Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

22
PERTEMBUNGAN BUDAYA PUNK DAN BUDAYA MUZIK ROCK TIDAK KOMERSIAL DI MALAYSIA: SATU ANALISIS TEORI KONFLIK NILAI YUEN KOK LEONG P50347 ESEI SKAA 6143 DEVIANS DAN PENGADILAN SOSIAL PROF. DR. ROKIAH BINTI HAJI ISMAIL PUSAT PENGAJIAN SOSIAL, PEMBANGUNAN DAN PERSEKITARAN, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2009

description

Testing.An essay I wrote for my assignment to obtain my Masters in Anthropology and Sociology. Essay is in Malay. Free for personal and educational use with proper citations and credit to me. Businesses are not allowed to use this! I'll sue you :)

Transcript of Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

Page 1: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

PERTEMBUNGAN BUDAYA PUNK DAN BUDAYA MUZIK ROCK TIDAK KOMERSIAL DI MALAYSIA: SATU ANALISIS TEORI KONFLIK NILAI

YUEN KOK LEONG

P50347

ESEI SKAA 6143 DEVIANS DAN PENGADILAN SOSIAL

PROF. DR. ROKIAH BINTI HAJI ISMAIL

PUSAT PENGAJIAN SOSIAL, PEMBANGUNAN DAN PERSEKITARAN, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2009

Page 2: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

SOALAN TUGASAN: Pilih salah satu jenis devians atau jenayah dan bincangkan secara terperinci sebab-musabab berlakunya devians itu menggunakan salah satu teori sosiologi berikut:

Budaya Punk dan subbudaya muzik rock tidak komersial

Liputan berita media massa di Malaysia berkenaan pengamal budaya punk, skinhead,

black metal dan budaya muzik rock yang lain adalah bermusim. Ianya boleh dilihat

sebagai kesinambungan daripada liputan berita budaya rock kangkang sebelumnya

bersama-sama apa yang dinamakan sebagai ‘budaya kuning’ yang lain sebagai satu

lagi penciptaan folk devils. Ia seterusnya membawa kepada panik moral (Rokiah,

1995) dalam masyarakat dan seringkali sasarannya terdiri daripada golongan remaja.

Kajian yang dijalankan pula memberikan penakrifan yang berbeza-beza (Suzana et al

2004; Yuen, 2008).

Esei ini ditulis untuk mengupas isu budaya punk, skinhead, metal dan lain-lain

dengan menggunakan gagasan teori konflik nilai. Istilah ‘budaya muzik rock tidak

komersial’ (BMRTK selepas ini) digunakan di sini sebagai penanda parameter

pembezaan dengan budaya remaja yang lain. Saya menggunakan istilah tersebut atas

beberapa sebab. Pertama, kedekatan (proximity) budaya-budaya tersebut antara satu

sama lain mengikut perkongsian kesamaan: sebagai budaya (menjangkaui konsumsi

lagu) berunsurkan muzik ‘bingit’ dan dari segi hubungan sosial antara pengamal-

pengamal budaya tersebut dalam konteks tempatan. Kedua, kesamaan tentangan

(melalui pengklasifikasian) yang dihadapi dari masyarakat umum terutamanya

melalui peranan pihak media, ahli-ahli politik dan agama. Ketiga, pegangan anti-

mainstream untuk tidak berada di bawah label rekod syarikat korporat yang

membezakan BMRTK dengan amalan rock mainstream seperti indie rock yang

dilegitimasikan oleh pasaran album dan festival muzik seperti Rock the World.

Budaya punk dan BMRTK yang lain, walaupun sifatnya dikatakan bawah tanah

(Rokiah, 2004) tetapi hakikatnya dengan kemajuan dalam komunikasi terutamanya

melalui Internet telah mengarusperdanakan acara-acara gig yang berlaku di serata

Malaysia. Kemunculan blog dan portal seperti Ricecooker

Page 3: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

(http://ricecooker.kerbau.com), Indiegoat (http://www.indiegoat.com) dan Borneo

DIY HC Punk (http://borneodiyhcpunk.wordpress.com) sebagai contohnya

membolehkan akses kepada semua yang berminat- berlainan dengan sifat awal

perkembangan scene yang menyifatkannya ‘underground’- terhad kepada mereka

yang mempunyai kenalan yang terlibat secara aktif. Ianya juga terdedah kepada

pengaruh persekitarannya, seperti dalam kajian Rokiah (2004) yang wujud sebagai

satu struktur yang mengawal pengoperasian budaya-budaya ini.

Budaya punk dan BRMTK wujud dalam satu kemelut pluraliti masyarakat

kebangsaan. Masyarakat di Malaysia bukan sahaja terdiri daripada rakyat yang

berbilang kaum, berbilang agama, kelas, budaya malah juga mempunyai everyday-

defined identity dan nations-of-intent masing-masing (Shamsul, 1996). Usaha

penyatuan rakyat diwujudkan di bawah Rukun Negara, tetapi hasilnya tidak

sebagaimana Pancasila di Indonesia. ‘Peluang’ kedua untuk mendefinisikan budaya

kebangsaan juga gagal berikutan kegagalan implementasi Dasar Kebudayaan

Kebangsaan (Sumit, 2008). Konsep terbaru 1Malaysia diperkenalkan baru-baru ini

sebagai usaha yang berterusan pihak pemerintah untuk menyatukan rakyat tetapi

hasilnya masih belum dapat dipastikan. Maka timbul satu permasalahan terhadap

pendefinisan konsep ‘budaya’ Malaysia apabila konsep ‘subbudaya’ dilabel kepada

budaya punk dan BMRTK dan di tempatkan seiring untuk penelitian. Persoalan di

sini: Jika budaya Punk adalah sub-budaya, ia adalah subbudaya kepada budaya apa?

Ini akan dibincangkan dalam bahagian selanjutnya.

Kajian yang lalu dilakukan ke atas budaya muzik indipenden di Malaysia adalah

terhad dan seringkali sebagai kajian devian dan sebagai satu masalah sosial. Sebagai

contoh dalam kajian yang dilakukan oleh Suzana et al 2004 yang berdasarkan sumber

internet dan temuramah dengan tiga orang responden secara cuainya mengikat budaya

skinhead luar negara, budaya skinhead tempatan dengan punca berlakunya

gangsterisma. Kajian Chan (2006) memberi nafas yang berbeza, berkenaan

pergerakan muzik rock indipenden dari kaum Cina, mengemukakan halangan-

halangan dari pemikiran konservatif pendengar kaum Cina dan cabaran Dasar

Kebudayaan Kebangsaan. Kajian-kajian yang lain menyentuh serba sedikit mengenai

Page 4: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

budaya ini, dikumpulkan senada dengan ‘gejala-gejala’ remaja yang lain seperti

bohsia, mat rempit dan lain-lain.

