KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE)...

13
KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak: Sabah yang suatu mas a dahulu pemah digelar sebagai land below the wind telah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Walaupun telah mencapai kemerdekaan, namun persoalan status kerakyatan masih lagi menjadi an tara agenda kritikal negara pada mas a kini. Contohnya, kemajuan sosio-ekonomi dan status kerakyatan etnik Bajau Laut atau lebih dikenali sebagai Pala 'u yang dari segi sejarahnya telah menetap di Sabah sejak awal pemerintahan Kesultanan Sulu nampaknya masih lagi menjadi persoalan. Bertitik tolak dari persoalan ini, maka makalah ini ditulis dengan tujuan untuk menilai semula pembangunan taraf sosio-ekonomi dan status kerakyatan mereka yang dikategorikan sebagai "orang tanpa negara" (stateless people) di sebuah pulau bemama Pulau Mabul yang terletak di Sempoma, Sabah. Pendahuluan Sebelum Perang Dunia Kedua, hala tuju kajian dan penulisan oleh para sarjana berhubung sejarah di Kepulauan Asia Tenggara nampaknya lebih cenderung untuk menulis mengenai sejarah daratan yang berpaksikan golongan aristokrat sahaja sehingga mengenepikan sejarah maritim dan golongan bawahan atau diperintah. Walau bagaimanapun, tradisi dan corak penulisan ini mula berubah selepas perang apabila munculnya para penulis dan sarjana yang menganut aliran tradisi Leopold von Ranke yang terkenal dengan ungkapannya yang berbunyi wie es eigenthlich gewesen atau sejarah itu hams dikaji seperti sebenamya ia berlaku. Dalam erti kara lain, para penulis dan sarjana dari aliran Ranke yang juga dikenali sebagai aliran positivist ini mula mempertikaikan cara penulisan Idea untuk menulis makalah ini bermula apabila penulis telah bertandang ke Pulau Mabul, Semporna pada bulan Mac 2010 dan menyaksikan sendiri keunikan kehidupan mereka dan berpeluang tinggal semalam bersama dengan sebuah keluarga Bajau Laut di dalam bot. Hasil daripada pengalaman yang cukup bernilai ini telah membuatkan penulis merasa terpanggil untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai kaum ini terutamanya dari aspek sejarah asal usul sebenar dan status kerakyatan mereka di Sabah. ** Profesor Madya Dr. Ismail Ali ialah Dekan, Pusat Penataran IImu, Universiti Sabah, Malaysia 69 Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Transcript of KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE)...

Page 1: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH:

KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA*

Ismail Ali"

Abstrak: Sabah yang suatu mas a dahulu pemah digelar sebagai land below the wind telah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Walaupun telah mencapai kemerdekaan, namun persoalan status kerakyatan masih lagi menjadi an tara agenda kritikal negara pada mas a kini. Contohnya, kemajuan sosio-ekonomi dan status kerakyatan etnik Bajau Laut atau lebih dikenali sebagai Pala 'u yang dari segi sejarahnya telah menetap di Sabah sejak awal pemerintahan Kesultanan Sulu nampaknya masih lagi menjadi persoalan. Bertitik tolak dari persoalan ini, maka makalah ini ditulis dengan tujuan untuk menilai semula pembangunan taraf sosio-ekonomi dan status kerakyatan mereka yang dikategorikan sebagai "orang tanpa negara" (stateless people) di sebuah pulau bemama Pulau Mabul yang terletak di Sempoma, Sabah.

Pendahuluan

Sebelum Perang Dunia Kedua, hala tuju kajian dan penulisan oleh para sarjana berhubung sejarah di Kepulauan Asia Tenggara nampaknya lebih cenderung untuk menulis mengenai sejarah daratan yang berpaksikan golongan aristokrat sahaja sehingga mengenepikan sejarah maritim dan golongan bawahan atau diperintah. Walau bagaimanapun, tradisi dan corak penulisan ini mula berubah selepas perang apabila munculnya para penulis dan sarjana yang menganut aliran tradisi Leopold von Ranke yang terkenal dengan ungkapannya yang berbunyi wie es eigenthlich gewesen atau sejarah itu hams dikaji seperti sebenamya ia berlaku. Dalam erti kara lain, para penulis dan sarjana dari aliran Ranke yang juga dikenali sebagai aliran positivist ini mula mempertikaikan cara penulisan

Idea untuk menulis makalah ini bermula apabila penulis telah bertandang ke Pulau Mabul, Semporna pada bulan Mac 2010 dan menyaksikan sendiri keunikan kehidupan mereka dan berpeluang tinggal semalam bersama dengan sebuah keluarga Bajau Laut di dalam bot. Hasil daripada pengalaman yang cukup bernilai ini telah membuatkan penulis merasa terpanggil untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai kaum ini terutamanya dari aspek sejarah asal usul sebenar dan status kerakyatan mereka di Sabah.

** Profesor Madya Dr. Ismail Ali ialah Dekan, Pusat Penataran IImu, Universiti Sabah, Malaysia

69

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

sejarah oleh para sarjana terdahulu dan menyarankan agar penulisan sejarah lebih bersifat kolektif dan "seperti sebenarnya ia berlaku"l

