Konsep Asas Pecahan

3
KONSEP ASAS PECAHAN Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Sekiranya pelajar tidak memahami akan konsep bagi sesuatu kemahiran yang dipelajari maka, pelajar akan mengganggap ia satu pelajaran yang sukar. Setiap tajuk dalam matematik mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Sebagai pendidik kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan mereka kearah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd Fadzli, 2001). Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Ini termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana kaedah koperatif dapat meningkatkan prestasi pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran matematik khususnya topik penambahan pecahan. Pelajar Tingkatan Satu sering menghadapi masalah dalam mempelajari konsep asas pecahan dalam matematik. Kelemahan dalam memahami Bahasa Inggeris dan bosan dengan kaedah pengajaran tradisional iaitu berpusatkan guru menyebabkan pelajar tidak

description

Asas Pecahan

Transcript of Konsep Asas Pecahan

KONSEP ASAS PECAHANMatematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Sekiranya pelajar tidak memahami akan konsep bagi sesuatu kemahiran yang dipelajari maka, pelajar akan mengganggap ia satu pelajaran yang sukar. Setiap tajuk dalam matematik mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Sebagai pendidik kita bertanggungjawab untuk membantu setiap pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan mereka kearah pelajaran. Pelajar juga digalakkan membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd Fadzli, 2001). Keadaan ini boleh dilaksanakan dengan mengambil langkah menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan. Ini termasuklah amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan sejauh mana kaedah koperatif dapat meningkatkan prestasi pelajar tingkatan satu dalam mata pelajaran matematik khususnya topik penambahan pecahan.

Pelajar Tingkatan Satu sering menghadapi masalah dalam mempelajari konsep asas pecahan dalam matematik. Kelemahan dalam memahami Bahasa Inggeris dan bosan dengan kaedah pengajaran tradisional iaitu berpusatkan guru menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mempelajari matematik. Selain itu, daripada pemerhatian dan analisis kesilapan pelajar di dalam menjawab soalan-soalan latihan, ujian dan peperiksaan didapati bahawa pelajar-pelajar sukar untuk menjawab soalan - soalan yang berkaitan topik pecahan.

Kebanyakan pelajar menganggap matematik sebagai satu mata pelajaran yang agak sukar kerana ramai yang gagal menguasainya. ( Zaleha Ismail & Salwa Abu Bakar, 2000, m.s 100). Pelajar - pelajar di sekolah juga banyak ditekankan dengan latih tubi dalam menyelasikan masalah matematik berbanding memahami konsep matematik. Topik pecahan juga merupakan topik yang merangkumi hampir 25 peratus soalan soalan di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Renadah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cox ( 1974 ), dalam ideanya menyatakan bahawa pelajar yang membuat latihan sahaja adalah tidak menolong pelajar itu mengenal pasti kesalahan konsep yang telah mereka lakukan. Berdasarkan masalah masalah tersebut, maka satu kajian harus dibuat untuk membantu pelajar mencari jalan penyelesaian . Seterusnya mengubah tanggapan pelajar terhadap matematik daripada subjek sukar kepada subjek yang paling diminati, mudah, menyeronokkan dan bermakna khususnya topik penambahan pecahan.

Maka pendekatan pembelajaran koperatif ini diharap akan dapat membantu meningkatkan minat dan pencapaian prestasi pelajar terhadap matematik.

1.1 Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1 menunjukkan kerangka konsep kajian ini iaitu perkaitan di antara pembolehubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah bersandar ialah pencapaian pelajar dalam topik pecahan manakala pemboleh ubah tidak bersandar adalah prestasi pelajar, minat pelajar, sosial pelajar dan persepsi pelajar dalam mata pelajaran matematik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dibandingkan adalah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan guru.

Perbandingan antara kedua-dua strategi pembelajaran dilihat dari segi kesan terhadap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran yang diukur di dalam kajian ini adalah dalam bentuk prestasi dan pencapaian pelajar serta minat pelajar dalam mata pelajaran matematik .