Komponen Yang Perlu Ada Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan

5
Salam, mengikut tajuk yang mamak haji tulis di atas memang keliru, mamak haji tak dapat perkataan yang sesuai untuk makna , “specialty food business” dalam bahasa Melayu. Seperti mamak haji katakan bidang masakan ini amat luas se hinggakan kita boleh terokai makanan untuk angkasawan tapi bukan nasi kandar lah, mungkin masakan berbentuk pil yang secocok dengan keadaan keperluan mereka. Dunia masakan begitu luas. Sekiranya perniagaan warung atau kedai makan tak menjadi, kita pilih pulak bidang yang sama “masakan” tapi kita ubah jadi pengeluar makanan yang tersedia masak siap untuk dijual. Pasaran kini amat luas untuk masakan halal yang disejuk beku atau dalam tin atau pembungkusan yang unik. Banyak resepi yang mamak haji berikan kepada pembaca blog ini memang kearah produk makanan siap seperti contohnya, anda boleh membotolkan sos cili yang paling enak, mayonise, worchester sauce, barbeque sauce, serbuk kari, serbuk beriani, serbuk garam masala, serbuk kurmak, perencah tomyam enak, pes halia bawang putih dan banyak lagi mamak haji sendiri pun sudah lupa. Mamak Haji semalam menerima sepucuk e-mail yang sangat baik. Beliau adalah seorang pegawai anggota keselamatan yang ingin hijrah dari makan gaji kepada perniagaan. Jiwanya, jiwa berniaga. Kalau jiwa dah jadi berniaga ini , anda makan gaji lah beribu-ribu sebulan tapi di sudut hati tetap akan cenderong kepada perniagaan. Kalau kita ada anak yang cenderung kepada perniagaan, biar kita beri dorongan kepadanya. Janganlah seperti penjajah Inggeris buatkan orang Melayu galakan makan gaji dengan kerajaan tetapi menggalakan orang Cina pendatang untuk berniaga. Dalam pada masa yang sama wujudkan ketuanan Melayu. Sebenarnya ketuanan Melayu yang sebenar adalah orang Melayu jadi Boss bukan dari segi politik saja tetapi paling penting adalah menjadi boss ekonomi negara. Cuba fikirkan di negara mana ekonomi negara terletak pada kaum minoriti?. Tidak ada maknanya jadi boss tapi duit tak ada.Bila orang Melayu pegang ekonomi sudah tentu kuasa politik akan mengikut kuasa ekonomi. Tidak ada dalam sejarah politik, kuasa ekonomi akan mengikut kuasa politik. Polisi setiap kerajaan amalkan demokrasi lebih condong kepada kuasa kapatalis. British sebenarnya telah menipu orang Melayu dan berikan kuasa sebenar kepentingan kaum minoriti. Orang Melayu masih dibuai mimpi ketuanan Melayu dengan poket kosong. British menjajah Tanah Melayu bukan dengan bala tentera tetapi dengan motifkan perniagaan yang digelar, Syarikat Hindia Timur. Ada juga profesor sejarah kata Tanah melayu tak pernah ditawan. Memang tak tawan tetapi yang ditawan adalah ekonomi. Orang luar yang melabur berjuta atau berbillion ringgit bukan saja nak untung dari pelaburan mereka tetapi mereka perlukan jaminan dan sokongan kuasa politik dalaman dan dari negara asal mereka untuk kepentingan pelaburan mereka. Sekiranya terjadi perkara buruk dalam negara yang mereka labur, apa akan terjadi pada nilai pelaburan mereka?. Maka pelabur-pelabur ini sentiasa mengawal politik dalam negara yang mereka melabur untuk kepentingan mereka. Siapa kisah dengan rakyat?. Itu semua persepsi yang dicanang melalui propaganda kerajaan. Apa yang ahli politik pentingkan cuma keselamatan pelaburan mereka terjamin. Maka untuk kepentingan ini pelabur-pelabur ini biasanya membeli pemimpin-pemimpin politik dengan nama saham untuk ahli politik tempatan. Inilah mamak haji katakan ekonomi selalunya mengawal politik. Sebenarnaya sukar nak merampas kembali ekonomi dari tangan orang lain ini pulangkan kepada orang Melayu. Selama 56 tahun UMNO mencuba melalui segala cara politik, adakah mereka berjaya?. Orang Melayu boleh berjaya sekiranya keluar dari kepompong reotorik kuasa politik parti-parti politik dan berdiri di atas keyakinan diri. Ramai daripada kita terlalu bergantung kepada kerajaan yang berkuasa membuatkan kita hilang keyakinan jati diri sendiri. Ada yang terlalu taksub pada parti-parti politik, percayalah sekiranya parti politik ini, satu hari akan istiharkan solat cuma 4 kali sehari dan ada yang akan yakin dengan kata-kata mereka. Sebenarnya kerajaan tidak galakan orang Melayu ada keyakinan diri, kalau nak bentuk keyakinan diri mereka

