KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak...

11
KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN PELANCONGAN 1 Muhamad Asri bin Abdullah Kamar, 2 Dr. Siti Norlizaiha binti Harun Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA Perak, Kampus Seri Iskandar, Bota 32600 Perak Darul Ridzuan E-mel: 1 [email protected] , 2 [email protected] Abstrak Alam sekitar merupakan sumber pelancongan atau lebih tepat jika dikatakan bahawa pengalaman atau keseronokan menikmatinyalah, merupakan produk utama yang boleh ditampilkan dalam industri pelancongan. Bagi memenuhi pengalaman pelancong dikawasan yang bersumberkan alam sekitar, pihak pengusaha pelancong perlu menitikberatkan soal infrastruktur pelancong. Lazimnya, para pelancong menginap atau bermalam di sesebuah destinasi pelancongan bagi menikmati pengalaman melancong yang lebih bermutu berbanding kunjungan harian. Permintaan penginapan yang meningkat di destinasi pelancongan mendorong ramai pengusaha penginapan menyediakan kemudahan tersebut. Namun, tidak semua pengusaha penginapan terutama pengusaha penginapan berskala kecil peka tentang keupayaan tampungan penginapan ekoran ketiadaan ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam bidang tersebut. Senario di atas bertambah kritikal jika perancangan dan pembangunan kemudahan penginapan tidak dipantau oleh pihak bertanggungjawab. Akibatnya terdapat kemudahan penginapan disediakan dalam pembangunan yang padat, saiz yang kecil dan menempatkan ramai penginap. Situasi ini mewujudkan konflik di antara pengusaha penginapan yang berorientasikan keuntungan dan pelancong yang inginkan keselesaan menginap. Konflik yang berlarutan dikhuatiri akan menjejaskan mutu pengalaman melancong dan menimbulkan kesan negatif kepada sumberjaya pelancongan. Lama- kelamaan, kunjungan pelancong dan kadar penginapan di sesebuah destinasi pelancongan akan berkurangan dan ini merugikan pengusaha penginapan untuk jangkamasa panjang. Disamping itu kemapanan alam sekitar dikawasan tersebut juga akan terjejas. Kertaskerja ini akan membincangkan konsep keupayaan tampungan penginapan, masalah berkaitan keupayaan tampungan penginapan dan langkah-langkah kawalan yang sesuai diambil bagi mewujudkan kemudahan penginapan yang selesa dan memelihara sumberjaya pelancongan. Kata kunci: Keupayaan tampungan, sumberjaya, pelancongan, pembangunan mapan Pengenalan Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor penting dan penyumbang kepeda pendapatan negara. Pada tahun 2003 sektor ini menyumbang pendapatan sebanyak RM21.3 billion melalui ketibaan 10.6 juta pelancong ke Malaysia (Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), 2004). Ketibaan pelancong pada tahun 2004 telah meningkat kepada 15.6 juta orang dengan pendapatan tukaran asing berjumlah RM29.1 billion (Kementerian Pelancongan Malaysia (MOT), 2005). Bagi menggalakkan aktiviti 1

Transcript of KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak...

Page 1: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN PELANCONGAN

1Muhamad Asri bin Abdullah Kamar, 2Dr. Siti Norlizaiha binti HarunJabatan Perancangan Bandar dan Wilayah,Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur,Universiti Teknologi MARA Perak, Kampus Seri Iskandar,Bota 32600 Perak Darul Ridzuan E-mel: 1 [email protected] ,[email protected]

