Konsep Media

download Konsep Media

of 42

description

.

Transcript of Konsep Media

  • FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKALKUiTTHO

  • KONSEP (MEDIA)

    Media atau Medium bermaksud saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud Perantara. Berdasarkan maksud asal media, ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media antara lain filem, televisyen, radio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan juga pengajar. Bagi Heinich et.al. (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.

  • KONSEP (MEDIA)Percival dan Elington (1984) Membahagikan media kepada dua:

    Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan.

    Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi antaranya.

  • KONSEP (MEDIA)

    ii. Pelbagai Saluran Komunikasi Massa Ini termasuklah surat khabar, radio dan televisyen.

  • KONSEP (MEDIA)Reiser dan Gagne (1983) Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh itu, guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa sahaja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

  • KONSEP (MEDIA)Torkelson (1972)

    Membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan seluran mesej.

  • KONSEP (MEDIA) Mesej adalah isi kandungan, iaitu apa saja yang terkandung dalam media itu sama ada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain adalah dikira sebagai mesej.

    Bentuk Mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Ia terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dengan bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dll.

  • KONSEP (MEDIA) Saluran Mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar. Contoh televisyen, projektor filem dll

  • KONSEP (MEDIA PENGAJARAN) Menurut Heinich et. al. (2002), jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media itu digelar sebagai media pengajaran.

    Kemp dan Smellie (1994) pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi delam perlaksanaan sesuatu pengajaran.

  • KONSEP (MEDIA PENGAJARAN) Walau pun berbagai definisi media pengajaran yang diketengahkan namun kesimpulannya bolehlah dirumuskan seperti berikut:

    Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

  • KONSEP (MEDIA PENGAJARAN) Walau apapun, semua definisi itu jelas menekankan media pengajaran sebagai satu elemen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia merupakan penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar dan setiap individu yang terlibat dalam proses P&P. Di harapkan penjelasan ini akan dapat menukarkan pandangan bahawa media pengajaran itu sama dengan alat bantu mengajar (ABM).

  • FUNGSI MEDIA PENGAJARAN Berhubung dengan dunia pendidikan yang semakin demokratik, fungsi media pengajaran (MP) turut berubah dan berkembang. Bahagian ini akan memaparkan fungsi MP dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada semasa kehadiran guru mahupun tidak.

  • FUNGSI MEDIA PENGAJARANApakah kelebihan yang ada pada MP:

    Memperjelaskan penyampaian mesej. Adalah lebih berkesan perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit.Dengan media, segala simbol, berbal yang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran. Dalam era ICT ini, penjelasan dengan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

  • FUNGSI MEDIA PENGAJARANMengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:i. Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.ii. Gerak yang terlalu lambat atau cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.

  • FUNGSI MEDIA PENGAJARAN iii. Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan. iv. Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll. v. Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

  • FUNGSI MEDIA PENGAJARANPenggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh juga belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

  • FUNGSI MEDIA PENGAJARANPengalaman dan Persepsi yang Sama Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberi rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

  • FUNGSI MP DALAM PENGAJARANPengajaran Bersama PengajarMembantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung. Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar menggunakan media tersebut.Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada PengajarPelajar dibimbing oleh pereka media tersebut dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri. Media yang digunakan dalam situasi sebegini akan dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri.

  • FUNGSI MP DALAM PENGAJARANFolio BersediaFolio ini adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristewa dan proses dalam satu tempuh waktu. Folio biasanya merangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar. Pembelajaran seperti ini dikenali juga sebagai pembelajaran dengan media yang didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media.

  • FUNGSI MP DALAM PENGAJARANPengajaran Tematik (thematic)Pengajaran ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru. Bermula dengan perkongsian pengalaman yang diperolehi mungkin daripada tayangan video, lawatan ke kilang atau mendengar ceramah. Kemudian diikuti dengan perkongsian kepakaran di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan maklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya membuat kesimpulan. Satu laporan akan dibentangkan untuk dikongsi bersama dengan pelajar lain.

  • FUNGSI MP DALAM PENGAJARANPendidikan Jarak Jauh (PJJ)Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya. Ruangan berbual, papan buletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.Pendidikan Bagi Pelajar IstimewaMedia memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Pelajar pekak memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal. Bagi pelajar pintar, mereka disediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada seperti meneroka sesuatu tajuk dan mempersembahan dapatan mereka.

