KONFLIK ETNIK

25
Konfilk etnik 1.0 Pengenalan Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusiayang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selaian itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi. Lebih daripada seratus etnik wujud di China. Walau bagaimanapun,Bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan bahasa sehinggakan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-bangsa lebih kecil kedalam bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Di negara china tidak terlepas dengan konflik antara etnik-etniknya. Konflik etnik yang akan dibincangkan adalah etnik Han dan Uighur. 2.0 Latar Belakang Sejarah Dan Geopolitik Negara Tersebut.

Transcript of KONFLIK ETNIK

Page 1: KONFLIK ETNIK

Konfilk etnik

1.0 Pengenalan

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.

Dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula

etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusiayang ditentukan melalui

perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan

sebagainya. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selaian itu, etnik juga

dapat dikelaskan mengikut demografi. Lebih daripada seratus etnik wujud di China.

Walau bagaimanapun,Bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini

mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan bahasa sehinggakan dianggap oleh

sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-bangsa lebih kecil kedalam bangsa

lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Di negara china tidak

terlepas dengan konflik antara etnik-etniknya. Konflik etnik yang akan dibincangkan

adalah etnik Han dan Uighur.

2.0 Latar Belakang Sejarah Dan Geopolitik Negara Tersebut.

2.1 Sejarah Negara China

China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China juga

merupakan salah satu daripada sedikit tamadun yang menciptakan sistem tulisannya

yang tersendiri. Tamadun lain yang menciptakan tulisan tersendiri hanyalah

Mesopotamia (Golongan Sumer), Tamadun lembah Indus, India, para Maya di

Amerika Selatan dan tamadun Mesir purba.

Page 2: KONFLIK ETNIK

Dinasti pertama menurut sumber sejarah China merupakan Dinasti Xia; akan

tetapi tidak terdapat bukti arkilogi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasty

pertama yang dapat disahkan merupakan Dinasti Shang yang menduduki lembah

sungai Huang He daripada kurun ke 18 sehinggalah ke kurun ke 12 sebelum masihi

(SM). Dinasti Shang pula digulingkan oleh Dinasti Zhou yang mengambil alih

pemerintahan daripada kurun ke 12 sehingga ke kurun ke 5 SM. Kerajaan ini berpusat

akan tetapi ini semakin terhampus dengan pemberian secara bebas tanah jajahan

kepada bangsawan-bangsawan sehingga timbulnya negeri-negeri bebas dan kuat pada

Era Musim Bunga dan Musim Luruh. Negeri-negeri ini hanya memberikan sedikit

pengiktirafan kepada kerajaan pusat Zhou. Negeri-negeri ini kemudian dipusatkan

semula dibawah pemerintahan satu maharaja China pada tahun 221 SM, iaitu

maharaja Qin Shi Huang yang membawa kepada penubuhan Dinasti Qin, iaitu

peyatuan semua tanah jajahan pertama dibawah China.

Kerajaan ini tidak dapat bertahan lama oleh sebab pemerintahan kuku besinya,

dan bertindak memusnahkan banyak sumber-sumber yang dianggap berbahaya

kepada pemerintahannya, iaitu para cendekiawan dan gologan terpelajar. Sumber-

sumber ini tidak dilihat sebagai boleh membantu kerajaan dalam pentadbiran,

meskipun itulah salah-satu kegunaan mereka. Selepas kejatuhan kerajaan Qin pada

tahun 207 SM, muncul pula Dinasti Han, yang bertahan sehingga tahun 220 Masihi

(M). Daripada dinasti inilah sumber kebanyakan orang Cina memangil diri mereka,

iaitu Bangsa Han. Selepas dinasti ini era perpisahan wujud sekali lagi sehingga tahun

580, dengan penyatuan semula dibawah Dinasti Sui yang diikuti Dinasti Tang dan

Dinasti Song. Pada masa inilah, China mengalami zaman emasnya. Daripada kurun ke

7 M sehinggalah kurun ke 14 M, China merupakan salah satu daripada tamadun yang

1

Page 3: KONFLIK ETNIK

paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan seni lukis. Dinasti Songtumpas di

tangan penjajah Mongol daripada Mongolia pada tahun 1279. Para Mongol dibawah

Kublai Khan menubuhkan Dinasti Yuan, satu dinasti yang tidak disukai dan dianggap

asing oleh orang Cina Han. Satu ahli golongan petani yang bernama Zhu Yuanzhang

menggulingkan dinasti Yuan dan menubuhkan Dinasti Ming iaitu pemulihan

pemerintahan bangsa Han terhadap negara China. Akan tetapi, China sekali lagi

dijajah oleh orang asing dibawah Dinasti Qing yang ditubuhkan bangsa Manchu yang

mengambil kesempatan merampas kuasa pada tahun 1644. Dinasti Qing ini

ditumpaskan sekali lagi oleh bangsa Han pada tahun 1911 dengan pengusiran

maharaja terakhir mereka, Puyi daripada tahkta. Bangsa Han sekali lagi gembira

dengan pengambilan semula China kedalam tangan mereka.

