KONSEP TALAK

34
TALAK 1. MAKSUD Bahasa : melepaskan ikatan Istilah : melepaskan ikatan perkahwinan melaui lafaz talak 2. HUKUM Wajib : apabila terjadi perselisihan antara suami dengan isteri dan tidak menemui jalan penyelesaian Sunat : apabila suami tidak sanggup menanggung nafkah isteri dengan sempurna / isteri tidak memelihara kehormatan diri Makruh : jika suami menceraikan isteri yang baik Harus : apabila tiada persefahaman antara suami dan isteri Haram jika menjatuhkan talak yang sedang haid / menjatuhkan talak ketika isteri suci dan telah disetubuhi pada waktu itu 3. JENIS-JENIS TALAK Talak raj i : talak 1 / 2, boleh rujuk jika belum habis idah) Talak bain : (talak 3 / isteri tebus talak, tidak boleh rujuk) Talak sunni : talak terhadap isteri ketika sedang suci yang pernah disetubuhi Talak bid’i : talak terhadap isteri ketika haid yang pernah disetubuhi / selepas disetubuhi 4. RUKUN TALAK Suami Isteri Lafaz; Jenis-jenis lafaz; - lafaz terang (yang tidak menimbulkan keraguan) - lafaz sindiran (tidak jelas dan diragui samada ia bermaksud cerai / tidak) 5. BILANGAN TALAK : 3 kali 6. TALAK TAKLIK : Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat Terbahagi kepada 2 : Taklik biasa - Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata "jika engkau keluar dari rumah ini maka engkau tertalak dengan satu" - Talak berlaku jika isteri keluar dari rumah pada waktu itu

description

PENGAJIAN ISLAM. TALAK

Transcript of KONSEP TALAK

Page 1: KONSEP TALAK

TALAK 1.       MAKSUD

         Bahasa  : melepaskan ikatan         Istilah    : melepaskan ikatan perkahwinan melaui lafaz talak

 2.       HUKUM

         Wajib    : apabila terjadi perselisihan antara suami dengan isteri dan tidak menemui jalan penyelesaian

         Sunat    : apabila suami tidak sanggup menanggung nafkah isteri dengan sempurna / isteri tidak memelihara kehormatan diri

         Makruh  : jika suami menceraikan isteri yang baik

         Harus    :apabila tiada persefahaman antara suami dan isteri

         Haramjika menjatuhkan talak yang sedang haid / menjatuhkan talak ketika isteri suci dan telah disetubuhi pada waktu itu

 3.       JENIS-JENIS TALAK

         Talak raj’i          : talak 1 / 2, boleh rujuk jika belum habis idah)

         Talak bain          : (talak 3 / isteri tebus talak, tidak boleh rujuk)

         Talak sunni       : talak terhadap isteri ketika sedang suci yang pernah disetubuhi

         Talak bid’i         : talak terhadap isteri ketika haid yang pernah disetubuhi / selepas disetubuhi

 4.       RUKUN TALAK

         Suami         Isteri         Lafaz;

       Jenis-jenis lafaz;                   -          lafaz terang (yang tidak menimbulkan keraguan)-          lafaz sindiran (tidak jelas dan diragui samada ia

bermaksud cerai / tidak) 5.       BILANGAN TALAK : 3 kali 6.       TALAK TAKLIK :

         Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat         Terbahagi kepada 2 :

       Taklik biasa-        Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa

Page 2: KONSEP TALAK

seperti suami berkata "jika engkau keluar dari rumah ini maka engkau tertalak dengan satu"

-        Talak berlaku jika isteri keluar dari rumah pada waktu itu

       Taklik secara khuluk-        Seperti yang terdapat dalam surat nikah.-        Akibat talak taklik secara khuluk , suami tidak

boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru.

 7.       MENGAPA TALAK DITANGAN LELAKI;

         lelaki mempunyai hak mengendalikan urusan rumah tangga         lelaki pemimpin keluarga         lelaki lebih cermat dan tabah menghadapi kesulitan

 8.       HIKMAH TALAK

         memberi peluang kepada suami isteri menginsafi kesalahan         memberi peluang mencari penghidupan baru         sebagai jalan penyelesaian kepada pasangan yang

bertengkar 9.       AKIBAT TALAK

         anak-anak menjadi mengsa dan menghadapi tekanan         anak-anak tiada pengawasan

  RUJUK 1.       MAKSUD

         Bahasa  : kembali         Istilah    : suami mengambil

kembali bekas isterinya yang telah diceraikan dalam masa idah

  raj’i. 2.       HUKUM;      

         Wajib    :bagi suami yang menceraikan salah satu daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian gilirannya.

         Haram   : jika rujuk mendatangkan

kemudaratan kepada isteri         Makruh  :                  jika perceraian lebih

Page 3: KONSEP TALAK

baik dari rujuk         Harus    :                  jika rujuk membawa kebahagiaan kepada isteri dan keluarganya

 3.       RUKUN RUJUK;        

         Suami         Isteri         Lafaz rujuk

 4.       SYARAT RUJUK;                                 i.      Suami

         Islam         Baligh         Berakal         Dengan kemahuan

sendiri                               ii.      Isteri

         Islam         Telah disetubuhi suami         Bukan perceraian

secara fasakh atau khuluk         Bukan dijatuhkan talak

tiga         Masih dalam tempoh

idah                              iii.      Lafaz / sighah

         Menggunakan lafaz rujuk seperti " aku rujuk engkau "

         Tidak bertaklik         Tidak ditentukan had

masa 5.       HIKMAH RUJUK;                                 i.      Supaya pasangan dapat

membina hidup baru dengan mengakui kesilapan masing-masing

                               ii.      Menyambung ikatan kekeluargaan

                              iii.      Menyelamatkan anak dari terjerumus ke lembah yang tidak baik

                              iv.      Mengembalikan ketenteraman jiwa pada suami isteri

 

Page 4: KONSEP TALAK

 IDAH 1.       MAKSUD      :

         Bahasa  : tempoh pengiraan         Istilah    : tempoh masa larangan berkahwinan yang wajib

dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami  

2.       JENIS DAN TEMPOH IDAH :                                 i.      Idah disebabkan perceraian

a.       Sedang hamil       Hingga melahirkan anak

b.       Tidak hamil       Tiga kali suci

c.       Putus haidh       Tiga bulan

d.       Belum disetubuhi       Tiada edah 

                               ii.      Idah disebabkan kematian suamia.       Hamil

       Hingga melahirkan anakb.       Tidak hamil

       4 bulan 10 haric.       Putus haidh

       4 bulan 10 harid.       Belum disetubuhi

       4 bulan 10 hari 

3.       SEBAB PERBEZAAN TEMPOH EDAH :         Bagi perempuan bercerai hidup

       Dapat membersihkan rahim daripada benih hasil hubungan dengan bekas suami

       Cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan bagi yang sedang hamil

         Bagi perempuan bercerai mati       Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan

         Bagi perempuan yang belum disetubuhi       Tiada idah kerana rahimnya suci daripada benih

suami 

4.       HIKMAH IDAH :         Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya

untuk mengelak daripada berlaku percampuran keturunan apabila isteri berkahwinan dengan lelaki lain

         Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya

         Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan

Page 5: KONSEP TALAK

yang tinggi nilainya di sisi agama dan masyarakat         Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal

dunia dan menjaga perasaan keluarganya terutama isterinya 

5.       HAK DAN STATUS ISTERI SEMASA DAN SELEPAS IDAH :         Hak semasa idah

       Bagi yang diceraikan dengan talak satu / dua-        Masih dibawah tanggungjawab suami-        Berhak mendapat hak sebagaimana

sebelumnya ( nafkah, tempat tinggal, pakaian dll )

