Konsep Poligami Dalam Islam
Transcript of Konsep Poligami Dalam Islam
KOLEJ MARA BANTING
Kerja Kursus Pendidikan Islam
Semester 1/2010
Tajuk
KONSEP POLIGAMI DALAM ISLAM
Pensyarah
ABDUL JAMIR BIN MAD SAAD
Disediakan oleh
MOHD ARIFF BIN ABD RAHIM
M10E
920202-14-5681
1
KANDUNGAN
1. Pengenalan 1
2. Dalil disyariatkan poligami 2
3. Amalan poligami mengikut Islam 3-7
i. Syarat-syarat poligami 3
ii. Konsep keadilan dalam poligami 3
iii. Kaedah poligami dari sudut giliran 4-7
4. Perbezaan antara poligami Islam dan poligami Barat 7-8
5. Hikmah poligami dalam kehidupan keluarga 9
6. Rumusan 10
7. Rujukan 11
8. Lampiran 12-13
2
PENGENALAN
Sebagai seorang pelajar beragama Islam, setiap perkara yang terdapat dalam Islam
perlu diselami dan diterokai agar segala ilmu yang diperolehi dalam kehidupan dunia dapat
dibezakan dari sudut kebenaran yang telah dijelaskan dalam al-Quran. Islam telah memberi
jalan kepada umatnya untuk mengikuti dan mematuhi segala perkara yang telah ditetapkan dalam
Islam. Poligami merupakan antara salah satu isu yang menjadi yang selalu dibangkitkan dalam
masyarakat sekarang. Oleh itu, timbul minat dalam diri saya untuk mendalami poligami menurut
Islam. Saya percaya setiap perkara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T adalah untuk
kebaikan hambanya. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung budi khususnya
kepada guru Pendidikan Islam saya iaitu, Ustaz Jamir bin Mad Saad.. Tidak lupa juga kepada
kawan-kawan saya yang sering membantu dalam persiapan kerja khusus ini.
Sebelum kedatangan Islam, konsep poligami telah lama wujud sejak zaman sebelum
kelahiran Rasullah s.w.a lagi. Konsep poligami pada ketika itu adalah terlalu bebas dan senang
bagi seorang lelaki untuk memiliki seberapa wanita yang mereka perlukan. Hampir setiap agama
di muka bumi ini mempunyai konsep poligami yang tersendiri. Pada zaman anbia, poligami telah
diamalkan oleh Nabi Ibrahim, Nabi Daud, Nabi Musa dan seterusnya. Maka dapat dilihat,
pengamalan poligami dalam sistem kekeluargaan adalah begitu mulia disisi Allah S.W.T.
Sebenarnya, istilah poligami berasal dari perkataan Latin yang bermaksud banyak
isteri. Poligami mengikut Islam bermaksud lelaki beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak
lebih daripada empat orang isteri pada satu masa. Islam telah menetapkan syarat seperti ini agar
keadilan dapat diberikan terhadap golongan wanita dengan baik dan secukupnya. Walaupun
Rasullah s.a.w. mempunyai bilangan isteri lebih daripada empat orang-13 orang isteri namun
baginda menyuruh umatnya beristeri tidak lebih daripada empat orang. Hal ini demikian,
tindakan Rasulullah s.a.w beristeri 13 orang hanyalah khusus untuk baginda kerana sejarah telah
menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak berpoligami kecuali setelah tertegaknya negara Islam
dan baginda berkahwin dengan Khadijah ra. berkekalan selama 15 tahun. Baginda berpoligami
selepas kewafatan isterinya disebabkan sebab-sebab tertentu yang bakal diterangkan kemudian.
3
DALIL DISYARIATKAN POLIGAMI
Allah telah banyak berfirman tentang poligami maka diturunkan ayat al-Quran
yang menceritakan perihal poligami agar memberi kelurusan dalam kehidupan masyarakat untuk
mengamalkan poligami dengan memberi batasan yang mesti dipatuhi kerana poligami
memerlukan keadilan yang tinggi dalam rumah tangga. Hukum berpoligami adalah harus dan
berikut adalah dalil-dalil disyariatkan berpoligami.
