Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah...

19
Konsep Petarikhan Dalam Sejarah ABSTRAK Dibentangkan Persidangan Kebangsaan MGCM 2007 MASARIAH BT MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA KUALA LUMPUR MEI 2007 [email protected] Konsep Pertarikhan Dalam Sejarah merupakan salah satu aspek penting dalam pengetahuan sejarah iaitu Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kemahiran ini membolehkan murid-murid memahami konsep tarikh mengikut kemajuan sesuatu tamadun serta dapat mengaitkan masa lalu, masa kini dan akan datang. Antara konsep pertarikhan penting yang perlu diketahui ialah Before Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM). BC/SM adalah tahun yang dikira sebelum kelahiran Nabi Isa. Anno Domini (AD) / The Year of the Lord / tahun Masihi (M). AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa. Hijrah adalah takwim Islam yang dikira bermula penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah pada 622 Masihi. Konsep pentarikhan lain seperti 10 tahun bersamaan 1 dekad / dasa warsa, 50 tahun bersamaan setengah kurun, 100 tahun bersamaan 1 kurun / abad dan 1000 tahun bersamaan 1 alaf / millinium. Kronologi ialah melihat masa lalu, kini dan masa akan datang secara urutan sesuatu peristiwa sejarah berlaku. Konversi masa ialah melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman seperti Zaman Pra Sejarah, Zaman Pendudukan Jepun dan Zaman Darurat tanpa menyatakan tahunnya. Kemahiran terhadap konsep ini dapat meningkatkan pemahaman terhadap terhadap matapelajaran sejarah dan membolehkan murid membuat imaginatif serta melihat secara empati sesuatu peristiwa sejarah. Pemahaman tentang konsep pentarikhan ini dapat membuktikan bahawa sejarah bukan bermakna menguasai tarikh tetapi menguasai konsep pentarikhan bagi sesuatu peristiwa yang penting sahaja.

Transcript of Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah...

Page 1: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Konsep Petarikhan Dalam Sejarah

ABSTRAK

Dibentangkan Persidangan Kebangsaan MGCM 2007

MASARIAH BT MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

KUALA LUMPUR MEI 2007

[email protected] Konsep Pertarikhan Dalam Sejarah merupakan salah satu aspek penting

dalam pengetahuan sejarah iaitu Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kemahiran

ini membolehkan murid-murid memahami konsep tarikh mengikut kemajuan

sesuatu tamadun serta dapat mengaitkan masa lalu, masa kini dan akan

datang. Antara konsep pertarikhan penting yang perlu diketahui ialah Before

Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM). BC/SM adalah tahun yang dikira

sebelum kelahiran Nabi Isa. Anno Domini (AD) / The Year of the Lord / tahun

Masihi (M). AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa. Hijrah

adalah takwim Islam yang dikira bermula penghijrahan Nabi Muhammad

S.A.W ke Madinah pada 622 Masihi. Konsep pentarikhan lain seperti 10

tahun bersamaan 1 dekad / dasa warsa, 50 tahun bersamaan setengah

kurun, 100 tahun bersamaan 1 kurun / abad dan 1000 tahun bersamaan 1

alaf / millinium. Kronologi ialah melihat masa lalu, kini dan masa akan datang

secara urutan sesuatu peristiwa sejarah berlaku. Konversi masa ialah

melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman seperti Zaman Pra Sejarah,

Zaman Pendudukan Jepun dan Zaman Darurat tanpa menyatakan tahunnya.

Kemahiran terhadap konsep ini dapat meningkatkan pemahaman terhadap

terhadap matapelajaran sejarah dan membolehkan murid membuat

imaginatif serta melihat secara empati sesuatu peristiwa sejarah.

Pemahaman tentang konsep pentarikhan ini dapat membuktikan bahawa

sejarah bukan bermakna menguasai tarikh tetapi menguasai konsep

pentarikhan bagi sesuatu peristiwa yang penting sahaja.

Page 2: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Pengenalan

Tarikh tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia seperti tarikh lahir, tarikh

kemerdekaan, Hari Ibu, Hari Guru, Hari Buruh dan banyak lagi kerana tarikh ini sangat

bermakna dan signifikan kepada emosi dan kehidupan manusia. Bagitulah halnya

mempelajari sejarah tidak dapat lari daripada mengingati tarikh dan masa sesuatu peristiwa.

Definasi kepada pengertian sejarah itu sendiri itu menjurus kepada maksud masa lalu yang

melibatkan pertarikhan. Carr memutuskan bahawa sejarah ialah suatu proses perhubungan

tidak putus-putus di antara ahli sejarah dengan bahan-bahannya, suatu dialog yang juga

tidak putus-putus di antara zaman sekarang dengan masa yang telah lalu. Redourie

berpendapat sejarah sebagai masa lalu, yang mengandungi semua kejadian masa lalu,

yakni suatu kumpulan kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa yang telah berlalu.

Peristiwa masa lalu mengandungi segala-gala yang telah berlaku samada semalam,

seminggu lalu, setahun lalu, sepuluh tahun dulu maupun seribu tahun lalu. Oleh yang

demikian penguasaan terhadap konsep pentarikhan menjadi aspek yang penting dalam

matapelajaran sejarah kerana tarikh juga dianggap sebagai fakta sejarah. Konsep

pentarikhan ini merupakan aspek kemahiran pemikiran sejarah yang mesti dikuasai oleh

murid-murid diperingkat sekolah.

Kekangan Memahami Konsep Pentarikhan Dalam Sejarah. i. Murid-murid menganggap menguasai sejarah sebagai mengingati tarikh-tarikh.

Hakikatnya bukan semua tarikh patut diingati memadai dengan tarikh penting dan

bermakna kepada negara, bangsa dan diri.

ii. Murid-murid gagal mengenal pasti tarikh-tarikh bermakna atau tarikh yang penting untuk

diingati. Hal ini menyebabkan ramai murid menghadapi fobia tarikh yang membunuh

minat mereka terhadap matapelajaran sejarah.

Page 3: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

iii. Kemahiran menguasai konsep pentarikhan kurang diberi penekanan kepada murid-

murid. Konsep ini hanya dijelaskan sepintas lalu di tingkatan 1, bab 1 dibawah tajuk

Sejarah Dan Kita.

iv. Kefahaman murid untuk menguasai konsep pentarikhan bergantung kepada

kematangan kognitif. Mengikut Piaget, kesedaran serta kefahaman manusia terhadap

tarikh dan masa berlaku secara berperingkat-peringkat. Ianya juga dikatakan berlaku

selaras dengan perkembangan kognitif manusia. Oleh yang demikian kemampuan

seseorang kanan-kanak untuk memahami tentang konsep masa bergantung kepada

kematangan mentalnya. Smith dan Tomlinson, Levin dan Jahoda menyatakan bahawa

konsep tarikh dan masa hanya dapat difahami sepenuhnya oleh kanak-kanak apabila

mereka meningkat umur 11 tahun. Friedman dan Roger pula menegaskan bahawa

kefahaman kanak-kanak terhadap konsep masa masih terus berlaku walaupun di

peringkat umur 16 tahun, malahan di peringkat umur 17 dan 18 tahun.

v. Murid kurang kesedaran terhadap kepentingan penggunaan tarikh sebagai cara

mengukuhkan kefahaman dan bukan menghafal.

vi. Murid juga kurang memahami konsep kronologi masa. Kefahaman murid tentang urutan

peristiwa yang berlaku akan memudahkan murid menguasai dan mengingat fakta

sejarah dengan lebih lama.

vii. Keliru dengan konsep pentarikhan dan penggunaan sistem kalendar. Murid-murid masih

tidak menguasai konsep sistem kalendar seperti sebelum masihi, tahun masihi dan

tahun hijrah.

Page 4: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Konsep Pentarikhan Meningkatkan Keberkesanan Penguasaan Murid Terhadap Mata Pelajaran Sejarah. i. Mengukuhkan kefahaman dan kuasa mengingat murid.

ii. Memudahkan murid-murid menghubung kaitkan antara peristiwa-peristiwa penting yang

berlaku.

iii. Memudahkan murid menyusun sesuatu peristiwa mengikut kronologi peristiwa berlaku.

iv. Mengenal pasti tarikh penting dan peristiwa sejarah yang bermakna.

v. Membolehkan murid-murid melihat dan menghubungkait masa lalu, masa kini dan masa

depan.

vi. Meransang daya imiginasi murid terhadap sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan masa

kejadian. Hal yang demikian dapat memupuk perasaan dan penghayatan terhadap

sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku.

vii. Menguasai kemahiran konsep pentarikhan dan sistem kalendar yang digunakan pada

hari ini.

Page 5: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Beberapa Dimensi Dalam Konsep Pentarikhan Sejarah Yang Penting Untuk Dikuasai. i. Before Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM).

BC/SM adalah tahun yang dikira sebelum kelahiran Nabi Isa. Uniknya konsep

pentarikhan bagi BC/SM dibuat secara berturutan kebelakang selepas kelahiran Nabi

Isa. Rujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini.

Garis masa 1 dibawah menunjukkan kemunculan Tamadun Hwang Ho adalah 1800

tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, diikuti Tamadun Indus 2500SM dan Tamadun Mesir

3100 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Tamadun Mesapotamia dianggap Tamadun

pertama yang muncul di dunia adalah pada 3500 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.

3500SM 3100SM 2500SM 1800SM 1000SM 1000SM

Garis Masa 1

ii. Anno Domini (AD) / The year of The Lord / Tahun Masihi (M).

AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa. Sistem pentarikhan masihi ini

diguna pakai untuk sistem kalendar sekarang. Garis masa 1 menunjukkan tahun

sekarang adalah 2007 Masihi. Sejarah sistem kalendar masihi adalah daripada

sumbangan ahli astronomi Mesir. Ahli kaji bintang Mesir telah membahagikan setahun

kepada 12 bulan dan 365 hari. Setiap bulan mengandungi 30 hari dan menambahkan

Tamadun Mesapotamia

Tamadun Mesir

Tamadun Indus

Tamadun Hwang Ho

Nabi Isa dilahirkan

2007M

Page 6: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

lima hari kepada bulan yang terakhir. Kalendar Mesir tersebut telah diubah suai oleh

pemimpin Rom Julius Caesar. Sistem kalendar tersebut dinamakan Gregoria. Kalendar

Gregoria merupakan yang kita gunakan sekarang. Nama bulan Julai mengambil

sempena nama Julius Caesar.

iii. Hijrah

Hijrah adalah takwim Islam yang dikira bermula penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w.

dari Mekah ke Madinah pada 622 masihi. Garis masa 2 dan 3 di bawah menunjukkan

permulaan kalendar Islam.

Hijrah bermula pada 622M dan pada tahun 2007 sekarang bersamaan 1428 Hijrah.

Kalendar Hijrah mengandungi 12 bulan dalam setahun. Bulan-bulan tersebut ialah

Muharam, Safar, Ramadil Awal, Ramadil Akhir, Jamadil Awal, Jamad'il Akhir, Rejab,

Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Setiap bulan dalam kalendar

mengandungi 29 atau 30 hari.

1000SM 1M 622M/1Hijrah 2007M/1428H

Garis Masa 2

Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah

Nabi Isa dilahirkan

Page 7: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

7

Konsep Pentarikhan Dalam Sejarah

SM / BC M / AD

1SM 1M

500SM 400SM 300SM 200SM 100SM 100M 200M 300M 400M 500M 600M 700M 800M 900M 1000M 1100M 1200M 1300M 1400M 1500M 1600M 1700M 1800M 1900M 2000M 2100M

622M ( 1 H )

2007M ( 1428H )

HIJRAH

Petunjuk :

Before Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM)

Anno Domini (AD) / The Year of the Lord / tahun Masihi (M)

Before Chirst (BC) / Sebelum Masihi (SM) :

BC/SM adalah tahun yang dikira sebelum kelahiran Nabi Isa

Anno Domini (AD) / The Year of the Lord / tahun Masihi (M) :

AD/M adalah tahun yang dikira setelah kelahiran Nabi Isa

Hijrah :

Hijrah adalah takwim Islam yang dikira bermula penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W

ke Madinah pada 622 masihi

Garis Masa 3

Page 8: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

iv. Kronologi

Kronologi ialah melihat masa lalu, kini dan masa akan datang secara urutan sesuatu

peristiwa sejarah yang berlaku. Sesuatu peristiwa sejarah merupakan rangkaian

berbagai peristiwa berkaitan. Kebiasaan menjadi masalah kepada murid-murid yang

mempelajari sejarah ialah peristiwa-peristiwa tersebut tidak dapat dihubungkan secara

tersusun. Sehubungan itu, murid-murid perlu mengetahui jangka masa tertentu

peristiwa-peristiwa sejarah yang dipelajari dan menyusunnya secara kronologi. Dengan

demikiran, murid-murid bukan sahaja dapat menghubungkan segala peristiwa yang

berkaitan tetapi juga memahaminya dengan lebih baik. Murid-murid juga akan sedar

bahawa tarikh-tarikh yang dipelajari mempunyai fungsi yang sangat mustahak kepada

kefahaman mereka dan bukan untuk dihafal semata-mata.

Kefahaman konsep kronologi membolehkan murid-murid menguasai fakta sejarah

dengan lebih berkesan. Konsep ini memberi kemahiran kepada murid dengan pelbagai

kaedah belajar melalui carta masa. Berikut adalah contoh pelbagai penggunaan carta

masa secara kronologi dalam P&P Sejarah.

Page 9: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

(a) Carta masa berdasarkan pengurusan grafik.

Garis Masa 4 : Perluasan Kuasa Jepun sehingga Perang Dunia Kedua

Garis Masa 5 : Langkah British Mengukuhkan Kuasa di Negeri-Negeri Melayu Utara

Page 10: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Garis Masa 6 : Urutan Peristiwa Yang Membawa Kepada Perlunya British Membuka Sebuah

Pelabuhan Baru di Singapura

Garis Masa 7 : Langkah British Mengukuhkan Kuasa di Negeri Sembilan

Page 11: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Garis Masa : 8 Jangka Masa Peristiwa Sebelum Pembukaan Semula Kota Makkah

Garis Masa 9 : Pembentukan Tamadun Awal Dunia

Page 12: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Garis Masa 10 : Rentetan Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah

Garis Masa 11 : Laluan Sejarah Melaka 1400 – 1826

Page 13: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

(b) Carta Masa Berdasarkan Peta.

Garis Masa 12 : Perluasan kuasa keluarga Brooke di Sarawak 1846 – 1905

Garis Masa 13 : Perluasan kuasa keluarga Brooke d Sarawak

Page 14: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Garis Masa 14 : Perkembangan landasan keretapi di Tanah Melayu

Garis Masa 15 : Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu (1941)

Page 15: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

(c) Kronologi menunjukkan proses sesuatu peristiwa

Garis Masa 17 : Proses Meluluskan Undang-Undang di Parlimen

PEWARTAAN dalam warta Kerajaan

PENGESAHAN DYMM Yang di-Pertuan Agong disahuntuk ditandatangani

PEMBENTANGAN Di Dewan Negara

PEMBACAAN KETIGA di Dewan Rakyat. Rang undang-undang dibahaskan dan diundi

PERBINCANGAN secara terperinci peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat

PEMBACAAN KEDUA di Dewan Rakyat rang undang-undang dibahaskan

PEMBACAAN PERTAMA di Dewan Rakyat sebagai pengenalan sahaja

PENGGUBALAN Rang undang-undang oleh Peguam

CADANGAN oleh Kerajaan atau Wakil Rakyat

Page 16: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

IDEA JPPM USUL DEWAN

RAKYAT

SURUHANJAYA

COBBOLD

JAK

SURUHAN

JAYA

PBB PERISYTIHARAN KONFRAN

TASI

PERDAMAIAN

REFERENDUM

Garis Masa 18 : Kronologi peristiwa penubuhan Malaysia

Page 17: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

v. Konversi masa.

