Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

20
KONSEP FEMINISME DALAM FAHAMAN LIBERAL !!

Transcript of Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Page 1: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

KONSEP FEMINISME DALAM FAHAMAN LIBERAL !!

Page 2: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

LIBERAL ..???Liberalisme adalah satu

ideologi politik yang mana tema utamanya adalah komitmen kepada individu dan pembentukan masyarakat yang di dalamnya, individu boleh memuaskan kehendak dan kepentingannya serta mencapai matlamat mereka.

Page 3: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Setiap manusia sepatutnya menikmati kebebasan seberapa maksimum yang boleh dan selari dengan kebebasan untuk semua. 

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai kesamarataan dari segi nilai persamaan moral.

Menikmati peluang sama rata dan kesamarataan bergantung kepada pelbagai tahap yang berbeza antara satu sama lain dari sudut bakat dan kesediaan untuk bekerja. (MERITOKRASI)

Page 4: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

FEMINISME….??

The New Encyclopedia Britannica :

“ Kepercayaan yang bersumberkan dari Barat, tentang kesamarataan gender dalam aspek sosial, ekonomi dan politik, dan kepercayaan ini diwakili oleh pelbagai institusi yang komited ke arah memperjuangkan hak wanita dan kepentingan mereka.”

Page 5: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Himpunan teori sosial, gerakan politik dan falsafah moral yang sebahagian besarnya didorong dengan pembebasan wanita daripada pengabaian oleh kaum  lelaki.

Di Barat, pemikiran dan gerakan feminisme telah membina sebuah keyakinan sehingga ia menjadi satu dogma bahawa “ tidak ada apa pun yang membezakan antara lelaki dengan wanita, sekalipun secara semula jadi."

Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada kesamaan sosial, politik dan ekonomi antara kedua-dua jantina, serta kepada sebuah gerakan yang dikendalikan berdasarkan keyakinan daripada jantina

seharusnya bukan penentu kepada faktor yang membentuk identiti sosial atau hak-hak sosiopolitik dan ekonomi seseorang.

Page 6: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Pola-pola pemikiran feminisme :

Perbezaan jantina adalah satu ketentuan masyarakat, bukannya berlaku secara

tabi'i. 

Wanita hendaklah diberi peluang semaksima dengan hak lelaki dalam

semua bidang pekerjaan tanpa berlaku sebarang diskriminasi. 

Sistem kekeluargaan yang berasaskan bapa sebagai ketua keluarga (patriarchal system) dicemuh oleh golongan feminis sebagai sistem kekeluargaan zalim yang

direncana untuk menzalimi wanita.

Asal usul pemimpin utama dalam sistem kekeluargaan adalah milik wanita.

Berjuang supaya ada kebebasan pengguguran kandungan, kerana dorongan marah terhadap kaum lelaki. Maka

pemikiran radikal feminisme membenarkan supaya diri mereka hanya boleh dimiliki oleh kaum wanita sahaja.

Page 7: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Munculnya gerakan feminisme di Barat berpunca daripada sejarah masyarakat Barat yang memandang rendah terhadap kedudukan perempuan, dan kekecewaan masyarakat Barat terhadap pernyataan kitab suci mereka terhadap perempuan.

Pakar sejarah Barat, Philip J.Adler dalam buku “World Civilization” menggambarkan bagaimana masyarakat Barat dalam memandang dan memperlakukan perempuan secara kekejaman.

Sehingga abad ke-17, masyarakat Eropah masih memandang perempuan sebagai jelmaan syaitan atau alat bagi syaitan untuk menggoda manusia, dan meyakini bahawa sejak awal penciptaannya, perempuan merupakan ciptaan yang tidak sempurna.

SEJARAH AWAL……..

Gerakan feminisme ini muncul dari hakikat masyarakat Barat yang memandang rendah

terhadap kedudukan wanita.

Page 8: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Rentetan sejarah turut mencatatkan wanita itu diangkat oleh Islam daripada kemelut jahiliyah yang menghitam pada waktu itu. Wanita ketika zaman jahiliyah sungguh hina, jijik dan dituduh pembawa bala kematian kepada keluarga.

