KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

79
KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA ARUMUGAM RAMAN ARSAYTHAMBY VELOO PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2013

Transcript of KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

Page 1: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DALAM PENGAJARAN

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA

ARUMUGAM RAMAN ARSAYTHAMBY VELOO

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2013

Page 2: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB (DISCLAIMER)

Kami dengan ini bertanggungjawan di atas ketepatan semua pandangan, komen

teknikal, lopran, fakta, data, gambarajah, ilustrasi dan gambar foto yang telah

diutarakan dalam laporan kajian ini. Kami juga bertanggungjawab sepenuhnya

bahawa bahan yang diserahkan ini telah disemak aspek hakcipta dan hak

kesmpurnaan. Universiti Utara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap

ketepatan mana-mana komen, laporan dan maklumat teknikal dan fakta lain dan

terhadap tuntutan hakcipta dan juga hak keempunyaan.

Penyelidik

_______________________________

(NAMA: DR. ARUMUGAM RAMAN)

_______________________________________________

(NAMA: PROF. MADYA. DR. ARSAYTHAMBY VELOO)

Page 3: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

PENGHARGAAN

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Utara Malaysia

terutamanya Yang Berbahagia Dato’ Prof. Naib Canselor kerana menawarkan

geran universiti sebanyak RM10,000.00 bagi mengendalikan kajian yang bertajuk

Kompetansi Lisan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dalam

Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Kami juga turut

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah dan Staf Pusat Pengurusan

Penyelidikan dan Inovasi Universiti Utara Malaysia kerana membantu dan

memantau hasil kajian ini sehingga dapat disiapkan mengikut kriteria-kriteria

yang ditetapkan. Kami juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

guru-guru besar dan guru-guru penolong terutamanya guru-guru yang sedang

mengajar Bahasa Melayu di semua sekolah jenis kebangsaan tamil di kawasan

kajian. Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan yang membantu

menyunting kajian ini supaya ia menjadi kajian rujukan umum dan menjadi bahan

koleksi kepada perpustakaan.

Page 4: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kempetansi Lisan Guru Bahasa Melayu di sekolah – sekolah jenis kebangsaan Tamil daerah Kulim Bandar bahru dan Daerah Kuala Muda Yan. Selain itu kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan dan tahap kompetansi lisan guru. Objektif kajan ini ialah i) mengukur tahap kompetensi bahasa Melayu guru-guru SJK Tamil yang sedang mengajar Bahasa Melayu; ii) Untuk menentukan aspek-aspek (kelancaran, pemahaman, tatabahasa, sebutan, perbendaharaan kata) kompetansi lisan yang diperlukan oleh guru-guru sekolah Tamil di Malaysia dan iii) Untuk mencari hubungan antara tahap puas hati dengan Tahap Kompetensi Lisan Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Tamil. Jumlah sekolah Tamil di kawasan kajian ialah 40 buah. Seramai 143 orang guru mengajar Bahasa Melayu di SJKT Daerah Kuala Muda/Yan dan Kulim Bandar Baru. Hanya 85 orang guru dipilih secara rawak untuk menjalankan kajian disebabkan masa dan kos yang terlibat adalah tinggi. Kajian ini berbentuk “ Mixed-Mode” iaitu kuantitarif dan kualitatif. Kuantitati melibatkan pengukuran tahap kompetensi lisan guru-guru Bahasa Tamil dengan menggunakan borang Stanford Foreign Language Oral Skills Evaluation Matrix atau secara ringaskannya FLOSEM. Bahagian Kualitatif pula melibatkan soalan Soal selidik dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di kawasan kajian menunjukkan majoriti guru siswazah dan bukan siswazah memiliki Tahap kompetensi Bahasa Melayu pertengahan rendah. Dari sudut tahap komunikasi kebanyakkan guru memahami kesemua isi dan maklumat. Mereka menggunakan bahasa yang mudah untuk mengekspres ide-ide. Secara relative kebanyakkan guru-guru boleh menghasilkan bunyi dan pembinaan ayat kompleks. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompentensi lisan bahasa Melayu gur di SJKT dengan kualiti pengajaran, r(83) =.03, p=.75; persekitaran sekolah, r(83)=.15, p=.17. Akhirnya pengkaji mencadangkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah Tahap Kompetensi Lisan guru-guru Bahasa Melayu yang rendah di SJKT.

Page 5: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

SENARAI ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv SENARAI ISI KANDUNGAN v SENARAI JADUAL vii SENARAI RAJAH viii BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latarbelakang Kajian 1 1.3 Pernyataan Masalah Kajian 8 1.4 Objektif Kajian 10 1.4 Persoalan Utama Kajian 11 1.6 Kerangka konsep 11 1.7 Kepentingan Kajian 12 1.8 Batasan –batasan kajian 13 1.9 Definisi Terminologi 13 1.10 Kesimpulan 14 BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Apa itu kompetensi 25 2.3 Kompetensi guru 27 2.4 Sekolah Tamil 28 2.5 Guru SJKT Tamil 31 2.6 Teori Berkaitan dengan Kajian 33 2.7 Kajian-kajian lepas 36 2.8 Teori Konsep Kendiri 40

Page 6: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

BAB 3 : METOD KAJIAN 3.1 Pengenalan 41 3.2 Lokasi Kajian 41 3.3 Populasi Kajian 42 3.4 Sampel Kajian 44 3.5 Rekabentuk Kajian 44 3.6 Kajian Rintis 45 3.7 Kerangka Konseptual Kajian 46 3.8 Alat Kajian 47 3.9 Analisis Data 48 3.10 Kesimpulan 48 BAB 4 : DAPATAN 4.1 Pendahuluan 53 4.2 Ciri-ciri Responden 54 4.3 Tahap kompetensi Lisan Bahasa Melayu 54 4.4 Tahap pemahaman guru 57 4.5 Tahap kefasihan Guru BM SJKT 58 4.6 Tahap perbendaharaan kata Guru BM SJKT 59 4.7 Tahap Sebutan Guru BM SJKT 60 4.8 Tatabahasa semasa pertuturan 61 4.9 Tahap puas hati gur dengan Tahap Kompetensi 62 4.10 Hubungan antara Tahap Puas hati dengan tahap Kompetensi lisan Guru Bahasa Melayu 64 BAB 5 : PERBICANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 5.1 Pendahuluan 65 5.2 Tahap Kompetensi Lisan Guru Bahasa Melayu SJKT 65 5.3 Cadangan 67 5.4 Rumusan 69

Page 7: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

SENARAI JADUAL JADUAL MUKASURAT Jadual 2.1 Struktur KBSR 17 Jadual 2.2 Ringkasan Peruntukkan Masa untuk Subjek Bahasa Melayu di SJK Tamil 18 Jadual 3.1 Alat Kajian 52 Jadual 4.1 Tahap Kefasihan (Fluency) 55 Jadual 4.2 Tahap Kompetensi guru BM Bukan Siswazah 56 Jadual 4.3 Tahap kompetensi guru Siswazah 56 Jadual 4.4 Tahap Pemahaman Guru SJKT 57 Jadual 4.5 Tahap kefasihan Guru SJKT 58 Jadual 4.6 Tahap perbendaharaan kata guru SJKT 59 Jadual 4.7 Tahap sebutan guru Bahasa Melayu 60 Jadual 4.8 Tatabahasa Semasa Pertuturan 61 Jadual 4.9 Tahap puashati dengan Kualiti pengajaran 62 Jadual 4.10 Tahap puashati dengan persekitaran sekolah 63

Page 8: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

SENARAI RAJAH JADUAL MUKASURAT Rajah 1.1 Kerangka konsep kajian ini 11 Rajah 2.1 Bentuk Kurikulum KSSR (Konsep Tunjang) 19 Rajah 2.2 Tahap 1 KSSR 20 Rajah 2.3 Tahap II KSSR 20 Rajah 2.4 Perbezaan KBSR dan KSSR 21 Rajah 3.1 Negeri Kedah 42 Rajah 3.2 Konseptual Kajian 46

Page 9: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan latarbelakang kajian, masalah kajian, kerangka kajian,

objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi terminologi dan

ringkasan kajian.

1.2 Latarbelakang Kajian

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan

Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah

mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa

rasmi negara. Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai

masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai bahasa

komunikasi ataupun pengataraan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum.

Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah

penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-

kacir dan musnahlah sesebuah negara berdaulat.

Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen

perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut

penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan

Page 10: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

2

persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum. Bahasa Melayu

berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.

Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri

ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa

Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika

dan nilai kesantunan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berperanan sebagai wahana politik dalam

menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina

negara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti,

berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan penutur yang berkuasa dalam

penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik,

ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta,

pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan ini dapat mengembangkan bahasa

itu dengan terancang, meliputi pelbagai bidang. Contonya, jika ahli politik dan ahli

profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu,

bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.

Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa

Jiwa Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju.

Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam

era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa.

Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu

disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa

Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan.

Page 11: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

3

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas.

Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung

dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut

membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di

sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha

mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa.

Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah

menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada

dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang Bahasa Melayu serta

tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan

terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif serta mempunyai

kompetansi lisan yang baik dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan

keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap

cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan

Bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya pengajaran

kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan Bahasa

Melayu yang standard. Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang

menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan

perkembangan semasa. Dengan kompetansi bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,

para guru Bahasa Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan

Page 12: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

4

pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja

atau golongan yang memerlukan bantuan.

Selain itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan dengan kekurangan

guru opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta guru

bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim (1980) ber-

pendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik,

tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka akan

mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang benar-benar berketerampilan dari aspek

penguasaan bahasanya. Lantaran itu, lahirlah masyarakat yang makin jahil tentang bahasa

kebangsaan sendiri.

Krisis identiti “Bahasa Melayu” yang mengalami “penjenamaan semula” kepada

“Bahasa Melayu” secara tidak langsung telah mengikis kewibawaan bahasa itu sendiri.

Perubahan demi perubahan dari segi nama dengan mula menggunakan “Bahasa Melayu”

kemudian menggunakan “Bahasa Melayu”; kembali menggunakan “Bahasa Melayu” dan kini

berbalik semula kepada nama “Bahasa Melayu”, sedikit sebanyak mencemarkan imej bahasa

kebangsaan ini dan mungkin mengelirukan guru, pelajar dan masyarakat umum.

Justeru, dalam mendepani isu dan cabaran ini, guru Bahasa Melayu harus bekerja

keras untuk meningkatkan tahap kompetansi lisan dan membuat anjakan dinamik untuk

mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan Bahasa Melayu ke

peringkat yang lebih tinggi.

Murid-murid merupakan suatu aset negara yang tidak tertinggi nilainya. Pembelajaran

membantu murid-murid bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka selaras dengan

Page 13: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

5

hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menggariskan Pendidikan di Malaysia adalah

satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara. Adalah menjadi harapan setiap murid yang berada

di Sekolah Tamil untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Kejayaan dalam bidang

akademik bukanlah sesuatu yang mustahil dan sukar dicapai. Kejayaan dapat dikecapi jika

kecerdasan murid-murid diintegrasikan dengan daya usaha yang berlebihan serta tumpuan

yang berfokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang disepadukan dengan strategi

yang mantap dan berkesan. Kegagalan mencapai tahap kompetansi tinggi dalam Bahasa

Melayu di kalangan murid-murid Sekolah Tamil di daerah Baling / Sik adalah satu kerugian

besar kepada masyarakat dan negara.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia. Akan tetapi ia merupakan bahasa

kedua di Sekolah Tamil. Sekolah Tamil belum lagi memiliki satu kerangka tahap kompetansi

untuk guru. Perlbagai kajian luar menyatakan tahap kompetansi tidak berhubung secara

langsung dengan kepakaran yang dimiliki dalam bidang berkaitan (Barblett & Maloney,

2002). Kajian ini direka bentuk untuk menilai tahap kopetansi guru sekolah-sekolah Tamil

dalam dua bidang, i.e. kompetansi personal kompetansi prefosional. Kemajuan sesebuah

negara bergantung kepada kualiti pendidikan. Guru memainkan peranan penting dalam proses

pendidikan . Segala usaha kerajaan akan sia-sia jika tahap kompetansi guru dipersoalkan

sehingga menjejaskan wawasan negara menjadi negara maju.

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) merupakan salah sebuah institusi pendidikan

di Negara ini. Sekolah ini merupakan kesinambungan sekolah vernakular yang diperkenalkan

Page 14: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

6

oleh British sejak zaman penjajahan lagi. Namun, selepas Negara mencapai kemerdekaan

banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan dalam pemantapan sistem pendidikan Negara

dan dalam usaha murni ini SJK Tamil juga tidak ketinggalan. Sistem pendidikan merupakan

aspek yang penting dalam pembangunan sesebuah Negara oleh itu, Negara kita juga

menitikberatkan aspek ini dan walaupun SJK Tamil hanya sekolah bantuan modal kerajaan.

Orang-orang Tamil merupakan golongan yang terbesar dari kalangan penghijrah India

ke Tanah Melayu. Mereka berhijrah secara besar-besaran dari India Selatan untuk bekerja

sebagai buruh di ladang-ladang kopi, teh, tebu, dan getah. Kesan dari penghijrahan ini,

sekolah-sekolah Tamil terpaksa didirikan di kawasan-kawasan ladang bagi mendidik anak-

anak pekerja ladang tersebut. Oleh itu, sekolah-sekolah ini ditubuhkan oleh orang

persendirian iaitu pemilik ladang tersebut.

