KONSEP PENGAJARAN MIKRO

download KONSEP PENGAJARAN MIKRO

of 13

description

AP

Transcript of KONSEP PENGAJARAN MIKRO

KONSEP PENGAJARAN MIKROPengajaran mikro adalah satu teknik pengajaran yang memakan masa tidak melebihi lima belas minit. Tujuannya memberi kemahiran mengajar secara berperingkat. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti pengajaran saperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.

Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran amali yang dipermudahkan dari aspek skop dan organisasinya. Istilah `mikro' bermaksud sesuatu yang kecil dan apabila dikaitkan dengan pengajaran ini bermaksud aspek utama iaitu saiz kelas, masa dan kemahiran mengajar dijadikan "kecil" dalam serba serbi.

Pengajaran mikro ialah sesi yang hanya mengendalikan satu bahagian daripada keseluruhan pengajaran misalnya kemahiran set induksi bagi sesuatu tajuk.

Konsep

1. Pengajaran mikro telah dipraktikkan secara meluas dalam latihan keguruan di seluruh dunia sejak diperkenalkan di Stanford Universiti oleh Dwight .W. Allen, Robert Bush dan Kim Romney di lewat tahun 1950-an

2. Merupakan satu bentuk simulasi pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk latihan guru-guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan

3. Pengajaran mikro amat berkesan untuk membantu pelajar/ guru menguasai kemahiran mengajar dalam situasi yang lebih tenang, kurang kompleks, terkawal dengan cara yang sistemetik dan analitikal

4. Dapat membantu pelajar menguasai kemahiran, kaedah mengajar dan dan isi kandungan

5. Lebih berfokus kepada beberapa komponen kemahiran mengajar seperti kemahiran permulaan , penggunaan sumber, kemahiran penyoalan, kemahiran menerang, kemahiran menjalankan aktiviti, dan kemahiran penutup

6. Secara umum pengajaran mikro melibatkan proses pengajaran, mengkaji dan membuat refleksi (teach, review and reflect)

7. Proses pengajaran mikro melibatkani.jangkaan masa antaralimahingga sepuluh minit atau (lebih panjang)ii.kumpulan pelajar antara 3 hingga 4 orang (boleh berubah)iii.pelajar sesama pelajariv.pelajar dengan murid dalam bentuk klinik mikro/makro vi.pengunaan borang kemahiran mikro

Pengertian

Mengikut Micheel J Wallace pengajaran mikro merupakan pengajaran yang dipermudahkan. Pengertian ini membawa makna satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan

Pengajaran mikro boleh diertikan suatu latihan pengajaran untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran mengajar guru pelatih sebelum praktikum atau berlaku pengajaran yang sebenar di sekolah

Education EncyclopediaMicroteaching is a scaled-down, simulated teaching encounter desingned for the training of both presevice or in-service teachers.

Kemahiran yang menjadi fokus dalam pengajaran mikro

Kemahiran MemulakanPengajaran (set induksi)Kemahiran MenyoalKemahiran MenerangKemahiran MenggunakanPapan Tulis

Kemahiran Variasi RangsanganKemahiran Menggunakan SumberKemahiran PengukuhanKemahiran Menutup Pengajaran

Tujuan pengajaran mikro

1. Memberi peluang kepada guru mempraktik kemahiran mengajar dalam situasi terancang.2. Dapat mengamalkan teori dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari.3. Membolehkan guru dapat menguasai kemahiran pengajaran dengan cepat melalui pengalaman yang menyeronokkan.4. Melalui rakaman video, guru dapat membuat refleksi kelemahan dan kekuatan pengajaran yang berfokus.5. Dapat memperbaiki kelemahan dan mendapat bimbingan daripada pensyarah penyelia atau rakan sekelas.6. Mengurangkan ketegangan dan meningkatkan keyakinan guru untuk menghadapi situasi pengajaran yang sebenar.7. Dapat mengurangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Situasi Pengajaran Mikro

1Saiz kelas kecil (4-10 orang)

Kelas untuk pengajaran mikro tidak terikat seperti kelas biasa. Minimum 4 hingga 10 murid atau rakan diperlukan supaya mudah dikawal dan memantau pelaksanaan secara spesifik.

2Masa pengajaran dipendekan (5 15 minit)Oleh kerana tumpuan kepada satu kemahiran pengajaran sahaja, masa yang diambil memadai antara 5 hingga 15 minit untuk melihat fokus kemahiran dengan lebih terperinci.

