konsep makna.doc

25
1.0 Pendahuluan Setiap manusia mempunyai keunikannya sendiri kerana mempunyai bahasa pertuturannya sendiri berdasarkan kepada bangsa yang dimiliki oleh mereka. Oleh kerana itulah, keunikkan ini menyebabkan mereka mempunyai bahsa pertuturan mereka sendiri sama ada rasmi, tidak rasmi, bertulis atau tidak. Namun, bahasa itu bergantung kepada pengertian seseorang ataupun makna bahasa itu senidri. Oleh itu, semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat yang terbina. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa tersebut ditinjau dari sudut itu. Dalam mengkaji bahasa, semantik adalah merupakan salah satu bidang yang terpenting untuk didalami oleh setiap pengkaji bahasa. Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Berbeza dengan sintaksis, semantik merujuk kepada makna perkataan, manakala sintaksis pula merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya, contohnya secara bertulis ataupun bertutur. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik turut menghubungkan makna kalimat dengan wacana dan teks. Semantik bersifat gramatis yang mematuhi peraturan dalam menganalisis

Transcript of konsep makna.doc

Page 1: konsep makna.doc

1.0 Pendahuluan

Setiap manusia mempunyai keunikannya sendiri kerana mempunyai bahasa

pertuturannya sendiri berdasarkan kepada bangsa yang dimiliki oleh mereka. Oleh kerana

itulah, keunikkan ini menyebabkan mereka mempunyai bahsa pertuturan mereka sendiri sama

ada rasmi, tidak rasmi, bertulis atau tidak. Namun, bahasa itu bergantung kepada pengertian

seseorang ataupun makna bahasa itu senidri. Oleh itu, semua bahasa bergantung kepada

makna dalam perkataan dan ayat yang terbina. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang

digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang

semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan

makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa tersebut ditinjau dari sudut itu.

Dalam mengkaji bahasa, semantik adalah merupakan salah satu bidang yang

terpenting untuk didalami oleh setiap pengkaji bahasa. Semantik merupakan kajian makna

istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud

"erti yang penting". Berbeza dengan sintaksis, semantik merujuk kepada makna perkataan,

manakala sintaksis pula merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi

penyataannya, contohnya secara bertulis ataupun bertutur. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz

(2009), semantik turut menghubungkan makna kalimat dengan wacana dan teks. Semantik

bersifat gramatis yang mematuhi peraturan dalam menganalisis ayat. Analisis semantik

memberikan penjelasan dari segi linguistic yang bersifat formal dan tetap. Semantik berbeza

daripada sintaksis kerana sintaksis ialah kajian tentang struktur bahasa dan bukan makna.

Bidang yang berhubungan dengan semantic ialah ilmu pragmatic. Pragmatik ialah kajian

penggunaan dan penginterpretasian ujaran berdasarkan konteks.

Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks

atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan

ahli bahasa lebih menitikberatkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini

nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Makna juga sebahagian

besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia

bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu

dituturkan. Menurut Abdullah Hassan ( 2005), akhir-akhir ini kajian semantik ini menjadi

bertambah penting, lebih-lebih lagi apabila komponen makna digabungkan dengan tatabahasa

generatif transformasi. Malah kajian makna semakin mendapat fokus apabila usaha mengkaji

Page 2: konsep makna.doc

bahasa meningkat. Kajian makna melihat juga makna melalui wacana dan pragmatik, iaitu

penggunaan bahasa dalam konteks.

Maka dengan itu, sebagai seorang guru bahasa Melayu, kita hendaklah melengkapkan

diri dengan pengetahuan dalam bidang semantik. Kemampuan menguasai ilmu tersebut

membolehkan kita berkeyakinan untuk menyalurkan pengetahuan yang dimiliki kepada

murid-murid di samping keupayaan menilai dan membuat analisis hasil kerja murid-murid

dan seterusnya dapat membimbing murid-murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul

dan standard. Penjiwaan dalam bidang semantik ini akan dapat membantu seseorang guru itu

menjalankan tanggungjawabnya dalam mengajar bahasa Melayu dengan lebih baik dan

berkesan lagi.