Kajian Rokiah (2004) pula menempatkan budaya muzik rock dalam wacana ilmiah

yang lebih netral. Beliau mengupas ‘laungan’ serta ekspresi remaja melalui budaya

tersebut, sebagai satu budaya yang terdedah kepada pengaruh sosial di persekitaran

dunia remaja. Kajian beliau memperlihatkan budaya muzik ‘bawah tanah’ tersebut

sebagai satu salingkait antara gaya hidup dengan subbudaya melalui penyesuaian

tempatan dan sering disalaherti akibat daripada jurang generasi.

Esei ini adalah sedikit sebanyak berdasarkan pemerhatian saya sendiri sebagai

seorang ahli yang terlibat dalam scene punk (untuk pendefinisian konsep scene, lihat

Bennett, 2004) dan sebagai seorang sosiologis yang menjalankan ‘insider research’

(Hodkinson, 2005).

Profil scene budaya muzik rock tidak komersial

I'm a person just like you But I've got better things to do Than sit around and smoke dope 'Cause I know I can cope Laugh at the thought of eating ludes Laugh at the thought of sniffing glue Always gonna keep in touch Never want to use a crutch I've got the straight edge

Lirik Straightedge, Minor Threat

We like to drink and party high We're not afraid to fight, we're not afraid of die We like to f***, any girl will do We're not ashamed of the things we do

Drink Fight & F***, GG Allin

Page 5: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

Budaya punk serta BMRTK yang lain adalah berasaskan keahlian yang longgar serta

tidak berstruktur, maka penggunaan istilah ‘ahli’ di sini adalah secara longgar dan

tidak bermaksud absolute. Ahli dalam scene juga datang dari pelbagai latarbelakang

yang berbeza. Walaupun tumpuan aktiviti berpusat di Kuala Lumpur, wujud scene-

scene di bandar-bandar dan daerah-daerah kecil dan besar dari negeri Perlis

sehinggalah ke negeri Sabah (Ibrahim, ? ) yang saling berhubung antara satu sama

lain. Ada yang bekerja, dan ada yang masih menuntut pelajaran dan dari golongan

yang berada sehinggalah ke kelas bawahan.

Genre muzik di dalam scene BMRTK juga berbeza serta tidak homogen dari segi

‘falsafah-falsafah’ yang dipegang. Dengan mengambil contoh yang ekstrim misalnya,

ahli-ahli straight edge hardcore (Haenfler, 2004) mengamalkan falsafah minda yang

‘bersih’ dan tidak meminum arak, mengambil dadah, tidak mengamalkan seks

sebelum perkahwinan dan sesetengahnya juga tidak memakan daging supaya minda

mereka ‘bersih’ dan berfikiran positif untuk penglibatan politikal atau aktivisma

mereka di samping tidak menyokong produk korporat. Ini jauh bezanya dari

golongan yang mengamalkan pandangan nihilistik dan cenderung untuk berperilaku

hedonistik dengan meminum alkohol dan menggunakan dadah. Dua contoh di atas

boleh dianggap sebagai dua hujung kepada julat kompleks falsafah nilai yang

dipegang oleh genre-genre dalam scene BRMTK yang berbeza-beza.

Untuk mengklasifikasi dan menjana tipologi untuk scene-scene yang wujud di

Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak akan dilakukan di sini. Esei ini

adalah satu usaha awal eksploratori untuk mendefinisikan dahulu dan melihat titik-

titik percanggahan budaya punk dan BMRTK dengan masyarakat umum dan proses

sejarah penjenayahan perilaku devians punk dan BMRTK. Usaha akademik yang

seterusnya dan kajian yang lebih teliti adalah perlu untuk penelitian yang lebih

mendalam.

Takat penglibatan ahli-ahli juga berbeza, senada dengan kajian etnografi Fox (2003)

dalam apa yang Dahrendorf (1958b) namakan sebagai quasi-groups. Tahap partisipasi

boleh dilihat dalam kepelbagaian peranan yang dimainkan oleh ahli, sama ada sebagai

ahli dalam band, pengusaha distro, pengusaha gig, penulis ‘zine/fanzine (Nizang,

2007), pelukis atau ahli reka sehinggalah pemerhati yang hanya mengunjungi gig dari

Page 6: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

masa ke semasa. Scene BRMTK adalah satu budaya glocal seperti juga hip hop yang

diterangkan oleh Mitchell (1998), budaya luar yang dibentuk oleh acuan tempatan. Ini

seterusnya membentuk imaginary community di kalangan ahli tempatan dengan

pengamal di luar negara, terutamanya melalui saluran Internet.

Punk sebagai subbudaya

Teori subbudaya adalah berasaskan premis yang mengambil kira pluraliti budaya

dalam masyarakat. Pluraliti boleh wujud merentasi perbezaan budaya antara kaum,

umur, kelas, agama, konsumsi dan lain-lain. Keadaan ini bertambah kompleks dengan

kesan globalisasi yang melibatkan aliran serta imperialisma budaya seperti dalam

perbincangan subbudaya punk dan BRMTK. Teori konflik yang bersumberkan

wacana Marxist bermula dari pluraliti ini dan berpaksikan kepada perbezaan kuasa

dalam penentuan budaya yang devian dalam sesebuah masyarakat.

Budaya ditakrifkan dalam empat lapisan, mengikut Jenks (1993), secara verbatim:

1) It was a cerebral or certainly a cognitive category; it is part of a general state

of mind and it carried with it the idea of perfection, a goal of or an aspiration

for an individual human achievement or emancipation.

2) It was more an embodied and collective category; it invoked a state of

intellectual or even moral development within a society.

3) It was a descriptive and concrete category; culture named the collective body

of arts and intellectual work within any society.

4) Culture was a social category; it implied the whole way of life of people.

