KOMSAS

28
1

description

Bahan-bahan SPM Bahasa Melayu

Transcript of KOMSAS

Page 1: KOMSAS

ISTILAH SASTERA

1

Page 2: KOMSAS

Sinopsis Ringkasan cerita yang memberikan gambaran keseluruhan sesebuah karya

Tema Sesuatu yang menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah cerita.

Plot Jalinan cerita atau rentetan peristiwa yang mempunyai sebab-musababBinaan plot 1. Permulaan cerita (eksposisi)

Mmperkenalkan pembaca kepada satu-satu situasi khusus seperti latar masa, tempat dan watak-watak dalam cerita.

2. PerkembanganPeristiwa-peristiwa yang mengandungi konflik dan suspend

3. KlimaksPuncak cerita iaitu suatu detik yang paling tegang akibat daripada konflik-konflik yang berlaku sebelumnya iaitu dalam perkembangan cerita.

4. PeleraianPeristiwa yang berlaku selepas klimaks. Dalam bahagian ini, sesuatu masalah terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat ditentukan.

5. Pengakhiran/penyelesaianPeristiwa yang mengarah kepada penyelesaian.

Watak Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Mereka dicipta untuk memainkan peranan bagi menyokong idea pokok dan mengembangkannya hingga akhir cerita. Watak ini dipegang oleh manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia.

Jenis watak 1. Watak bulatWatak yang dibangunkan secara keseluruhannya dan diberi pelbagai kemungkinan sifat manusia. Digambarkan tidak sepenuhnya baik dan tidak sepenuhnya jahat. Oleh itu, tindakannya tidak dapat diagak oleh pembaca.

2. Watak pipihWatak yang dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenal melalui satu aspek peribadinya sahaja. Kalau watak itu jahat, kita akan dihidangkan dengan tindak- tanduknya yang jahat sahaja sepanjang cerita tersebut. Biasanya watak sampingan bolekh dianggap watak pipih.

3. Watak dinamisWatak yang penuh bertenaga dan sentiasa mengalami perubahan mengiut perkembangan cerita. Watak dinamis ialah watak bulat.

4. Watak statisWatak yang beku dan tidak mengalami apa-apa perubahan sepanjang cerita. Watak statis boleh dianggap watak pipih.

5. Watak utamaWatak yang memainkan peranan utama dalam sesebuah

2

Page 3: KOMSAS

lakonan.6. Watak Sampingan

Watak pembantu yang membantu watak utama dalam menjalankan peranannya membangunkan sesebuah cerita.

Perwatakan Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya.

Teknik plot 1. Imbas mukaPeristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan berlaku.

2. Imbas kembaliPeristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan melalui penceritaan semula.

3. PemerianPeristiwa, watak, objek atau perubahan yang diceritakan atau digambarkan secara menyeluruh oleh pengarang

4. DialogPertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan, perbincangan, pertengkaran dan sebagainya.

5. Monolog dalamanPengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang difikirkan.

6. MonologPertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri atau orang lain.

Nilai murni Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh dijadikan teladan.

Nilai kemanusiaan

1. Baik hati2. Jujur3. Bijaksana4. Yakin diri5. Mesra6. Berani7. Bertanggungjawab8. Tegas9. Bersih10. Tabah11. Sabar12. Sopan

Nilai Kemasyarakatan

1. Tolong-menolong/Bekerjasama2. Taat setia3. Adil4. Simpati5. Hormat-menghormati6. Patriotik

3

Page 4: KOMSAS

7. Kebebasan8. Unsur kekeluargaan9. Unsur cinta dan kasih saying

Pengajaran Sesuatu perkara yang dikemukakan secara halus yang dapat dijadikanPedomen, peringatan ataupun yang perlu dijauhi.

Latar Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah ceruta termasuklah masa, tempat dan masyarakat.

1. MasaMerujuk kepada masa atau zaman, contohnya zaman pemerintahan Jepun, ataupun waktu, contohnya waktu subuh. Tengah hari, pukul lapan malam. Contoh: Putera Gunung Tahan: Sebelum kejadian bah besar pada tahun 1926.

2. TempatTempat sesuatu peristiwa itu berlaku. Contoh ; Putera Gunung Tahan : Kampung Rimau Putih

3. MasyarakatKeadaan atau gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerita. Ini termasuklah cara hidup mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bekerja, status atau kedudukan mereka dan sebagainya. Contoh: Putera Gunung Tahan ; Orang bunyian.