description

ok

Transcript of Komponen Yang Perlu Ada Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan

Page 1: Komponen Yang Perlu Ada Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan

Salam, mengikut tajuk yang mamak haji tulis di atas memang keliru, mamak haji tak dapat perkataan yang sesuai untuk makna , “specialty food business” dalam bahasa Melayu. Seperti mamak haji katakan bidang masakan ini amat luas se hinggakan kita boleh terokai makanan untuk angkasawan tapi bukan nasi kandar lah, mungkin masakan berbentuk pil yang secocok dengan keadaan keperluan mereka. Dunia masakan begitu luas. Sekiranya perniagaan warung atau kedai makan tak menjadi, kita pilih pulak bidang yang sama “masakan” tapi kita ubah jadi pengeluar makanan yang tersedia masak siap untuk dijual. Pasaran kini amat luas untuk masakan halal yang disejuk beku atau dalam tin atau pembungkusan yang unik. Banyak resepi yang mamak haji berikan kepada pembaca blog ini memang kearah produk makanan siap seperti contohnya, anda boleh membotolkan sos cili yang paling enak, mayonise, worchester sauce, barbeque sauce, serbuk kari, serbuk beriani, serbuk garam masala, serbuk kurmak, perencah tomyam enak, pes halia bawang putih dan banyak lagi mamak haji sendiri pun sudah lupa. Mamak Haji semalam menerima sepucuk e-mail yang sangat baik. Beliau adalah seorang  pegawai anggota keselamatan yang ingin hijrah dari makan gaji kepada perniagaan. Jiwanya, jiwa berniaga. Kalau jiwa dah jadi berniaga ini , anda makan gaji lah beribu-ribu sebulan tapi di sudut hati tetap akan cenderong kepada perniagaan. Kalau kita ada anak yang cenderung kepada perniagaan, biar kita beri dorongan kepadanya. Janganlah seperti penjajah Inggeris buatkan orang Melayu galakan makan gaji dengan kerajaan tetapi menggalakan orang Cina pendatang untuk berniaga. Dalam pada masa yang sama wujudkan ketuanan Melayu. Sebenarnya ketuanan Melayu yang sebenar adalah orang Melayu jadi Boss bukan dari segi politik saja tetapi paling penting adalah menjadi boss ekonomi negara. Cuba fikirkan di negara mana ekonomi negara terletak pada kaum minoriti?. Tidak ada maknanya jadi boss tapi duit tak ada.Bila orang Melayu pegang ekonomi sudah tentu kuasa politik akan mengikut kuasa ekonomi. Tidak ada dalam sejarah politik, kuasa ekonomi akan mengikut kuasa politik. Polisi setiap kerajaan amalkan demokrasi lebih condong kepada kuasa kapatalis. British sebenarnya telah menipu orang Melayu dan berikan kuasa sebenar kepentingan kaum minoriti. Orang Melayu masih dibuai mimpi ketuanan Melayu dengan poket kosong. British menjajah Tanah Melayu bukan dengan bala tentera tetapi dengan motifkan perniagaan yang digelar, Syarikat Hindia Timur. Ada juga profesor sejarah kata Tanah melayu tak pernah ditawan.  Memang tak tawan tetapi yang ditawan adalah ekonomi. Orang luar yang melabur berjuta atau berbillion ringgit bukan saja nak untung dari pelaburan mereka  tetapi mereka perlukan jaminan dan sokongan kuasa politik dalaman dan dari negara asal mereka untuk kepentingan pelaburan mereka. Sekiranya terjadi perkara buruk dalam negara yang mereka labur, apa akan terjadi pada nilai pelaburan mereka?. Maka pelabur-pelabur ini sentiasa mengawal politik dalam negara yang mereka melabur untuk kepentingan mereka. Siapa kisah dengan rakyat?. Itu semua persepsi yang dicanang melalui propaganda kerajaan. Apa yang ahli politik pentingkan cuma keselamatan pelaburan mereka terjamin. Maka untuk kepentingan ini pelabur-pelabur ini biasanya membeli pemimpin-pemimpin politik dengan nama saham untuk ahli politik tempatan. Inilah mamak haji katakan ekonomi selalunya mengawal politik. Sebenarnaya sukar nak merampas kembali ekonomi dari  tangan orang lain ini pulangkan kepada orang Melayu. Selama 56 tahun UMNO mencuba melalui segala cara politik,  adakah mereka berjaya?. Orang Melayu boleh berjaya sekiranya keluar dari kepompong reotorik  kuasa politik parti-parti politik dan berdiri di atas keyakinan diri. Ramai daripada kita terlalu bergantung kepada kerajaan yang berkuasa membuatkan kita hilang keyakinan jati diri sendiri. Ada yang terlalu taksub pada parti-parti politik, percayalah sekiranya parti politik  ini, satu hari akan istiharkan solat cuma 4 kali sehari dan ada yang akan yakin dengan kata-kata mereka. Sebenarnya kerajaan tidak galakan orang Melayu ada keyakinan diri, kalau nak bentuk keyakinan diri mereka takut rakyat tidak peduli siapa yang memerintah tetapi yang memerintah perlulah ada sikap, Dari rakyat kepada rakyat. Tolonglah jangan tanam benih ketakutan di pemikiran Melayu dengan cerita-cerita karut seperti cerita hantu. Tugas media yang sepatutnya membina minda rakyat telah terpesung kepada propaganda untuk pemerintah. Orang melayu dah sampai ketahap, bila mana ingin buka perniagaan baru, solan pertama mereka akan tanya ialah, “Kerajaan ada sediakan bantuan kah?”, Seperti mamak haji selalu perkatakan, “tolong itu ada  dua jenis”. Satu tolong orang betul-betul dengan ikhlas, satu lagi tolong

