komsas

18
1.0 Pengenalan Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang bangsa dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai. Bangsa Melayu adalah msayrakat yang terbesar meliputi 54% daripada populasi rakyat di Malaysia. Pastinya setiap kaum mempunyai adat dan budaya yang telah diwarisi sejak turun temurun. Masyarakat Melayu tradisional misalnya telah menjadikan sastera sebagai wadah dalam kehidupan seharian mereka, sebagai contoh, seorang mendodoikan bayinya sama ada secara sengaja atau tidak akan menyanyikan balada yang berirama dan merdu. 1.1 Objektif Penulisan 2.0 Definisi Pantun Pantun ialah sejenis puisi melayu tradisional yang merupakan puisi asli kepunyaan bangsa Melayu yang amat membanggakan. Justeru, pantun adalah khazanah agung bangsa yang tidak dipunyai oleh masyarakat dunia yang lain.Penyelidik dan Sarjana Barat ada mengatakan bahawa tidak ada anak melayu yang tidak mengetahuai pantun . Hal ini ada kebenarannya kerna pantun telah digunakan untuk menyampaikan pemikiran atau mengetengahkan perasaan gembira, sedih, marah, rindu dan sayang secara meluas dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga kini. Menurut Zaaba(1962) pantun itulah kaedah rangkap yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Pantun juga menurut beliau merupakan puisi atau karangan beragkap yang disusun dengan bahagian yang berkerat dan antara sekerat dengan sekerat itu biasa berjodoh rentak atau isinya. Harun MatPiah (1981) dipetik sebagai berkata bahawa sebuah pantun berisi suatu pada koplet pertama yang memberi bayangan kepada koplet kedua. Pantun juga mempunyai rangkap yang asingan dalam setiap rangkap tediri daripada baris atau kerat. Pendapat yang diutarakan oleh Mohd Yusof M. Nor (1985) ialah pantun memiliki variasi, bentuk dan jenis. Jenis dan bentuk dapat dibahagikan mengikut isinya. Pendapat Mohd Yusof adalah selari dengan Asmad (1990) yang menyatakan bahawa pantun merupakan bentuk puisi sastera Melayu yang asli. Menurutnya lagi, pantun mempunyai keindahan seni yang tersendiri, mempunyai tema yang berlegar dalam linglungan budi bahasa, adat sopan dan kasih.

description

bm

Transcript of komsas

Page 1: komsas

1.0 Pengenalan

Malaysia ialah sebuah negara yang berbilang bangsa dan rakyatnya hidup dalam keadaan

aman dan damai. Bangsa Melayu adalah msayrakat yang terbesar meliputi 54% daripada

populasi rakyat di Malaysia. Pastinya setiap kaum mempunyai adat dan budaya yang telah

diwarisi sejak turun temurun. Masyarakat Melayu tradisional misalnya telah menjadikan

sastera sebagai wadah dalam kehidupan seharian mereka, sebagai contoh, seorang

mendodoikan bayinya sama ada secara sengaja atau tidak akan menyanyikan balada yang

berirama dan merdu.

1.1 Objektif Penulisan

2.0 Definisi Pantun

Pantun ialah sejenis puisi melayu tradisional yang merupakan puisi asli kepunyaan

bangsa Melayu yang amat membanggakan. Justeru, pantun adalah khazanah agung bangsa

yang tidak dipunyai oleh masyarakat dunia yang lain.Penyelidik dan Sarjana Barat ada

mengatakan bahawa “ tidak ada anak melayu yang tidak mengetahuai pantun”. Hal ini ada

kebenarannya kerna pantun telah digunakan untuk menyampaikan pemikiran atau

mengetengahkan perasaan gembira, sedih, marah, rindu dan sayang secara meluas dalam

kehidupan masyarakat Melayu hingga kini. Menurut Zaaba(1962) pantun itulah kaedah

rangkap yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Pantun juga menurut

beliau merupakan puisi atau karangan beragkap yang disusun dengan bahagian yang

berkerat dan antara sekerat dengan sekerat itu biasa berjodoh rentak atau isinya.