-        Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinannya

       Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak bain-        Isteri tidak boleh dirujuk-        Tidak mendapat nafkah kecuali tempat

tinggal-        Tidak mendapat hak perwarisan harta

       Bagi isteri yang kematian suami-        Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh

idahnya         Hak selepas idah

       Tidak mempunyai hubungan lagi dengan bekas suami

       Bebas menetukan kahidupan sendiri       Pasangan bercerai tamat idah berhak berkahwin

semula       Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin

memperisterikannya 

6.       PERKARA YANG DILARANG SEMASA IDAHDipinang

       Bagi perceraian hidup-        Diharamkan sama ada pemingan secara

terang / sindiran       Bagi perceraian mati

-        Diharamkan sama ada pemingan secara terang, tetapi harus secara sindiran

Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami       Bagi perceraian hidup

-        Diharamkan keluar rumah tanpa izin suami kecuali untuk keperluan syarak

       Bagi perceraian matiDiharamkan keluar rumah kecuali untuk keperluan

syarakMenghias diri

       Bagi perceraian hidup-        Jika dalam idah raji'e diharuskan berhias. Jika

dalam idah bain disunatkan tidak berhias

Page 6: KONSEP TALAK

       Bagi perceraian mati-        Diharamkan berhias

Berkahwin       Bagi perceraian hidup

-        Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suami

       Bagi perceraian mati-        Diharamkan berkahwin

  FASAKH 1.       MAKSUD      : membatalkan nikah dengan kuasa kadi disebabkan

tidak memenuhi syarat syarat pada masa akad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami menuntut cerai

 2.       HUKUM        : harus , bila ada sebab 3.       SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH :

         suami tidak memberi nafkah / tempat tinggal / mas kahwin

         tidak tahu kedudukan suami-        suami hilang selama 6 bulan-        keadaan ini dibolehkan fasakh kerana ia sama

dengan keadaan suami tidak memberi nafkah zahir dan batin

         suami berpenyakit yang tidak boleh diubati         salah seorang cacat         salah seorang dari isteri / suami murtad          berlaku persetubuhan syubhat ( salah sangka )         suami zalim         tidak bernafsu dengan lelaki         kecacatan syarie

 4.       HIKMAH       :          

         mengelakkan kaum wanita teraniaya         menunjukkan keadilan Allah terhadap hak perceraian         memberi peluang untuk isteri memilih jalan hidupnya 

  KHULUK

1.       MAKSUD      : perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat bayaran kepada suami ( TEBUS TALAK )

 2.       HUKUM        : harus

-        jika isteri berasa tidak sesuai dengan suaminya-        bimbang berlaku derhaka terhadap suami jika

meneruskan ikatan perkahwinan

Page 7: KONSEP TALAK

 3.       AKIBAT        : tidak boleh rujuk semula melainkan dengan akad nikah

yang baru 4.       BAYARAN TIDAK DI TETAPKAN:

         dengan cara suami minta harga         persetujuan suami isteri

 5.       BAYARAN BOLEH DENGAN

         nilai mata wang / barang-barang halal, suci, berharga, bermanfaat

 6.       CATATAN

         khuluk tidak boleh dipaksa oleh orang lain         khuluk tidak mengurangi bilangan talak         khuluk boleh dilakukan pada masa haid 

7.       TUJUAN / HIKMAH DIHARUSKAN :               mengelakkan isteri menderhaka         beri penghormatan kepada wanita bertindak mengikut

syarak         menginsafkan suami / mengelakkan ego suami yang

suka menyalah gunakan kuasa sebagai ketua keluarga untuk bertindak sesuka hati.

 8.       RUKUN

1.       suami2.       isteri           3.       bayaran yang dipersetujui4.       ucapan       

  NUSYUZ 1.       MAKSUD      :

         Dari segi bahasa      : ingkar         Dari sudut istilah      : suatu tindakan oleh isteri yang

dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alas an munasabah mengikut hukum agama

  2.       CONTOH      :

1.       keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada urusan mustahak

2.       tidak mahu layan suami tanpa ada keuzuran3.       musafir tanpa izin suami4.       membantah perintah suami yang tidak bertentangan

dengan ajaran islam5.       berpaling dari suami ( masam muka )

Page 8: KONSEP TALAK

 3.       CARA ATASI            :

         menjalankan tanggungjawab masing-masing         berunding         peka kepada keperluan masing-masing

 4.       KEADAAN TIDAK NUSYUZ;

         tidak sediakan makanan         berkata kesat / kurang sopan 

5.       GARIS PANDUAN SELESAIKAN MASALAH ISTERI NUSYUZ;         nasihat         pulau tempat tidur         beritahu keluarga isteri         pukul dengan tidak mencederakan         khidmat nasihat kaunseling islam

  ZIHAR 1.       MAKSUD      :

         Bahasa        : belakang         Istilah          : suami menyamakan isterinya atau mana-mana

anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan muhram baginya

 2.       HUKUM        :

         Haram dan berdosa besar 

3.       RUKUN DAN SYARAT         Suami

         Baligh         Berakal         Sah talak         Dengan kemahuan sendiri

         Isteri         Isteri yang sah         Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana

anggotanya         Orang yang diserupakan dalam zihar

         Perempuan         Perempuan yang muhram dengan sebab nasab,

penyusuan / persemendaan         Sighah

         Jelas dan khusus         Jika tidak jelas ia perlu kepada niat atau maksud

ungkapan suami 

4.       CARA MENGHINDARI BERLAKUNYA ZIHAR

Page 9: KONSEP TALAK

         Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah dan berselisih faham

         Memahami konsep zihar sebenar         Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-

gesa menzihar isteri  

5.       KIFARAT ZIHAR         Memerdekakan seorang hamba         Berpuasa selama 2 bulan berturut-turut         Memberi makan kepada 60 orang miskin dengan kadar

secupak bagi setiap seorang 

6.       AKIBAT ZIHAR         Suami mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar kerana

mengharamakan perkaran yang dihalalkan oleh islam         Suami isteri diharamkan melakukan persetubuhan         Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri         Suami wajib membayar kifarah

  LI'AN MAKSUD

       Bahasa        : laknat       Istilah          :

-        sumpah suami yang disandarkan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tiduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab

-        sumpah isteri yang disertakan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya

 SEBAB BERLAKU LI'AN

       Suami menuduh isteri berzina tanpa membawa 4 orang saksi untuk membenarkan tuduhannya

-          Suami boleh disebat 80 kali sebatan jika gagal membawa saksi

-          Untuk mengelakkan perkara tersebut suami hendaklah bersumpah li'an untuk membenarkan tuduhannya

-          Isteri juga dikehendaki bersumpah li'an bagi menolak tuduhan suaminya jika tidak mengaku bersalah

 PROSES BERLAKU LI'AN

       Suami menuduh isteri berzina atau menafikan keturunan anaknya tanpa saksi yang cukup

       Isteri menolak tuduhan suami dan menuntut dilaksanakan hukuman qazaf terhadap suaminya

Page 10: KONSEP TALAK

       Hakim memerintahkan dilaksanakan proses lian      Suami bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali

dengan tuduhan zina / menafikan keturunan anaknya         Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat

Allah jika berdusta      Isteri bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali

menafikan tuduhan suaminya         Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat

Allah jika berdusta 

KESAN LI'AN TERHADAP SUAMI ISTERI       Suami isteri terpisah selepas sumpah li'an       Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas

isterinya itu selama-lamanya       Suami yang membuat tuduhan dilepaskan dari tuduhan qazaf       Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan

dengan sumpah li'an       Anak yang dinafikan dalam sumpah lian, ternafi nasabnya

daripada suami yang bersumpah       Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan

nasabnya 

HIKMAH DISYARIATKAN LI'AN       Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan

diredhai Allah       Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan

melakukan sumpah li'an dihadapan orang ramai       Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada

dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina 

Page 11: KONSEP TALAK

Enak men undang – undang keluarga islamMahkamah Rendah Syariah memutuskan telah gugur talak ‘bain sughro’ selepas perkahwinan 12 hari antara Muhammad Roslin Hashim, 34 dan Faizah Mohamad. Talak tersebut membawa maksud tidak boleh rujuk kerana tiada edah, tetapi perlu bernikah semula jika ingin hidup bersama.