2.0 Konsep makna dan perubahan makna dalam bahasa Melayu

Semantik merupakan suatu bidang yang mempelajari tentang makna. Semantik atau

kajian makna adalah satu bidang luas yang mencakupi kebanyakan daripada struktur dan

fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Menurut

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan

ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan

dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada makna bahasa.

Abdul Chaer (1984) pula telah mendefinisikan semantik sebagai bidang kajian

linguistik yang mana obkel penelitiannya adalah makna bahasa. Manakala, semantik menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan

makna sesuatu kata. Selain itu, Drs A. Abu Bakar Hamid (April 1967 : 160-165) di dalam

buku Rencana Linguistik yang disusun oleh Abdullah Hassan (2005) telah menyatakan

bahawa, bahasa sebagai suatu struktur terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa dan

ayat. Yang dimaksudkan dengan isi ialah makna daripada ujaran itu. Sesuatu ujaran

mengandungi suatu pengertian yang dapat ditangkap oleh pemakai bahasa yang sama. Kajian

isi ini termasuk dalam bidang semantik, suatu cabang linguistik yang menkaji makna bahasa.

Pendapat lain tentang semantic adalah seperti yang berikut ( Siti Hajar Abdul Aziz,

2009) :

a) Sperber dan Wilson (1980)

Page 3: konsep makna.doc

Kajian tentang makna yang dipalikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk

logiknya, khususnya pada peringka tatabahasa dan nahu bentuk logik.

b) Harimurthi Kridalaksana (1983)

Bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan

penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.

c) Frank Parker (1994)

Bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. bidang ini

sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus yang merujuk kepada kajian

tentang struktur dalam sesuatu bahasa.

d) Adrian Akmajian et.al (1995)

Kajian tentang unit linguistic dan prinsip gabungannya. Kajian ini boleh dimulakan pada

aras kata atau aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat.

Rentetan penghuraian definisi ini, dapat dikatakan semantik merupakan sebahagian

daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai

sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.

Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna

dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk

makna daripada hubungan semantik.

Sepintas lalu, terdapat banyak faktor yang boleh mendorong ke arah perubahan makna

dalam bahasa. Daripada sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk

merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930,

kajian semantic telah memberi fokus kepada aspek kajian tradisional iaitu perubahan makna.

Namun demikian, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula

melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantic (Ullman, 1966 di dalam buku HBML

Psikolinguistik dan Semantik, 2014). Selain itu, Nor Hashimah (1994) pula menerangkan

bahawa terdapat dua tahap perkembangan dalam ilmu semantik. kedua-dua tahap tersebut

adalah:

a) Semantik falsafah; dan

b) Semantik linguistic.

Page 4: konsep makna.doc

Pada tahap semantik falsafah, semantik dilihat dari sudut falsafah dan dengan demikian

tergolong dalam bidang kajian falsafah. Manakala perkembangan dalam ilmu linguistik

kemudiannya menyebabkan kemunculan pandangan bahawa ilmu semantic harus tergolong

dalam ilmu linguitik dan bukannya dalam bidang falsafah lagi. justeru itu, muncullah tahap

kedua dalam ilmu semantik iaitu semantik linguistik yang mengkaji makna dalam bahasa.

Menurut Ullman (1957)lagi, beliau telah menyenaraikan enam sebab bagi perubahan

makna antaranya termasuk sebab-sebab linguistic (bahasa), sejarah, sosial, psikologi,

pengaruh luar dan keperluan kata baharu. Manakala Bloomfield (1992), pula telah

menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau lagi,

perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan

makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi dan amerliorasi.

Sehubungan dengan itu, menurut S. Nathesan (2001), didapati sejak zaman dahulu lagi

bahasa Melayu sebagai bahasa dinamik telah mengalami perubahan dari segi struktur dan

kosa katanya.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat

dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna

yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim

(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya

sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk

dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna

yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).

