KONSEP DOA SEORANG MUSLIM/MUSLIMAH · selepas solat, ketika imam duduk antara dua khutbah Jumaat,...

2
KONSEP DOA SEORANG MUSLIM/MUSLIMAH Bagi umat Islam, Allah telah mendidik kita supaya bersegera memohon pertolongan dan bantuan daripadanya dalam apa jua keadaan yang kita hadapi. Samada doa itu berbentuk permohonan agar diperkenankan sesuatu permintaan, samada untuk perkara yang telah berlalu, sedang dan akan mendatang atau doa itu berbentuk permohonan agar dilepaskan dari sesuatu mara bahaya yang sedang kita hadapi atau yang akan kita hadapi di masa akan datang. Firman Allah Ta’ala; “Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Ghafir : ayat 60) PERANAN DO’A DALAM KEHIDUPAN MUSLIM Manusia sememangnya hidup dalam keadaan sering mengharapkan perlindungan dan pertolongan Yang Maha Kuasa ( Allah ) , Kerana tabiat manusia itu adalah lemah dan tidak berdaya dari semua aspek. Kelemahan dan ketidak upayaan ini boleh diatasi jika manusia mendekat dan menyandarkan dirinya serta berlindung kepada Yang Maha Kuasa, kerana hakikat kekuatan itu secara lahir dan batinnya bersumber daripada Allah Azza wa Jalla. Oleh yang demikian, manusia tidak boleh terpisah dari Tuhannya, maka manusia perlu mendekatkan diri kepadaNya dengan menyembah dan mengingati-Nya di setiap waktu dan tempat. Cara untuk mendekatkan diri tersebut adalah melalui perantaraan ‘doa’, sebab dengan berdoa membuktikan penghambaan kepada Allah SWT. ADAB-ADAB BERDOA 1. Mengikhlaskan hati kepada Allah 2. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah SWT.( Paras Bahu ) 3. Berwudhu’ terlebih dahulu. 4. Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. 5. Mengadap kiblat, kecuali imam kerana imam makruh mengadap kiblat, akan tetapi disunatkan baginya mengadap makmum atau menjadikan rusuk kanannya mengadap makmum dan rusuk kirinya mengadap kiblat. 6. Memilih waktu-waktu yang mulia seperti berdoa di Hari Arafah, hari-hari di bulan Ramadhan, pada hari jumaat, waktu sahur atau tengah malam, ketika hujan turun, di antara azan dan iqamah, dalam solat fardhu, ketika sujud, selepas solat, ketika imam duduk antara dua khutbah Jumaat, sebelum magrib hari Jumaat, ketika sedang berpuasa dan lain-lain lagi. 7. Berada dalam keadaan suci zahir (tubuh badan) dan batin (hati) dari perkara- perkara kotor dan maksiat. 8. Merendah diri dan khusyu’ dan dengan penuh pengharapan agar doa tersebut diterima oleh Allah dan perasaan takut tidak diperkenankannya. 9. Berdoa dengan penuh kesungguhan dengan penuh keyakinan bahawa doa tersebut akan diperkenankan Allah. 10. Membaca doa dengan penuh ketenangan dan tidak tergopoh -gapah 11. Merendahkan suara . 12. Pengakuan terhadap segala dosa yang telah dilakukan dan memohon keampunan dari-Nya 13. Pengakuan terhadap segala nikmat dan dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan tersebut. 14. Berdoa dengan mengulang-ulangkannya sebanyak 3 kali bagi setiap permintaan dan tidak terburu-buru supaya ia diperkenankannya. 15. Bertawassul dengan nama-nama Allah yang Maha baik (Asma’ulla al-Husna) dn sifat-sifatNya yang Maha Tinggi dan dengan amalan soleh yang dilakukan atau dengan meminta seseorang yang soleh yang masih hidup, mendoakannya. 16. Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat samada zahir mahupun batin. 17. Mengakhiri doa dengan berselawat ke atas Nabi SAW dan bertahmid kepada Allah SWT. 18. Hendaklah berdoa untuk kesejahteraan iman, amal dan akhlak diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain. SYARAT-SYARAT DO’A DIMAKBULKAN 1. Berdoa dengan penuh keikhlasan dengan terus mengharapkan agar doa tersebut dimakbulkan oleh Allah. www.dakwahpdf.blogspot.com

Transcript of KONSEP DOA SEORANG MUSLIM/MUSLIMAH · selepas solat, ketika imam duduk antara dua khutbah Jumaat,...