Hal ini bermaksud, semua keperluan sekolah disediakan sendiri oleh pemilik ladang

dan sekolah ini sangat bersentimen ‘keindiaan’ iaitu segala keperluan diimport dari Negara

asal mereka iaitu India termasuklah sukatan pelajaran, buku-buku teks, dan guru-guru.

Sekolah Tamil yang terawal telah didirikan di Pulau Pinang pada tahun 1916. Namun, sekolah

ini telah ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Pada tahun 1850 Sekolah Anglo-Tamil

telah didirikan di Melaka tetapi hanya dapat bertahan selama sepuluh tahun. Pada tahun 1859,

sebuah lagi sekolah Tamil, iaitu Sekolah St. Francis Xavier Malabar telah dibuka di

Singapura.

Sekolah-sekolah Tamil yang didirikan tidak menghasilkan sebarang kemajuan kerana

tidak mendapat sambutan dari kaum India sendiri. Di samping itu Sekolah Tamil tidak

dilengkapi dengan peralatan dan sistem pendidikan yang teratur. Kebanyakan kanak-kanak

India tidak minat untuk belajar. Mereka menamatkan pelajaran di peringkat rendah dan

bekerja sebagai buruh di estet-estet. Tambahan lagi, sikap ibu bapa yang tidak prihatin

Page 15: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

7

terhadap pendidikan. Pada tahun 1912, British telah menguatkuasakan Undang-undang

Buruh. Di bawah undang-undang ini, semua pemlik ladang dan estet diwajibkan mendirikan

sekolah untuk anak-anak buruh estet sekiranya terdapat lebih 10 kanak-kanak berumur antara

tujuh hingga 14 tahun di ladangnya. Sekolah ini dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan Kaum

India.

Pada tahun 1930, kerajaan British telah melaksanakan beberapa langkah bagi

mengawal mutu pendidikan Tamil di Negara ini. Nazir sekolah Tamil telah diwujudkan dan

latihan untuk guru-guru Tamil telah diadakan bagi mengatasi kekurangan guru yang terlatih.

Sukatan pelajaran yang berorentasikan Tanah Melayu telah diperkenalkan di sekolah-sekolah

Tamil dengan menggunakan Bahasa Tamil Malayam dan Telegu. Sekolah Tamil di Negara ini

hanya terhad kepada peringkat rendah sahaja.

Bidang pendidikan menjadi salah satu agenda penting dalam merangka kemajuan

selepasa merdeka kerana pendidikan merupakan satu aspek yang penting dalam pembangunan

sesebuah Negara. Pada waktu ini barulah Sekolah Vernakular Tamil digantikan dengan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK T) melalui Penyata Razak 1956. Bermula dari itu,

penggunaan satu sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah rendah telah

diperkenalkan. Ia bermaksud sukatan pelajaran yang digunakan sebelum ini yang diambil dari

India telah dimansuhkan dan digantikan dengan sukatan pelajaran yang baru dan selaras

dengan sekolah lain. Selain itu, Bahasa Tamil digunakan sebagai Bahasa Pengantar rasmi di

sekolah.

Buku teks bagi mata pelajaran ini juga telah disediakan oleh kerajaan dan SJK Tamil

telah menjadi sekolah bantuan kerajaan. Kerajaan telah menyalurkan dana bagi mambantu

pembangunan sekolah Tamil seperi sumber Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Hal ini

Page 16: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

8

menunjukkan bahawa kerajaan sangat komited dalam memajukan sistem pendidikan Tamil di

negara ini.

Walaupun SJKTamil telah mengalami transformasi sejak awal penubuhannya

sehinggalah ke hari ini, namun demikian, SJK Tamil juga tidak terkecuali dengan masalah-

masalah tersendiri sehingga mengakibatkan kekurangan kecemerlangan dalam pencapaian

prestasi akademik khususnya dalam Bahasa Melayu. Ini dapat dibuktikan melalui keputusan

UPSR. Pencapaian UPSR SJK Tamil dalam matapelajaran Bahasa Melayu jauh ketinggalan

berbanding dengan pencapaian yang dicapai oleh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Cina.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian

Murid-murid selalu menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang amat sukar

dan mengelirukan apabila mereka menghadapi masalah memahami konsep atau kemahiran

yang diajar. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan pengkaji mendapati bahawa murid-

murid di sekolah Tamil menghadapi masalah kekurangan minat, keyakinan diri semasa

belajar matapelajaran Bahasa Melayu. Persoalannya adalah adakah semua warga pendidik

yang mengajar Bahsa Melayu berupaya menarik minat murid untuk belajar atau berada dalam

keadaan sempurna (perfect) dari segi minda untuk belajar dan berada dalam keadaan

bersedia. Menurut Danapal Rengasamy (2007) dan Nayagam (2001), menyatakan bahawa

‘SJK Tamil menunjukkan kualiti pencapaian yang kurang memuaskan berbanding dengan

sekolah-sekolah rendah yang lain di negara ini sedangkan semua sekolah menggunakan

sistem pendidikan dan kurikulum yang sama’. Selain daripada itu, SJK Tamil juga

menghadapi masalah kekurangan guru terlatih. Untuk menampung kekurangan tersebut

maka guru-guru sandaran dilantik untuk mengisi kekosongan tersebut.

Page 17: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

9

Guru-guru ini adalah tidak berpengalaman dalam proses pengajaran. Menurut kajian

yang dijalankan oleh My Nadi (2010), 1000 orang guru sandaran diperlukan untuk

menampung kekurangan guru di SJK Tamil di Malaysia. Keadaan seperti ini tidak berupaya

menyediakan keadaan yang kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan tersalah

bimbing murid-murid untuk mengabaikan pembelajaran.

Dalam kajian My Nadi (2010), didapati bahawa cuma 40% ibubapa sahaja dari SJK

Tamil yang berpendidikan dan mengambil berat tentang penbelajaran anak-anak mereka.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa kebanyakkan ibubapa dari SJK Tamil kurang berpendidikan

dan tidak meluangkan masa atau memberikan motivasi dalam menjana kecemerlangan

akademik anak-anak mereka. Oleh yang demikian, guru terpaksa memainkan peranan serius

keatas murid bagi menguasai sesuatu matapelajaran. Sebagai langkah yang paling dasar,

seseorang guru itu haruslah mempertingkat kompetansi mereka.

Hampir 85% guru di sekolah Tamil yang mengajar Bahasa Melayu bukan dlatih

dalam bidang Bahasa Melayu (Laporan BPG, 2005). Mereka pernah berdaftar Bahasa

Melayu sebagai salah satu subjek ataupun sebagai minor. Mereka yang mengajar di sekolah

Tamil berkemungkinan besar memiliki tahap kompetansi komunikasi lisan yang amat

rendah. Ini dapat dilihat dalam keputusan pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR

selalunya lebih rendah berbanding Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Kengsaan Cina

(Laporan UPSR 2003-2010).

Dalam dokumen terkini bertajuk Education Development Master Plan 2006-2010,

yang dilancarkan pada tahun 2006, mengenalpasti kepentingan membangunkan tahap

profesionalisme dikalangan guru sekolah rendah merupakan salah satu daripada enam

Page 18: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

10

strategi. Beriutan dengan itu, wawasan 2020 juga menekankan latihan gur u yang

berfokuskan kepada penyelidikan. Pada tahun 2020, guru dan guru pelatih sepatutnya sudah

meningkatkan tahap keupayaan intelektual yang tinggi yang boleh memberikan idea-idea

baru secara kreatis.

Transformasi sistem pendidikan Malaysia perlu memenuhi wawasan 2020 yang

mementingkan literasi digital, sumber tenaga berdaya fikir secara kritis. Dengan itu rakyat

Malaysia boleh bersaing dalam ekonomi global abad ke-21. Para guru harus melengkapkan

pengetahuan mengikut keperluan semasa. Di sinilah bahasa memainkan peranannya. Bahasa

merentasi pengetahuan dalam semua bidang (Lee, 1997). Dengan itu satu kerangka perlu

dibangunkan supaya para guru Sekolah Tamil tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan

kepada wawasan 2020.

Berdasarkan perbincangan di atas, masanya telah tiba untuk merangka kerangka

(frame work) yang mana boleh mengenalpasti amalan pengajaran efektif untuk guru Bahasa

Melayu di sekolah-sekolah Tamil.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

a) Untuk mengukur tahap kompetensi bahasa Melayu guru-guru SJK Tamil yang sedang

mengajar Bahasa Melayu.

b) Untuk menentukan aspek-aspek (kelancaran, pemahaman, tatabahasa, sebutan,

perbendaharaan kata) kompetansi lisan yang diperlukan oleh guru-guru sekolah Tamil

di Malaysia.

Page 19: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

11

c) Untuk mencari hubungan antara tahap puas hati dengan Tahap Kompetensi Lisan

Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Tamil.

1.5 Persoalan Utama Kajian

a) Apakah tahap kompetensi Lisan bahasa Melayu guru-guru SJK Tamil yang sedang

mengajar Bahasa Melayu.

b) Apakah tahap kompetansi lisan Bahasa Melayu yang diperlukan oleh guru-guru

sekolah Tamil di Malaysia dari aspek kelancaran, pemahaman, tatabahasa, sebutan,

dan perbendaharaan kata.

c) Apakah hubungan antara tahap puas hati dengan Tahap Kompetensi Lisan Guru

Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Tamil.

1.6 Kerangka Konsep

Kajian ini berpusatkan kepada satu tinjauan untuk mengenalpasti kompetansi

komunikasi di kalangan guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Tamil di Daerah Kuala

Muda/Kulim. Kajian ini berdasarkan kaedah kualitatif, di mana para peserta kajian akan

dipilih dari 10 buah sekolah Tamil di kawasan Baling. Guru-guru Bahasa Melayu di 10 buah

sekolah tersebut akan menjadi peserta dalam kajian ini. Kompetansi komunikasi di kalangan

guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Tamil di Daerah Kuala Muda/Kulim akan di kenalpasti

melalui instrumen temuramah.

Page 20: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

12

Rajah 1.

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian ini

Guru memainkan peranan penting dalam proses pendidikan. Segala usaha kerajaan akan

menjadi sia-sia jika tahap kompitansi guru dipersoalkan sehingga menjejaskan wawasan

negara menjadi negara maju.

1.7 Kepentingan Kajian

Bahasa selalunya menjadi cabaran kepada pelajar. Para guru juga kadangkala terlupa

perkataan dan frasa kata yang selalunya mudah kepada mereka; sebaliknya ia merupakan

perkara asing kepada pelajar (Thompson & Rubenstein, 200). Kedua-dua guru dan pelajar

perlu berkompeten dalam komunikasi lisan supaya boleh membaca, memahami, menjelaskan

dan berbincang idea-idea baru. Malangnya di sekolah Tamil tiada satu kerangka untuk guru

Sempel Kajian Guru Bahasa Melayu

Di SJK Tamil

Mengukur Tahap Kompeten Guru BM di SJK Tamil

Dan Respon Guru (Temuramah)

Tahap Kompetensi Guru- guru Bahasa Melayu

Di Sekolah Tamil

Teori Tahap Kompetensi

Lisan

Page 21: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

13

boleh diikuti untuk memastikan apa yang guru bertutur dan bertanya boleh difahami, dibalas

serta dijawab dengan sempurna oleh pelajar. Oleh yang demikian, satu kajian ataupun

kerangka harus dibangunkan supaya para guru sekolah Tamil tidak ketinggalan dalam

memberi sumbangan kepda wawasan 2020.

1.8 Batasan-batasan Kajian

Kajian ini tidak boleh diaplikasikan kepada semua guru dari Sekolah-sekolah Tamil

yang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama ataupun yang tidak sama dengan sekolah

kajian.

1.9 Definisi Terminologi

Definisi terminologi dijelaskan untuk membolehkan pengakaji masa hadapan memahami

konsep dan fungsi kajian.

1.9.1 Sekolah Tamil

Sekolah Tamil merujuk kepada sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di negara

Malaysia yang menggunakan bahasa penghantar Bahasa Tamil sebagai bahasa penghantar.

Walaubagai manapun Bahasa Malayu diajar mulai Tahun 1 hingga Tahun 6. Para pelajar

akan mengikuti sukatan pelajaran yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.9.2 Tahap Kompentensi Lisan

Page 22: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

14

Tahap Kompentensi Lisan bermaksud, kebolehan guru Bahasa Melayu di SJKT menguasai

Bahasa Melayu dari segi kelancaran, pemahaman, tatabahasa, sebutan, perbendaharaan kata.

1.10 Rumusan

Secara khususnya kajian ini berfokus kepada guru-guru Bahasa Melayu yang sedang

mengajar subjek Bhaasa Melayu di SJKT. Tahap kompetensi Bahasa Melayu lisan di ukur

untuk menentukan samada mereka memiliki tahap kompetensi yang diharapkan oleh

Kementerian pelajaran Malaysia.

Page 23: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

15

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN

2.1 Pengenalan

Bab ini merangkumi tahap kompetensi guru, latar belakang Sekolah Tamil, guru-guru

Sekolah Tamil, murid-murid Sekolah Tamil, ibubapa serta sosial, faktor-faktor yang

mempengaruhi kepada masalah pembelajaran, cara-cara menjalankan pembelajaran yang

efektif, implikasi masalah pembelajaran kepada pencapaian akademik, teori-teori yang

berkaitan dengan kajian, kerangka konsep dan modal kajian, literatur-literatur yang berkaitan

dengan tajuk serta kajian-kajian tentang kompetensi lisan guru dalam pengajaran.

Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama mendidik, mengajar,

mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi murid-murid. “Teacher Is The Heart Of

Quality Education.” Ungkapan ini mengisyaratkan bahawa guru merupakan salah satu

indikator yang menentukan kualiti pendidikan. Kecemerlangan pendidikan akan terlihat dari

kompetensi seseorang guru sebagai pendidik yang melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru profesional merupakan penampilan seorang guru yang sesuai dengan

tuntutan yang seharusnya. Seorang guru mampu mengenali kriteria dan kebolehan anak

murid, sehingga pencapaian tujuan pendidikan di kelas dapat tercapai secara optimum.

Apabila seseorang guru memiliki kemampuan sebagai guru yang sesuai dengan kompetensi

yang diharapkan ataupun lebih baik, maka seorang guru dapat membentuk anak murid yang

berminat untuk belajar serta dapat memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Page 24: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

16

2.1.1 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Dasar Pendidikan Negara Malaysia dibentuk berasaskan Laporan Razak (1956), yang

termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957), dan laporan Rahman Talib (1960), yang

termaktub dalam Akta Pelajaran (1961). Matlamat Dasar Pendidikan Negara ini bertujuan

untuk mencapai perpaduan rakyat melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan

pelaksanaan sukatan pelajarn yang sama serta penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa

penghantar utama di dalam semua peringkat persekolahan.

Pembentukan KBSR berhubung rapat dengan cita dan ideologi Negara Malaysia, iaitu

mewujudkan perpaduan rakyat berbilang bangsa berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui program KBSR, murid-murid akan dapat membaca, menulis, dan mengira,

memperoleh ilmu pengetahuan yang cukup sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan

diri mereka.

Salah satu objektif KBSR ialah menguasai Bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai

dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Struktur KBSR pada keseluruhannya digambarkan dalam jadual berikut:

Page 25: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

17

Jadual 2.1

Struktur KBSR

BIDANG KOMPONEN MATA PELAJARAN TAHAP 1 TAHAP 2

KOMUNIKASI KEMAHIRAN ASAS BAHASA MELAYU BAHASA CINA BAHASA TAMIL BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU BAHASA CINA BAHASA TAMIL BAHASA INGGERIS

MATEMATIK MATEMATIK MANUSIA DAN ALAM SEKELILING

NILAI KEROHANIAN DAN SIKAP KEMANUSIAAN DAN PERSEKITARAN

AGAMA ISLAM PENDIDIKAN MORAL

AGAMA ISLAM PENDIDIKAN MORAL

SAINS* KAJIAN TEMPATAN*

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU

KEMAHIRAN HIDUP KESENIAN DAN KESIHATAN

KEMAHIRAN HIDUP

PENDIDIKAN MUZIK

PENDIDIKAN MUZIK

PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN SENI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KOKURIKULUM

Sumber : http://www.moe.gov.my/bpk

KBSR mula diperkenalkan secara terhad di 305 buah sekolah pada tahun 1982.

Banyak perubahan dilakukan sejak 1994. Pelaksanaan Konsep sekolaj bestari menjelang

tahun 2000 membawa reformasi kurikulum pendidikan. Mengikut rancangan Sekolah Bestari

di peringkat permulaan sebanyak empat mata pelajarn, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematk dan Sains diperkenalkan dalam 90 buah sekolah rendah.

Page 26: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

18

Jadual 2.2 Ringkasan Peruntukkan Masa untuk subjek Bahasa Melayu di SJK Tamil

Mata pelajaran Perkaran

SK DAN SRK (dalam minit) TAHAP 1 TAHAP 2

1 2 3 4 5 6 BAHASA MELAYU

270 270 210 150 150 150

2.1.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip

ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan

holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

2.1.2.1 Pendekatan Bersepadu

Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,

kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi,

jasmani dan sosial.

2.1.2.2 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi

Keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan

secara bersepadu.

Page 27: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

19

2.1.2.3 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

2.1.2.4 Pendidikan Seumur Hidup

KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid

sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

Rajah 2.1 Bentuk Kurikulum KSSR (Konsep Tunjang)

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata

pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga

diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk

modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

Page 28: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

20

Rajah 2.2 Tahap 1 KSSR

Rajah 2.3 Tahap II KSSR

Page 29: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

21

Rajah 2.4: Perbezaan KBSR dan KSSR

Pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan

aplikasi bahasa. Pada Tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Ini bermakna konsep kembali kepada asas ( back to basic )

diberi penekanan yang khusus. Penekanan juga diberikan kepada pembelajaran yang

menyeronokkan yang berkonsepkan aktiviti didik hibur. Pada Tahap II pula , penekanan

diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa. Melalui penguasaan

kemahiran bahasa ini, murid dapat berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih

berkesan, manakala melalui kemahiran membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata di

samping memupuk minat membaca. Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu murid

menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti. Aktiviti didik hibur dalam pengajaran

dan pembelajaran yang mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik seperti nyanyian

dan permainan serta penggunaan pelbagai bahan yang menarik dapat membantu murid

menguasai dan menghayati pembelajaran.

Page 30: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

22

Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan

penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan

boleh dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard pembelajaran ini

berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian

Kurikulum.

Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard

pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk

modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen

pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid.

2.1.3 Standard Kandungan

Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam

suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.

Standard Pembelajaran Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti

pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

2.1.3.1 Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Melayu dan

pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran seperti berikut:

a. Kemahiran Mendengar

b. Kemahiran Bertutur

Page 31: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

23

c. Kemahiran Membaca

d. Kemahiran Menulis

2.1.3.2 Pendekatan Modular

Standard Kurikulum Bahasa Melayu distrukturkan dengan menggunakan pendekatan

modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan modular

bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terdapat lima modul iaitu Modul Mendengar dan

Bertutur, Modul Membaca, Modul menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga

modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran

bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul

Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa

murid.

2.1.3.3 Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan kepada

kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid

mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar

dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur

pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan

menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan

sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang

betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.

Page 32: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

24

2.1.3.4 Modul Kemahiran Membaca

Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada kemahiran membaca di

samping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk

keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.

Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara

kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul

kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

2.1.3.5 Modul Kemahiran Menulis

Modul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran menulis

merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis

penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah

dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan

yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan

kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi.

Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai

bahan prosa, puisi dan grafik.

Page 33: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

25

2.1.3.6 Modul Seni Bahasa

Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa

Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa

merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah.

Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif

pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni

bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.

2.1.3.7 Modul Tatabahasa

Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu

difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang

terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan

menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks dalam lisan dan

bertulis.

2.2 Apa itu kompetensi ?

Istilah kompetensi (competence) dalam Bahasa Melayu diertikan sebagai kecakapan

atau kemampuan. Terdapat beberapa makna dari kompetensi, diantaranya ialah:-

1. “Descriptive of qualitative nature or teacher behavior appears to be entirely meaningfull”.

(Broke and Stone, 1975). Kompetensi merupakan gambaran hakikat kualiti dari perilaku

seseorang guru.

Page 34: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

26

2. “Competency as a rational ferf ormance wich satisfactority meets the objective for a

desired condition”. (Charles E.Johnson, 1974). Kompetensi merupakan perilaku yang

rasional untuk mencapai tujuan yang dipersyaratkan sesuai dengan kondisi yang diharapkan.

3. “Teacher competency is the ability of a teacher to responsibility perform has or her duties

appropriately”. (Uzer Usman, 2000). Kemampuan seorang guru dalam melaksanakan

kewajiban-kewajiban secara bertanggungjawab dan layak.

4. “…is a knowledge, skills, and abilities or capabilities that a person achieves, which

become part of his or her being to the exent he or she can satisfactorily perform particular

cognitive, afective, and psychomotor behaviors”. (McAshan,1981) dalam Mulyasa (2002).

Kompetensi dimaksudkan sebagai pengetahuan, ketrampilan dan kemampuan yang dikuasai

oleh seseorang yang telah menjadi bahagian dari dirinya, sehingga ia dapat melakukan

perilaku-perilaku kognitif, afektif dan psikomotor dengan sebaik-baiknya.

5. Suatu perangkat tindakan cerdas dan penuh tanggungjawab yang dimiliki seseorang

individu sebagai syarat untuk dianggap mampu oleh masyarakat dalam melaksanakan tugas-

tugas di bidang pekerjaan tertentu. (Kep. Mendiknas 2002)

7. Pengetahuan, keterampilan, sikap dan nilai-nilai yang diwujdukan dalam kebiasaan berfikir

dan bertindak. Kompetensi dapat dikenali dari sejumlah indikatornya yang dapat diukur dan

diamati, dapat dicapai melalui pengalaman belajar yang dikaitkan dengan bahan kajian dan

bahan pelajaran secara kontekstual. (Kurikulum Tahun 2004)

8. Kompetensi bersifat personal dan kompleks serta merupakan suatu kesatuan yang utuh

yang menggambarkan potensi, pengetahuan, keterampilan, sikap dan nilai yang dimiliki oleh

seseorang yang terkait dengan profesional tertentu berkenaan dengan diwujudkan dalam

bentuk tindakan atau kerjaya untuk menjalankan profesional tersebut (Patton, 1990 m.s :14)

Page 35: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

27

2.3 Kompetensi guru

2.3.1. Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama mendidik, mengajar,

membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi murid-murid.

2.3.2. Profesional adalah pekerjaan atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dan

menjadi sumber penghasilan kehidupan yang memerlukan keahlian, kemahiran, atau

kecakapan yang memenuhi mutu atau norma tertentu serta memerlukan pendidikan

profesional.

2.3.3. Kompetensi

Kompetensi adalah seperangkat pengetahuan, keterampilan dan perilaku yang harus

dimiliki, dihayati, dan dikuasai oleh guru dalam melaksanakan tugas keprofesionalan.

2.3.4 Kompetensi yang harus dimiliki guru sebagai agen pembelajaran pada jenjang

pendidikan adalah seperti berikut:-

a. Kompetensi Pedagogi

“Kemampuan mengelola pembelajaran peserta didik (murid) yang meliputi

pemahaman terhadap murid, perancangan dan pelaksanaan pembelajaran, evaluasi hasil

belajar, dan pengembangan murid untuk berbagai potensi yang dimilikinya.”

b. Kompetensi Kepribadian

“Kepribadian pendidik yang mantap, stabil, dewasa, arif, dan berwibawa, menjadi

teladan bagi pelajar-pelajar, dan berakhlak mulia.”

Page 36: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

28

c. Kompetensi Profesional

“Kemampuan pendidik dalam penguasaan materi pembelajaran secara luas dan

mendalam yang memungkinkannya membimbing murid-murid memperoleh kompetensi yang

ditetapkan.”

d. Kompetensi Lisan

“Kemampuan pendidik berkomunikasi dan berinteraksi secara efektif dengan murid-

murid, sesama pendidik, tenaga kependidikan, ibubapa murid-murid, dan masyarakat.”

2.4 Sekolah Tamil

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK T) merupakan salah sebuah institusi

pendidikan di Negara ini. Sekolah ini merupakan kesinambungan sekolah vernakular yang

diperkenalkan oleh British sejak zaman penjajahan lagi. Namun, selepas Negara mencapai

kemerdekaan banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan dalam pemantapan sistem

pendidikan Negara dan dalam usaha murni ini SJK Tamil juga tidak ketinggalan. Sistem

pendidikan merupakan aspek yang penting dalam pembangunan sesebuah Negara oleh itu,

Negara kita juga menitik beratkan aspek ini dan walaupun SJK Tamil hanya sekolah bantuan

kerajaan namun tidak bererti sekolah ini tidak dapat menyaingi sekolah kerajaan lain

buktinya, terdapat sekolah SJK Tamil yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Walau bagaimanapun, SJK

Tamil di Malaysia Cuma terdapat pada peringkat rendah sahaja.

2.4.1 Sejarah penubuhan dan Perkembangan Sekolah Tamil

i. Sebelum Merdeka

Orang-orang Tamil merupakan golongan yang terbesar dari kalangan pendatang-

pendatang India ke Tanah Melayu. Mereka berhijrah secara besar-besaran dari India Selatan

untuk bekerja sebagai buruh di ladang-ladang kopi, the, tebu, dan getah. Kesan dari

penghijrahan ini, sekolah-sekolah Tamil terpaksa didirikan di kawasan-kawasan ladang bagi

Page 37: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

29

mendidik anak-anak pekerja ladang tersebut. Oleh itu, sekolah-sekolah ini ditubuhkan oleh

orang persendirian iaitu pemilik ladang tersebut.

Hal ini bermaksud, semua keperluan sekolah disediakan sendiri oleh pemilik ladang

dan sekolah ini sangat bersentimen ‘keindiaan’ hal demekian kerana segala keperluan

‘diimport’ dari Negara asal mereka iaitu India termasuklah sukatan pelajaran, buku-buku

teks, dan guru-guru. Sekolah Tamil yang terawal telah didirikan di Pulau Pinang pada tahun

1916. Namun, sekolah ini telah ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Pada tahun 1850

Sekolah Anglo-Tamil telah disirikan di Melaka tetapi hanya dapat bertahan selama sepuluh

tahun. Pada tahun 1859, sebuah lagi sekolah Tamil, iaitu Sekolah St. Francis Xavier Malabar

telah dibuka di Singapura.

