Komik i- GEISYA
Transcript of Komik i- GEISYA
RASIONAL DAN PERMASALAHAN
AZLAN BIN JAAFAR
NUR IFFA BINTI MD LUKMANULHAKIM
NAZATUL AMILIN BINTI MOHD MUZAFFAR
NURZAKIAH BINTI MD SALEH
Komik i- GEISYA
Sesi pdpc yang pasif, tiada teknik yang sesuai dan aktiviti
yang menarik menyebabkan perasaan kebimbangan pelajar
terhadap bahasa Arab yang sangat sukar dikuasai.
Kebanyakan guru masih menggunakan teknik pembelajaran
yang lama secara ‘Latih tubi hafazan’ yang membataskan
kebebasan berfikir pelajar secara kritis dan kreatif.
Majoriti pelajar gagal menguasai asas bahasa Arab
disebabkan kekeliruan mereka dalam penggunaan ganti
nama dan pecahan kata kerja yang sesuai dan tepat.
Mereka juga keliru tentang makna dan fungsi kalimah serta
sukar membezakan jenis kalimah sama ada lelaki atau
perempuan dan sering kali tertukar sebutan ketika bertutur.
PENGENALAN
Projek komik i-GEISYA adalah satu produk daripada idea
inovasi teknik yang digunakan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab melalui Teknik Gerak Interaksi
Simbolik Isyarat Anggota. i-merujuk kepada idea yang bijak
dan inovatif, manakala GEISYA pula adalah akronim yang
memberi maksud Gerak Interaksi Simbolik Isyarat Anggota.
Teknik ini diperkenalkan sejak tahun 2014 dalam modul
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab al-Quran di Ar
Rayyan Understand Quran Academy.
Teknik ini juga telah berjaya membantu orang awam
yang tiada asas pengajian bahasa Arab menguasai kalimah al-
Quran dan memahami maksudnya dengan lebih mudah.
Pelbagai usaha penambahbaikan telah dibuat bagi
memantapkan lagi keberkesanan teknik ini. Antaranya ialah
penggunaan bahan bantu tambahan seperti kad carta GEISYA
dengan sokongan kemudahan teknologi digital dan media
komunikasi. Pelaksanaan teknik ini turut dimasukkan unsur
lagu dan muzik untuk menarik para pelajar belajar bahasa
Arab melalui kaedah didik hibur sesuai dengan keperluan
pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Semua usaha
penambahbaikan ini telah digabungkan dalam satu produk
bahan sumber pengajaran berbentuk komik yang boleh
digunakan dalam PdPc di dalam kelas.
RA
SIO
NA
L P
RO
JE
K
KO
MIK
i-G
EIS
YA
Emosi dan Sikap Negatif Pelajar
Kaedah lama PdP Kurang Menarik
Masalah Struktur kalimah Arab yang Kompleks
STRATEGI PENYELESAIAN
Berdasarkan permasalahan yang berlaku, maka satu tindakan perlu diambil. Pembelajaran bahasa
Arab perlu diperkasakan dan diberi nafas baharu, melalui strategi pembelajaran berfokuskan murid
dan bahan sumber dan alat bantu. Pendekatan gaya pembelajaran kinestetik (Pergerakan),
menjadikan pelajar lebih aktif. Mereka suka memahami & mengingati sesuatu jika ia melibatkan
pergerakan. Bagi mereka, pembelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal lebih seronok serta lebih
mudah difahami dari pembelajaran yang dilakukan secara mendengar atau menonton sahaja.
Mereka mahu ‘dilibatkan sekali’ dalam proses, bukannya sekadar menjadi ‘pemerhati’ proses
pembelajaran berlangsung. Secara ringkasnya, mereka ini :
Gemar terlibat bersama dalam proses pembelajaran melalui interaksi dan komunikasi dua hala.
Menghadapi masalah dalam pembelajaran yang berfokuskan pendengaran & tontonan sahaja.
Mudah faham jika ia melibatkan praktikal, simulasi, eksperimen & demonstrasi.
Sukakan aktiviti luaran yang melibatkan penggunaan anggota badan.
Lebih mudah memahami jika melakukan simulasi aktiviti pembelajaran.
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
Kuala Nerus, Terengganu
PERLUASAN DAN KOMERSIAL
KEBERKESANAN DAN IMPAK
Telah didaftarkan sebagai Hakcipta dengan Perbadanan
Harta Intelek Malaysia (MyIPO). No. LY2019003640.
