Kom Pang

8
PENGENALAN KOMPANG Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional dari keluarga membranofon. Ia menyerupai sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang. Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka. belulang pula adalah daripada kulit kambing. Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah: a. Kompang Hadrah ( Negeri Perak ) b. Kompang Johor / Jawa c. Kompang Eizhar ( Negeri Selangor ) d. Kompang Kelalang ( Negeri Melaka ) Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu.

description

j

Transcript of Kom Pang

PENGENALAN KOMPANG

Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional dari keluarga membranofon.

Ia menyerupai sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang.

Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka.

belulang pula adalah daripada kulit kambing.

Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah: a. Kompang Hadrah ( Negeri Perak ) b. Kompang Johor / Jawa c. Kompang Eizhar ( Negeri Selangor ) d. Kompang Kelalang ( Negeri Melaka )

Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur pemain adalah seperti berikut: Saiz (cm) Umur (tahun) 30 cm 12 tahun dan ke bawah 32.5 cm 13 dan 14 35 cm 15 dan 16 37.5 cm 40 cm Orang dewasa

SEJARAH KOMPANG Kompang dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat iaitu ;

Pendapat pertama: Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab.

Pendapat kedua : Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW. Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka.

Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini.

Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif Ali,1980:12)

PEMBUATAN KOMPANG FUNGSI KOMPANG

Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa.

Antara fungsi permainan kompang ialah;

1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban)

2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar

3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan. 4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan. 5. Pertandingan paluan kompang dan kompang formasi 6. Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik tradisional Melayu. Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.

TEKNIK PERMAINAN Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu pak dan bunyi bung. Pukulan pak mestilah lebih berat daripada bunyi bung. Bunyi pak dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul. Bunyi bung dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan.

Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.

POSISI PEMAIN KOMPANG Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil berarak. Susunan pemain kompang Rajah 1.7 : Susunan pemain kompangSumber : Tan,Sooi Beng(1997) Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni.

Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil

Melalu, Meningkah Menyilang.

Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;

Kumpulan Melalu memainkan rentak asas. Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu. Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.

Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;

Pukulan Mula untuk memainkan sesebuah lagu Pukulan lagu Pukulan Mati untuk mengakhiri sesebuah lagu.

PENJAGAAN KOMPANG Kompang dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya. Sebelum memulakan permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama.

Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai.

Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.

PENALAAN KOMPANG Penalaan kompang bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan permukaannya dengan menggunakan sedak.

Sedak boleh dibuat daripada rotan atau wayar plastik.

Sedak ditolak dengan kayu sedak di sekeliling bahagian dalam, di antara baluh dan belulang kompang.