Abstrak

Alam sekitar merupakan sumber pelancongan atau lebih tepat jika dikatakan bahawa pengalaman atau keseronokan menikmatinyalah, merupakan produk utama yang boleh ditampilkan dalam industri pelancongan. Bagi memenuhi pengalaman pelancong dikawasan yang bersumberkan alam sekitar, pihak pengusaha pelancong perlu menitikberatkan soal infrastruktur pelancong. Lazimnya, para pelancong menginap atau bermalam di sesebuah destinasi pelancongan bagi menikmati pengalaman melancong yang lebih bermutu berbanding kunjungan harian. Permintaan penginapan yang meningkat di destinasi pelancongan mendorong ramai pengusaha penginapan menyediakan kemudahan tersebut. Namun, tidak semua pengusaha penginapan terutama pengusaha penginapan berskala kecil peka tentang keupayaan tampungan penginapan ekoran ketiadaan ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam bidang tersebut. Senario di atas bertambah kritikal jika perancangan dan pembangunan kemudahan penginapan tidak dipantau oleh pihak bertanggungjawab. Akibatnya terdapat kemudahan penginapan disediakan dalam pembangunan yang padat, saiz yang kecil dan menempatkan ramai penginap. Situasi ini mewujudkan konflik di antara pengusaha penginapan yang berorientasikan keuntungan dan pelancong yang inginkan keselesaan menginap. Konflik yang berlarutan dikhuatiri akan menjejaskan mutu pengalaman melancong dan menimbulkan kesan negatif kepada sumberjaya pelancongan. Lama-kelamaan, kunjungan pelancong dan kadar penginapan di sesebuah destinasi pelancongan akan berkurangan dan ini merugikan pengusaha penginapan untuk jangkamasa panjang. Disamping itu kemapanan alam sekitar dikawasan tersebut juga akan terjejas. Kertaskerja ini akan membincangkan konsep keupayaan tampungan penginapan, masalah berkaitan keupayaan tampungan penginapan dan langkah-langkah kawalan yang sesuai diambil bagi mewujudkan kemudahan penginapan yang selesa dan memelihara sumberjaya pelancongan.

Kata kunci: Keupayaan tampungan, sumberjaya, pelancongan, pembangunan mapan

Pengenalan

Sektor pelancongan merupakan salah satu sektor penting dan penyumbang kepeda pendapatan negara. Pada tahun 2003 sektor ini menyumbang pendapatan sebanyak RM21.3 billion melalui ketibaan 10.6 juta pelancong ke Malaysia (Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), 2004). Ketibaan pelancong pada tahun 2004 telah meningkat kepada 15.6 juta orang dengan pendapatan tukaran asing berjumlah RM29.1 billion (Kementerian Pelancongan Malaysia (MOT), 2005). Bagi menggalakkan aktiviti

1

Page 2: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

pelancongan, pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri dan daerah sentiasa berusaha untuk terus meningkatkan daya tarikan dan daya saing produk pelancongan. Antaranya ialah melalui pembangunan destinasi pelancongan baru. Ternyata pembangunan destinasi pelancongan baru berjaya menarik kedatangan ramai pelancong tempatan dan pelancong luar negara. Lazimnya, para pelancong menginap atau bermalam di sesebuah destinasi pelancongan bagi menikmati pengalaman melancong yang lebih bermutu berbanding kunjungan harian. Permintaan penginapan yang meningkat di destinasi pelancongan mendorong ramai pengusaha penginapan menyediakan kemudahan tersebut. Namun, tidak semua pengusaha penginapan terutama pengusaha penginapan berskala kecil peka tentang keupayaan tampungan penginapan semasa proses menyediakan kemudahan tersebut.

Kemudahan penginapan yang padat dan sempit mewujudkan konflik di antara pengusaha penginapan yang berorientasikan keuntungan dan pelancong yang inginkan keselesaan menginap. Konflik yang berlarutan dikhuatiri akan menjejaskan mutu pengalaman melancong dan menimbulkan kesan negatif kepada sumberjaya pelancongan atau dengan maksud lebih jelas ialah kerosakan ke atas alam sekitar kawasan pelancongan. Sekiranya isu ini berlarutan, lama-kelamaan, kunjungan pelancong dan kadar penginapan di sesebuah destinasi pelancongan akan berkurangan dan ini merugikan pengusaha penginapan untuk jangkamasa panjang. Oleh itu, kertaskerja ini akan membincangkan aspek keupayaan tampungan penginapan agar wujud kefahaman di kalangan pelancong dan pengusaha penginapan dalam pembangunan kemudahan penginapan yang lebih selesa dan pengekalan kualiti alam sekitar di destinasi pelancongan.

Definisi Keupayaan Tampungan

Penerokaan dan pembangunan ke atas setiap lokasi atau sumberjaya mempunyai tahap atau had tertentu. Dalam istilah akademik, ia dikenali sebagai keupayaan tampungan. Jika penggunaan melampaui tahap keupayaan tampungan, kesan negatif akan berlaku ke atas lokasi atau sumberjaya tersebut. Bagi mendapatkan kefahaman dengan lebih mendalam, beberapa definisi keupayaan tampungan oleh para pengkaji diketengahkan dalam kertaskerja ini.