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN

1. Baca merupakan soalan dengan teliti.2. Fahami kehendak soalan. Garis bahagian penting yang merupakan tugasan, jika

perlu.3. Rancang atau rangkakan jawapan berdasarkan kehendak soalan dan peruntukkan

markah supaya jawapannya tepat dan lengkap.4. Gunakan ayat yang lengkap dan gramatis.5. Baca jawapan untuk menyemak isi, bahasa dan ejaan.

ARAHAN DAN TUGASANNYA

BIL KATA ARAHAN TUGASAN CONTOH1. Nyatakan/ Berikan/

Senaraikan/ Kemukakan

Berikan idea yang berkaitan tanpa penerangan atau huraian

Soalan:Kemukakan dua contoh latar tempatJawapan yang baik:Satu contoh latar tempat ialah perkampungan orang Sakai. Selain itu Puncak Gunung Tahan dan di dalam hutan.Jawapan yang kurang baik

4

Page 5: KOMSAS

Contoh latar:a. perkampungan orang Sakaib.: puncak Gunung Tahan.KomenJawapan hendaklah ditulis dalam ayat yang lengkap

2. Jelaskan/ Terangkan/ Huraikan

Kemukakan idea dan terangkan idea tersebut dengan fakta sokongan agar lebih jelas Satu

Soalan:Terangkan satu contoh latar tempat.Jawapan yang baik:contoh latar tempat ialah perkampungan orang Sakai. Tuan Robert ditangkap dan dibawa ke perkampungan orang Sakai.Jawapan yang kurang baikLatar yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan ialah perkampungan orang Sakai.Komen:Isi tidak disokong oleh contoh sedangkan jawapan bagi kata arahan jelaslah/terangkan/huraikan memerlukan fakta sokongan yang berupa contoh peristiwa.

3. Ulas Berikan idea yang berkaitan dan kemukakan pandangan.

Soalan:Gaya bahasa yang menarik berjaya mendatangkan kesan kepada pembaca. Ulas pernyataan tersebut berdasarkan novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang anda kaji.Jawapan yang baik:Dalam novel Di hadapan Pulau, ayat yang digunakan secara keseluruhannya pendek-pendek dan sederhana panjang. Ayat sebegini bersesuaian dengan sasaran pembaca iaitu pelajar sekolah menengah.Jawapan yang kurang baik:Ayatnya pendek dan mudah dibaca.Komen:Judul novel yang diulas tidak dinyatakan. Sebab gaya bahasa itu menarik juga tidak diulas sebagaimana yang dikehendaki dalam arahan soalan.

5

Page 6: KOMSAS

4. Bandingkan Kemukakan persamaan dan/atau perbezaan antara dua perkara atau lebih. Perbandingan itu mestilah berdasarkan aspek tertentu.

Soalan:Bandingkan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang anda kaji.Jawapan yang baik:Watak utama bagi novel Di hadapan Pulau yang saya kaji ialah Aziz. Watak utama bagi novel Putera Gunung Tahan pula ialah Ratu Bongsu. Dari segi persamaan, kedua-dua watak utama iaitu Aziz dan Ratu Bongsu, baik hati. Aziz baik hati kerana suka membantu orang lain. Aziz mengurut Syed Fikri yang sengal-sengal seluruh badan selepas dibebaskan daripada kerahan tenaga oleh tentera Jepun. Ratu Bongsu juga baik hati kerana telah mengubati Mem William yang cedera parah selepas kapal terbang yang dinaiki terhempas.Jawapan yang kurang baik:Watak utama bagi novel Di hadapan Pulau yang saya kaji ialah Aziz. Watak utama bagi novel Putera gunung Tahan ialah Ratu Bongsu. Dari segi persamaan, kedua-dua watak utama iaitu Aziz dan Ratu Bongsu, baik hati. Aziz baik hati terhadap Syed Fikri. Ratu Bongsu juga baik hati terhadap Mem William.Komen:Perbandingan yang dibuat tepat iaitu berdasarkan aspek nilai baik hati yang diamalkan oleh kedua-dua watak. Tetapi tiada isi sokongan diberikan untuk menjelaskan sikap baik hati. Apakah yang dibuat oleh mereka terhadap Syed Fikri dan Mem William hingga kesimpulan dapat dibuat oleh mereka baik hati?