  • PENGKELASAN MEDIA PENGAJARANTerdapat pelbagai kalasifikasi media yang diasaskan kepada sesuatu teori tertentu. Untuk tujuan ini hanya sebahagian kecil sahaja yang akan digunakan. Antaranya:-Hoban dan Zissman (1937) Ia berasaskan kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar terletak pada tahap realismenya. Semakin realistik sesuatu bahan, semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran. Dalam pembangunan konsep ini, para penyelidik tersebut menyusun pelbagai kaedah pengajaran dalam hierarki realismenya bermula dari yang konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan).

  • PENGKELASAN MEDIA PENGAJARANModel Hoban dan Zissmen

    MEDIA PENGALAMAN

    PERKATAAN ABSTRAK GANBAR RAJAH PETA GAMBAR/LUKISAN FILEM/VIDEO MODEL 3D OBJEK/REALIA UJIKAJI/DEMONSTRASI KOMPUTER (SIMULASI) SITUASI SEBENAR KONKRIT

  • PENGKELASAN MEDIA PENGAJARANEdger Dale (1946) Mengambil pendekatan yang sama dengan Hoban dalam membina Kon Pengalaman Dale. Dalam kon ini pengalaman konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristewa sebenar berkurangan. Mengikut Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep yang abstrak.

  • PENGKELASAN MEDIA PENGAJARANEdgar Dale

    Abstrak

    Persimbolan

    Simbol/VerbalSimbol VisualRakaman audio, Radio, Gambar kakuGambar bergerakBahan Pameran PemerhatianLawatanTunjukcaraPengalaman melalui lakonan atau dramaPengalaman tiruan PenglibatanPengalaman sebenar

    Konkrit

  • PENGKELASAN MEDIA PENGAJARANBrunner (1966)Berdasarkan kon yang sama seperti Dale, tetapi ia membahagikan kepada 3 pengalaman, iaitu pengenalan enaktif, pengenalan ikonik dan pengalaman simbolik atau digital. Beliau mencadangkan penyampaian pelajaran bermula daripada pengalaman enaktif (pengalaman secara langsung atau sebenar) ke pengalaman ikonik (melalui visual) dan seterusnya kepada pengalaman simbolik atau digital (melalui perkataan). Kebijakasanaan guru menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Prinsip penyusunan ini sama dengan yang disarankan oleh Dale.

  • PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN

    Brunner

    Abstrak Simbol/VerbalSimbol VisualRakaman audio, Radio, Gambar kakuGambar bergerakBahan Pameran IkonikLawatanTunjukcaraPengalaman melalui lakonan atau dramaPengalaman tiruan Pengalaman sebenar Enaktif

  • PENGKELASAN MEDIA PENGAJARANGagne dan Briggs

    Mengikut Gagne dan Briggs (1974) mereka mengklasifikasikan media agak berbeza daripada Hoban et al. dan Dale. Mereka mengumpulkan media dalam enam kategori berdasarkan rangsangan fizikal yang dihasilkan oleh setiap media. Enam kategori tersebut ialah:-

    * perkataan yang diucapkan;* bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan;* perkataan bercetak;* gambar pegun;* gambar bergerak; dan* sampel sebenar.

  • PENGKELASAN MEDIA PENGAJARANDaripada sifat fizikal tersebut, ia dikaitkan dengan peralatan yang memiliki ciri-ciri ini. Contohnya, gambar pegun boleh disampaikan melalui slaid, filem, video, CD dan sebagainya. Bagi Gagne dan Briggs, mengenali ciri ini adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media, daripada terus kepada menentukan peralatan dan bahan. Sebagai contoh, jika pembelajaran itu memerlukan pelajar mengenal pasti ciri-ciri serangga, maka ciri fizikal media yang terbabit adalah gambar pegun, perkataan yang diucapkan, bunyi dan mungkin juga sampel sebenar. Terdapat pelbagai perkakasan yang memiliki ciri-ciri gambar pegun, perkataan yang diucapkan dan bunyi seperti video, pita slaid, televisyen, CD-ROM dan sebagainya. Mana-mana satu daripadanya dapat melaksanakan objektif yang sama.