Page 1: KONSEP DOA SEORANG MUSLIM/MUSLIMAH · selepas solat, ketika imam duduk antara dua khutbah Jumaat, sebelum magrib hari Jumaat, ketika sedang berpuasa dan lain-lain lagi. 7.

KONSEP DOA SEORANG MUSLIM/MUSLIMAH

Bagi umat Islam, Allah telah mendidik kita supaya bersegera memohon pertolongan dan

bantuan daripadanya dalam apa jua keadaan yang kita hadapi. Samada doa itu

berbentuk permohonan agar diperkenankan sesuatu permintaan, samada untuk perkara

yang telah berlalu, sedang dan akan mendatang atau doa itu berbentuk permohonan

agar dilepaskan dari sesuatu mara bahaya yang sedang kita hadapi atau yang akan kita

hadapi di masa akan datang.

Firman Allah Ta’ala;

“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan

bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu

akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Ghafir : ayat 60)

PERANAN DO’A DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Manusia sememangnya hidup dalam keadaan sering mengharapkan perlindungan dan

pertolongan Yang Maha Kuasa ( Allah ) , Kerana tabiat manusia itu adalah lemah dan

tidak berdaya dari semua aspek. Kelemahan dan ketidak upayaan ini boleh diatasi jika

manusia mendekat dan menyandarkan dirinya serta berlindung kepada Yang Maha

Kuasa, kerana hakikat kekuatan itu secara lahir dan batinnya bersumber daripada Allah

Azza wa Jalla.

Oleh yang demikian, manusia tidak boleh terpisah dari Tuhannya, maka manusia perlu

mendekatkan diri kepadaNya dengan menyembah dan mengingati-Nya di setiap waktu

dan tempat. Cara untuk mendekatkan diri tersebut adalah melalui perantaraan ‘doa’,

sebab dengan berdoa membuktikan penghambaan kepada Allah SWT.

ADAB-ADAB BERDOA

1. Mengikhlaskan hati kepada Allah

2. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah SWT.( Paras Bahu )

3. Berwudhu’ terlebih dahulu. 4. Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat

kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. 5. Mengadap kiblat, kecuali imam kerana imam makruh mengadap kiblat, akan

tetapi disunatkan baginya mengadap makmum atau menjadikan rusuk kanannya mengadap makmum dan rusuk kirinya mengadap kiblat.

6. Memilih waktu-waktu yang mulia seperti berdoa di Hari Arafah, hari-hari di bulan Ramadhan, pada hari jumaat, waktu sahur atau tengah malam, ketika hujan turun, di antara azan dan iqamah, dalam solat fardhu, ketika sujud, selepas solat, ketika imam duduk antara dua khutbah Jumaat, sebelum magrib hari Jumaat, ketika sedang berpuasa dan lain-lain lagi.

7. Berada dalam keadaan suci zahir (tubuh badan) dan batin (hati) dari perkara-perkara kotor dan maksiat.

8. Merendah diri dan khusyu’ dan dengan penuh pengharapan agar doa tersebut diterima oleh Allah dan perasaan takut tidak diperkenankannya.

9. Berdoa dengan penuh kesungguhan dengan penuh keyakinan bahawa doa tersebut akan diperkenankan Allah.

10. Membaca doa dengan penuh ketenangan dan tidak tergopoh -gapah

11. Merendahkan suara . 12. Pengakuan terhadap segala dosa yang telah dilakukan dan memohon

keampunan dari-Nya

13. Pengakuan terhadap segala nikmat dan dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan tersebut.

14. Berdoa dengan mengulang-ulangkannya sebanyak 3 kali bagi setiap permintaan dan tidak terburu-buru supaya ia diperkenankannya.

15. Bertawassul dengan nama-nama Allah yang Maha baik (Asma’ulla al-Husna) dn sifat-sifatNya yang Maha Tinggi dan dengan amalan soleh yang dilakukan atau dengan meminta seseorang yang soleh yang masih hidup, mendoakannya.

16. Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat samada zahir mahupun batin. 17. Mengakhiri doa dengan berselawat ke atas Nabi SAW dan bertahmid kepada

Allah SWT. 18. Hendaklah berdoa untuk kesejahteraan iman, amal dan akhlak diri sendiri

terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.

SYARAT-SYARAT DO’A DIMAKBULKAN

1. Berdoa dengan penuh keikhlasan dengan terus mengharapkan agar doa tersebut dimakbulkan oleh Allah.

www.dakwahpdf.blogspot.com

Page 2: KONSEP DOA SEORANG MUSLIM/MUSLIMAH · selepas solat, ketika imam duduk antara dua khutbah Jumaat, sebelum magrib hari Jumaat, ketika sedang berpuasa dan lain-lain lagi. 7.

2. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, agar doa kita lebih cepat diperkenankan, lantaran usaha kita membantu agama Allah.

3. Berdoa dengan penuh kesungguhan dan tidak jemu mengulang-ulanginya. 4. Berusaha mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang dibenci oleh

Allah. 5. Memastikan makanan,minuman dan pakaian yang dipakai dan rezeki yang

diperolehi hasil dari usaha yang halal 6. Memohon kemaafan dari manusia yang pernah kita zalimi atau aniyai, kerana

doa seseorang tidak akan dimakbulkan sekiranya mereka menzalimi dan menganiayai orang lain dan tidak mendapat kemaafan dari mereka

SEBAB-SEBAB DO’A TIDAK DIPERKENANKAN

Suatu ketika seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim bin Adham seorang tokoh sufi

yang terkenal, aoakah yang menyebabkan doa seseorang tidak diterima oleh Allah,

Ibrahim bin Adham menjelaskan;

“Antara sebab doamu tidak diterima Allah ialah;

1. Kamu menyatakan bahawa kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya

2. Kamu mendakwa bahawa kamu mencintai Rasulullah SAW. Tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya (dalam kehidupan kamu).

3. Kamu meyakini bahawa al-Quran itu adalah benar, namun kami tidak mengamalkannya (dalam kehidupan kamu)

4. Kamu telah banyak menikmati nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya

5. Kamu meyakini bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu menuruti segala tunjuk ajar mereka

6. Kamu menyatakan bahawa kamu meyakini tentang wujudnya syurga, tetapi kamu tidak berusaha melaksanakan amal yang boleh membawa kamu ke sana

7. Kamu menyatakan bahawa neraka itu benar, tetapi kamu kamu tidak berusaha menjauhkan diri darinya, bahkan melakukan perbuatan yang bakal mencampakkan dirimu ke sana

8. Kamu menyatakan bahawa kematian itu adalah satu kebenaran, tetapi kamu tidak bersedia dengan amalan untuk menghadapinya

9. Kamu bangun setiap pagi dan sering memperkatakan keaiban orang lain, tertapi kamu lupakan keaiban dirimu sendiri

10. Kamu selalu menghantar jenazah ke kuburan, tetapi kamu langsung tidak mengambil iktibar daripadanya, bahawa kamu juga akan dibawa ke sana.

WAKTU KEADAAN DAN TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1. Doa sepanjang bulan Ramadhan

2. Ketika Berbuka Puasa.

3. Malam Lailatul Qadar

4. Bahagian malam yang terakhir (antara jam 3.00 hingga 6 pagi) 5. Selepas setiap solat fardhu

6. Masa di antara azan dan iqamah

7. Satu waktu di setiap malam

8. Ketika azan untuk solat fardhu

9. Ketika hujan sedang turun

10. Ketika mempersiapkan barisan menuju medan jihad fi sabilillah

11. Satu waktu di hari Jumaat , pendapat yang paling tepat ialah ketika khutbah dan solat jumaat dan di akhir waktu asar hari Jumaat.

12. Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik

13. Ketika sujud

14. Ketika terbangun di tengah malam dan berdoa dengan doa yang makshur. 15. Ketika tidur dalam keadaan suci dan berdoa

16. Doa untuk seseorang saudara yang tidak ada di sisinya (ghaib)

17. Doa di Hari Arafah

18. Doa ketika seseorang dalam keadaan nazak (hampir meningal dunia) 19. Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat

akhir. 20. Ketika berdoa dengan menggunakan nama Allah ( Asmaul husna ) 21. Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis ‘zikrullah’ 22. Doa ketika ditimpa musibah

23. Doa dengan penuh pertautan hati dengan Allah dan penuh keikhlasan

24. Doa orang terzalim terhadap orang yang menzaliminya

25. Doa ibu dan ayah untuk anaknya 26. Doa anak yang saleh untuk kedua ibubapanya 27. Doa orang yang sedang bermusafir

28. Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka

29. Doa yang berpuasa ketika sedang berbuka

30. Doa orang yang terdesak atau terpaksa

31. Doa pemimpin yang adil 32. Doa ketika berwudhu’ dengan doa makthur mengenainya

33. Doa selepas melontar Jumrah as-Sughra

34. Doa ketika melontar Jumrah al-Wusta

35. Doa ketika berada di dalam kaabah

36. Doa ketika berada di Safa

37. Doa ketika berada di Marwah

38. Doa ketika berada di Masy’aril Haram