Terus terang, saya agak kurang tahu mengenai hal talak dan cerai. Sepatutnya setiap orang mesti dan faham mengenainya. Memanglah perkahwinan bagi pasangan suami isteri ialah kehidupan yang berterusan di dalam keadaan bahagia dan dirahmati oleh Allah. Tetapi apabila wujud ketidakserasian dan ketidakfahaman , ikatan yang dibina rengang dan tidak boleh dipulihkan lagi, maka Islam memberikan ruang kepada pasangan tersebut untuk menggunakan talak sebagai jalan penyelesaian.

Takrif talak dan jenisnya.

Talak dari segi bahasa ialah melepas dan terlepas. Manakala dari segi syara`, talak dimaksudkan sebagai merungkai ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan sebagainya. 

Page 12: KONSEP TALAK

Islam memberikan kuasa talak kepada pihak suami manakala pihak isteri juga boleh menuntut perceraian dalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dan taklik melalui saluran Mahkamah Syariah.

Ada tiga jenis talak yang perlu diketahui :-

Talak Soreh – iaitu talak yang jelas dan nyata. Contohnya suami telah berkata:   “Aku jatuhkan kamu dengan talak satu.”

Talak Kinayah – talak yang memerlukan kepada niat di mana ada kalanya lafaz yang diucapkan itu berbeza-beza tetapi niatnya memang hendak menceraikan isterinya. Contohnya suami berkata kepada isterinya:  “Engkau tidak boleh aku gunakan lagi”

Talak Taklik – talak yang bergantung kepada sesuatu perkara atau perbuatan. Contohnya suami berkata: “Jika engkau keluar dari rumah ini, engkau aku talakkan dengan talak satu.”

Mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor Darul Ehsan) 2003, ada beberapa jenis talak yang telah diperuntukkan oleh undang-undang Syariah

Seksyen 47 – Perceraian dengan talak atau dengan perintah Mahkamah

Perceraian jenis ini difailkan samada oleh suami atau isteri yang hendak bercerai di Mahkamah Syariah setelah usaha-usaha perdamaian telah dilakukan oleh kedua belah pihak.

Apabila Mahkamah menerima permohonan perceraian tersebut daripada salah satu pihak, maka Mahkamah akan memanggil pihak-pihak di hadapan Mahkamah dan menyiasat samada pihak satu lagi bersetuju dengan permohonan tersebut.

Sekiranya pihak satu lagi membantah permohonan tersebut, maka Mahkamah boleh mengarahkan supaya dilantik Jawatankuasa Pendamai yang terdiri daripada wakil suami dan wakl isteri. Jika tiada perdamaian yang dapat dicapai, maka perkara tersebut akan dirafa`kan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan.

Seksyen 49 – Perceraian Khulu` atau Tebus Talak

Perceraian Khulu` bermaksud isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah mereka sepakati sebelum ini kepada suaminya.

Mahkamah membenarkan perceraian khulu` apabila suami tidak bersetuju mejatuhkan talaq dengan kerelaannya tetapi perceraian tersebut dibuat secara khulu` dan dipersetujui kedua-dua pihak. Sekiranya pihak-pihak bersetuju dengan talak secara khulu` tersebut, maka Mahkamah akan mengarahkan suami melafazkan talak dan talak tersebut adalah talak bain sughro yang bermaksud tidak boleh rujuk antara kedua belah pihak. Jumlah bayaran tebus talaq tersebut hendaklah dipersetujui oleh suami dan isteri dan sekiranya ada percanggahan, maka Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah yang sepatutnya dibayar oleh isteri mengikut Hukum Syara` berdasarkan pertimbangan taraf dan sumaber kewangan pihak-pihak bertikai.

Seksyen 50- Perceraiaan di bawah Ta`liq atau janji

Page 13: KONSEP TALAK

Seseorang isteri yang berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat yang terkandung di dalam surat perakuan ta`liq yang dibaca semasa majlis akad nikah boleh memohon perceraian di Mahkamah.

Seksyen 51 – Perceraian dengan li`an

Li`an bermaksud dari segi bahasa menghalau dan menjauhkan. Li`an dari segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina.

Seksyen 53 – Perceraian secara Fasakh

Fasakh bermaksud apabila berlaku salah satu atau lebih daripada perkara-perkara yang telah digariskan oleh Syara` dan peruntukan Undang-undang, maka isteri atau suami boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah membubarkan perkahwinan mereka.

Perkara-perkara yang boleh disabitkan untuk seseorang isteri atau suami memohon fasakh yang diperuntukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor Darul Ehsan) ialah :

(1) Suami atau isteri tidak diketahui tempat tinggalnya selama tempoh lebih daripada satu tahun

(2) Suami telah cuai atau telah tidak mengadakan nafkah zahir selama tempoh tiga bulan

(3) Suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih

(4) Suami atau isteri telah tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun

(5) Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan isteri tidak tahu bahawa semasa perkahwinan suami telah mati pucuk

(6) Suami atau isteri gila selama tempoh dua tahun atau mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit

(7) Isteri yang telah dikahwinkan oleh Wali Mujbir sebelum dia mencapai umur baligh dan dia menolak perkahwinan itu sebelum mecapai umur lapan belas tahun dan dia tidak disetubuhi oleh suaminya

(8) Suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu dengan

(i) lazim menyakiti atau mejadikan kehidupan pihak satu lagi menderita akibat perbuatan aniaya tersebut

(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki-lelaki jahat atau berperangai keji mengikut Hukum Syara`

(iii) memaksa isteri hidup secara lucah

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta

Page 14: KONSEP TALAK

(v) menghalang isteri atau suami dari menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya

(vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut Syara`

(9) Isteri masih tidak disetubuhi oleh suami walaupun setelah empat bulan berlalu kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya

(10) Isteri tidak izin akan perkahwinannya sendiri atau izinnya tidak sah samada kerana dipaksa, kesilapan, ketidak sempurnaan akal atau hal keadaan lain yang diakui Hukum Syara`

(11) Isteri sakit otak,walaupun semasa perkahwinan tersebut dia berkebolehan memberi izin yang sah dan sakitnya itu berterusan atau berselangan dan sakitnya adalah dari satu jenis atau setakat tidak melayakkan dia berkahwin

(12) Apa-apa alasan yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Syara`

Sekiranya sabit perkara di atas bagi salah satu pihak daripada salah satu atau lebih daripada perkara yang telah disebutkan, maka Mahkamah boleh memfasakhkan nikah pihak-pihak tersebut.

Penyelesaian kepada talak merupakan jalan terakhir yang perlu digunakan oleh pasangan tersebut bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Jika talak digunakan untuk menunjukkan kekuasaan suami kepada isteri dan atas alasan nafsu sahaja, maka jadilah talak tersebut sebagai perkara halal yang dimurkai oleh Allah.

Kecekapan suami dan kebijaksanaan isteri amat diperlukan di mana dalam setiap perkahwinan perlu mempunyai matlamat di mana seorang suami atau isteri wajib menambah dan mendalami ilmu mengenai kekeluargaan di samping berusaha menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh

amanah demi memelihara keteguhan rumah tangganya .

Penafian : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini.

http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/enakmen-undang-undang-keluarga-islam-talak.html

penulis blog –Kak Jie.