Page 2: Komponen Yang Perlu Ada Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan

diri sendiri. Kerajaan tolong itu anda katogarikan dalam bahagian mana?. Tolong undi kami, kami akan tolong kamu. Inilah, ada parti politik berjanji sebelum menang pilihanraya bermacam-macam, harga minyak boleh diturunkanlah, air percuma, mak jan boleh dapat elaun khas dan macam -macam lagi janji, ini tolong apa benda namanya?. Bukan kah mereka ini ingin tolong diri mereka untuk menang dalam pilihanraya?. Maaf, mamak haji dah bawa anda pusing lagi padang kota naik beca.Disebabkan celoteh mamak haji ini dah berlebihan mamak haji jadikan tajuk ini dua siri. Harap pembaca jangan bosan. Mamak haji suka kepada perencah yang terbaik bila masak kuah kari macam itu juga posting mamak haji. Rempah kena adunkan supaya pembaca betul-betul faham apa yang berlaku disekeliling mereka. Kita sebagai peniaga perlu sensitif kepada apa yang sedang atau akan berlaku disekitar kita terutamanya untuk membentuk strategi pemasaran yang tepat dan betul. Ada seorang pembaca blog mengirim e-mail. Soalan beliau begini:

Saya berminat masak begitu juga seluruh keluarga, timbul idea ingin komersialkan beriani sejuk beku. Masukkan cuma dau minit boleh dapatkan beriani seperti masakan asli.

Di Negara ini sejuk bekuan ini jarang di jumpai seperti di luar negara. Mohon pandangan dan nasihat mamak haji di mana boleh mendapatkan kursus tentang proses

makanan sejuk beku ini. Mohon  nasihat cara mulakan perniagaan ini.

