Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya

15
* Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya

description

Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya

Page 1: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya

Page 2: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Motivasi Kerja

*Motivasi kerja adalah set kuasa tenaga di dalam diri individu yang terhasil dari dalam diri individu dan juga dari luaran individu (persekitaran). Ia membawa kepada tingkah laku kerja (bentuk, intensiti, arah dan tempoh) (Pinder, 2008).

Page 3: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Motivasi Kerja

*Oleh itu, motivasi adalah proses psikologi yang terhasil daripada interaksi antara individu dan persekitarannya. *Motivasi kerja terbahagi kepada dua:

Dalaman (intrinsik) dan luaran (ekstrinsik).

Page 4: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Motivasi Kerjaya

* Merujuk kepada: * Tenaga yang pekerja laburkan di dalam kerjaya

mereka. * Kesedaran tentang arah tuju di dalam kerjaya

mereka. * Keupayaan untuk mengekalkan tenaga dan arah

tuju walaupun terdapat banyak halangan dan cabaran.

* Tiga aspek motivasi kerjaya:* ‘Career resilience’* ‘Career insight’* ‘Career identity’

Page 5: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

* ‘Career resilience’ – setakat manakah pekerja mampu menangani masalah yang memberi kesan kepada pekerjaan mereka.

* ‘Career insight’ - Setakat manakah pekerja mengetahui tentang minat,

kemahiran, kekuatan dan kelemahan diri sendiri. - Sejauh manakah pekerja mengetahui tentan

persekitaran kerjanya- Kesedaran tentang bagaimana persepsi ini berkaitrapat

dengan matlamat kerjaya pekerja.

*‘Career identity’ – setakat manakah pekerja mengenalpasti dan mendefinisikan nilai peribadi yang selari dengan pekerjaan mereka.

Page 6: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Career Resilience

*Dibincangkan dalam literatur psikologi positif (positive psychology)*‘Resilience’ = ‘The ability to bend and not break’

(Bridges, 1995).*Komponen: Fleksibiliti, mempelajari perkara baru, bangkit semula daripada kekecewaan, menerima ketidakpastian (uncertainty) dan rasa tidak selamat (insecurity).

Page 7: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Career Resilience

*Menurut London (1983), ‘career resilience’ ini merupakan komponen pengekalan (maintenance) bagi motivasi kerjaya, di samping komponen-komponen lain (‘career insight’ dan ‘career identity’)*‘Keupayaan untuk mengadaptasi kepada perubahan

keadaan, menangani situasi negatif di tempat kerja, mempamerkan inisitiaf, menstruktur dalam penyelesaian masalah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan prestasi/kualiti kerja walaupun dalam keadaan sukar (London, 1993).

Page 8: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Career Resilience

*Sanggup mengambil risiko, sanggup bekerja dengan individu daripada pelbagai latarbelakang, personaliti dan kemahiran, individu dan mampu menyelesaikan masalah di tempat kerja (London, 1998).

Page 9: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Career Resilience

*Organisasi boleh membantu meningkatkan ‘career resilience’ pekerjanya dengan:

Memberikan maklumbalas konstruktif tentang prestasi kerjaMemberi peluang autonomi Memberi peluang kepada pekerja untuk mengawal keadaanMenekankan kepentingan kualiti, pembelajaran,

pembangunan kemahiran dan perubahan organisasi

Page 10: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Psikologi Positif?

*Memfokus kepada pembentukan bakat, peningkatan produktiviti dan menjadikan hidup individu/komuniti lebih bererti.*Menambaikan pengalaman positif di

dalam kehidupan individu.*Meningkatkan tret positif dalam diri

individu*Meningkatkan nilai positif, altruisme dan

etika kerja yang memastikan kewarganegaraan yang baik

Page 11: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Nilai Motivasi Kerjaya

Komponen Motivasi Kerjaya

‘Career Resilience’

‘Career Insight’

‘Career Identity’

Nilai Organisasi• Inovasi• Adaptasi pekerja kepada perubahan tidak dijangka • Komitmen terhadap organisasi• Rasa bangga terhadap kerja dan kerjaya

Nilai pekerja • Sedar tentang kekuatan dan kelemahan kemahiran. • Mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran• Menangani persekitaran kerja yang tidak ideal• Meningkatkan ilmu dan kemahiran sepanjang masa

Page 12: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

Perancangan kerjaya adalah permulaan individu untuk bertindak atas penilaian kapasiti peribadinya dan persekitaran ke arah kemajuan kerjaya.

Zikic dan Klehe (2006) dalam kajiannya mendapati perancangan kerjaya individu membentuk dirinya lebih bertanggungjawab, sedar kekurangan dan kelebihan diri juga sedar apa-apa keperluan terhadap pembangunan kerjaya dan persekitaran kerjaya yang semakin mencabar.

Kajian Akrivos (2007) membuktikan bahawa faktor perancangan kemajuan kerjaya dan strategi kemajuan kerjaya boleh dijadikan peramal sebagai pemboleh ubah yang menyumbang kepada kejayaan kerjaya.

*Strategi Kerjaya

Page 13: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Strategi Kerjaya

*Strategi kerjaya akan memendekkan tempoh dalam laluan kerjaya untuk mencapai kejayaan berbanding tempoh perkhidmatan yang sebenar yang diperlukan (Akrivos, Ladkin dan Rektilis, 2007; Bozionelos, 2008).

Page 14: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Strategi Kerjaya

* Model Perancangan Gould menerangkan hubungan antara perancangan kerjaya, strategi kerjaya dengan kejayaan kerjaya.

* Model Perancangan Gould mengandaikan perancangan kerjaya yang terdiri daripada elemen sedar keupayaan diri dan kekurangan diri sendiri dan peka dengan persekitaran pekerjaannya dan elemen dalam penetapan matlamat adalah faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku kerjaya dan bertindakbalas dengan elemen-elemen strategi kerjaya akan membantu meningkatkan pencapaian kejayaan kerjaya.

* Model Perancangan Gould menjelaskan perancangan kerjaya individu membantu untuk menentukan matlamat kerjaya, sedar dengan kekuatan dan kelemahan, peluang dan kekangan, persekitaran kerja yang tidak menentu dan sentiasa berubah dan membantu mekanisme kognitif untuk menyusun tindakan yang bersesuaian.

* Apabila matlamat kerjaya individu telah ditentukan, mereka akan berfikir menggunakan elemen yang dinyatakan tadi bagaimana matlamat kerjaya boleh dicapai.

* Justeru, elemen-elemen di dalam strategi kerjaya seperti membangunkan kemahiran, pembelajaran yang berterusan, mendapatkan bimbingan pekerja senior yang profesional, membina jaringan hubungan sosial dan sokongan organisasi dapat membantu individu meningkatkan keyakinan terhadap pencapaian matlamat kerjaya.

Page 15: Konsep-Konsep Penting dalam  Pembangunan Kerjaya

*Strategi Kerjaya

*Matlamat kerjaya berupaya merangsang daya tindak strategi kerjaya mereka pada tahap yang sepatutnya diperlukan. Sekiranya tahap pencapaian kejayaan kerjaya yang ditetapkan pada tahap yang tinggi, strategi kerjaya juga mesti seimbang pada tahap yang tinggi.