Komponen- Komponen Dalam Bahasa
-
Upload
syafiq-saroni -
Category
Documents
-
view
268 -
download
0
Transcript of Komponen- Komponen Dalam Bahasa
-
7/29/2019 Komponen- Komponen Dalam Bahasa
1/8
1
Jan
.1
Pengenalan Kepada Masalah Bahasa & Komunikasi
Komponen- komponen dalam bahasa
1.0 DEFINISI BAHASA
Bahasa adalah satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, danmelaluinyalah manusia berkomunikasi.
Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu:
I. Bunyi ucapan
II. Satu pengalaman yang mencakupi cita, rasa dan makna
2.0 Komponen- komponen dalam bahasa
Terdapat lima komponen dalam perkembangan bahasa kanak- kanak :
PISMP PK SEM 1 2009 | FADILAH SANUSI & NURUL SYAMIMI JAAFAR
-
7/29/2019 Komponen- Komponen Dalam Bahasa
2/8
1
Jan
.1
Pengenalan Kepada Masalah Bahasa & Komunikasi
2.1 fonologi
Merupakan cabang ilmu bahasa mengkaji bunyi bahasa sesuatu
bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi bahasa tersebut. Bidang ini
terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.
Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi- bunyi yang dihasilkan oleh
manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut. Terbahagi
kepada 3 iaitu fonetik pendengaran, fonetik akustik dan fonetik
artikulasi.
Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem
bunyi sesuatu bahasa sinkronik khususnya untuk mengenal pasti
fonem- fonem dalam bahasa tersbut dan menghasilkan sistem tulisan.
2.2 morfologi
Morfologi mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan
penggolongan kata.
Struktur kata : susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bentuk kata : rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata : proses menjeniskan perkataan berdasarkan
PISMP PK SEM 1 2009 | FADILAH SANUSI & NURUL SYAMIMI JAAFAR
-
7/29/2019 Komponen- Komponen Dalam Bahasa
3/8
1
Jan
.1
Pengenalan Kepada Masalah Bahasa & Komunikasi
keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk
dan fungsinya.
Morfem : unit- unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan
- unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi
gramatis atau menjalankan tugas nahu.
_________________________________________
_________________________________________
Perkataan : bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna
yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
_________________________________________
__________________________________________
2.3 sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan
ayat. Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.
PISMP PK SEM 1 2009 | FADILAH SANUSI & NURUL SYAMIMI JAAFAR
-
7/29/2019 Komponen- Komponen Dalam Bahasa
4/8
1
Jan
.1
Pengenalan Kepada Masalah Bahasa & Komunikasi
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
________________________________________________
2.4 semantik
Perkembangan semantik merupakan komponen perkembangan
bahasa yang berkaitan makna penggunaan perkataan. Mengikut
Nelson (1973), perkembangan semantik kanak- kanak pada dua tahun
pertama tertumpu kepada perkara berikut:
I. Objek dan tindakan
Kanak- kanak lebih banyak menggunakan kata nama berbentuk
objek terutamanya objek yang selalu mereka lihat seperti bola,
kucing, mama, papa dan kata perbuatan seperti bye-bye, jalan-
jalan dan sebagainya.
II. Pernyataan keadaan
Kanak- kanak menggunakan kata sifat objek dan rujukan yang
menyatakan keadaan seperti habis, kotor dan sebagainya.
III. Perkataan peribadi atau sosial
Perkataan yang menunjukkan keadaan emosi atau berkaitan
perhubungan sosial seperti tak,nak,aduh,terima kasih dll.
IV. Perkataan berfungsi
Perkataan yang semata- semata berfungsi sebagai tatabahasa
seperti mana, apa dan sebagainya.
2.5 pragmatik
Penggunaan pragmatik merupakan penggunaan bahasa secara
berkesan dalam konteks sosial. Perkembangan pragmatik kanak-
kanak bergantung kepada kebudayaan masyarakat di mana kanak-
PISMP PK SEM 1 2009 | FADILAH SANUSI & NURUL SYAMIMI JAAFAR
-
7/29/2019 Komponen- Komponen Dalam Bahasa
5/8
1
Jan
.1
Pengenalan Kepada Masalah Bahasa & Komunikasi
kanak itu membesar. Komponen pragmatik adalah paling sukar untuk
dikuasai oleh kanak- kanak kerana kefahaman pragmatik memerlukan
kefahaman tentang nilai dan budaya, yang hanya dicapai apabila
kanak- kanak berpengalaman bergaul dengan orang lain dan
memahami konteks sosial yang berubah- ubah. Kemahiran kanak-
kanak menggunakan bahasa secara pragmatik berkembang secara
tidak langsung pada usia 6 hingga 9 tahun.