PRO DAN KONTRA MEMBUKA PERNIAGAAN MEMPROSES MAKANAN.Perniagaan memproses makanan boleh memberi pemulangan yang amat menguntungkan dan sangat memberi kepuasan untuk peniaga kecil. Jangan lupa perniagaan ini juga bakal memberi cabaran yang anda tidak dapat bayangkan dan sentiasa mempunyai risiko seperti cabaran dalam pemasaran, kualiti dan akta bersangkutan dengan keselamatan makanan yang ketat perlu dihadapi. Risiko ini bukanlah sesuatu perkara yang sukar di atasi sekiranya kita punyai cara untuk menghindarkannya. Senarai yang mamak haji sediakan ini salah satu cara pengurusan yang akan mengurangkan “risk” / risiko perniagaan ini. Ini terpulang kepada kebijaksanaan dan keberanian untuk anda menghadapi.KEBAIKAN PERNIAGAAN INI:

Anda akan menjdi, “BOSS”. Tak pelu lagi jadi kuli bawah orang lain. Anda dapat mengaturkan masa depan anda sendiri tanpa 3 “B” (Bodek, Bangsat, Baruah). Masa itu emas bagi anda. Masa tidak terbuang tapi digunakan untuk memajukan diri dan perniagaan

anda. Tiada siapa yang boleh aturkan masa anda seperti punch card dan lain-lain. Anda adalah “master” bagi masa. Lebih masa anda kerja lebihlah pendapatan.

Anda melakukan apa yang anda selama inginkan selama ini yang terbuku dalam hati anda.  Keyakinan diri anda akan meningkat.

Keuntungan atau kebaikan yang diperolehi adalah milik anda sendiri, tiada orang akan merampas dari anda.

Kebebasan berfikir dan laksanakan pendapat dan kejayaan yang menunggu adalah milik anda. Tiada siapa yang merampas kebebasan anda.

Sekiranya produk anda meletup di pasaran anda adalah Raja bagi produk anda, bayangkan kejayaannya.KEBURUKAN:Setiap kebaikan pasti ada risiko yang digelar keburukan. Ia adalah lumrah alam seperti siang diganti malam. Maka kita nak cahaya di malam hari, dan manusia berjaya cipta lampu. Maka perniagaan juga begitu. Setiap keburukan sekiranya kita tahu dan di ambil kira , boleh lah mengurangkan keburukan ini.

Risiko kegagalan. Masa akan menjadi musuh kita, perlu berkerja tak kira waktu. Tidak ada waktu kerja pejabat 8.00 pagi

balik pukul 5:00 petang.Selepas itu bersama keluarga. Cengkaman kewangan dan akan dirasai. Anda akan mungkin kekeringan wang untuk operasi sekiranya

tidak ada kawalan kewangan yang cekap. Mungkin konflik keluarga dari segi kewangan akan timbul. Masa untuk keluarga akan berkurangan

menyebabkan kekeciwaan ahli keluarga yang tidak memahami tentang perniagaan membawa masalah peribadi.

Cara hidup akan berubah pada diri anda mungkin ia merenggangkan hubungan sosial anda. Emotional Burnt out atau tekanan perasaan akan menimpa anda.

Page 3: Komponen Yang Perlu Ada Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan

Igauan kemungkinan produk anda tidak diterima di pasaran sentiasa gusarkan anda.Dengan sebab-sebab di atas, anda perlu mengambil keputusan untuk mengurangkan risiko kegagalan dan maksimumkan peluang kejayaan perniagaan anda dengan cara berikut:

Usahakan Rancangan Perniagaan (business plan) yang baik. Sentiasa meniliti Rancangan Perniagaan dan ubah-suai untuk keadaan se masa dan situasi mengikut

perniagaan anda, bersesuain kecapaian dan matlamat kejayaan perniagaan. Mempertingkatkan Rancangan dan Strategi Pemasaran yang baik. Belajar dan ikut akta-akta penguatkuasaan pemakanan dengan belajar garis panduan dan sentiasa

amalkan. Buat analisa kewangan dan sentiasa mengubah-suai mengikut perniagaan. Anda perlu tahu mana satu kehidupan perniagaan dan mana satu kehidupan berkeluarga. Jangan

adunkan kedua ini. buat garisan pemisah antara dua perkara ini.

KOMPONEN YANG PERLU ADA DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN:1. Penerangan ‘am tentang rancangan perniagaan atau dipanggil “executive Summary” – Biasanya ia

dimuatkan dalam satu muka depan dalam rancangan perniagaan.2. Penerangan tentang Perniagaan Anda –  a. Termasuk produk yang AKAN dihasilkan atau perkhidmatan

yang ditawarkan. b. Bentuk perniagaan seperti enterprise atau Sendirian Berhad atau berbentuk koperasi.

