KOLEKSI SOALAN SPM PERCUBAAN NEGERI -...

7
SPMSureSkor.com 1 Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 3) Soalan 1 - Kelantan 2016 (a) Situasi berikut adalah berkaitan dengan perniagaan bentuk lain peruncitan yang dikendalikan oleh Puan Fatimah. 'Murtabak raja' yang diusahakan oleh Puan Fatimah telah terkenal di negeri Kelantan kerana menggunakan resipi istimewa yang diwarisi keluarganya. Beliau bercadang mengembangkan perniagaannya ke tempat lain dengan mengekalkan nama, reka bentuk dan logo. Beliau juga ingin memastikan hak cipta, jenama, harga dan keistimewaan resipi 'murtabak raja' terpelihara. Di samping itu beliau juga mengharapkan bayaran royalti daripada pengusaha yang baharu. (i) Apakah bentuk lain peruncitan tersebut? [1 markah] (ii) Mengapakah bentuk lain peruncitan tersebut semakin digemari oleh pengusaha yang baharu hendak memulakan perniagaan? [5 markah] (b) Jelaskan perbandingan antara perniagaan runcit dan perniagaan borong. [8 markah] Jawapan: (a) (i) Francais (ii) H1 - Dapat memulakan perniagaan dengan segera H2 - Ada khidmat nasihat / kepakaran / bimbingan firma induk H3 - Menjalankan kaedah perniagaan yang telah berjaya / sudah terkenal H4 - Menikmati faedah ekonomi bidangan / pelaksanaan program berpusat / contoh yang bersesuaian H5 - Dapat menarik ramai pelanggan / bermutu / dikawal firma induk H6 - Tidak menanggung belanja promosi / belanja promosi ditanggung firma induk (b) Persamaan: Kedua- dua jenis perniagaan ini: H1 - Melakukan aktiviti pengagihan barang H2 - Bermotifkan untuk mendapat keuntungan H3 - Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna H4 - Melakukan kegiatan memecah pukal H5 - Bertindak sebagai sumber maklumat pasaran Perbezaan: Perniagaan Runcit Perniagaan Borong H6a Orang tengah antara pemborong dengan pengguna akhir H6b Orang tengah antara pengeluar dengan peruncit H7a Membeli dalam kuantiti yang kecil daripada pemborong H7b Membeli secara pukal daripada pengeluar H8a Modal yang sedikit H8b Modal yang lebih besar H9a Tidak memiliki kemudahan pergudangan sendiri H9b Menyediakan kemudahan pergudangan H10a Melakukan hiasan / peragaan tingkap H10b Tidak perlu menghias / peragaan tingkap Soalan 2 - Terengganu (BK5) Set 1 2016 (a) Dalam keadaan bagaimanakah saluran agihan pengeluar pengguna akhir digunakan? [4 markah] (b) Gambar 2 menunjukkan sejenis perniagaan runcit.

Transcript of KOLEKSI SOALAN SPM PERCUBAAN NEGERI -...

Page 1: KOLEKSI SOALAN SPM PERCUBAAN NEGERI - …spmsureskor.com/tutorials/perdagangan/pdf/perdagangan_soalan_sp…SPMSureSkor.com 1 Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 3) Soalan

SPMSureSkor.com 1

Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 3)

Soalan 1 - Kelantan 2016 (a) Situasi berikut adalah berkaitan dengan perniagaan bentuk lain peruncitan yang dikendalikan

oleh Puan Fatimah.

'Murtabak raja' yang diusahakan oleh Puan Fatimah telah terkenal di negeri Kelantan kerana menggunakan resipi istimewa yang diwarisi keluarganya. Beliau bercadang mengembangkan perniagaannya ke tempat lain dengan mengekalkan nama, reka bentuk dan logo. Beliau juga ingin memastikan hak cipta, jenama, harga dan keistimewaan resipi 'murtabak raja' terpelihara. Di samping itu beliau juga mengharapkan bayaran royalti daripada pengusaha yang baharu.

