Konsep pengujian

3
KONSEP PENGUJIAN SATU TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG PERUBAHAN TINGKAH LAKU SESEORANG UJIAN - SATU SET SOALAN ATAU TUGASAN YANG MEMERLUKAN SESEORANG BERTINDAK BALAS TUJUAN PENGUJIAN Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai Mengesan kemajuan yang telah diperolehi Menentukan penempatan murid ikut kebolehan Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p Jenis-jenis item ujian objektif Item pilihan jawapan bebas Item pilihan jawapan tetap PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang memerlukan calon memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respon) yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau memadankan perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus. Ujian objektif ini mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan calon dapat diperiksa dengan mudah dan tepat. Jawapan yang sama akan diberi markah yang sama oleh sesiapa yang memeriksanya. Ujian objektif biasanya dibina dalam dua jenis kumpulan iaitu jenis bekalan dan jenis pilihan Ujian Esei/Subjektif Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan) Jenis soalan subjektif

description

KONSEP TINGKAH LAKU

Transcript of Konsep pengujian

Page 1: Konsep pengujian

KONSEP PENGUJIAN

SATU TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG PERUBAHAN TINGKAH LAKU

SESEORANG

UJIAN - SATU SET SOALAN ATAU TUGASAN YANG MEMERLUKAN SESEORANG BERTINDAK

BALAS

TUJUAN PENGUJIAN

Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai

Mengesan kemajuan yang telah diperolehi

Menentukan penempatan murid ikut kebolehan

Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p

Jenis-jenis item ujian objektif

Item pilihan jawapan bebas

Item pilihan jawapan tetap

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang memerlukan calon

memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respon) yang tepat,

melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau memadankan perkara yang berkaitan dengan

menggunakan garis lurus. Ujian objektif ini mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi kerana

jawapan calon dapat diperiksa dengan mudah dan tepat. Jawapan yang sama akan diberi markah

yang sama oleh sesiapa yang memeriksanya. Ujian objektif biasanya dibina dalam dua jenis kumpulan

iaitu jenis bekalan dan jenis pilihan

Ujian Esei/Subjektif

Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis

Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan

Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei

penuh (lanjutan)

Jenis soalan subjektif

Page 2: Konsep pengujian

Jawapan pendek

Soalan berstruktur

Soalan esei

Ujian Formatif

Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan

pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud

semasa pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas

kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan

yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbulkan kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif

adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati

matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru berikan di bilik darjah seperti

ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif

1. Menentukan Tajuk Pengajaran

2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan

3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk

4. Membina Soalan Ujian

5. Mencadangkan Tindakan Susulan

Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk

memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat

mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan

persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Page 3: Konsep pengujian