Pertama ialah definisi yang diberikan oleh Inskeep (1998) yang menyatakan keupayaan tampungan sebagai ukuran maksimum penggunaan bagi sesuatu lokasi atau sumberjaya tanpa menjejaskan imej dan kemampanannya. Kedua ialah definisi yang diberikan oleh Matheison dan Wall (1982) yang menyatakan keupayaan tampungan sebagai bilangan maksimum orang yang dapat menggunakan sesuatu tempat tanpa perubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran fizikal dan tanpa kemerosotan mutu pengalaman yang diperoleh pelawat. Ketiga ialah definisi oleh J. Tivy dalam Baud-Bovy dan Lawson (1998), tentang keupayaan tampungan iaitu bilangan pengguna-unit-tempoh masa yang boleh disediakan oleh sesebuah kawasan rekreasi (setiap tahun) tanpa kerosakan kekal ke atas biologikal dan fizikal tapak dan menjejaskan mutu pengalaman berekreasi.

Pertubuhan Pelancongan Dunia menyatakan keupayaan tampungan secara lebih menyeluruh iaitu meliputi:

2

Page 3: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

i. tahap yang boleh dikekalkan tanpa merosakkan fizikal alam sekitar dan menimbulkan masalah sosiobudaya dan ekonomi kepada masyarakat.

ii. mengekalkan keseimbangan antara pemeliharaan dan pembangunan.iii. bilangan pelawat yang sesuai dengan imej produk pelancongan, jenis

persekitaran dan pengalaman kebudayaan yang diingini oleh pelawat.

Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah difahami bahawa keupayaan tampungan merupakan ukuran maksimum penggunaan bagi sesuatu lokasi atau sumberjaya, tanpa perubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan menjejaskan mutu pengalaman pelawat. Ukuran maksimum penggunaan bagi sesuatu lokasi atau sumberjaya diwakili oleh suatu nombor dan ia perlu dipatuhi agar tidak dilampaui. Ini penting supaya sesebuah lokasi atau sumberjaya pelancongan tidak menerima kesan negatif di samping pelancong mendapat pengalaman melancong yang bermutu sebagaimana matlamat yang telah ditetapkan oleh sesebuah lokasi pelancongan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keupayaan Tampungan

Para pengkaji berpendapat terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keupayaan tampungan sesebuah lokasi pelancongan (lihat Baud-Bovy dan Lawson, 1998; Ceballos-Lascurain, 1996 dan Mathieson dan Wall, 1982). Menurut Baud-Bovy dan Lawson (1998), keupayaan tampungan berbeza antara tempat bergantung kepada:

i. tahap sensitif alam sekitar dan gayahidup sosiobudaya tempatan dan adat resam.

ii. mutu pengalaman yang dikehendaki oleh pelawat.iii. faedah daripada pelancongan dan tahap penglibatan masyarakat tempatan.iv. kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dan tahap kemampuan

bekalan.

Mathieson dan Wall (1982) pula menjelaskan tahap keupayaan tampungan dipengaruhi oleh 2 kumpulan faktor utama iaitu sifat pelancong dan sifat kawasan destinasi serta penduduknya. Sifat pelancong mempunyai kesan ke atas keupayaan tampungan dan sifat kesan pelancongan yang meliputi:

i. sifat sosioekonomi pelawat yang meliputi profail umur dan jantina; tahap pendapatan; kesediaan wang untuk dibelanjakan; motivasi, sikap dan harapan; pendapat tentang mutu sumber; latarbelakang bangsa dan etnik dan kelakuan lahir. Pembolehubah tersebut turut memberi sumbangan kepada gaya perhubungan peribadi.

ii. tahap penggunaan yang meliputi bilangan pelawat, taburan pelawat dalam ruang dan masa dan kepadatan pelawat.

iii. tempoh tinggal.iv. jenis-jenis kegiatan pelancongan.v. tahap kepuasan hati pelancong.