3. Objektif dan Matlamat Perniagaan. – contohnya seperti bagaimana anda akan mencapai objektif anda dan jangka masa (tarikh) matlamat anda  itu jadi kenyataan.

4. Keterangan projek – bagaimana anda rancang operasi perniagaan untuk membantu capai matlamat asal.

5. Penilaian pasaran – bagaimana anda aturkan rancangan pemasaran bagi produk yang anda hasilkan.6. Kajian tentang “trend” didalam industri ini – seperti terangkan persaingan yang akan dihadapi,

pelangan yang disasarkan dan terangkan bagaimana produk anda akan sampai kepada pelangan baru.7. Pengurusan dan pekerja – Melakarkan carta organisasi dan terangkan dengan jelas tugas-tugas dan

juga latar belakang secara ringkas satff yang utama.8. Penyata Kewangan –  Termasuk Penyata Pendapatan dan balance sheet. Baget tahunan mula operasi

dan bajet untuk 2 tahun akan datang.9. Punca Kewangan  untuk projek anda – punca kewangan termasuk ekuiti anda dalam syarikat dan jika

anda punyai bantuan kewangan dari punca lain. Terangkan bantuan kredit yang dijamin.10. Sekiranya syarikat ini dikongsi senaraikan nama pengongksi, alamat, dan no.telipon.

LANGKAH-LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN PRODUK MAKANAN SIAP:1. Anda perlu ada produk yang anda ingin meniagakan secara komersial. Ia dalah contoh asal atau di gelar proto type. Anda perlu sediakan masakan proto-type sehingga betul-betul sempurna. Panggil saudara mara, sahabat-tolan, jiran tetangga untuk rasa masakan proto-type yang anda akan buat apa saja, seperti sejuk beku, tinkan atau jual begitu saja dalam bungkusan. Pada masa buat kenduri ini (ini bukan tolong orang, ini tolong diri sendiri)..hehehe,  ini anda perlu edarkan borang kaji selidik seperti rasa, texture dan penonjolan masakan. Ini kena buat dengan borang kerana orang kita jarang buat komen depan tukang masak dan juga benda free memang sedap.2. Selepas itu anda pastikan bagaimana anda ingin simpan sebelum dijual?. Adakah anda ingin simpan dalam peti sejuk beku, atau di rak, atau ingin tinkan. Bagaimana dengan tempat simpanan itu?.3. Pastikan pada permulaan jumlah produk yang anda ingin hasilkan untuk komersial. Biasanya untuk makanan cecair seperi cili sos  50 – 100 liter memadai, bagi produk pepajal 10 kg – 25 kg adalah terbaik.4. Sebelum anda terjun ke gelanggang pastikan contoh resepi anda dikemukakan kepada bahagian penguatkuasa makanan untuk diuji untuk mendapatkan kelulusan mengikut akta pemakanan 1983 dan peraturan makanan 1985 dengan pihak berkuasa yang bertanggung-jawab adalah terbaik. Kita tak mahu ada syarikat yang punyai produk sama yang berkelulusan PHD (Perasaan Hasad Dengki) akan membuat lapuran bila didapati produk anda laku dan produk mereka lingkup dalam pasaran. Orang Melayu tentang adu mengadu ini memang no.1. Tak boleh lihat saudara seagama dia berjaya. Maka eloklah persiapkan diri sebelum terjun ke gelanggang.

Page 4: Komponen Yang Perlu Ada Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan

5. Mungkin resepi anda perlu ubah mengikut kepiawaian pihak berkuasa, selepas resepi akhir mendapat kelulusan, kaji kembali harga bahan-bahan masakan mengikut resepi yang telah diluluskan. Buat kaji selidik kepuasaan pelangan sebelum mula di komersialkan.Mamak haji dah penat, terpaksa sambung esok tentang cara cipta label, pemasaran dan pengeluaran . Kalau baca banyak sangat pun boring dan cepat lupa. Biar kita perlahankan sedikit. Harap tunggu bahagian 3 dan akhir. 

LABEL UNTUK PRODUK ANDA:1. Label produk anda akan bermula dengan “jenama”. Tentukan jenama yang sesuai untuk produk anda.