Diperluaskan penggunaannya ke sekolah-sekolah di
Terengganu melalui program kerjasama bersama Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu
Kaloborasi dengan pusat pengajian swasta, dimasukkan
dalam modul pembelajaran Bahasa Arab dan al-Quran.
sejak tahun 2014 di Ar Rayyan Understand Quran
Academy.
Pengenalan kepada teknik dan kaedah pengajaran yang
baharu amat diperlukan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi merealisasikan pembelajaran
Abad ke-21 (PAK21) dalam Era Revolusi Industri 4.0.
Projek ini boleh memberi manfaat kepada para pelajar,
guru dan orang awam pada semua peringkat pendidikan.
Penambahbaikan dibuat berasaskan Kajian dan
penyelidikan pendidikan di sekolah ketika latihan
praktikum.
Komik i-GEISYA sedang dalam proses penerbitan untuk
dicetak dan dijual ke pasaran sekolah-sekolah seluruh
negara.
Projek ini telah mendapat sokongan penuh daripada
pengurusan tertinggi IPGKDRI dan Jabatan Pendidikan.
PENGGUNAAN KOMIK i-GEISYA
Bertindak sebagai satu bahan sumber yang kreatif dan menarik.
Digunakan dalam kelas untuk membantu pelaksanaan teknik
GEISYA secara lebih efektif dan mencapai objektif PdPc.
Aplikasi teknik bersama iringan muzik dan lagu, untuk
menghasilkan penguasaan yang cepat dan ingatan yang kukuh
tanpa perlu menghafaz secara lisan.
Memberikan tafsiran makna yang segera dan spontan selari
dengan gerakan anggota badan.
Komik ini telah menggabungkan gaya pembelajaran Visual
Auditori dan Kinestetik yang diperkenalkan oleh Fernald, Keller,
Orton, Gillingham, Stillman dan Montessori (1920).
Bagi visual verbal, pelajar akan lebih menunjukkan minat
terhadap maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk visual
dan bertulis pada kad informatif GEISYA.
Gaya visual bukan verbal pula lebih menunjukkan minat
terhadap maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk
gambar atau format reka bentuk seperti animasi komik.
Sesuai diaplikasikan untuk semua peringkat pendidikan dan
tahap pelajar.
Para guru mengaplikasikan medium pengajaran secara digital
dalam bentuk persembahan aplikasi PREZI, Komik Animasi,
Kad GEISYA Serta kuiz berbentuk KAHOOT dan GOOGLE
FORM yang digabungkan dalam GOOGLE CLASSROOM.
PEMENANG ANUGERAH EMAS INTERNATIONAL LEARNING INNOVATION COMPETITION
2019 DAN BERJAYA SEBAGAI FINALIS BAGI ANUGERAH KHAS AKRI 2019
Set Induksi Lafaz ucapansalam
Fokus kepadagantinama dalam
salam
Langkah 1 Penerangantajuk
Penilaian lisan dan kuiz
Langkah 2Aplikasi teknik
GEISYADemonstrasi
guruSimulasi pelajar dengan
bantuan kad GEISYA
Langkah 3Aktiviti dalamkumpulan dan
pasangan
Latih tubidan amali
Simulasi danpengukuhan
Penilaian
PenutupPenyampaian
hasil olehpelajar
Pengulangankandungan pelajaran
Latihan pengukuhansusulan
Langkah-langkah pelaksanaan inovasi dalam PdP
ASPEK
PENILAIANSEBELUM SELEPAS
KEADAAN KELAS Pasif
Kurang bermotivasi
Komunikasi sehala
Aktif
Bermotivasi
Lebih ceria
Berlaku interaksi antara
guru dan pelajar
KAEDAH DAN
TEKNIK PdP
Tradisional
Pengulangan teknik rutin
yang membosankan
Kaedah dibuat
penambahbaikan melalui
aplikasi teknik yang kreatif,
lebih menarik dan berkesan
AKTIVITI Berpusatkan guru
Tiada penyertaan dan
interaksi daripada pelajar
Aktiviti terhad
Berpusatkan pelajar dan
bahan pelajaran
Aktiviti pelbagai variasi
rangsangan
SIKAP DAN
EMOSI
Negatif
Tidak berminat
Tiada interaksi antara
guru dan pelajar
Bersikap positif
Belajar dengan seronok dan
santai
Bermotivasi dan tiada
kebimbangan
HASIL
PEMBELAJARAN
Sukar dicapai
Lemah dalam
penguasaan asas
kalimah arab
Dapat dicapai dengan
mudah
Penguasaan lebih mudah
Dicapai dalam masa yang
singkat