4. . Bezakan Kemukakan perbezaan antara Soalan;

6

Page 7: KOMSAS

dua perkara atau lebih. Perbezaan itu mestilah lebih berdasarkan aspek tertentu

Bezakan perwatakan utama dalam novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang anda kaji.

Jawapan yang baik;Watak utama bagi novel Di hadapan Pulau yang saya kaji ialah Aziz. Watak utama bagi novel Putera Gunung Tahan pula ialah Ratu Bongsu.Perbezaan yang ketara bagi kedua-dua watak ini adalah dari segi usia. Aziz berusia lingkungan 13 tahun manakala Ratu Bongsu kira-kira 30 tahun.

Jawapan yang lemah:Aziz ialah anak muda yang rajin.ratu Bongsu pula sangat tampan orangnya

Komen :Tida perbandingan yang dibuat sebenarnya kerana perwatakanAziz dan Ratu Bongsu yang diberiakn tiada perkaitan.Perbandingan perlu dibuat berdasarkan aspek.Contoh aspek ialah usia.Oleh itu,dalam jawapan,kedua-dua watak itu dibandingkan usianya sama ada sama atau berbeza

Soalan 4 : Novel

7

Page 8: KOMSAS

[15 markah]

SET I

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan satu peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut dan nyatakan sebab anda tertarik kepada peristiwa tersebut. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

8

Page 9: KOMSAS

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

SET 2

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(iv) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(v) Julia karya Abu Hassan Morad

(vi) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, watak sampingan sering mempunyai perkaitan dengan watak utama. Terangkan perkaitan antara tiga watak sampingan dengan watak utama. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, antara teknik plot yang sering digunakan untuk meyampaikan cerita ialah pemerian. Bandingkan teknik plot pemerian yang digunakan. [8 markah]

9

Page 10: KOMSAS

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

SET 3

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan latar tempat dan berikan peristiwa yang berlaku di tempat yang sama. [ 7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pe dipelajari, kepincangan masyarakat merupakan antara persoalan yang ditonjolkan oleh pengarang. Bagi menyokong pernyataan di atas, bandingkan dua aspek kepincangan masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

Soalan 4 : Novel

10

Page 11: KOMSAS

[15 markah]

SET 4

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,kemukakan dua peristiwa yang boleh dijadikan contoh dan satu peristiwa yang mesti dielakkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, terdapat nilai kemanusiaan yang ingin diserapkan oleh pengarang. Jelaskan persamaan nilai kemanusiaan tersebut.

[8 markah]

11

Page 12: KOMSAS

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

SET 5

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan kedua karya Marwillis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karyaTuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhamad

(c) Berdasarkan satu novel yang anda pelajari, nyatakan tiga teknik plot yang digunakan oleh pengarang dan berikan satu contoh peristiwa bagi setiap teknik.

[7 markah]

(d) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan latar masa bagi setiap novel. [8 markah] I

SKEMA JAWAPAN

12

Page 13: KOMSAS

SET 1

(a) RANGKA JAWAPAN r

Contoh jawapan:

Terdapat banyak peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Tingkatan 4 yang saya pelajari iaitu Di Hadapan Pulau.Antaranya ialah peristiwa penawanan penduduk kampung oleh tentera Jepun. Ketika berada di kem tentera, mereka telah diasing-asingkan kepada tawanan lelaki, tawanan wanita dan tawanan kanak-kanak. Ketika tawanan lelaki hendak diarahkan masuk ke dalam trak oleh tentera Jepun, tawanan lain terutamanya kanak-kanak menjadi panik dan menangis. Ketika itu Aziz telah berusaha untuk mententeramkan rakan-rakannya.Peristiwa itu saya anggap sangat menarik kerana peristiwa itu bukan sahaja memberikan gambaran sebenar tentang kekejaman penjajah malah mengetengahkan kekuatan mental dan emosi seseorang kanak-kanak dalam menghadapi keadaan tersebut.

RANGKA JAWAPAN

13

DI HADAPAN PULAUPeristiwa menarik

Aziz dan kanak-kanak lain ditawan diasingkan daripada orang dewasa di kem tentera

Jepun

SebabAziz begitu tabah mengawal emosi malah berjaya mententeramkan rakan-rakannya yang panik

Page 14: KOMSAS

Contoh Jawapan

Terdapat banyak peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Tingkatan 5 yang saya pelajari iaitu Putera Gunung Tahan.