Namun apabila cahaya Islam datang, wanita Islam menjadi mulia dan diangkat martabatnya setara dengan lelaki.

Jika kita meneliti sejarah Islam, jaminan hak ke atas kaum lelaki mahupun wanita tidak pernah menjadi persoalan diskriminasi. Kedatangan Islam telah menyelamatkan kaum wanita daripada menjadi mangsa diskriminasi kaum jahiliyah yang tidak langsung memberi ruang kepada anak-anak perempuan yang dilahirkan untuk hidup. Bahkan Islam terus membela kaum yang tertindas ini dan semenjak dari awal lagi pengiktirafan diberi kepada golongan wanita.

Di dalam al-Quran sendiri Allah telah mengkhususkan satu surah khas untuk kaum wanita iaitu Surah an-Nisa’, Allah juga mencatatkan di dalam al-Quran tentang keserataan pahala dan amalan yang diberikan kepada wanita sama seperti lelaki iaitu, pahala membuat amal kebajikan, berdakwah, menuntut ilmu dan banyak lagi.

Page 9: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Wanita di Barat tidak mendapat hak-hak mereka yang sewajarnya daripada dulu lagi maka dengan itu, mereka protes dan menuntut hak-hak kesamarataan gender, lelaki dan perempuan mendapat hak yang sama.

Pada 1970, takrifan mereka tentang gender mula berubah  di mana gender tidak merujuk pada kelamin lelaki dan perempuan (ini adalah merujuk pada anatomi dan biologi) . Tetapi gender mereka meliputi aspek sosial, budaya, agama dan hukum. Pejuang-pejuang feminisme ini turut memperjuangkan LGBT.

Sejak 1920an, gerakan feminisme Barat mula mempengaruhi sarjana dan pemikir Muslim di mana ia pertama kali muncul di Mesir pada tahun 1923.

Diasaskan oleh Huda Shaarawi yang membentuk Al-Ittihad Al Nisa’i Al-Misri ( The Egyptian Feminist Union). Beliau telah banyak mempengaruhi berjuta-juta wanita Arab dengan fahaman beliau ini.

Pemikir feminis ini telah mula menggelarkan diri mereka Gerakan Feminisma Muslimah yang menyentuh secara langsung hal-hal berkaitan asas-asas agama Islam.

Page 10: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Antara pejuang-pejuang feminisme Muslimah di masa kini ialah :-

1) Amina Wadud, Rifaat Hassan dan Fatimah Naseef yang menumpukan usaha kajian semula teks Al Quran

berkaitan wanita.

2) Fatimah Mernissi dan Hidayat Tuskal menumpukan usaha kajian semula teks Hadis

berkaitan wanita.

3) Aziza al-Hibri dan Shaheen Sardar Ali yg menumpukan kepada kajian semula terhadap hukum

Syariah berkaitan wanita termasuk hukum Talak, poligami dan pembahagian harta.

4) Irsyad Manji dan Musdah Mulia yang menumpukan kepada usaha kajian semula isu homoseksualiti dan lesbianisme wanita Islam.

Page 11: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Semua pejuang-pejuang ini bertungkus lumus menghina dan menolak Islam serta memburuk-burukkan hukum Islam sedangkan Islam sentiasa adil dengan hak-hak wanita dan telah perjuangkan hak2 wanita Islam semenjak lebih 1400 tahun dulu.

Mereka ini berusaha bersungguh-sungguh tanpa henti, sehingga menggunakan ayat2 Quran dan Hadis mengikut hawa nafsu dan citarasa mereka sendiri yang akhirnya akan menghancurkan akidah dan pegangan umat Islam terutama wanita Islam.

Page 12: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Pejuang-pejuang feminisme Muslimah ini bertopengkan Islam dan mempunyai nama Islam sahaja.

Sedangkan mereka sebenarnya menolak Islam dan tuntutan2 mereka bertentangan dengan Islam dan kepentingan wanita Islam.

Menurut kata-kata Pak Rasjidi, seorang Profesor Institut Agama Islam di Indonesia, “ Mereka ini tidak mempunyai hubungan batin dengan Islam.”

