Komponen Pengubah Kuasa

5
Komponen Pengubah Kuasa Terdapat berbagai elemen yang berbeza, bahagian dan perlatan pada pengubah boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama : 1. Bahagian aktif 2. Bahagian pasif Bahagian aktif terdiri daripada teras, belitan, penebat dan tap changer. Bahagian yang aktif menjadikan ianya sebuah pengubah, untuk berfungsi sebagai pengasing galvani dan / atau mengubah voltan dari tingi ke rendah atau sebaliknya. Bahagian pasif diperlukan untuk membuat pengubah berfungsi untuk kegunaan sebenarnya, contohnya peralatan penyejukan, peralatan perlindungan dan lain-lain. Bahagian Aktif Bahagian aktif terdiri daripada teras, belitan, penebat dan tap changer. Bahagian yang aktif menjadikan ianya sebuah pengubah, untuk berfungsi sebagai pengasing galvani dan / atau mengubah voltan dari tingi ke rendah atau sebaliknya. Bahagian aktif adalah berbeza bergantung kepada konsep asas pengubah, iaitu dry-type dan liquid/oil immersed, terutamanya kerana penggunaan bahan penebat yang berbeza. • Teras (Core) • Belitan (Winding) • Bahan Penebat (Insulation Material) • Penebat Cecair (Insulation Liquids) • Tap Changer - Perubahan Voltan Konsep Asas Transformer Dry-Type Transformers: • Vacuum Pressure Impregnated • Vacuum Pressure Encapsulated • Cast Resin Encapsulated • Glass Fibre re-inforced Resin Encapsulated Liquid/Oil Immersed Transformers: [email protected]

Transcript of Komponen Pengubah Kuasa

Page 1: Komponen Pengubah Kuasa

Komponen Pengubah Kuasa

Terdapat berbagai elemen yang berbeza, bahagian dan perlatan pada pengubah boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama :1. Bahagian aktif2. Bahagian pasif

Bahagian aktif terdiri daripada teras, belitan, penebat dan tap changer. Bahagian yang aktif menjadikan ianya sebuah pengubah, untuk berfungsi sebagai pengasing galvani dan / atau mengubah voltan dari tingi ke rendah atau sebaliknya.

Bahagian pasif diperlukan untuk membuat pengubah berfungsi untuk kegunaan sebenarnya, contohnya peralatan penyejukan, peralatan perlindungan dan lain-lain.

Bahagian Aktif

Bahagian aktif terdiri daripada teras, belitan, penebat dan tap changer. Bahagian yang aktif menjadikan ianya sebuah pengubah, untuk berfungsi sebagai pengasing galvani dan / atau mengubah voltan dari tingi ke rendah atau sebaliknya.Bahagian aktif adalah berbeza bergantung kepada konsep asas pengubah, iaitu dry-type dan liquid/oil immersed, terutamanya kerana penggunaan bahan penebat yang berbeza.

• Teras (Core)• Belitan (Winding)• Bahan Penebat (Insulation Material)• Penebat Cecair (Insulation Liquids)• Tap Changer - Perubahan Voltan

Konsep Asas Transformer

Dry-Type Transformers:• Vacuum Pressure Impregnated• Vacuum Pressure Encapsulated• Cast Resin Encapsulated• Glass Fibre re-inforced Resin Encapsulated

Liquid/Oil Immersed Transformers:• Hermetically Sealed (Sealed Type)• Breathing Type

Transformer Oil

Penebat jenis minyak / cecair mempunyai tebatan berkualiti tinggi dan digunakan untuk dua tujuan:

- Menebat gegelung untuk membantu menghilangkan haba yang dihasilkan oleh rintangan belitan dan arus pusar (eddy currents) dalam teras dan bahagian-bahagian lain daripada besi.

[email protected]

Page 2: Komponen Pengubah Kuasa

- Jika haba ini tidak dibuang pengubah akan beroperasi pada suhu yang terlalu tinggi, yang seterusnya, akan merosakkan atau memusnahkan penebat pada gegelung.