Sekolah-sekolah Tamil yang didirikan tidak menghasilkan sebarang kemajuan kerana

tidak mendapat sambutan dari kaum India sendiri. Di samping itu Sekolah Tamil tidak

dilengkapi dengan peralatan dan sistem pendidikan yang teratur. Kebanyakan kanak-kanak

India tidak minat untuk belajar. Mereka menamatkan pelajaran di peringkat rendah dan

bekerja sebagai buruh die stet-estet. Tambahan lagi, sikap ibu bapa yang tidak prihatin

terhadap pendidikan. Pada tahun 1912, British telah menguatkuasakan Undang-undang

Buruh. Di bawah undang-undang ini, semua pemlik ladang dan estet diwajibkan mendirikan

sekolah untuk anak-anak buruh estet sekiranya terdapat lebih 10 kanak-kanak berumur antara

tujuh hingga 14 tahun di ladangnya. Sekolah ini dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan Kaum

India. Salah sebuah Sekolah Tamil yang terkenal ialah Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala

Lumpur.

Pada tahun 1930, kerajaan British telah melaksanakan beberapa langkah bagi

mengawal mutu pendidikan Tamil di Negara ini. Nazir sekolah Tamil telah diwujudkan dan

latihan untuk guru-guru Tamil telah diadakan bagi mengatasi kekurangan guru yang terlatih.

Sukatan pelajaran yang berorentasikan Tanah Melayu telah diperkenalkan di sekolah-sekolah

Tamil dengan menggunakan Bahasa Tamil Malayam dan Telegu. Sekolah Tamil di Negara

ini hanya terhad kepada peringkat rendah sahaja.

Page 38: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

30

ii. Selepas Merdeka

Bidang pendidikan menjadi salah satu agenda penting dalam merangka kemajuan

selepasa merdeka kerana pendidikan merupakan satu aspek yang penting dalam

pembangunan sesebuah Negara. Pada waktu ini barulah Sekolah Vernakular Tamil

digantikan dengan Sekolah jenis Kebangsaan Tamil (SJK T) melalui Penyata Razak 1956.

Bermula dari itu, penggunaan satu sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah rendah,

hal ini bermaksud sukatan pelajaran yang digunkan sebelum ini yang diambil dari India telah

dimansuhkan dan digantikan dengan sukatan pelajaran yang baru dan selaras dengan sekolah

lain. Selain itu, Bahasa Tamil digunakan sebagai Bahasa Pengantar rasmi di sekolah.

Buku teks bagi mata pelajaran ini juga telah disediakan oleh kerajaan dan SJK Tamil

telah menjadi sekolah bantuan kerajaan. Kerajaan telah menyalurkan dana dabgi mambantu

pembangunan sekolah Tamil seperti member Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Hal ini

menunjukkan bahawa kerajaan sangat komited dalam memajukan sistem pendidikan Tamil di

Negara ini agar ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan sekolah lain terutama

sekolah elit dan kluster. Contohnya, SJK Tamil Simpang Lima yang dianugerahkan sebagai

sekolah Kluster.

2.4.2 SJK Tamil di Malaysia

Semenjak negara mencapai kemerdekaan banyak SJK Tamil telah ditubuhkan,

kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah yang efektif untuk membangunkan lagi SJK

Tamil di seluruh negara seperti menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi di setiap SJK

Tamil. Buktinya, kerajaan melaui Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menwarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Bahasa Tamil

dengan Pendidikan kepada masyarakat bagi memastikan tenaga pengajar di SJK Tamil

mencukupi. Antara lain, kerajaan dalam RMK-10 telah memperuntukkan sejumlah wang

untuk member insentif kepada guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan. Hal ini telah

membuktikan bahawa kerajaan sememangnya mengambil berat dalam hal ehwal SJK Tamil

sekaligus menangkis tuduhan sesetengah pihak yang cuba membuat onar dengan mengatakan

kerajaan ‘menganaktirikan’ SJK Tamil.

Page 39: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

31

Dari tahun ke tahun SJK Tamil telah tumbuh seperti ‘cendawan tumbuh selepas

hujan’. Jika kita melihat dari perspektif sejarah Sekolah Tamil iaitu tidak banyak sekolah

Tamil ditubuhkan sejak awal 1980-an, namun seiring dengan kemajuan negara SJK Tamil

telah ditubuhkan dengan banyak di seluruh negara dan dilengkapi dengan kemudaha-

kemudahan yang selesa kepada pelajar malah terdapat sesetengah sekolah Tamil yang lebih

maju berbanding dengan sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. Contohnya, di negeri

Negeri Sembilan terdapat 61 buah SJK Tamil.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dilihat SJK Tamil telah mengalami transformasi

sejak awal penubuhannya sehinggalah ke hari ini dan hal ini dilihat member impak sangat

besar bukan sahaja kepada Kaum India itu sendiri malah ia juga memberikan impak yang

besar kepada sistem pendidikan negara dalam usaha menambah baik sistem pendidikan

negara dalam memacu arus pemodenan agar hasrat menjelang tahun 2020 dapat dilestarikan.

2.5 Guru SJK Tamil

Dewasa ini, pendidikan adalah perkara yang menjadi keutamaan. Kualiti pendidikan

sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perlu diperlihara oleh

sesebuah negara. Untuk memstikan kualiti pendidikan terpelihara guru merupakan fokus

utama. Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi

warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negarapada masa depan. Guru

memainkan peranan yang amat penting. Selain menyampaikan ilmu, segala tingkahlaku guru

akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian, guru mestilah

mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya

guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik

dengan lebih sempurna.

Sifat dan kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadi

contoh kepada murid-murid. Seseorang guru yang baik mestilah memiliki sifat dan kualiti

seperti berikut:-

Page 40: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

32

i. Jenaka

Apabila seseorang guru itu mempunyai sifat jenaka, ini akan membawa suasana

rianggembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya gelak ketawa dalam

bilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didekati oleh murid-

muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini sangat baik dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat jenakanya, guru dapat menjadikan

pelajarannya lebih menarik dan berkesan.

ii. Baik hati dan bertimbang rasa.

Sikap baik hati dan bertimbang rasa seseorang guru amatlah dihargai oleh murid-

murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

iii. Sabar.

Seseorang guru yang penyabar adalah guru yang mampu mengawal kemarahan dan

mengawal perasaan diri. Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan. Guru yang

mudah menunjukkan kemarahnya tidak akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan

murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan pengajaran dan

pembelajaran. Seterusnya, murid-murid tidak menyukai guru tersebut dan tidak meminati

pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.

iv. Bertanggungjawab.

Tugas yang diamanahkan kepada guru untuk mengajar murid-murid adalah amat

penting. Oleh yang demikian, sifat bertanggungjawab mestilah ada di dalam diri seseorang

guru. Ini secara tidak lagsung akan membolehkan guru sentiasa berusaha menjalankan

tugasnya dengan sempurna.

Page 41: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

33

v. Yakin

Sifat kurang yakin yang ada pada guru sendiri adalah merupakan salah satu faktor

yang menyebabkan wujudnya masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ini kerana guru yang

mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila guru membuat satu-satu tindakan

atau keputusan. Murid-murid akan menghormati guru yang boleh mengambil tindakan yang

tegas.

vi. Kepimpinan

Murid selalu akan menganggap guru sebagai pemimpin yang baik yang akan

diikutinya. Oleh yang demikian, seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan agar

murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar. Selain itu guru yang mempunyai kualiti

kepimpinan mempunyai tarikan yang tersendiri terhadap murid-muridnya. Dengan kualiti

kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dengan

berkesan.

Sebagaimana yang telah diterangkan, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-

kanak. Guru memainkan peranan menyebar ilmu kepada murid-muridnya. Jadi, guru mestilah

mempunyai segala sifat dan haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di

dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh serta penyebar

ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti

ataupun kompetensi yang murni dan bernilai sahaja dapat menjalankan tugas dan memikul

tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi.

2.6 Teori Yang Berkaitan Dengan Kajian

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang

psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus

kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip

tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan

dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori

Page 42: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

34

dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Apakah

yang dimaksudkan dengan teori?

2.6.1 Pengertian teori

• Stanovich (1992) telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu :

“ … set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data

dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang” .

• Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian

antara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan

pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang

menggambarkan peraturan bagi membentuk satu pernyataan baru.

• Dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian ataupun hipotesis-

hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian.

2.6.2 Maksud teori pembelajaran

Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana

ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran.

2.6.3 Fungsi-fungsi teori pembelajaran

a) Mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik.

- Pendekatan kepada satu bidang pengetahuan, memberi panduan kepada:

• apa yang harus dikaji

• pemboleh ubah yang terlibat

• teknik kajian

• cara menghuraikan hasil kajian.

Page 43: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

35

b) Menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum pembelajaran

dengan seberapa mudah dan ringkas.

c) Menghurai dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran, bagaimana ia

berlaku danfaktor-faktor yang mempengaruhinya.

2.6.4 Pendekatan Behaviorisme / Perlakuan.

Sebelum merujuk kepada definisi pembelajaran kognitif, mari kita merenung

bagaimana mazhab behaviorisme mendefinisikan frasa tersebut. “Pembelajaran sebagai

perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan.” ~ Williams

& Anandam (1973) Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran

merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak

balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-

tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa

pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas

terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat

motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara

pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan

dikekalkan. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan

pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses

penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang

membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan

ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran

ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal

pembelajaran. Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan

dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.

Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka

tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh bahagikan sumbangan mereka kepada 2

kategori : -

Page 44: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

36

1) pelaziman klasik : tokoh – Ivan Pavlov dan J.B.Watson

2) pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F. Skinner.

Di dalam pembincangan ini, fokus akan diberi kepada pelaziman klasik dan diikutu dengan

pelaziman operan.

2.7 Kajian- kajian Lepas

Pengkaji mendapati tiada satu pun kajian yang secara langsung memfokuskan kepada

guru-guru SJKT yang mengajar Bahasa Melayu. Walaubagaimana pun pengkaji membuat

keputusan untuk meninjau secara meluas apakah aspek-aspek yang penting untuk

membolehkan guru menyampaikan ilmu kepada para murid.

Guru yang mengajar bahasa kedua perlulah merancang dan menjalankan latihan yang

sistematik dan sesuai serta mencukupi supaya pelajar-pelajar bahasa kedua dapat

membiasakan diri dengan bahasa yang baru. Mackey (1965) mencadangkan latihan pola

bahasa pada peringkat morfosintaksis untuk guru-guru bahasa kedua. Guru-guru bahasa

kedua juga harus mengetahui jenis-jenis latihtubi dan kegunaannya serta pandai memilih dan

menggunakannya untuk memudahkan pembelajaran. Guru haruslah memberi motivasi pada

pelajar-pelajarnya untuk memudahkan proses pembelajaran bahasa kedua.

Carroll, (1973) Guru bahasa kedua perlulah pandai menggerakkan pelajarnya dengan

mengeksploit keperluan yang sedia ada pada pelajar tersebut dan menimbulkan keperluan

baru. Guru bahasa kedua juga perlu mengetahui bezantara struktur bahasa ibunda dan bahasa

kedua supaya bila berlaku ‘gangguan’ atau kesulitan, guru dapat mencari jalan untuk

menyelesaikannya.

Mackey (1965) mengatakan bahawa keinginan untuk belajar sesuatu bahasa kedua

akan menentukan kadar usahanya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru bahasa

untuk menggerakkan keperluan pelajarnya. Beliau juga mencadangkan supaya guru bahasa

kedua menyediakan satu situasi di mana pelajar bahasa kedua akan memerlukan bahasa itu.

Page 45: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

37

Forster (1965) pula mencadangkan supaya guru mempunya kemahiran untuk

melakukan analisa linguistik konstrastif untuk membandingkan bahasa ibunda dan bahasa

kedua serta mengenal pasti daerah bahasa itu. Ini akan membantu guru untuk menyampaikan

pelajarannya dengan berkesan.

Kajian-kajian seperti yang dijalankan oleh Douglas (1964), Rosenthal dan Jacobson

(1968) telah menunjukkan dengan jelas kaitan antara jangkaan guru dengan perlakuan murid.

Seorang kanak-kanak kurang beruntung yang dihantar ke sebuah sekolah tersekat untuk

diajar oleh guru-guru tersekat, maka masa depan pendidikan kanak-kanak berkenaan adalah

amat gelap.

Koeperun Devi Samu (1992) pula berpendapat guru kurang cekap dalam menjalankan

pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Mereka tidak memberikan penekanan

untuk mengenalpasti jalan penyelesaian bagi masalah gangguan bahasa ibunda dalam

pembelajaran bahasa kedua iaitu Bahasa Melayu. Menurut beliau guru bahasa kedua

mestilah bersedia untuk menghadapi murid dengan meningkatkan tahap kebolehan iaitu

kemampuan mengelola pembelajaran murid yang meliputi pemahaman terhadap murid,

perancangan dan pelaksanaan pembelajaran. Adalah wajar kalau dikatakan bahawa guru

merupakan satu faktor penting dalam pembelajaran bahasa kedua. Kecekapan, kebolehan dan

pengalaman yang ada pada guru adalahunsur-unsur yang akan menentukan peranan guru.

Masalah-masalah pembelajaran bahasa kedua akan dapat dikurangkan sekiranya guru bahasa

kedua mempunyai pendekatan yang sesuai dan menarik. Guru bahasa kedua seharusnya

berusaha megkaji masalah-masalah pembelajaranbahasa yang dihadapi oleh murid-muridnya

dan seterusnya mencari jalan penyelesaian baginya.