(i) Apakah bentuk lain peruncitan tersebut? [1 markah] (ii) Mengapakah bentuk lain peruncitan tersebut semakin digemari oleh pengusaha yang

baharu hendak memulakan perniagaan? [5 markah] (b) Jelaskan perbandingan antara perniagaan runcit dan perniagaan borong. [8 markah]

Jawapan:

(a) (i) Francais (ii) H1 - Dapat memulakan perniagaan dengan segera H2 - Ada khidmat nasihat / kepakaran / bimbingan firma induk

H3 - Menjalankan kaedah perniagaan yang telah berjaya / sudah terkenal H4 - Menikmati faedah ekonomi bidangan / pelaksanaan program berpusat / contoh yang bersesuaian H5 - Dapat menarik ramai pelanggan / bermutu / dikawal firma induk H6 - Tidak menanggung belanja promosi / belanja promosi ditanggung firma induk

(b) Persamaan: Kedua- dua jenis perniagaan ini: H1 - Melakukan aktiviti pengagihan barang H2 - Bermotifkan untuk mendapat keuntungan H3 - Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna H4 - Melakukan kegiatan memecah pukal H5 - Bertindak sebagai sumber maklumat pasaran Perbezaan:

Perniagaan Runcit Perniagaan Borong

H6a Orang tengah antara pemborong dengan pengguna akhir

H6b Orang tengah antara pengeluar dengan peruncit

H7a Membeli dalam kuantiti yang kecil daripada pemborong

H7b Membeli secara pukal daripada pengeluar

H8a Modal yang sedikit H8b Modal yang lebih besar

H9a Tidak memiliki kemudahan pergudangan sendiri

H9b Menyediakan kemudahan pergudangan

H10a Melakukan hiasan / peragaan tingkap

H10b Tidak perlu menghias / peragaan tingkap

Soalan 2 - Terengganu (BK5) Set 1 2016 (a) Dalam keadaan bagaimanakah saluran agihan pengeluar pengguna akhir digunakan?

[4 markah] (b) Gambar 2 menunjukkan sejenis perniagaan runcit.

Page 2: KOLEKSI SOALAN SPM PERCUBAAN NEGERI - …spmsureskor.com/tutorials/perdagangan/pdf/perdagangan_soalan_sp…SPMSureSkor.com 1 Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 3) Soalan

SPMSureSkor.com 2

(i) Namakan jenis perniagaan runcit tersebut. [1 markah] (ii) Jelaskan empat ciri jenis perniagaan di (b)(i). [4 markah]

(c) Huraikan kelebihan yang diperolehi oleh pengguna apabila membeli belah di pasar raya. [4 markah]

(d) Jelaskan perbezaan di antara perniagaan borong dengan perniagaan runcit. [6 markah] Jawapan:

(a) H1 - Perkhidmatan yang disediakan terus kepada pelanggan H2 - Barang ditempat khas H3 - Barang teknikal yang terlalu mahal H4 - Barang mudah rosak seperti hasil pertanian

(b) (i) Perniagaan runcit kecil-kecilan tanpa kedai (ii) H1 - Memerlukan modal yang kecil H2 - Pemilikan secara milikan tunggal

H3 - Mudah dibentuk / proses mendaftar ringkas H4 - Mudah diuruskan / menguruskan sendiri

(c) H1 - Banyak kemudahan yang disediakan seperti tempat letak kereta, bakul, troli dll. H2 - Dapat membeli barang di bawah satu bumbung H3 - Banyak pilihan barang H4 - Kemudahan pembayaran menggunakan kad kredit

(d) Perbezaan di anatara pemborong dengan peruncit:

Perniagaan Borong Perniagaan Runcit

H1 Membeli barang secara pukal dari pengeluar

Membeli barang dari pemborong secara kecilan

H2 Saiz modal yang besar Saiz modal yang kecil

H3 Kedudukan di antara pengeluar dengan peruncit

Kedudukan di antara pemborong dan pengguna

Soalan 3 - Terengganu (BK5) Set 2 2016 (a) Gambar 3 berkaitan dengan jenis saluran agihan.

