KONSEP PROFESION

12
KONSEP PROFESION GAMBARAJAH KONSEP PROFESION Terdapat sebanyak lapan konsep profesion yang telah dikemukakan oleh Lieberman, seorang tokoh pendidik di KONSEP PROFESION Perkhidmat an yang unik dan penting Banyak keupayaan dan kebolehan intelek Pernah mendap at latiha n khusus Pakar dalam bidang Pentingk an mutu pekhidma tan Ahli- ahli organisa si yang berkuasa Mematu hi kod etika Bertanggungja wab

Transcript of KONSEP PROFESION

Page 1: KONSEP PROFESION

KONSEP PROFESION

GAMBARAJAH KONSEP PROFESION

Terdapat sebanyak lapan konsep profesion yang telah dikemukakan oleh

Lieberman, seorang tokoh pendidik di Amerika Syarikat. Bagi beliau, sesuatu

pekerjaan yang boleh digolongkan sebagai profesion ialah seperti yang berikut:

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan

matlamat yang jelas untuk masyarakat dan Negara.

KONSEP

PROFESION

Perkhidmatan yang unik dan

penting

Banyak keupayaan dan

kebolehan intelek

Pernah mendapat

latihan khusus

Pakar dalam bidang

Pentingkan mutu

pekhidmatan

Ahli-ahli organisasi

yang berkuasa

Mematuhi kod etika

Bertanggungjawab

Page 2: KONSEP PROFESION

2. Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek

semasa memberi perkhidmatan.

3. Orang professional yang pernah mendapat latihan khusus dalam

sesuatu bidang kemahiran *ikhtisas mengikut suatu tempoh masa

tertentu.

4. Ahli sesuatu profesion ialah pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan

mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya.

5. Orang professional ialah pekerja yang mementingkan mutu

perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak

mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi

perkhidmatan.

6. Pekerja-pekerja terdiri daripada ahli-ahli sesuatu organisasi yang

berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal

mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

7. Setiap ahli profesion mematuhi kod etika yang ditentukan oleh

organisasi profesion itu.

8. Setiap ahli profesion bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan

keputusan yang dibuat olehnya.

* Ikhtisas ialah pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan

yang mendalam.

KOD ETIKA PERGURUAN DI MALAYSIA

Etika ialah satu system dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau

organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Contoh yang dimaksudkan ialah

aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah,

dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat

pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama

ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Page 3: KONSEP PROFESION

Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod

etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki

mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam

profesion keguruannya. Di Malaysia, “Tatasusila Profesion Keguruan” yang

disarankan oleh Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis

panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA: IKRAR

Pendidikan pada asasnya dapat membantu masyarakat dalam mendidik

generasi baru memahami kebudayaan, memperoleh pengetahuan yang telah

terkumpul sejak zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi

gelora dan rintangan yang berada di hadapan.

IKRAR

“ Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama

pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan

warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang

bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa

pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah

pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada

demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun

Negara. “

Page 4: KONSEP PROFESION

TANGGUNGJAWAB KEPADA PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan para pelajar

2. bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor

jasmani, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali

kepada mereka yang berhak.

4. membimbing dan mengajar seseorang dalam darjah sendiri atau dalam

mata pelajaran- mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang

bayaran.

5. menunjukkan penampilan, pertuturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

6. memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian,

penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,

mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mendapat mutu yang

sepatutnya.

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION GURU

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

Page 5: KONSEP PROFESION

TANGGUNGJAWAB

TERHADAP IBU BAPA

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dan rumah tangga

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kecuali kepada siapa kecuali yang berhak mengetahuinya.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa dengan teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau boleh menjejaskan kepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada guru dan juga kepercayaan pelajar kepada ibu bapa mereka sendiri.

Page 6: KONSEP PROFESION

v

Mengelakkan daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan budaya dan agama.

Meghormati masyarakat setempat dan memenuhi tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa mengambil bahagian dalam kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dan masyarakat. Memberi sumbangan unuk kehidupan bermoral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan yang baik.

Page 7: KONSEP PROFESION

a) Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang

boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau

ibu bapa, atau perlakuan yang boleh menjatuhkan maruah guru.

b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan

sebagai guru.

c) Berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawab yang

diberikan dan beristiqamah dalam melakukan sejajar dengan kemajuan

ikhtisas dan sosial.

d) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka

yang baru menceburkan diri dalam profesion keguruan.

e) Sentiasa menjaga perlakuan supaya tidak mencemarkan nama baik

profesion keguruan.

f) Menjadi ahli sesebuah persatuan guru.

Page 8: KONSEP PROFESION

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

BERPENGETAHUAN DAN BERKETRAMPILANCEKAPMAHIR MENGINTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMATMENGAMALKAN NILAI-NILAI KEGURUAN MENGUASAI KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN INTERPERSONALBERDAYA TAHANAKTIFMENGHARGAI WARISAN KEBUDAYAAN

CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU PROFESIONAL

BAGUS-BAGUS, BETUL TU…

Page 9: KONSEP PROFESION

CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL

1. Berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dan kandungan

mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pedagogi pelajar.

2. Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan

bermakna.

3. Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam

pengajaran dan pembelajaran.

4. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.

5. Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.

6. Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran professional dari semasa ke

semasa.

7. Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara

aktif.

8. Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang

sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang diamal.