Terdapat 3 kemahiran pragmatik yang akan dicapai pada hujung
perkembangan kanak- kanak :
1. Speech registers / daftar bahasa
-kemahiran membuat penyesuaian bahasa supaya
memenuhi keperluan sosial saperti apa khabar, tumpang
lalu, mohon maaf, terima kasih, bye-bye.
2. Shading
-kemahiran mengalih topik perbincangan atau perbualan
secara beransur- ansur mengikut keadaan.
3. Turnabout
-kemahiran mengalih topik perbincangan supaya dapat
menerima tindak balas atau pendapat dari pendengar.
ASAS PEMEROLEHAN BAHASA
Asas pemerolehan bahasa terbahagi kepada tiga iaitu :
PISMP PK SEM 1 2009 | FADILAH SANUSI & NURUL SYAMIMI JAAFAR
-
7/29/2019 Komponen- Komponen Dalam Bahasa
6/8
1
Jan
.1
Pengenalan Kepada Masalah Bahasa & Komunikasi
Fisiologi
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Psiko-sosial
- diperolehi hasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan orang
dewasa.
- Contohnya, kanak-kanak yang berpeluang berinteraksi dengan orang
dewasa, akan cepat memperolehi bahasa kerana dapat membina
model bahasa.
- Meniru perbendaharaan kata orang sekeliling melalui interaksi.
Kognitif
- bergantung kepada keupayaan dan kematangan kognitif seseorang.
- Perkembangan kognitif yang baik membolehkan kanak-kanak
memperoleh bahasa dengan cepat.
-
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa iaitu :
i. Kebolehan kognitif
ii. Faktor persekitaran
iii. Faktor genetik
a) kecerdasan & psikomotor
PISMP PK SEM 1 2009 | FADILAH SANUSI & NURUL SYAMIMI JAAFAR
Kebolehan
kognitif
Kecerdasan &
psikomotor
-
7/29/2019 Komponen- Komponen Dalam Bahasa
7/8
1
Jan
.1
Pengenalan Kepada Masalah Bahasa & Komunikasi
- kanak-kanak yang cerdas bercakap lebih lebih awal daripada kebanyakkannnya
kanak-kanak yang cacat otaknya.
- Hal ini bermakna, kecerdasan minda amat penting dalam perkembangan kanak-
kanak.
a) Taraf sosioekonomi
- berkaitan dengan taraf pendidikan dan kelas sesebuah keluarga.
- Kebiasaannya, kanak-kanak daripada keluarga berada boleh bercakap lebih
awal daripada kanak-kanak kurang berada.
- keluarga berada dapat menyediakan kemudahan dan permainan yang
tertentu yang membolehkan kanank-kanak bertutur dengan lebih cepat.
b) Tempat tinggal
-kanak-kanak yang tinggal di bandar lebih cepat berlaku proses
perkembangan bahasa kerana didedahkan dengan pelbagai perkembangan
ilmu yang canggih.
- terdapat kemudahan-kemudahan komunikasi yang canggih di bandar.
PISMP PK SEM 1 2009 | FADILAH SANUSI & NURUL SYAMIMI JAAFAR
-
7/29/2019 Komponen- Komponen Dalam Bahasa
8/8
1
Jan
.1
Pengenalan Kepada Masalah Bahasa & Komunikasi
- kanak-kanak luar bandar kurang pendedahan terhadap alat-alat komunikasi
dan media massa yang berperanan menambahkan perbendaharaan kata
kanak-kanak.
- penduduk yang banyak di bandar membolehkan tahap perkembangan
bahasa berlaku dengan lebih cepat.
c) Pendidikan awal kanak-kanak
- Kanak-kanak yang diberikan pendidikan awal ( tadika), lebih cepat
berbahasa.
- pendidikan di sekolah membolehkan mereka berinteraksi dengan orang
ramai sekaligus menambahkan perbendaharaan kata..
d) Hubungan kekeluargaan
- keluarga yang mesra dapat mewujudkan interaksi yang aktif di kalangan
kanak-kanak.
a) Faktor baka
- Ibu bapa yang petah bercakap kemungkinan besar melahirkan anak yang
petah bercakap.
PISMP PK SEM 1 2009 | FADILAH SANUSI & NURUL SYAMIMI JAAFAR
Faktor genetikBaka