Konsep Kesepaduan Dalam Pendidikan Jasmani

13
Konsep Kesepaduan dalam Pendidikan Jasmani PENSYARAH : PN. ANITA BT. YUSOF DISEDIAKAN OLEH : 1. R.PARANI 2. S.SHARMINI KUMARI 3. N.MOGANA 4. G.NITHIA 5. A.AROKIAMARY 6. R.PUNITA

description

ISL PJ

Transcript of Konsep Kesepaduan Dalam Pendidikan Jasmani

Konsep Kesepaduan dalam Pendidikan Jasmani

Konsep Kesepaduan dalam Pendidikan JasmaniPENSYARAH : PN. ANITA BT. YUSOFDISEDIAKAN OLEH : 1. R.PARANI2. S.SHARMINI KUMARI3. N.MOGANA4. G.NITHIAA.AROKIAMARYR.PUNITAPENGENALAN Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh.Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur unsur ilmu pengetahuankemahiran bahasa serta nilai nilai KONSEP DALAM PNP Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.Contohnya:Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata mata tertumpu kepada kemahiran. Unsur kekerapan nilai nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan.Ini tidak ada kesepaduan. Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah PenggabungjalinanRasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.Contohnya : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani. Penyerapan Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain.Contoh : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari ilmu muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif. Cara Perlaksanaan Kesepaduaan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran. Contoh :Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu.Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri.

Kesepaduan yang berbentuk intra (berlaku dalam satu mata pelajaran)Contoh : ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral. Bagi menjamin perkembangan JERIS murid.

Kesepaduan yang berbentuk inter(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain)Contoh Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan subjek sains.

Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah. Contoh :Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah.Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah.Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik.

Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Contoh :Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian. Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran.

SEKIAN TERIMA KASIH