Pada masa kini, kajian dan penulisan berhubung komuniti maritim di Kepulauan Asia Tenggara dari pelbagai disiplin ilmu nampaknya masih lagi kurang berbanding komuniti daratan. Antara sarjana ulung yang banyak melakukan kajian dan penulisan berhubung komuniti maritim di kepulauan Asia Tenggara ialah David E. Sopher dalam bukunya yang berjudul The Sea Nomads: A Study Based on the Literature of Maritime Boat People of Southeast Asia2 dan The Sea Nomads 3 dan James Warren dalam bukunya yang berjudul The Sulu Zone 1786-1898: The Dynamics of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of a Southeast Asian Maritime State. 4 Dari segi geografinya, suku kaum atau Orang Laut boleh ditemui di hampir wilayah di kepulauan Asia Tenggara iaitu di Indonesia, Kepulauan Borneo, Filipina, Thailand dan Burma. Terdapat pelbagai gelaran yang diberikan oleh penduduk tempatan kepada suku atau orang laut ini seperti Orang Laut di Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia; Bajau Laut di Kepulauan Sulu, timur Kepulauan Borneo dan Sulawesi serta timur Indonesia; dan Orang Moken di Kepulauan Mergui, Burma dan selatan Thailand. Pada masa kini terdapat pelbagai terminologi yang diberikan oleh para penulis dan sarjana terhadap suku atau Orang Laut di Kepulauan Asia Tenggara seperti sea gypsies,5 sea Jakun,6 sea folk, sea hunters and gatherers dan sea nomads, 7

sea people of the sea8, suku laue dan pernah dilabelkan oleh pihak kolonial British (Kepulauan Borneo), Sepanyol (Filipina) dan Belanda (Indonesia) sebagai lanun (pirates) yang diketuai oleh kaum Iranun dan Balangingi.lO

Sejarah Dan Asal Usul Bajau Laut

Bajau Laut yang juga dikelompokkan dalam kumpulan manusia sea-nomad dan normadic boat people merupakan salah satu suku dalam keluarga besar suku kaum Bajau yang masih lagi mengamalkan cara hidup berkonsepkan nomad. Pada hari ini, Sabah merupakan

Untuk penjelasan lanjut berhubung perubahan dalam ali ran pemikiran penulisan sejarah sila lihat. Muhd. Yusof Ibrahim. Ilmu Sejarah: Falsafah. Pegertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.

2 David E. Sopher. The Sea Nomads: A Study Based on the Literature of Maritime Boat People of Southeast Asia, Singapore: Singapote National Museum, 1965.

3 David E. Sopher, The Sea Nomads. New York: Syracuce University, 1965. 4 James F Warren, The Sulu Zone: 1768-1898: The Dynamics of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the

Transformation of a Southeast Asian Maritime State. Singapore: Singapore University Press, 1981. 5 Thomas Forrest. A Voyage to New Guinea and the Moluccas from Balambangan. London: G Scott. 6 WW Skeat & CO. Blagden, Pagan Races of the Malay Peninsula. Vol. I, London: MacMillan & Co. 1906. 7 David E. Sopher. The Sea Nomads: A Study of the Maritime Boat People of Southeast Asia. Singapore:

National Museum Publication. 1977, him. 47. 8 Sandbukt. "The Sea Nomads of Southeast Asia: New Perspectives on Ancient Traditions", Annual Newsletter

of the Scandinavian Institute of Asian Studies, 1984. 9 Cynthia Chou, The Orang Suku Laut of Riau, Indonesia. London; Routledge, 2010. 10 Nicholas Tarling. Piracy and Politics in the Malay World, 1780-1824: A Study of British Imperialism in

Nineteenth Century Southeast Asia. Melbourne: FW. Cheshire. Juga lihat. Wright, Leigh R., "Piracy and The Powers in Nineteenth Century Borneo". Journal of Asia Studies, Vol. xxv. Sabah Museum, 1966 dan Ismail Ali, Sejarah dan Budaya Perlanunan di Kepulauan Borneo. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah, 2010.

70

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAHAN KES KOMUNJTI BAlAU LAUT DJ PULAU MABUL, SEMPORNA

satu-satunya negeri dalam Malaysia yang mempunyai penduduk Bajau Laut ini terutamanya di daerah Semporna (pantai timar) dalam daerah Tawau seperti di Bangau-Bangau (Semporna), Labuan Haji (Pulau Bum-Bum), Pulau Gusungan dan Pulau Mabul, Taman Marin Tun Sakaran dan selebihnya tinggal di dalam bot di sekitar perairan Semporna, Dari segi bilangannya pula tidak dapat ditentukan secara tepat dan hanya dianggarkan sekitar 5000-7000 orang sahaja. Sebagai satu kaum marginal lagi terpinggir dalam arus pembangunan di Sabah, identiti, sejarah asal-usul dan keberadaan mereka di bumi Sabah nampaknya masih lagi Kabul, menimbulkan pelbagai persoalan dan memerlukan satu penelitian semula. Dalam erti kata lain, kaum Bajau Laut di Sabah ini seolah-olah tidak mempunyai sejarah asal usul dan identitinya sendiri sehingga terpaksa "ditumpangkan" dengan sejarah besar kaum Bajau Darat sahaja.

Berdasarkan kepada teori asal usul suku kaum Bajau di Sabah nampaknya cenderung untuk mengaitkannya berasal dari lohor tetapi diceritakan dalam pelbagai versi dan lagenda. Contohnya, cerita lisan Hj. Bakara Onnong (Pulau Bum-Bum), asal usul suku kaum Bajau di Sabah adalah berasal dari selatan Filipina yang dikaitkan dengan kerajaan lohor. Menurut Hj. Bakara lagi, Sultan Mahalikul Alam yang memerintah lohor mempunyai seorang puteri bernama Siti Zairan Kebaran yang cukup terkenal dengan kejelitaannya dan telah menarik minat dua orang adik-beradik dari Sulu iaitu Haklum Nuzum dan adiknya Seliangaya Bungsu. Untuk berlaku adil, maka Sultan Mahalikul Alam telah mengadakan pertandingan lumba perahu antara dua adik-beradik ini yakni belayar ke Pulau Angsa yang terletak diperairan lohor dan sesiapa yang memenanginya akan dikahwinkan dengan Puteri Siti Zairan Kebaran. Dalam perlumbaan tersebut, layar perahu milik Seliangaya Bungsu telah patah dan tewas dalam pertandingan tersebut. Disebabkan kegagalan tersebut, beliau telah bertekad untuk tidak pulang ke lohor dan meneruskan pelayarannya sehingga tiba di Pulau Sambuanga (Zamboanga) di selatan Filipina.