3Dilaksanakan dalam bilik mikro atau makmal pengajaran

Boleh dilaksanakan dalam bilik mikro pengajaran yang mengandungi kelengkapan secukupnya seperti perakam video, papan hitam, meja dan kerusi untuk murid serta kelengkapan alat tulis lain. Pengajaran mikro boleh juga dilaksanakan di sekolah tetapi pastikan kriteria-kriteria lain diambil kira seperti jumlah murid, kelengkapan alatan pengajaran dan mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan sekolah.

4Ada penyelia, pensyarah atau rakan bimbingan

Semasa sesi pengajaran mikro, pensyarah perlu ada bersama dengan guru untuk melihat, mendengar dan menganalisis tingkah laku pengajaran yang berlaku dalam kelas. Pensyarah bolehlah mencatat dan memberi perhatian sepenuhnya untuk memberi maklumbalas selepas pengajaran. Maklumbalas atau pendapat juga boleh diperoleh dari rakan guru yang disimulasi sebagai murid.

5Fokus kepada satu kemahiran pengajaran

Dalam pengajaran mikro fokus hanya kepada satu kemahiran sahaja pada satu masa, sebagai contohnya untuk melihat penguasaan guru dalam aspek set induksi. Apabila satu kemahiran telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran lain.

6Rekod borang Bimbingan (protokol)

Borang ini digunakan oleh pensyarah untuk mencatat perlakuan guru pelatih tentang aspek kemahiran mengajar yang difokuskan. Perlu ditegaskan bahawa pengajaran mikro ini bukan penilaian markah tetapi ia lebih kepada bimbingan untuk guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan lebih yakin. Borang ini mengandungi sub kemahiran mengajar dan petunjuk kualiti untuk ditentukan oleh pensyarah semasa pengajaran berlaku. Selepas tamat pengajaran mikro, pensyarah boleh mentafsir, menganalisis data yang dicatat untuk memberi bimbingan kepada guru pelatih

7Pengajaran, mengkaji, Tafsir, refleksi dan bimbingan

Semasa pengajaran mikro sedang berlangsung, pensyarah tidak boleh campur tangan, atau memberi komen pengajaran kepada guru tersebut. Sebarang bimbingan atau analisis perlu dilakukan sebelum atau selepas pengajaran mikro. Dalam sesi ini pensyarah hendaklah memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengeluarkan pendapat, pandangan, memberi ulasan tentang kelemahan dan kekuatan yang berlaku semasa pengajaran mikro. Selepas itu barulah pensyarah memberi bimbingan, diskusi, motivasi dan tunjuk cara yang lebih baik kepada guru.

Langkah-Langkah Pengajaran Mikro

Konsep Pengajaran mikro

Pengajaranberlaku

Membuat refleksiPerbincanganPengajaran semula

PersediaanPengajaran mikro

PelaksanaanPengajaran mikro

PascaPengajaran mikro

Perancangan mata pelajaranPenentuan komponen kemahiran

MemerhatiMengisi borang bimbinganMerakam video

Main semula perakam videoPerbincanganTafsirCadanganMerumus

Kemahiran Pengajaran Mikro1. Kemahiran permulaan2. Kemahiran pelbagai ransangan3. Kemahiran pengukuhan4. Kemahiran penyoalan5. Kemahiran Menerang6. Kemahiran menggunakan sumber7. Kemahiran Interaksi8. Kemahiran melaksanakan aktiviti9. Kemahiran penutup

Kemahiran Permulaan (Induksi Set)

1Menarik perhatianUntuk menarik perhatian murid

2Mewujudkan motivasiUntuk memotivasikan murid

3MenstrukturUntuk menjelaskan apakah yang akan dipelajari

4Membuat perkaitanUntuk membuat perkaitan antara isi pelajaran yang telah dipelajari dengan yang akan dipelajari

Kemahiran Pelbagai Rangsangan

1Pergerakan fizikal guruGuru bergerak mengikut zon aktif murid

2Perubahan nada suaraMendatar lantangLantang - senyap

3Pergerakan anggota (posture/gesture)Tangan kepalaTangan - hentian

4Perubahan fokus deria muridMendengar menontonMelihat - merasa

5Bentuk penglibatan lisan muridMenyoal menjawabBertukar membacaBercerita - berbincang