Page 15: KONSEP TALAK

STATUS TALAK YANG DIRAGUIAssalamualaikum ustaz...

Kawan saya ada mnanyakan soalan ini dan meminta pendapat saya..tapi saya tak berani untuk komen lebih2..oleh itu,saya amat memerlukan pendapat ustaz akan hal ini.adakah sudah jatuh talak & mereka tidak boleh tinggal bersama serta apa alasannya..

"Kalo kau keluar dr rumah ni, aku ceraikan kau dengan talak satu " Pagi tu si isteri keluar rumah untuk berkerja. Persoalannya, jatuh tak talak tu???

Terima kasih.

Selamat datang dan terima kasih kepada yang bertanya..

Berdasarkan kepada persoalan yang dikemukan, ia temasuk dalam satu bab daripada bentuk-bentuk penceraian secara takliq ( المعلق iaitu suatu lafaz yang memberi kesan ( الطالق

Page 16: KONSEP TALAK

kepada perceraian.

Dengan kefahaman yang lebih jelas lagi, ia berlaku dimana si suami bertujuan menceraikan isterinya dengan mengaitkan sesuatu syarat atau sebab. Apabila syarat atau sebab itu timbul atau dilakukan, maka terjadilah penceraian atau talak. Sepertimana contoh yang saudari bertanya sebutkan di atas.

Cumanya dalam perbahasan takliq ini para Ulama’ berbeza pendapat adakah penggunaan lafaz cerai tersebut si suami bertujuan ingin menceraikan isterinya atau sebagai ugutan sahaja? dan adakah ia dikira sah ( jatuh talak ) apabila dikaitkan dengan lafaz takliq?

Secara ringkas :

Pendapat pertama : menyatakan bahawa cerai secara takliq tersebut dikirah sah ( jatuhnya talak ) meskipun dikaitkan dengan syarat. Apabila lafaz yang disebut oleh suami adalah jelas "aku ceraikan kamu jika keluar daripada rumah" secara sengaja, bergurau, walaupun bermaksud memberi larangan tanpa niat menceraikan. Ini merupakan pandangan daripda majoriti ahli ilmu dikalangan empat Mazhab iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafie’yah dan Hanabilah. Hujah yang diberikan berdasarkan kepada dalil-dalil yang menjadi sumber penginstibatan hukum. ( agak panjang jadi tidak diperbahaskan ).

Pendapat kedua : Talak secara takliq jatuh serta merta meskipun ada syarat. Kerana syarat yang diletakkan tidak terpakai sama sekali. Kerana tidak wujud sebarang syarat mengaitkan penceraian dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Antara hujahnya lagi melakukan sumpah bersyarat ( akan menceraikan isteri ) tidak terpakai melainkan syarat sumpah atas nama Allah SWT sahaja. Ini merupakan pandangan Imam Ibnu hazm Al-Zhohiri dan selainnya.

Pendapat ketiga : Sesungguhnya talak secara takliq perlu di dilihat lebih spesifik. Ia dikira pakai lafaz talaq tersebut “ awak diceraikan jika keluar daripada rumah “ sekirannya si suami bertujuan @ berniat menceraikan isterinya.

Adapun jika si suami melafazkan kalimah cerai tadi bukan berniat untuk menceraikan. Tetapi dia menggunakan ungkapan tersebut sebagai bentuk Tahdid iaitu warning, ancaman, atau tegahan sahaja ( supaya si isteri mengambil sikap berjaga-jaga tidak keluar tanpa izin, atau mengambil peluang waktu kerja sebagai alasan keluar makan angin. Ada kes seperti ini ).

Akan tetapi dalam hal ini jika syarat tersebut berlaku, maka si suami diwajibkan keatasnya kafarah. ( iaitu memberi makan 10 orang miskin atau pakaian. Jika tiada dikehendaki berpuasa selama 3 hari ) Ini merpakan pandangan daripada Imam Ibnu Taimiyah dan anak muridnya Ibn Qaiyim dan lain-lain.

Jadi disini, ada perbezaan antara pandangan pertama dan ketiga iaitu meletakkan asas niat si suami sebagai penentu jatuhnya talaq. Ia mirip kepada penceraian mnggunakan lafaz Kinayah iaitu kiasan atau sindiran yang memerlukan kepada niat cerai. Manakala lafaz cerai secara jelas tanpa dikaitkan dengan sesuatu syarat, maka sepakat Ulama’ mengatakan jatuhnya talaq seperti ungkapan “ saya ceraikan awak”. Akan tetapi apa yang dibahaskan di sini adalah berkaitan dengan cerai takliq iaitu meletakkan syarat. Harap tidak terkeliru antara dua masalah tadi.

Page 17: KONSEP TALAK

Ini kerana jika dibahaskan dalam Qawaid fiqhiyah ada menyebut satu kaedah :

المجاز إلى يصار الحقيقة تعذرت إذاApabila maksud sebenar hakiki tidak dapat diketahui, maka pengertian majazi ( iaitu maksud yang tersirat ) diguna pakai ( sebagai maksud yang dikendaki oleh penutur ).

Sebagai contoh apabila seseorang bersumpah “ tidak akan makan bahgian pokok itu “ jadi disini jika fahami hakikat percakapannya adalah merujuk kepada kesemua bahagian pokok termasuk daun, ranting, dahan, buah dan sebagainya. Tetapi kehendak percakapannya adalah kiasan sahaja iaitu tidak mahu menerima hasil keuntungan daripada pokok yang dipajak.

Begitu juga dalam bab cerai takliq ini ia masih lagi wujud Ihtimal atau kemungkinan si suami tahu isteri tidak mengambil cakna perkara tersebut, maka dikaitkan lafaz cerai sebagai ugutan, tegahan kepada isterinya supaya tidak keluar rumah. Tetapi sekiranya si suami memang benar berniat untuk menceraikan jika isteri melanggar perintah tersebut, maka jatuhlah talaq. Inilah hujah yang diberikan oleh pandangan yang ketiga tadi.

"Kalo kau keluar dr rumah ni, aku ceraikan kau dengan talak satu " Pagi tu si isteri keluar rumah untuk berkerja. Persoalannya, jatuh tak talak tu???

Sebagai kesimpulannya : jatuh talak & tidak boleh tinggal bersama suami isteri jika si suami berniat menceraikan isterinya. Bukan bertujuan untuk memberi warning atau ugutan.

Walaubagaimanapun, kemungkian pandangan ini berbeza aplikasinya dengan pengamalan undang-undang dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.

Berbeza pula dengan sebahagian besar Negara timur tengah seperti di Jordan dan Kementerian Hal Ehwal Islam di Kuwait yang menggunpakai pandangan ketiga ini sebagai fatwa dan undang-undang rasmi keluarga Islam Negara tersebut. Ini kerana pada saya kemungkinan ada releven dan kesesuaian di sana jika diambil pandangan ini melihat kepada situasi permasalahan, sikap masyarakat arab ( panas baran ) dan uruf masyarakat setempat mereka yang berbeza di Malaysia. Adapun di Malaysia ,ia masih boleh dipraktikkan, cuma perlu bincangkan dn digazetkan sebagai enakmen keluarga Islam di Malaysia terlebih dahulu.

Oleh itu saya cadangkan kepada rakan saudara supaya merujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri atau terus kepada Mahkamah Syariah sebagai badan berautoriti hal ehwal keluaga Islam di Malaysia. Atau rakan saudara juga boleh mendapat khidmat nasihat daripada peguam syarie untuk menyelesaikan masalah tersebut menurut peruntukkan undang-undang keluarga Islam di Malaysia. InsyaAllah akan terjawab persoalan di sana. Semoga Berjaya.

Wallahu'alam.