Proses penukaran permerintahan daripada satu dinasti ke dinasti yang lain

adalah sesuatu yang ganas dan melibatkan rasa tidak puas hati yang kuat terhadap

golongan pemerintah. Oleh sebab ini, para pemerintah seringkali bertindak melakukan

sesuatu yang akan memastikan penerusan pemerintahan mereka, seperti penanaman

sifat setia terhadap mereka kedalam jiwa rakyat mereka. Sebagai contoh, selepas

penggulingan dinasti Ming oleh orang Manchu, disebabkan rasa sangsi mereka

terhadap bangsa Han, mereka mengambil sikap berhati-hati dalam perhubugan antara

diri mereka dan bangsa tersebut, seperti memastikan semua dokumen rasmi kerajaan

menggunakan bahasa Manchu disamping bahasa Cina. Akan tetapi, tindakan-tindakan

preventif ini kelihatan tidak berhasil apabila para Manchu lupa bahasa dan budaya

mereka dengan sepenuhnya dan menjadi sama dengan orang Cina Han.

Dalam kurun ke 18, China mendapat kemajuan teknologi yang lebih daripada

para musuhnya di kawasan Asia Tengah, iaitu bangsa-bangsa yang mereka cuba untuk

2

Page 4: KONFLIK ETNIK

menjajah selama beberapa kurun kebelakangan itu. Pada masa yang sama, tamadun

China terjatuh dibelakan Eropah daripada segi kemajuan teknologi. Keadaan ini

menyebabkan situasi tegang pada kurun ke 19, dimana China mengambil pendekatan

bertahan daripada penjajahan Barat pada masa yang sama ia menjajah kawasan Asia

tengah. Lihat Penjajahan di Asia.

Akan tetapi, sebab utama penurunan standard tamadun China bukanlah

disebabkan pengaruh Barat seperti didakwa para sejarahwan Barat yang sengaja

memutar-belitkan fakta. Secara benarnya, penurunan tamadun ini disebabkan masalah

politik dalaman. Paling utama adalah Pemberontakan Taiping yang bermula pada

tahun 1851 sehingga ke tahun 1862. Perang saudara ini telah dimulai oleh pelampau

ekstrimis Kristian Cina yang menganggap dirinya sebagai adik kepada Nabi Isa A.S.

atau Jesus Christ, dan sejurus itu juga menganggap dirinya sebagai tuhan. Walaupun

kerajaan menang dalam pentempuran ini, ia dianggap sebagai sebagai salah satu

perang saudara yang paling ganas dalam sejarah manusia, dan mengorbankan

sebanyak 20 juta nyawa (lebih daripada jumlah terkorban dalam Perang Dunia 1).

Sebelum ini, terdapat juga beberapa pemberontakan oleh umat Islam terutama di Asia

tengah. Satu lagi pemberontakan adalah Pemberontakan Boxer yang timbul akibat

kebencian terhadap Barat yang suka menjajah. Maharatu Ci Xi pada masa itu secara

terangnya menentang pemberontakan ini walaupun dia secara senyap menyokongnya.

Pada tahun 1912, selepas penurunan standard yang lama berlaku, empayar

China akhirnya roboh dan Republik China, satu negara mengikuti definasi moden

sesuatu negara, muncul. Tiga dekad selepas itu merupakan dekad yang huru-hara dan

tidak aman, dan pembahagian wujud disebabkan kewujudan panglima perang, Perang

China-Jepun (1937-1945) dan Perang Saudara China. Perang saudara yang berlaku

3

Page 5: KONFLIK ETNIK

berakhir pada tahun 1949 dengan penubuhan Republik Rakyat China, negara komunis

yang baru ciptaan Parti Komunis China di tanah besar China. Republik baru ini

mendakwa bahawa kewujudannya memansuhkan kesahihan Republik yang lama.

Republik yang lama pula berpindah ke pulau Taiwan dan terus diiktiraf sebagai

kerajaan sah seluruh China oleh blok Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

sehingga dekad 1970-an. Selepas dekad itu, kebanyakan negara memilih untuk

mengiktiraf Republik Rakyat China pula.

Negara Britain dan Portugal menyerahkan kembali Hong Kong dan Macau

kepada China pada tahun 1997 dan 1999. Nama China dalam konteks moden

bermaksud kawasan tanah besar China dan tidak termasuk dua bandar yang disebut

diatas dan Taiwan.