Menurut lagenda tersebut, Seliangaya Bungsu telah menetap dan berkahwin dengan orang wanita di Pulau Sambuanga dan dianugerahkan dua orang cahaya mata iaitu lelaki dan perempuan. Adalah dipercayai kedua-dua orang anak terse but telah melakukan hubungan sumbang dan perkara terse but diketahui oleh Saliangaya Bungsu. Seliangaya Bungsu berasa malu lalu membawa diri belayar ke Pulau Omadal (Omara!) dan dipercayai keturunannya berkembang di Pulau Omadal dan seterusnya berpindah di kawasan persekitaran terutamanya ke Pulau Bum-Bum terletak berhadapan dengan tanah besar Semporna dan tempat mereka berhimpun itu dinamakan Kubang yang bermaksud "berhimpun atau berkumpul". Dalam erti kata lain, tindakan suku kaum Bajau yang berhijrah dari Pulau Omadal dan membuka petempatan secara tetap di tanah daratan di Pulau Bum­Bum telah menghilangkan identiti dan budaya nomad mereka yang pernah mereka budayakan suatu masa dahulu dan akhirnya mewujudkan satu suku Bajau bam yang dikenali sebagai Bajau Kubang, Bajau Sampulna (Semporna) atau Bajau Darat (Land Bajau). Berbeza dengan Bajau Kubang, suku kaum Bajau yang lain berada diperairan pulau-pulau utama di Semporna masih lagi meneruskan budaya nomad yakni tinggal di dalam bot dan berpindah randah dari satu pulau ke pulau lain.

Sehingga kini, kajian dan penulisan mengenai sejarah dan asal usul kaum Bajau Laut di Sabah masih lagi kurang dijalankan. Antara sarjana barat dan tempatan yang telah

71

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

menjalankan kajian dan penulisan mengenai Bajau Laut di Sabah termasuklah Clifford Satherll dalam bukunya yang berjudul The Bajau Laut Adaptation, History and Fate in a Maritime Fishing Society of South Eastern Sabah; lames Warren dalam The North Borneo Chartered Company's Administration of the Bajau 1878-190912 dan Carol Warren dalam bukunya yang berjudul Ideology, Identity, and Change: the Experience of the Bajau Laut of East Malaysia, 1969-197Y3; Gusni Saat dalam bukunya yang berjudul Komuniti Samah-Bajau di Bandar'4 dan Suku Etnik Bajau: Urbanisasi, Perubahan dan Pembangunan l5

; Yap Beng Liang dalam bukunya yang berjudul Orang Bajau Pulau Omadal'6 dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kajian dan penulisan di atas nampaknya tidak menyatakan secara jelas bagaimana identiti dan sejarah asal usul sebenar kaum ini mula terbentuk dan berdiri sebagai salah satu suku dalam keluarga besar suku kaum Bajau.

Bagi penulis, sejarah awal dan asal usul kaum Bajau Laut di Sabah ini nampaknya sukar untuk difahami sekiranya kita cuba mengkajinya dari perspektif dalaman kaum ini sendiri tetapi berada dalam sejarah dan asal usul keluarga besar suku kaum Bajau. Berdasarkan kepada sejarah menunjukkan kaum Bajau yang tinggal di dalam bot di perairan Sabah (Laut Sulu) telah wujud sejak era Kesultanan Sulu lagi. Dari segi stratafikasi sosialnya, kaum Bajau ini diletakkan di bawah kawalan datu-datu Tausung (Suluk) dan diurustadbir oleh kaum Iranun dan Balangingi. Di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu, orang Bajau yang tinggal di dalam bot ini telah berperanan sebagai sumber tenaga kerja yang penting kepada datu-datu Tausug dalam pengeksploitasian hasil-hasillaut seperti mutiara, tripang, ikan masin, ikan kering dan sebagainya. 17 Kehebatan dan kehandalan orang-orang Bajau ini dalam ekonorni perikanan peruah digambarkan oleh David E. Sopher sebagai "a quite distinct people, divers and fisherman, living in small boats, which usually congregate in groups" 1 8 • Alexander Dalrymple dalam pelayarannya dari Pulau Balambangan menuju ke 1010 pula telah menggambarkan kehandalan penyelam Bajau ini diperairan Laut Sulu mendaratkan mutiara dan tripang adalah seperti berikut:

"The divers never use any expedient to facilitate their continuing under water, but drawing up their breath in the hallow of their hands; and even their scare ever is practiced by professed divers who

11 Sather, Clifford. The Bajau Laut Adaptation, History and Fate in a Maritime Fishing Society of South Eastern Sabah. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1997.

12 James F. Warren. "The North Borneo Chartered Company's Administration of the Bajau 1878-1909" dalam International Studies, Southeast Asian Series. Ohio University Center for International Studies, 1971.

13 Carol, Warren, Ideology, Identity, and Change: the Experience of the Bajau Laut of East Malaysia, 1969-1975. Southeast Asian Monograph Series 14. Townsville. Queensland: James Cook University of North Queensland. 1983.

14 Gunsi Saat. Komuniti Samah-Bajau di Bandar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003. 15 Gusni Saat, Suku Etnik Bajau: Urbanisasi, Perubahan dan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2008. 16 Yap Beng Liang, Orang Bajau Pulau Omadal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. I7 Untuk penjelasan lanjut berhubung kepentingan orang Bajau di Sabah semasa era Kesultanan Sulu hingga

BNBCC sila lihat James F. Warren, The Sulu Zone: 1768- I 898. Singapore: Singapore University Press. 1981. 18 D.E. Sopher, The Sea Nomads: A Study of the Maritime Boats People of Southeast Asia, Singapore: National

Muzeum Singapore, 1965.