3.0 Perbincangan tentang faktor-faktor perubahan makna dalam bahasa Melayu.

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini,

maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang

kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang

ditulis. Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang

selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya,

dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;

3.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Page 5: konsep makna.doc

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan

yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan

tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu

yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar

tetapi menggunakan kuasa tenaga. Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya dirujuk

kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna itu telah berubah mancakupi makna

‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika

menangani kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan

penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala

penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu”. Dalam contoh ini,

perkataan ‘gejala’ bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu

kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan

bahasa itu sendiri.

Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan

“hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran

berikut, “ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan “

menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan

sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”,

“hantu” itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna “ mengganggu”.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami

perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya

digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “

kawasan perumahan” , “ kawasan perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti

Taman Kinabalu. Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan

untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh

raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.

Perkataan “ sahaya” berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud “abdi” dan “sahaya”

itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada “ hamba” dengan cara yang

halus. Tetapi kini, “saya” ( daripada “sahaya”) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.

Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana

pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

Page 6: konsep makna.doc

2.2 Perubahan kerana tanggapan penutur 

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan

penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan

itu. Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki

yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang

lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Disamping itu, ada juga sesetengah orang

menggunakan perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya. 

Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi

makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian

darah atau kekeluargaan”. Disamping itu, ada juga pengguna atau penutur bahasa melayu

cenderung menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “

saudara sesama Islam”. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan

kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan

penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna

perkataan itu sendiri.

2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud

Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki

makna-makna yang lain. Perkataan “ saudara”, misalnya pada mulanya bermaksud orang

yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada

hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai

kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami

perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya

digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang telah

diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti “ kawasan perumahan” , “ kawasan

perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Hidupan Liar.

Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan “semangat” juga mengalami perubahan

kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan “ semangat” ialah “jiwa” atau

“roh”. Tetapi perkataan ini kemudianya diperluaskan maksudnya menjadi “ perasaan”

misalnya “ semangat kemerdekaan”, semangat petriotisme” dan juga kepada “ kemahuan atau

Page 7: konsep makna.doc

keinginan yang tinggi” seperti dalam contoh berikut, “Dia mempunyai semangat ingin

berjaya dalam hidup”.

Dalam bahasa Melayu klasik perkataan benua ‘negeri’ seperti dalam Benua Keling,

Benua Siam dan Benua China, tetapi makna perkataan benua berubah menjadi ‘tanah besar’

seperti Benua Afrika, Benua Asia, dan lain-lain, dan tidak lagi ‘negeri’. Demikian makna

boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa ( Abdullah Hassan, 2005).

2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contoh

perkataan “ sarjana”, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang

pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah

disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama,

seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah pertama,

seperti “Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”.

Perkataan “pendeta” asalnya membawa makna “orang yang berilmu”, seperti “Pendeta

Za’ba,” seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut Abdul Chaer (1995) telah di

sempitkan untuk mencakupi makna “ guru agama Kristian”. Selain itu dalam bahasa Melayu,

perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada “ daging lembu” sahaja,

tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab,

sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah “ isi pada manusia atau binatang antara

kulit dan tulang” ( Kamus Dewan, 2005).

Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada

umumnya adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang

tertentu. Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang

berhubung”. Dalam ilmu bahasa perkataan “ sendi” ditujukan khusus kepada kata-kata yang

berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan

ayat.

2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya

berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga”

Page 8: konsep makna.doc

selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “

bunga = perampuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis

tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan

sesuatu maksud contahnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam”

dipadankan dengan “ kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”. Selain daripada itu unsur-

unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh “

daun melambai” dan “dada langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh

melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai

dada. “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan

kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angin” dan “ keluasan dan lapangnya langit

apabila dipandang dari bumi”. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan

merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik

( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984).

 

4.0 Aplikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat

sekolah rendah.

Pengajaran makna dalam pelajaran bahasa Melayu telah diaplikasi di sekolah rendah.

Bahkan, permulaan awal pengajaran ini dimulakan apabila murid berkebolehan untuk

membaca sesuatu perkataan, ayat apatah lagi petikan pendek ketika mereka berada di

prasekolah lagi. Pengajaran ini diperkembangkan objektif pengajaran apabila murid itu mula

berada di Tahun 1. Menurut Bloomfield, latih tubi adalah penting dalam membina sesuatu

tabiat berbahasa. Menurut Steinberg (terj. Azhar M.Simin, 1990), ciri utama strategi ini iaitu

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, ahli bahasa lebih suka menggunakan latih

tubi. Kepentingan latih tubi adalah berfokus kepada prinsip ransangan dan gerak balas.

Murid-murid sekolah rendah terutamanya, pelu didedahkan dengan lebih banyak cara-

cara meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui kemahiran membaca selain daripada

kemahiran mendengar dan bertutur serta menulis. Penguasaan bahasa yang baik adalah

melalui penguasaan kemahiran membaca dimana murid berkebolehan untuk membaca dan

memahami setiap makna yang terkandung di dalam petikan yang mereka baca itu. Kemahiran

membaca amat penting kerana tanpanya murid-murid tidak akan dapat menroka buku ilmiah

ataupun buku bacaan lain. Sehubungan itu, kemahiran membaca sudah ditekankan dalam

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu khususnya pada peringkat sekolah rendah lagi.

Page 9: konsep makna.doc

Kepentingan kemahiran membaca perlu dinyatakan dalam objektif Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu pada peringkat rendah dan menengah ( Zarina Mohd Yatim, 1994). Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu sekolah rendah misalnya, mencatatkan objektif kemahiran membaca seperti

berikut :

.....membaca kuat dan senyap untuk memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan

kematangan mereka dan menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi

mendapatkan pengetahuan dan hiburan......

(Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD, 2011)

Aplikasi pengajaran makna dengan menggunakan fokus utama iaitu kemahiran

membaca yang boleh diajar di peringkat sekolah rendah berdasarkan jadual di bawah:

Tajuk/ Objektif Kemahiran Media Pengajaran KBKK

Tema :

Kebudayaan,

kesenian, dan

estetika

Tajuk :

Sambutan Hari Raya

Objektif ;

1. Murid boleh

membaca dengan

sebutan dan intonasi

yang betul dan

memahami ayat

tunggal berdasarkan

petikan teks tersebut.

2. Menulis 3 daripada

5 ayat tunggal

dengan betul dan

tulisan yang kemas.

3. Mengenal pasti

dan menyenaraikan 3

daripada 5 kata kerja

Fokus Utama :

Standard

Kandungan :

2.2 Membaca dan

memahami

perkataan, frasa dan

ayat daripada

pelbagai sumber

dengan sebutan yang

betul.

Standard

Pembelajaran :

2.2.3 Membaca dan

memahami ayat

tunggal daripada

pelbagai bahan

bacaan dengan

sebutan yang betul.

Fokus Sampingan :

Standard

Petikan Teks

Lembaran Kerja

Komputer riba

LCD

Kad Perkataan

Radio Kaset,

Bahan bercetak /

Bahan auntentik

Kemahiran belajar

Kemahiran Berfikir

Kemahiran

Teknologi Maklumat

dan Komunikasi

Page 10: konsep makna.doc

yang terdapat di

dalam petikan.

Kandungan :

3.2 Menulis secara

mekanis berdasarkan

bahan yang diberi

dengan betul dan

kemas.

Standard

Pembelajaran :

3.2.6 Menulis ayat

tunggal dengan betul

dan tulisan yang

kemas.