1. Surah An-Nisa’:3
� �َّال َأ �ْم� ْف�ُت ِخ ْن� َف�ِإ �اَع� َب َو�ُر� �َث� �َال َو�ُث �ى �َن َم�ْث اِء �َس� الَن َمَن� �ْم� �ُك ل َط�اَب� َم�ا �ُكُح�وا َف�اْن �اَم�ى �ُت �َي ال َفي �ْق�َسُط�وا ُت � َّال� َأ �ْم� ْف�ُت ِخ ْن� َو�ِإ
�وا �ُع�ول ُت � �َّال َأ �ى �ْد�ْن َأ َك� َذ�ل �ْم� �ُك �َم�اْن ْي� َأ �ْت� �ُك َم�َل َم�ا َو�
� َأ َد�ًة5 َف�و�اِح �وا �ُع�َدل ُت
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim
(bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu
senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil,
maka (kahwinilah) seorang saja,atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” 1
Ayat ini membicarakan sebab-sebab poligami diizinkan oleh Allah S.W.T dengan syarat yang
diberikan kepada sesiapa yang ingin melakukan poligami dan batasan ketika ingin melakukan
poligami.
2. Surah An-Nisa’:129
�ْق�ِة �َم�ُع�َل �ال َك َوَه�ا �َذ�ُر� َف�ُت �ِل �َم�َي ال �ِل� َك �وا �َمَيَل ُت � َف�َال �ْم� ْص�ُت ِح�َر� �و� َو�ل اِء �َس� الَن �َن� �َي َب �وا �ُع�َدل ُت ْن�� َأ �ُطَيُع�وا ُت �َس� ُت �َن� َو�ل
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu),
walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu
cenderung (kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-
katung.” 2
Ayat ini menerangkan kepayahan memberikan keadilan yang sempurna dalam berumah tangga
dengan beberapa isteri. Di dalam ayat ini juga ada menyebut tentang larangan melakukan
kezaliman dan kejahatan di mana bersifat berat sebelah dalam menjalinkan hubungan bersama
isteri-isteri tertentu.
4
AMALAN BERPOLIGAMI MENGIKUT ISLAM
Dengan kedatangan Islam, poligami diberi batas-batas untuk mengelak berlakunya
ketidakkestabilan dalam kehidupan suami isteri. Poligami yang dilakukan oleh manusia tanpa
batasan boleh menyebabkan pelbagai kekacauan yang menimbulkan kesulitan dalam keturunan
sebuah keluarga. Maka, Islam telah mengariskan panduan dan peraturan serta cara untuk
melakukan poligami mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
1. Syarat-syarat berpoligami dalam Islam
Tidak melebihi empat orang
Boleh berlaku adil dalam aspek lahiriah seperti makanan, pakaian tempat tinggal
dan giliran bermalam.
Mampu dari segi jasmani dan kewangan
Dalam ayat al-Quran, berlaku adil dan berpada dengan seorang isteri sahaja jika khuatir tidak
berlaku adil. Firman Allah S.W.T
“Maka jika kamu takut tidak berlaku adil berpadalah dengan seorang isteri sahaja.” 3
Ini menunjukkan Islam sangat mementingkan sikap adil dalam memdirikan rumah tangga
dengan beberapa isteri kerana merupakan kunci kepada keharmonian dan kebahagiaan rumah
tangga. Adil yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. Adil dapat diukur dalam
dua aspek berikut:
I. Niat yang baik dan amal yang soleh
II. Persamaan yang tepat antara kedua belah pihak
Setiap isteri perlu diberikan hak yang sama rata dari sudut lahiriah dan menurut pendapat ulamak
Salaf, ciuman dan juga kucupan perlu dinikmati secara sama rata oleh isteri-isteri yang
dipoligami. Malah, hari berkeluar dengan suami juga perlu saksama. Bagi sudut rohaniah pula,
kasih sayang dan persetubuhan merupakan perkara yang sukar dipenuhi oleh seseorang manusia.