Page 3: KOLEKSI SOALAN SPM PERCUBAAN NEGERI - …spmsureskor.com/tutorials/perdagangan/pdf/perdagangan_soalan_sp…SPMSureSkor.com 1 Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 3) Soalan

SPMSureSkor.com 3

(i) Nyatakan jenis saluran agihan yang paling sesuai bagi gambar di atas. [1 markah] (ii) Huraikan jenis saluran agihan di (a)(i). [3 markah]

(b) Gambar 4 berikut menunjukkan sejenis perniagaan runcit. Terangkan ciri-ciri perniagaan runcit di bawah. [8 markah]

Jawapan:

(a) (i) F1 - Pengeluar – Pengguna (ii) H1 - Pengeluar mengagih barang terus kepada pengguna H2 - Tanpa melibatkan orang tengah H3 - Memberi perkhidmatan pendidikan

(b) Ciri-ciri peruncit besar-besaran: F1 - Modal yang besar H1 - Dapat membeli secara pukal F2 - Jualan secara tunai H2 - Dan mengamalkan layan diri F3 - Memberi pelbagai kemudahan H3 - Seperti hawa dingin, eskalator F4 - Mengamalkan pengkhususan H4 - Dan pembahagian kerja F5 - Harga barang adalah tetap H5 - Tidak boleh tawar menawar F6 - Pelbagai jenis barang dijual H6 - Dapat membuat pilihan

Soalan 4 - Terengganu (BK1) 2015 (a) Tulis nota ringkas mengenai perkara di bawah.

(i) Pemborong jober para [3 markah] (ii) Pemborong bayar dan bawa [3 markah]

(b) Maklumat berikut adalah berkenaan Perniagaan Perabot WN.

Perniagaan Perabot WN adalah sebuah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menghasilkan pelbagai jenis dan jenama perabot untuk pasaran tempatan. Pengurus syarikat, Encik Shukri mengambil keputusan untuk mengedar semua hasilnya melalui pemborong. Pemborong yang dilantik membenarkan pengguna membeli di gudang miliknya.

(i) Pada pendapat anda, apakah saluran agihan yang sesuai untuk barang di atas? [1 markah] (ii) Selain perabot, nyatakan dua jenis barang lain yang sesuai diagihkan melalui saluran.

[2 markah] (iii) Mengapakah syarikat tersebut memilih saluran agihan (b)(i) untuk memasarkan

keluarannya? [2 markah] (c) Maklumat berikut adalah ciri sebuah perniagaan runcit:

Page 4: KOLEKSI SOALAN SPM PERCUBAAN NEGERI - …spmsureskor.com/tutorials/perdagangan/pdf/perdagangan_soalan_sp…SPMSureSkor.com 1 Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 3) Soalan

SPMSureSkor.com 4

Nama Peniaga : Kedai Runcit Maju Jaya Alamat : No.10, Jalan Setia, Dungun, Terengganu Nama Pemilik : Amiruddin bin Johari Jenis Barang Jualan : Barang keperluan harian

(i) Nyatakan jenis perniagaan yang dijalankan oleh Amiruddin bin Johari. [1 markah] (ii) Jelaskan ciri-ciri perniagaan di (c)(i). [5 markah]

Jawapan:

(a) (i) H1 - Membekalkan barang kepada peruncit / secara konsainan H2 - Menyusun dan menjaga barang di gerai / rak H3 - Hak milik barang adalah milik pemborong / pembekal H4 - Peruncit dibayar komisen berdasarkan bilangan barang dijual

(ii) H1 - Pemborong menghantar katalog ke rumah pengguna H2 - Barang dijual secara tunai H3 - Barang dijual dengan lebih murah H4 - Tidak menyediakan kemudahan pengangkutan

(b) (i) Pengeluar Pemborong Pengguna (ii) H1 - Barangan elektrik

H2 - Barang keperluan harian (iii) H1 - Pengeluar boleh menumpukan kepada bidang pengeluaran sahaja