Jadual 1 : Aplikasi Pengajaran Makna menggunakan Kemahiran Membaca

Berdasarkan jadual di atas, aktiviti yang dapat diterapkan agar objektif pembelajaran

dapat dicapai dan kemahiran membaca dapat dikuasai oleh murid iaitu :

1. Guru memaparkan petikan teks ‘Hari Raya’

2. Murid diedarkan dengan petikan tersebut.

3. Murid diminta membaca secara senyap dan cuba memahami ayat tunggal dalam petikan

tersebut.

4. Murid dipilih secara rawak untuk membaca petikan tersebut diikuti dengan bacaan secara

kumpulan.

5. Guru membetulkan kesalahan bacaan murid dan mencatat markah yang diperoleh bagi

setiap murid.

6. Guru dan murid berbincang isi petikan tersebut dan membuat rumusan keseluruhan isi

petikan.

7. Guru meminta murid mengenal pasti kosa kata yang bertanda gelap di dalam petikan

tersebut.

8. Secara individu murid diminta menyesuaikan makna bagi kosa kata yang diberikan.

9. Guru memberi penerangan beserta contoh tentang cara menulis ayat tunggal dengan betul

dan kemas.

10. Guru meminta murid menggariskan ayat tunggal yang terdapat dalam petikan teks.

11. Secara individu murid diminta membina ayat tunggal berdasarkan lembaran kerja yang

disediakan.

Page 11: konsep makna.doc

12. Murid lemah akan diberikan pemulihan menyalin ayat tunggal.

13. Murid yang telah dapat menyelesaikan latihan membina ayat tunggal akan menyelesaikan

latihan membina ayat tunggal akan menyelesaikan permainan teka silang kata.

14. Guru dan murid berbincang jawapan bagi latihan ayat tunggal yang telah dibina.

15. Murid akan dipilih secara rawak untuk membuat simulasi berkaitan sambutan ‘Hari Raya’

seperti bersalaman dan bermaaf-maafan.

16. Guru menerangkan simulasi tersebut dengan mengaitkan kata kerja.

17. Murid diminta mengemukakan beberapa contoh kata kerja yang berkaitan dengan

sambutan ‘Hari Raya’

Dalam pengajaran makna melalui kemahiran membaca di peringkat sekolah rendah,

perkara penting yang perlu diperhatikan oleh guru iaitu tentang langkah-langkah sebelum,

semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran meliputi empat

peringkat, iaitu

a) Peringkat Kesediaan Membaca

Peringkat ini merupakan penguasaan membaca pada tahap I sekolah rendah. Sehubungan

itu, pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pada peringkat ini perlu dijalankan

dengan teratur, iaitu meliputi langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas.

Langkah-langkah yang perlu dijalankan oleh guru sebelum peringkat

kesediaan membaca, adalah mengenal pasti sama ada murid-murid bersedia menguasai

kemahiran berdasarkan enam cirri iaitu

i. Ciri keadaan jasmani dan fizikal, guru perlu memastikan bahawa penglihatan,

pendengaran, pertuturan, umur, jantina, kemampuan urat saraf dan perkembangan

fizikal murid-murid adalah sesuai untuk menerima pengajaran dan pembelajaran.

ii. Pengalaman dan persekitaran, guru perlu memastikan bahawa murid-murid

mendapat pendedahan dengan bahan bacaan di rumah sebelum ke sekolah.

iii. Emosi, motivasi dan sahsiah murid pula memerlukan guru mengenal pasti sama

ada murid-murid mengalami masalah emosi yang kemungkinan akan menganggu

tumpuan untuk menguasai kemahiran membaca.