Republik Rakyat China (PRC) tidak mengiktiraf Republik China (ROC)

kerana mendakwa bahawa ia merupakan entiti yang tidak lagi wujud berikutan

'penggantian'nya oleh PRC. PRC menuntuk hak perintah kesemua China termasuk

Taiwan. ROC pula secara rasmi masih menuntuk hak perintah tanah besar termasuk

Mongolia dan wilayah Xizang (Tibet), akan tetapi, gerak-gerinya yang terbaru

menampakkan pengalihan daripada posisi ini dan kecenderungan terhadap

menganggap dirinya sebagai satu entiti bebas Taiwan. PRC membantah tindakan-

tindakan ini dan berkata ia mengundang perang. Isu-isu ini diterangkan secara lebih

lanjut dalam rencana Kemerdekaan Taiwan, Penyatuan semula dengan China dan

Status Politik Taiwan. Lihat juga Sejarah Taiwan, Sejarah Macau dan Sejarah Hong

Kong.

4

Page 6: KONFLIK ETNIK

2.2 Sejarah Politik

Sebelum penyatuan oleh Dinasti Qin di tahun 221 SM, "China" tidak wujud sebagai

entiti yang satu. Tamadun China adalah tamadun yang beberapa negeri yang

diperintah oleh raja-raja dan bangsawan-bangsawan China. Walaupun terdapat satu

raja pusat yang berkuasa, sesetengah bangsawan tempatan mempunyai penguruh yang

kuat keatas kawasan tugasan mereka. Waktu inilah juga merupakan titik tolak

permulaan pengaruh falsafah Konfuciusme dan falsafah-falsafah lain keatas

pemikiran China.

Keadaan ini tamat dengan penyatuan negara oleh Dinasty Qin. Pejabat

maharaja ditubuhkan dan sistem pentadbiran bureaukratik dilaksanakan. Selepas

dinasti Qin, China mendapat 13 lagi dinasti yang terus melaksanakan dasar perluasan

kawasan permerintahan berkonsepkan kerajaan dan bangsawanan. Kawasan jajajan

bergantung kepada kekuatan dan kehebatan dinasti yang memerintah, dengan

perluasan dan kuranganya tersendiri. Walau bagaimanapun maharaja mempunyai

kuasa mutlak sebagai pemimpin politik dan agama China. Maharaja juga mempunyai

jemaah menterinya yang tersendiri untuk menasihati baginda dalam perihal sivil dan

martial, termasuk Perdana Menterinya. Ada masanya kuasa politik jatuh ketangan

beberapa pegawai kerajaan, terutama apabila maharaja pada ketika itu lemah dan

masih budak dan pegawai kerajaan itu cekap dalam bidang politik. Kedudukan

maharaja yang jauh tersorok dalam istana dan terlindung daripada dunia luar

sehinggakan maklumat yang boleh diberitahu kepadanya diubah oleh pembawanya

bagi muslihat juga tidak membantu keadaan, terutama apabila umur pemerintahan

tiada had bawahan dan pentadbiran diberikan kepada saudara terdekat atas dasar

"kepercayaan".

5

Page 7: KONFLIK ETNIK

Perhubugan politik dengan kawasan negara naungannya dikekalkan dengan

perkahwinan antarabangsa, pertolongan ketenteraan, perjanjian dan hadiah. Antara

negara naungan yang diperoleh dengan cara ini adalah negara Melaka di kawasan

yang pada hari ini dikenali sebagai Malaysia.

Bandar-bandar Luoyang, Chang'an (hari ini dikenali sebagai Xi'an (Ibu negara barat))

Beijing (Ibu negara utara) dan Nanjing (Ibu negara selatan) merupakan empat bandar

yang paling banyak mendapat status sebagai ibu negara China pada sepanjang

sejarahnnya. Bahasa China merupakan bahasa rasmi, meskipun pada waktu

pemerintahan dinasti asing seperti Dinasti Yuan (Mongol) dan Dinasti Qing (Manchu)

bahasa-bahasa mereka ini dijadikan bahasa rasmi.

Pada tarikh 1hb Januari 1912, Republik China muncul dan merupakan tanda

tamatnya pemerintahan Dinasti Qing yang didominasi bangsa Manchu. Sun Yat-sen

seorang yang beragama Kristian dan berbangsa Han daripada parti Kuomintang

(KMT atau Parti Negara), telah diistiharkan sebagai presiden provisyenal. Yuan

Shikai yang mengambil-alih daripada Sun Yat-sen bertindak tidak mengotakan

janjinya dan berangan mahu menubuhkan dinasti barunya tersendiri. Hasratnya tidak

kesampaian apabila beliau telah mati secara tiba-tiba sebelum sempat membawa

pemerintahannya keatas keseluruhan empayar China.

