konsep estetik.doc

17
MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI 812664 SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU TAJUK: KONSEP ESTETIK DALAM KARYA SASTERA DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI (812664) Pengenalan Secara dasarnya, sesebuah karya sastera dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik serta mempesonakan. Isi karya sastera adalah seperti kewujudan manusia dalam bentuk seni. Cerita membentuk sebuah perhubungan, mengesahkan tentang budaya dan bahasa, menegaskan tentang ritual dan kepercayaan dalam masyarakat. Ia juga menggambarkan aturan kehidupan dan mentakrifkan kewujudan manusia, sehingga mampu menggerakkan pancaindera dan emosi agar dapat merangsang dan merubah pemikiran kita ke arah yang lebih hebat. 1

Transcript of konsep estetik.doc

Page 1: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

SCLM5133

BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

TAJUK:

KONSEP ESTETIK DALAM KARYA SASTERA

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI (812664)

Pengenalan

Secara dasarnya, sesebuah karya sastera dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik serta

mempesonakan. Isi karya sastera adalah seperti kewujudan manusia dalam bentuk seni. Cerita

membentuk sebuah perhubungan, mengesahkan tentang budaya dan bahasa, menegaskan tentang

ritual dan kepercayaan dalam masyarakat. Ia juga menggambarkan aturan kehidupan dan

mentakrifkan kewujudan manusia, sehingga mampu menggerakkan pancaindera dan emosi agar

dapat merangsang dan merubah pemikiran kita ke arah yang lebih hebat.

Sastera berasal daripada bahasa Sanskrit yang bererti tulisan atau bahasa. Setiap bangsa di dunia

mempunyai sastera yang tersendiri, begitu juga dengan bangsa Melayu yang terdapat di

Malaysia. Ali Ahmad (1994) mengupas asal-usul kata sastera dengan menyatakan sastera berasal

daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera

1

Page 2: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan.

Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu

kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.

Seterusnya Hashim Awang (1984) menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui

puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian

iaitu su dan sastera. Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.

Sastera pula membawa maksud huruf atau buku. Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan

buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Beliau juga mengatakan kesusasteraan itu

adalah ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera

lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan

dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Bagi Muhammad Haji Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga

tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai

perkataan. Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu

sebagai persuratan atau karangan. Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar

kesusasteraan yang ada pada masa kini.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud

kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan dalam buku Pengantar Pengajian

Kesusasteraan (Dewan Bahasa dan Pustaka)). Perkara utama yang dikaitkan dengan

kesusasteraan ialah kehalusan atau estetik dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah

2

Page 3: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga

adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad (1994),

keindahan penggunaan bahasa menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

Definisi estetik

Sastera merupakan hasil cipta seni kreatif. Umum mengetahui dengan jelas hal ini. Sastera juga

menggunakan medium bahasa untuk menyampaikan maksud dan tujuannya. Ia disokong

beberapa elemen teknik untuk membentuk dirinya. Karya yang tercipta menjadi tatapan

pembaca. Dari itu berlaku dialog; dialog pengarang dengan pembaca, dialog dalam diri pembaca

sendiri, dialog dalam kumpulan yang lebih besar, sehingga membentuk pemikiran dan budaya.

Kekuatan seni kreatif ini sudah terbukti dalam masyarakat kita sejak zaman berzaman. Karya

kesusasteraan dengan pengertiannya yang lain sudah lama memainkan peranan. Ia membentuk

nilai, mewujudkan konsep estetik yang meresap jauh ke jiwa pembaca dan menjadi wahana yang

ampuh dalam menyatupadukan masyarakat.

Apabila membicarakan tentang sesebuah karya sastera, kita tidak dapat lari dari memperkatakan

tentang konsep estetik yang wujud dalam sesebuah karya sastera itu. Estetik atau keindahan

dalam sesebuah karya sastera hanya ditemui melalui penilaian dan penghayatan. Perkataan

estetik berasal dari perkataan Yunani iaitu “aesthesis” yang membawa makna kepekaan. Istilah

ini memberi tumpuan hanya kepada hal-hal yang bersangkutan dengan ungkapan indah dan

3

Page 4: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

keindahan. Teori estetik menumpukan kepada hal-hal berkenaan rasa keindahan dalam sesebuah

karya ciptaan manusia tidak kira apa saja bentuk seni tersebut.