P/s :perbahasan yang dibawa disini hanyalah sebagai bantuan penyelesaian kepada

Page 18: KONSEP TALAK

persoalan dan perkongsian ilmu kepada yang lain. Bukan sebagai fatwa, moralnya jangan bermain-main dengan ungkapan talak.

PENULIS – PEMIKIRAN SLAM_09

Taklik @ Talak?salam.di sini saya ada kemuskilan utk diajukan.harap sesiapa yg berilmu dapat memberi pendapat..

.saya dan suami telah bergaduh..pergaduhan adalah pasal isu dimana saya menuduh suami melebihkan keluarganya daripada saya..dan suami adalah selaku anak sulong yang kematian bapa menpertahankan apa yg dibuatnya terhadap keluarga dan meminta saya dalam tempoh seminggu mencari alim ulama,mencari buku,atau menkaji dlm internet apakah tanggunggajwab beliau yg sepatutnya sbgai anak sulong..dan meminta saya memahami akan tanggungjawabnya kepada keluarganya….

keesokannya kami bergaduh lagi pasal isu yang sama..suami telah memarahi saya mengatakan saya xcuba mencari apa yg dimintanya…sedangkan xsampai seminggu lagi waktu yg diberi..dan berkata.

Page 19: KONSEP TALAK

suami: cubalah awk faham..tanggungjawab saya sepatutnya seperti seorg bapa..ni saya hanya buat yg paling minima sahaja pada keluarga saya.saya minta awk cari ilmu pasal tanggungjawab dan cuba belajar dan faham dan lepas tu,kalau awak xnak dengar lagi kata saya,xnak ikut apa saya cakap,saya ceraikan talak 3

adakah jatuh talak..atau itu dikira taklik????

Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan

Menantu Lelaki

Allah SWTRasulullah SAWIbu/Ibu MertuaBapa/Bapa MertuaIsteriAnak-anakLain-lain

Menantu Perempuan

Allah SWTRasulullah SAWSuamiAnak-anakIbu/Ibu mertuaBapa/bapa mertuaLain-lain

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi

Page 20: KONSEP TALAK

menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi

Page 21: KONSEP TALAK

Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minummereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Page 22: KONSEP TALAK

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Di dalam kitab Muhimmah disebutkan bahawa antara sifat isteri yang solehah ialah dia memuliakan keluarga suaminya lebih daripada keluarganya sendiri. Apabila ia tidak memuliakan keluarga suami, bererti ia telah menderhakai suami.

berbalik kepada persoalan puan,

suami: cubalah awk faham..tanggungjawab saya sepatutnya seperti seorg bapa..ni saya hanya buat yg paling minima sahaja pada keluarga saya.saya minta awk cari ilmu pasal tanggungjawab dan cuba belajar dan faham dan lepas tu,kalau awak xnak dengar lagi kata saya,xnak ikut apa saya cakap,saya ceraikan talak 3

adakah jatuh talak..atau itu dikira taklik????

Takliq adalah sama status dengan lafaz talak, bezanya takliq adalah talak bersyarat. Jika takliq telah diucap, tidak boleh ditarik balik atau dibatalkan. Jika takliq dilafazkan sama ada bergurau atau marah, hakikatnya sama seperti talak, takliq tersebut tetap sah dan diambil kira malah akan menyebabkan perkahwinan berakhir sekiranya syarat yang diucap di dalam takliq tersebut berlaku. Jadi, syarat di sini ialah sekiranya puan tidak mencari dan menuntut ilmu mengenai tanggungjawab.

Kesimpulannya, jika takliq telah diucap dan syarat yang ditentukan berlaku, maka kes perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah berhampiran. Biar pihak yang berkuasa tentukan status kes puan.

WALLAHU A'LAM...

sy cma membantu, mungkin ada jawapan lain dari mod iluvislam...wassalam...

shidee_ras, http://www.iluvislam.com/v1/profile.php?lookup=5429

Page 23: KONSEP TALAK

Assalamualaikum Warahmatullah.

Untuk memahami erti dan konsep Cerai dengan lafaz Taklik, saudari boleh rujuk di sini untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut lagi:

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=25116http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=17606&pid=405176#post_405176

Sepertimana yang diperkatakan oleh suami saudari ada kebenarannya iaitu dia bertanggungjwab terhadap keluarganya. Lebih-lebih lagi jika dia anak sulong dan ayahnya (suami ibunya) telah tiada. Jadi, segala tanggungjawab dan tugas keluarga terpaksa digalas olehnya.

Namun jangan sampai mengabaikan pula tanggungjawab dan tugasnya kepada anak dan isterinya. Oleh itu, isteri harus memahami tugas suaminya serta jangan membebankan suami dan suami pula harus bijak membahagikan masa dan tugasnya kepada kedua-dua belah pihak. Sikap toleransi (bertolak-ansur) dan saling memahami adalah sikap terpenting yang perlu ada ketika berhadapan dengan masalah ini.

suami: cubalah awk faham..tanggungjawab saya sepatutnya seperti seorg bapa..ni saya hanya buat yg paling minima sahaja pada keluarga saya.saya minta awk cari ilmu pasal tanggungjawab dan cuba belajar dan faham dan lepas tu,kalau awak xnak dengar lagi kata saya,xnak ikut apa saya cakap,saya ceraikan talak 3

adakah jatuh talak..atau itu dikira taklik????

Apa yang saya faham daripada kata-kata suami saudari ini, jika saudari tidak memahami dan tidak dengar katanya lagi, dia akan ceraikan saudari dengan talak 3. Namun, untuk kepastian, saudari perlu bertanya sendiri kepada suami mengenai perkara ini. Jika dia maksudkan dengan cerai lafaz Taklik, maka perbuatan saudari yang tidak memahami dan mendengar kata-katanya akan menyebabkan jatuh talak.

Sekadar nasihat daripada saya.Perbincangan amat penting di dalam masalah rumahtangga ini. Jangan kerana emosi dan sikap ingin menang kita, akibatnya rumahtangga hancur berkecai.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:Tidak ada sesuatupun yang dihalalkan oleh Allah tetapi paling dibenciNya selain talak.(Riwayat al-Hakim).

http://www.iluvislam.com/v1/profile.php?lookup=5429

Page 24: KONSEP TALAK

farera wrote:Salam ustaz. Saya ingin bertanya mengenai masalah kwn saya. bbrpa thn yg lalu, suami kwn saya pernah menulis surat kpdnya. Didlm srt itu suaminya berkata, ' jika dia tdk memberi kesmpatan kpd suaminya utk berkahwin dgn wanita selingkuhannyha, mrk tiada pilihan lain melainkan bercerai.' Adakah dgn demikian jatuh talak? sekian terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Maksud suaminya jikalau dia tidak membenarkan suami untuk berkahwin lagi maka suaminya akan menceraikannya. Oleh itu, suaminya sendiri yang akan melafazkan cerai jika isterinya enggan membenarkan dia berkahwin lagi. Perbuatan ini tidak dikaitkan dengan lafaz taklik.

Wallahualam.

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=25933

imphianyatie wrote:Assalammualaikum w.b.t

Ustaz saya ada beberapa pertanyaan.(1)Saya seorang bakal ibu yang sedang mengandung 8 bulan. Pada 11 mei yg lalu, saya dan suami perang besar hingga dia melafazkan talak 1 kepada saya dengan jelas. Saya tahu talak akan jatuh setelah saya selamat melahirkan anak kami nanti. Tapi, sebelum dia melafazkan cerai talak satu kepada saya dia ada mengulang perkataan ini sebanyak 3 kali ''aku ceraikan kau sekarang''...ini yang menjadi kebingungan saya..adakah talak 3 telah jatuh ke atas saya?...untuk pengetahuan ustaz kami dalam proses rujuk semula. Suami sangat cetek dalam ilmu agama, dia menyangka talak tidak jatuh ke atas isteri yang sedang mengandung.(2)Kedua, saya ingin bertanya mengapa proses rujuk semula agak rumit? Mengapa perlu ada sebutan di mahkamah? Bolehkah di beri kelonggaran kerana dalam keadaan yang sarat dan menanti hari untuk bersalin begini..saya letih dan tidak upaya untuk ke sana sini.