Dengan ini, keadilan dalam Islam hanya kepada sudut zahirnya sahaja tidak meliputi hal-hal
dalam sudut batin kerana setiap manusia mempunyai sikap dan kenikmatan yang berbeza 4.
5
2. Pembahagian giliran dalam poligami
Seorang suami mempunyai tanggungjawab yang penting dalam soal bermalam di
rumah isteri-isterinya. Sebagai seorang suami yang mengamalkan poligami,
dikehendaki mengatur giliran diantara isteri-isterinya mengikut keadaan.
Menurut fuqaha’ Hanafi, suami yang berpoligami tidak boleh mengatur untuk
tinggal bersama isteri tertentu melebihi empat bulan kerana tempoh ini memyamai
tempoh Ila’. Ila’ ialah sumpahan yang dibuat oleh seorang suami untuk tidak
memyetubuhi isteri selama empat bulan atau lebih. Jika si suami melebihi tempoh
ini maka isterinya boleh tercerai secara talaq ba’in jika tempoh ini memudaratkan
isteri yang terlibat.
Menurut fuqaha’ Maliki, suami yang tinggal di sesebuah negeri bersama dengan
isterinya wajib membahagikan giliran sehari semalam untuk setiap isterinya
melainkan isteri-isterinya bersetuju dengan cara pembahagian lain asalkan tidak
berlebih dan berkurang dalam tempoh yang diwajibkan sahaja.
Menurut fuqaha’ Syafi’i, tempoh paling kurang untuk suami tinggal bersama
isteri-isterinya ialah satu malam. Separuh malam tidak boleh diperuntukkan
sebagai tempoh bermalam dengan isteri kerana boleh menimbulkan percampuran
dan keraguan . Si suami boleh juga menambah tempoh bermalam bersama
isterinya tetapi tidak melebihi 3 hari untuk setiap isteri kecuali dipersetujui oleh
isteri-isterinya. Hal ini adalah untuk mengelak seorang isteri berasa bosan akibat
tempoh giliran yang terlalu panjang. Namun, tempoh yang afdal bagi seorang
suami untuk bermalam dengan isterinya ialah satu malam.
Maka, suami perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengatur giliran untuk
tinggal bersama isteri-isterinya yang disayangi. Suami hendaklah pandai
mengatur giliran berrmalam bersama isterinya agar isteri-isterinya tidak berasa
bosan dan lebih parah sehingga menimbulkan penderitaan kepada isterinya.
Dalam tempoh bersama isteri tertentu, suami diharamkan untuk berjumpa dengan
isteri-isteri yang lain kecuali terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan atau erti
kata lain darurat. Misalnya,madunya menghidap penyakit yang membimbangkan.
Selain itu, suami harus mengunjungi isteri yang bukan giliranya kerana terdapat
6
hajat atau permintaan. Suami boleh beristimta’ dengannya dengan syarat tiada
persetubuhan berlaku kerana hukumnya haram bagi suami berbuat demikian.
Suami juga harus keluar dengan isterinya apabila sampai gilirannya untuk
mendapatkan keperluan seperti menunaikan hak, solat dan sebagainya. Tidak
harus baginya terlalu kerap keluar dengan isteri tertentu sahaja kerana ini
menunjukkan mengabaikan haknya dari sudut layanan seorang suami kepada
isterinya. Namun, hukumnya adalah harus jika isteri-isteri yang lain bersetuju
terhadap perkara seperti ini.
Dalam berpoligami, suami yang berkahwin dengan perempuan yang masih dara
boleh bagi si suami untuk bermalam bersama isterinya itu selama seminggu pada
peringkat permulaan sahaja kerana isteri tersebut mempunyai hak untuk hal ini.
Bagi suami yang berkahwin lagi dengan perempuan janda, tempoh untuk bersama
antara suami dan isteri pada peringakt permulaan hanyalah selama tiga hari.
Setelah selesai tempoh yang diperuntukkan bagi suami untuk bermalam bersama
isteri yang baru berkahwin, suami dikehendaki mengikut giliran yang telah
ditetapkan sebelumnya. Sebuah hadis ada meriwayatkan perihal ini iaitu oleh Ibn
Hibban dalam Sahihnya.