Istilah estetik mula diperkenalkan oleh Alexander Baumgarten (1714 – 1762), seorang ahli

falsafah Jerman. Baumgarten mengemukakan istilah estetik sebagai satu cabang falsafah yang

menjelaskan kewujudan satu unsur psikik dalam diri manusia yang diistilahkan sebagai ”inferior

faculty” yang bersifat sensual atau membangkitkan perasaan, dan fakulti ini mampu melakukan

pengamatan. Pengamatan yang sensual itu bukan sahaja bersifat menyeluruh, tetapi juga berada

antara keadaan jelas yang intensif dan ekstensif. Bagi Baumgarten, keindahan tidak diketahui

dan dinikmati menerusi intelek tetapi hanya melalui deria yang dibina menerusi imej sensual

yang kabur atau keliru. Bersandarkan dengan cetusan dan pemikiran Baumgarten ini, bolehlah

disimpulkan bahawa estetik merupakan sebagai satu falsafah keindahan yang menjadi satu

disiplin ilmu yang saintifik dan konsep keindahan yang dikemukakan bersifat kualiti yang

dialami melalui perasaan. Pengalaman begini dikenali sebagai ”sensuous knowledge”. Beliau

seterusnya menyatakan bahawa “The end of aesthetics is perfection of sensuous knowledge as

such. This is called beauty.” (Baumgarten, 1931: 84).

Bagi Wadjiz Anwar (1980), estetik mempunyai hubungan yang erat dengan keindahan selera

perasaan. Konsep estetik ini wujud dalam semua karya sastera. Tidak keterlaluan kalau

dikatakan estetiklah yang menjadi landasan atau asas untuk menghasilkan ciptaan karya sastera

yang bermutu. Sehubungan dengan ini, bahasa merupakan pengikat utama untuk menimbulkan

kesan estetik pada karya sastera. Mengikut Muhammad Haji Salleh (2000), bahasa sastera itu

4

Page 5: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

amat luwes, boleh berpijak pada zamannya, tetapi juga boleh menoleh ke belakang, ke lenggok

zaman yang masih perlahan gerak estetiknya, ke ruang istana atau ke sawah di tepi gunung.

Konsep estetik dalam karya sastera

Menurut Muhammad Haji Salleh (2006), orang-orang Melayu mengistimewakan pemilihan kata,

susunan dan ungkapan-ungkapan yang cantik dan bermakna tajam dalam karya sastera mereka.

Berdasarkan pantun sahaja, beliau membahagikannya kepada enam ciri, iaitu makna dan citra

yang dipadatkan, makna dan imej yang dilayangkan secara halus dan tidak langsung, dunia yang

berbelah dua, muzik bahasa sebagai pengalun makna, sama ukuran atau imbangan dan

kesederhanaan dan kesesuaian sebagai landasan pilihan.

Menurut Muhammad Haji Salleh (2006) lagi, keindahan juga terdapat dalam hikayat, dimana

terdapat sebanyak enam ciri keindahan: pertama, menceritakan kehidupan, mengajar dan

membimbing khalayak, kedua dunia pengalaman dirundung kesusahan, kesedihan dan

kesengsaraan, cermin hidup Melayu yang tidak mudah, kerdil dan lemah. Ketiga aspek keaslian

dalam karya, keempat, karya yang bersifat episodik. Kelima, perasaan takjub dan hairan

terutamanya pada dunia magis, dan yang keenam yang bersifat dramatik. Estetika keindahan

puisi ialah memiliki makna yang kuat, padu dan teguh yang disampaikan secara eksplisit atau

implisit dengan bahasa yang berimbang, sesuai dan sederhana. Dalam prosa pula

menggambarkan pengalaman kehidupan, yang asli atau realiti, berunsurkan kesuraman tetapi

mengandung unsur keajaiban, dramatik dan episodik. Tegasnya konsep estetika sastera Melayu

5

Page 6: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

ialah menghadirkan kehidupan dari pengalaman dan dikaryakan dengan bahasa yang cantik dan

mengandung pengajaran.

Berdasarkan teori puitika sastera Melayu, Muhammad Haji Salleh (2006) menjelaskan bahawa

ciri-ciri estetika teks-teks sastera tradisional Melayu, dengan sendirinya bercirikan keindahan

Melayu itu sendiri. Justeru ia amat sesuai untuk dibawa atau ditransformasikan, dimodifikasikan

atau diperluaskankan menjadi kaedah atau teori pengajaran sastera. Keindahan dalam sastera

amat berbeza jika dibandingkan dengan karya seni yang lain. Karya seni yang lain seperti

lukisan, patung, taman dan permandangan dapat dilihat secara langsung dan dianggap sebagai

objek visual. Keindahannya merupakan keindahan secara langsung. Keindahan dalam sastera

terletak pada penggunaan bahasa. Bahasa tidak dapat dilihat kerana pengamatan bahasa sangat

terbatas. Secara umum, aspek-aspek keindahan dalam sastera lebih banyak ditentukan oleh gaya

bahasa. Kualiti estetik sesebuah karya sastera akan dapat dikesan melalui permainan bahasa yang

disampaikan oleh pengkarya. Meskipun begitu, aspek keindahan yang lain juga tetap

memainkan peranan penting dalam membentuk kesatuan unsur estetik dalam sastera, seperti

susunan bait dalam puisi dan rima yang terkandung di dalamnya.