Sekian ustaz, Terima kAsih.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Page 25: KONSEP TALAK

Semoga saudari dan keluarga akan dirahmati dan mendapat ketenangan daripadaNya setiap masa. InsyaAllah. Di sini saya cuba memberikan penerangan ringkas mengenai persoalan saudari ini.

1. Lafaz talak 3 sekaligus merupakan khilaf di kalangan ulama. Menurut sebilangan ulama, perbuatan lafaz seperti itu dikira hanya jatuh talak satu sahaja. Namun menurut jumhur ulama termasuklah pendapat daripada mazhab Shafie, ia jatuh talak 3 dengan lafaz sekaligus tersebut.

Akan tetapi, perkara ini perlu mendapat pengesahan dan penelitian daripada pihak mahkamah / kadi terlebih dahulu. Mereka akan memutuskan samada ia dikira sebagai talak satu atau talak tiga.

2. Saya bukanlah pengamal undang-undang sivil ataupun syariah. Namun menurut pemerhatian saya, pihak mahkamah / kadi terpaksa mengambil sedikit masa untuk meneliti kes ini agar ianya benar-benar diyakini sebelum membuat sebarang keputusan. Ini memandangkan ia melibatkan keturunan seseorang itu jika pihak mahkamah / kadi mengambil sikap sambil lewa mengendalikan kes. Ia juga bagi menjaga Maqasid Syariayah agar terpelihara.

Berikut beberapa thread yang turut membincangkan perihal talak:

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=23607http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=17606http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=4229

mujahidah_asrar wrote:Ana dah penah cari dalam web tentang nikah nie. Tapi penjelasan kebanyakannya dari rujukan yang sama. Dari Indonesia pun ader. Hmm.. ader sesiapa yang ada pengalaman tak?

Katb al-Kitab(nikah khitbah=nikah gantung) adalah satu istilah yang timbul terkemudian. Hakikatnya ia adalah sama dengan akad perkahwinan, atau dikenali di kalangan orang Arab dengan istilah Aqad al-Qiran.

Dinamakan akad perkahwinan dengan istilah Katb al-Kitab yang bermaksud (penulisan dokumen) kerana pada zaman sekarang akad nikah dilakukan dengan disertai pengesahan pihak-pihak berkuasa seperti Pejabat Agama.

Ia bukanlah perantaraan antara pertunangan dan pernikahan. Kerana Katb al-Kitab itu sendiri adalah akad pernikahan. Cuma kebiasaan adat org Arab (malahan adat Melayu), selepas sahnya akad nikah (katb al-Kitab atau Akad al-Qiran), pengantin tidak terus duduk bersama. Mereka akan membuat satu perjanjian bilakah tarikh 'Lailah al-Zifaf' atau 'Lailah al-Dakhlah' (Malam Pertama).

Page 26: KONSEP TALAK

Dalam tempoh selepas Katb al-Kitab, mereka adalah suami isteri yang sah.

Wallahu A'lam.

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=4708

Hukum Kahwin Kontrak & Kahwin Misyar 1 of 10Posted on 25.06.2008 13:03   Peraturan & Etika Forumassalamualaikum...1) sepertimana yang di ketahui,kahwin kontrak adalah di haramkan di sisi Islam..tapi masih ada segelintir umat Islam masih mengamalkannya..apakah hukuman yang bakal diterima di akhirat kelak dan mengapa hukumnya jatuh haram?

2) kahwin misyar adalah dibolehkan dari segi syarak tetapi ada pihak yang mempertikaikannya dengan alasan maruah suami jatuh, suami akan hilang hak sebagai ketua keluarga, tempih perkahwinan tidak akan kekal lama dan wujudnya Queen Control..

di harap sahabat2 sekalian dapat membantu bagi menjelaskan kedua2 situasi ini..

wassalam....

Edited by princess_islam on 30.06.2009 22:56 Author RE: Hukum Kahwin Kontrak & Kahwin Misyar 2 of 10

Page 27: KONSEP TALAK

Posted on 24.05.2009 10:34   Peraturan & Etika Forumrasanya thread ini seeloknya diasingkan. sebab isu kahwin misyar terlalu banyak yg perlu dibincangkan.

anyhow, ana nak jawab jugak. hehe

1.isu kahwin kontrak ini pernah dibincangkan dalam program semanis kurma oleh ustaz akashah dan ustazah nurbahyah.

kahwin kontrak atau nikah mutaah terjadi hasil kesepakatan antara bakal pasaangan suami isteri yang bertulis, dan disertaakan tempoh kontrak di mana sesudah tamat tempoh kontrak ini, jatuhlah talak antara keduanya. ini perkara biasa di negara arab, dan sudah berlaku di malaysia. kahwin kontrak diharamkan kerana ia sebenarnya menjatuhkan maruah perempuan. duda bagi lelaki tiada konotasi negatif, tetapi bagi perempuan ada sedikit konotasi negatif. apatah lagi tempoh kontrak adalah terlalu singkat.

bagi ana perkahwinan jenis ini hanya dibina berlandaskan nafsu, bukan kerana Islam atau kerana cinta.

katakanlah tempoh yang dipersetujui ialah1 tahun. apa akan terjadi sekiranya si isteri mengandung dalam tempoh itu? apa akan jadi kepada nasib bakal anak? asas kepada perkahwinan yang dibina adalah menyambung zuriat keturunan, tetapi apa yaang berlaku dalam kahwin kontrak adalah sebaliknya. si isteri takut hamil kerana bimbangkan nasib anaknya kelak. malah jika hamil, si isteri mungkin bertindak menggugurkan kandungannya, kerana tekanan perasaan.

perkahwinan jenis ini sebenarnya tidak akan berlaku tanpa persetujuan kedua-dua pihak. dan ana tidak faham kenapa si perempuan menerima kontrak sebegini.

haram ye kahwin mutaah ni.

2.kahwin misyar atau kahwin musafir ini dihalalkan di arab saudi. fatwa halal dikeluarkan oleh Sheikh Abdul Azeez ibn Abdullaah ibn Baaz. fatwa dikeluarkan atas dasar perempuan lebih ramai daripada lelaki. berbeza daripada poligami.

isu ini dibincangkan panjang DI SINI.

harap membantu. Author RE: Hukum Kahwin Kontrak & Kahwin Misyar 3 of 10Posted on 25.05.2009 18:44   Peraturan & Etika Forum

Saya menjawab secara ringkas ya.

Page 28: KONSEP TALAK

1. Kahwin Kontrak atau Nikah Mut'ah haram hukumnya berdasarkan Ijmak atau kesepakatan ummah melainkan Syiah Imamiah. Pernikahannya juga dikira batil. Adapun Nikah Muaqqat (dengan lafaz ketika aqad bahawa pernikahan itu berbentuk sementara waktu sahaja), Majoriti Fuqaha' tidak membezakannya dengan Nikah Mut'ah (bermakna tidak sah juga).

Jika ada pihak yang masih mengamalkannya, biasanya terpengaruh dengan dakyah Syiah yang mengatakannya boleh dan kerana hawa nafsu. Balasan di akhirat pula di sisi Allah Yang Maha Mengetahui. Allah akan membalas setiap baik buruk perbuatan kita. Kalau jahat perbuatan kita, tak sempat bertaubat, maka buruklah balasan.