“Tujuh hari untuk isteri yang masih dara dan tiga hari untuk isteri yang telah
janda.” 5
Isteri juga boleh menggugurkan gilirannya untuk diberikan kepada madu yang
lain sebagai imbalan kepada bayaran yang dibayar kepadanya atau tanpa sebarang
bayaran. Hukum adalah sah jika isteri menarik kembali pengugurannya.
Menurut fuqaha’ Hanafi, apabila isteri menggugurkan dua malam gilirannya dan
tidak mengambil semula, maka gugurlah haknya untuk berbuat demikian. Ia tidak
berhak mendapat giliran dan sebarang bayaran. Jika ia menarik kembali
penggugurannya sebelum berlalunya gilirannya, dua malam gilirannya menjadi
haknya semula.
7
Menurut fuqaha’ Maliki, isteri boleh memberi gilirannya kepada madunya dengan
persetujuan suaminya. Suaminya tidak boleh memindah giliran yang diberikan
apabila ditetapkan kerana hukumnya tidak sah jika berbuat demikian. Jika
isterinya hanya menyerahkan gilirannya kepada suami, sah bagi suami untuk
bermalam dengan isteri-isteri yang diingini. Isteri tersebut juga mempunyai hak
untuk menarik kembali pemberian yang dilakukannya.
Menurut fuqaha’ Hanbali, isteri yang memberi gilirannya kepada madunya
walaupun tidak disukai oleh madunya sendiri dengan izin suami adalah tindakan
yang dibolehkan. Hal ini hanya mementingkan isteri yang memberi giliran dan
suami yang terlibat bersetuju dengan keputusan isterinya tersebut.
Menurut fuqaha’ Syafi’i, pemberian giliran kepada isteri sama seperti yang
terdapat dalam fuqaha’ Hanbali.
Si isteri juga boleh memberi seluruh gilirannya kepada madu-madunya. Masing-
masing boleh mengambil bahagian yang diberikan. Apabila memberi kepada
suami, suaminya boleh menentukan sendiri dan isteri yang memberi giliran tidak
berhak mendapat bayaran dari pemberian gilirannya. Malah isteri tersebut berhak
mendapat gantian bermalam walaupun giliran bermalam diberikan kepada madu-
madunya.
Suami perlulah patuh kepada pemberian yang diberikan oleh isterinya. Apabila
pemberian giliran ditarik balik walaupun separuh malam, suaminya itu wajib
keluar dari rumah madu yang diberikan giliran dan balik ke rumah isteri tersebut.
Suami juga wajib menunaikan pemberian giliran yang diberikan pada tempoh
yang ditetapkan. Suami tidak harus memindahkannya kepada malam yang selain
dari yang ditetapkan kerana boleh menganggu giliran bermalam bersama madu
yang lain.
Apabila suami bermusafir lebih dari sekali pada sementara waktu untuk sesuatu
keperluan, tidak harus baginya meninggalkan sebahagian isterinya dan membawa
sebahagian yang lain. Hal ini demikian perbuatan ini akan menimbulkan
kemudaratan kepada isteri-isteri yang ditinggalkan. Jika si suami tidak mampu
menyara kehidupan isteri-isterinya di negeri yang bakal berpindah ke sana, suami
wajib menceraikan isteri yang tidak diingini atau pun suami boleh bawa
8
sebahagian isteri yang ditinggalkan kemudian jika tidak sanggup melepaskan
isteri-isteri yang dikasihi.
Menurut fuqaha’ Maliki, suami boleh memilih isteri untuk bermusafir bersama
tanpa dijalankan undian terlebih dahulu.
Menurut fuqaha’Syafi’I, suami harus meninggalkan sebahagian isterinya ketika
dalam musafir dengan syarat:
I. Undian sesama isteri telah dijalankan
II. Tujuan pemusafiran adalah berlandaskan kebaikan sahaja
III. Hendaklah menggantikan tempoh suami menetap bersama isteri yang
dibawanya.jika melebihi tempoh 18 hari.