Page 12: konsep makna.doc

iv. Kecerdasan dan perkembangan kognitif murid-murid, iaitu daripada segi IQ

murid-murid khususnya untuk mengenal pasti tahap kecerdasan yang dimiliki oleh

murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca.

v. Daya diskriminasi, guru perlu memastikan murid-murid mempunyai kebolehan

untuk membezakan (diskriminasi) pendengaran misalnya, kebolehan murid-murid

membezakan antara perkataan yang mempunyai suku kata awal yang sama

contohnya, satu, saya, sama dan sebagainya, manakal untuk diskriminasi

penglihatan pula sama ada murid-murid boleh membezakan antara saiz, bentuk

dan jarak yang berbeza.

vi. Penguasaan bahasa, guru perlu memastikan murid-murid telah dapat menguasai

kemahiran bertutur Bahasa Melayu dengan baik di samping menguasai

perbendaharaan kata.

b) Peringkat Mendirikan Asas

Peringkat ini memerlukan guru menyediakan murid dengan pengetahuan tentang bentuk,

huruf, bunyi dan sebutan huruf-huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Sehubungan itu,

pada peringkat sebelum menjalankan aktiviti untuk peringkat ini, guru perlu mempunyai

pengetahuan yang baik untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan

bantu mengajar yang sesuai. Tambahan pula, hanya dengan asas yang kukuh sahaja,

murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan memauaskan.

Ketika menjalankan langkah semasa menjalankan aktiviti, guru seharusnya telah

memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bahkan guru juga

bertanggungjawab untuk memilih pendekatan pengajaran yang bersesuaian ketika

menjalankan aktiviti. Seterusnya, langkah selepas aktiviti , guru boleh menjalankan

aktiviti pengukuhan untuk meningkatkan tahap pemahaman murid-murid. Guru boleh

mengemukakan soalan secara lisan atau tulisan di samping mengadakan aktiviti soal

jawab dan latih tubi untuk topik yang diajar.

c) Peringkat Melatih Kemahiran Membaca

Peringkat ini merujuk kepada latihan yang diberi kepada murid-murid untuk membaca

dengan kuat, mempunyai sebutan, intonasi dan gaya yang betul. Di samping itu, peringkat

ini turut melatih murid-murid khususnya di sekolah rendah untuk memahami dan meneliti

Page 13: konsep makna.doc

dengan mendalam bahan yang dibaca. Sehubungan itu, untuk memastikan bahawa muri-

murid dapat membaca secara meluas dan mendalam pada peringkat ini, guru perlu

menguasai ilmu tentang bacaan intensif dan ektensif.

Sebagai langkah sebelum menjalankan aktiviti, guru perlu mengetahui konsep bacaan

intensif iaitu bacaan yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan untuk meneliti,

memahami dan mentafsirkan kandungan bahan bacaan dengan tepat di samping mengkaji

ciri-ciri tatabahasa seperti struktur ayat, frasa, klausa serta maksud perkataan berdasarkan

konteks berlainan. Seterusnya untuk langkah semasa aktiviti dijalankan, guru perlu

menjalankan aktiviti dan menggunakan bahan yang sesuai sama ada aktiviti bacaan

intensif dan ekstensif. Langkah seterusnya, iaitu langkah selepas aktiviti, guru perlu

menjalankan pengukuhan ketika aktiviti bacaan intensif seperti perbincangan isi-isi

penting dan pengukuhan aktiviti bacaan ekstensif pula, contohnya perbincangan dan

murid dikehendaki menyediakan laporan bertulis.

d) Peringkat Penggunaan Kemahiran Membaca

Peringkat ini pula adalah peringkat kemahiran tertinggi yang dicapai khusunya oleh

murid-murid Tahap II. Sehubungan itu, untuk langkah sebelum aktiviti, guru perlu

memastikan bahawa murid-murid telah menguasai kemahiran membaca dengan kadar

kepantasan yang tinggi dan memahami dengan cepat bahan-bahan yang dibaca.

Seterusnya, sebagai langkah semasa aktiviti dijalankan, guru perlu menjalankan beberapa

aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan penggunaan kemahiran membaca murid-murid.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan seperti soal jawab dengan murid untuk menerapkan

pengetahuan tentang kosa kata, istilah dan laras bidang dalam pelbagai bidang.

Sebagai langkah selepas aktiviti, guru boleh menilai murid melalui dua kaedah, iaitu

i. menjalankan penilaian dan

ii. pemerhatian dimana melalui kaedah penilaian, guru boleh menjalankan ujian lisan

dan tulisan untuk menilai tahap pembacaan dan rujukan yang telah dilakukan oleh

murid-murid.