Selepas kematian Yuan, China terbelah dari segi politiknya, dengan satu kerajaan

yang lemah, meskipun diiktiraf Barat. Kerajaan ini berpusat di Beijing, akan tetapi,

panglima perang mempunyai kuasa sebenar di setiap kawasan takhlukan mereka.

6

Page 8: KONFLIK ETNIK

Dewan Besar Rakyat dimana Kongres Nasional Rakyat (NPC) bersidang.

Pada penghujung kurun 1920-an, parti Kuomintang dibawah Chiang Kai-shek

sedikit-sebanyak dapat menyatukan negara dibawah kerajaan berpusat di bandar

Nanjing. Beliau melaksanakan rancangan politik pertengahan iaitu rancangan asal Sun

Yat-sen untuk menjadikan China satu negara demokratik yang moden. Rancangan ini

adalah berteraskan pemerintahan satu parti Kuomintang dengan unsur-unsur ideologi

Lenin. Yang menjadi ironi adalah pendekatan ini serupa dengan pendekatan Parti

Komunis China (CCP) pada masa sekarang. Pada tahun 1947, pemerintahan

berasaskan perlembagaan diwujudkan akan tetapi disebabkan perang saudara China

yang meletus, ramai provisyen perlembagaan ini tidak terlaksana di tanah besar

China.

Menjelang tahun 1950, CCP telah berjaya mengalahkan Kuomintang, yang

melarikan diri ke pulau Taiwan. Pulau ini pula semenjak dekad ke 1970-an

mengamalkan demokrasi pelbagai parti di kawasan kawalan ROC. Pada hari ini,

demokrasi di Taiwan berasaskan sama ada mahu merdeka atau bersatu semula dengan

tanah besar China.

7

Page 9: KONFLIK ETNIK

Sementara ini, Mao Zedong, pemimpin Komunis China, mengistiharkan

republik baru bagi negara ini, Republik Rakyat China dengan katanya 'orang Cina

telah berdiri'. Pada mulanya, PRC merupakan negara perintahan satu parti dibawah

Parti Komunis. Namun, sejak perlaksaan libralisasi ekonomi oleh Deng Xiaoping

pada dekad ke 1970-an, China kini mempunyai kebebasan hidup yang lebih daripada

dahulu. Parti Komunis masih menguasai pelbagai aspek politik negara China, dan

setiasa mengawal pemerintahan ini dengan memenjarakan penentangnya, memerhati

gerakan agama dan menyekat dan menapis akhbar, filem dan media massa. Gerakan-

gerakan kemerdekaan juga tidak dibenarkan, dan satu demonstrasi pro-demokrasi

yang berlaku di Tian'anmen pada tahun 1989 dimusnahkan kerajaan. Badan Falun

Gong, satu badan yang didakwa sesat oleh kerajaan, juga cuba dihampuskan. Ahli

Falun Gong bagaimanapun mendakwa bahawa ini disebabkan kerajaan takut dengan

pengaruh mereka. Namun, dalam bidang bukan politik, terdapat lebih kebebasan

berfikir dan propaganda semakin berkurangan.

2.3 Ekonomi Negara China

Semenjak penubuhannya pada tahun 1949 hingga akhir tahun 1978, Republik Rakyat

China mengamalkan ekonomi perancangan pusat ala Soviet, tanpa kelibat perniagaan

swasta dan kapitalisme. Untuk menggerakkan negara ke arah masyarakat komunis

yang moden dan berindustri, Mao Zedong melancarkan rancangan Kemaraan

Raksasa. Berikutan kematian Mao dan akhir Revolusi Kebudayaan, Deng Xiaoping

bersama kepimpinan baru China mula memperbaharui ekonomi dan beralih kepada

ekonomi campuran berorientasikan pasaran di bawah pemerintahan satu parti. Secara

8

Page 10: KONFLIK ETNIK

amnya, ekonomi China disifatkan sebagai ekonomi pasaran berasaskan milikan harta

persendirian. Pengkolektifan pertanian dimansuhkan dan tanah-tanah ladangnya

diswastakan untuk meningkatkan daya pengeluaran.

Kerajaan RRC menggalakkan kegiatan pelbagai perusahaan kecil-kecilan

sambil melonggarkan kawalan harga serta mengundang pelaburan dari luar negara.

Perdagangan asing diberi tumpuan sebagai alat pertumbuhan ekonomi utama,

sehingga lahirnya Zon Ekonomi Khas, mula-mula di Shenzhen (berhampiran Hong

Kong) disusuli bandaraya-bandaraya lain di China. Perusahaan milik kerajaan yang

tidak cekap distrukturkan semula dengan pengenalan sistem pengurusan ala barat;

perusahaan mana yang kurang lumayan terpaksa ditutup sehingga menyebabkan

ramai hilang pekerjaan.