Jangan terburu-buru untuk  membuat keputusan untuk jenanamakan produk anda. Jenama produk anda tidak mestinya yang menerangkan produk yang bakal dikeluarkan tetapi perlu menunjukkan kriteria syarikat anda. Kemungkinan anda boleh  keluarkan produk yang lain disamping dengan produk yang ada. Maka jangan terlalu tergantung kepada sebuah jenama untuk semua produk yang bakal anda ingin keluarkan. Jenama produk perlu punyai emosi. Jenama anda mungkin ganjil dan kontraversi tetapi nama itu mungkin akan terlekat di hati dan mulut bakal pelangan anda. Ini digelar, “branding”. Lagi pun jenama produk anda bukan untuk anda tetapi untuk pelangan dan bakal pelangan. Pemilihan jenama untuk produk bukan untuk peribadi anda tetapi nama yang dipilih ialah strategi pemasaran. Jadi pilih lah nama yang terbaik untuk produk anda dan jadikan “jenama” / Brand anda.

2. Sebelum produk anda dikeluarkan anda perlu tahu peraturan-peraturan undang-undang pemakanan negara. Ia amat penting walau pun segelintir dari kita tak endahkan perkara ini. Agensi-agensi kerajaan seperti FAMA menyediakan bantuan untuk analisa mikrob, biologi dan nilai pemakanan bagi tujuan menyediakan label untuk produk anda. Cuba dapatkan penjelasan dari Pegawai FAMA di bahagian Pemasaran Produk Proses. Adalah diberitakan juga al-kisah panglima-panglima FAMA ini akan membantu anda untuk menyediakan rancangan untuk menyertai pameran, karnival, ekspo dan memberi liputan publisiti untuk produk anda. Sejauh mana FAMA ini berkesan Allahwuallam. Tak cuba belum tahu bukan?. Cuba dapatkan informasi dengan menghadiri sendiri ke pejabat FAMA negeri. Kalau tak dapat bantuan yang anda harapkan jangan lemah semangat. Kalau orang biasa macam kita yang tak ada kabel minta pertolongan dari agensi kerajaan memang lagu itu. Kena sabar dan bersemangat waja. Kalau tak dapat juga lawat Makmal-makmal persendirian untuk dapatkan penerangan tentang perkara ini.

3. Pilih saiz dan bentuk label yang mudah untuk pembungkusan.4. Sekiranya skala kecil pengeluaran produk anda, lebih baik buat label ini menggunakan komputer anda.

Ia jimatkan kos dan juga boleh anda kaji selidik jenama adakah ia boleh tembusi pasaran atau sebaliknya. Dengan kos murah anda tidak ada masalah untuk tukarkan label produk anda mengikut analisa anda.

5. Anda juga boleh gunakan “bar kod” dalam label anda sekiranya anda ingin bekalkan kepada pasaraya-pasaraya. Mereka mungkin letakan bar kod sebagai syarat untuk menerima produk anda. Cuba kaji selidik kos untuk mencetak bar kod dalam label anda.  Buat keputusan bijak mengenai kewangan dalam label produk andaKEPUTUSAN MENGENAI PEMASARAN:

1. Tulis sebuah rancangan pemasaran yang baik. Di dalam rancangan pemasaran itu anda perlu memuatkan kajian mengenai harga , atau rancangan pemasaran pesaing dalam kategori sama dan apakah langkah-langkah untuk mengatasi pesaing anda.

2. Buat keputusan, Apakah cara yang terbaik untuk mengedar produk anda seperti, secara runcit di pasar malam, pasar tani dan menghantar kepada kedai-kedai runcit atau jualan terus rumah ke rumah atau pun melalui pemasaran internet. Mamak haji sarankan agar anda lakukan cara moderate ia bukan saja senang untuk dijual bahkan anda boleh belajar reaksi pelangan dan maklum balas pelangan secara terus. Car ini lebih baik dari terjun terus untuk pengeluaran besar-besaran dan hanya tumpu kepada wakil-wakil yang anda lantik. Produk kita, kita yang kena pedulikan.

3. Tentukan harga jualan produk anda melalui kajian ke atas harga pesaing yang ditawarkan untuk produk yang sama.

4. Berusaha untuk mencipta satu sistem pengedaran produk anda yang betul dan baik. Anda boleh memilih menjual sendiri,melantik ajen pengedar atau pun pemborong.