Permasalahan timbul dalam pendefinisian istilah subbudaya. Jenks (2005)

membincangkan bagaimana subbudaya tidak didefinisikan dengan mencukupi, secara

meta-teorikalnya subbudaya seringkali digunakan secara ad hoc. Persoalan yang

ditimbulkan juga ialah garisan pemisah di antara budaya dan subbudaya: where does

the culture ends and where does subculture begins? Ada juga yang menyoal akan

kewujudan budaya-budaya ‘utama’ yang sebenar terutamanya dalam pluraliti budaya

Page 7: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

kebangsaan dalam zaman moden. Dalam esei ini subbudaya ditakrifkan sebagai

‘variasi daripada sebahagian budaya kebangsaan berasaskan kombinasi faktor sosial

seperti status kelas, latarbelakang etnik, kependudukan wilayah dan afiliasi agama,

tetapi membentuk kombinasi kesatuan fungsional yang mempunyai kesan bersepadu

ke atas individu terbabit’ (adaptasi definisi Gordon 1947 dan Komarovsky &

Sargeant, 1949 dalam Jenks, 2005). Maka subbudaya di sini dilihat sebagai satu

cabang budaya yang tidak mutually exclusive dengan ‘budaya’ kebangsaan yang

wujud di samping budaya dan subbudaya yang lain.

Teori konflik nilai

Teori konflik nilai juga wujud sebagai satu pemahaman perilaku devians yang

mengambil kira kepelbagaian budaya antara ahli-ahli dalam masyarakat. Teori konflik

bertunjangkan kepada kuasa; kuasa yang dimiliki oleh golongan dominan untuk

melabelkan, mempermasalah serta memperjenayahkan sesuatu perilaku di kalangan

ahlinya, terutamanya di kalangan golongan minoriti yang terpinggir. Teori konflik

nilai adalah satu kritik terhadap pendekatan struktural-fungsional jenayah serta

berlawanan dengan pendefinisian undang-undang dan norma sebagai konsensus

dalam masyarakat (Dahrendorf, 1958a).

Teori konflik nilai dikemukakan oleh Sellin (1938) dalam kajian etiologi jenayahnya.

Beliau menyatakan kepentingan dalam melihat konflik budaya sebagai konflik norma

perlakuan. Konflik dikatakan wujud sebagai hasil pertembungan antara norma

perlakuan daripada perbezaan sistem budaya atau kawasan. Beliau melihat kepada

konflik yang wujud di kalangan rakyat tempatan dan pendatang luar serta aplikasinya

kepada penaklukan wilayah yang mempunyai budaya berbeza dengan penakluknya.

Pandangan pemikir sosial Marxist, Dahrendorf berhujah bahawa model konsensus

tidak realistik dalam mengupas masalah dalam masyarakat dan pendekatan konflik

harus diambil bukan untuk menggantikan model konsensus tetapi untuk menjelaskan

beberapa perubahan asas penting dalam masyarakat. Pendekatan yang disarankan oleh

Dahrendorf ialah supaya masyarakat dilihat dibentuk bukan dari persamaan pendapat

(pendekatan keseimbangan) tetapi oleh paksaan suatu pihak ke atas pihak (pendekatan

Page 8: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

limitasi) yang lain (Dahrendorf, 1958b). Dengan menggunakan konsep quasi-groups,

beliau menerangkan pembentukan kumpulan konflik dalam masyarakat yang ratanya

dalam kawalan imperatively coordinated associations.

Quinney (2003) pula menggabungkan pelbagai pendekatan sosiologikal dalam teori

social reality of crimenya, bertunjangkan teori konflik (Vold, 1958). Teori beliau di

formulasikan dalam enam kenyataan:

1) The official definition of crime: Jenayah sebagai definisi perundangan

perilaku manusia diwujudkan oleh agen kelas yang dominan dalam

masyarakat yang terurus secara politikal (Crime as a legal definition of human

conduct is created by agents of the dominant class in a politically organized

society).

2) Formulating definitions of crime: Definisi jenayah adalah terdiri daripada

perilaku yang berkonflik dengan faedah kelas yang dominan (Definitions of

crime are composed of behaviour that conflicts with the interest of the

dominant class).

3) Applying definitions of crime: Definisi jenayah dikenakan oleh kelas yang

berkuasa untuk membentuk penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang

jenayah (Definitions of crime are applied by the class that has power to shape

the enforcement and administration of criminal law).

4) How behaviour patterns develop in relation to definitions of crime: Bentuk

perilaku distruktur berhubung dengan definisi jenayah dan dalam konteks ini

mereka yang berperilaku dalam tindakan yang berkemungkinan secara relatif

didefinisikan sebagai penjenayah) (Behaviour patterns are structured in

relation to definitions of crime, and within this context people engage in

actions that have relative probabilities of being defined as criminal).

5) Constructing an ideology of crime: Satu ideology jenayah dibina dan

diwarwarkan oleh kelas yang dominan untuk mengukuhkan hegemoninya (An

ideology of crime is constructed and diffused by the dominant class to secure

its hegemony).

6) Constructing the social reality of crime: Realiti sosial jenayah terbina

daripada for penggubalan dan aplikasi definisi jenayah, perkembangan bentuk

Page 9: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

perilaku relatif kepada pendefinisian dan pembinaan ideology jenayah (The

social reality of crime is constructed by the formulation and application of

definitions of crime, the development of behaviour patterns in relation to those

definitions, and the construction of an ideology of crime).

Austin Turk pula menyatakan bahawa keamanan sosial dicapai oleh pihak berkuasa

melalui keseimbangan konsensus-konflik. Katanya, pihak berkuasa seharusnya

mengelakkan keseimbangan ini samada condong ke arah terlalu memaksa dan

mengikat atau ke arah perhubungan politikal yang terlalu bebas, konsensual dan

keadaan keserataan antara semua. Kebolehan pihak berkuasa dalam mengimbangi

kedua-dua paradigma tersebut akan menentukan tahap serta tempoh pegangan kuasa

mereka. Kemungkinan untuk konflik juga bergantung kepada takat keorganisasian

kumpulan konflik yang terlibat; hanya kumpulan tertindas yang benar-benar

terorganisasi mampu untuk mencabar kuasa dominan yang mengawal perilaku mereka

(Vold, 1979).

Kewujudan kelas menengah pasca-kemerdekaan (Abdul Rahman, 1996) juga melihat

bagaimana kelas tersebut muncul sebagai salah satu penentu dominan norma dan

penerimaan masyarakat. Golongan kelas menengah menjawat pelbagai jawatan dalam

badan kerajaan dan badan swasta yang berkuasa dalam mewarwarkan struktur norma

dalam masyarakat- dalam media massa sebagai contohnya. Maka dalam kajian

kedevianan di sini berpadanan jika norma serta nilai kelas menengah digunakan

sebagai pengukur kedevianan sesuatu kumpulan. Tittle & Paternoster (2003)

menyenaraikan beberapa norma kelas menengah di Amerika Syarikat; group loyalty,

prudence, conventionality, responsibility, participation, moderation, honesty,

peacefulness dan courtesy. Pelanggaran kepada norma tersebut dilihat sebagai punca

kedevianan dan jenayah yang berlaku dalam masyarakat, relevan kepada masyarakat

terutamanya pusat pemerintahan dan pentadbiran di bandar kosmopolitan

bermajoritikan kelas menengah di Malaysia.