H2 - Menjimatkan kos pengagihan / pengangkutan H3 - Pengeluar tidak mempunyai kemahiran dalam memasarkan H4 - Pemborong dapat membantu melakukan kerja-kerja akhir seperti memasang dan membalut

(c) (i) Perniagaan runcit kecil-kecilan (ii) H1 - Memerlukan modal yang kecil

H2 - Senang ditubuhkan H3 - Ditubuhkan sebagai milikan tunggal H4 - Terletak berhampiran dengan rumah pelanggan H5 - Mudah diuruskan H6 - Mengamalkan layanan peribadi H7 - Mengadakan perkhidmatan selepas jualan

Soalan 5 - Kelantan 2015 (a) Dialog berikut adalah antara Encik Lim, pemilik kedai dengan Puan Salina, seorang pelanggan.

Encik Lim : Puan nak beli apa? Puan Salina : Saya nak empat tin susu pekat manis, kicap cap kipas udang sebotol, garam halus sekampit kecil dan beras sepuluh kilogram. Encik Lim : Itu saja ke? Puan Salina : Oh, terlupa saya. Tolong timbang satu kilogram bawang putih dan satu kilogram bawang merah ya. Itu saja.

(i) Apakah jenis perniagaan yang dijalankan oleh Encik Lim? [1 markah] (ii) Terangkan sebab Puan Salina memilih kedai Encik Lim untuk membeli barang-barang

keperluan hariannya? [6 markah] (b) Gambar berikut menunjukkan perbualan antara Hisyam dan ayahnya berkaitan dengan cadangan untuk membuka sebuah perniagaan peruncitan.

Page 5: KOLEKSI SOALAN SPM PERCUBAAN NEGERI - …spmsureskor.com/tutorials/perdagangan/pdf/perdagangan_soalan_sp…SPMSureSkor.com 1 Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 3) Soalan

SPMSureSkor.com 5

(i) Apakah jenis perniagaan yang dicadangkan oleh ayah Hisyam? [1 markah] (ii) Jelaskan kelebihan yang akan Hisyam perolehi sekiranya beliau menerima cadangan

ayahnya ? [5 markah]

Jawapan:

(a) (i) Peruncit kecil-kecilan (ii) Sebab Puan Salina memilih kedai Encik Lim: F1 - Memenuhi keperluan / kehendak manusia H1 - Membeli pelbagai barang / kuantiti yang diperlukan / dikehendaki F2 - Lokasi perniagaan berhampiran dengan kediaman / dekat H2 - Menjimatkan masa / kos pengangkutan / mudah dikunjungi F3 - Mendapat layanan peribadi / layanan baik / mesra H3 - Khidmat nasihat / maklumat / boleh tawar-menawar / contoh F4 - Khidmat selepas jualan H4 - Menghantar barang / baiki kerosakan F5 - Dapat kemudahan kredit / hutang H5 - Pelanggan tetap / dipercayai / dikenali / setia F6 - Mendapat bekalan barang berterusan H6 - Dapat membeli pada bila-bila masa / masa berniaga fleksibel

(b) (i) Francais (ii) Kelebihan yang akan Hisyam perolehi: H1 - Boleh memulakan perniagaan dengan segera H2 - Latihan / bimbingan dari francaisor / tidak perlukan pengalaman / meningkatkan kecekapan H3 - Promosi / penyelidikan / bekalan bahan diuruskan oleh francaisor / menikmati faedah ekonomi bidangan H4 - Dapat menjual produk terkenal / bermutu H5 - Menjalankan perniagaan yang sudah terkenal / dikenali H6 - Bahan mentah / peralatan dibekalkan oleh francaisor H7 - Risiko kegagalan adalah kecil / minima

Page 6: KOLEKSI SOALAN SPM PERCUBAAN NEGERI - …spmsureskor.com/tutorials/perdagangan/pdf/perdagangan_soalan_sp…SPMSureSkor.com 1 Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 3) Soalan

