Konsep Teori Pembelajaran
-
Upload
poovaneswarysinnasamy -
Category
Documents
-
view
22 -
download
0
description
Transcript of Konsep Teori Pembelajaran
Konsep Teori Pembelajaran konstruktivisme
https://www.youtube.com/watch?v=fNB_ujMpcVI
https://www.youtube.com/watch?v=SZ2RtVjcLlc
Apakah konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, murid akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baharu.
• (McBrien & Brandt,1997) , Konstruktivisme adalah satu
pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat setiap individu membina
pengetahuan dan bukannya hanya menerima
pengetahuan daripada orang lain
Teori Konstruktivisme• Teori konstruktivis berteraskan kepada pengetahuan murid
membina makna tentang dunia dengan mensintesis
pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami
sebelum ini.
• Sushkin, N., 1999: Dalam teori konstruktivisme, penekanan
diberikan kepada murid lebih daripada guru . Murid yang
berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh
kefahaman tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep
dan membuat penyelesaian kepada masalah.