Pernikahan ini diharamkan di dalam Islam kerana ia bercanggah dengan konsep perkahwinan itu sendiri. Perkahwinan menuntut kasih sayang dan hubungan yang harmoni antara suami isteri, serta tanggungjawab bersama. Adapun perkahwinan yang berbentuk sementara akan menyebabkan tiadanya perasaan sedemikian, dan seolah-olah menghina dan mempermainkan institusi perahwinan yang suci.

2. Kahwin Misyar walaupun dibolehkan, ia sama sekali tidak membolehkan seorang isteri bersifat queen control dan sebagainya. Jika ada pihak yang beranggapan maruah suami boleh jatuh, atau isteri tidak lagi menghormati suami kerana nikah misyar, maka pihak tersebut tidak memahami konsep hak-hak suami dan hak-hak isteri.

Di dalam Islam, tidak kira apa jua status seorang isteri itu, dia tetap wajib menghormati dan memuliakan suaminya. Jadi nikah misyar dibolehkan, dalam masa yang sama si isteri tetap wajib memuliakan suaminya.

Wallahu A'lam Author RE: Hukum Kahwin Kontrak & Kahwin Misyar 4 of 10

saudra brtnya apa yg bakal diterima diakhirt - kalo lnggr perinth ALLAH jelas kene azab la

kawen misyr dibolehkan akan tetapi makruh dan dalam beberapa keadaan tertentu sahaja.

dan tmbhn juga utk sdra wann antara sebab dibolhkn di saudi kerana wanita di sana kaya raya dan takut terlibat dalam perkara yng haram, oleh demikian di bolehkan RE: Hukum Kahwin Kontrak & Kahwin Misyar 5 of 10

Posted on 29.05.2009 16:28   Peraturan & Etika Forumbetul kah pemahaman sy, perkhwinan misyar ni ibarat perempuan meminang lelaki?

jika ya, sy rase mungkin agk janggal klu nk di amalkn di malaysia tp x mustahil,realitinya lelaki yg berkejaya n berpendidikan tinggi agk kurang...majoritinya trlibat dgn mat rempit, dadah, jenayah, menetap di pusat serenti n sbginya....mcm mn pula dgn rating kaum hawa meguasai pendidikan?rmi yg lbh prefer untuk membujang smpi ke tua krn tiada lelaki yg berani untuk masuk meminang dek krn status mereka...

so pd pndapt sy, x slh klu prempuan pula yg pegi meminang lelaki, mmg akn dikecam hebat krn seperti 'melanggar adat' tp ia tidak memberi keadilan pd kaum

Page 29: KONSEP TALAK

hawa krn trpaksa rehda dgn ape jua jodoh,bkn x nk brsyukur tp sperti usaha kami x brbaloi dgn blaja tinggi2..

klu nk meminang laki org pon x slh kot sbb poligami tu kn hll di sisi islam..bkn pe,lelaki yg baik kebnykkn nya dah jd sumi org,dan suami yg baik ini slalunya mampu untuk membimbing isteri mereka n isteri mereka juga slalunya dr org yg baik2 juga.. so dr situ akn wujud perspektif positif mengenai poligami krn mewujudkn poligami yg sihat

bg kaum hawa pula pndi lah menilai calon suami, carilah calon yg soleh n x mnggunakn kuasa yg ada tuk menderhaka kpd suami..jdknlah siti khadijah sbg contoh...wlupon dia mempunyai harta yg bnyk, tp tunduk n setia pd suaminya iaitu rasulullah...

maaf, skadar meluahkn pendapat...ada komen?

Gambaran Kahwin Kontrak

RM20,000 beli suami

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN DAN SHAMRAN [email protected]

KUALA LUMPUR: Tidak perlu bersusah payah memerah tenaga seperti insan lain kerana apa yang perlu dilakukan hanyalah merelakan maruah tergadai, berjanji menyimpan rahsia dan mengambil sisa orang lain demi menutup aib seseorang.

Tidak sampai satu jam, selepas semuanya selesai, dapatlah habuan wang tunai atau barangan termasuk tempat tinggal dan kenderaan .

Begitulah kerja mudah dilakukan individu tertentu yang sanggup merelakan diri menjadi ‘suami segera’ kepada wanita mengandung gara-gara terlanjur.

‘Kerjaya’ yang popular dengan gelaran ‘pak sanggup’ itu didedahkan seorang lelaki yang baru tiga bulan melakukannya.

Mahu dikenali sebagai Salleh Ali, 33, dia mengakui mendapat habuan RM20,000 di atas pekerjaan tidak bermaruah itu.

Salleh berkata, dia pernah mendengar mengenai ‘pak sanggup’ tetapi tidak menyangka terjebak dengan kerja seperti itu.

“Segala-galanya bermula apabila seorang rakan bercerita mengenai hajat seorang lelaki yang mahu mencari sesiapa yang sanggup mengahwini teman wanitanya yang hamil luar nikah hasil perhubungan sulit mereka.

“Lelaki itu sudah berkahwin dan tidak mahu mengahwini wanita itu serta mahu mengelak perhubungan sulit mereka diketahui isterinya. Wanita itu pula mahu

Page 30: KONSEP TALAK

melahirkan anak yang dikandungnya,” katanya.

Menurut Salleh, rakannya itu yang juga orang suruhan lelaki terbabit diminta mencari individu yang sanggup mengahwini wanita berkenaan dengan tawaran ganjaran wang tunai RM20,000.

“Saya yang bujang dan bekerja tidak menentu tanpa banyak cakap sanggup menerima tawaran itu. Siapa yang tidak mahu wang sebanyak itu dalam sekelip mata.

“Apatah lagi, saya sememangnya memerlukan wang kerana mahu membayar tunggakan kereta dan hutang along RM10,000,” katanya yang kemudian dibawa berjumpa lelaki itu untuk mengadakan perbincangan.

Tempoh perbincangan hanya mengambil masa dua minggu sebelum majlis pernikahan dijalankan.

Dia dimaklumkan, wanita itu terkantoi kerana keluarganya sudah tahu dia mengandung dan keluarganya mahu keterlanjuran itu diselesaikan dengan perkahwinan.

Katanya, lelaki terbabit yang sememangnya kaki perempuan tidak mahu bertanggungjawab dan mencari orang lain sebagai pak sanggup untuk berkahwin dengan kekasihnya.

“Sebelum ini, apabila teman wanitanya hamil lelaki itu melarikan diri tapi kali ini dia mengugut akan menghebahkan apa yang berlaku jika dia berbuat demikian,” katanya.

Selain itu, wanita terbabit meminta sejumlah wang dan majlis pernikahan ringkas supaya dapat memenuhi kehendak keluarga.

“Saya tidak mahu ambil tahu mengenai masalah mereka, kerana apa yang penting saya dijanjikan wang RM20,000 selepas selesai majlis pernikahan.

“Lelaki itu membawa saya bertemu teman wanitanya dan selepas berbincang, dia menetapkan tarikh untuk kami berkahwin.

“Saya dan wanita itu dibawa ke sebuah rumah. Turut serta keluarganya. Apabila pertama kali bertemu, puas jugalah saya kena herdik dan tidak kurang yang memberi nasihat oleh keluarga wanita itu.

“Saya datang dengan beberapa individu yang berlagak seperti keluarga saya. Semua ‘ahli keluarga’ saya disediakan lelaki itu dan kami hadir seperti orang kaya,” katanya.

Kata Salleh, dia tidak tahu perkahwinannya sah atau tidak kerana jurunikah yang disediakan meragukan.

“Saya hanya ikut perintah saja. Apabila bapa wanita itu melafazkan akad nikah, saya

Page 31: KONSEP TALAK

ikut saja. Perasaan takut tetap ada menyebabkan akad nikah terpaksa dilakukan lima kali.

