Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

8
GGGD 6253: SOSIOLOGI PENDIDIKAN SEM 2 / 2015 PENSYARAH: DR. MAHZAN BIN AWANG TAJUK: KONSEP DAN ISU PENDIDIKAN KOMUNITI TERPINGGIR RAJA MOHD SALAHUDDIN BIN RAJA MAMAT (P80334)

description

perbincangan ringkas tentang komuniti orang asli

Transcript of Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

Page 1: Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

GGGD 6253: SOSIOLOGI PENDIDIKAN SEM 2 / 2015

PENSYARAH: DR. MAHZAN BIN AWANG

TAJUK: KONSEP DAN ISU PENDIDIKAN KOMUNITI TERPINGGIR

RAJA MOHD SALAHUDDIN BIN RAJA MAMAT (P80334)

Page 2: Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

Konsep komuniti Terpinggir UNICEF 2006 mengkategorikan masyarakat

orang Asli di Malaysia sebagai salah satu komuniti terpinggir kerana kehidupan mereka terasing secara fizikal dan budaya daripada masyarakat umum (http://

www.unicef.org/malaysia/msl/protection_5225.html).

Anak orang Asli . Sumber: http://www.unicef.org/malaysia/msl/protection_5225.html/UN MALAYSIA/2004/chawly.

Page 3: Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di bawah Aborigional Peoples Ordinance No. 3, 1954 (yang telah dipinda pada tahun 1974) telah diwujudkan untuk memelihara, mengurus dan mentadbir suku kaum orang Asli di Malaysia.

Orang Asli di Malaysia secara tradisinya tinggal di kawasan hutan terpencil dan terpinggir dari arus modernisasi negara. Mereka masih bergantung kepada alam semula jadi untuk meneruskan kehidupan (Fatan Hamamah, 2015).

Kementerian Pendidikan Malaysia di bantu oleh UNICEF berusaha membangunkan pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak orang Asli.

Page 4: Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

Terdapat pelbagai isu berkaitan pendidikan komuniti terpinggir, dalam konteks ini tumpuan saya adalah terhadap isu pendidikan orang Asli . Antaranya ialah;

1. Jumlah pusat Pendidikan Awal kanak-kanak orang Asli tidak mencukupi di kawasan penempatan mereka. Menurut Mohd Ayop (2013) sebanyak 5500 kanak-kanak tidak berpeluang mengikuti kelas pendidikan awal.

2. Pencapaian kanak-kanak orang Asli dalam peperiksaan UPSR masih ketinggalan.

Isu-isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

Page 5: Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

3. Kadar keciciran pelajar orang Asli di sekolah menegah masih ketara iaitu kira-kira 29 peratus pada tahun 2009 (Mohd Ayop, 2013).

4. Pengaruh budaya dan persekitaran memberi kesan negatif terhadap prestasi pendidikan orang Asli. Kanak-kanak orang asli lebih gemar mewarisi tradisi nenek moyang mereka berbanding menjadi pelajar pintar dalam kelas (Wan Afizi, 2014).

Page 6: Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

5. Kadar kenal huruf kanak-kanak orang Asli masih di tahap rendah berbanding kaum lain di Malaysia. Menurut S.Reganthan (2011,) hal ini berlaku kerana mereka tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.

6. Murid orang Asli sukar bergaul dengan rakan sekelas yang berbangsa lain. Mereka menjadi pasif apabila guru mengajar dan ingin berkomunikasi dengan mereka (Ramli, et.al.,2013).

Page 7: Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

Program Pembangunan Pendidikan Komuniti Terpinggir

Antara Program Pendidikan yang dikenalpasti membantu orang Asli maju dalam pembelajaran mereka didalam Bilik darjah ialah;

-Program Motivasi/ Kecemerlangan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. -Program Skor A-Program Mesra Didik. -Lawatan Sambil Belajar(Sumber; http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/pendidikan/program-bantuan-pendidikan/)

Peranan NGO dalam mebantu memajukan komuniti orang Asli

Sumber; Pelajar Universiti Sains Malaysia bersama orang Asli. http://m.utusan.com.my/pendidikan/kampus/dekati-orang-asli-1.23108

Page 8: Konsep Dan Isu Pendidikan Komuniti Terpinggir

RUJUKANFatan Hamamah Yahaya. The Usage of Animals in the Lives of the Lanoh and Temiar Tribes of Lenggong, Perak . Volume 18, 2015 . ICoLASS 2014 – USM-POTO International Conference on Liberal Arts & Social Sciences

Ramle Abdullah, Wan Hasmah Wan Mamat, W.A. Amir Zal & Asmawi Mohamad Ibrahim. 2013. Teaching and Learning Problems of the Orang Asli Education: Students’ Perspective. Asian Social Science journal: Vol 9, No 12. Halaman 118  Reganathan. S. 2011. Living Literacies – The Orang Asli Literasi Project. Arts and Social Sciences Journal.

Wan Afizi Wan Ahmad. 2014. Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122) 107.

 Orang Asli http://www.unicef.org/malaysia/msl/protection_5225.html. Akses pada 6 Oktober 2015.Akta Orang Asli http://www.jakoa.gov.my/orang-asli/pendidikan/program-bantuan-pendidikan/. Akses pada 6 Oktober 2015.

Mohd Ayop Abd Razid. 2013. Kejayaan Malaysia dalam Program Basmi Kemiskinan. Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia