Konsep Falsafah Pendidikan - · PDF fileFalsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philos...
Transcript of Konsep Falsafah Pendidikan - · PDF fileFalsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philos...
Konsep Falsafah
Pendidikan
Definisi Falsafah - 3 sudut:
1. Etimologi (bahasa)
Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu philos (cinta) dan
sophia (ilmu/pengetahuan)- mencintai ilmu/pengetahuan atau hikmah
• Pendekatan yg libatkan usaha utk temui apa itu hakikat/kebenaran
dan apa yg bernilai dlm kehidupan diri dan dunia mereka disamping
hubungan mereka dgn dunia org lain.
• Ahli falsafah sentiasa kemukakan masalah, beri dan justifikasi
penyelesaian dan bincang keseluruhan proses tersebut.
Konsep Asas Falsafah
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
2. Terminologi (Istilah)
Sekitar elemen –elemen Tuhan dan alam:
Socrates-” ....ilmu pengetahuan yg merangkumi yg merangkumi
kebenaran . Merangkumi metafizik, logik, retorik, etika,
ekonomi,politik dan estetika”
Plato- “…”ilmu pengetahuan yg membolehkan seseorg menuju ke arah
pencapaian kebenaran semula jadi”
Al-Farabi- “…ilmu pengetahuan mengenai alam maujud(fizikal)”
Descartes- “…segala pengetahuan di mana Tuhan, alam dan manusia
menjadi fokus pendidikan”.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
3. Praktikal
• Berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh
tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan
sejagat”
Sistematik : berfikir secara logik dan berurutan
Radikal : berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dgn
penuh tanggungjawab
Sejagat : berfikir tidak terhad kpd aspek tertentu sahaja dan
merangkumi keseluruhannya
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
CABANG-CABANG FALSAFAH
Metafizik/Ontologi
Epistimologi
Aksiologi
FALSAFAH
Logik
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
CABANG FALSAFAH
1. ONTOLOGI / METAFIZIK (Realiti)
• Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan
yang mutakhir.
• Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau
roh dan kehidupan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Apakah dia alam jagat?
• Apakah dia hidup?
• Apakah dia kebebasan manusia?
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Termasuk soalan-soalan yang mempersoalkan tentang
kewujudan Tuhan.
• Memberi perhatian kepada konsep-konsep yang
keadaannya tidak dapat diukur seperti realiti,
perubahan, kendiri, jiwa dan sebagainya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
2. EPISTEMOLOGI (Kebenaran)
• Mengenai teori pengetahuan dan perihal pengetahuan:
Apakah sumber-sumber pengetahuan?
Sejauh manakah sumber pengetahuan tersebut boleh
dipercayai?
Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang?
Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang kita
ketahui?
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada
fakta (tidak seperti sains)
• Memerlukan alasan yang rasional
• Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia berfikir dan
merasai. Tugas ahli epitemologi memberi perhatian
kepada apa yang dimaksudkan oleh konsep-konsep
psikologi seperti perasaan, penngamatan, pengukuhan
dan mempersoalkan adakah konsep-konsep tersebut
digunakan dengan betul atau tidak oleh ahli psikologi.
(Kneller, 1971)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
3. AKSIOLOGI (Nilai)
• Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau
salah, cantik atau hodoh.
• Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan nilai.
• Boleh dibahagikan kepada dua cabang:
a) Etika
b) Estetika
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Etika:
• memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah
laku manusia.
• mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu
masyarakat, dan kebaikan kehidupan.
Estetika:
• Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,
pengalaman perseorangan, alam sekeliling dan
kehidupan (Van Scottes, Kraft dan Haas 1979).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
4. LOGIK (Penaakulan)
• Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah.
• Peraturan-peraturan yang membolehkan mereka membuat
cadangan dan hujah-hujah perbincangan dengan cara yang
betul.
Sains tentang pemikiran tepat.
Prosedur utk bezakan pemikiran sah dan yg mengelirukan.
Terbahagi kpd 2 iaitu logik induktif dan logik deduktif
Cth persoalan:
• Bgmn tentukan taakulan baik atau kurang baik?
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Konsep Falsafah
• Berasal daripada perkataan Yunani
► philos bermaksud mencintai
► sophia bermaksud kebijaksanaan
•Falsafah boleh diertikan sebagai perihal
mencintai kebijaksanaan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Konsep Falsafah
• Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentafsirkan
falsafah sebagai:
► prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai
► pendekatan yang rasional terhadap sesuatu
masalah atau persoalan
• Secara keseluruhannya falsafah ialah suatu
pemikiran atau pandangan yang benar, rasional
dan bernas.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Konsep Pendidikan
• Sharifah Alwiah Alsagoff menghuraikan
pengertian pendidikan seperti berikut:
► proses persekolahan formal
► proses latihan
► proses indoktrinasi
► proses yang berterusan
► suatu disiplin seni dan sains
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Konsep Falsafah Pendidikan
• Oleh itu, falsafah pendidikan ialah
pedoman, arah tuju atau pandangan
terhadap perkara yang berkaitan
dengan pendidikan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Falsafah Pendidikan
Islam
Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah Islam:
• Falsafah Islam adalah berdasarkan ajaran Islam, bersumber daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
• Ibn Rushd, yang juga terkenal di Barat sebagai Averroes, ialah ahli pemikir Muslim agung dan terkenal sebagai ahli sains yang ternama, serta seorang doktor yang ulung dan Hakim Besar (Kadi Agung) di Sepanyol Muslim semasa abad ke-12.
• Beliau mempunyai pengaruh besar terhadap pemikiran Barat.
• Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling bersetuju. (Raslan, 1997; Ead, 1998).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Peranan Falsafah Islam adalah untuk menerangkan hubungan antara manusia dan Penciptanya (Allah), antara manusia dan manusia, dan antara manusia dengan alam sekitarnya (BPG, 2002). Menurut Ibn Rushd, manusia tidak menguasai penuh takdirnya atau tersedia ditentukan baginya. (Ead, 1998). Untuk kefahaman yang lebih lanjut, kita perlu meneliti perihal Pendidikan Islam, matlamatnya, serta falsafahnya.
Terdapat ahli pemikir Muslim lain yang membentuk pandangan mengenai falsafah. Akses maklumat lanjut melalui laman web yang berikut: http://www.muslimphilosophy.com/ip/intro.htm http://www.trincoll.edu/depts/phil/philo/philosophers.html
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pendidikan Islam Ibn Rushd menyatakan bahawa Islam menghasratkan pengetahuan sebenar yang didefinsikan sebagai pengetahuan tentang Tuhan dan ciptaan-Nya. Ia juga termasuk hal mengetahui cara mencapai kepuasan di dunia dan juga cara mengelakkan kesengsaraan di Akhirat (Ead, 1998).
Pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih minda, tubuh, roh, dan emosi manusia, dan membimbing pendidik untuk membentuk pelajar berdasarkan ajaran Islam. Hal ini tercapai berdasarkan ilmu wahyu (Al-Quran), amal (amalan) Nabi Muhammad s.a.w. (Sunnah) dan sahabat-sahabatnya, dan melalui pengalaman Salaf al-Salih dan tokoh-tokoh pendidikan ulung yang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa Pendidikan Islam ialah usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan amalan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi supaya dia tahu siapa dia, peranannya, dan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan serta menjadi seorang pemimpin yang baik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sayyid Muhammad Qutb:
Pend.- Satu proses utk membina manusia
secara menyeluruh (jasad, intelek dan
rohnya, kehidupan kebendaan dan
rohaninya serta setiap aktiviti hidupnya.
Ianya bersifat menyeluruh dan bersepadu,
juga cenderung ke arah mewujudkan
keseimbangan antara potensi fizikal ,
intelektual dan kerohanian manusia.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Amar al-Shaibani:
Pend. – Persiapan utk kehidupan dunia dan
akhirat. Bagi agama Islam, pendidikan
menggabungkan antara akidah dgn syariah, antara
jasmani dengan rohani, antara dunia dengan akhirat.
Tidak menggalakkan seseorg memencilkan diri dlm
masyarakat, mengajak manusia utk bekerja serta
menganggap manusia semulia dgn kerjanya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Al-Ghazali:
Pend.- Proses bermula sejak lahir . Selain
intelek, pendidikan hendaklah merangkumi
latihan jasmani dan sukan supaya dpt
menguatkan tubuh badan serta menambahkan
kecergasannya, juga merangkumi pemupukan
budi pekerti yg mulia, sifat berani, sabar dan
menghormati org lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Hassan Langgulung (1979), perkara yang
menjadi dasar Pendidikan Islam ialah:
► keesaan Tuhan
► manusia mempunyai potensi dalam
perkembangan moral dan kerohanian
► kehidupan dunia dan akhirat
► persaudaraan sejagat di antara semua umat
Islam
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Menurut pandangan tokoh Islam, proses
pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu
pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi
teras pendidikan.
• Pendidikan boleh memainkan peranan ke arah
mewujudkan keseimbangan antara potensi
fizikal, intelek dan rohani manusia.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Matlamat dan Tujuan Pendidikan Islam Sebenarnya, matlamat Pendidikan Islam adalah untuk mengembangkan insan manusia untuk menjadi manusia yang mencintai Allah dan Pesuruh-Nya, dan berupaya untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai Khalifah dunia ini. Orang seumpama itu ialah seorang Muslim yang mempercayai Allah, berilmu, berkelakuan dan berpekerti baik, serta yang beramal. Dia berusaha berterusan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu, menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab serta pemimpin salih.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sementara itu, matlamat pendidikan Islam adalah untuk mendidik pelajar untuk: • Berkelakuan baik • Mencapai kesempurnaan rohnya • Melakukan amal baik dan mulia • Mengamalkan budaya yang halus; dan • Memelihara kebersihan, keikhlasan dan amalan baik (BPG, 2002)
Sejarah Perkembangan
Pendidikan di Malaysia
• Bermula dengan sekolah agama dan sekolah
pondok.
• Pada zaman pemerintahan British, dasar ‘pecah
dan perintah’ telah digunakan; sekolah
vernakular diwujudkan.
• 4 jenis sekolah vernakular iaitu; sekolah Melayu,
sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah
Inggeris.
• Bahasa ibunda digunakan sebagai bahasa
pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Sistem persekolahan vernakular mengakibatkan
masalah dari sesi sosioekonomi.
• Beberapa langkah telah diambil untuk membina
semula sistem pendidikan negara.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Penyata Barnes
(1951)
•Penubuhan 2 jenis sekolah sahaja iaitu
sekolah Melayu dan sekolah Inggeris.
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar
sebagai mata pelajaran pilihan sahaja
Penyata Razak
(1956)
•2 jenis sekolah iaitu Sekolah Umum dengan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan Sekolah Jenis Umum meliputi sekolah
Inggeris, sekolah Tamil dan sekolah Tamil
yang menggunakan bahasa pengantar
mereka masing-masing.
•Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
menjadi mata pelajaran wajib bagi semua
sekolah.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Penyata
Rahman Talib
(1960)
•Menawarkan kursus vokasional selama 3
tahun bagi murid yang gagal memasuki
sekolah akademik.
•Bagi sekolah menengah, semua
peperiksaan awam hendaklah dijalankan
dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa
Inggeris.
•Bayaran yuran sekolah rendah
dimansuhkan.
Akta Pelajaran
(1961)
•Bahasa Kebangsaan adalah bahasa
pengantar utama
•Berasaskan kepada Penyata Razak dan
Penyata Rahman Talib.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Laporan Kabinet
1979
•Struktur masa persekolahan dan
penjurusan.
•Peperiksaan yang sama
•Pengurusan dan pentadbiran secara pusat
•Sukatan pelajaran yang sama
•Bahasa Malaysia sebagai bahasa
perpaduan.
•Pendidikan Sivik
•Pendidikan Agama dan Moral
•Kegiatan Kokurikulum.
•Ekoran daripada laporan ini, KBSR
dilancarkan pada tahun 1982.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Latar Belakang FPK
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
• Matlamat FPK ialah untuk melahirkan insan yang
baik dan sempurna supaya menjadi warganegara
Malaysia yang berguna.
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan diumumkan
secara rasminya pada tahun 1988 dan awalnya
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) yang berbunyi seperti yang berikut:
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
• Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Cabang
Falsafah
Ciri-ciri FPK Analisis
Metafizik
holistik dan bersepadu
(berkaitan dengan punca
dan perhubungan)
Potensi dan kemampuan untuk menyubur secara
bersepadu.
