Konsep 1Malaysia Dan CabaranPelaksanaannya Ke Arah PemantapanPerpaduan Sebuah Negara

3
Konsep 1Malaysia dan CabaranPelaksanaannya ke Arah PemantapanPerpaduan sebuah Negara-Bangsa ABSTRAK Konsep “1Malaysia” merupakan suatu konsep yang lahir dari cetusan pemikiran Perdana Menteri Malaysia yang keenam, iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Motonya yang bertajuk “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” merupakan usaha sebagai sebuah negara-bangsauntuk menyatukan hubungan antara kaum di Malaysia agar sebarang persengketaan kaumboleh dielakkan dan boleh hidup dalam keadaan aman damai serta rakyat bersama-sama kerajaanboleh berganding bahu untuk memajukan negara. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk membincangkan nilai-nilai murni serta mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pelaksanaannyadalam usaha untuk memperkasakan perdamaian di Malaysia. Antaranya cara untuk menyemaidan menerapkan nilai-nilai murni yang ada dalam konsep ini terhadap seluruh rakyat Malaysiaserta strategi yang perlu ada dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuanrakyat Malaysia terhadap konsep “1Malaysia”. Ianya juga diharap dapat membantu mencapaimatlamat kerajaan untuk melihat rakyat yang bersatu padu akan tercapai, sekaligus membantumembangunkan negara dalam mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju didunia. Kata-kata kunci : Konsep 1Malaysia, pembinaan negara-bangsa, nilai-nilai murni, cabaran pelaksanaanya, serta Wawasan 2020 PENGENALAN Negara Malaysia telah bebas daripada penjajah dan mendapat kemerdekaansepenuhnya pada 31 Ogos 1957 (Islar, 2007). Kalimah kemerdekaan Malaysiadilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku AbdulRahman Putra al-Haj, di Stadium Negara. Beliau juga digelarkan sebagai “BapaKemerdekaan” kerana atas usahanya dan beberapa tokoh kemerdekaan negarayang lain dalam usaha untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajahmelalui cara perundingan dan diplomasi. Hasil daripada kemerdekaan yangdiperoleh, ia telah menjadi

description

nota

Transcript of Konsep 1Malaysia Dan CabaranPelaksanaannya Ke Arah PemantapanPerpaduan Sebuah Negara

Konsep 1Malaysia dan CabaranPelaksanaannya ke Arah PemantapanPerpaduan sebuah Negara-Bangsa ABSTRAK Konsep 1Malaysia merupakan suatu konsep yang lahir dari cetusan pemikiran Perdana Menteri Malaysia yang keenam, iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Motonya yang bertajuk rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan merupakan usaha sebagai sebuah negara-bangsauntuk menyatukan hubungan antara kaum di Malaysia agar sebarang persengketaan kaumboleh dielakkan dan boleh hidup dalam keadaan aman damai serta rakyat bersama-sama kerajaanboleh berganding bahu untuk memajukan negara. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk membincangkan nilai-nilai murni serta mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pelaksanaannyadalam usaha untuk memperkasakan perdamaian di Malaysia. Antaranya cara untuk menyemaidan menerapkan nilai-nilai murni yang ada dalam konsep ini terhadap seluruh rakyat Malaysiaserta strategi yang perlu ada dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuanrakyat Malaysia terhadap konsep 1Malaysia. Ianya juga diharap dapat membantu mencapaimatlamat kerajaan untuk melihat rakyat yang bersatu padu akan tercapai, sekaligus membantumembangunkan negara dalam mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju didunia.Kata-kata kunci: Konsep 1Malaysia, pembinaan negara-bangsa, nilai-nilai murni, cabaran pelaksanaanya, serta Wawasan 2020

PENGENALANNegara Malaysia telah bebas daripada penjajah dan mendapat kemerdekaansepenuhnya pada 31 Ogos 1957 (Islar, 2007). Kalimah kemerdekaan Malaysiadilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku AbdulRahman Putra al-Haj, di Stadium Negara. Beliau juga digelarkan sebagai BapaKemerdekaan kerana atas usahanya dan beberapa tokoh kemerdekaan negarayang lain dalam usaha untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajahmelalui cara perundingan dan diplomasi. Hasil daripada kemerdekaan yangdiperoleh, ia telah menjadi titik tolak bermulanya asas pembinaan sebuahnegara-bangsa bagi Malaysia atau nama dahulunya Malaya dan bertukarnama kepada Malaysia apabila bergabung dengan Sabah dan Sarawak padatahun 1963, sedikit demi sedikit berkembang sebagai sebuah negara-bangsayang mempunyai masyarakat berbilang kaum.Negara Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-53 tahun dan ini melambangkan bahawa Malaysia sudah pastinya mempunyaiperkembangan daripada pelbagai aspek, termasuk pembangunan negara sertapembangunan masyarakatnya. Melalui pemantapan dan gabungan dua aspek utama, iaitu negara dan masyarakat dalam keadaan harmoni, ia sememangnyamempengaruhi akan kemajuan dan arus pemodenan sesebuah negara (WanOthman Wan Halim, 1992). Namun, teras utama dalam mencapai statusnegara-bangsa yang berjaya, perpaduan, dan integrasi kaum merupakanaspek yang amat penting. Semenjak peristiwa hitam pergaduhan etnik 13Mei 1969, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dan pendekatan untuk memperkukuhkan perpaduan antara kaum agar ia tidak mengganggu usahapembangunan

Dalam masa yang sama, ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalamperasmian Wawasan 2020 adalah seperti berikut: [] cabaran pertama yang paling asas ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 adalahmembentuk sebuah negara-bangsa (bangsa Malaysia) yang bersatu-padu serta menyanjungmasa hadapan yang diperkongsi bersama [] dan menumpukan taat setia dan pengabdianyang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut (Utusan Malaysia, 28/2/1991).

RUMUSAN DAN KESIMPULANMalaysia sebagai sebuah negara-bangsa yang sedang membangun denganpesat, semestinya mahu mencapai matlamat yang telah dibuat dengan jayanyatanpa dihalang oleh konflik antara kaum. Mengenai konsep 1Malaysia dankonsep negara-bangsa merupakan satu mekanisme yang dilihat mempunyaisuatu matlamat untuk dikongsi bersama, iaitu berjaya mencapai hasratnegara untuk mencapai Wawasan 2020 sebagai status negara maju. Namunbegitu, pelaksanaannya haruslah dikaji dan dirancang terlebih dahulutanpa melaksanakan secara tergopoh-gapah kerana ini akan mengakibatkankekeliruan dan sebagainya.Oleh yang demikian, konsep 1Malaysia memerlukan jangka masa yangpanjang untuk melihat keberkesanan, namun perkembangannya bolehdibuat dengan membuat penilaian dan pemantauan dari masa ke semasa. Inimerupakan suatu inisiatif dalam menghadapi cabaran pelaksanaan konsep1Malaysia agar matlamat penubuhannya berjaya dicapai untuk memperkasakanperpaduan antara kaum dalam usaha mengecapi perdamaian positif, yakniboleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni tanpa sebarang persepsi negatif dan pandangan streotaip di Malaysia, dan seterusnya mampu bersama-samamembangunkan negara menuju ke arah Wawasan 2020