72

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAHAN KES KOMUNITI BAlAU LAUT 01 PULAU MABUL, SEMPORNA

commonly go down in depths of seven or eight to twelve of fifteen fathoms; but through a few can dive in 20 fathoms, that is too great a depth for the fishery, They can swim to the bottom, tumbling when they first plunge into the water and then making long strokes, get out of sight in three or four. They rise a considerable distance from the place where go down, but this distance is merely accidental from the directions they go along to the bottom, their fortune in finding shells, and the time the divers continues under water; they generally remain from one to two minutes, but in warm sunshine they can stay, perhaps longer"19

Oi bawah pentadbiran British North Borneo Chartered Company's (1878-1941) dan seterusnya oleh Kerajaan British sehingga tahun 1963, orang-orang Bajau ini telah digelar oleh Barat sebagai sea-nomad, sea gypsies dan normadic boat people sahaja. Walau apa sekalipun gelaran yang diberikan oleh kolonial pada waktu itu namun orang­orang Bajau ini terus memainkan peranan penting sebagai pelaut dan pembekal sumber protein (perikanan) kepada buruh-buruh yang berkhidmat di sektor periadangan, pembalakan dan perlombongan yang tidak terlibat dalam ekonorni perikanan. Sejarah awal dan gelaran kaum Bajau yang tinggal di dalam bot ini nampaknya berubah sekali lagi apabila Sabah mencapai kemerdekaan daripada British melalui pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Oi bawah pentadbiran Kerajaan Sabah, majoriti kaum Bajau Darat yang telahpun menetap di daratan dan mendapat tempat dalam pelbagai perkhidmatan oeh kerajaan nampaknya terus berkembang maju dari pelbagai aspek kehidupan berbanding dengan kaum Bajau (sea-nomad, sea gypsies dan normadic boat people) yang majoritinya masih lagi tinggal di dalam bot dan pulau.

Untuk membezakan status mereka (Bajau Oarat) dengan kaum Bajau ini yang secara relatifnya mundur dan ketinggalan zaman, maka kaum Bajau Oarat telah memberi gelaran kaum ini sebagai Bajau Laut atau Pala 'u. 20 Walaupun sejarah, asal usul dan identiti kaum ini nampaknya telah "dimusnahkan" oleh evolusi masa namun kebudayaan dan identiti kaum ini tetap bertahan sehingga sekarang dan dikagumi oleh umum melalui sambutan "Regatta Lepa Semporna" yang diadakan pada bulan April setiap tahun bermula pada tahun 1994. Pada tahun 2003, regatta ini telah dimasukan ke dalam kalender "Pesta Air Malaysia" dan menjadi salah satu produk pelancongan utama Sabah. Melalui regatta ini telah membolehkan para pengunjung dari dalam dan luar negara menyaksikan sendiri pembudayaan perahu dalam kehidupan di kalangan kaum Bajau Laut yang disimbolikan dan diterjemahkan melalui "lepa cantik" yang dihiasi dengan pelbagai warna kain layar

19 Alexander DarJymple, 1808. Oriental Repertory, Vol. I, London: East India Company. 20 Sehingga kini tiada rekod yang dapat membuktikan bila secara tepatnya istilah atau gelaran Bajau Laut ini

bermula. Namun demikian, apa yang pasti ialah gelaran ini hanya wujud setelah Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 yang dicipta oleh Bajau Darat untuk membezakan mereka dengan kaum Bajau yang tinggal di dalam bot. Bagi sarjana Barat (kecuali Carol warren), kebanyakan merekajuga tidak menggunakan istilah Bajau Laut untuk merujuk kaum ini dalam kajian dan penulisan mereka tetapi sekadar menamakannya sebagai sea­nomad, normadic boat people atau orang laut.

73

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

yang dikenali sebagai sambulayang dan diiringi dengan pukulan muzik, lagu-lagu dan tarian suku kaum Bajau.

Secara etnografinya, kaum Bajau Laut di Semporna pada masa kini dapat diklasifikasikan kepada empat kategori berasaskan kepada lokasi petempatan mereka iaitu yang pertama "Bajau Laut-Darat" yang menetap secara tetap di kampung air di Bangau­Bangau di tanah besar Semporna; kedua, "Bajau Laut-Pulau" yang menetap secara tetap di pulau seperti di Pulau Bum-Bum (Labuan Haji), Pulau Mabul, Pulau Omadal, Pulau Sabangkat, Pulau Dinawan, Pulau Gusungan dan sebagainya; ketiga "Bajau Laut-Laut" yang menetap secara tetap di di Taman Marin Tun Sakaran; dan akhir sekali, "Bajau Laut­Terapung" yang tinggal di dalam bot dan hidup secara berpindah randah atau nomad diperairan pulau-pulau di Semporna. Untuk tujuan penulisan makalah ini, penulis hanya akan memfokuskan kepada satu kategori Bajau Laut sahaja iaitu "Bajau Laut-Terapung" yang ledih sinonim dengan panggilan Pala 'u yang yang sehingga kini masih lagi tinggal secara sepenuh mas a di dalam bot diperairan Pulau Mabul. Pemilihan kaum ini sebagai subjek kajian dan penulisan dilakukan setelah mengambilkira cara kehidupannya yang agak luar biasa berbanding suku kaum Bajau yang lain dan persoalan "orang tanpa negara" yang membelenggu kaum ini.