Menurut Atan Long (1988), salah satu sifat penting yang perlu ada pada seseorang

guru ialah menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya. Manakala Crow and Crow

(1980), menyatakan guru sepatutnya dapat membimbing untuk menggerakkan pelajarnya

untuk belajar, membantu pelajar membina sikap yang positif, memperbaiki teknik mengajar

dan memperbaiki diri terhadap mutu pengajaran mereka.

Menerusi dapatan Kajian oleh Zainuddin Abu Bakar dan Dinesh Kumar (2000),

kebanyakan guru adalah bersifat positif. Mereka sanggup menggadaikan masa bagi

membantu pelajar. Walaupun demikian, terdapat juga segelintir guru yang hanya bertugas

Page 46: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

38

setakat untuk menghabiskan masa. Mereka tidak memahami makna utama bidang perguruan.

Selain itu, kebanyakan guru-guru di sekolah Tamil adalah di kalangan Guru Sandaran Tidak

Terlatih (GSTT). Kebanyakkan guru GSTT ingin mengajar tetapi cara penyampaian dan

langkah-langkah yang digunakan adalah kurang berkesan. Oleh yang demikian, ini memberi

kesan terhadap pencapaian akademik para murid.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) telah menggariskan matlamat pendidikan

adalah seperti berikut:

i. memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang

seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI)

ii. meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar.

Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia, objektif persekolahan sekolah rendah

ialah membantu perkembangan diri murid, persediaan persekolahan, persediaan persekolahan

menengah, pemahaman budaya dan kemahiran sosial, pembinaan minat, keagamaan dan

moral, dan, sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Pendidikan sekolah rendah melalui pengajian Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007) bagi

tempoh enam tahun tetapi boleh diikuti antara lima hingga tujuh tahun. Terdiri daripada

sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Pendidikan sekolah rendah amat penting

dalam memastikan system pendidikan negara berjalan lancar dan matlamat pembangunan

negara dapat dicapai dengan maksimum. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai masalah

sekolah rendah yang dihadapi oleh negara Malaysia (KPM). Di antaranya ialah:

i. Lebih 115,000 (7.7%) murid Tahap 1 sekolah rendah belum menguasai 3M pada

tahun 2004.

ii. Pada peringkat pendidikan rendah, kadar keciciran sebanyak 1.9% di bandar dan

1.2% di luar bandar bagi kohort 1999 hingga 2004.

iii. Pada peringkat menengah, terdapat kadar keciciran 9.3 peratus di bandar dan 16.7%

di luar bandar bagi kohot 2000 hingga 2004.

iv. Sebanyak 1,639 (21.6%) sekolah rendah tiada bilik sains, dan sebanyak 25 (1.2%)

sekolah menengah tiada makmal sains.

Page 47: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

39

Berdasarkan statistik ringkas di atas, seharusnya pendidik perlu bimbang dengan

fenomena ini. Jika dibiar akan menjadi ‘rosak susu sebelanga akibat nila setitik’ dan

sebahagian mereka akan menjadi ‘parasit masyarakat’ dalam jangka panjang.Sehubungan

dengan ini, pengkaji merasakan perlu untuk meninjau tentang ciri-ciri guru efektif dan

peranan guru dalam mencapai objektif persekolahan rendah.

Peranan guru amat penting dalam mengatasi segala kelemahan dengan berusaha

memperkasakan wacana pendidikan formal bermula di peringkat sekolah rendah. Guru perlu

berperanan lebih efektif mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Melahirkan

individu seimbang, harmonis, bersepadu dan berketrampilan ke ara mewujudkan ‘First class

Human Capital’ seperti yang termaktub dalam Dasar Pembangunan Negara Malaysia.

(Mohamad Johdi Salleh 2008)

Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Tan

Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin (2009), berkata guru mendominasi proses pembelajaran

dalam kelas dengan lebih banyak bercakap berbanding menggalakkan interaksi dua hala

dengan pelajar. Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran, berkata pendekatan itu

secara tidak langsung menghasilkan kesan tidak diingini, iaitu pelajar beranggapan guru

mahu mereka mendengar saja terlebih dulu dan hanya boleh bertanya soalan apabila disuruh.

Beliau berkata, pembelajaran sehala yang menjadi amalan sistem pendidikan negara

sekian lama itu perlu diubah dan bukan salah guru sepenuhnya kerana mereka diletakkan

dalam keadaan itu. Keghairahan mendapat pengiktirafan sekolah terbaik, katanya, juga

membuatkan guru berlumba menghabiskan sukatan pelajaran supaya ulang kaji dan latih tubi

dapat dilaksanakan bagi memastikan pelajar mencapai sasaran keputusan cemerlang.

“Pendekatan guru memonopoli pembelajaran dalam kelas dengan mereka saja yang

banyak bercakap, malah mengedarkan salinan nota disediakan seolah-olah menyempitkan

gaya pemikiran pelajar.“Lebih parah apabila soalan pelajar tidak diendahkan, sekali gus tidak

menggalakkan pemupukan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.”

Page 48: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

40

“Selain itu, menggalakkan pelajar mendominasi proses pembelajaran dalam kelas,

membabitkan mereka dalam proses penilaian guru serta menjadikan aktiviti kemasyarakatan

dan sukan sebagai sebahagian program utama kokurikulum,” katanya.

Ketua panitia Bahasa Melayu SJK(T) Batu Pekaka Pn.G.Shanti ( PK- Koko ) yang

berpengalaman kerja selama 18 tahun berpendapat bahawa pengaruh guru-guru GSTT

memainkan peranan penting dalam penurunan tahap prestasi murid dalam matapelajaran

Bahasa Melayu. Walaupun guru-guru GSTT ingin mengajar dengan sebaik mungkin tetapi

kekurangan pengalaman dan teknik-teknik pengajaran tidak memberikan ruang untuk

meningkatkan prestasi murid dalam Bahasa Melayu. Pihak sekolah sering memberikan kelas-

kelas bawahan iaitu tahap satu untuk mereka mencuba atau mengajar kerana kelas-kelas

tahap dua makin menghampiri dengan UPSR.

Guru Bimbingan dan Kaunsling Pn.Parameswari Ramanaidu pula berpendapat

kebanyakan guru yang mengajar di SJK (T) bukan kompeten. Ini adalah kerana ,mereka tidak

dilatih dalam bidang Bahasa Melayu. Penempatan mereka untuk mengajar Bahasa Melayu

merupakan bidang terjun kerana dipaksa oleh pihak sekolah. Melakukan pengajaran dalam

suatu bidang yang baru tanpa latihan dan tunjuk ajar amatlah merumitkan guru sekaligus

mengakibatkan keruntuhan prestasi murid.

2.8 Kesimpulan

Pengkaji mendapati kajian terhadap tahap kompetensi guru-guru SJKT adalah sangat

kurang berbanding dengan kajian yang berkaitan dengan pelajar-pelajar di SJKT. Para

penyelidik sebelum ini menjalankan kajian terhadap tahap puas hati, persekitaran sekolah dan

masalah disiplin sekolah. Kajian ini menjadi perintis kepada penyelidikan masa akan datang

berkaitan dengan tahap kompetensi guru-guru di SJKT.

Page 49: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

41

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kompetansi lisan guru Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Bab ini

menggariskan kaedah-kaedah yang akan diaplikasikan dalam kajian ini termasuk

populasi, sampel kajian, lokasi kajian, reka bentuk kajian, kerangka konseptual kajian,

kajian rintis, instrumen kajian, alat kajian, prosedur kajian, prosedur pengumpulan data

dan proses penganalisaan data, dan rumusan.

3.2 Lokasi Kajian

Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah

satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah

terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta).

Kawasan kajian pula Daerah Kuala Muda dan Kulim.

Page 50: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

42

Rajah 3.1 Negeri Kedah (Kuala Muda dan Kulim)

3.3 Populasi Kajian

Populasi adalah keseluruhan jumlah subjek atau objek yang akan diteliti. Populasi

dalam ilmu sosial adalah manusia dalam satu masyarakat. Dalam kajian ini pengkaji, memilih

guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang mengajar Bahasa Malayu di negeri Kedah

Darulaman sebagai populasi kajian. Guru-guru tersebut bekerja di Sekolah Jenis Kebangsaan

Tamil berikut:-

1. SJK (T) Kulim

2. SJK (T) Ladang Badenoch

3. SJK (T) Ladang Binjol

4. SJK (T) Ladang Bukit Sembilan

5. SJK (T) Ladang Katumba

6. SJK (T) Ladang Kuala Ketil

7. SJK (T) Ladang Kim Seng

8. SJK (T) Ladang Malakoff

9. SJK (T) Ladang Pelam

10. SJK (T) Ladang Kupang

11. SJK (T) Ladang Sungai Puntar

12. SJK (T) Tun Sambanthan

13. SJK (T) Ladang Sungai Tukang

14. SJK (T) Ladang Sungai Getah

15. SJK (T) Ladang Kuala Muda, Bhg Home

16. SJK (T) Ladang Sungai Dingin

Page 51: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

43

17. SJK (T) Ladang BMR, Kulim

18. SJK (T) Mahajothy

19. SJK (T) Batu Pekaka

20. SJK (T) Padang Meiha

21. SJK (T) Paya Besar

22. SJK (T) Victoria

23. SJK (T) Harvard 1

24. SJK (T) Harvard 2

25. SJK (T) Harvard 3

26. SJK (T) Barathy

27. SJK (T) Ladang Sungai Raya

28. SJK (T) Bedong

29. SJK (T) Saraswathy

30. SJK (T) Bukit Jenun

31. SJK (T) Dabulin 5 Karangan

32. SJK (T) Thiruvalluar

33. SJK (T) Ladang Jabi

34. SJK (T) Kalaimagal

35. SJK (T) Kalaivaani

36. SJK (T) Sungai Batu

37. SJK (T) Sungai Bongkoh

38. SJK (T) Ladang Topah

39. SJK (T) Ladang Sungkap Para

40. SJK (T) Ladang Lubuk Segintah

41. SJK (T) Ladang Perbadanan

42. SJK (T) Palanisamy Kumaran

43. SJK (T) Ladang Scarboro

44. SJK (T) Sungai Tok Pawang

45. SJK (T) Changlun

46. SJK (T) Darulaman

47. SJK (T) Ladang Paya Kemunting

48. SJK (T) Ladang Anak Kulim

49. SJK (T) Ladang Bagan Sena

50. SJK (T) Ladang Bukit Sidim

Page 52: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

44

51. SJK (T) Ladang Bukit Selarong

52. SJK (T) Ladang Dublin 7 Karangan

53. SJK (T) Ladang Hentrietta

54. SJK (T) Ladang Somme

55. SJK (T) Ladang Sungai Ular

56. SJK (T) Ladang Weliesley

57. SJK (T) Ladang Buntar

58. SJK (T) Ladang Ganesar

3.4 Sampel Kajian

Terdapat 523 SJK Tamil di seluruh Malaysia, 324 adalah sekolah bantuan kerajaan

yang kebanyakannya terletak di kawasan ladang-ladang, manakala bakinya adalah sekolah

kerajaan. Di negeri Kedah pula terdapat 58 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Pengkaji

telah membuat undian untuk memilih sampel kajian daripada populasi kajian. Dengan itu,

pengkaji berjaya memilih guru-guru yang bekerja Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

yang berada di Daerah Kuala Muda/ Kulim sebagai sampel kajian.

Jumlah sekolah Tamil di kawasan kajian ialah 40 buah. Seramai 143 orang guru

mengajar Bahasa Melayu di SJKT Daerah Kuala Muda/Yan dan Kulim Bandar Baru. Hanya

85 orang guru dipilih secara rawak untuk menjalankan kajian disebabkan masa dan kos yang

terlibat adalah tinggi.

3.5 Rekabentuk Kajian

Kajian ini berbentuk “ Mixed-Mode” iaitu kuantitarif dan kualitatif. Kuantitati

melibatkan pengukuran tahap kompetensi lisan guru-guru Bahasa Tamil dengan

menggunakan borang Stanford Foreign Language Oral Skills Evaluation Matrix atau secara

ringaskannya FLOSEM. Bahagian Kualitatif pula melibatkan soalan Soal selidik dengan

guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di kawasan kajian.

Page 53: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

45

3.6 Kajian Rintis

Satu kajian rintis telah dijalankan di 2 buah Sekolah Tamil yang terletak di daerah

Kuala Muda / Yan Kedah.

Tujuan utama kajian rintis ini adalah untuk mengesan dan mengenal pasti sesuatu

penyataan yang tidak sesuai dan juga boleh mengelirukan responden semasa menjawab

borang soal selidik. Kamarudin (1990) menyatakan bahawa tujuan untuk menguji soal selidik

adalah untuk menentukan:-

a) Soalan-soalan untuk mendapatkan maklumat yang boleh memenuhi objektif kajian.

b) Semua fasa penting kajian telah dirangkumi

c) Memastikan soalan-soalan membolehkan kerjasama responden

d) Soal selidik ditadbir secara lancar.

e) Soalan difahami sepenuhnya oleh responden dan penemuduga.

Pengkaji menjalankan satu pra kajian bersama guru pakar Bahasa Melayu dengan

menggunakan borang panduan pemantauan (FLOSEM) bersama sepuluh orang guru dari

kedu-dua sekolah tersebut untuk memastikan kesahan instrumen kajian yang digunakan

dalam kajian ini sebelum kajian yang sebenarnya dijalankan. Kajian rintis menujukkan

kebolehpercyaan instrumen (FLOSEM) ialah Cronbach α 0.87. Dengan itu penggunaan

borang ini sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar.