6Bentuk penglibatan fizikal muridMenulis jawapan di papan tulisMelakukan tunjukcara di hadapan kelas

Kemahiran Pengukuhan

1Lisan positifGuru menggunakan sebutan: baik/baus/betul/jawapan batul mengulang jawapan murid

2Lisan negatif bukan salah tidak kurang lengkap menyindir jawapan buruk

3Gerak isyarat positif senyuman tepuk tangan mengangkat ibu jari

4Penggunaan jawapan murid

5Dampingan

mendampingi murid berdiri di sebelah murid duduk di sisi murid

6Sentuhan

menyentuh kepala menyentuh bahu menyentuh bahagian belakang murid

7Gerak isyarat negatif mengeleng-geleng kepala menunjukkan muka marah menggoyangkan tangan

8Tiada pengukuhan

Kemahiran Penyoalan

1Pembentukan soalan jelas tepat ringkas

2konsep

Fokus soalan

Fokus tunggsl Soalan ditumpukan kepada satu idea sahaja Soalan konvergen (setumpu)

Fokus pelbagai Soalan diperluaskan kepada lebih daripada satu idea Soalan divergent (bercapah)

3Sebaran soalanSoalan disebarkan kepada seluruh kelas

4HentianMemberi masa kepada murid memikirkan jawapan

5Memberi petunjuk menjawab

memberi petua atau petunjuk untuk membantu murid menjawab soalan

6Alih hala soalan

Aras soalan

66Penilaian

55Sentesis

44Analisis

33Aplikasi

22Kefahaman

11Pengetahuan

Peringkat Soalan Taksonomi Bloom

Pengetahuan(Ingat Kembali)

Mengenal, mengecam Mengingat semula (fakta, definisi)

Siapakah.?Dimanakah?Yang mana satu?Apakah.?Bagaimana?Kenapa..?Berapakah..?Bilakah?Apakah maksud?

Kefahaman

Mentafsir Memberi contoh Mengkelas Meringkas Menyimpul Membanding Menerang

Dengan menggunakan perkataan kamu sendiri nyatakan?Berikan satu contoh..?Pilih definisi terbaik?Ringkaskan perenggan..?Terangkan apakah yang berlaku sekiranya..?Terangkan apakah yang dimaksudkan..?

Aplikasi

Menyempurna melaksanaAdakah anda tahu dalam situasi laindi mana?Dari maklumat yang diberi, bolehkah anda menghasilkan satu set arahan mengenaiNyatakan banyak manakah perubahan akan berlaku?

Analisis

Membeza Menyusun/mengatur Membuat tanggapan

Kenapa?Sekiranya..?Apakah tujuan?Bolehkah kita mengandaikan.?Apakah kesimpulan..?Apakah hubungan diantara.?Nyatakan pandangan pengarang?

Sintisis Menjana Merancang Menghasilkan

Bolehkah anda menciptauntuk?Bolehkan anda melihat kemungkinan penyelesaian kepada.?Sekiranya anda mempunyai sumber-sumber bagaimana anda akan menanganinyaBerapa carakah anda boleh?Bolehkah anda menghasilkan carapenggunaan baru dan unik untuk..?

Penilaian

Memeriksa/menyemak mengkritikAdakah cara lain yang lebih baik?Bolehkah anda mempertahankan pegangan mengenai?Apakah perubahan kepadayg anda cadangkan?Adakah anda mempercayai.? Apakah perasaan anda mengenainya?Siapa yang akan mendapat manfaat& siapa yang akan rugi?

Mengapa Perlu Menyoal Ketika Melaksanakan Pengajaran?

1.Mengenal pasti apa pelajar tahu2.Melibatkan pelajar dalam pelajaran3.Memotivasikan pelajar4.Menimbulkan minat5.Memfokus kepada sesuatu6.Mengenal pasti kelemahan7.Menggalakkan pemikiran8.Menggalakkan perbincangan9.Menjana pembelajaran kendiri10.Menilai pemahaman murid

Apakah Penyoalan?

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklumbalas murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal.

SOALAN MAKLUMBALASREAKSI SELEPAS MAKLUM BALAS

Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan merangsang aktiviti mental.Beberapa kebaikan penyoalan adalah seperti berikut;

Merangsang pembelajaran Mengembangkan potensi berfikir murid Memandu kepada idea yang jelas Menggerakkan imaginasi Insentif kepada tindakanBila Guru Mengemukakan Soalan?