Antaranya ialah peristiwa Mem William begitu gembira setelah dirisik oleh beberapa orang perempuan bunyian bagi pihak Ratu Bongsu. Mem William begitu gembira kerana hasratnya untuk mengambil puncak Gunung Tahan hampir berjaya. Rupa-rupanya selama tiga tahun berada di puncak Gunung Tahan, dia memang telah menyimpan hasrat untuk menjayakan misi arwah suaminya iaitu menawan puncak Gunung Tahan. Jika suaminya gagal melalui cara kekerasan, dia hendak melakukannya dengan muslihat dan lemah- lembut.

Peristiwa itu saya anggap sangat menarik kerana peristiwa itu sebenarnyalah suatu realiti.

(b) RANGKA JAWAPAN

14

PUTERA GUNUNG TAHANPeristiwa menarik

Azam Mem William untuk menawan puncak gunung Tahan secara lembut

SebabPengajaran kepada kita agar berhati-hati

Page 15: KOMSAS

Contoh Jawapan

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ialah di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan.

Dalam kedua-dua novel ini, terdapat persoalan tentang keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Dalam novel Di Hadapan Pulau, semasa minum kopi yang dibuat oleh Afidah, Afidah telah nampak Tuk Marzuki menangis. Apabila Afidah bertanyakan hal itu, Tuk Marzuki mengatakan bahawa dia sedih mengenangkan nasib yang dialami oleh Aziz kerana tidak mempunyai ayah dan ibu. Sementara itu,dalam novel Putera Gunung Tahan pula, Ratu Bongsu amat prihatin terhadap Mem William yang hidup kesepian setelah tiga tahun menjanda dan tinggal di Puncak gunung Tahan keseorangan. Akhirnya, Ratu Bongsu telah meminang Mem William untuk dijadikan permmaisurinya.

Selain itu, terdapat juga persoalan tentang penyakit sosial yang melanda masyarakat dalam kedua-dua buah novel. Dalam novel Di Hadapan Pulau, Rosiah telah menggadaikan maruahnya untuk mendapatkan makanan disebuah kubu lama Dalam novel Putera gunung Tahan pula, Mem William yang ditinggalkan suami telah menduakan suaminya dan hal ini telah diketahuai suaminya.

SET 2

(a) RANGKA JAWAPAN

Di Hadapan PulauPerbandingan

persoalan Putera Gunung Tahan

Tuk Marzuki menangis mengenangkan Aziz yang yatim piatu

(i)Prihatin terhadap golongan yang kurang upaya

Ratu Bongsu meminang Mem William yang telah lama menjanda

Berzina (ii)Penyakit sosial yang melanda masyarakat

Curang semasa ketiadaan suami

15

Page 16: KOMSAS

Di Hadapan PulauPerkaitan watak sampingan dengan watak utama

Afidah Joyah Mak Ketong -rakan sepermainan - ibu saudara - jiran

Contoh Jawapan

Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah Di Hadapan Pulau. Terdapat banyak watak sampingan dan mereka ini mempunyai perkaitan secara langsung dengan watak utama, Aziz.

Afidah ialah rakan sepermainan Aziz yang akhirnya menjadi sahabat karib kerana berkongsi suka duka bersama-sama teutamanya selepas kematian datuk Afidah, tuk Marzuki.

Joyah ibu saudara Aziz iaitu adik kepada ayah Aziz, Agil. Joyahlah yang memelihara Aziz sejak ayahnya meninggal dunia kira-kira tiga bulan sebelum itu. Walaupun berhadapan dengan perangai suaminya, Budin yang tidak bertanggungjawab, suka berjudi, dan mabuk-mabuk namun Joyah tetap menjaga Aziz anak saudaranya itu.Mak Ketong pula ialah jiran Aziz. Rumahnya kira-kira satu hingga dua ela dari rumah Joyah yang didiami oleh Aziz. Aziz sering dating ke rumah Mak Ketong sambil menengok-nengokkkan cucunya. Mak Ketong jugalah yang memberi Aziz dan Afidah makan ketika keadaan semakin terdesak.