SPMSureSkor.com 6

Soalan 6 - Johor 2014 (a) Terangkan tiga fungsi pemborong kepada peruncit dalam saluran agihan. [5 markah] (b) Rajah berikut menunjukkan dua contoh saluran agihan. Jelaskan empat faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih saluran agihan. [4 markah]

Pengeluar Pengguna Pengeluar Peruncit Pengguna

(c) Berikut ialah logo suatu bentuk peruncitan:

(i) Namakan bentuk peruncitan tersebut. [1 markah] (ii) Jelaskan empat ciri peruncitan di (b)(i). [4 markah]

Jawapan:

(a) Tiga fungsi pemborong kepada peruncit dalam saluran agihan: F1 - Menyediakan pengangkutan H1 - Mengangkut barang ke kedai peruncit F2 - Membekalkan pelbagai barang H2 - Peruncit boleh buat pilihan F3 - Menawarkan kemudahan kredit H3 - Peruncit boleh membeli secara hutang

(b) Empat faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih saluran agihan: F1 - Jenis barang (barang yang cepat rosak seperti buah-buahan dan daging memerlukan saluran agihan yang ringkas dan cepat) F2 - Liputan pasaran (lebih luas liputan pasaran sesuatu produk, maka saluran agihan yang diperlukan lebih kompleks dan lengkap) F3 - Sasaran pasaran barang (pengeluar sesuatu barangan akan mengenal pasti sasaran pasaran bagi produknya, iaitu kepada siapa barang tersebut hendak dijual) F4 - Kos pengangkutan (bagi syarikat yang besar, mereka akan mengedarkan sendiri barangan dan menanggung semua kos yang terlibat. Walau bagaimanapun, bagi syarikat yang kecil, pengeluar akan menyerahkan tugas pengagihan kepada pemborong dan peruncit)

(c) (i) Francais (ii) Ciri francais:

Seorang individu / syarikat diberi hak untuk menjual barangan syarikat induk

Perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak

Batal kontrak sekiranya syarat tidak dipatuhi

Menggunakan logo / nama / reka bentuk yang sama

Francaisi tidak boleh menjual barang lain

Individu / syarikat yang menggunakan tanda perniagaan dikenali francais

Syarikat induk dikenali francaisor

Francaisi bayar royalti kepada francaisor

Francaisor memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada francaisi

Kos promosi ditanggung oleh francaisor

Page 7: KOLEKSI SOALAN SPM PERCUBAAN NEGERI - …spmsureskor.com/tutorials/perdagangan/pdf/perdagangan_soalan_sp…SPMSureSkor.com 1 Soalan SPM Percubaan Negeri (Tingkatan 4 Bab 3) Soalan

SPMSureSkor.com 7

Soalan 7 - Pulau Pinang 2014 Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan runcit.

Kedai Runcit Pak Majid terletak di kawasan perumahan Bukit Minyak Indah. Tidak jauh daripada kawasan perumahan tersebut, terdapat sebuah pasar raya besar yang baru dibuka. Banyak pelanggan dari Kedai Runcit Pak Majid telah beralih untuk membeli di pasar raya besar tersebut.

Terangkan tiga sebab pengguna memilih untuk membeli di pasar raya besar tersebut walaupun terdapat kedai runcit di kawasan taman perumahan mereka? [6 markah]

Jawapan:

F1 - Kelebihan layan diri H1 - Pelanggan ada kebebasan memilih barang yang dikehendaki tanpa diganggu F2 - Ada banyak kemudahan yang disediakan H2 - Kemudahan seperti hawa dingin, muzik, tempat letak kereta, lif dan lain-lain menarik hati pelanggan F3 - Membeli semua barang di bawah satu bumbung H3 - Pengguna dapat membuat hampir semua barang yang diperlukan dari satu tempat F4 - Banyak pilihan barang H4 - Pelanggan mempunyai pilihan barang yang banyak F5 - Bebas membanding harga H5 - Pelanggan bebas membuat perbandingan harga tanpa diganggu F6 - Harga barang berkemungkinan rendah H6 - Pasar raya besar ada modal untuk beli terus daripada pengeluar untuk mendapat kos yang rendah