Konsep keremajaan

3
Konsep keremajaan Keremajaan merujuk kepada tempoh peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Keadaan ini menyebabkan berlakunya perubahan fizikal, emosi dan perwatakan seseorang individu. Perubahan fizikal. Perubahan fizikal berlaku secara semula jadi kepada setiap individu. Setiap individu cenderung memilih dan mempunyai idola sebagai panduan dalam membina identiti mereka. Lelaki dan perempuan akan mengalami perubahan fizikal pada akhir peringkat kanak-kanak. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak perlu dibimbangkan kerana kita boleh berkongsi perubahan yang berlaku pada diri kita dengan ibu bapa atau rakan yang boleh dipercayai. Dengan cara ini kita lebih bersedia untuk menempuh alam remaja.

description

remaja

Transcript of Konsep keremajaan

[Pick the date]Konsep keremajaanKeremajaan merujuk kepada tempoh peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Keadaan ini menyebabkan berlakunya perubahan fizikal, emosi dan perwatakan seseorang individu.

Perubahan fizikal.Perubahan fizikal berlaku secara semula jadi kepada setiap individu. Setiap individu cenderung memilih dan mempunyai idola sebagai panduan dalam membina identiti mereka. Lelaki dan perempuan akan mengalami perubahan fizikal pada akhir peringkat kanak-kanak. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak perlu dibimbangkan kerana kita boleh berkongsi perubahan yang berlaku pada diri kita dengan ibu bapa atau rakan yang boleh dipercayai. Dengan cara ini kita lebih bersedia untuk menempuh alam remaja. Perubahan perasaan.Perubahan fizikal yang dialami menjadikan kita mula memikirkan tentang diri kitasendiri. Jika ia berterusan, perasaan remaja tersebut akan dipengaruhi. Ini menyebabkan remaja sering mengalami gangguan perasaan. Pada peringkat ini, remaja mula mencari identiti diri. Mereka akan menilai sifat yang ada pada diri mereka. Pada ketika ini juga, remaja cenderung menjadikan idola mereka sebagai sumber inspirasi dalam membina identiti. Malah, ada kalanya mereka akan terpengaruh dengan identiti individu yang dijadikan idola. Zaman remaja menjadikan kita semakin aktif dengan aktiviti bersama rakan-rakan menyebabkan kita lebih mementingkan rakan dan persahabatan. Kita lebih suka berkongsi masalah, suka dan duka dengan rakan tetapi tidak kurangnya memiliki perasaan malu dan segan untuk menceritakan semua perkara yang agak personel kepada rakan. 2