Harun MatPiah (1981) dipetik sebagai berkata bahawa sebuah pantun berisi suatu pada

koplet pertama yang memberi bayangan kepada koplet kedua. Pantun juga mempunyai

rangkap yang asingan dalam setiap rangkap tediri daripada baris atau kerat.

Pendapat yang diutarakan oleh Mohd Yusof M. Nor (1985) ialah pantun memiliki

variasi, bentuk dan jenis. Jenis dan bentuk dapat dibahagikan mengikut isinya. Pendapat

Mohd Yusof adalah selari dengan Asmad (1990) yang menyatakan bahawa pantun

merupakan bentuk puisi sastera Melayu yang asli. Menurutnya lagi, pantun mempunyai

keindahan seni yang tersendiri, mempunyai tema yang berlegar dalam linglungan budi

bahasa, adat sopan dan kasih.

Page 2: komsas

Selain itu, beberapa pendapat daripada penulis yang mengulas tentang pantun,

antraanya ialah Zawiah Ahmad ( 1997) menyatakan bahawa pantun adalah puisia

tradisional di samping merupaka puisi yang comel. Nik Hassan Basri (2007) telah

menyatakan bahawa pantun ialah sejenis puisi melayu lama yang berangkap yang terdiri

daripada empat baris bagi setiap rangkap, maka dua baris pertama itu dikenali sebagai

sampiran atau ayat pembayang dan dua baris yang selebihnya pula mengandungi maksud

yang dikenali sebagai ayat maksud. Pendapat yang diutarakan oleh Nik Hassan Basri

adalah senada dengan Siti Hajar Abdul Aziz (2008) iaitu karya yang berangkap yang

terbentuk secara berpasangan dalam jumalah baris yang genap. Sebagai kesimpulan

daripada beberapa pendapat para penulis dan pengkaji, pantun ialah satu ungkapan yang

diujarkan berdasarkan kepada situasi tertentu, berangkap, boleh berdiri sendiri sebgaai

kesatuan idea dan merupakan warisan budaya Melayu.

2.1 Sejarah Pantun

Puisi Melayu Tradisional iaitu pantun telah lama wujud dan hidup subur dalam

masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Pantun amat berguna dan bernilai sehingga

ada oreantalis pernah menegaskan bahawa “ sekiranya anda ingin mencari puisi

yang terlalu indah di dunia ini, maka kunjungikah ke Nusantara”. Ini bermakna

puisi yang indah sekali di dunia ini ialah pantun. Sebagai bukti kepada pernyataan

di atas, Victor Hugo, seorang penulis barat yag terkenal telah memanfaatkan

pantun ke dalam salah sebuah puisinya.

Pantun merupakan simbol artistik masyarakat nusantara dan menggambrakan

kebijaksanaan berfikir dan dijadikan alat komunikasi yang mampu

mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Berdasarkan sejarah

pantun, yang merupakan Puisi Melayu Tradisional berbentuk tetap, pastinya terdiri

daripada ciri-ciri tertentu yang boleh dipegang secara mutlak. Antaranya ialah :

i. rangkap pada pantun boleh berdiri sendiri sebagai kesatuan idea dan

berasingan serta dibina daripada baris yang berpasangan. Contoh yang

paling popular dan terus berkembang ialah pantun dua atau empat kerat.

ii. jumlah suku kata dalam setiap baris setiap bentuk pantun adalah antara

lapan hingga dua belas suku kata.

iii. jumlah pantun dalam setiap baris bagi setiap bentuk adalah antara tiga

hingga lima patah pekataan.

Page 3: komsas

iv. pola rima di tengah atau di hujung baris ialah berjajar dan beselang iaitu ab:

ab bagi pantun empat kerat dan aa bagi dua kerat.

v. dalam satu baris, terdapat satu hentian sebentar atau ditandai dengan jeda.

vi. struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu ayat pembayang atau

sampiran dan ayat maksud. Contoh :

Hari panas mencucuk benang, sampiran/

benang menjahit baju kebaya; ayat pembayang.

