Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, Dan Teknik Pengajaran

5
2.0 Konsep strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran. 2.1 Konsep strategi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), strategi ialah rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Manakala Quinn (1980) berpendapat, perkataan strategi telah didefinisikan sebagai corak atau rancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi secara keseluruhanya. Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi sebagai perancangan di mana suatu petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga telah menggambarkan strategi sebagai suatu corak yang mana ianya berpandukan kepada gelagat organisasi dan Adenan Ayob dan Khairuddin Mohammad (2012) mengatakan strategi ialah kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran yang digubal. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Justeru, berdasarkan beberapa pendapat sarjana di atas dapat saya simpulkan strategi sebagai atur cara yang tersusun dengan menggunakan kebijaksaan minda dalam memilih elemen pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang ditentukan. Strategi dianggap landasan penentuan pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran. Kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk memastikan murid-murid memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Dalam proses pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan dan penyusunan kaedah serta teknik mengajar secara sistematik mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan lain seperti pengagihan masa secara optimum, penggunaan bahan bantu belajar mengikut keperluan dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih juga perlu diambil kira. Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kebijaksanaan memilih, menyusan dan mengurus sesuatu rancangan adalah jalan pintas untuk mencapai objektif pengajaran. Strategi penggabungjalin kemahiran berbahasa iaitu

description

sej

Transcript of Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah, Dan Teknik Pengajaran

2.0Konsep strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran.

2.1Konsep strategi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), strategi ialah rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Manakala Quinn (1980) berpendapat, perkataan strategi telah didefinisikan sebagai corak atau rancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi secara keseluruhanya. Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi sebagai perancangan di mana suatu petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga telah menggambarkan strategi sebagai suatu corak yang mana ianya berpandukan kepada gelagat organisasi dan Adenan Ayob dan Khairuddin Mohammad (2012) mengatakan strategi ialah kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran yang digubal.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Justeru, berdasarkan beberapa pendapat sarjana di atas dapat saya simpulkan strategi sebagai atur cara yang tersusun dengan menggunakan kebijaksaan minda dalam memilih elemen pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang ditentukan. Strategi dianggap landasan penentuan pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran.

Kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk memastikan murid-murid memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Dalam proses pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan dan penyusunan kaedah serta teknik mengajar secara sistematik mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan lain seperti pengagihan masa secara optimum, penggunaan bahan bantu belajar mengikut keperluan dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih juga perlu diambil kira.

Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kebijaksanaan memilih, menyusan dan mengurus sesuatu rancangan adalah jalan pintas untuk mencapai objektif pengajaran. Strategi penggabungjalin kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur dapat dilaksanaan untuk melihat keberkesanan strategi pengajaran. Selain itu, strategi ini boleh dilihat melalui penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran dan mengintegrasikan fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran bagi membuka minda murid merentas kurikulum.

Tuntasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Perancangan dan pelaksanaan strategi yang menepati tahap minda murid akan menghasilkan pencapaian objektif yang paling berkesan.

2.2Konsep pendekatan

Parera (1986) menyatakan bahawa pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988) pula memberi penekanan bahawa pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa dan dan Adenan Ayob dan Khairuddin Mohammad (2012) mentafsirkan pendekatan sebagai arah atau hala yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Sesuatu pendekatan yang dipilih lazimnya berasaskan teori dan generalisasi tertentu.

Saya berpendapat pendekatan ialah strategi yang dirancang untuk mencapai sasaran berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa serta menepati kehendak kurikulum yang ditetapkan. Pendekatan berfungsi sebagai aspek belakang tabir iaitu kedudukanya sama dengan kedudukan strategi.

Dalam kontek pengajaran dan pembelajaran, pendekatan lebih menjurus kepada langkah atau strategi pengajaran yang disusun untuk memaksimumkan hasil pembelajaran. Pendekatan wujud berdasarkan pengajaran yang hendak diutamakan atau diberi perhatian secara mendalam. Oleh itu, kadang kala pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenisnya yang wujud dengan berdasarkan penggunaan pelbagai kriteria untuk penelitian dan penilaian proses pengajaran.