Fasa PengajaranTujuan Menyoal

PermulaanMembantu murid mengingat kembali pengetahuan lepas yang berkaitan

PerkembanganMencungkil fikiran pelajar untuk membantu mengikuti pelajaran dengan berkesan

PenutupMenilai pencapaian objektif pelajaran

Bagaimana Mencungkil Jawapan Murid?

1.Elak daripada soalan tertutup: jawapannya ya, tidak, betul, salah sahaja2.Pindah: soalan tutup ke aras lebih tinggi (Alihhala)3.Guna teknik wait time4.Guna ganjaran dan denda secara bijak5.Beri petunjuk verbal dan tidak verbal6.Libatkan semua pelajar7.Kemuka soalan yang perlu penjelasan

Garis Panduan Utama Ketika Mengemukakan Soalan

1.Soal seluruh kelas2.Soal dahulu, kemudian panggil pelajar3.Sesuaikan soalan dengan aras pemikiran pelajar4.Ulangi soalan penting5.Sediakan soalan dengan teliti6.Beri gerak balas yang menggalakkan7.Gunakan soalan pimpinan (leading question)8.Soal sepanjang pelajaran, bukan di akhir pelajaran sahaja34

Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

1kejelasanSaiz tulisan yang sesuaiTulisan kemas dan tepatGambarajah jelas, ringkas

2Susunan (layout)penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbangsusunan jelas dilihatnota disusun secara sistematik

3Penonjolan / penekananwarna kapur/pen marker yang sesuaiwarna kapur/pen marker yang menarik

4Teknik persembahan

berjaya membentuk konsep yang jelas dan tepatberjaya memudahkan konsepberjaya melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaranmenggunakan papan tulis dalam masa yang sesuai

Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

1kejelasanSaiz tulisan yang sesuaiTulisan kemas dan tepatGambarajah jelas, ringkas

2Susunan (layout)penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbangsusunan jelas dilihatnota disusun secara sistematik

3Penonjolan / penekananwarna kapur/pen marker yang sesuaiwarna kapur/pen marker yang menarik

4Teknik persembahan

berjaya membentuk konsep yang jelas dan tepatberjaya memudahkan konsepberjaya melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaranmenggunakan papan tulis dalam masa yang sesuai