Bangunan Bursa Saham Shanghai di daerah kewangan Pudong, Shanghai

9

Page 11: KONFLIK ETNIK

Semenjak bermulanya peliberalan ekonomi pada tahun 1978, ekonomi RRC

yang diterajui pelaburan dan eksportbertumbuh 70 kali lebih besar sebagai ekonomi

utama yang bertumbuh paling pesat di dunia. Kini, China memiliki KDNK nominal

ketiga terbesar di dunia pada 33.54 trilion yuan (AS$4.91 trilion), namun pendapatan

per kapitanya masih agak rendah pada AS$3,700, maka RRC masih ketinggalan di

belakang kira-kira seratus negara.[109] Industri-industri primer, sekunder, and tertier

masing-masing menyumbangkan 10.6%, 46.8%, dan 42.6% kepada keseluruhan

ekonominya pada tahun 2009.

RRC ialah negara keempat paling ramai pengunjung di dunia dengan 49.6 juta

pelancong asing pada tahun 2006. RRC merupakan sebuah anggota WTO dan kuasa

perdagangan kedua terbesar di belakang AS dengan jumlah dagangan dunia bernilai

AS$2.21 trilion – AS$1.20 trilion eksport (#1) dan AS$1.01 trilion import (#2). Rizab

tukaran asingnya telah mencecah AS$2.4 trilion, menjadikannya yang terbesar di

dunia. RRC memiliki sekuriti AS bernilai kira-kira $1.6 trilion. RRC ialah penerima

ketiga terbesar masukan FDI dengan menarik AS$92.4 billion pada tahun 2008

sahaja, pada masa yang sama semakin banyak melabur di luar negara dengan keluaran

FDI sebanyak AS$52.2 bilion pada tahun 2008 sahaja sebagai pelabur keluar keenam

terbesar di dunia.

Kejayaan RRC banyak disumbang oleh sektor perkilangan berkos rendah,

hasil gabungan buruh murah, prasarana bermutu, teknologi dan kemahiran bertahap

sederhana, daya pengeluaran agak tinggi, dasar kerajaan yang menggalakkan, dan

kononnya, kadar tukaran yang terkurang nilai. Kadar tukaran itu adakalanya dikatakan

sebagai punga lebihan perdagangan RRC yang mengembung (AS$262.7 bilion pada

tahun 2007) di samping menjadi punca pertikaian utama antara RRC dan rakan-rakan

10

Page 12: KONFLIK ETNIK

perdagangan utamanya – AS, EU, dan Jepun – sungguhpun matawang dilepaskan dari

pancangnya lalu nilainya meningkat 20% berbanding dolar AS sejak tahun 2005.

Dengan pegangan bon perbendaharaan sebanyak AS$801.5 bilion, RRC ialah

pemegang asing hutang negara A.S. yang terbesar di dunia. Kerajaan masih

menguasai industri "tonggak" yang strategik (seperti bekalan tenaga dan perindustrian

berat), tetapi perusahaan swasta yang disertai 30 juta perniagaan persendirian kini

menjadi penyumbang 33% (People's Daily Online 2005) hingga 70% (BusinessWeek,

2005) KDNK pada tahun 2005, manakala anggaran OECD melebihi 50% keluaran

negara China, iaitu jauh meningkat dari 1% pada tahun 1978. Bursa sahamnya di

Shanghai (SSE) menyaksikan kegiatan IPO semakin tumbuh bagai cendawan dan

nilai tanda aras Indeks Komposut Shanghai berganda sejak 2005. Pemodalan pasaran

SSE mencapai AS$3 trilion pada tahun 2007 untuk menjadi bursa saham kelima

terbesar di dunia.

China kini menduduki tempat ke-29 dalam Indeks Daya Saing Global. 37

syarikat China tersenarai dalam Fortune Global 500 tahun 2009 (termasuk 26 dari

Beijing sahaja). Melalui ukuran pemodalan pasaran, empat daripada sepuluh syarikat

paling bernilai di dunia bertapak di China, termasuk PetroChina di tempat pertama

(syarikat minyak paling bernilai di dunia), Bank Industri dan Perdagangan China di

tempat ketiga (bank paling bernilai di dunia), China Mobile di tempat kelima (syarikat

komunikasi paling bernilai di dunia) dan China Construction Bank di tempat ketujuh.

