Konsep Asas Dan Prinsip Tamaduan Islam

5
KONSEP ASAS DAN PRINSIP TAMADUAN ISLAM Unit ini mengandungi lima tajuk: 2.1: Pengertian Tamadun Islam . 2.2: Ciri-ciri Tamadun Islam. 2.3: Matlamat Tamadun Islam. 2.4: Prinsip-prinsip Tamadun Islam. 2.5: Sumber-sumber Tamadun Islam. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini peserta dapat: 1. Menerangkan konsep Tamadun Islam serta perbezaannya dengan Tamadun barat. 2. Menyatakan ciri-ciri Tamadun Islam 3. Menerangkan Matlamat Tamadun Islam. 4. Menyenaraikan prinsip-prinsip Tamadun Islam. 5. Menjelaskan sumber Tamadun Islam yang terdiri daripada wahyu dan akal. 2.1: Pengertian Tamadun Islam . Perkataan Tamadun merangkumi kebudayaan,peradaban,kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun.Manusia tidak akan dapat mencari satu etika Tamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya pada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah ia merupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian.

description

Konsep Asas Dan Prinsip Tamaduan Islam

Transcript of Konsep Asas Dan Prinsip Tamaduan Islam

KONSEP ASAS DAN PRINSIP TAMADUAN ISLAMUnit ini mengandungi lima tajuk:2.1: Pengertian Tamadun Islam .2.2: Ciri-ciri Tamadun Islam.2.3: Matlamat Tamadun Islam.2.4: Prinsip-prinsip Tamadun Islam.2.5: Sumber-sumber Tamadun Islam.Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini peserta dapat:1. Menerangkan konsep Tamadun Islam serta perbezaannya denganTamadun barat.2. Menyatakan ciri-ciri Tamadun Islam3. Menerangkan Matlamat Tamadun Islam.4. Menyenaraikan prinsip-prinsip Tamadun Islam.5. Menjelaskan sumber Tamadun Islam yang terdiri daripada wahyu danakal.2.1: Pengertian Tamadun Islam .Perkataan Tamadun merangkumi kebudayaan,peradaban,kemajuan (kebendaan dankerohanian) dan sopan santun.Manusia tidak akan dapat mencari satu etikaTamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan TamadunIslam tidak terbatas hanya pada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah iamerupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian.Disini dikemukakan beberapa pentakrifan Tamadun Islam oleh sarjana-sarjanaIslam seperti;-Sayyid Qutb-Said hawa- Umar Audah ai-Khatib- Abu Bakar HamzahSINOPSISSecara keseluruhan bab ini membicarakan kelahiran Tamadun Islam, konsep danmatlamat, ciri-ciri serta sifat Tamadun Islam. Selain itu,bab ini membincangkantentang sumber-sumber Tamadun Islam serta tokoh-tokoh ilmuan Islam.2Sayyid Qutb telah mentakrifkan Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yangdihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, Politik,ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilaimoral Islam.Manakala Said Hawa pula telah mentakrifkanTamadun secara umum terbahagikepada dua kategori iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Jahiliah. Tamadun Islamialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnyarelevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segalakemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kiraaspek kerohanian dan moral.Umar Audah ai-Khatib pula menyatakan Tamadun Islam ialah himpunan ilmupengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaanpemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.Dan Abu Bakar Hamzah mentakrifkan Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir danberkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yanglahir daripadanya, sarna ada sesuatu yang berupa niskala (nisbah) mahupun yangberupa sekala (material).2.2: Ciri-ciri Tamadun IslamTamadun Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat diterangkan seperti berikut:1. Sumber Tamadun Islam daripada al-Quran dan hadis (Tajuk ini akanditerangkan dalam tajuk berikut)2. Nilai-nilai Tamadun Islam adalah tetap. Ini bermakna nilai baik dan buruka. yang menjadi ukuran untuk sesuatu tujuan atau perbuatan adalahb. berasaskan kepada ajaran al Quran dan hadis bukan kepada hawanafsu.c. Sebagai contoh dalam kebudayaan Islam tidak dibenarkan samasekalid. minum arak kecuali dalam keadaan terpaksa (darurat)3. Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Sifat ini bermaksudTamadun Islam menerima tamadun-Tamadun asing yang telah mencapaikemajuan dalam berbagai bidang seperti pada zaman kerajaan Abbasiahberbagai bidang ilmu daripada Greek telah diambil dan diterjemah ke dalambahasa Arab. Hasilnya Tamadun Islam telah mencapai kegemilangan padazaman itu. Walau bagaimanapun nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaranal Quran dan Hadis ditolak. Di samping itu Tamadun Islam memberisumbangan kepada kemajuan Tamadun lain umpamanya orang-orangEropah telah mengambil khazanah ilmu dari kegemilangan Tamadun Islamdi Sepanyol untuk menjayakan kemajuan di Eropah.4. Tamadun Islam sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Semua nilaiadalah bertujuan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat . NIlai-nilaiTamadun Islam mendorong manusia untuk melakukan tugasnya sebagaikhalifah Allah. Tugas ini bermaksud menjalankan peranan sebagaipengurus, pemimpin dan perancang kepada kemajuan dunia ini.35. Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu. Olehitu Tamadun berlaku di mana-mana seperti di kepulauan Melayu, di India, diSelatan Filipina dan sebagainya.6. Tamadun Islam tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Oleh ituTamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad (rasul) sehinggazaman kini. Dalam hal ini tidak tepat sekiranya Tamadun Islam itu dikatakanhanya berlaku pada zaman Rasul atau zaman pertengahan.7. Semua kemajuan yang dicapai semasa pemerintahan Islam dikira TamadunIslam selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam. Sesuatu ciptaan yangdibuat oleh bukan Islam tetapi di arah oleh pemerintah Islam dikira sebagaiTamadun Islam.