Terdapat dua kumpulan utama minyak / cecair digunakan dalam pengubah, contohnya:• Minyak Mineral• Inhibited• Un-inhitibed• Nonflammable Liquids• Synthetic Esters• Silicon oil

Minyak mineral adalah penebat cecair bukan toksid. Ia digunakan dalam pelbagai jenis peralatan elektrik voltan tinggi, seperti pemutus litar, suis dan transformer. Minyak mineral mesti disimpan di dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan pembetukan enapcemar.

Enap cemar ini akan wujud di bahagian bawah tangki dan melambatkan pemindahan haba semulajadi. Juga minyak mineral jika dibiarkan terdedah kepada udara, ia akan kehilangan daya tebatan.

Tap Changer

Terdapat dua cara untuk menguruskan perubahan voltan dalam pengubah:• Off-circuit tap changers / bolted links• On-load tap changers

Off-circuit tap changer sering digunakan dalam pengubah penebatan minyak / cecair. Pengubah dry-type biasanya tap changer adalah secara manual menggunakan bolted links, iaitu dengan mengubah sambungan kabel kepada belitan utama.

On-load tap changer sering digunakan untuk menguruskan rangkaian bekalan voltan bervariasi yang berterusan. Motor digunakan dan dikawal oleh geganti pengatur voltan (voltage regulator relay).

Bahagian Pasif

Bahagian pasif diperlukan untuk membuat pengubah berfungsi dalam realiti, contohnya peralatan penyejukan, peralatan perlindungan dan lain-lain.

Bahagian pasif adalah berbeza bergantung kepada konsep asas pengubah, iaitu pengubah jenis kering atau pengubah menggunakan cecair / minyak :

Dry-Type Transformers:• Peralatan Penyejukan• Enclosure• Alat Perlindungan• Aksesori

Liquid/Oil Immersed Transformers:

[email protected]

Page 3: Komponen Pengubah Kuasa

• Transformer Vessel / Tank• Liquid/Oil Consevator / Expansion Tank• Peralatan Penyejukan• Enclosure - Kotak Penamatan Kabel Utama• Alat Perlindungan• Aksesori

Peralatan Penyejukan

Liquid/Oil Immersed transformers boleh disejukkan dengan cara yang berbeza.

- Udara persekitaran (ONAN)

- Tiupan kipas (ONAF)

- Penyejukan air (OFWF)

Pengubah minyak yang kecil dengan kuasa penarafan 0,1-5 MVA selalunya dilengkapi dengan tangki fleksibel dengan sirip penyejukan beralun (cooling fins). Transformer akan sejuk secara semulajadi dan tiada keperluan untuk peralatan penyejukan tambahan luaran.

Pengubah minyak yang lebih besar sering dibuat dengan reka bentuk tangki tegar dengan tiub luaran atau radiator luar yang bekerja sebagai peralatan penyejukan. Minyak beredar melalui peralatan penyejukan luar dengan cara olakan bebas yang disebabkan oleh perbezaan dalam suhu minyak. Dalam kes penyejukan udara secara natural pengubah dengan pengasingan penyejukan radiator yang paling biasa digunakan.

Terdapat dua pilihan forced cooling :- penyejukan udara paksa dengan menggunakan kipas sebagai peralatan penyejukan- penyejukan air dengan heat exchanger

Alat-alat perlindungan:- dehydrating breather- Gas Relay – Buchholz- liquid/oil level indicators- liquid/oil thermometer- Peranti Pelbagai fungsi - DGPT2- over pressure relay- over pressure valve- PT100 resistors- Surge arrestors- winding temperature indicator

[email protected]

Page 4: Komponen Pengubah Kuasa

Bahagian-bahagian alatubah (Transformers)

1. Flange for mounting2. Tank, Tank cover3. Core4. Conservator5. Cooler (Radoator)6. Windings on 37. LV bushing

8. HV bushing9. Terminals connections10. Carriage11. Core-bolts12. Header13. Thermometer14. Bushholtz relay

[email protected]