Walaupun masih agak miskin mengikut piawaian dunia, namun pertumbuhan pesat

RRC berupaya menarik keluar beratus juta rakyatnya dari kancah kemiskinan sejak

tahun 1978. Kini, kira-kira 10% penduduk China menyara hidup di bawah garis

kemiskinan AS$1 sehari (PPP) (berbanding 64% pada tahun 1978) manakala jangka

11

Page 13: KONFLIK ETNIK

hayat keseluruhan meningkat mendadak hingga 73 tahun. Lebih 90% penduduknya

celik huruf, berbanding 20% pada tahun 1950. Pengangguran di bandar turun kepada

4% di China pada akhir tahun 2007 (namun pengangguran keseluruhan sebenar

mungkin berada sekitar 10%).Jumlah penduduk kelas menengahnya (pendapatan

tahunan sekurang-kurangnya AS$5,000) kini mencecah 80–150 juta oleh, manakala

bilangan individu teramat kaya yang bernilai lebih 10 juta yuan (AS$1.5 juta)

dianggarkan pada 825,000 orang, menurut Laporan Hurun. Pasaran peruncitan China

bernilai 8,921 bilion yuan (AS$1,302 bilion) pada tahun 2007 dan bertumbuh 16.8%

setahun. RRC juga merupakan pengguna barangan mewah kedua terbesar di dunia

mengekori Jepun dengan 27.5% kongsian sedunia.

Sungguhpun begitu, pertumbuhan RRC tidak seimbang apabila

dibandingkannya kawasan geografi berbeza serta kawasan luar bandar dan bandar.

Jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar semakin lebar di RRC dengan pekali

Gini pada 46.9%. Usaha pembangunan terlalu ditumpukan di kawasan pantai timur

sehingga kawasan-kawasan lain agak terpinggir. Kerajaan mengatasi masalah ini

dengan melancarkan inisiatif pembangunan di kawasan-kawasan barat, timur laut, dan

tengah China.

Ekonominya juga terlalu berintensif tenaga dan tidak cekap, kerana

menggunakan 20%–100% lebih tenaga berbanding negara-negara OECD untuk

kebanyakan proses industri. RRC telah menjadi pengguna tenaga kedua terbesar di

belakang AS tetapi bergantung pada arang untuk membekalkan 70% keperluan

tenaganya. Ditambah pula dengan pengawalan alam sekitar yang agak longgar, ini

telah menyebabkan pencemaran air dan udara yang teruk (China menempatkan 20

daripada 30 bandaraya paling tercemar di dunia). Dengan itu, kerajaan berjanji untuk

12

Page 14: KONFLIK ETNIK

memperbanyakkan penggunaan tenaga boleh baharu dengan sasaran 10% jumlah

kegunaan tenaga menjelang tahun 2010 dan 30% menjelang tahun 2050

2.4 Kepelbagaian kaum di China

Lebih daripada seratus etnik wujud di China. Walau bagaimanapun,Bangsa Han tetap

merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan

bahasa sehinggakan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-

bangsa lebih kecil kedalam bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya

yang sama. Sepanjang sejarah China, terdapat pelbagai bangsa yang wujud dan

kemudiannya diasmilisasikan kedalam Bangsa Han atau terus lenyap tampa

meninggalkan sebarang kesan. Bangsa Han kemudiannya mengalami lebihan

populasi. Pada masa yang sama, ramai di dalam identiti Han ini telah mengekalkan

ciri-ciri bahasa dan budaya mereka yang tersendiri. Bangsa-bangsa asing yang lain

juga telah membantu membentuk identiti Han dari bahasa dan budaya, sepagai

contoh, menyimpan rambut dalam bentuk tocheng berasal daripada praktis Bangsa

Manchu yang memerintah pada era Dinasti Qing. Terminologi Zhonghua Minzu

merujuk kepada semua rakyat China tampa mengira etnik mereka.

Kerajaan Republik Rakyat China mengiktiraf sebanyak 56 etnik, dengan yang

terbesar merupakan Bangsa Han. Jumlah penduduk China adalah 1.3 bilion. Dengan

populasi dunia kesemuanya dianggarkan merupakan sebanyak 7.2 bilion, China

merupakan rumah kepada lebih kurang 20% daripada manusia di dunia ini.

13

Page 15: KONFLIK ETNIK

Kurangkan kawalan jumlah kelahiran dan promosi penambahan penduduk semasa era

pemerintahan Mao Zedong mewujudkan letupan demografi yang mewujudkan

sebanyak 1.3 bilion penduduk pada hari ini. Sebagai tindak balas terhadap masalah

ini, kerajaan PRC menjadikan satu polisi kawalan kelahiran, yang secara amnya

dikenali sebagai Dasar seorang anak untuk sekeluarga.