Nyoman Kutha Ratna (2007: 201-202)) menyatakan bahawa;

“aspek-aspek keindahan dalam gaya bahasa pada dasarnya tidak banyak

menemukan kesulitan. Puisi, termasuk bentuk-bentuknya dapat dikenali

melalui repetisi dan berbagai persamaan bunyi yang lain. Kualiti estetika

6

Page 7: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

ketika puisi dibaca akan dapat dikesan melalui permainan bahasa sesuai

dengan kompetensi penyair. Hakikat kualiti estetis puisi ditampilkan,

pertama, melalui kompetensi emosi penyair dalam representasikan pesan,

kedua, melalui komposisi pola-pola irama sebagaimana dinyatakan ke

dalam karya tersebut.”

Dalam menghayati sesebuah karya sastera, terdapat dua ciri yang berkaitan dengan estetik iaitu

sikap estetik dan pengalaman estetik. Kedua-dua ciri yang saling memerlukan ini perlu

bergabung untuk membolehkan daya persepsi menanggap serta mengalami rasa estetik dari

pengamatan terhadap sesebuah karya sastera. Karya sastera itu bukan untuk menimbulkan

pengetahuan semata-mata tetapi untuk menimbulkan seni yang menyentuh permasalahan-

permasalahan manusia yang dikemukakan. Sebab itu, penilai karya seni sastera bukan setakat

mendapat pengetahuan tetapi yang penting ialah rasa kemanusiaan. Rasa kepuasan estetik

terletak pada rasa kemanusiaan. Umpamanya rasa dan kesedaran yang mendalam tentang

manusia miskin. Dalam karya sastera, pemasalahan manusia yang diadun melalui susunan kata-

kata atau bahasa bukan sahaja mampu dan adakala berjaya memberi pengetahuan dan

pengalaman manusia semasanya malah dapat memikat hati nurani manusia untuk menghayati

seninya. Untuk sampai kepada nilai seni itu, seseorang pengkaji estetik itu mestilah faham

apakah itu sikap estetik dan pengalaman estetik.

7

Page 8: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

Sikap estetik

Pada dasarnya, seseorang pembaca atau pengkaji sesebuah karya seni mempunyai sikap yang

tersendiri apabila berhadapan dengan karya. Namun begitu sikap ini haruslah seimbang untuk

mencari natijah yang konkrit dalam konteks untuk memberi tanggapan, penilaian dan rumusan

tentang estetika. Sehubungan dengan ini, sikap estetik menjadi unsur yang sangat penting dalam

pendekatan estetika.

Menururt A. Wahab Ali (2000: 91), sikap estetik dapat disimpulkan seperti berikut;

“Apabila kita berhadapan dengan karya seni, kita jangan mempunyai minat

lain untuk tujuan mendapatkan keseronokan atau kenikmatan daripada

karya itu.”.

Namun begitu sekiranya kita menikmati karya untuk menghakimi, atau mencari nilai nilai

psikologi, atau nilai-nilai sejarah, atau mencari nilai-nilai moral dan lain-lain nilai lagi, maka

penelitian kita itu bukan bersikap estetik. Kita tidak boleh melihatnya secara perbandingan.

Sekiranya situasi ini berlaku ia dianggap sudah terkeluar dari konsep “tanpa minat” itu. Ini

bermakna keindahan estetika pada karya itu harus dilihat secara yang menyeluruh. Inilah cara

untuk membina sikap estetik, iaitu sikap kita untuk mendapatkan keseronokan dan kenikmatan

semata-mata, tanpa tujuan lain, maka sikap yang sedemikian itu dinamakan sikap estetik.

Menurut Hashim Awang (1988: 59), sikap estetika melibatkan cara kita memberikan perhatian

atau pengamatan terhadap alam. Pengamatan ini dapat dijelaskan dalam konsep yang dipanggil

8

Page 9: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

‘sikap estetika’. Sikap di sini ialah cara kita mengarah dan pengawal pengamatan. Kita tidak

pernah melihat atau mendengar benda-benda secara sekaligus. Kita ‘memberikan perhatian’

kepada sebilangan benda, dan melihat yang lain secara sambil lalu atau langsung. Jadi,

pengamatan itu berupa ‘pemilihan’. Apa yang membuat kita memberikan perhatian itu ialah

kerana adanya tujuan-tujuan tertentu. Sikap itu memandu pengamatan kita ke arah yang sesuai

dengan maksud atau tujuan yang ada pada kita. Ia menyediakan kita dengan tindakbalas

terhadap apa yang kita perhatikan, supaya nanti kita bertindak dalam satu cara yang difikirkan

paling berkesan untuk mencapai maksud atau tujuan.