Page 54: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

46

3.7 Kerangka konseptual kajian

Rajah 3.2 Konseptual Kajian

Sampel

Alat Kajian

Kuantitatif

Kualitatif

Flosem Temu bual

Analisis Data

Dapatan

Page 55: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

47

3.8 Alat kajian

3.8.1 FLOSEM

FLOSEM direka untuk menyediakan penarafan global keupayaan untuk menguasai

bahasa asing, dan difahami oleh orang lain. FLOSEM digunakan untuk memberi penarafan

global dalam bidang kefahaman, kefasihan, perbendaharaan kata, sebutan, dan tatabahasa.

FLOSEM boleh digunakan sebagai kedua-dua pra dan pasca ujian. Selain itu, FLOSEM

digunakan dalam persekitaran pendidikan banyak kerana sifat reka bentuk bermakna bahawa

guru tidak diperlukan untuk menjalankan ujian lisan di luar kelas, ia juga tidak memerlukan

latihan yang sah seperti yang diperlukan untuk Temubual Kemahiran Lisan.

FLOSEM merupakan alat yang sah, digunakan dengan meluas dan boleh dipercayai

yang dibangunkan oleh Padilla dan rakan-rakannya dari Universiti Satnford (Lindholm-

Leary, 2001; Padilla & Sungm 1979). FLOSEM adalah untuk menilai tahap kompetensi

kendiri. Dalam kajian ini para responden diminta untuk menilai sendiri tahap kompetensi

lisan yang terdiri dari enam tahap dalam lima domain: Kefahaman, kelancaran,

perbendaharaan kata, sebutan dan tatabahasa. Sila rujuk Jadual 3.1.

Bagi setiap kemahiran wujudnya enam tahap iaitu dari prnutur awal sehingga penutur

asli (native speaker) dalam bahasa Melayu. Tambahan pula, intrumen ini digunakan secara

intensif untuk mengukur bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

3.8.2 Soal Selidik

Borang soal selidik yang dibentuk untuk menilai kualiti pengajaran dan persekitaran

sekolah di kawasan Daerah Kulim Bandar Baru dan Kuala Muda Yan. Setiap item diukur

dengan menggunaka skala 5 poin mula dari i) Sangat puahati, ii) Puas hati, iii) Neutral, iv)

tidak puashati dan v) Sangat Tidak puas hati.

Page 56: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

48

3.9 Analsisi Data

Data dianalisis dengan menggunakan SPSS untuk menentukan kepuasan kerja guru

berasarkan kualiti pengajaran, perkhidmatan dan persekitaran sekolah. Min, sisihan piawai

digunakan untuk menilai Tahap kompetensi Bahasa Melayu dan kepuasan kerja mereka

disekolah.

Page 57: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

49

Level 1 Level 2 Level 3 Level 4 Level 5 Level 6

Men

yelu

ruh

Pelajar Dapat Memahami Satu Jumlah Perkataan Frekuensi Tinggi Yang Terhad Dalam Pengasingan Dan Pendek, Pernyatan Perbualan Berformula Biasa .

Pelajar Boleh Memahami Soalan Ringkas Dan Pernyataan Non Formula Dengan Mudah Apabila Mereka Tertanam Dalam Dialog Pendek Atau Petikan. Namun Dialog Atau Keseluruhan Petikan Mesti Diulangi Pada Kelajuan Biasa, Untuk Pelajar Memahaminya.

Pelajar Dapat Memahami Titik Utama Dialog Pendek Atau Petikan Yang Mengandungi Beberapa Kenyataan Dengan Struktur Tertanam Didengar Pada Kurang Daripada Kelajuan Biasa, Walaupun Ia Adalah Berkemungkinan Bahawa Butir-Butir Akan Hilang. Walaupun Pada Kelajuan Ini, Pengulangan Beberapa Mungkin Diperlukan

Pelajar Memahami Kebanyakan Kenyataan Yang Dikatakan (Semua Titik Penting Dan Kebanyakan Butiran) Di Kedua-Dua Dialog Pendek Dan Panjang Dan Petikan Yang Mengandungi Maklumat Abstrak Didengar Pada Kelajuan Yang Hampir Normal. Sesetengah Pengulangan Mungkin Perlu, Biasanya Untuk Maklumat Abstrak.

Pelajar Dapat Memahami Hampir Segala-Galanya Pada Kelajuan Biasa, Walaupun Pengulangan Sesekali Mungkin Diperlukan Untuk Pelajar.

Pelajar Faham Semuanya Dalam Kelajuan Biasa Seperti Seorang Penutur Asli.

Kef

asih

an

Pelajar Boleh Menyertai Hanya Dalam Interaksi Yang Melibatkan Mengeluarkan Soalan Soalan Berformula - Corak Jawapan-Dan / Atau Menawarkan Jawapan-Jawapan Sangat Pendek Untuk Soalan Mudah.

Apabila Mengambil Bahagian Dalam Perbualan Mudah Mengenai Topik-Topik Biasa, Pelajar Mesti Selalu Berhenti Untuk Memahami Dan Marumuskan Topic Dan Kenyataan Yang Berformula.

Semasa Mengambil Bahagian Dalam Perbualan Atau Perbincangan, Pelajar Boleh Meluahkan Dirinya Menggunakan Bahasa Yang Mudah, Tetapi Konsisten Falters Dan Ragu-Ragu Kerana Dia Cuba Untuk Meluahkan Idea-Idea Yang Lebih Kompleks Dan / Atau Carian Bagi Perkataan Dan Ungkapan Yang Kurang Biasa. Usaha Ini Menghalang Aliran Komunikasi.

Pelajar Dengan Mudah Boleh Meluahkan Dirinya, Tetapi Kadang-Kadang Boleh Terputus-Putus Dan Teragak-Agak Kerana Dia Cuba Untuk Meluahkan Idea-Idea Yang Lebih Kompleks Dan / Atau Mencari Perkataan Dan Ungkapan Yang Kurang Biasa. Walaupun Mengganggu, Irama Ucapan Tidak Menghalang Aliran Komunikasi.

Pelajar Umumnya Fasih, Dengan Kesilapan Kecil Yang Kadang-Kadang Semasa Dia Mencari Cara Yang Betul Bersuara.

Kefasihan Pelajar-Pelajar Adalah Seperti Asli

Page 58: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

50

Per

bend

ahar

aan

Kat

a

Perbendaharaan Kata Pelajar Adalah Terhad Kepada: (A) Perkataan Kekerapan Tinggi Untuk Barangan Biasa Dan Tindakan Setiap Hari, Dan (B) Beberapa Perbualan Ungkapan Formula Atau Simpulan Bahasa

Pelajar Mempunyai Perbendaharaan Kata Yang Cukup (Termasuk Ungkapan Frekuensi Tinggi Simpulan Bahasa) Untuk Membuat Kenyataan-Kenyataan Yang Mudah Dan Bertanya Soalan Tentang Perkara-Perkara Yang Konkrit Dalam Perbualan Yang Mudah.

Pelajar Mempunyai Perbendaharaan Kata Yang Mencukupi. Seterusnya, Pada Peringkat Awal Pelajar Menunjukkan Pengetahuan Sinonim Dan Beberapa Alternatif Yang Menyatakan Idea Yang Mudah.

Pelajar Membuktikan Dengan Jelas Pengetahuan Sinonim Dan Alternatif Untuk Menyatakan Idea-Idea Mudah. Pelajar Juga Mempunyai Perbendaharaan Kata Yang Mencukupi Untuk Memahami Dan Menyertai Perbualan-Perbualan Yang Termasuk Idea-Idea Abstrak.

Pelajar Memiliki Perbendaharaan Kata Yang Cukup Luas Untuk Mengambil Bahagian Dalam Perbincangan Yang Lebih Panjang Untuk Topik Besar Yang Konkrit Dan Abstrak. Pelajar Sedar (Tetapi Bukan Semua) Beberapa Konotasi Perkataan Dan Nuansa Dalam Makna.

Pelajar Memiliki Asli Yang Luas - Seperti Perbendaharaan Kata.

Seb

utan

Malah Di Tahap Perkataan-Perkataan Terpencil Dan Ungkapan Berformula. Pelajar Mempamerkan Kesukarn Dalam Membiak Bunyi Bahasa Sasaran Dan Pola Bunyi Dengan Tepat.

Walaupun Pelajar Mula Untuk Menguasai Beberapa Bunyi Dan Bunyi Corak, Dia Masih Mempunyai Kesukaran Dengan Bunyi Yang Lain, Membuat Makna Yang Tidak Jelas.

Pelajar Mula Menunjukkan Kawalan Ke Atas Bilangan Yang Lebih Besar Bunyi Dan Corak Bunyi. Pengulangan Sesetengah Mungkin Perlu Untuk Membuat Makna Yang Jelas

Ucapan Pelajar Adalah Sentiasa Difahami, Walaupun Loghat Tertentu Dan / Atau Kadang-Kadang Tidak Sesuai. Pola Intonasi Adalah Jelas

Sebutan Dan Intonasi Menghampiri Keupayaan Berhampiran Asli Seperti.

Sebutan Dan Intonasi Pelajar Adalah Jelas

Page 59: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

51

Jadual 3.1 Alat Kajian

Tata

baha

sa

Semenjak, Kemahiran-Kemahiran Produktif Pelajar Adalah Dibataskan Kepada Frekuensi Yang Tinggi Dan Ungkapan-Ungkapan Perbualan Berformula Pendek, Ia Sukar Atau Mustahil Untuk Menilai Pengetahuan Tatabahasanya.

Pelajar Boleh Menghasilkan Ujaran Yang Menunjukkan Pemahaman Ayat Asas Dan Corak Soalan, Tetapi Lain-Lain Kesilapan Tatabahasa Adalah Hadiah Yang Mengaburkan Makna.

Pelajar Mula Kasut Keupayaan Yang Terhad Untuk Menggunakan Beberapa Pembinaan Kompleks, Walaupun Tidak Selalunya Berjaya. Kesilapan Tatabahasa Lain Yang Ketara Berterusan Yang Boleh Membuat Makna Yang Samar-Samar.

Pelajar Menunjukkan Perintah Yang Hampir Konsisten Sepanjang Julat Yang Terhad Corak Yang Lebih Kompleks Dan Peraturan Grammer. Walaupun Kesilapan Sekali-Sekala Masih Ada, Mereka Adalah Sedikit Bilangannya Dan Tidak Mengaburkan Makna.

Ucapan Pelajar Mempamerkan Arahan Yang Baik Lebih Pelbagai Besar (Tetapi Tidak Lengkap) Corak Comples Lebih Dan Peraturan Grammer. Kesilapan Adalah Tidak Kerap.

Ucapan Pelajar-Pelajar Menunjukkan Seorang Bumiputera Seperti Perintah Corak-Corak Rumit Dan Rumus Tatabahasa

Page 60: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

52

BAB 4

DAPATAN

4.1 Pendahuluan Bab ini membincangkan tentang dapatan persoalan kajian:

a) Apakah tahap kompetensi Lisan bahasa Melayu guru-guru SJK Tamil yang sedang

mengajar Bahasa Melayu.

b) Apakah tahap kompetansi lisan Bahasa Melayu yang diperlukan oleh guru-guru

sekolah Tamil di Malaysia dari aspek kelancaran, pemahaman, tatabahasa, sebutan,

dan perbendaharaan kata.

c) Apakah hubungan antara tahap puas hati dengan Tahap Kompetensi Lisan Bahasa

Melayu di Sekolah-sekolah Tamil

Sekolah-sekolah Tamil. Keputusan kajian dibahagikan kepada empat bahagian.

Bahagian pertama menerangkankan ciri-ciri responden. Bahagian kedua menerangkan tahap

kompetensi Lisan Bahasa Melayu guru-guru SJKT yang sedang mengajar Bahasa Melayu.

Bahagian ketiga pula membincangkan tahap kompetansi lisan Bahasa Melayu yang

diperlukan oleh guru-guru sekolah Tamil di Malaysia dari aspek kelancaran, pemahaman,

tatabahasa, sebutan, dan perbendaharaan kata. Bahagian keempat pula menerangkan masalah-

masalah yang wujud dalam meningkatkan Tahap Kompetensi Bahasa Melayu di SJKT.

Page 61: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

53

4.2 Ciri-ciri Responden

Seramai 85 orang guru dari persekitaran sekolah yang berbeza ( bandar dan ladang)

terlibat dalam kajian ini menjadikan respon balas kajian ini 70%. Daripada 85 orang guru 20

orang (24%) guru siswazah dan 65 orang (76%) guru bukan siswazah. Daripada 40 orang

guru siswazah kadar respon ialah 50% (20 orang), manakala 65 daripada 103 bukan siswazah

menunjukkan kadar respon sebanyak 63%.

4.3 Tahap Kompetensi Lisan Bahasa Melayu

Guru-guru diminta untuk menilai sendiri tahap kompetensi bahasa Melayu. Bagi

tujuan tersebut alat kajian iaitu skor Stanford FLOSEM ( Foreign Language Orak Skills

Evaluation Matrix) digunakan untuk menterjemah tahap kompetensi lisan Bahasa Melayu.

Skor Stanford FLOSEM mengandungi enam tahap lima tahap kompentensi lisan dan lima

domain iaitu: a) kefahaman, b) kelancaran, c) perbendaharaan kata, d) sebutan dan e)

tatabahasa.