Bangsa Han bercakap dengan lidah yang tidak dapat difahami antara satu

sama sendiri mereka, dan diklasifikasikan oleh para guru bahasa sebagai bahasa-

bahasa berlainan, tetapi dianggap sebagai pelbagai "dialek" atau "bahasa domestik"

oleh bangsa-bangsa Cina itu sendiri. Dialek-dialek ini berkongsi satu cara tulisan

standard yang dikenali sebagai "Tulisan Cina Vernakular" atau "baihua" yang dipakai

semenjak abad ke 20-an dan berasaskan Bahasa Mandarin Baku, iaitu bahasa

bercakapan standard dari segi tatabahasa dan jumlah perkataan. Satu lagi standard

tulisan adalah Bahasa Cina Klasik yang digunakan untuk menulis bahasa China oleh

para sasterawan semenjak beribu tahun lamanya sebelum abad ke 20-an. Cara ini

tidak lagi digunapakai semenjak abad ke 20-an, kendatipun, ia masih merupakan

sebahagian daripada kurikulum sekolah menengah China, jadi ia masih difahami oleh

sesetengah individu China. Selain daripada bahasa piawai iaitu Mandarin, dialek lain

biasanya tidak ditulis, satu pengecualian adalah dialek Kantonis, yang ada masa

dituliskan dalam keadaan tidak formal.

14

Page 16: KONFLIK ETNIK

3.0 Konflik Etnik Dan Peristiwa

Insiden melibatkan kaum Han yang merupakan penduduk majoriti China dengan etnik

Uighur, rakyat minoriti beragama Islam yang merupakan penduduk asal Xinjiang itu

telah mengorbankan 192 nyawa, selain 1,680 mangsa cedera dalam konflik etnik

terbesar sejak berdekad lamanya.

Rusuhan berlaku beberapa selepas kematian dua pekerja Uighur di sebuah

kilang mainan di wilayah Guangdong pada 25 Jun lalu berikutan khabar angin berlaku

kes rogol melibatkan lelaki Uighur dan pekerja wanita Han, namun ia gagal

dibuktikan.

Berita tersebut sampai ke Xinjiang dan membuatkan penduduk Uighur tidak

berpuas hati dan seterus menjalankan demonstrasi menuntut penyiasatan mendalam

dilaksanakan terhadap insiden itu. Demonstrasi pada 5 Julai di bandar Urumqi itu

menjadi ganas apabila orang ramai enggan bersurai.

Konfrontasi awal dengan polis akhirnya didakwa bertukar kepada serangan

terhadap Han yang dua hari kemudian menyaksikan Han dan Uighur menyelesaikan

pergeseran antara mereka di jalan raya, sehingga membawa penangkapan 1,434

orang.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini pertempuran-pertempuran kecil masih

berlaku dan ia dijangka berterusan untuk satu jangka masa yang panjang kerana rasa

tidak percaya antara Han dan Uighur yang semakin menebal.

15

Page 17: KONFLIK ETNIK

4.0 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Konflik

'Conflict over interest' wujud kerana datangnya puak baru yang mahu memecah

monopoli atau tradisi pemilikan oleh sesuatu puak yang asal. Inilah cabaran negara

yang mempunyai kepelbagaian etnik. Xinjiang sebenarnya adalah antara wilayah

pedalaman yang paling terpencil di dunia yang dikelilingi padang pasir dan

bersempadan dengan Pakistan, Afghanistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Rusia dan

Mongolia dengan populasi seramai 20 juta orang. Lapan juta daripada adalah Uighur

yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Turki sebagai bahasa pengantara

sekali gus menjadikan mereka majoriti di Xinjiang.

Bilangan populasi Han yang semakin bertambah mewujudkan ketegangan

kerana jumlah mereka hanyalah enam peratus pada 1949 namun berkembang kepada

40 peratus sekarang, itupun tidak mengira kebanjiran masuk berikutan keadaan

ekonomi dan industri cari gali minyak yang pesat.

Menurut sejarah, Xinjiang merupakan sebahagian daripada 'Jalan Sutera', laluan

perdagangan yang membawa sutera China ke Asia Barat dan Eropah. Ia menjadi

sebahagian daripada China dalam dinasti terakhir pada abad ke-19. Ekonomi secara

tradisi di sini adalah perdagangan, penanaman gandum dan penternakan biri-biri

ditambah dengan tanaman kapas, bit gula dan galian seperti minyak dan gas yang

merupakan sebahagian besar daripada ekonomi China yang bernilai AS$61 bilion

(RM218 bilion).

China melalui etnik Han mahu menguasai Xinjiang kerana industri dan rakyat China

memerlukan minyak dan hasil galian untuk mengembangkan ekonomi dan

16

Page 18: KONFLIK ETNIK

menampung keperluan bahan api. Perusahaan arang batu dijangka tidak akan mampu

lagi menampung keperluan bahan api dan ia mencemarkan udara. Penguasaan

sepenuhnya menjadikan kerajaan China sebagai pemilik tunggal pengeluaran ini dan

mengabaikan kebajikan etnik Uighur yang telah tlibat dalam pengeluaran ini secara

tradisi. Layanan tidak sama rata dan lebih memihak kepada etnik Han dalam segala

hal terutama melibatkan politik dan ekonomi. Polisi kerajaan yang mahu melupuskan

penggunaan bahasa minoriti atas alasan perpaduan menyebabkan etnik Uighur berasa

dipinggirkan, baik dari dalam sistem pendidikan sehinggalah kepada pasaran kerja.