Pengalaman estetik

Bagi Nyoman Kutha Ratna (2007: 218), pengalaman estetik adalah pengalaman manusia sejagat.

Untuk memperolehi pengalaman estetika yang sempurna, kita memerlukan pengetahuan dan

keupayaan untuk menilai dan memahami sesebuah karya sastera, kita mungkin berhadapan

dengan pelbagai kekeliruan sehingga proses penghayatan kita dicemari dengan minat untuk

mengaitkan keindahan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan pengetahuan yang ada pada kita.

Oleh itu, Nyoman Kutha Ratna (2007: 219) berpendapat

“...pengalaman estetika adalah proses, direproduksi secara terus menerus

melalui mediasi-mediasi institusi, sesuai dengan jaringan-jaringan yang

tersedia dalam masing-masing bentuk karya seni. Situasi ini sering terjadi

apabila kita seolah-olah membuat perbandingan dengan apa yang

sebenar dan dengan apa yang tercoret dalam sesebuah karya itu”.

9

Page 10: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

Jerome Stolnitz (1960: 66)) menyatakan bahawa;

“Aesthetics experience takes place in time and through time, no

matter what kind of art object is being appreciated”.

Ruang masa dan waktu memainkan peranan yang penting untuk mempertingkatkan pengalaman

estetika. Seseorang harus melakukan penghayatan yang semaksimum mungkin sebagai satu

usaha untuk memahami dengan jelas sesebuah karya, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan

karya yang bersifat kompleks.

Dalam usaha mentafsirkan sesebuah karya seni, umpamanya puisi, seseorang pengkaji perlu

memiliki pengetahuan atau tahap kemampuan menginterpretasi atau mengetahui latar belakang

sesuatu karya sastera. Ilmu dan pengetahuan ini penting supaya pengkaji mampu melakukan

tafsiran yang betul dan tepat dan akhirnya memiliki pengalaman estetika yang sebenar.

Kesimpulan

Nilai estetika dalam hasil sastera seharusnya dapat dinikmati sebagai nikmat ketika membaca,

menghayati dan memahami setiap hasil karya. Begitulah, bagi karya novel, cerpen, puisi, drama

dan sebagainya ada terselit nilai-nilai estetika dan keindahan. Justeru, sentuhan rasa dan fikir

dapat dirasakan oleh pembaca dengan melihat kecerdasan dan jalinan keindahan bahasa

seseorang pengarang. Luahan hati dan getar jiwa seni pengarang melalui kata-kata dan bayangan

alam budaya kehidupan masyarakat dapat digambarkan dengan penuh keindahan dalam

10

Page 11: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

karyanya. Ini telah diakui oleh banyak sarjana sastera. Nilai seni ini akan dapat dirasakan oleh

pembaca yang cekap menangkap dengan mata akal dan mata fikir hasil seni sastera.

Kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul sama ada dalam diri penulis

ataupun pembaca. Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan

sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari segi isi ceritanya

mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi pembaca pula, dengan membaca karya yang

mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dalam

dirinya.

Justeru, setiap karya yang dicipta mestilah meliputi keindahan dalaman isi, keindahan alam

fizikal, keindahan fenomena, keindahan dalaman, keindahan luaran, keindahan mutlak dan

keindahan rohani yang kesemuanya dapat diseimbangkan dalam karya yang dicipta. Begitulah,

sukar dan payah setiap pengkarya sastera menghasilkan karya yang baik disertai dengan nilai-

nilai keindahan dan estetik yang unggul. Kekuatan bahasa dan kebolehan pengarang

menggunakan bahasa yang indah dapat memberikan kesan yang kekal dalam ingatan para

pembaca yang akhirnya memberikan teladan yang baik kepada mereka.

11

Page 12: konsep estetik.doc

MOHD HAIRI BIN SUHAIMI @ SAHIMI812664SCLM5133 BAHASA DAN PEMIKIRAN KESUSASTERAAN MELAYU

Rujukan

A. Wahab Ali. (2000). Kritikan estetik sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ali Ahmad. (1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Hashim Awang. (1988). Kritikan kesusateraan: Teori dan penulisan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Hashim Awang. (1984). Teman pelajar kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti

Muhammad Haji Salleh. (2006). Puitika sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Nyoman Kutha Ratna. (2007). Estetika sastra dan budaya. Yogyakarta: Pustaka Pelajar

Wadjiz Anwar. (1980). Filsafat estetika : sebuah pengantar. Yogyakarta : Nur Cahaya

12