Page 13: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

• Pergerakan feminisme Malaysia yang hangat memperjuangkan feminisme hari ini adalah Sister In Islam yang cuba bertopengkan dengan menggunakan nama Islam tetapi dasar pemikiran mereka adalah acuan barat dan bukan syariat.

• Sedarkah kita, Sister In Islam yang berjuang dengan membawa nama Islam tetapi pejuang-pejuangnya adalah wanita-wanita yang tidak mengamalkan amar makruf nahi mungkar.

• Ayat-ayat al-Quran diputar-belitkan dengan menggunakan logik akal dan hukum Islam dijadikan bahan sendaan.

Page 14: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

• Sisters In Islam, umpamanya, telah menuduh para tafsiran al-Qur'an oleh para 'ulama' "bias" gender dan merendahkan martabat wanita.

• Golongan liberalis juga mendakwa bahawa bahkan al-Qur'an sendiri adalah "bias" terhadap wanita.

• Sisters in Islam mendakwa bahawa penggubalan undang-undang Islam di dalam negara ini bermotif "missiogyni", ada motif politik dan sentiasa berlindung di belakang tabir "agama".

• Ramai yang yang mempunyai wibawa kuasa dan kedudukan mengambil sikap "berdiam diri" kerana takut, jahil, taksub dengan kepercayaan diri atau sengaja ingin meraih keuntungan ideologi dan kepentingan politik jangka pendek.

Page 15: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Baru-baru ini, berkenaan isu COMANGO (gabungan NGO-NGO) Sister In Islam telah menjadi salah sebuah NGO yang terlibat dalam menandatangani UPR oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkenaan dengan Hak Asasi Manusiayang perlu dituntut dalam sesebuah negara.

Apa yang menyedihkan, antara tuntutan hak asasi itu adalah secara terang-terangan bertentangan dengan Islam seperti kebebasan murtad, menghalalkan seks songsang, membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada kristian dan banyak lagi (LGBT).

Page 16: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Perkara yang dibawa gerakan feminisme :

• Alasan ’persamaan hak’ mereka menuntut larangan berpoligami, kerana poligami merupakan ketidakadilan terhadap wanita.

• Menuntut agar diubah hukum perkahwinan berbeza agama, kerana perkahwinan berdasarkan agama menurut gerakan ini bertentangan dengan asas persamaan hak.

• Feminisme, ijab dan qabul pernikahan bukan dilakukan oleh pihak lelaki sahaja, tetapi juga boleh dilakukan oleh pihak perempuan. Contohnya, dalam masyarakat muslim liberal India, pernah terjadi perkahwinan yang dilakukan oleh seorang wanita, dengan tuan qadhi wanita, dan saksi wanita.

Page 17: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

• Dengan dalil persamaan hak, isteri mempunyai hak untuk menceraikan suami tanpa melalui proses tuntutan ke mahkamah.

• Menuntut persamaan memusakai harta antara lelaki dan perempuan. Jika selama ini harta pusaka lelaki adalah dua bahagian berbanding satu bahagian sahaja harta pusaka perempuan, maka menurut gerakan feminisme, ini merupakan suatu ketidakadilan, maka mereka menuntut persamaan hak di antara lelaki dan perempuan dalam pembahagian pusaka dengan masing-masing memperolehi satu bahagian.

• Meminta perkahwinan antara lelaki dengan lelaki, atau antara wanita dengan wanita juga harus dianggap sah, kerana perkahwinan yang dibenarkan antara lelaki dan perempuan merupakan ketidakadilan gender.

Page 18: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Firman Allah swt yang bermaksud, ” Tidaklah pantas bagi laki2 mukmin dan perempuan mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan( hukum hakam), akan ada

pilihan lain bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesunguhnya dia telah sesat

dengan kesesatan yang nyata”.

( al-Ahzab: 36)

Page 19: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

Kesimpulannya…

“ Adil itu bukanlah bermaksud menyamaratakan hak, tetapi meletakkan sesuatu itu pada tempatnya…”

Page 20: Konsep FEMINISME dalam fahaman LIBERAL !!

SEKIAN……WALLAHUA’LAM…