Sifat kawasan destinasi serta penduduknya mempengaruhi keupayaan tampungan dan kesan pelancongan meliputi:

3

Page 4: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

i. sifat alam persekitaran dan proses-prosesnya – topografi; gunung-ganang, tasik, sungai dan laut; tanah, tumbuh-tumbuhan, flora dan fauna; sinar matahari, suhu, hujan, fotosintesis, hakisan dan proses-proses persekitaran yang lain.

ii. struktur ekonomi dan pembangunan ekonomi – tahap pembangunan ekonomi, kepelbagaian asas ekonomi; ciri ruang pembangunan; pola pelaburan; dan ciri-ciri hasil import-eksport destinasi.

iii. struktur sosial dan organisasi – profail demografi penduduk negeri tuan rumah; kekuatan budaya tempatan; kesediaan dan mutu kemudahan sosial; pola organisasi sosial; wanita dalam tenaga kerja; penganutan agama; kelakuan moral.

iv. organisasi politik – struktur politik negeri tuan rumah terutamanya organisasi tempat peranginan. Faktor-faktor seperti kewujudan prinsip kapitalis atau sosialis; peraturan perancangan, insentif dan sekatan; dan peranan organisasi kebangsaan, kewilayahan dan tempatan mempengaruhi kesan pelancongan.

v. tahap pembangunan pelancongan – tingkatan penglibatan penduduk tempatan dalam industri pelancongan; kadar pembangunan; sifat dan kepelbagaian tarikan; jenis dan mutu penginapan; kemudahan berhibur dan makan-minum; dan peranan orang tengah pelancongan.

Daripada huraian di atas, dapatlah difahami bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keupayaan tampungan seperti sifat pelancong, penduduk dan kawasan destinasi. Kepelbagaian sifat pelancong dan perbezaan kawasan destinasi serta penduduknya menyebabkan kesukaran dalam menentukan keupayaan tampungan dalam bentuk nombor yang seragam. Justeru, penyelidikan tentang keupayaan tampungan sesebuah lokasi perlu dibuat menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kepelbagaian sifat pelancong dan sifat kawasan destinasi serta penduduknya. Secara realiti, walaupun keupayaan tampungan sering dikritik kerana terlalu subjektif dan terlalu mekanistik, ia masih digunakan tetapi mempunyai kepelbagaian bergantung kepada pihak pengurusan dan individu yang menentukan tahap yang boleh diterima.

Jenis-jenis dan Ukuran Keupayaan Tampungan

Terdapat pelbagai jenis dan ukuran keupayaan tampungan. O’Reilly dan Farrel (dalam Shaw dan Williams, 2002) menyatakan terdapat 4 jenis keupayaan tampungan iaitu keupayaan tampungan alam sekitar, ekonomi, sosial dan psikologi, rujuk Jadual 1.

Jadual 1: Jenis-jenis Keupayaan Tampungan Jenis Ciri-ciri Utama

Alam Sekitar Tahap kesan pelancongan terhadap persekitaran fizikal (semulajadi dan binaan).

Ekonomi Tahap kebergantungan ekonomi terhadap pelancongan.Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap penduduk tempatan.Psikologi Tahap kepuasan pelawat yang berkaitan dengan destinasi.

Sumber: O’Reilly dan Farrel dalam Shaw dan Williams, 2002

Boud-Bovy dan Lawson (1998) pula menyatakan terdapat 6 jenis keupayaan tampungan iaitu keupayaan tampungan fizikal, psikologi, biologi, sosial, ekonomi dan infrastruktur. Contoh ukuran keupayaan tampungan mengikut jenis-jenis tersebut seperti dalam Jadual 2.

4

Page 5: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

Jadual 2: Kriteria dan Contoh Ukuran Keupayaan Tampungan Kriteria Contoh Ukuran

Fizikal Kepadatan pembangunan (bilik/hektar), kepadatan penggunaan (pelawat/ hektar), nisbah (pelancong/penduduk), litupan lantai, nisbah plot.

Psikologi Pendapat tentang kesesakan dan kualiti reruang (luas/pengguna), kacau-ganggu, konflik dengan aktiviti pengguna lain (kajian tingkahlaku, model tingkahlaku perjalanan).

Biologi Perubahan gunatanah, kerosakan tumbuhan, kacauganggu kepada hidupan liar, pencemaran (analisis kesan alam sekitar dan audit).

