Konsep Asas Hubungan Etnik (2015)

6
2.0 Konsep- Konsep Asas Hubungan Etnik DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD FAIDHI BIN MOHAMAD

Transcript of Konsep Asas Hubungan Etnik (2015)

Page 1: Konsep Asas Hubungan Etnik (2015)

2.0 Konsep-Konsep Asas Hubungan EtnikDISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD FAIDHI BIN MOHAMAD

Page 2: Konsep Asas Hubungan Etnik (2015)

ETNIK ETNISITI ETNOSENTRISME Satu kelompok manusia

yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan.

Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.

Sebagai contoh, persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya.

Etnisiti merujuk kepada gabungan pelbagai sifat dan komponen yang kebiasaannya dimiliki oleh kumpulan etnik (Smelser, 1988).

Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Satu tanggapan (rasa bangga atau kepercayaan) bahawa kumpulannya adalah yang terbaik berbanding dengan kumpulan yang lain.

Contohnya seperti dalam sistem kasta, golongan Brahmin menganggap diri mereka adalah suci dan mulia.

Page 3: Konsep Asas Hubungan Etnik (2015)

RAS RASISME

Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal.

Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.

Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya.

Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul.

Page 4: Konsep Asas Hubungan Etnik (2015)

PREJUDIS STEREOTAIP Pandangan negatif mengenai

ahli atau kelompok etnik lain. Lazimnya tidak berasaskan

maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka (simpan pandangan yang negatif)

Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik (meluah)

Gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.

Sebagai contoh, dalam kajian Gallup yang dibuat terhadap 1,007 responden yang terdiri daripada orang dewasa Amerika mendapati mereka enggan berjiran dengan orang Islam. Ini kerana mereka berpendapat orang Islam bersifat ekstremis (Utusan Malaysia, 13 Ogos 2006).

Page 5: Konsep Asas Hubungan Etnik (2015)

DISKRIMINASI Diskriminasi merupakan sikap pilih kasih sesebuah

kelompok terhadap satu kelompok yang lain yang dirasakan tidak setaraf dengannya.

Sebagai contoh, krisis yang wujud di Barat yang memandang orang kulit hitam sebagai golongan masyarakat yang hina.

Page 6: Konsep Asas Hubungan Etnik (2015)

Sekian terima kasih