Selain itu, pendekatan boleh juga dilihat sebagai strategi mengajar mengikut tahap minda murid dan kesesuai tajuk pengajaran. contohnya pendekatan induktif, deduktif, eklektif dan komunikatif mempunyai keberkesanan yang berbeza bergantung pada tahap kognitif murid. Pemilihan pendekatan yang bersesuai dengan kognitif murid dapat melancarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran dan mencapai objektif pengajaran. Justeru, guru perlu mengenal dan mengetahui tahap minda murid supaya dapat menggunakan pendekatan yang sesuai demi mengmaksimakan pencapaian hasil pembelajaran.

2.3Konsep kaedah

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007), kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau biasa). Justeru, kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau atur cara yang mempunyai urutan yang tertentu. Umumnya, kaedah dalam pengajaran ini merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dalam kata lain, kaedah mengajar ialah cara menghampiri sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun rapi.

Mengikut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Mangantar Simanjuntak (1982) menyatakan bahawa kaedah adalah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Parera (1986) pula berpendapat kaedah adalah satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan dan Ishak Ramly (2006) mengatakan kaedah sebagai satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Pada pendapat saya, kaedah adalah perancangan yang tersusun dan menyeluruh yang dilaksanakan berasaskan pendekatan yang sesuai bagi mencapai objektif pengajaran. Walau bagaimanapun Tiada seorang yang dapat mengatakan wujudnya satu kaedah atau teknik yang terbaik bagi semua keadaan dan situasi pembelajaran. Tambahan pula secara praktikalnya guru mungkin kesukaran memfokuskan pengajarannya sekiranya dengan hanya menggunakan satu kaedah sahaja, melainkan dengan cara menggabungjalinkan dua atau tiga kaedah serentak untuk menepati kesesuaian topik yang diajar.

2.4Konsep teknik pengajaran

Teknik adalah suatu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan dalam bilik darjah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran bertujuan untuk membolehkan objektif pembelajaran dapat dicapai ke tahap maksima. Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelbagai teknik boleh digunakan. Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat mengaplikasikan teknik tersebut dalam memberi pemahaman kepada murid tertakluk kepada kebolehan guru merancang isi, memilih aktiviti, memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang digunakan.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2007), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony (Kamarudin Hj. Husin;1989) menghuraikan teknik seperti berikut :

A technique is implementational that which actually takes places in a classroom. It is a particular triak, stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate objective.

Beliau mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Manakala Kamarudin Hj. Husin (2004), dalam bukunya, Pemahanan dalam Buku Bahasa Melayu STPM, mengatakan teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Mengikut penerangan dan definisi daripada Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz(1997), dalam bukunya, Pengajian Melayu III ; Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Berdasarkan kepada pendapat Mengantar Simanjuktak (1981) pula, teknik juga boleh didefinisikan sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian pengajarn tertentu.

Dalam teknik pengajaran bahasa di dalambilik darjah, lazimnya terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru. Antaranya ialah teknik permainan bahasa, teknik latih tubi, teknik bercerita, teknik inkuiri, teknik perbahasan, teknik kuiz, teknik sumbangsaran, teknik soal jawab, teknik simulasi, teknik drama, teknik perbincangan, teknik forum dan teknik dialog. Teknik-teknik ini kebiasaannya digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat murid, mengekalkan perhatian murid semasa guru mengajar, dan membangkitkan perasaan ingin tahu dalam diri pelajar.

tuntasnya, pada saya teknik dilihat sebagai satu corak persembahan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif yang ditentukan. Justeru, guru yang menggunakan teknik yang sesuai dapat mengoptimumkan kemampun murid, selain membantu mengembangkan potensi kognitif murid.