Menurut panduan skor Stanford FLOSEM, setiap lajur berwajaran 5 mata. Purata skor

dikira dengan menambah setiap skor lajur dan dibahagi lima. Tahap kompetensi lisan dan

skor ditunjukkan di jadual 4.1.

Page 62: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

54

Jadual 4.1

Tahap Kefasihan (Fluency)

Julat Skor

Produksi Pra/Pre-production 00-05

Produksi Awal/ Early production 06-10

Kemunculan Pertuturan/ Speech Emergence 11-15

Pertengahan rendah/ Low Intermediate 16-20

Pertengahan tinggi / High Intermediate 21-25

Pertuturan seperti asli/ Native like speaker 26-30

Jumlah respon berkaitan tahap kompetensi lisan bahasa Melayu diringkaskan secara

kategori dan peratus setiap guru ditunjukkan di bawah. Jadual 4.2 menunjukkan respon

berkaitan dengan tahap kompentensi lisan yang didapatkan dari 65 orang guru.

Page 63: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

55

Jadual 4.2

Tahap kompetensi lisan guru Bahasa Melayu bukan siswazah di SJKT

Bilangan guru Peratus Guru

Kemunculan Pertuturan/ Speech

Emergence

5 8

Pertengahan rendah/ Low Intermediate 30 46

Pertengahan tinggi / High Intermediate 28 23

Pertuturan seperti asli/ Native like speaker 2 3

Nota: n=65

Jumlah respon berkaitan tahap kompetensi lisan 20 orang guru siswazah ditunjukka

dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3

Tahap kompetensi lisan Guru Siswazah

Bilangan guru Peratus Guru

Kemunculan Pertuturan/ Speech Emergence

5 25

Pertengahan rendah/ Low Intermediate 7 35

Pertengahan tinggi / High Intermediate 5 25

Pertuturan seperti asli/ Native like speaker 2 10

Produksi Awal/ Early production 1 5

Nota: n=20

Page 64: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

56

Berdasarkan Jadual 4.2.dan 4.3, kebanyakkan guru siswazah dan bukan siswazah

mengaku/perceive tahap kompetensi Bahasa Melayu pertengahan rendah (n=37, 44%),

pertengahan tinggi (n=33, 39%), dan tahap kemunculan pertuturan (n=10, 12%). Secara

keseluruhannya kekerapan tahap rendah atau tahap pertengahan tinggi dipilih dengan peratus

sebanyak 82%. Responden yang paling sedikit memilih tahap pruduksi-awal (n=1, 5%).

4.4 Tahap Pemahaman Guru

Jadual 4.4 menunjukkan sebanayak 85 responden memberikan respon untuk domain

pemahaman.

Jadual 4.4

Tahap Pemahaman Guru SJKT

Bilangan Guru Peratus Pelajar

Bukan Siswazah

Siswazah Bukan Siswazah

Siswazah

Tahap 1: Saya boleh mengenali bilangan perkataan

terhad dan Ungkapan perbualan biasa 0 0 0 0

Tahap 2: Saya memahami soalan-soalan yang mudah

dan pernyataan dalam dialog yang pendek atau petikan dengan lambat

0 1 0 3

Tahap 3: Saya memahami isi utama dalam dialok

pendek atau petikan dengan lambat 5 4 8 20

Tahap 4: Saya dapat memahami kesemua isi secara

normal 22 10 34 50

Tahap 5: Saya dapat memahami hampir kesemua secara

normal walaupun beberapa ulangan diperlukan.

28 3 43 15

Tahap 6: Saya memahami kesemua secara normal seperti bahasa ibunda (native speaker)

10 2 15 10

Nota:n=85

Page 65: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

57

Majoriti guru (n=63, 74%) memilih tahap 4 atau 5 untuk mewakili tahap kebolehan

pemahaman mereka. Tiada seorang pun menilai diri sendiri dengan tahap 1.

4.5 Tahap Kefasihan Guru SJKT

Jadual 4.5

Tahap Kefasihan Guru

Bilangan Guru Peratus Pelajar

Bukan Siswazah

Siswazah Bukan Siswazah

Siswazah

Tahap 1: Saya hanya boleh menggunakan soalan-soalan pendek dengan jawapan pendek seperti “ Apa

Khabar? Khabar Baik, Terima kasih

0 0 0 0

Tahap 2: Saya boleh mengambil bahagian dalam

perbualan mudah mengenai topik lambat dan selalunya tergendala.

1 1 2 5

Tahap 3: Saya mengajukan diri dengan bahasa yang

mudah. Saya selalu berhenti bila mengungkap idea-idea kompleks.

16 8 25 40

Tahap 4: Saya mengekspres secara normal. Saya menjadi lambat bila ekspres idea-idea

kompleks or kurang ekspresi.

39 7 60 35

Tahap 5: Saya secara amnya fasih dan jarang-jarang ada jeda minor bila mencari cara yang betul untuk

ekspres.

5 2 7 10

Tahap 6: Saya memiliki kefasihan asli. 4 2 6 10

Nota: n=85

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.5, 55 (85%) dari 65 guru bukan siswazah

memilih tahap 3atau tahap 4 untuk bahagian kefasihan berbanding dengan 15 (75%) dari 20

guru siswazah. Walaubagaimana pun untuk guru bukan siswazah tiada perbezaan signifikan

dari segi bilangan antara tahap 3 dan 4 (n=7, 35%).

Page 66: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

58

Secara keseluruhannya majority responden (n=70, 82%) menilai kebolehan pada

tahap 4 atau tahap 3. Tiada seorang guru pun menilai kefasihan mereka pada tahap 1.

4.6 Tahap perbendaharaan kata Guru Bahasa Melayu SJKT

Jadual 4.6 menunjukkan respon guru siswazah dan bukan siswazah berkenaan

kebolehan mereka menggunakan pelbagai perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.

Jadual 4.6

Perbendaharaan Kata

Bilangan Guru Peratus Pelajar

Bukan Siswazah

Siswazah Bukan Siswazah

Siswazah

Tahap 1: Saya tahu perkataan-perkataan biasa semasa

perbualan ekspresi

1 1 2 5

Tahap 2: Saya memiliki perbendaharaan kata yang

cukup untuk membuat pernyataan ringkas.

4 2 6 10

Tahap 3: Saya memiliki perbendaharaan kata yang

mencukupi dan beberapa sinonim. 21 5 32 25

Tahap 4: Saya memiliki perbendaharaan kata yang cukup dan kaedah alternatif untuk ekspres

idea-idea yang mudah.

21 6 32 30

Tahap 5: Saya memiliki perbendaharaan kata yang

cukup untuk menyertai perbincangan. Saya sedar makna beberapa perkataan.

17 5 26 25

Tahap 6: Saya memiliki tahap perbendaharaan kata

yang meluas (seperti native) 1 1 2 10

Nota: n=85

Berdasarkan Jadual 4.6 didapati, guru siswazah dan bukan siswazah memilih tahap

3 dan tahap 4 (n=21, 32%) menjadikan kadar respon sebanyak 64%. Bagi guru-guru bukan

siswazah tidak terdapat perbezaan signifikan dari segi bilangan di mana mereka memilih

Page 67: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

59

tahap 3 (n=5, 25%), tahap 4 (n=6, 30%),atau tahap 5 (n=5, 25%). Secara amnya 85 orang

guru memlikih tahap 4 atau tahap 3 untuk mewakili tahap kebolehan lisan mereka dalam

subjek Bahasa Melayu. Tambhan pula tahap 5 merupakan paling banyak selepas tahap 3

dan 4.

4.7 Tahap Sebutan Guru Bahasa Melayu SJKT

Jadual 4.7 menunjukkan respon-respon dari guru SJKT tentang domain sebutan.

Jadual 4.7

Sebutan Guru-guru SJKT

Bilangan Guru Peratus Pelajar

Bukan Siswazah

Siswazah Bukan Siswazah

Siswazah

Tahap 1: Saya menghadapi kesulitan untuk

menghasilakn bunyi yang tepat dan bunyi corak bahasa

0 1 0 5

Tahap 2: Saya mula masteri beberapa bunyi dan corak

bunyi

2 3 3 15

Tahap 3: Saya boleh menghasilkan kebanyakkan bunyi

dan corak bunyi 16 5 24 25

Tahap 4: Ucapan saya cerdik dan pasti loghat bahasa

yang jelas 37 6 57 30

Tahap 5: Sebutan saya dan niat hampir dengan asli

(native-like) 9 3 14 15

Tahap 6: Sebutan saya dan intonasi adalah sama seperti

penutur asli (native speaker) 1 2 2 10

Nota: n=85

Page 68: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

60

Jadual 4.7 menunjukkan 53 (81%) dari 65 guru bukan siswazah dan 11 (55%) dari

20 guru siswazah menerima bahawa tahap sebutan Bahasa Melayu adalah pada tahap 4 atau

3 yang menjadikan jumlah respon ialah 75%.

4.8 Tatabahasa semasa pertuturan

Jadual 4.8 menunjukkan respon bilangan guru bukan siswazah dan siswazah di

SJKT berkaitan domain tatabahasa yang betul semasa bertutur.

Bilangan Guru Peratus Pelajar

Bukan Siswazah

Siswazah Bukan Siswazah

Siswazah

Tahap 1: Saya menghadapi kesulitan untuk

menghasilakn bunyi yang tepat dan bunyi corak bahasa

0 1 0 5

Tahap 2: Saya mula masteri beberapa bunyi dan corak

bunyi

2 3 3 15

Tahap 3: Saya boleh menghasilkan kebanyakkan bunyi

dan corak bunyi 16 5 24 25

Tahap 4: Ucapan saya cerdik dan pasti loghat bahasa

yang jelas 37 6 57 30

Tahap 5: Sebutan saya dan niat hampir dengan asli

(native-like) 9 3 14 15

Tahap 6: Sebutan saya dan intonasi adalah sama seperti

penutur asli (native speaker) 1 2 2 10

Berdasarkan jadual di atas sejumlah guru bikan siswazah (n=38, 58%) memilih

tahap 4 untuk mewakili kebolehan mereka manakala guru siswazah pula (n=10, 50%)

memilih tahap 3. Respon gabungan memperlihatkan tahap 3 dan tahap 4 tidak menunjukkan

Page 69: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

61

perbezaan signifikan dimana guru bukan siswazah (82%) dan guru siswazah (80%).

Sebanyak 24% dari 85 responden menilai diri kebolehan mereka pada tahap 1, 2, 5 dan 6.

4.9 Tahap puas hati guru dengan Tahap Kompetensi Lisan Guru

Borang soal selidik yang dibentuk untuk menilai kualiti pengajaran dan persekitaran

sekolah di kawasan Daerah Kulim Bandar Baru dan Kuala Muda Yan. Setiap item diukur

dengan menggunaka skala 5 poin mula dari i) Sangat puahati, ii) Puas hati, iii) Neutral, iv)

tidak puashati dan v) Sangat Tidak puas hati.

4.9.1 Kualiti Pengajaran

Jadual 4.9

Tahap puashati dengan Kualiti Pengajaran

Sangat Puashati

n (%)

Puas hati N

(%)

Neutral N

(%)

Tidak puashati

n (%)

Sangat Tidak puas

hati n

(%) Mengajar sebagai subjek opsyen

7 (8%)

18 (21%)

10 (12%)

0 (0%)

0 (0%)

Bukan subjek opsyen

1 (1%)

3 (3%)

16

(19%)

20 (24%)

10 (12%)

Nota: n=85

Hanya 35 (41%) dari 85 orang guru yang menerima latihan guru untuk mengajar

subjek bahasa Melayus di SJKT manakala yang lain merupakan guru dengan opsyen bukan

subjek Bahasa Melayu. Guru bukan bahasa Melayu menunjukkan tahap “Sangat Tidak

Puashati” yang nyata. Manakala guru dengan opsyen bahasa Melayu menunjukkan tahap

Page 70: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

62

puashati yang tinggi. Tidak seorang pun menunjukkan tahap tidak puas hati atau sangat

tidak puas hati. Dapatan ini menunjukkan hubungan songsang antara guru opsyen dan

bukan opsyen dari segi kualiti pengajaran.

4.9.10 Persekitaran sekolah

Jadual 4.10

Tahap puashati dengan Persekitaran sekolah

Sangat Puashati

n (%)

Puas hati N

(%)

Neutral N

(%)

Tidak puashati

n (%)

Sangat Tidak puas hati n

(%)

Tidak berkaitan

N (%)

Pengurusan sekolah

13 (15%)

29 (35%)

33 (40%)

0 (0%)

5 (5%)

5

(5%)

Perpustakaan/ Sumber

12 (14%)

39 (46%)

28 (33%)

5 (6%)

1 (1%)

0

(0%)

Kebajikan guru

5 (31%)

21 (25%)

52 (61%)

3 (3%)

4 (5%)

0

(0%)

Nota: n=85

Data dalam Jadual 4.10 menunjukkan rata-rata guru yang mengajar subjek Bahasa

Melayu di SJKT memperlihatkan puashati dengan persekitaran sekolah. Hanya 10%

menunjukkan tidak puas hati dengan pengurusan sekolah.

Page 71: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

63

4.10 Hubungan antara Tahap puas hati guru dengan Tahap Kompentensi Lisan

Guru Bahasa Melayu

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompentensi lisan bahasa Melayu gur

di SJKT dengan kualiti pengajaran, r(83) =.03, p=.75; persekitaran sekolah, r(83)=.15,

p=.17. Disebabkan nilai p lebih daripada .05 kajian gagal membuktikan wujud hubungan

antara dua pembolehubah ini. Secara keseluruhannya analisis menunjukkan hubungan

positif yang rendah antara tahap kompeten lisan guru bahasa Melayu dengan kualiti

pengajaran dan persekitaran sekolah.