PERBEZAAN ANTARA POLIGAMI ISLAM DAN POLIGAMI BARAT
POLIGAMI ISLAM POLIGAMI BARAT
Lebih kepada dasar akhlak
kemanusiaan. Islam tidak
membenarkan kaum lelaki memiliki
perempuan mengikut hawa nafsu
kerana mendorong kepada masalah dan
konflik keluarga dan menggalakkan
keegoan lelaki bermaharajalela.
Batasan yang diperkenalkan dalam
Islam adalah untuk menringankan
masalah dengan melindungi perempuan
yang tidak ada suami ke dalam
lingkungan isteri-isteri yang baik dan
terpelihara kehormatannya dalam
Kaum lelaki yang mengamalkan
poligami mempunyai hubungan dengan
wanita tanpa batasan. Wanita tersebut
tidak menjadi isteri tetapi dijadikan
sebagai teman wanita atau wanita
simpanan.
Hubungan yang dilakukan adalah
secara rahsia daripada pengetahuan
kedua belah pihak keluarga.
Lelaki yang berpoligami tidak
mempunyai tanggungjawab terhadap
wanita yang dimilikinya dan tidak
9
keadaan yang lebih terjamin. Anak-
anak yang dilahirkan dapat
pengiktirafan dan diberi hak-hak yang
sewajarnya kepada mereka tersebut.
Islam mementingkan keharmonian
dalam keluarga dan nilai keadilan
dalam rumah tangga sangat dititik
beratkan dalam agama Islam demi
menjaga hubungan suami isteri
Tujuan sebenar Islam membenarkan
poligami adalah demi memelihara
kebahagiaan dan melindungi kesucian
hubungan antara lelaki dan perempuan
daripada keadaan yang boleh memberi
kemaluan kepada nama baik keturunan
atau keluarga itu sendiri.
melaksanakan apa-apa melainkan
memberi kepuasan nafsu sahaja.
Wanita simpanan sering menjadi
mangsa dalam hubungan seperti ini
apabila kehormatan mereka tercemar
dan mereka dibiarkan berada dalam
keadaan hina, malu dan terpaksa
menanggung sendiri penderitaan yang
mereka terpaksa alami seperti kesakitan
mengandung, menggugur dan
melahirkan anak luar nikah.
Sistem poligami ini sememangnya jauh
daripada nilai-nilai moral dan tiada
kesedaran akhlak dalam mendirikan
rumah tangga yang aman dan bahagia.
Ia hanya tertumpu kepada kepuasan
syahwat semata-mata.
HIKMAH POLIGAMI DALAM KEHIDUPAN KELUARGA
10
Poligami dalam Islam mempunyai matlamat yang tersendiri dalam mengaitkan dengan
kepentingan umum dan individu di kalangan umat Islam itu sendiri. Kebanyakkan ulama pada
zaman dahulu mengamalkan poligami bukan kerana untuk mengikuti sunnah Rasul tetapi
memahami kebaikan atau melihat konsep poligami memberi kepentingan dalam kehidupan
masyarakat. Maka berikut adalah kepentingan atau hikmah mengamalkan poligami:
1. Suami ingin menyambung keturunannya apabila didapati isterinya sakit, mandul atau
sebab-sebab tertentu yang menghalang dari melahirkan zuriatnya. Maka,suami tidak
mempunyai jalan lain melainkan menceraikan isteri pertama yang mandul atau berkahwin
dengan isteri yang baru. Seorang isteri yang pandai akan mengutamakan poligami
daripada mendapat penceraian dari suami.
2. Ia membantu mengelakkan diri daripada maksiat yang tidak memadai dengan seorang
isteri. Suami mempunyai dua pilihan sama ada melepaskan syahwatnya dengan cara
haram atau melalui ikatan suci. Suami yang berakhlak mulia akan memilih jalan
perkahwinan daripada memilih jalan haram.
3. Terdapat pertambahan bilangan kaum wanita berbanding kaum lelaki yang berlaku di
negara barat di mana bilangan wanita melebihi kaum lelaki. Dalam situasi ini, poligami
amat wajar dan sesuai diamalkan demi menjaga keseimbangan kehidupan manusia
sejagat.