Sosial Tahap interaksi dan penerimaan pelancongan kepada masyarakat tempatan (soalselidik sosial).

Ekonomi Pencapaian faedah (model ekonomi), peluang pekerjaan (secara langsung dan secara tidak langsung), kos dan kesan negatif, model kesesakan.

Infrastruktur Kos infrastruktur (kos/kepala), keupayaan semasa (jalan, air, kuasa, rawatan sisa), faedah kepada masyarakat.

Sumber : Boud-Bovy dan Lawson, 1998

Keupayaan Tampungan Fizikal

Keupayaan tampungan fizikal bagi semua tapak di sesebuah kawasan pelancongan tidak boleh dianggap sama dengan keupayaan tampungan bagi seluruh kawasan pelancongan tersebut. Contohnya, jika banyak tapak seperti pantai atau denai yang bersambung atau mempunyai hanya satu akses, keupayaan tampungan bagi seluruh kawasan tersebut sebaik-baiknya ditentukan oleh tapak yang mempunyai keupayaan tampungan sebenar paling rendah.

Shaw dan Williams (2002) telah memberikan panduan pengiraan keupayaan tampungan fizikal pada peringkat paling asas. Ia digunakan bagi mengukur tahap penggunaan sesebuah tapak berpandukan formula berikut:

Keupayaan Tampungan Fizikal (C) = T/ADi mana: C = keupayaan tampungan.T = jumlah kawasan yang digunakan oleh pelancong.A = piawai individu purata sebagaimana diukur oleh jumlah tanah yang diperlukan untuk aktiviti setiap individu.

Contoh lain ialah apabila mengira bilangan pelawat bagi sesebuah tapak, kiraan secara ‘bilangan lawatan/masa/tapak’ lebih baik daripada ‘bilangan pelawat/masa/tapak. Ini kerana terdapat seorang pelawat yang melawat sesebuah tapak beberapa kali pada hari yang sama. Oleh itu, kiraan keupayaan tampungan menjadi lebih tepat apabila merujuk kepada ‘pelawat’ ke sesebuah tapak dan bukannya ‘pelancong’. Selain daripada pelancong asing, pelawat tempatan perlu diambilkira apabila mengira keupayaan tampungan.

Menurut Shaw dan Williams (2002), bilangan lawatan harian yang dibenarkan diperoleh melalui formula seperti di bawah :

5

Page 6: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

Td = C X Rc

Di mana : Td = jumlah lawatan harian.C = keupayaan tampungan.Rc = pekali putaran Rc = Nd/Av

Di mana : Nd = bilangan jam harian kawasan dibuka kepada pelawat.Av = purata masa lawatan.

Mowforth dan Munt dalam Shaw dan Williams (2002) pula menyatakan pengiraan keupayaan tampungan boleh dimanipulasi oleh pengusaha pelancongan, pegawai organisasi pemeliharaan atau pegawai kerajaan sama ada untuk mempromosi destinasi yang eksklusif (dengan keupayaan tampungan yang rendah) atau kemampuan destinasi untuk menerima lebih ramai pelawat (dengan keupayaan tampungan yang lebih tinggi). Keadaan ini mendorong wujudnya istilah keupayaan tampungan fizikal (PCC) yang lebih terperinci iaitu keupayaan tampungan sebenar (RCC) dan keupayaan tampungan berkesan (ECC) (Shaw dan Williams, 2002 dan Ceballos-Lascurain, 1996). Namun, Ceballos-Lascurain (1996) juga menyatakan kesukaran untuk menentukan RCC (disebabkan kawasan berbeza) dan ECC (kerana perlu mengambilkira keupayaan pengurusan (MC)).

Walau bagaimanapun, kejayaan pengukuran keupayaan tampungan fizikal sesebuah lokasi pelancongan bergantung kepada kedapatan data yang diperlukan. Sesebuah lokasi pelancongan yang mempunyai banyak aspek fizikal perlu mempunyai banyak nilai atau tahap keupayaan tampungan fizikal. Yang pastinya setiap aspek fizikal mempunyai tahap keupayaan tampungan fizikal yang berbeza. Contohnya, keupayaan tampungan penginapan tidak sama dengan keupayaan tampungan denai, keupayaan tampungan tempat letak kenderaan dan keupayaan tampungan bot penumpang dari segi unit ukuran dan aspek yang diukur.