Sosioekonomi Bajau Laut

Pulau Mabul yang terletak dalam daerah Semporna merupakan antara pulau yang cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan di Sabah dan dunia dunia amnya. Sebelum dibangunkan sebagai pusat eko-pelancongan pada tahun 80-an, pulau ini masih lagi terbiar dan hanya didiami oleh beberapa keluarga Bajau dan Sui uk. Pada hari ini, Pulau Mabul telah jauh berubah wajah dari sebuah pulau yang terpinggir dan kurang dikenali oleh umum kepada sebuah pulau yang tersohor di persada dunia apabila beberapa buah syarikat pelancongan terkemuka dunia seperti Sipadan Water Village, SMART, Borneo Divers, Scuba Junkie dan sebagainya telah membangunkan Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan Terumbu Kapalai sebagai pusat eko-pelancongan berasaskan selam skuba dan peranginan. Sehingga kini tidak dapat dipastikan secara tepat bilangan sebenar kaum Bajau Laut di Pulau Mabul. Menurut Hj. Mohammad selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) Pulau Mabul atau lebih dikenali sebagai 'panglima" menganggarkan terdapat lebih kurang 100-130 orang Bajau Laut yang menetap secara tetap di tepi pantai Pulau Mabul dan lebih kurang 30-50 orang Bajau Laut yang menetap dalam bot dipersekitaran pulau ini yang dikenali sebagai tempel, lanca dan kumpit yang hidup secara berpindah randah di persekitaran perairan pulau-pulau untuk tujuan ekonomi dan perlindungan daripada tiupan angin kuat dan laut bergelora. Biasanya mereka akan berlabuh di pesisiran pantai berhampiran pulau pada waktu siang hari dan akan meninggalkannya pada waktu malam untuk menangkap ikan dan berlabuh semula di pesisiran pantai pada keesokan paginya. Berdasarkan kepada temuramah yang dijalankan bersama kaum Bajau Laut ini menyatakan bahawa mereka lebih suka tinggal di dalam bot dan akan merasa pening danjatuh sakit sekiranya berada terlalu lama di daratan. Biasanya,

74

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

KOMUNlTI ORANG TANPA NEGARA (STA TELESS PEOPLE) DI SABAH: KAHAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA

mereka hanya akan naik ke darat (pantai) untuk mengambil air, kayu api, membaiki bot dan menjual hasil-hasillaut.

Foto 1: Bajau Laut tinggal di dalam bot

Sumber: Kerja lapangan di Pulau Mabul

Dari segi ekonorninya, majoriti kaum Bajau Laut ini masih lagi meneruskan warisan ekonomi tradisi nenek moyang mereka menjalankan ekonomi berasaskan laut iaitu menangkap ikan. Biasanya, mereka akan menangkap ikan batu untuk dijadikan ikan kering, kerang-kerangan, landak laut (pehe-pehe) , tripang (sea cucumber) di kawasan perairan batu karang untuk dijadikan makanan dan selebihnya dijual (ikan kering, udang kara dan tripang kering) ke pekan Semporna.

Foto 2: Ikan kering dijemur di atas atap bot

Sumber: Kerja lapangan di Pulau Mabul

75

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Sebelum tahun 80-an, kaum Bajau Laut atau Pala 'u ini hanya menukarkan hasil­hasillaut mereka dengan peniaga21 untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka sahaja seperti ubi kayu yang telah diparut yang dikenali sebagai putu, buah pisang, pakaian dan minyak masak sahaja. Namun pada hari ini, semua urusniaga antara mereka dengan peniaga telah berubah iaitu dalam bentuk kewangan. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka membeli keperluan lain yang tidak dapat dilakukan secara tukar barang lagi seperti pakaian, minyak bot, perkakasan bot, perkakas menangkap ikan dan sebagainya.Untuk tujuan tersebut, mereka akan membeli barang-barang keperluan ini di kedai runcit milik kaum Bajau dan Suluk yang dibina di atas air bersebelahan denganjeti Semporna-Pulau Bum-Bum.

Dari segi sosialnya pula, hubungan antara kaum Bajau Laut yang tinggal di dalam bot dan tepi pantai di pulau dengan lain-lain suku kaum seperti Bajau Darat, Suluk dan Ubian yang tinggal di daratan nampaknya agak dingin dan terbatas. Sikap dan tingkahlaku mereka ini dapat diterjemahkan apabila sentiasa mengelak untuk bertembung dengan orang luar dan lebih suka hidup dalam kelompok mereka sahaja. Berdasarkan kepada pemerhatian ikutserta dan tidak ikut serta yang dilakukan oleh penulis mendapati bot yang dikenali sebagai tempel merupakan "centre of life" kepada Bajau Laut ini. Dalam erti kata lain, bermula dari kelahiran, membesar, mencari nafkah, makan rninum, tidur, beranak­pinak, berkahwin dan sebagainya hinggalah saat kematian semuanya berpaksikan bot. Merekajuga tidak pernah mandi dan membasuh menggunakan air hujan tetapi sebaliknya menggunakan air laut (masin) sahaja.22 Dari aspek pemakanan pula adalah ala kadar sahaja iaitu menjadikan ubi kayu sebagai makanan utama dalam bent uk rebus (putu) atau digoreng (tempe) dan di makan bersama ikan bakar atau ikan rebus atau ikan masin dan lato iaitu rumpai laut sahaja.

Foto 3: Ubi Kayu (Tompe)

Sumber: Kerja lapangan di Pulau Mabul

21 Biasanya, urusniaga dalam bentuk tukar barang (barter trade) ini akan menguntungkan para peniaga kerana nilai barangan yang ditukar oleh Bajau Laut seperti ikan masin, udang kara (lobster hidup) dan tripang kering adalah lebih tinggi berbanding barangan keperiuan harian mereka sahaja seperti ubi kayu (putu). buah pisang, pakaian dan minyak masak.