Page 10: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

Analisis dan Aplikasi Teori Konflik

Dalam bahagian analisis ini, esei ini akan mengambil dua pendekatan dalam

penganalisaan. Pendekatan pertama adalah dengan menggunakan elemen cultural

studies dalam menyiasat proses kriminalisasi budaya punk dan BMRTK melalui

kajian kronologi sejarah kemunculan konflik. Ini sedikit sebanyak dapat melihat

pengaplikasian teori yang dihuraikan di atas untuk pemahaman sifat terjadinya

konflik norma dan nilai dalam masyarakat. Pendekatan yang kedua ialah melalui

penggunaan kaedah ideal type Max Weber (disebut dalam Giddens, 1971), dengan

perbandingan norma-norma kelas menengah Tittle & Paternoster (2003) seperti yang

telah dibincangkan.

Kriminalisasi Punk dan BMRTK

Konflik nilai yang berlaku antara subbudaya seperti punk dengan ‘budaya’ serta

norma masyarakat di Malaysia adalah salah satu bentuk manifestasi kesan globalisasi

dalam usaha untuk menjadi sebuah negara yang modern. Aliran ideologi dari

pelbagai negara luar terutamanya melalui saluran media massa mendedahkan

masyarakat dengan idea serta budaya masyarakat global. Pertembungan pengaruh

komunisma bertembung dengan aliran ‘liberalisma demokratik’ semasa Perang

Dingin sebagai contohnya, telah mengakibatkan revolusi serta pertumpahan darah

berlaku di benua Asia, walaupun secara ironisnya, tidak membawa kepada

pertembungan fizikal yang nyata di antara Amerika Syarikat dan Russia.

Proses Islamisasi berlaku di serata dunia sebagai kesan kepada Revolusi Islam di Iran.

Gerakan dakwah di Malaysia telah membawa pelbagai perubahan pandangan, nilai,

norma serta budaya rakyat Malaysia yang beragama Islam dan yang bukan beragama

Islam. Ini seterusnya mempengaruhi arena politik di Malaysia yang memperlihatkan

satu usaha out-Islamization antara parti politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang

memegang tampuk kerajaan negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dengan

kerajaan pusat Barisan Nasional (Noraini, 2008; Peletz, 1993) yang membawa kepada

banyak perubahan dasar berteraskan agama Islam terutamanya semasa pemerintahan

Mahathir Mohamed. Fenomena-fenomena yang berlaku seterusnya mengukuhkan lagi

Page 11: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

pengaruh agama Islam sebagai struktur yang mengawal perilaku individu yang

beragama Islam.

Pada masa yang sama, pengaruh budaya popular dari negara luar pula mendapat

perhatian dan menjadi ikutan generasi muda mudi di Malaysia. Akan tetapi, satu

kecenderungan yang nyata ialah perspektif yang negatif masyarakat (melalui

wawancara di media massa) ke atas apa yang dilabel sebagai ‘budaya kuning’, satu

istilah generalisasi budaya daripada Barat yang kebiasaannya berkait dengan

‘keruntuhan moral remaja’ yang menjurus kepada pelbagai tingkah laku devians

seperti seks sebelum nikah, pengambilan alkohol dan dadah serta pelbagai perilaku

yang melanggar ajaran Islam (Hashim et al., 2008), apa yag dipanggil sebagai

penyebaran moral panic di kalangan ahli masyarakat. Budaya popular dari Timur-

seperti filem Hindustan atau kartun anime dari Jepun pula mendapat ‘sokongan’

dengan penyiaran di stesen televisyen tempatan, kadangkala pada slot primetime

sepanjang hari perayaan. Diskriminasi secara pilihan di sini juga boleh dilihat sebagai

kesan Islamisasi seperti yang dibincangkan di atas ataupun xenophobia rakyat

tempatan sebagai warga Asia yang etnosentrik terhadap budaya yang difikirkan

sebagai kepunyaan sendiri.

Pandangan aliran fungsional akan memperlihatkan perlabelan ini sebagai

pendefinisian norma masyarakat. Perlabelan ini tidak bersifat statik, ianya berubah

mengikut masa. Satu contoh yang boleh diambil adalah bagaimana muzik jazz di

Amerika Syarikat dahulu dikatergorikan sebagai ‘muzik syaitan’ tetapi

dilegitimasikan keseluruhannya menjadi muzik yang elitis, tergolong dalam budaya

tinggi dan dilihat sebagai satu-satunya budaya tulen yang lahir di Amerika Syarikat

dengan sokongan pihak pemodal kapitalis. Senario yang sama boleh dilihat dengan

evolusi legitimasi muzik rock di arus perdana di Amerika Syarikat dan kemudiannya

di Malaysia dengan konsert-konsert kugiran seperti Linkin Park dan Incubus. Seperti

pemerhatian Rokiah (2004), ini adalah usaha ejen kapitalis dalam ‘memperalatkan’

budaya tersebut dalam usaha mengaut keuntungan. Ini juga boleh dilihat sebagai

pengaruh rantauan berikutan arus pengaruh dari muzik indierock dari Indonesia.

Kepinggiran budaya muzik rock tidak komersial juga boleh dilihat sebagai akibat

Page 12: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

daripada ketutupannya terhadap manipulasi syarikat korporat atas nama kebebasan

berkarya dan juga dari fahaman politikal anti-kapitalismanya.