Konversi masa ialah melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman contohnnya seperti

Zaman Pra Sejarah, Zaman Kemelesatan Ekonomi, Zaman Pendudukan Jepun dan

Zaman Darurat tanpa menyatakan tahunnya. Carta masa dibawah menunjukkan konsep

konversi masa sejarah di Malaysia.

1950 1960

Langkah menghapuskan ancaman komunis

Garis Masa 19 : Zaman Darurat 200,000 7000 4000

Zaman Zaman Zaman Paleolitik Neolitik Logam

Garis Masa 20 : Zaman Pra Sejarah

18 Jun 1948

Darurat di isytiharkan

31 Julai 1960

Darurat ditamatkan

Page 18: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Garis Masa 21 : Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu vi. Konsep pentarikhan lain / yang dikuasai oleh murid.

(a) 10 tahun - 1 dekad / dasa warsa

(b) 50 tahun - setengah tahun

(c) 100 tahun - 1 kurun / abad

(d) 1000 tahun - 1 alaf / millinium

Bagi memudahkan penguasaan murid terhadap konsep pentarikhan ini, carta masa

pentarikhan sejarah 10 diperkenalkan. Guru-guru boleh menggunakan carta masa

pentarikhan ini dalam P&P melalui kaedah permainan.

8 Dis 1941

1942

1944

1943

15 Ogos 1945

Jepun menduduki Tanah Melayu

Jepun menyerah kalah

Page 19: Konsep pertarikhan 07 - Sejarah Menjana 1Malaysia · PDF fileRujuk garis masa (1) dibawah untuk memahami konsep pentarikhan ini. ... Carta masa dibawah menunjukkan konsep konversi

Kesimpulan Konsep Pentarikhan Dalam Sejarah merupakan aspek penting dalam pengetahuan sejarah.

Kemahiran terhadap konsep ini dapat meningkatkan pemahaman terhadap matapelajaran

sejarah dan membolehkan murid membuat imaginasi serta melihat secara empati sesuatu

peristiwa sejarah. Namun begitu, konsep pentarikhan adalah aspek yang agak sukar

difahami dan membosankan. Oleh yang demikian, carta masa dan kaedah permainan

diperkenalkan supaya P&P mengenai tajuk ini kreatif dan menyeronokkan murid.

Diharapkan penguasaan tentang konsep pentarikhan ini dapat membuktikan bahawa

sejarah bukan bermakna menguasai tarikh tetapi menguasai konsep pentarikhan bagi

sesuatu peristiwa yang penting dalam sejarah.

Rujukan 1. Carr E.H. 1965. What is History?, Pelican Book. 2. Friedman, W.J., 1977, ‘The development of children’s understanding of cyclic aspects

of time’, Child Development. 3. Piaget, J., 1969, The Child’s conception of time, London, Routledge and Keagan Paul. 4. Roger, K.W., 1967, ‘Concepts of time in secondary school children of above average

I.Q.’, British Journal of Education Psychology. 5. Sukatan Pelajaran Matapelajaran Sejarah 2003, Pusat Perkembangan Kurikulum,

Kuala Lumpur. 6. Panel Penulis 2001, Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 DBP, Kuala Lumpur. 7. Panel Penulis 2002, Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, DBP, Kuala Lumpur. 8. Panel Penulis 2003, Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, DBP, Kuala Lumpur. 9. Panel Penulis 2001, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, DBP, Kuala Lumpur. 10. Panel Penulis 2002, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP, Kuala Lumpur