2009 Pengajaran Mikro Pengajaran mikro telah dipraktikkan secara meluas dalam latihan keguruan di seluruh dunia sejak diperkenalkan di Stanford Universiti oleh Dwight .W. Allen, Robert Bush dan Kim Romney di lewat tahun 1950-an. Merupakan satu bentuk simulasi pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk latihan guru-guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan Pengajaran mikro amat berkesan untuk membantu pelajar/ guru menguasai kemahiran mengajar dalam situasi yang lebih tenang, kurang kompleks, terkawal dengan cara yang sistemetik dan analitikal Dapat membantu pelajar menguasai kemahiran, kaedah mengajar dan dan isi kandungan Lebih berfokus kepada beberapa komponen kemahiran mengajar saperti kemahiran permulaan , penggunaan sumber, kemahiran penyoalan, kemahiran menerang, kemahiran menjalankan aktiviti, dan kemahiran penutup Secara umum pengajaran mikro melibatkan proses pengajaran, mengkaji dan membuat refleksi (teach, review and reflect) Proses pengajaran mikro melibatkan - jangkaan masa antara lima hingga sepuluh minit atau (lebih panjang) - kumpulan pelajar antara 3 hingga 4 orang (boleh berubah) - pelajar sesama pelajar - pelajar dengan murid - dalam bentuk klinik mikro/makro - pengunaan borang kemahiran mikro Pengertian Mengikut Micheel J Wallace pengajaran mikro merupakan pengajaran yang dipermudahkan. Pengertian ini membawa makna satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, matapelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan Pengertian Pengajaran mikro boleh diertikan suatu latihan pengajaran untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran mengajar guru pelatih sebelum praktikum atau berlaku pengajaran yang sebenar di sekolah Pengertian Education Encyclopedia Microteaching is a scaled-down, simulated teaching encounter desingned for the training of both presevice or in-service teachers. Tujuan pengajaran mikro Memberi peluang kepada guru mempraktik kemahiran mengajar dalam situasi terancang. Dapat mengamalkan teori dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari. Membolehkan guru dapat mengusai kemahiran pengajaran dengan cepat melalui pengalaman yang menyeronokkan. 4. Melalui rakaman video, guru dapat membuat refleksi kelemahan, kekuatan pengajaran yang berfokus. 5. Dapat memperbaiki kelemahan dan mendapat bimbingan daripada pensyarah penyelia atau rakan sekelas. 6. Mengurangkan ketegangan dan meningkatkan keyakinan guru untuk menghadapi situasi pengajaran yang sebenar. 7. Dapat mengurangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Situasi Pengajaran Mikro Saiz kelas kecil (4-10 orang) Fokus kepada satu kemahiran pengajaran Rekod borang Bimbingan (protokol) Dilaksanakan dalam bilik mikro atau makmal pengajaran Ada penyelia, pensyarah atau rakan bimbingan Masa pengajaran dipendekan (5 15 minit) Pengajaran, mengkaji, Tafsir, refleksi dan bimbingan Situasi Pengajaran Mikro Murid sebenar atau rakan sebaya Dalam pengajaran mikro murid sebenar diambil untuk berinteraksi dengan guru yang mengajar. Ini bertujuan untuk mendapat situasi sebenar wujud semasa pengajaran tersebut. Sekiranya sukar untuk mendapat murid sebenar rakannya boleh disemulasi sebagai murid. Jadi rakan anda berperanan sebagai murid dalam sesi pengajaran mikro tersebut Dilaksanakan dalam bilik mikro atau makmal pengajaran Boleh dilaksanakan dalam bilik mikro pengajaran yang mengandungi kelengkapan secukupnya seperti perakam video, papan hitam, meja dan kerusi untuk murid serta kelengkapan alat tulis lain. Pengajaran mikro boleh juga dilaksanakan disekolah tetapi pastikan kriteria kriteria lain diambil kira seperti jumlah murid, kelengkapan alatan pengajaran dan mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan sekolah. Masa pengajaran dipendekkan Oleh kerana tumpuan kepada satu kemahiran pengajaran sahaja, masa yang diambil tidak perlu 30 atau 60 minit seperti kelas biasa. Memadai 5 hingga 15 minit untuk melihat fokus kemahiran yang hendak dilihat dengan lebih terperinci. Saiz kelas kecil Kelas untuk pengajaran mikro tidak terikat seperti kelas biasa. Minimum 4 hingga 10 murid atau rakanya diperlukan supaya mudah dikawal dan mementau pelaksanaan secara spesifik. Ada penyelia, pensyarah atau rakan sebaya. Semasa sesi mikro ini, pensyarah perlu ada bersama dengan guru untuk melihat, mendengar dan menganalisa tingkahlaku pengajaran yang berlakukan dalam kelas. Pensyarah bolehlah mencatat dan memberi perhatian sepenuhnya untuk maklumbalas kemudian. Maklumbalas atau pendapat juga boleh diperolehi dari rakanguru yang disemulasi sebagai murid. Fokus kepada satu kemahiran pengajaran Dalam pengajaran mikro fokus hanya kepada satu kemahiran sahaja pada satu masa, sebagai contohnya untuk melihat penguasaan guru dalam aspek set induksi. Apabila satu kemahiran telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan dengan kemahiran - kemahiran lain. Bimbingan dan Diskusi Semasa pengajaran mikro sedang berlansung, pensyarah tidak boleh campurtangan, atau memberi komen pengajaran kepada guru tersebut. Jadi sebarang bimbingan atau analisa perlu dilakukan sebelum atau selepas pengajaran mikro. Dalam sesi ini pensyarah hendaklah memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengeluarkan pendapat, pandangan, memberi ulasan kelemahan dan kekuatan yang berlaku semasa pengajaran mikro. Selepas itu barulah pensyarah memberi bimbingan, diskusi, motivasi dan tunjuk cara yang lebih baik kepada guru. Rekod Borang Bimbingan Borang ini digunakan untuk pensyarah memerhati perlakuan guru pelatih tentang aspek kemahiran mengajar dan mengisi dalam borang bimbingan ini. Perlu ditegaskan bahawa pengajaran mikro ini bukan penilaian markah tetapi ia lebih kepada bimbingan untuk guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan lebih yakin. Dalam borang ini mengandungi sub kemahiran mengajar dan petunjuk qualiti untuk ditentukan oleh pensyarah semasa pengajaran berlaku. Selepas tamat pengajaran mikro, pensyarah boleh mentafsir, menganalisa data yang dicatat untuk memberi bimbingan kepada guru pelatih