22 Satu perkara yang cukup mengkagumkan penulis ialah walaupun hanya menggunakan air laut untuk mandi dan membasuh, namun kulit mereka tetap seperti biasa dan jarang berkudis. Semasa kajian ini dijalan, Pulau Mabul telah dilanda wabak kolera yang menyaksikan beberapa orang penduduk di dalam pulau ini terpaksa dihantar ke hospital di Semporna untuk mendapatkan rawatan. Sementara itu, tiada seorang Bajau Laut di pulau ini yang diserang wabak kolera walapun hidup dalam keadaan serba kekurangan.

76

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAHAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA

Berdasarkan kepada pemerhatian juga mendapati mereka hanya akan naik ke darat iaitu setakat di kawasan pantai berhampiran Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul dan perkampungan Bajau Laut berdekatan dengan Sipadan Mabul Water Village. lni bertujuan untuk mengambil air rninuman, membaiki perahu dayung yang dikenali sebagai bogo,23 menjual hasil-hasillaut mereka dan mengkeburnikan mayat sahaja. Dalam erti kata lain, mereka tidak akan memasuki perkampungan Bajau Darat dan Suluk dan berasa malu untuk berada lama di daratan.

Foto 4: Bajau Laut sedang membaiki bogo

Sumber: Kerja lapangan di Pulau Mabul

Semasa menjalankan kajian ini, penulis telah berpeluang menyaksikan sendiri cara kehidupan Bajau Laut di dalam bot termasuk bagaimana kaum Bajau Laut ini menguruskan kelahiran anak mereka yang barn lahir iaitu dengan cara merendamkan sekejap di dalam air laut. Walaupun secara fitrahnya tindakan ini sukar untuk diterima oleh aka! namun pada mereka ianya bertujuan untuk memasukan semangat laut dalam diri anak tersebut. Bagi kaum wanitanya pula akan senti as a memakai bedak sejuk di muka tanpa mengira siang dan malam yang dikenali sebagai borak buas dan bergigi emas sebagai lambang kecantikan. Sehingga kini, kaum Bajau Laut yang tinggal di dalam bot ini masih lagi tidak menganut sebarang agama (pagan) dan masih berpegang kepada kepercayaan aninisme. Apabila berlakunya kematian, tiada apa-apa upacara diadakan melainkan memakaikan si mati dengan baju yang ada dan menguburkan si mati di pulau yang berhampiran dengan meletakkan kayu nisan sahaja sebagai tanda. Ini berbeza dengan kaum Bajau Darat dan Suluk yang mengadakan pelbagai upacara apabila berlakunya kematian. Mereka juga tidak fasih bertutur bahasa Melayu dan hanya bertutur dalam

23 Untuk penjelasan lanjut berhubung bogo sila lihat, Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd. Ariff, Pembudayaan Perahu Bercadik (Outrigger) di Nusantara, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2009, Juga lihat Ismail Ali dan Jane Wong Kon Ling, "Bogo-Bogo: The Winged Boat of the Sea Bajau in Sabah". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Vol. 81 Part I , 2008, him. 19-26.

77

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH

bahasa Bajau Laut sahaja. Dari aspek kekeluargaan pula, kaum Bajau Laut yang menetap di dalam bot hanya akan berkahwin sesama mereka sahaja iaitu antara satu bot dengan bot yang lain. Dari apek pendidikan pula, boleh dikatakan kesemua kanak-kanak Bajau Laut ini tidak pemah bersekolah kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Biasanya, kanak-kanak Bajau Laut ini hanya akan menghabiskan usia kanak-kanak mereka di dalam bot, bermain-main di tepi pantai sahaja.

Status Kewarganegaraan

Apabila Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963, kerajaan Sabah telah berhadapan dengan pelbagai isu dan persoalan kaum Bajau Laut yang sukar untuk diselesaikan pada masa kini seperti status kerakyatan mereka, keciciran dari arus pemodenan, pembasmian kemiskinan tegar, jenayah maritim dan sebagainya. Pada masa kini terdapat pelbagai persoalan berhubung keberadaan kaum Bajau Laut di Sabah. Antaranya termasuklah apakah status kerakyatan sebenar mereka, apakah wajar kaum ini diberikan sahaja status kerakyatan Sabah berdasarkan kepada faktor sejarah dan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi, apakah kaum ini yang perlu dihantar pulang secara paksaan sahaja ke negara asalnya (Filipina), bagaimana pandangan dan penerimaan rakyat Sabah terhadap kaum ini, apakah nasib dan mas a depan anak-anak mereka, dan apakah impaknya keberadaan kaum ini kepada Sabah dan sebagainya.

Pada hari ini, majoriti kaum Bajau Laut yang baru menetap di kawasan perairan Pulau Mabul adalah berasal dari perairan Pulau Sitangkai yang terletak disempadan perairan antarabangsa Filipina-Malaysia yang tinggal di dalam bot dan hidup secara nomad. Apabila terbentuknya sebuah negara bangsa dan sempadan antarabangsa an tara Filipina-Malaysia, kaum ini tidak diiktiraf sebagai rakyat kedua-dua buah negara kerana tidak menetap di tanah daratan dan pulau milik Filipina dan Malaysia tetapi bergerak bebas mengikut angin dan arus di Laut Sulu sahaja. Ketiadaan satu bentuk persefahaman antara Malaysia-Filipina untuk menentukan nasib kaum ini telah menyebabkan mereka tiada tempat untuk singgah di daratan atau pulau milik mutlak Malaysia-Filipina melainkan terus berada diperairan Laut Sulu yang longgar dari segi pemilikan dan kawalannya. Walau bagaimanapun, kaum Bajau Laut ini nampaknya lebih suka berada di kawasan perairan pulau-pulau di Sabah berbanding pulau-pulau di selatan Filipina kerana lebih stabil dari segi keselamatan dan lebih mudah untuk mencari rezeki. Dalam erti kata lain, kekaburan dalam status kerakyatan dan kedudukan mereka diperairan Sabah-Filipina telah menyebabkan kaum ini diklasifikasikan sebagai stateless people sahaja dan bukannya pendatang tanpa izin dan pelarian politik.

Berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh UNCHR24 menunjukkan terdapat kira-kira 12 juta orang di seluruh dunia yang dikategorikan sebagai stateless people. Untuk tujuan ini, UNCHR telah diberi mandat oleh PBB (UN) untuk menangani persoalan ini

24 Untuk penjelasan lanjut berhubung sila Iihat laman web UNCHR. UNHCR. hnp:llwww.unhcr.org/basics.html.

78

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) Dr SABAH: KAHAN KES KOMUNITI BAlAU LAUT Dr PULAU MABUL, SEMPORNA

melalui Convention on the Reduction of Statelessness 1961. Pada prinsipnya, perkataan stateless merupakan legal and social concept of a person lacking belonging (or a legally enforceable claim) to any recognised state dan is not always the same as lack of citizenship. Biasanya perkataan stateless adalah merujuk kepada the condition of an individual who is not considered as a national by any state. Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan ini seperti diskriminasi terhadap golongan minoriti, kegagalan memasukkan sesetengah orang apabila sesebuah negara mencapai kemerdekaan, konflik perundangan antara negara dan sebagainya. Dari segi perundangan, seseorang individu boleh menjadi stateless dalam dua cara iaitu secara de jure iaitu apabila there exists no recognised state in respect of which the subject has a legally meritorious basis to claim nationality dan De Facto iaitu apabila the subject may have a legally meritorious claim but is precluded from asserting it because of practical considerations such as cost, circumstances of civil disorder, or the fear of persecution.25 Terdapat perbezaan antara orang tanpa negara (stateless people) dan pelarian (refugees) seperti berikut:

"Stateless most commonly affects refugees although not all refugees are stateless, and not all stateless persons may be able to qualify as refugees. Refugee status entails the extra requirements that the refugee is outside their country of nationality (or country of habitual residence if stateless), and is deserving of asylum based upon a well-founded fear of persecution for categorized reasons which make himlher unwilling or unable to avail the protection of that country"26

Pada tahun 2008, kerajaan Sabah dan Persekutuan telah menjalankan program pemberian kerakyatan sementara melalui pemberian kad pengenalan semen tara yang dikenali sebagai "Green MyKad" kepada pendatang tanpa izin, pelarian politik dan stateless people ini. Walau bagaimanapun, program ini nampaknya tidak begitu menyeluruh dan hanya disasarkan kepada pendatang tanpa izin dan pelarian politik yang berada di tanah besar dan pulau sahaja. Dalam erti kata lain, majoriti kaum Bajau Laut yang berstatus stateless people yang tinggal di dalam bot diperairan Sabah dan hidup secara berpindah randah ini nampaknya tidak mendapat manfaat dari program ini. Natijahnya, majoriti kaum Bajau Laut ini tidak dapat didaftarkan untuk mendapat kerakyatan sementara dan terus menerus menjadi stateless people. Ini berlaku disebabkan kurangnya informasi dan kesedaran dalam kalangan kaum Bajau Laut ini kerana masih lagi tinggal pulau-pulau yang jauh dari tanah besar, hidup berpindah randah, buta huruf dan sebagainya.

Selain itu, tindakan pemberian kerakyatan sementara melalui pemberian kad pengenalan sementara yang dikenali sebagai "Green MyKad" oleh kerajaan Sabah kepada pendatang tanpa izin, pelarian politik dan stateless people ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti-parti politik dan rakyat tempatan di Sabah sendiri. Walaupun pada prinsipnya setiap negara dikehendaki memberikan hak sarna rata kepada mana-mana individu

25 http://www.unhcr.org/basics.html. 26 http://www.unhcr.org/basics.html.

79

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 12: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

sepertimana yang termaktub dalam Konvensyen PBB berhubung "Stateless People" , namun sehingga kini kerajaan Malaysia belum lagi meraktifi piagam terse but dan berhak untuk tidak menerima mana-mana individu yang tidak bernegara masuk ke dalam wilayahnya. Walau bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan kerajaan Sabah nampaknya telah memberi keistimewaan khas dan kelonggaran kepada kaum ini seperti tidak dihantar pulang ke negara asal sepertimana yang dilakukan terhadap pendatang tanpa izin dan pelarian politik dan bergerak bebas diperairan Malaysia-Filipina mengikut kemahuan mereka sahaja.

Pada masa kini, keberadaan kaum ini di Sabah nampaknya belum lagi dipandang sebagai satu masalah besar kepada kerajaan Sabah seperti pendatang tanpa izin dan pelarian politik. Dalam erti kata lain, kerajaan Sabah hanya membiarkan kaum Bajau Laut tinggal di kawasan perairan dan pulau di Sabah atas dasar kemanusiaan dan sebagai tanda komitmen kepada PBB.Sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini, Bajau Laut merupakan salah satu suku di dalam keluarga besar kaum Bajau. Walaupun mempunyai pertalian yang cukup rapat, namun keberadaan kaum Bajau Laut ini dalam rumpun besar keluarga Bajau nampaknya kurang disenangi oleh kaum Bajau Darat. Berdasarkan kepada temuramah penulis dengan beberapa orang penduduk Bajau Darat dan Su]uk di Pulau Bum-Bum, Pulau Mabul dan Pulau Omadal menganggap kaum ini sebagai "manusia keras ketiga" selepas pendatang tanpa izin dengan memberikan pelbagai tanggapan dan persepsi seperti liar, jahat, pengotor dan sebagainya.