Epistemologi
Usaha berterusan
(membayangkan bahawa
pengetahuan sentiasa
berubah))
Manusia perlu menyesuaikan diri kepada pelbagai
perubahan seperti kemajuan k-ekonomi dan ICT;
Perubahan menggalakkan pengurusan
pengetahuan dengan memberi penekanan
kepada kemahiran dan pengetahuan terkini;
Membayangkan pendidikan sepanjang hayat.
Aksiologi
Kepercayaan teguh
kepada Tuhan
Hubungan kait kendiri, persekitaran dan Tuhan;
Penerimaan Tuhan sebagai pencipta.
Logik
Keterampilan
(prosedur yang digunakan
untuk membezakan
penaakulan sah dan tak
sah)
Kecekapan kerana pengetahuan dan kelulusan;
Memahami prosedur kerja.
ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Nordin Tahir, JIP
Huraian FPK dan
Implikasi terhadap
Sistem Pendidikan
Negara
Pendidikan suatu
usaha berterusan
•Pendidikan sepanjang hayat
Memperkembang
potensi individu
(JERI)
•Menguasai kemahiran asas 3M.
•Berfikir secara kritis dan kreatif.
•Menggunakan bakat dengan cekap.
•Memiliki perasaan kasih sayang.
•Memiliki semangat kekitaan, muhibbah
dan kerjasama.
•Menilai dan menghargai keindahan dan
kesenian.
•Membentuk akhlak yang mulia
•Memupuk dan membina disiplin kendiri
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Menyeluruh dan
bersepadu
•Perkembangan potensi individu tidak
boleh dilakukan secara berasingan.
•Ia harus dikembangkan secara
menyeluruh dan bersepadu.
Kepercayaan dan
kepatuhan
kepada Tuhan
•Mengakui wujudnya Tuhan
•Melakukan kebaikan dan menjauhi
kejahatan.
•Mengikuti dan mengamalkan ajaran
agama
•Menyedari manusia bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas perbuatan sendiri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Rakyat yang
beilmu
pengetahuan
•Mencintai ilmu.
•Gemar membaca
•Sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan.
•Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri
dan orang lain.
Rakyat yang
berketrampilan
•Berilmu pengetahuan dan berkelayakan
•Mempunyai kemahiran yang sesuai
•Dapat melaksanakan tugas dengan cekap
dan sempurna.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Rakyat yang
bertanggungjawab
•Sentiasa berusaha meningkatkan daya
pengeluaran.
•Sentiasa mematuhi undang-undang
•Sentiasa berusaha memajukan diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
•Melakukan tugas dengan sempurna
Rakyat yang
menikmati
kesejahteraan diri
•Daya ketahanan diri yang kuat untuk
menangani cabaran
•Berfikiran waras
•Berkemahiran mewujudkan
perhubungan yang baik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Rakyat yang
boleh memberi
sumbangan
•Memupuk keharmonian keluarga
•Memupuk semangat kerjasama dan
perpaduan
•Menguasai kemahiran sains dan teknologi
untuk perkembangan dan kemajuan
negara.
•Mengekalkan kestabilan negara
•Menghayati dan mengamalkan prinsip
Rukunegara.
•Bersemangat patriotik dan cintakan
negara.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi FPK Terhadap Kurikulum
• Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan
program bersepadu
• Perubahan bahan-bahan pelajaran yang
mengutamakan nilai murni
• Perubahan program pendidikan yang
berorientasikan melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis
• Perubahan sukatan pelajaran yang bersesuaian
dengan bidang vokasional dan teknologi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi FPK Terhadap Guru
• Perubahan profesional dengan mengubah
strategi dan teknik pengajarannya.
• Perubahan sikap dan nilai guru
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Implikasi FPK Terhadap Institusi Pendidikan
• Perubahan kemudahan untuk keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
• Perubahan aktiviti budaya sekolah bagi
memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
• Perubahan iklim sekolah yang kondusif.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
• Sebagai seorang guru, cadangkan
bagaimana anda boleh menyelitkan elemen-
elemen FPK ketika melaksanakan
pengajaran harian anda.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh