Konsep Ketuhanan Antara Al

8
KONSEP KETUHANAN ANTARA AL-FĀRĀBI DAN ARISTOTLE: SATU KAJIAN PERBANDINGAN Syed Haashim Bin Syed Abdul Rahman No Matrik: P78833 Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

description

o

Transcript of Konsep Ketuhanan Antara Al

KONSEP KETUHANAN ANTARA AL-FRBI DAN ARISTOTLE: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Syed Haashim Bin Syed Abdul RahmanNo Matrik: P78833

Fakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia

April 2015KONSEP KETUHANAN ANTARA AL-FRBI DAN ARISTOTLE: SATU KAJIAN PERBANDINGANAbstrakKonsep ketuhanan adalah satu agenda perbincangan oleh setiap ahli pemikir dalam semua tamadun. Latar belakang dan kaedah pengkajian adalah faktor utama dalam membentuk kerangka kefahaman terhadap sesuatu konsep dan nilai ketuhanan. Kajian ini meneliti perbezaan dan persamaan antara falsafah Islam dan Falsafah Barat dalam menentukan epestemologi dan metodologi tentang konsep Ketuhanan. Hasil kajian ini adalah mencari makna yang sebenar terhadap konsep ketuhanan menurut falsafah Islam dan Falsafah Barat serta metodologi yang digunakan. PendahuluanNilai ketuhanan merupakan satu agenda utama bagi seluruh ahli pemikir dalam semua tamadun untuk mencari dan memaknai Tuhan. Pencarian dan pemaknaan ketuhanan ini tidak terlepas daripada latar belakang dan pandangan alam sesebuah tamadun. Corak pemikiran dan asas kefahaman mereka itu di bentuk daripada hasil dapatan mereka dalam mengkaji dan melihat persekitaran serta pandangan ahli pemikir. Pengkajian dan pemahaman terhadap konsep ketuhanan merupakan satu penilaian yang memerlukan kepada intelektual yang tinggi serta heiraki yang tersusun. Seperti yang diungkapkan oleh Charles Genequand: The basic hierarchical structure, intellect-soul-nature, could be deduce from those texts, but the very special status of the One beyond intellect and being was totally erased[footnoteRef:1]. [1: Oliver Leaman and Seyyed Hossein Nasr. 2001. History of Islamic Philosophy. Jilid 2. Hlmn 475. London. Routledge, Taylor and Francis Group. ]

Aristotle[footnoteRef:2] dan al-Frbi[footnoteRef:3] merupakan antara tokoh pemikir yang yang memberikan penjelasan berkenaan tentang konsep ketuhanan. Berlandaskan latar belakang dan pandangan alam yang berbeza, kedua tokoh ini merungkap dan membentuk satu pendekatan metodologi bagi merungkai tentang penciptaan alam dan mencari tentang Pencipta Yang Pertama. [2: Aristotle lahir pada 384 B.C. Beliau mulai belajr di Acedemik Plato ketika berusia 17 tahun. Beliau merupakan salah seorang murid yang dekat dengan Plato. Beliau memulai karya pada mulai remaja dengan karya pertama Categories. Pada 343 B.C beliau diundang ke Macedonia sebagai tenaga pengajar kepada Alexander The Great. Beliau digelar (Guru Pertama) kerana banyak menulis karya dan membuat beberapa kaedah logic dan metafiizk serta pelbagai bidang. ] [3: Beliau adalah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhn ibn Uzlagh Abu Nasr al-Frbi. Lahir di kampung Wasij berhampiran Farab pada 257H/870M. Menuntut ilmu di Baghdad dan Syria di bawah Khaifah Sayf al-Dawlah al-Hamdni. Beliau seorang yang menguasai banyak bidang ilmu terutama pemikiran Aristotle dan diberikan gelaran al-Muallim al-thani (Guru Yang Kedua). Beliau banyak memberi komentar terhadap penulisan Aristotle seperti Metafizik dan Logik. Beliau banyak menulis karya dalam pelbagai bidang ilmu seperti politik, Musik, Logik dan sebagainya. Rujukan, M. Saeed Sheikh. 1982. Islamic Philosophy. Hlmn 57. London. The Octagon Press. ]

Konsep KetuhananTuhan, menurut al-Farabi adalah al-Maujud al-Awwal. Baginya Allah adalah sebab pertama bagi segala sesuatu di dunia ini. Bagi al-Farabi, segala sesuatu yang bersifat ada (maujud) di dunia ini hanya ada dua; Wajib al-wujud dan Mumkin al-wujud. Al-Farabi menyatakan: [footnoteRef:4] [4: Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974. r Ahl al-Madnat al-Filah. Hlmn 2.Canada. University Of Toronto.]

Prinsip utama yang diutarakan oleh al-Farabi merupakan asalan yang terawal dari segala kewujudan di dunia ini. Tuhan, wajib bagi dirinya sendiri yang demikian Dia tidak memerlukan yang lain bagi kewujudan atau penghidupanNya. Penghuraian dan penerangan yang dikemukakan oleh al-Farabi bagi menghubungkan antara kewujudan awal dengan segala bentuk kejadian di alam ini meletakkan teori Sadiran (emanation scheme) sebagai kaedah pembuktiannya. Pendekatan dalam penghuraian Aristotle berkaitan dengan konsep ketuhanan (Metaphysics) dengan menyatakan perbezaan Zat Tuhan dan alam ciptan-Nya. Kewujudan Tuhan yang sememangnya tidak mampu dinafikan oleh rasional akal berusaha untuk mencari pencipta pertama alam ini. Maka, sebahagian dari manusia cuba untuk meletakkan bahawa konsep dan zat tuhan itu pada alam penciptaan.Metaphysics where Aristotle explicitly defines its subject matter as theologike. Metaphysics is there regarded as the science of the substance that is both unmoved and separated from matter, as opposed to physics or natural philosophy which deal with the movable and material substance[footnoteRef:5]. [5: Oliver Leaman and Seyyed Hossein Nasr. 2001. History of Islamic Philosophy. Jilid 2. Hlmn 476. London. Routledge, Taylor and Francis Group. ]

Perbezaan dan ketidak setaraan antara Pencipta Pertama dan alam penciptaannya menjadi agenda dan tujuan utama penerangan Aristotle berkenaan dengan konsep Ketuhanan itu. Al-Farabi juga menjelaskan satu pendekatan, pengaruh atau pembuktian kewujudanNya terkait dengan kewujudan alam ini. Beliau berpendapat bahawa daripada Yang Esa mengalir atau tersadir hanya satu benda kerana sifat mengetahui dan kebaikan-Nya. Yang Sadir (emanation) inilah Akal Pertama iaitu Tuhan yang menciptakan[footnoteRef:6]. [6: M.M Sharif. 1994. Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. Hlmn 455. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.]

Yang Maha Esa atau Yang Pertama ini dari segala sesuatu bersifat sempurna, wajib mandiri abadi, tidak mempunyai sebab tidak mempunyai sekutu, immaterial, dan tidak dipengaruhi oleh wujud yang terbatas[footnoteRef:7].Oleh itu, kesempurnaan Akal Pertama melewati segala kejadiaan ini tidak mampu dicapai oleh akal manusia. Al-Farabi menyatakan: [7: Majid Fakhry. 1993. Sejarah Falsafah Islam. Kuala Lumpur. Hlmn 142 .Dewan Bahasa Dan Pustaka. ]

. . . .[footnoteRef:8] [8: Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974. r Ahl al-Madnat al-Filah. Hlmn 7.Canada. University Of Toronto.]

Al-Farabi memberikan penjelasan tentang emanasi (pancaran) segala sesuatu dari Wujud Pertama dalam suatu cara yang sangat sistematik. Kewujudan seluruh alam semesta yang teratur melalui sesuatu kewajipan alam yang sama sekali tidak bergantung kepada kehendak-Nya. Alam semesta tidak menambah suatu apa pun kepada kesempurnaan kewujudan yang tertinggi. Pancaran dari Akal Pertama ini adalah akan yang mempunyai kemampuan untuk memikirkan kehendak penciptaannya dan juga diri-Nya sendiri. Kerana tindakan Akal Pertama inilah munculnya akal yang kedua sehingga munculnya akal yang kesepuluh. Aristotle turut mengemukakan kaedah yang bersamaan dengan kaedah al-Farabi. Dalam penghuraian berkenaan dengan teori Akal Sepuluh (emanation scheme) ini. Al-Farabi dan Aristotle meletakkan asas yang sama. Al-Farabi thus meets the objection he had himself made to Aristotles scheme on the ground that it did not account for the existence of the heavens, but only for the motion. The reason for the latter explained a little later in the same work each of the heavenly bodies also has a form, which is Intellect, by means of which it thinks the First and the Intellect from which it derives its own existence[footnoteRef:9]. [9: Oliver Leaman and Seyyed Hossein Nasr. 2001. History of Islamic Philosophy. Jilid 2. Hlmn 479. London. Routledge, Taylor and Francis Group. ]

Penghujahan berkenaan metodologi ini, memperlihatkan bahawa hubungan antara falsafah Islam dan falsafah Barat saling terkait rapat. Konsep Akal Sepuluh ini adalah lanjutan daripada Falsafah Barat ke dalam Falsafah Islam dalam menentukan dan mengkaji tentang konsep tuhan dan hubungkait-Nya dengan alam penciptaan ini. KesimpulanKewujudan Tuhan merupakan satu kepastian yang tidak boleh dinafikan oleh sifat semula jadi atau dengan rasioanal manusia. Kewujudan-Nya sebagai permualaan yang terawal memberikan isyarat kepada aka dan jiwa manusia terutamanya dengan menyandarkan sifat dan kehendakanya pada alam kejadiaan ini. Pencarian dan pengkajian terhadap kewujudan Tuhan memerlukan satu konsep dan metodologi yang betul dan jitu. Kedua-dua keperluaan ini adalah bagi meletakkan garis sempadan antara kewujudan secara realiti atau hanya berbentuk imijinasi di dalam intelektual manusia sahaja. Al-Farabi dan Aristotle merupakan tokoh ilmuan yang meletakkan garis panduan dan mettodologi yang jelas bagi membuktikan kewujudan Tuhan sebagai pencipta atau sebagai Permulaan dari segala kewujudan alam.

BIBILIOGRAFIAl-Frb, Ab Nar Muammad. 1974 .r Ahl al-Madnat al-Filah. Canada. University Of Toronto.Kathleen Freeman. 1970. God, Man And State: Greek Concept. United State Of America. The Bacon Press. Garret Thomson, Marshall Missner. 2000. On Aristotle. United States Of America. Wardsworth/Thomson Learning.M.M Sharif. 1994. Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Majid Fakhry. 2002. Al-Frbi, Founder of Islamic Neo-Platonism His Life, Works And Influence. England. OneWorld Oxford. Majid Fakhry. 1993. Sejarah Falsafah Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Muhsin Mahdi. 1961. Philosophy Of Aristotle. Beirut. Dr Majallat Shir. Sheikh, M.Saeed. 1982. Islamic Philosophy. London. The Octagon Press.Wilhelm Kutsch, Stanley Marrow. 1986. Al-Farabis Commentary On Aristoltes. Beyrouth, Liban. Dr El-Machreq Editeurs.