Air jenih lubuknya tenang,

Jangan disangka tiada buaya. ayat maksud

vii. bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan

unsur alam.

viii. maksud isi sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup.

ix. sarat dengan ciri-ciri tradisional yang menggambarkan perspektif

masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

2.2 Jenis Pantun

2.2.1 Jenis pantun Berdasarkan Bentuk

i. Pantun Dua Kerat- pantun yang terdiri dua baris serangkap, iaitu

baris yang pertama dikenali sebagai ayat pembayang atau

sampiran, manakala baris keduanya dikenali debagai maksud.

Contoh: Sudah geharu cendana pula,

Sudah tahu bertanya pula.

ii. Pantun Empat Kerat- pantun yang terdiri daripada empat baris

erangkap iaitu dua baris pertama dikenali sebagai ayat

pembayang dan baris kedua ialah ayat maksud.

Sirih junjung sirih pinang,

Sirih kami susun bertingka;

Adat disanjung pusaka dikenang,

Bangsa berbudi hidup berbakat.

Page 4: komsas

iii. Pantun Enam Kerat- pantun yang tediri daripada enam baris

serangkap iaitu tiga baris pertama dikenali sebagai ayat

pembayang manakala tiga baris yang kedua dikenali sebagi

maksud. Contoh:

Apa didapat orang memburu,

Dapat rusa jantan betina,

Sedang bersembunyi di celah batu;

Bila dapat bunga baru,

Bunga yang lama tidak berguna,

Adat dunia memang begitu.

iv. Pantun Lapan Kerat- pantun yang terdiri daripada lapan baris

serangkap, iaitu empat baris pertama dikenali sebagai ayat

pembayang atau sampiran, manakala baris kedua ialah ayat

maksud. Contoh:

Semenjak kentang jadi gulai,

Ubi tidak bersama lagi,

Taruh pucuknya di tepi kali,

Tempat mandian si anak desa;

Semenjak ringgit jadi nilai

Budi tidak di pandang lagi,

Terbuang tesisih tidak peduli,

Tinggal hati menjeruk rasa.

v. Pantun Sepuluh Kerat- pantun yang terdiri daripada sepuluh

baris serangkap. Lima baris pertama ialah ayat pembayang,

manalaka lima baris kedua ialah ayat maksud. Contoh

Burung pipit terbang melayang,

Mari hinggap di rumpun padi,

Padi terletak di bilik Mayamg,

Mayang berada di sudut laman,

Laman dihias pokok kelapa;

Bukan ringgit pegangan orang,

Pegang atas budi bahasa,

Page 5: komsas

Budi yang baik tidak akan hilang,

Tetapi dikenang sepanjang zaman,

Sampai mati dikenang jua

vi. Pantun Dua Belas Kerat- pantun yang terdiri daripada dua belas

baris serangkap yang menandungi enam baris pertama ialah ayat

pembayang, manakala enam baris kedua ialah ayat maksud.

Contoh:

Tarik kerak batang padi,

Dibawa orang dari laut,

Padi jangan diguparkan,

Kalau diupar antara gugur,

Bila gugur masuk perigi,

Di situ ditanam pula;

Tuan seorang yang baik budi,

Sebab budi hati terpaut,

Walau sedetik tidak terlupa,

Kalau lupa antara tidur,

Belum tidur antara mimpi,

Bila bangun teringat pula.

vii. Pantun Berkait- pantun yang terdiri daripada empat baris

serangkap yang dicipta secara berkait antara rangkap pertama

dengan rangkap yang sterusnya. Contoh:

Buah cempedak dibuat pengat,

Isikan mangkuk dua-dua;

wahai anak hendaklah ingat,

Waktu muda belum tua.

Isikan mangkuk dua-dua,

Mari diletak di atas pangkin;

Page 6: komsas

Waktu muda belum tua,

Waktu kaya sebelum miskin.

