnakanda,

Andai esok engkau berkesempatan,Memecahkan dunia kaca,

Digantikan dengan permata,Kau ajarkan,

Beza intan daripada duri,Bangkit dari bersilang damai,

Pendekar alpa pelupa,Taksub mencari,

Gemala sakti terkunci,Dibimbing azimat ajaib,

Asyik termenung,Berjurus tanpa kenal pukulan,Dibiarkan harta berkerajaan,

Bermaharajalela,Serat Centhini,

Budaya itu Budi,Mampu menyatukan,

Menjalinkan hubungan,Kitakan berbangsa,

Kesatuan dalam kepelbagaian,Tidak bisa dipecahkan,

Jangan kau sekali melupa,Pantang berjoget di atas wang,

Berinang tanpa ilmu,Membiarkan budimu dipustakakan,

Sekali-sekala dirujuk sarjana,Jangan kau pusarakan pusaka,

Mencelup nisan dengan gula-gula,Menghalalkan yang haram,

Melacur dan menurut,Semoga esok-esok,

Sekiranya engkau bertanjak,Kau tahu akan bertangga tujuh,

Sekiranya engkau menari,Kau berilmu akan lima yang asas,

Sekiranya engkau bersilat,

Page 18: koleksi puisi gerhana

Kau berbunga sehingga ia berbuah,Anakanda,

Budaya itu Budi,Penuh dengan pekerti.

Puisi telah dilagukan oleh Noorhaqmal, seorang pemuzik yang berpangkalan di Singapura.