5.0 Kesimpulan

Bahasa ini merupakan suatu yang indah terutama Bahasa Melayu yang telah kita ketahui dari

kecil walaupun ia menjadi bahasa kedua di dalam pembelajaran bahasa kita selain daripada

bahasa ibunda kita. Namun, dalam menghayati dan memahami bahasa ini, kita perlu

Page 14: konsep makna.doc

memahami makna atau erti setiap kata yang dituturkan bahkan bukan itu sahaja tanpa

memahami makna apa yang didengar dan ditutur tidak akan menyampaikan maksud yang

ingin disampaikan.

Oleh itu, bidang sesuai dalam mengkaji bahasa berdasarkan makna bahasa itu sendiri

adalah bidang semantik. Jelaslah bidang ini dari masa ke semasa berlakunya pelbagai

perubahan dan ia juga merupakan bidang yang dianggap penting kerana perkaitan yang rapat

dalam linguistik bahasa kita itu sendiri. Kaedah awal kita mengetahui makna ialah menunjuk

kepada benda yang dimaksudkan. Inilah kaedah yang digunakan oleh malaikat Jibrail

mengajar Nabi Adam As bercakap. Beliau menunjuk kepada sesuatu benda sambil memberi

namanya (Abdullah Hassan 2005). Begitu jugalah kita sebagai seorang guru dalam mendidik

murid agar dapat memahami makna atau maksud apa yang diajar walaupun dalam apa jua

kemahiran yang digunakan memerlukan bimbingan agar murid dapat memahami isi

pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan.

Oleh itu, sebagai seorang guru kita perlu mendalami ilmu pengetahuan kita mengenai

semantic ini walaupun pelbagai aktiviti yang bermanfaat telah dianjurkan oleh pihak sekolah

untuk meningkatkan lagi perbendaharaan kata murid dengan baik seperti Program NILAM.

Program secara tidak langsung memperlihatkan kepada kita cara untuk kita menilai akan

kefahaman murid dalam pembacaan mereka. Oleh itu, kita harus terus berusaha untuk

mempelbagaikan lagi kaedah, pendekatan, teknik mahupun aktiviti dalam mengaplikasikan

pengajaran makna dalam bahasa Melayu terutama di peringkat rendah kerana peringkat ini

merupakan peringkat yang terawal dan penting dalam mendidik murid.

Page 15: konsep makna.doc

Rujukan

Abdul Chaer .1995. Linguistik Am. Jakarta: Penerbit Rineka Cipta

Abdullah Hassan .2005. Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Abdullah Hassan. 2005. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf. 2009. Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu., Kuala Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn Bhd

Ahmad Mahmood Musanif (PhD).2005. Modul Pembelajaran :BBM3206 Semantik. Pusat Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.

Alias bin Mohamad Yatim (Ph.D).1992. Mengenali Bahasa Melayu.Kulim : Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai.

Andrian Akmajian et al. (1995) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:Percetakan Ti, Kuala Lumpur

Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (Ph.D).2000.Pengantar Linguistik Am. Kuala Lumpur : Penerbitan Sarjana.

BML 3083 Semantik Sem.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat pendidikan Luar 2012.di petik http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/06/makna-denotatif-makna-konotatif-dan.html pada 1 Jun 2014

Dr Adenan Ayob dan Dr Nathesan Sellapan. 2014. HBML 3303 Psikolinguistik dan Semantik. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm pada 1 jun 2014

Kamus Dewan Edisi Keempat .2005 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

S. Nathesan . 2001. Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. 2009. Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Steinberg, D. 1990. Psikolinguistik: Bahasa, akal budi dan dunia. Terj. Azhar M. Simin. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn, Bhd.

Page 16: konsep makna.doc

Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD. (2011). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn, Bhd.

Ullman, S. 1957. The Prinsiples of Semantics. Oxford : Basil Blackwell.