Mari diletak di atas pangkin,

Daun ketapang di dalam sumpit;

Waktu kaya sebelum miskin,

Waktu lapang sebelum sempit.

2.2.2 Jenis Pantun Berdasarkan Tema

i. Pantun Nasihat- pantun yang diujarkan bertujuan untuk

memberikan nasihat. Contoh:

Padi muda jangan dilurut,

Kalau dilurut pecah batang;

Hati muda jangan diturut,

Kalau diturut salah datang.

ii. Pantun Adat- pantun yang diujarkan bertemakan adat yang

penuh dengan sopan santun. Contoh:

Buah ubat pohon mempelam,

Rasa manis dimakan sedap;

Bersabarlah adat seluruh alam,

Adat pusaka pedoman kitab.

iii. Pantun Kanak-kanak – pantun yang mudah meniti di bibir

kanak-kanak yang berunsurkan nasihat. Contoh:

Sorong papan tarik papan,

Page 7: komsas

Buah keranji dalam perahu;

Suruh makan dia makan,

Suruh mengaji dia tahu.

iv. Pantun Agama- pantun yang diujarkan berunsurkan keagamaan.

Contoh:

Anak ayam turun sembilan,

Mati seekor tingal lapan;

Hendak berdoa kepada tuhan,

Minta jalan ketetapan.

v. Pantun Sindiran- pantun yang diujarkan secara halus yang tidak

menyinggung perasaan orang yang mendengar.Contoh:

Jika dilurut padi masak,

Jatuh ke tanah berderai-derai;

Jika takut dilambung ombak,

Jangan berumah di tepi pantai.

vi. Pantun Jenaka- pantun yang berunsur lucu diujarkan bertujuan

mengembirakan orang yang mendengar. Contoh:

Gemuk tubuh bukan kepalang,

Diasah lembing berkilat-kilat;

Gemuk tubuh harimau belang,

Melihat kumbang pandai bersilat.

Page 8: komsas

vii. Pantun Teka-teki- pantun yang menggunakan bahasa kiasan

yang menyebabkan seseorang berfikir bagi mendapatkan

jawapan dan menyelesaikan masalah. Contoh:

Anak kecil pergi ke surau,

Jatuh ke tanah luka berdarah;

Masa kecil berwarna hijau,

Masa besar berwarna merah.

viii. Pantun Cinta dan kasih sayang- pantun yang diujarkan bertujuan

menzahirkan perasaan kasih sayang antara insan. Bahasa yang

diguanakan halus sehinggakan meninggalkan kesan mendalam.

Contoh:

Apa diharap padi seberang,

Entah jadi entahkan tidak;

Apa diharap kasihnya orang,

Entahkan sudi entahkan tidak.

ix. Pantun Budi- pantun yang menggambarkan kesantunan dan

menggambarkan penghargaan. Contoh:

Pisang emas di bawa belayar,

Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Page 9: komsas

3.0 Rancangan Pelajaran KOMSAS

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : BAHASA MALAYSIA

Tahun : 5 Cerdik

Bilangan murid ; 35 orang

Tarikh : 1 Oktober 2013

Hari : Selasa

Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi

Tema : Kasih Sayang

Tajuk : Pantun empat kerat

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik,

dan bermakna).

Aras 3

i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan

menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik,

Page 10: komsas

Fokus Sampingan:

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar

serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. membina pantun empat kerat dengan menggunakan bahasa yang tepat,

indah dan menarik.

Sistem Bahasa : kosa kata – emas permata, ingatan, kasih sayang

sebutan, intonasi,

Ilmu : Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

Page 11: komsas

Nilai : kasih sayang, cinta-mencintai

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran berfikir : menjana idea

Kemahiran Belajar : membaca, menulis

Kecerdasan pelbagai : interpersonal

BBM : Lagu, lirik lagu, video, komputer riba, LCD, kad

perkataan, sampul surat

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set

Induksi:Mendengar:

Video Lagu Zapin Budi oleh

Siti Norhaliza.