RANGKA JAWAPAN

16

Page 17: KOMSAS

Putera Gunung Tahan Perkaitan watak utama dengan watak sampingan

Contoh Jawapan

Banyak watak sampingan yang terdapat dalam novel tingkatan 5 yang saya kaji iaitu Putera Gunung Tahan. Antaranya ialah Perempuan Tua, Kusina dan Mem William.

Perempuan Tua ialah ibu Ratu Bongsu. Berasal daripada kerabat negeri Pahang dan tinggal di perkampungan orang Sakai. Terpaksa melarikan diri ke hutan ekoran penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Beliau telah menghantar Ratu Bongsu ke puncak Gunung Tahan untuk menuntut ilmu. Menasihati Ratu Bongsu supaya berhati-hati dan jangan percaya dengankata-kata orang kulit putih iaitu Tuan William.

Kusina ialah orang bunyian yang menjadi pesuruh Ratu Bongsu. Dia amat taat kepada Ratu Bongsu. Walaupun pernah berkawan dengan Tuan William, dia tetap menjalankan titah Ratu Bongsu agar mengenakan tipu daya untuk mengurung di dalam sebuah bilik khazanah. Akibatnya Tuan William mati kerana terperangkap dan terhidu gas beracun.

Mem William ialah isteri kepada Tuan William. Namun telah berlaku curang terhadap suaminya apabila menjalinkan hubungan dengan seorang pemuda Inggeris setelah setahun Tuan William merantau. Akhirnya menjadi permaisuri Ratu Bongsu setelah tiga tahun kematian Tuan William. Ratu Bongsu jugalah yang menyelamatkan Mem William ketika kapal terbannya terhempas di puncak Gunung Tahan.

Perempuan Tua-ibu Ratu Bongsu

Kusina -orang suruhan Ratu Bongsu

Mem William-permaisuri Ratu Bongsu

17

Page 18: KOMSAS

SET 3

(a) RANGKA JAWAPAN

Kawasan tanah perkuburanPeristiwa yang berlaku:

Afidah sering ke kubur arwah Tuk Marzuki untuk meluahkan perasaannya.

Tepi Pantai Aziz menangis sambil berlari di sepanjang pantai apabila terkenang akan

arwah datuknya.

Di dalam shelterPeristiwa yang berlaku:

Peristiwa yang menyayat hati apabila Tuk Marzuki meninggal dunia setelah shelter yang didiaminya telah di bom.

Tempat orang kampung berlindung apabila mendengar siren

Pondok Perempuan Tua Tuan Robert datang sekali lagi untuk bertanya latar belakang

Perempuan Tua Perempuan Sakai datang untuk belajar ilmu agama dengan Perempuan

Tua. Di pondok ini juga Tuan Robert meminta Perempuan Tua menjual kulit

harimau putih kepadanya. Perempuan Tua meceritakan kisah hidupnya kepada Tuan Robert

Puncak Gunung Tahan- Peristiwa kedatangan dua buah kapal terbang Inggeris untuk

menyerang puncak Gunung Tahan .- Tuan William telah melihat kecurangan isterinya dengan

menggunakan teropong ajaib.- Tempat Mem William tinggal selepas kematian Tuan William

18

Di Hadapan Pulau

Putera Gunung Tahan

Page 19: KOMSAS

(b) RANGKA JAWAPAN

Di Hadapan Pulau Persoalan: Kepincangan Masyarakat

Putera Gunung Tahan

Syed Zuhri sanggup menipu pelanggannya ketika menjual batu akid dan minyak atar

MeterialistikTuan William sanggup mengkhianati persahabatannya dengan Ratu Bongsu demi untuk mendapatkan habuan berbentuk wang dan pangkat.

Rosiah sanggup menjual maruah untuk mendapatkan makanan

Menjual maruahTengku Aisyah mengandung anak luar nikah

SET 4

(a) RANGKA JAWAPAN

Peristiwa yang elok dan patut dijadikan contoh-Mak Ketong telah memberi Wan Rohani dan Rosiah makan walaupun pada ketika itu berlaku kekurangan makanan.-Kesanggupan Aziz untuk mengurut Syed Fikri hingga pagi apabila Syed Fikri mengalami kesakitan gsetelah dibebaskan oleh tentera Jepun.-Afidah membuat kopi kepada datuknya Tuk Marzuki walaupun beliau masih kanak-kanak.