  • PENGKELASAN MEDIA PENGAJARANPengkelasan Media

    BilJenis MediaContoh1Media Tayang KakuTransparensi, slaid dan mikrofon2Media Tayang BergerakPita video, cakera padat digital dan filem3Bahan GrafikLukisan, poster, kartun, carta dan graf

    4Gambar KakuGambar foto, kad imbasan dan poskad

    5Bahan Pameran 3 DModel, boneka, diorama dan pupet

    6Papan PameranPapan kapur, papan puteh, papan flanel dan papan buletin7Media AudioPita kaset, cakera padat dan komputer8Nedia CetakModul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)Pemilihan media merupakan satu perkara yang amat penting dalam memastikan pembelajaran berkesan. Oleh kerana itu pemilihan media berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media.

    Media pengajaran yang digunakan itu mestilah bertepatan dengan kehendak objektif pengajaran. Prinsip pemilihan MP menyatakan:-

    Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Ini bermaksud, kita perlu mengenal pasti objektif sebelum memulakan proses pemilihan sepertimana yang telah dinyatakan dalam model ASSURE.

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)Pemilihan juga perlu mengambil kira dari segi keseimbangan antara soal kepentingan media itu dan keberkesanan kos.

    Kepentingan Keberkesanan Kos

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan media pengajaran

    Isi pelajaran dan tahappencapaian yang dikehendaki

    Objektif pembelajaran Populasi sasaran

    Pemilihan

    Perwatakan pelajar Kekangan dalam pelaksanaan

    Penggunaan media

    Sikap dan kemahiran guru Pengajaran, ruang dan kemudahan

    Penggunaan

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)Terdapat beberapa faktor asas dalam pemilihan media:

    * Objektif* Pelajar* Kaedah * Praktikal

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)Objektif

    Dalam mengaitkan MP dangan objektif Gagne (1984) telah menggariskan 5 kategori:- Kemahiran mental/intelektual- Strategi kognitif- Maklumat lisan- Kemahiran motor- Sikap

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP) Padanan antara Media Pengajaran dengan Objektif:

    Kemahiran MotorKemahiran mentalMaklumat lisanSikap

    MediaPengajaran:Alatan mudah alihPerkakasan latihanMediaPengajaran:CartaFilemOHPSlaid/PitaKit latihanVideoMediaPengajaran:CartaFilm JalurFilemOHPAlatan mudah alihSlaidKit latihanVideoMediaPengajaran:FilemSlaid/PitaVideo

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)Kon Pengalaman Dale juga boleh digunakan untuk membuat pemilihan media berasaskan objektif:

    Go as low on the scale as you need to in order to ensure learning for your group, but go as high as you can for most efficient learning.

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP) Pelajar Mengetahui ciri-ciri pelajar merupakan satu lagi aspek utama dalam pemilihan MP. Dengan memastikan siapa pelajar guru dapat pastikan media yang terbaik bagi mereka memandangkan keberkesanan media berbeza-beza menurut ciri pelajar.

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)Mengikut model ASSURE terdapat 3 aspek utama bagi pelajar:

    - Ciri-ciri Umum- Keperluan Khusus- Stail Pembelajaran

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP) Ciri-ciri Umum Para penyelidik mendapati pelajar dewasa lebih berupaya mengendalikan pelbagai jenis pembelajaran. Mereka memerlukan kurang panduan jika dibandingkan dengan pelajar muda. Untuk mencapai objektif kognitif, media abstrak adalah lebih sesuai untuk pelajar dewasa berbanding pelajar muda.

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)Keperluan KhususVisual didapati membantu pelajar yang kurang mahir membaca. Walau bagaimanapun, gambar pegun dapat membantu golongan yang cekap dan kurang cekap membaca. Pelajar yang kurang cekap membaca juga didapati lebih gemar arahan dalam bentuk rakaman audio.

  • PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)Stail PembelajaranPelajar kinestatik didapati belajar dengan lebih berkesan melalui kit pembelajaran yang terdiri daripada model dan latihan yang bersifat fizikal. Berbeza dengan pelajar audio yang lebih suka mendengar dan bercakap. Manakala pelajar visual pula lebih suka melukis dan melakar buah fikiran mereka.