1. Murid menonton

tayangan video Lagu

Zapin Budi oleh Siti

Norhaliza.

2. Guru dan murid

berbincang tentang seni

kata lagu tersebut

KB:

menghubung kait

BCB: mengesan

maklumat

BBM:Komputer

riba. LCD

Nilai :kasih

sayang

Page 12: komsas

Langkah

1

Melafazkan pantun

sebutan/intonasi/jeda yang

betul

1. Murid dibahagikan

kepada beberapa

kumpulan tertentu.

2. Ketua kumpulan

diminta datang ke

hadapan dan memilih

sampul surat yang

mengandungi pantun

empat kerat yang

disediakan oleh guru.

3. Setiap kumpulan

melafazkan pantun

tersebut manakala

kumpulan lain membuat

penilaian berdasarkan

senarai semak yang

disediakan.

6.Guru berbincang

dengan murid tentang

aktiviti yang telah

dijalankan.

KB:

menghubung

kait,

menyenaraikan,

menyusun atur

BBM : sampul

surat, pantun 4

kerat

Nilai: keyakinan

Murid membuat

penilaian

menggunakan

senarai semak

Langkah

2

Menghasilkan pantun dua

kerat

1. Murid dibahagi kepada

dua kumpulan

KB :

melengkap,

Page 13: komsas

2. Guru mengadakan

permainan bahasa

dengan melengkapkan

pantun dua kerat.

3. Kumpulan yang dapat

melengkapkan pantun

dengan menggunakan

bahasa yang tepat, indah

dan menarik menjadi

pemenang.

4. Guru memberi

peneguhan terhadap

pantun yang dicipta oleh

setiap pasukan.

menyusun

BCB :

menyusun

maklumat

BBM : keratan

pantun

Nilai: kerajinan,

semangat

berpasukan

Langkah

3

`Menghasilkan pantun

empat kerat

ciri-ciri pantun :

-empat baris serangkap

- 8 hingga 12 suku kata

- 4 hingga 5 perkataan

1. Murid dibahagi

kepada kumpulan

berlima. Setiap

kumpulan diberi

satu perkataan.

2. Murid

menyenaraikan

perkataan lain

yang sama bunyi

suku kata

KB: menjana

idea

BCB : mencari

maklumat

BBM : kad

perkataan

Page 14: komsas

sebaris

-rima akhir abab

-mempunyai pembayang

dan maksud

akhirnya

3. Murid mengenal

pasti perkataan

dan

menyenaraikan

perkataan yang

mempunyai suku

kata akhir yang

sama

4. Murid dibimbing

untuk mencipta

pembayangnya

daripada

perkataan yang

telah disenaraikan

5. Setiap kumpulan

melafazkan

pantun empat

kerat yang dicipta

mengikut

kreativiti

kumpulan

Nilai: kasih

sayang, bantu-

membantu,

kerjasama

Page 15: komsas

masing-masing.

6. Pengayaan

7. Murid membina

tiga rangkap

pantun empat

kerat yang

bertemakan

“cinta akan

negara”

8. Pemulihan

9. Murid

melengkapkan

pantun

berdasarkan

pembayang dan

maksud pantun

yang diberikan.

Penutup Kognitif :

Cara melafazkan

pantun dengan betul

Ciri-ciri pantun

1. Guru meminta murid

melafazkan pantun

dengan betul

2. Guru membuat ulasan

KB : menhubung

kait

Page 16: komsas

empat kerat

Sosial :

Nilai : kasih sayang, cinta-

menyintai

tentang ciri-ciri pantun

3. Guru mengakhiri

pelajaran dengan

menerapkan nilai-nilai

murni

Nilai : kasih

sayang, cinta-

menyintai

BBM : pantun

4.0 Kekuatan dan Kelemahan Aktiviti Berbalas Pantun

4.1 Kekuatan

4.2 Kelemahan

5.0 Rujukan

6.0 Lampiran