Keupayaan Tampungan Penginapan

Setelah membincangkan konsep keupayaan tampungan secara umum dalam kertaskerja ini, ia dapat membantu kita memahami maksud keupayaan tampungan penginapan yang menjadi fokus perbincangan. Keupayaan tampungan penginapan ialah ukuran maksimum penggunaan penginapan tanpa meninggalkan kesan negatif ke atas penginapan tersebut dan tahap kepuasan pengalaman pelancong. Jika ukuran maksimum tersebut dilangkaui, ketepuan dari segi penggunaan penginapan akan berlaku. Contoh petunjuk keupayaan tampungan penginapan telah dilangkaui ialah kesesakan penginap dalam unit penginapan yang sempit. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan penginap.

Apakah yang dimaksudkan dengan penginapan? Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1997) mentakrifkan penginapan merupakan kemudahan tempat tidur seperti hotel, motel, asrama dan seumpamanya untuk disewa oleh orangramai atau pelancong. Menurut Inskeep (1991), penginapan ialah hotel dan jenis kemudahan lain serta perkhidmatan yang berkaitan tempat pelancong bermalam. Penginapan ditentukan oleh bentuk fizikal, jenis pelanggan, kadar sewa, kualiti dan pemilikan. Penginapan

6

Page 7: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

mempunyai pelbagai jenis, bermula dari status eksklusif seperti hotel hingga status ekonomi seperti tapak perkhemahan.

Menurut Baud-Bovy dan Lawson (1998), penginapan terdiri daripada 9 jenis. Ia meliputi hotel, rumah tetamu, motel dan rumah tumpangan, hotel garnis (bed and breakfast), asrama, kondominium, perkampungan pelancong, rumah individu dan tapak perkhemahan dan karavan.

Hotel - menyediakan penginapan yang eksklusif dan makan-minum kepada pelancong. Rumah tetamu menyediakan unit penginapan persendirian yang eksklusif tetapi lebih kecil dan makan-minum kepada pelancong untuk jangkamasa lebih panjang. Motel dan rumah tumpangan pula menyediakan penginapan selesa kepada pemandu kenderaan yang singgah dalam sesuatu perjalanan dan makan-minum disediakan secara berasingan. Kebanyakan rumah tumpangan turut menyediakan kemudahan tambahan yang diperlukan pelancong seperti tempat memasak.

Hotel garnis (bed and breakfast) - menyediakan penginapan tanpa makan-minum. Lazimnya, ia disediakan oleh pemilik sesebuah kediaman. Asrama disediakan untuk kumpulan tertentu seperti remaja, persatuan, jemaah haji dan sebagainya. Terdapat asrama yang menyediakan makan-minum dan keperluan sosial dan rekreasi kepada penginap atau hanya menyediakan kemudahan asas yang digunakan secara berkongsi.

Kondominium merupakan kumpulan hartanah yang dimiliki secara individu tetapi berkongsi kemudahan asas seperti bangunan, lif, perkhidmatan kejuruteraan lain dan kawasan bersama seperti halaman, ruang masuk dan kemudahan rekreasi. Tanggungjawab penyelenggaraan, keselamatan dan perkhidmatan lain seperti penyewaan kepada pelancong diuruskan secara bersama oleh persatuan pengurusan atau agensi.

Perkampungan pelancong merupakan unit-unit penginapan secara individu yang dikumpulkan di sekeliling restoran dan kemudahan rekreasi. Unit-unit penginapan turut dilengkapi kemudahan memasak dan direkabentuk bagi kegunaan keluarga dan individu. Perkampungan pelancong dianggap sebagai kawasan yang menyediakan pelbagai kemudahan pelancongan yang lengkap di bawah satu pengurusan. Lazimnya, terdapat antara 500 hingga 2000 katil disediakan di perkampungan pelancongan.

Rumah individu meliputi apartment, villa, chalet dan rumah. Terdapat pemilik menggunakannya sebagai kediaman utama atau kediaman percutian, menyewakannya untuk jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang kepada agensi pelancongan atau diuruskan sebagai kondominium. Tapak perkhemahan dan karavan mempunyai kemudahan tandas dan bilik mandi, perparitan dan tapak yang sesuai. Ia turut menyediakan restoran atau kafetaria, stesen servis kenderaan, kedai, kemudahan rekreasi dan kemudahan lain. Kebanyakan tapak perkhemahan dan karavan dibuka semasa musim cuti.

7

Page 8: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

Isu dan Masalah Berkaitan Keupayaan Tampungan di Destinasi Pelancongan di Malaysia

Isu utama yang berkaitan keupayaan tampungan penginapan yang lazim dikenalpasti di destinasi pelancongan ialah kepadatan pembangunan penginapan yang tinggi, saiz penginapan yang kecil dan kapasiti penginapan yang tinggi. Isu – isu ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada masalah alam sekitar di kawasan pelancongan. Persaingan diantara kawasan penginapan dan peruntukan kawasan yang bebas dari pembinaan telah menyebabkan kawasan untuk pergerakan pengunjung menjadi sesak malahan kawasan untuk pembuangan sampah juga tidak disediakan dengan baik. Isu-isu tentang keupayaan tampungan ini boleh dilihat dalam konteks atau senarionnya di beberapa kawasan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di kawasan pelancongan yang bersumberjayakan alam semulajadi

i. Kepadatan Pembangunan Penginapan yang Tinggi

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak (1996) menetapkan piawaian kepadatan maksimum pembangunan chalet ialah 22 unit per ekar. Manakala Baud-Bovy dan Lawson (1998) menyatakan kepadatan maksimum di tapak perkhemahan berkepadatan tinggi ialah antara 40 hingga 60 unit khemah. Namun, terdapat pengusaha penginapan yang membina chalet dan menyediakan tapak perkhemahan melebihi kepadatan maksimum yang dibenarkan. Seperti contoh dalam foto 1 berikut, petak-petak perkhemahan yang sesak di kawasan perkhemahan hutan rekreasi di Pulau Tali Kali, Banding.

Foto 1: Bilangan tapak khemah yang banyak dan agak sesak (kawasan perkemahan di Pulau Tali Kali, Banding)

ii. Saiz Penginapan yang Kecil

Berdasarkan kepada Baud-Bovy dan Lawson (1998), saiz minimum chalet berkapasiti 2 orang dengan kadar penghunian tinggi ialah 22m2. Walau bagaimanapun, terdapat pengusaha penginapan yang menyediakan chalet berkapasiti 2 orang hanya seluas 13

8

Page 9: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

m2. Suasana di dalam chalet tersebut menjadi bertambah sempit jika ia dibina secara bentuk A. Ini kerana ia meruncing di bahagian atas dan menimbulkan ketidakselesaan semasa penginap berada dalam posisi berdiri di chalet tersebut (rujuk Foto 2 dan Foto 3). Chalet-chalet seperti ini banyak dibina di kawasan taman rekreasi dan taman lipur di Malaysia.

Foto 2: a)Pemandangan bahagian luar chalet bentuk A yang sempit, b) Keadaan bahagian dalam chalet bentuk A yang sempit. (kawasan perkemahan di Pulau Tali Kali, Banding)

iii. Kapasiti Penginapan yang Tinggi

Berdasarkan kepada Baud-Bovy dan Lawson (1998), kapasiti maksimum chalet bersaiz 22m2 ialah 2 orang. Walau bagaimanapun dari segi senario semasa keadaan chalet penginapan di Malaysia khususnya untuk kawasan pelancongan awam (bukan persendirian) terdapat pengusaha penginapan yang menyediakan chalet bersaiz 20m2

dan menempatkan 6 orang penginap di chalet. Saiz chalet yang berada di bawah saiz minimum dan mempunyai lebihan kapasiti penginap seramai 4 orang sudah tentulah menimbulkan suasana tidak selesa di dalam chalet tersebut.

Daripada isu dan masalah yang timbul ini dapatlah dirumuskan dalam memastikan kelestarian sesebuah kawasan destinasi pelancongan yang bersumberkan alam sekitar, aspek keupayaan tampungan haruslah difahami. Pihak pengusaha tapak pelancongan seharusnya tidak memikirkan soal keuntungan sahaja iaitu dengan memaksimakan kepadatan pengunjung tetapi lebih mengutamakan keselesaan pengunjung terlebih dahulu.

