Konsep Dan Cabaran Pendidikan

2

Click here to load reader

description

cabaran pendidikan

Transcript of Konsep Dan Cabaran Pendidikan

Konsep dan cabaran pendidikan

Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara

pokok atau persoalan yang dibincangkan. Cabaran pula

merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji

kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untuk

membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-

2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.

Objektif Pelan pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia

berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan

standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan

perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan

sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan

setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem

pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan

sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta

menyokong transformasi perkhidmatan awam