Peristiwa yang patut dielakkan-Rosiah sanggup memgadai maruah semata-mata untuk mendapatkan makanan-Pak Cik Budin iaitu suami Joyah sering memukul isterinya kerana beliau kaki judi dan suka minum arak.-Syed Zuhri sanggup menipu ketika menjual batu akik dan minyak atar.

Di Hadapan Pulau

19

Page 20: KOMSAS

Peristiwa yang elok dan patut dijadikan contoh- Perempuan Tua mengajar ilmu agama kepada perempuan Sakai- Ratu Bongsu tidak menerima tawaran Tuan William walaupun agak lumayan.- Ratu Bongsu mendengar nasihat daripada Perempuan Tua supaya berhati-hati ketika berhadapan dengan orang asing-Ratu Bongsu menolong menyelamatkan Mem William apabila kapal terbang yang dinaikinya terhempas.

Peristiwa yang patut dielakkan- Penduduk negeri Pahang sanggup berpaling tadah dengan mengikut telunjuk penjajah.-Tengku Aisyah mengandung anak luar nikah hasil pergaulan bebas.- Haji Adam sanggup membatalkan hasrat untuk membina masjid di atas tanahnya sebaliknya dijadikan tempat tarian.

(b) RANGKA JAWAPAN

Di Hadapan Pulau Persamaan nilai kemanusiaan

Putera Gunung Tahan

Aziz berani masuk ke kubu lama yang dikatakan berhantu semata-mata untuk mencari makanan

beraniTuan William tidak takut apabila berhadapan dengan Kusina yang tiba-tiba muncul di hadapannya.

Aziz dan Afidah gigih menjual todi untuk mendapatkan wang

gigih Perempuan Tua gigih menjaga anaknya sejak dalam kandungan lagi

SET 5(a) RANGKA JAWAPANDi Hadapan Pulau

Teknik plot Contoh peristiwa

Dialog Perbualan Aziz dan Afidah tentang nasib mereka

Monolog

Monolog dalaman

Afidah menjeritkan tidak beberapa kali untuk menafikan berita datuknya terkena bom

Afidah berkata-kata dalam hatinya

Putera Gunung Tahan

20

Page 21: KOMSAS

bahawa baik di kubur atau di mana-mana sahaja tidak akan selamat

Putera Gunung Tahan

Teknik plot Contoh Peristiwa

Dialog Dialog Perempuan Tua dengan Tuan Robert. Tuan Robert bertanya asal usul Perempua Tua yang boleh berada di perkampungan orang Sakai.

Monolog dalaman Mem William berbisik di dalam hatinya tentang kehebatan Ratu Bongs

Monolog Tuan William menyesali perbuatannya dan memohon keampunan sebelum mati

(b) RANGKA JAWAPAN

Contoh jawapan

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ialah Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan.

Latar masa

Di Hadapan PulauEra: Perang Dunia Kedua (1942-1945)

Jangka masaLima hari

Putera Gunung TahanEra: Perluasan kuasa Inggeris

– selepas bah besar (1926)Jangka masa

Tiga tahun lebih

21

Page 22: KOMSAS

Kisah yang terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau berlaku dalam jangka masa lebih kurang ahun. Hal ini demikian kerana, pada bahagian awal cerita, penduduk kampung masih berada di bawah pemerintahan Inggeris. Kemudian Jepun datang menyerang dan menguasai kampung itu. Pada bahagian akhir cerita, timbul pula desas-desus bahawa Jepun akan kalah. Hal ini bermakna, peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1942-1945. Bagi novel Putera Gunung Tahan pula, peristiwa yang dipaparkan berlaku lebih awal iaitu selepas bah besar yang melanda Pahang pada tahun 1926. Ketika itu, Inggeris sedang berusaha meluaskan kuasanya di Pahang tetapi mendapat tentangan daripada rakyat negeri Pahang yang mempunyai semangat cinta akan Negara yang tinggi Selain itu, jangka masa peristiwa ini berlaku dari awal hingga akhir melebihi tiga tahun. Hai ini demikian kerana, Tuan William berada di istana Ratu Bongsu selama tiga bulan lebih. Mem William pula dikatakan berada di puncak Gunung Tahan selama tiga tahun sebelum Ratu Bongsu mengambil keputusan untuk meminangnya.

22