4. Bagi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, suami benar-benar yakin mampu
berlaku adil dikalangan isteri dan anak-anak dan berharap untuk meringankan bebanan
hidup. Hal ini menunjukkan seseorang yang mengamalkan poligami mempunyai
keimanan yang kuat untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang suami dalam
menguruskan rumah tangga melebihi satu isteri.
5. Ia membela anak yatim dan wanita supaya mereka mendapat kasih sayang yang
sewajarnya dan tidak menimbulkan masalah lain dalam masyarakat. Ramai wanita dan
kanak-kanak menjadi mangsa dalam masalah sosial pada zaman sekarang. Dengan
adanya seseorang yang mengamalkan poligami, nasib wanita dapat dipelihara dan isu
gejala sosial yang kian berlaku dalam kalangan kaum wanita dapat dibendung.
RUMUSAN
11
Setiap perkara yang disyariatkan dalam Islam oleh Allah S.W.T pasti ada kebaikan
dan hikmah di sebalik apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Ramai masyarakat sekarang
khususnya Malaysia melakukan amalan poligami adalah disebabkan untuk mengikuti amalan
sunnah Rasulullah s.a.w sahaja tetapi tidak melihat cara sunnah Rasulullah melakukan poligami
dan apa layanan Rasulullah s.a.w terhadap para isterinya. Pada waktu dahulu, para ulama dan
orang berada mengamalkan poligami kerana mereka memahami konsep poligami mengikut
Islam. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi kita kepada golongan seperti ini dan jarang
sekali kita mendengar mereka tidak berpoligami. Dalam erti kata lain, masyarakat Malaysia pada
masa dahulu tidak melihat poligami ini dengan curiga sebagaimana berlaku kepada sesetengah
mereka yang cetek ilmu pengetahuan pada zaman sekarang.
Poligami pada zaman Rasulullah adalah begitu berbeza pada zaman sekarang.
Ada sesetengah orang berani mempersoalkan tindakan baginda termasuk masyarakat dulu perihal
isu poligami sedangkan waktu itu Islam masih berada pada tahap permulaan. Rasulullah
berpoligami bukan sekadar kerana wahyu yang diterima oleh Allah S.W.T malah untuk
perkembangan pendidikan dan mendapat sokongan dalam dakwah. Selain itu, tindakan baginda
menunjukkan perkembangan prinsip keadilan dan sikap tolenrasi maka hal ini juga memberi
sumbangan yang besar dalam meriwayatkan hadis dan contoh tauladan kepada umatnya. seperti
pembahagian yang adil, menolong membantu kerja-kerja rumah, bertindak sebagai pelopor
kedamaian, dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, poligami adalah salah satu cara untuk memberi perlindungan
kepada umat Islam untuk menjauhkan diri daripada terjebak ke dalam lembah kemaksiatan dan
memelihara kemuliaan diri daripada jatuh ke dalam lubang kehinaan. Poligami merupakan cara
alternatif bagi umat Islam dalam membina rumah tangga yang bahagia dan menjamin kesucian
pertalian nasab daripada terdedah kepada kekeliruan dan konflik dalam masyarakat. Oleh itu,
amalan poligami perlu dipandang dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh hanya untuk
memenuhi kepuasan hati. Poligami hanyalah bagi mereka yang berasa berkemampuan dan
mempunyai keikhlasan untuk mencari kebahagiaan semata-mata kerana keredhaan Allah S.W.T
RUJUKAN
12
1. Al-Quran Tafsiran
2. Basri Ibrahim, Pemantapan Sistem Kekeluargaan, 1997
3. Fadhilah Asy-syeikh Atiyah Saqar, Ensiklopedia Keluarga Muslim: Masalah-masalah
dalam keluarga, 2005
4. Fatimah Daud, Pendidikan Islam Tingkatan 5, 2007
5. Nona, November 2008
6. http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf
7. http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg29152.html
NOTA KAKI
1. Surah An-Nisa’,ayat 3
2. Surah An-Nisa’ ,ayat 129
3. Surah An-Nisa’ ,ayat 3
4. Basri Ibrahim, m/k 95
5. Ibn Hibban, al-Ihsan fi Taqrib Sahih Ibn Hibban, m/k 136
LAMPIRAN
13
Nabi dan larangan poligami