Kerajaan komunis mengekang kebebasan beragama selain melantik imam dan ulama,

meruntuhkan madrasah tidak berdaftar dan melarang pelajar universiti serta kanak-

kanak dari menyertai aktiviti keagamaan, dilihat sebagai satu penindasan dalam

usahanya memupuk semangat kebangsaan. Ini dibuktikan apabila pihak berkuasa

masih menutup masjid dan tidak membenarkan penduduk Uighur menunaikan solat

Jumaat dua minggu lalu atas alasan ia akan dijadikan tempat memulakan rusuhan dan

kekecohan.

17

Page 19: KONFLIK ETNIK

5.0 Kesan Konflik Ke Atas Sektor Politik, Ekonomi Dan Sosial Negara

Tersebut.

Dari sudut ekonominya, penduduk Uighur sangat jauh ketinggalan berbanding etnik

Han. Kadar kemiskinan di kalangan penduduk Uighur juga lebih tinggi.

Majoriti penduduk Uighur yang miskin juga tidak mampu membayar yuran

persekolahan menyebabkan mereka semakin ketinggalan. Etnik Uighur juga terpaksa

bersaing dengan kaum Han untuk mendapatkan pekerjaan. Malah, mereka berasa

ditindas apabila golongan cerdik pandai tidak mendapat layanan dan diberi tempat

yang sewajarnya dalam tingkat sosial di Xinjiang.

Dasar pembangunan di Xinjiang juga secara beransur-ansur menyaksikan pembukaan

tanah untuk industri dan perlombongan terutamanya minyak. Ia banyak membabitkan

tanah-tanah pertanian dan kawasan penternakan milik penduduk Uighur yang

majoritinya merupakan petani dan penggembala. Perkara inilah yang ditakuti

penduduk Uighur kerana mereka tidak pasti di manakah kedudukan mereka di dalam

rancangan pembangunan itu. Kerana itu juga, etnik Uighur melihat dasar Go West

sebenarnya menindas mereka dan hanya menguntungkan etnik Han. Antara

penyelesaian yang boleh diambil ialah dengan memberikan status autonomi dalam erti

kata yang sebenar kepada wilayah itu. Xinjiang pada dasarnya memang sudah

diberikan status autonomi. Wilayah itu merupakan wilayah istimewa bagi etnik

Uighur. Namun, status autonomi itu tidak jelas dan tidak diberikan sepenuhnya

memandangkan masih dikawal oleh kerajaan China. Mereka juga tidak pernah

menaruh harapan yang tinggi terhadap Gabenor Xinjiang meskipun beliau dipilih

daripada etnik Uighur. Ini kerana kuasa yang lebih besar terletak di tangan Setiausaha

18

Page 20: KONFLIK ETNIK

Agung Parti Komunis China wilayah iaitu Wang Lequan yang merupakan seorang

etnik Han.

6.0 Kesimpulan

Dalam erti kata yang lain, status autonomi dan keistimewaan yang diberikan terhadap

Xianjiang itu langsung tidak memanfaatkan penduduk Uighur. Penduduk Xinjiang

boleh menentukan hala tuju wilayah mereka sendiri dan membangunkan wilayah

berkenaan seiring dengan wilayah China yang lain. Dalam masa yang sama, kerajaan

China perlu lebih adil dalam merencana pembangunan ekonomi di Xinjiang supaya

dapat dimanfaatkan oleh semua kaum. Hak berbahasa dan beribadat yang dijamin

oleh Beijing juga perlu diberikan kepada penduduk Uighur. Kerajaan China perlu

membuang imej pengganas dan memberi kepercayaan kepada pemimpin Uighur

untuk bersama-sama dalam kerancakan pembangunan negara itu. Isu di Xinjiang

adalah berkaitan dengan isu-isu kepercayaan, keadilan, pembelaan dan masa depan.

Selagi isu-isu ini tidak diselesaikan dengan baik masalah Xinjiang ini akan menjadi

momokan kepada China sampai bila-bila. Mungkin resipi Malaysia dalam memupuk

perpaduan dapat digunakan Beijing dalam usaha mengekalkan keharmonian yang

menghimpunkan pelbagai bangsa tanpa menyekat kebebasan beragama dan budaya

masing-masing.

19

Page 21: KONFLIK ETNIK

7.0 Rujukan

1. http://ibnu-kathir.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated

2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_11.htm

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/China

4. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

5. http://pureideas76.blogspot.com/

6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Republik_Rakyat_China

20