“Saya juga hairan kerana keluarga wanita itu tidak pula banyak soal. Mungkin mereka percaya dengan wanita itu, apatah lagi melihat saya hadir dengan gaya seperti orang kaya,” katanya.

Tidak sampai satu jam, majlis pernikahan selesai dan dia mendapat habuan RM20,000 tunai yang dimasukkan dalam sampul.

“Ikutkan hati, saya mahu melarikan diri, tetapi saya perlu berlakon untuk tempoh beberapa hari. Saya dan wanita itu duduk di kondominium disediakan lelaki terbabit. Keluarga wanita itu turut serta kerana mereka mahu berehat di Kuala Lumpur dua atau tiga hari,” katanya.

Dia turut mengambil kesempatan meniduri wanita itu, namun bukan secara paksaan.

“Lelaki itu tidak kisah saya buat apa dengan teman wanitanya kerana dia mahu meninggalkannya. Wanita itu pun tak kisah saya buat apa kepadanya,” katanya.

Salleh berkata, dia hanya tinggal bersama wanita itu selama seminggu sebelum menghilangkan diri.

“Wanita itu tidak pula menghalang. Sehingga hari ini saya tidak tahu apa nasibnya dan saya tidak lagi bertemu lelaki itu,” katanya.

Ditanya apa yang dibuat dengan wang RM20,000 itu, Salleh tersenyum sambil memberitahu, RM10,000 untuk langsaikan hutang termasuk hutang along dan selebihnya ‘enjoy’!

Melihat ganjaran lumayan, dia bersedia untuk menjadi ‘pak sanggup’ lagi kepada pasangan kekasih yang terlanjur tetapi enggan kahwin.

“Sekarang, saya banyak melepak, dengan harapan dapat lagi tawaran jadi ‘pak sanggup’. Kerja pula ikut suka. Rasa nak datang, saya datang. Kalau tidak ponteng saja. Saya tak risau sebab wang masih ada ribuan ringgit lagi dan mungkin dapat rezeki jadi ‘pak sanggup’ lagi,” katanya.

Author RE: *Hukum Kahwin Kontrak & Kahwin Misyar 7 of 10

yunusbhai

Theoretical Physicist

Posts: 1300Location: Malaysia Joined: 28.06.09Status: Offline

Page 32: KONSEP TALAK

Posted on 21.07.2009 07:43   Peraturan & Etika Forumfiessa wrote:betul kah pemahaman sy, perkhwinan misyar ni ibarat perempuan meminang lelaki?

so pd pndapt sy, x slh klu prempuan pula yg pegi meminang lelaki, mmg akn dikecam hebat krn seperti 'melanggar adat' tp ia tidak memberi keadilan pd kaum hawa krn trpaksa rehda dgn ape jua jodoh,bkn x nk brsyukur tp sperti usaha kami x brbaloi dgn blaja tinggi2..

ada komen?

Apa-apa yang telah jelas 'halal' bukanlah sesuatu yang perlu dipertikai tentang alasan adat oleh mereka yang menyintai 'adat nenekmoyang mereka' yang harus kurang tahu tentang As Sunnah dalam hal ini.Adalah kebiasaan juga, As Sunnah dia anggap 'janggal' apabila sesuatu kaum itu belum atau tidak pernah dengar/tahu adanya Sunnah SAW, apalagi dalam sesuatu perkara yang bertentang dengan amalan adat nenekmoyang yang telah lma sebati dalam kehidupan mereka.

Tidaklah jadi jatuh maruah lelaki ( Soleh ) atau keegoan wanita ( Solehah ) hanya disebabkan si wanita itu yang mendahului dari calun suaminya bertindak yang haq,kecualilah hal ini terjadi kalangan keturunan Islam yang memang mengalami tekanan disebabkan 'jiwanya yang sakit' disebabkan amalan Islamnya banyak yang 'rabak'.

Harus tidak kita ambil mudah dan alpa tentang baginda Nabi SAW hanyalah berdagang untuk dagangan hadzrat Siti Khadijah RHA, dan sebelum itu hanyalah pengembala kambing, tentulah isteri Baginda SAW bukan sahaja memiliki 'kebendaan' jauh lebih banyak bahkan memang Nabi SAW bukanlah dikalangan 'kaya harta'.Adakah ini menjtuhkan maruah Baginda SAW ?Tidak sama sekali. InsyaAllah.

Cuma, saya kurang memahami tentang yang sdr nyatakan 'usaha kami tak berbaloi' dengan belanja tinggi.Apakah maksudnya ? Allahu a'lam.

Page 33: KONSEP TALAK

RE: Gejala Wanita yang Di dalam Iddah Berkahwin

Posted on 06.05.2010 17:26   Peraturan & Etika Forumhelmee92 wrote:Assalamualaikum..

Saya rasa tergerak hati utk berbincang dgn semua ahli web site ini ttg isu ini..Di dalam silibes pendidikan Islam Ting.5 Ada menyatakan bhw wanita yg mengandung haram utk dikahwini namun pd masa sekarang wanita yg mengandung semakin bnyk yg kahwin...Apa yg saya terfikir mereka dibenarkan berkahwin atas tujuan utk menyelamatkan maruah keluarga...sedangkan dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara...so marilah kita sama2 mencari kebenaranya....

Asalamualaikum...

Salam helmee.. Saya perkemas tajuk. Tqvm. May Allah bless you :) ~ Nisa_88

Assalamualaikum Warahmatullah.

Sebelum saya hendak menjawab soalan ini, saya ingin mengingatkan, sesiapa yang pernah melakukan hubungan terlarang, samada mengandung ataupun tidak, adalah diharapkan bertaubatlah segera kepada Allah Taala. Dengan taubat nasuha sahajalah yang akan menghapuskan dosa.

Sila rujuk di sini:

http://buluh.iluvislam.com/?p=31

Page 34: KONSEP TALAK

Bagi persoalan di atas, para ulama ada berselisih pendapat, namun yang selalu menjadi pernatiannya ialah:

Mazhab Shafie, Maliki dan Hanafi secara umumnya berpendapat tiada iddah bagi wanita yang mengandung hasil berzina. Oleh itu, berkahwin dengan penzina perempuan ini adalah sah memandangkan dia tiada tempoh iddah. Tempoh iddah hanya untuk perempuan yang mengandung secara perkahwinan yang sah sahaja.

Beberapa pandangan mazhab lain secara lebih detail:

Mazhab Hanafi berpandangan bahawa jika yang menikahi wanita hamil itu adalah lelaki yang menghamilinya maka hukumnya boleh. Sedangkan kalau yang menikahinya itu bukan lelaki yang menghamilinya maka lelaki itu tidak boleh menggaulinya hingga melahirkan walaupun perkahwinan tersebut sah.

Pendapat mazhab Maliki dan Hanbali pula mengatakan lelaki yang tidak menghamili tidak boleh mengawini wanita yang hamil. Kecuali setelah wanita hamil itu melahirkan dan telah habis masa tempoh iddahnya. Mazhab Hanbali menambahkan lagi bahawa wanita tersebut mesti bertaubat dari kesalahan zinanya. Jika belum bertaubat dari dosa zina tersebut maka dia masih boleh menikah dengan siapa sahaja.

Adapun mazhab Shafie berpendapat bahawa samada lelaki yang menghamili atau pun yang tidak menghamili dibolehkan menikahinya.

Saya kira, persoalan pembuka thread bukan berkisar mengenai hukum penasaban bayi dengan suami penzina perempuan tersebut sebelum tempoh tertentu. Oleh itu, saya tidak bincangkan perkara ini di sini.

Wallahuala

Page 35: KONSEP TALAK