Dalam kitab Ibn al-Atsir, poligami yang dilakukan Nabi adalah upaya transformasi sosial (lihat pada Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 108-179). Mekanisme poligami yang diterapkan Nabi merupakan strategi untuk meningkatkan kedudukan perempuan dalam tradisi feodal Arab pada abad ke-7Masehi. Saat itu, nilai sosial seorang perempuan dan janda sedemikian rendah sehingga seorang laki-laki dapat beristri sebanyak mereka suka. Sebaliknya, yang dilakukan Nabi adalah membatasi praktik poligami, mengkritik perilaku sewenang-wenang, dan menegaskan keharusan berlaku adildalam berpoligami. Ketika Nabi melihat sebagian sahabat telah mengawini delapan sampai sepuluh perempuan, mereka diminta menceraikan dan menyisakan hanya empat. Itulahyang dilakukan Nabi kepada Ghilan bin Salamah ats-Tsaqafi RA, Wahb al-Asadi, dan Qais bin al-Harits. Dan, inilah pernyataan eksplisit dalam pembatasan terhadap kebiasan poligami yang awalnya tanpa batas sama sekali. Pada banyak kesempatan, Nabi justru lebih banyak menekankan prinsip keadilan berpoligami. Dalam sebuah ungkapan dinyatakan: "Barang siapa yang mengawini dua perempuan, sedangkan ia tidak bisa berbuat adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus" (Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 168, nomor hadis: 9049). Bahkan, dalam berbagaikesempatan, Nabi SAW menekankan pentingnya bersikap sabar dan menjaga perasaan istri. Teks-teks hadis poligami sebenarnya mengarah kepada kritik, pelurusan, danpengembalian pada prinsip keadilan. Dari sudut ini, pernyataan "poligami itu sunah" sangat bertentangan dengan apa yang disampaikan Nabi. Apalagi dengan melihat pernyataan dan sikap Nabi yang sangat tegas menolak poligami Ali bin Abi Thalib RA. Anehnya, teks hadis ini jarang dimunculkan kalanganpropoligami. Padahal, teks ini diriwayatkan para ulama hadis terkemuka: Bukhari, Muslim, Turmudzi, dan Ibn Majah.Nabi SAW marah besar ketika mendengar putri beliau, Fathimah binti Muhammad SAW, akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Ketika mendengar rencana itu, Nabi pun langsung masuk ke masjid dan naik mimbar, lalu berseru: "Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untukmengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidakakan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan putriku, kupersilakan mengawini putri mereka. Ketahuilah, putriku itu bagian dariku; apa yangmengganggu perasaannya adalah menggangguku juga, apa yang menyakiti hatinya adalah menyakiti hatiku juga." (Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 162, nomor hadis: 9026).Sama dengan Nabi yang berbicara tentang Fathimah, hampir setiap orangtuatidak akan rela jika putrinya dimadu. Seperti dikatakan Nabi,poligami akan menyakiti hati perempuan, dan juga menyakiti hati orangtuanya.Jika pernyataan Nabi ini dijadikan dasar, maka bisa dipastikan yang sunah justru adalah tidak mempraktikkan poligami karena itu yang tidak dikehendaki Nabi. Dan, Ali bin Abi Thalib RA sendiri tetap bermonogami sampai Fathimah RA wafat.
14
Bung Moktar terlepas hukuman penjara kes poligami
11/08/2010 11:58am
SHAH ALAM 11 Ogos – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin hari ini berjaya mengetepikan hukuman penjara sebulan yang dikenakan terhadapnya pada Mei lepas bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menerima rayuannya.
Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhuddin Ibrahim bagaimanapun memerintahkan ahli politik dari Sabah itu membayar denda RM1,000, dan jika gagal berbuat demikian, akan dikenakan penjara enam bulan.
Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap Bung Moktar, 51, kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan pelakon Izette A. Samad, 31, di rumah No. 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam 16 Disember tahun lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. – Bernama\
15