Page 72: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

64

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pendahuluan

Kajian ini meneroka tahap kompetensi lisan guru-guru Bahasa Melayu SJKT yang

diukur melalui alat kajian FLOSEM dan juga hubungan tahap puas hati. Disebabkan kajian

lampua berkaitan dengan focus kajian hamper tiada maka penyelidik menghubungkaitkan

dengan isu-isu yang ditumbulalkan semasa kajian dilaksanakan.

5.2 Perbincangan

Berdasarkan pengalaman bekerja selama 14 tahun di Sekolah Tamil, Pn.Rashidah

Guru Penolong Kanan SJK(T) Ladang Kuala Ketil berpendapat bahawa murid-murid

Sekolah Tamil kurang berperbendaharaan kata. Guru Bahasa Melayu harus menjelaskan

perkataan baru dengan makna yang tepat dan jelas. Guru BM yang berbangsa Melayu tidak

dapat mengajar dengan berkesan kepada murid-murid yang berbangsa bukan Melayu.

Murid-murid SJK(T) kurang memahami perkataan baru walaupun guru berulangkali

memberikan penerangan serta penjelasan.

En.Wan Azman Penyelaras Pusat Kegiatan Guru Kuala Ketil, menyokong pendapat

Pn.Rashidah dengan mengatakan beliau pernah hampir berputus asa ketika mengajar murid-

murid yang berlatar belakangkan penggunaan Bahasa Tamil yang tinggi semasa mengajar

Bahasa Melayu. Beliau menyatakan Bahasa Tamil merupakan bahasa penghantar Sekolah,

Page 73: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

65

Tamil. Seramai 98% murid hanya menggunakan Bahasa Tamil semasa berada di sekolah.

maka penggunaan Bahasa Melayu adalah sangat kurang dan ini mengakibatkan

perbendaharaan kata di kalangan murid sangat rendah.

Kini, pengajaran Bahasa Melayu amat berbeza dengan apa yang dibelajar zaman

persekolahan dahulu. Beliau menyatakan bahawa pengajaran Bahasa Melayu pada masa kini

hanya berfokuskan kepada peperiksaan. Guru tidak dapat melakukan pengajaran mengikut

atau berdasarkan kepada kebolehan murid. Malah mereka terpaksa mengejar masa untuk

menghabiskan sukatan pelajaran.(Pn.Meethunakala Guru Option Bahasa Melayu

berpengalaman 6 tahun)

Usha Ponnusamy (Jurulatih Utama Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Tamil Negeri

Kedah, 2010), Pihak sekolah semata-mata bergantung kepada seseorang guru tertentu sahaja

untuk mengajar BM. Pihak sekolah juga gagal melatih pelapis. Sekiranya, guru yang

kompeten bertukar atau bersara maka tiada pengganti. Ini adalah kerana pihak sekolah

berwawas untuk memberikan kelas peperiksaan kepada guru baru dengan alasan tiada

pengalaman kerana takut keputusan BM jatuh menjunam. Guru-guru baru pula takut

menyahut seruan sekolah untuk membuktikan kebolehan mereka dalam pengajaran BM. Ada

segelintir guru juga bersikap lepas tangan dan tidak mahu melibatkan diri dalam kelas

peperiksaan yang mencabar serta ingin berada dalam zon selesa. Sikap guru yang tidak

bersungguh, sikap acuh tak acuh dalam pengajaran dan bersikap (escapism) telah

mengakibatkan keputusan BM dalam UPSR berada pada tahap membimbangkan.

Dalam kajian berkaitan dengan tahap kompetensi dengan menggunakan FLOSEM

keputusan ujian menunjukkan majority guru siswazah dan bukan siswazah memiliki Tahap

kompetensi Bahasa Melayu pertengahan rendah. Dari sudut tahap komunikasi kebanyakkan

guru memahami kesemua isi dan maklumat. Mereka menggunakan bahasa yang mudah

untuk mengekspres ide-ide. Secara relative kebanyakkan guru-guru boleh menghasilkan

bunyi dan pembinaan ayat kompleks.

Majoriti dari 85 orang guru (65 guru bukan siswazah dan 20 guru siswazah)

mendapati kebolehan lisan Bahasa Melayu berada pada tahap pertengahan rendah dan

Page 74: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

66

tinggi. Analisis seterusnya menunjukkan guru siswazah lebih yakin berbanding guru bukan

siswazah. Salah satu sebab yang mengkin menyebabkan keadaan ini adalah diperingkat

universiti tahap kefasihan Bahasa Melayu yang tinggi diperlukan. Para guru pernah

didedahkan kepada persembahan, pidato, forum dan perbincangan untuk mendapatkan gred

yang baik dalam kursus diikuti. Tambahan pula para siswazah wajib mengambil bahagian

dalam aktiviti kampus untuk meningkatkan jati diri. Kebanyakkan aktiviti dikendalikan

dalam Bahasa Melayu.

5.3 Cadangan

Pengkaji mencadangkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah Tahap

Kompetensi Lisan guru-guru Bahasa Melayu yang rendah di SJKT.

5.3.1 Cadang kepada pengurusan sekolah

Pihak sekolah patut menggalakkan kesedaran dikalangan guru, staf dan sekolah

mengenai budaya dan kepelbagaian rakyat Malaysia. Keperluan penggunaan Bahasa

Melayu yang kerap dalam hal-hal pengurusan sekolah perlu dipertingkatkan. Pengurusan

sekolah perlu mencari jalan untuk mengadakan aktiviti dalam bagi guru-guru Bahasa

Melayu untuk meningkatkan tahap kebolehan lisan mereka.

5.3.2 Cadangan kepada guru

Guru Bahasa Melayu di SJKT perlu aktif mengambil bahagian aktiviti akademik

dan social yang yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian pelajaran

Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana persatuan untuk menikatkan

Page 75: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

67

kebolehan lisan Bahasa Melayu mereka. Contohnya anjuran pertandingan pidato peringkat

kebangsaan, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan drama dan sebagainya pasti

meningkatkan tahap kompetensi lisan mereka.

Guru-guru Bahasa Melayu di SJKT tidak perlu malu untuk berdialog dengan para

pakar Bahasa Melayu atau menjempur pakar Bahasa Melayu untuk mengadakan dialog

demi meningkatkan tahap kefasihan Bahasa Melayu mereka. Ini disebabkan kebanykkan

guru di SJKT terdiri dari kaum India dan sudah lama bersebati dengan budaya dan bahasa

Tamil.

5.3.3 Cadangan kajian lanjutan

Kajian lanjutan boleh brfokus kepada keseluruhan guru-guru SJKT yang mengajar

Bahasa Melayu. Selain itu kajian boleh mengasingkan guru opsyen Bahasa Melayu dan

bukan opsyen Bahasa Melayu. Dalam kajian ini perbezaan tersebut tidak diambil kira sebab

bilangan guru opsyen Bahasa Melayu amat kecil. Tambahan lagi analisis kuantitatif juga

boleh digunakan untuk menguatkan lagi hasil dapatan kuantitatif.

5.4 Rumusan

Walaupun kajian tentang Tahap Kompetensi Lisan dijalankan di kebanyakkan

Negara luar dan dalam negeri tetapi kajian yang memusatkan sekolah-sekolah Tamil hampir

tiada. Kajian ini merupakan batu asas kepada kajian lanjutan demi meningkatkan mutu

Bahasa Melayu di sekolah-sekolah Tamil di Negara Malaysia.

Page 76: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

68

Pada dasarnya kajian ini membuktikan kerajaan perlu pandang serius masalah

Bahasa Melayu di sekolah-sekolah Tamil sebab ia akan menentukan dasar-dasar kerajaan

difahami dan dihayati oleh kaum India yang majoritinya beretnik Tamil.

Keputusan kajian tentang kepuasan dan tahap kompetensi menunjukkan tiada

hubungan yang signifikan antara kedua-dua varibel ini. Oleh yang demikian bukanlah

persekitaran sekolah atau kualiti pengajaran yang menentukan tahap kompentensi lisan

Bahasa Melayu guru-guru Bahasa Melayu di SJKT. Malahan guru sendiri memerlukan

perubahan dari segi akademik, dan pembangunan sahniah demi menigkatkan kefasihan

Bahasa Melayu masing-masing.

Page 77: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

69

Rujukan

Abdul Shukor Abdullah (1991). Pengurusan organisasi: Perspektif pemikiran dan Teori.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Rahim Abd. Rashid (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000) Kemahiran Interpersonal untuk Guru Bestari.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abu Bakar, Zainudin and S.Haridas, Dineshkumar (2011) Pencapaian akademik di

sekolah jenis kebangsaan (Tamil) yang berstatus sekolah kurang murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Diakses : http://eprints.utm.my/11735/ pada 12-12-12

Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bandura, A. (1973). Aggression: Asocial learning analysis. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall. Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall. Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall. Bandura, A. & Walters, R. H. (1963). Social learning and personality development. New York: Holt: Rinehart and Winston, Inc. Carroll, J. B. (1973). Human Cognitive Abilities. New York: Cambridge. Cashmere Lashkari (2009). Ten Tips to Be a Better Teacher. Akses melalui

Talian:ezinearticles.com, pada :12-12-12 Crow dan Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Terjemahan Habibah

Elias. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Douglas Brown, H. (1968). “Principles of Language Learning and Teaching.”

Englewood Cliff, NJ: Prentice Hall Danapal , R. (2007) Hubungan iklim akademik Murid sekolah jenis kebangsaan Tamil

Dengan konsep kendiri, relians kendiriDan kesediaan intelek. Tesis USM. Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ellis, J.(1984). Teaching Through Games – A cource in classroom teachings. Akses

melalui Talian:ezinearticles.com, pada :12-12-12

Page 78: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

70

Foster, P. (1965). "The Vocational School Fallacy in Development Planning." In Education and Economic Development, ed. Arnold A. Anderson and Mary Jean Bowman. Chicago: Aldine.

Gurtler, L. (2002). Humor in Educational Contexts. Paper presented at the 110th annual Meeting of the American Psychological Association, (Chicago, IL, 22–25

August 2002. (ERIC Document Reproduction Series No. ED470470). Hall, G.E., & Hord, S. 1987. Change in school: Facilitating the process. Albany: State

University of New York Press. HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan (2007). Kuala Lumpur : Universiti

Terbuka Malaysia. Iran Herman (1995). Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja Luar Bandar.

Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia: true Times John F. Smith (2008) Praising your students the write way. Akses melalui

Talian:ezinearticles.com, pada :12-12-12 John Britto (2005). A Critique on Moden Education: Manitham, Thanjavur. Diakses

secara talian pada 12-12-12. Koeperun Devi Samu (1992) "Masalah pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan

murid sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil): satu kajian kes. Tesis UUM Mackey, W. F. (1965). Language Teaching Analysis. Burnt Mill, Harlow,

Essex:Longman Group Ltd. Maslow, A.H (1997). “Motivation & Personality” (2nd ed.). New York : Harper And

Row.

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007) Institut Pendidikan International Islamic University

Malaysia. Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah.

Moore, D.W. dan Hotch, D.F., (1982). Parent –Adolescence Separation: The Role

of Parental Divorce. Journal of Youth Adolescence. 11. 115-119 Mulyasa, E. (2002). Kurikulum Berbasis Kompetensi. Konsep, Karakteristik, dan

Implementasi. Noran Fauziah Yaakub (2004) Bullying Among National and National Type School

(Tamil & Chinese) Primary School Children with Reference Perak. Laporan Teknikal. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Page 79: KOMPETENSI LISAN GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN …

71

Richard-Amato, P.A. (1998) Making It Happen: Interaction in the Second Language Classroom: From Theory to Practice. New York: Longman.

Rogers, D., (1981). Adolescence and Youth. United State: Prentice-Hall Rogers, Carl R. (1940). "The Process of Therapy." Journal of Consulting Psychology 4,

no. 5 161-164. Rogers, Carl R. (1950). "Client-Centered Therapy: A Helping Process." The University

of Chicago Round Table 698 12-21. Rosenthal, R.; Jacobson, L. (1968). Pygmalion in the classroom. New York: Holt, Rinehart &

Winston. Sinniah, L (1999). Pillaigalin Kalviyil Petrorgal Uthava Mudiyum. Slaters, J.C. (1962). "Symmetry and free electron properties of Gallium energy

bands". Physical Review 126 (4): 1307. Bibcode 1962PhRv..126.1307S.doi:10.1103/PhysRev.126.1307.

Stanovich, K.E. (1992). Matthew effects in reading: Some consequences of individual

differences in the acquisition of literacy: Reading Research Quarterly, 21, 360-407

Waty M. Noor (2008). Majalah Pendidik : Guru sebagai asas motivasi bagi tingkahlaku

negative murid-murid: Selangor: Widad. Publication Sdn. Bhd. Yahaya, Azizi and Chinnapan, Gangagoury (2008) Faktor-Faktor yang Mempengaruhi

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor Bahru.

Dokumen/Buku dari Internet: http://www.u-library.gov.my/portal/web/guest/national_library_of_malaysia 1. Ordinan Pelajaran 1957 ( Penyata Razak )

2. Wawasan 2020 ( Transformasi Sistem Pendidikan )

3. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006). www.moe.gov.my

4. My Nadi (2010) 5. Education Development Master Plan (2006)

6. Falsafah Pendidikan Negara