Berita serta program di media cetak dan di saluran television perdana telah

memaparkan serta menkonstruksi folk devil ahli budaya BMRTK sebagai quasi-

groups yang tidak terorganisasi. Keadaan scene sebagai quasi-group yang tidak

terorganisasi sudah tentunya terpaksa menerima kesan daripada perlabelan pihak

dominan imperatively coordinated associations tersebut. Hasilnya, pelbagai

tangkapan telah dilakukan, di antaranya penangkapan rambang secara besar-besaran

pada 31 Disember 2005 ke ats 400 orang individu atas tuduhan yang tidak menentu

sebagai reaksi kepada tekanan daripada pihak media yang disokong oleh ahli politik

(Faizal Tajuddin, 2006; Cheng, 2008). Persidangan akhbar yang disokong pihak

badan bukan kerajaan dan demostrasi jalanan berikutan penahanan tersebut tidak

dapat menghalang pengumuman fatwa penjenayahan (criminalization) terhadap

individu yang disabitkan sebagai pengamal ‘Black Metal’ di bawah undang-undang

Syariah. Budaya BMRTK sebagai the ‘Others’ (Caputo, 1995) di sini seterusnya

diperkuatkan lagi oleh kajian ‘akademik’ oleh ahli-ahli akademik di Malaysia

(sebagai contoh, Suzana et al. 2004; Hashim et al. 2008) dalam mengkonstruk

ideologi jenayah (Quinney, 2003) sebelum budaya tersebut benar-benar difahami dan

ketiadaan wacana yang nyata untuk mendalami isu budaya remaja seperti BMRTK

ini.

Fenomena yang berlaku ke atas BMRTK ini seterusnya menempatkan budaya ini

sebagai sesuatu isu sosial yang real melalui tindakan pihak yang berkuasa yang

disokong oleh institusi yang diwakili mereka. Kekurangan literatur yang bercanggah

dengan kajian-kajian sedemikian (pengecualian kepada Rokiah, 2004)

memperlihatkan situasi yang nyata bagaimana kuasa penentuan dalam konstruksi

kedevianan berlaku dalam masyarakat sebagaimana yang dihujahkan Dahrendorf

(1958b) dan terutamnya oleh Quinney (2003). Fenomena yang melibatkan BMRTK

dan ‘masyarakat’ umum ini boleh dilihat sebagai satu pertembungan nilai-nilai yang

kedua-duanya terdedah kepada proses globalisasi. Sama ada budaya umum tersebut

sebagai ‘budaya Asia’ (Takashi & Newman, 1997; Kong 1997), budaya Melayu-

Islam (Lim, 2003; Dahlan; Peletz,1993), budaya kelas menengah (Tittle &

Page 13: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

Paternoster, 2003) itu masih memerlukan kajian seterusnya tetapi kepentingannya

adalah jelas dalam penelitian etiologi kedevianan remaja, bukan sahaja terbatas

kepada BMRTK di sini, tetapi juga kepada subbudaya-subbudaya remaja (dan

dewasa) yang lain.

Pertembungan budaya: Norma kelas menengah dan budaya Budaya Muzik

Rock Tidak Komersial

Analisis seterusnya dilakukan dengan menggunakan senarai norma kelas menengah

oleh Tittle & Paternoster (2003). Persoalan yang cuba dirungkai di sini ialah; jika

budaya punk dan BMRTK ini bercanggah dengan budaya massa, apakah antara titik

konflik yang terbabit? Ada beberapa sebab mengapa alat analitikal ini dipilih

walaupun perbincangan esei ini merujuk kepada kesan agama Islam dalam

pembentukan kedevianan dan penjenayahan BMRTK. Pertama, penggunaan budaya

Melayu-Islam yang kompleks (seperti konsep Budi Lim 2003) mengabaikan kesan

peminggiran kumpulan budaya tersebut oleh pengamal bukan Melayu seperti dalam

Chan (2006) berkisar pengamal muzik indipenden Cina. Kedua, paradigma kelas

menengah sebagai kesatuan kepada golongan pembentuk pandangan (opinion leader)

dari pelbagai bangsa dan latarbelakang pekerjaan (Abdul Rahman, 1996). Ketiga, sifat

kelas menengah yang lebih universal dan mampu untuk merungkai permasalahan

yang sama di antara budaya dalam negara dan luar negara. Keempat, dari pemerhatian

saya sendiri bahawa budaya punk dan BMRTK di Malaysia kebanyakannya

diamalkan oleh remaja dan dewasa dari kelas menengah yang mampu untuk

berbelanja untuk tempahan studio, membeli alat-alat muzik dan berbelanja untuk

konsumsi rekod rakaman dan berlabur dalam mengorganisasi acara gig; maka ianya

lebih berketepatan juga jika dianalisis dengan menggunakan paradigma kelas

menengah.

Penggunaan senarai norma Tittle & Paternoster adalah melalui pendekatan ideal type

Max Weber, satu gabungan sifat yang ‘sempurna’ yang dilihat sebagai aspirasi

masyarakat. Norma-norma tersebut, di padankan kepada norma-norma punk

terutamanya dan BMRTK secara amnya. Perlu ditekankan di sini, pemahaman yang

Page 14: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

umum dalam analisa perlu dinilai mengambil kira pluraliti ahli-ahli dalam masyarakat

dan tidak bertujuan untuk mengklasifikasi mahupun melabel ahli-ahli dalam budaya

punk dan BMRTK secara total.

Jadual 1: Perbandingan norma (terpilih) kelas menengah Tittle & Paternoster (2003) dengan budaya punk dan budaya muzik rock tidak komersial tempatan.

Norma Definisi penulis (Tittle & Paternoster, 2003)

Aplikasi kepada norma Punk dan BMRTK tempatan.

Group Loyalty Kesetiaan kepada negara dan masyarakat (lawan: apostasy)

Anti-nationalisma dan anti-autoriti. Nasionalisma dilihat sebagai penyebab pergerakan haluan kanan yang membawa kepada fasisma. Skeptikal akan instrumen ‘pemerintah’ seperti media massa (Syed Syahrul, 2009). Sesetengah ahli berpegang kepada ideologi keserataan anarkisma (No Gods, No Masters) tanpa hirarki.

Prudence Pemilihan aktiviti rekreasi/pleasure yang membawa kebaikan kepada masyarakat (lawan: indiscretion)

Secara umumnya, melihat norma tersebut sebagai opresif. Berpegang kepada falsafah individualisma- manusia berhak untuk bebas melakukan tingkah laku pilihannya dan diletakkan kepercayaan untuk mengawal dirinya, termasuklah penggunaan dadah dan pengambilan alkohol (Kidd, 2005). Kecuali golongan straightedge (Haenfler, 2004) punk yang tidak bercanggah dengan norma kelas di sini.

Conventionality Berdasarkan dan menurut kebiasaan perilaku dan kepercayaan (lawan: bizarreness)

Hampir kesemua budaya punk dan BMRTK berdasarkan perilaku dan kepercayaan ‘luar biasa’- ekspresi ‘tarian’ moshing (Palmer, 2005) dan muzik bingit. Sesetengahnya romantis akan kehidupan misanthrope anti-sosial.