Hj. Musari Ebbeh (Bajau Darat) di Kampung Kabimbangan, Pulau Bum-Bum pernah melafazkan satu ungkapan yang berbunyi "kalau orang Pala 'u (Bajau Laut) punya ikan, kami tau dan tidak makan ikan itu".Tidak bagus dan kapir Pala'u itu". 27 Dalam erti kata lain, pada kaum Bajau Darat kewujudaan kaurn Bajau Laut ini dalam keluarga Bajau secara tidak langsung telah rnenjejaskan imej dan nama baik kaum Bajau Darat kerana cara kehidupan mereka yang berkonsepkan nomad dan pagan (kafir). Kaum Bajau Darat juga narnpaknya tidak rnahu mengiktiraf mereka ini sebagai saudara serumpun apatah lagi sarna bangsa. Pada mereka, Bajau Laut adalah satu etniklbangsa lain yang dikaitkan dengan Filipina. Selain persoalan status, pemberian kerakyatan semen tara dan prejudis di atas, persoalan keciciran kanak-kanak Bajau Laut dalam arus pendidikan juga turut menghantui kaum ini. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan mendapati tiada seorang pun kanak-kanak Bajau Laut samada yang tinggal di tepi pantai mahupun dalam bot yang bersekolah.

Berdasarkan kepada peraturan labatan Pelajaran Sabah, kemudahan pendidikan di Pulau Mabul hanya disediakan kepada kanak-kanak tempatan yang memiliki sijiI lahir dan ibubapa atau penjaganya yang memiliki kad pen genal an sahaja. Dalarn erti kata lain, semasa kanak-kanak yang berstatus warga sedang belajar di sekolah terdapat sebilangan kanak-kanak Bajau Laut yang berstatus stateless people hanya mampu memerhatikan rakan sebaya mereka sedang belajar dari atas bot. Berdasarkan kepada pemerhatian penulis mendapati kanak-kanak Bajau Laut yang tidak berpeluang bersekolah hanya menghabiskan

27 Temuramah bersama Hj. Musari Ebbeh ini diadakan pada 12 April 2009 di rumahnya di Kampung Kabimbangan. Pulau Bum-Bum. Beliau merupakan seorang Bajau Kubang yang bergiat aktif dalam pembuatan tepa dan ukiran batu nisan.

80

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 13: KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE ......KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAJIAN KES KOMUNITI BAJAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA* Ismail Ali" Abstrak:

KOMUNITI ORANG TANPA NEGARA (STATELESS PEOPLE) DI SABAH: KAHAN KES KOMUNITI BAlAU LAUT DI PULAU MABUL, SEMPORNA

masa mereka dengan bermain di dalam bot atau di tepi pantai, mengikut bapa atau penjaga menangkap ikan, meminta wang daripada pelancong dan sebagainya.Berdasarkan temubual penulis bersama para guru di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul menyatakan mereka tidak dapat mendaftarkan kanak-kanak ini kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan ibubapa atau penjaga dan bertentangan dengan peraturan Jabatan Pelajaran Sabah. Atas dasar kemanusiaan, ada juga diantara guru-guru di sekolah ini telah menyekolahkan mereka dengan cara mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat. Dalam erti kata lain, keciciran kanak-kanak ini dalam aspek pendidikan sudah pastinya akan mengundang pelbagai masalah sosial kepada Semporna dan Sabah amnya pada mas a akan datang. Satu perkara yang perlu diterima oleh semua lapisan masyarakat di negeri ini ialah kanak-kanak ini akan membesar dan terus menetap di bumi Sabah.

Penutup

Bertitik tolak dari persoalan ini maka sudah tiba masanya satu mekanisme secara berhemah untuk menangani hal-ehwal kaum Bajau Laut ini perlu diambil oleh pihak-pihak berwajib. Dalam perkara yang bersangkutpaut dengan kerakyatan, tindakan susulan untuk memberikan kad kerakyatan sementara (Green Mykad) perlu diberi keutamaan dan dilakukan semula berbanding dengan pendatang tanpa izin dan pelarian politik yang melanggar perundangan sesebuah negara berdaulat dengan mengambilkira status mereka sebagai stateless people sepertimana yang terkandung dalam Piagam PBB. Melalui pemberian kad sementara ini sekurang-kurangya membolehkan pihak berwajib mengetahui anggaran bilangan kaum ini dan dipantau perkembangannya dari mas a ke semasa. Sementara itu, pandangan prejudis terhadap kaum ini oleh mana-mana pihak perlu diperbetulkan semula dan sejarah telah membuktikan bahawa nenek moyang suku kaum Bajau pada hari ini pada hakikatnya adalah berasaskan "budaya bot" yang telah wujud sejak era pemerintahan Kesultanan Sulu lagi.

Dalam aspek kebajikan kanak-kanak mereka, daripada membiarkan terus kanak­kanak tercicir dan mendatangkan pelbagai masalah sosial di belakang hari kepada Sabah maka ada baiknya kanak-kanak ini juga diberi peluang untuk mengikuti pendidikan. Pendidikan yang dimaksudkan di sini bukanlah pendidikan formasl seperti kanak-kanak lain tetapi sekadar pendidikan informal sahaja. Pada masa yang sarna, pendidikan informal untuk kanak-kanak yang tercicir ini juga bukan bertujuan untuk memberi hak samarata dengan kanak-kanak lain dari segi pembangunan modal insan tetapi sekadar menjadikan kanak-kanak ini individu yang bertanggungjawab apabila berada di bumi asing. Untuk tujuan ini, mungkin ada baiknya kanak-kanak ini dibekalkan dengan kemahiran membaca dan menulis dan diajar beberapa mata pelajaran yang berguna unrtuk kehidupan seharian meraka seperti bahasa Malaysia terutamanya kanak-kanak Bajau Laut yang langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa ini, matematik, pendidikan kesihatan dan pendidikan moral sahaja. Ini bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak ini memahami peraturan­peraturan, kepentingan penjagaan kesihatan, adab dan tatasusila, disiplin diri, boleh berdikari sendiri, memupuk kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar dan sebagainya.

81

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2011 – Persatuan Sejarah Malaysia