Kesan utama apabila keupayaan tampungan tidak diambilkira ialah aspek pengekalan dan pengurusan alam sekitar. Alam sekitar semulajadi seperti sungai, bentuk bumi termasuklah flora dan fauna mungkin terusik dan pupus secara semulajadi. Bilangan pengunjung yang melebihi contohnya dapat merosakkan denai-denai semulajadi malahan kawalan kebersihan tapak juga terabai. Oleh yang demikian adalah tidak salah sekiranya pihak pengusaha dan pihak berkuasa tempatan menentukan had tampungan disesebuah kawasan pelancongan sama ada had tampungan pembangunan kawasan (penginapan) dan had tampungan bilangan pelancong.

9

Page 10: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

Cadangan dan Kesimpulan

Masalah berkaitan keupayaan tampungan penginapan di atas memerlukan langkah-langkah kawalan yang sesuai. Ini penting bagi memastikan kemudahan penginapan yang lebih selesa dapat diwujudkan, mutu pengalaman melancong terpelihara dan pembangunan destinasi pelancongan tidak menimbulkan kesan negatif kepada sumberjaya pelancongan. Justeru, kunjungan pelancong dan kadar penginapan di sesebuah destinasi pelancongan akan dapat ditingkatkan dan ini menguntungkan pengusaha penginapan untuk jangkamasa panjang. Antara langkah-langkah kawalan yang sesuai diambil ialah:

i. Mematuhi Keupayaan Tampungan Penginapan

Para pengusaha penginapan perlulah mematuhi keupayaan tampungan penginapan dalam membangunkan sesebuah destinasi pelancongan. Ini kerana kebanyakan masalah berkaitan keupayaan tampungan penginapan berpunca daripada pengusaha penginapan berskala kecil yang kurang peka tentang aspek tersebut. Ini berlaku ekoran ketiadaan ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam menyediakan kemudahan penginapan yang selesa. Keupayaan tampungan penginapan yang perlu dipatuhi meliputi kepadatan maksimum kemudahan penginapan yang boleh dibina, saiz minimum kemudahan penginapan dan kapasiti maksimum penginapan. Contohnya kepadatan maksimum pembangunan chalet ialah 22 unit per ekar dan saiz minimum chalet berkapasiti 2 orang ialah 22m2.

ii. Mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang

Pengusaha penginapan yang berhasrat membangunkan sesebuah destinasi pelancongan perlulah mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada pihak yang bertanggungjawab. Ia meliputi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dan pelbagai jabatan teknikal berkaitan. Langkah ini penting agar pembangunan destinasi pelancongan dapat dibuat dengan terancang dan seterusnya sebuah destinasi pelancongan yang menarik akan dapat diwujudkan.

Rujukan

Baud-Bovy M. dan Lawson F. (1998). Tourism and Recreation Handbook of Planning and Design. Oxford: Architectural Press.

Ceballos-Lascurain H. (1996). Tourism, Ecotourism and Protected Areas. Gland: International Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN).

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1997). Glosari Pelancongan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Evergreen. (2003). Tent. Kuala Lumpur: Evergreen Outdoor Centre.

10

Page 11: KONSEP KEUPAYAAN TAMPUNGAN UNTUK PENGEKALAN ALAM SEKITAR ... · PDF fileperubahan yang tidak dapat diterima oleh persekitaran tapak dan ... Sosial Tahap kesan pelancongan terhadap

Inskeep E. (1991). Tourism Planning – An Intergrated and Sustainable Development Approach, New York: Van Nostrand Reinhold.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak. (1996). Piawaian Perancangan – Pembangunan Fizikal Pulau-pulau. Ipoh: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. (2004). Rancangan Tempatan Daerah Hulu Perak 2002-2015. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Kementerian Kewangan Malaysia. (2004). Laporan Ekonomi 2004/2005. Putrajaya: Kementerian Kewangan Malaysia.

Kementerian Pelancongan Malaysia. (2005). Laporan Tahunan 2004. Putrajaya: Kementerian Pelancongan Malaysia.

Mathieson A. dan Wall G. (terjemahan Abdul Kadir Din). (1991). Pelancongan – Impak Ekonomi, Fizikal dan Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaw G. dan Williams A. M. (2002). Critical Issues in Tourism : A Geographical Perspective – Second Edition. Oxford : Blackwell Publishers.

11