Page 15: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

Responsibility Perilaku berdasarkan tanggungjawab terhadap keluarga dan perlaksanaan peranan (lawan: irresponsibility)

Secara umumnya tidak bercanggah tetapi ditambah dengan penekanan kepada tanggungjawab dari segi alam sekitar (environmentalism) dan daripada segi sosial (gerakan Food Not Bombs dan Critical Mass)

Participation Dalam konteks pekerjaan dan aktiviti ekonomi (lawan: alienation)

Secara umumnya tidak bercanggah- ramai ahli yang bekerja dari dengan pelbagai institusi dan juga freelance ataupun sedang belajar di universiti.

Moderation Kesederhanaan mengikut golden mean Emerson: sama ada perilaku yang ‘buruk’ mahupun yang ‘baik’ (lawan: hedonism & asceticism)

Sesetengah ahli atheists. Ada yang terlibat dalam penyalahgunaan (abuse) dadah dan alkohol. Ada juga golongan yang mengikuti ajaran Islam secara penuh, digelar punk belia (Kidd, 2007) secara derogatory.

Honesty Kejujuran (lawan: deceitfulness)

Tidak bercanggah dengan budaya punk. Malah bilangan ahli yang kecil memboleh ‘kawalan’ yang lebih baik untuk mengelakkan ketidakjujuran daripada berlaku, sebagai contoh semasa trade antara distro atau jual beli barangan di dalam scene.

Peacefulness Keamanan dan keaturan hidup (lawan: disruption)

Kontras dengan masyarakat. Seperti dinyatakan di atas, ekspresi ‘moshing’ dan muzik bingit, serta kecenderungan untuk memprovokasi umum melalui fesyen pakaian, lirik, tingkah laku ‘kejantanan’ yang boisterous, loud dan agresif.

Courtesy Berkenaan interaksi interpersonal- menjaga perasaan orang lain (lawan: uncouthness)

Sama seperti di atas, perilaku sesetengah ahli kasar tetapi bukan kebiasaan dalam scene (Kidd, 2006). Politically correct dalam komunikasi terutamanya atas talian- tetapi ‘kritikal’ (Kidd, 2007) konfrantasi ke atas pihak yang menyatakan pendapat yang rasis/sexis atau berunsur diskriminasi dalam apa jua bentuk.

Page 16: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

Satu pemerhatian yang boleh di buat dari analisis di atas ialah dalam kebanyakan

situasi, perlabelan devian berlaku atas ‘pengadilan’ persepsi luaran terhadap ahli

budaya punk ini. Kebanyakan pelanggaran norma adalah berdasarkan norma yang

superfisial, misalannya norma conventionality, moderation dan peacefulness. Ini

selaras dengan dapatan kajian Rokiah (2004) yang mana responden menyatakan

bagaimana seringkali dilabel hanya melalui luaran mereka. Berkenaan dengan nilai

yang universal merentasi agama seperti responsibility, participation, honesty dan

courtesy pula tidak terdapat percanggahan yang serius, malah dalam responsibility,

peranan sesetengah ahli dalam gerakan seperti Food Not Bombs (yang mengedarkan

makanan kepada golongan miskin dan homeless) dan Critical Mass (berbasikal

sebagai protes terhadap pencemaran kenderaan bermotor) sebagai satu usaha proaktif

dilihat menjangkaui usaha yang diambil oleh ahli ‘masyarakat’ yang lain. Gerakan

seumpama Food Not Bombs (yang kewujudan di Kuala Lumpur bermula dari tahun

2000 sehingga kini) kini diramal telah wujud sekurang-kurangnya di tiga bandar

utama di Semenanjung Malaysia dan pernah diusahakan di Sabah dan di Sarawak,

melalui dapatan empirikal penulis.

Konflik yang paling nyata di sini adalah konsisten dengan perbincangan mengenai

kesan Islamisasi dan peranan agama Islam sebagai pembentuk budaya masyarakat

Malaysia. Ini terutamanya berkenaan dengan pengambilan dadah dan minuman

alkohol yang dilarang oleh agama Islam. Pandangan yang harus di ambil kira ialah

pengaruh budaya punk dan BMRTK yang berasal dari Barat ini mempunyai nilai

embedded bertunjangkan hak individu yang kontras terhadap pandangan Islam dan

Asia yang mengutamakan masyarakat lebih daripada fokus terhadap individu

(Dahlan, ?; Storz, 1999; Takashi & Newman 1997; Kong 1997). Kontras perbezaan

orientasi ini juga nyata dalam ‘perdebatan’ massa antara masyarakat sivil (badan

bukan kerajaan) yang berorientasikan cosmopolitanism dengan masyarakat yang lebih

‘konservatif’, ‘tradisional’ dan ‘ketimuran’ dalam arena politik dan sivil Malaysia.

Page 17: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

Perbincangan, Kritikan dan Limitasi

Melalui pemerhatian peribadi penulis, budaya punk dan BRMTK di Malaysia adalah

hanya satu bentuk lifestyle penggunaan (consumption) daripada katalog budaya yang

plural dalam era globalisasi pascamodernisma bagi kebanyakan ‘ahli’ budaya punk

dan BMRTK. Ini boleh dilihat daripada respon pelbagai temuramah dan komen dalam

portal seperti Ricecooker dan Indiegoat (antaranya Cheong, 2008; Kidd, 2007) dan

melalui perbualan saya sendiri dengan teman-teman penulis. Pemakaian T-shirt band-

band serta penggunaan rekod-rekod (terutamanya piring hitam) adalah satu bentuk

penggunaan sebagaimana konsep conspicuous consumption yang dikemukakan oleh

Thorstein Veblen. Ini ditambah lagi dengan kemudahan untuk menghadiri gig band

antarabangsa yang kini mulai touring di rantau Asia Tenggara. Folk devil yang

ditakuti dan mahu dicegah oleh masyarakat adalah hanya satu watak yang

seringkalinya berbentuk imaginary dan melalui konstruksi minda daripada pembacaan

dan pemerhatian ahli budaya punk di luar. Walaupun ada terdapatnya gerakan seperti

Food Not Bombs yang melihat penterjemahan ‘falsafah’ punk dipraktikkan dalam

perilaku aktivisma, hakikat yang sebenar ialah timbul banyak kesukaran sepanjang

hampir sembilan tahun kewujudan gerakan tersebut untuk kekal dalam satu bentuk

pengorgasasian tetap. Gerakan quasi-punk yang lain seperti Universiti Bangsa Utama

(UBU) turut tidak berkekalan lama, antaranya kurangnya mendapat sambutan, relatif

kepada bilangan ‘ahli’ serta pengamal dalam subbudaya yang dibincangkan di sini.

Ahli-ahli yang aktif kebanyakannya daripada kumpulan kecil yang sama, walaupun

kadangkala di bawah nama gerakan yang berlainan.

Secara praktikalnya , kritikan terhadap teori konflik yang klasikal ialah tidak ada satu

penentu kayu ukur yang boleh diambil sebagai satu paksi apa yang secara lahiriahnya

betul dan salah dari segi norma dan perilaku. Fokus terhadap kuasa opresif yang

dominan terhadap golongan yang terpinggir yang membentuk majoriti perbincangan

konflik nilai sudah tentunya tidak praktikal dari segi pembentukan polisi. Ini

terutamanya dalam satu negara yang mengamalkan demokrasi berpilihanraya yang

memberikan kuasa kepada pihak yang dapat meraih undian yang tertinggi (majority

rule), selaras dengan falsafah utilitarian Jeremy Bentham dan John Stuart Mill yang

berbunyi: the greatest good for the greatest number. Maka konflik serta opresi

Page 18: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

terhadap golongan terpinggir adalah sesuatu yang harus kita lihat sebagai lumrah

dalam masyarakat tempatan. Hujah Dahrendorf (1958a) yang optimistik terhadap

peranan quasi-group yang dapat melawan kuasa dominan jika kumpulan tersebut

lebih terorganisasi mengubah latent interest kepada manifest interest mungkin

memberikan sedikit harapan jika teori keseimbangan konsensus-konflik Turk (Vold,

1979) benar-benar mencerminkan keadaan yang sebenar.

Limitasi daripada perbincangan esei ini adalah kesukaran untuk generalisasi budaya

terutamanya dalam konteks pascamodernisma yang memaparkan hakikat pluraliti

budaya. Kekurangan juga boleh dilihat daripada penggunaan teori konflik seperti

yang dibincangkan di atas walaupun secara meta-teorikalnya ianya dapat mengatasi

kelemahan model struktural-fungsionalisma dan interaksionisma dengan penggunaan

konsep zoon politikon Marx (Young, 1980).

Kesimpulan

Esei ini bermula dengan perbincangan sedikit kerangka teoritikal subbudaya dan

berfokuskan teori konflik budaya. Perbincangan dilakukan dengan pendekatan

cultural studies- yakni mengambil kira pelbagai faktor ekonomi, sosial dan budaya

dalam membincangkan permasalahan subbudaya punk dan budaya muzik rock tidak

komersial (BMRTK). Analisis pertama adalah melalui pendekatan sejarah kesan

Islamisasi serta aliran budaya punk dan BMRTK yang ‘bertembung’ akibat konflik

budaya, kedua-duanya sebagai kesan daripada globalisasi negara terdedah kepada

pengaruh luar. Analisis kedua menggunakan kaedah ideal type Max Weber berikutan

kekompleksitian norma serta kepercayaan kedua-dua budaya tersebut, sebagai satu

mekanisma kawalan dalam analisis di dalam esei ini. Analisis yang kedua dilakukan

dengan menggunakan norma kelas menengah Tittle & Paternoster (2003) berbanding

dengan praktis ahli punk dan BMRTK di Malaysia secara umum. Hasilnya daripada

analisis tersebut, boleh diperhatikan bahawa percanggahan utama antara budaya

‘utama’ di Malaysia yang berorientasikan budaya agama Islam dan Timur dan budaya

punk dan BMRTK yang berorientasikan nilai cosmopolitanism. Kesimpulan ini boleh

Page 19: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

juga diadaptasi kepada kebanyakan subbudaya-subbudaya dari Barat yang diamalkan

oleh remaja dan dewasa terutamanya di kawasan bandar. Esei ini diakhiri dengan

perbincangan mengenai refleksi penulis, aplikasi falsafah politik negara dan limitasi

teori yang digunakan.

Rujukan

Abdul Rahman Embong. 1996. Social transformation, the state and the middle classes in post-independence Malaysia. Southeast Asian Studies 34(3): 524-547.

Bennett, A. 2004. Consolidating the music scenes perspective. Poetics 32:223-234

Caputo, Virginia. 1995. Anthropology’s silent ‘Others’. A consideration of some conceptual and methodological issues for the study of youth and children’s cultures. Dlm. V.Amit-Talai & Wulff, H. (pnyt). Youth Cultures: A Cross-cultural Perspective, hlm 19-42. London: Routledge.

Chan, L.S. 2006. Practicing Chinese rock music in Malaysia. Asian youth culture camp “Doing cultural spaces in Asia”. http://www.cct.go.kr/data/acf2006/aycc/aycc_0503_Chan%20Lin%20Shing.pdf [5 Oktober 2009].

Cheng, Herman. 2008. Malaysian godfather of punk. http://www.ricepapermagazine.ca/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=9 [22 Oktober 2009].

Cheong. 2008. Mansuhkan Isa- Prangin Mall. http://www.indiegoat.com/posts/677/mansuhkan-isa-prangin-mall/ [23 Oktober 2009].

Dahlan, H.M. Local value in intercultural management. http://mgv.mim.edu.my/MMR/9104/910405.Htm [6 Oktober 2009] .

Dahrendorf, R. 1958a. Out of utopia: Toward a reorientation of sociological analysis. The American Journal of Sociology 64(2): 115-127.

Dahrendorf, R. 1958b. Toward a theory of social conflict. The Journal of Conflict Resolution 2(2): 170-183.

Faizal Tajuddin. 2006. Making a mundane nosiy show a threat again. http://ricecooker.kerbau.com/2006/01/10/faizal-tajuddin-making-a-mundane-noisy-show-a-threat-again%E2%80%A6/ [21 Oktober 2009].

Page 20: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

Fox, K.J. 2003. Real punks and pretenders: The social organization of a counterculture. Dlm. Adler, P.A. & Adler, P. (pnyt) Constructions of Deviance: Social Power, Context and Interaction, Ed. Ke-4. hlm. 84-89. California: Wadsworth/Thomson Learning.

Giddens, A. 1971. Capitalism and Modern Social Theory: An Analysis of the Writings of Marx, Durkeim and Max Weber. Cambridge: Cambridge University Press.

Jenks, C. 2005. Subculture: The Fragmentation of the Social. London: Sage Publications.

Haenfler, R. 2004. Collective identity in the straight edge movement: How diffuse movements foster commitment, encourage individualized participation, and promote cultural change. The Sociological Quarterly 45(4): 785-805.

Hashim Haji Bedu, Khairulhelmi Katip, Mohd Fahmi Mohd Sahid & Syed Mohd Syafeq Syed Mansor (2008) Keruntuhan akhlak dan gejala sosial dalam keluarga; Isu dan cabaran. Makalah Seminar Kaunseling Keluarga 2008. http://eprints.utm.my/6511/1/HashimBedu2008_KeruntuhanAkhlakGejalaSosialKeluarga.pdf [21 Oktober 2009].

Hodkinson, P. 2005. ‘Insider research’ in the study of youth cultures. Journal of Youth Studies. 8(2): 131-149.

Ibrahim Ngah Ahmad. Malaysian scene report. http://www.geocities.com/hcscenereport/Scenes/malaysia.html [22 Oktober 2009]

Lim Kim Hui. 2003. Budi as the Malay mind: A philosophical study of Malay ways of reasoning and emotion in peribahasa. Tesis PhD. University of Hamburg.

Kidd, J. 2005. Getting drunk at gigs is fun, really? http://ricecooker.kerbau.com/2005/07/26/joe-kidd-getting-drunk-at-gigs-is-fun-really/ [22 Oktober 2009].

Kidd, J. 2006. Bloodied blades, blazing guns and bombed gigs: Whatever happened to Paul’s Place? http://ricecooker.kerbau.com/2006/11/08/bloodied-blades-blazing-guns-bombed-gigs/ [22 Oktober 2009].

Kidd, J. 2007. Your band is not playing punk rock anymore, is it? http://ricecooker.kerbau.com/2007/07/16/joe-kidd-your-band-is-not-playing-punk-rock-anymore-is-it/ [22 Oktober 2009].

Kong, C.O. 1997. Asian values: the debate revisited. . Proceedings of the First Shizuoka Asia-Pacific Forum: The Future of the Asia-Pacific Region. http://www.unu.edu/unupress/asian-values.html. [5 Oktober 2009].

Mitchell, T. 1998. Australian hip hop as a ‘glocal’ subculture. http://www.snarl.org/youth/tonym2.pdf [7 Julai 2008].

Nizang. 2007. A guide to Malaysian underground music fanzine culture. http://ricecooker.kerbau.com/2007/12/25/nizang-a-guide-to-malaysian-underground-music-fanzine-culture/ [22 Oktober 2009].

Page 21: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

Noraini Othman. 2008a. Globalization, Islamic resurgence and state autonomy. Dlm. Nelson, J.M., Meerman, J. & Abdul Rahman E. (pnyt). Globalization & National Autonomy: the Experience of Malaysia. Singapore: ISEAS and IKMAS.

Nur Hanim Mohamed Khairuddin. 2002. Ekskavasi ‘bawah tanah’ bersama Joe Kidd. http://www.kakiseni.com/articles/people/MDI2MA.html/all#top [22 Oktober 2009].

Palmer, C.T. 2005. Mummers and moshers: Two rituals of trust in changing social environments. Ethnology 44(2): 147-166.

Peletz, M. G. 1993. Sacred text and dangerous words: The politics of law and cultural rationalization in Malaysia. Comparative Studies in Society and History 35(1): 66-109.

Quinney, R. 2003. Conflict theory of crime. Dlm. Adler, P.A. & Adler, P. (pnyt) Constructions of Deviance: Social Power, Context and Interaction, Ed. Ke-4. hlm. 84-89. California: Wadsworth/Thomson Learning.

Rokiah Haji Ismail. 1995. Perilaku non-conformist golongan remaja Malaysia: satu perenungan sosiologikal. Jurnal Antropologi dan Sosiologi (22): 73-95.

Rokiah Ismail. 2004. Subbudaya muzik rock bawah tanah di kalangan remaja bandar. Akademika 64: 97-131.

Sellin, T. 1938. Culture conflict and crime. The American Journal of Sociology 44(1): 97-103.

Shamsul A.B. 1996. Debating about identity in Malaysia: A discourse analysis. Southeast Asian Studies, 34(3): 476-499.

Storz, Moni Lai. 1999. Malay and Chinese values underlying the Malaysian business culture. International Journal Intercultural Rel. 23(1): 117-131.

Sumit M. 2008. The National Culture Policy and Contestation over Malaysian identity. Dlm. Nelson, J.M., Meerman, J. & Abdul Rahman E. (pnyt). Globalization & National Autonomy: the Experience of Malaysia. Singapore: ISEAS and IKMAS.

Suzana Mohd Hoesni, Wan Azreena Wan Jaafar, Khaidzir Ismail & Hanina Halimatussaadiah Hamsan. 2004. Remaja skinhead: Ciri-ciri dan perkaitannya dengan masalah sosial di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Ke-3 Psikologi dan Masyarakat 2004, hlm. 109-117.

Syed Syahrul Zarizi. Joe Kidd. Founder of Ricecooker & member of the legendary band Carburetor Dung. http://sirehdancengkeh.com/?p=133 [22 Oktober 2009].

Takashi I. & Newman, E. 1997. Introduction:”Asian values” and democracy in Asia. Proceedings of the First Shizuoka Asia-Pacific Forum: The Future of the Asia-Pacific Region. http://www.unu.edu/unupress/asian-values.html. [5 Oktober 2009].

Page 22: Konflik Nilai Budaya Punk Di Malaysia_Yuen Kok Leong 2009

 

 

Tittle, C.R. & Paternoster, R. 2003. A typology of deviance based on middle class norms. Dlm. Adler, P.A. & Adler, P. (pnyt). Constructions of Deviance: Social Power, Context and Interaction, Ed. Ke-4. hlm. 19-29. California: Wadsworth/Thomson Learning.

Vold, G.B. 1979. Theoretical Criminology. Ed. Ke-2. New York: Oxford University Press.

Young, Jock. 1980. Thinking seriously about crime. Dlm. Fitzgerald, M., McLennan, G. & Pawson, J. (pnyt). Crime and Society: Readings in History and Theory, hlm. 248-309. London: Routledge and Kegan Paul.

Yuen, K.L. 2008. Conforming to the non-conformity: an exploratory research on the Do-It-Yourself (DIY) underground music scene in Kuching, Sarawak. Kertas kerja dibentangkan di 6th International Malaysian Studies Conference (MSC 6). Kuching, Sarawak, 5-7 Ogos.