Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

download Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

of 35

Transcript of Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    1/35

    Konsep Umum Pemikiran dan Pemikiran Islam

    1.0 Pemikiran

    Pemikiran berasal daripada kata 'fikir' menjadi 'berfikir' (thinking) dan akhirnya'pemikiran' dalam Bahasa Melayu. Perkataan berfikir kini digunakan secara

    meluas. Walaubagaimanapun ia tetap memerlukan batasan pengertian dan

    penjelasan hakikatnya agar orang dapat memahaminya secara jelas. Dasar

    perkataan fikir berkataan berasal dari perkataan Arab 'fakkara', 'yufakkiru',

    'tafkiran'. Sebahagian ahli bahasa daripada wazan 'dharaba' iaitu 'fakara',

    'yakiru', 'fakran'atau 'fikran'. Jelasnya perkataan fikir berasal daripada perkataan

    'al-fikr'. Dalam al-Quran, perkataan fikr tidak disebut dalam bentuk kata nama.Tegasnya dalam al-Quran perkataan fikr disebut dalam bentuk fiil madhi

    (perbuatan yang telah lepas) dan mudhari' (perbuatan yang sedang dilakukan),

    sighah mukhatab dan ghaib (kata ganti diri kedua dan ketiga). Misalnya fakkara

    dan tatafakkarun. Jadi ketika al-Quran menggunakan cara ini seolah-olah Allah

    SWT ingin mengingatkan kita bahawa usaha berfikir adalah usaha yang sangat

    berkaitan dengan manusia. Ringkasnya pemikiran bolehlah didefinisikan sebagai

    satu aktiviti kekuatan rasional (akal) yang ada dalam diri manusia, samada iaberupa qolbu, roh, atau dzihnun, dengan pengamatan dan penilitian untuk

    menemukan makna yang tersembunyi dari persoalan yang dapat diketahui, atau

    untuk sampai kepada hukum-hukum, atau hubungan antara sesuatu. Pemikiran

    juga boleh didefinisikan sebagai rangkaian idea yang berasosiasi (berhubungkait)

    atau daya usaha reorganisasi (penyusunan semula) pengalaman dan tingkahlaku

    yang dilaksanakan secara sengaja.

    2.0 Pemikiran Islam.

    Definisi pemikiran Islam pula bolehlah disimpulkan sebagai gagasan atau buah

    fikiran pemikir-pemikir Islam atau ulama' bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    2/35

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    3/35

    penjelesan dari Rasulullah SAW sendiri. Jadi tidak timbul pada masa itu usaha-

    usaha untuk mendapatkan jawapan dengan pemikiran sendiri. Lebih-lebih lagi

    dalam masalah akidah dan persoalan-persoalan agama tambahan pula baginda

    melarang sebarang pertikaian dalam persoalan akidah dan tidak menggalakkan

    perdebatan di kalangan orang-orang Islam.

    Sikap dan pendirian yang diperakui oleh Islam sejak pertumbuhannya ini telah

    memberi kesan besar dalam membimbing perkembangan pemikiran umat Islam

    pada zaman permulaan. Kerana itu pada umumnya mereka tidak suka berbahas

    dan berdebat dalam masalah akidah. Perbahasan dan perbincangan mereka

    hanya berkisar dalam persoalan amali.

    Setelah Rasullah SAW wafat, memang wujud sedikit kekecohan pada awalnya

    tetapi dapat diselesaikan sebaik mungkin oleh Saidina Abu Bakar setelah beliau

    dilantik menjadi khalifah. Pada era dua khalifah pertama iaitu Abu Bakar dan

    Umar, tidak nampak banyak masalah sehinggalah membawa kepada zaman

    pemerintahan khalifah ketiga iaitu Uthman bin Affan apabila mulai ada bibit-bibit

    pertikaian dan tidak puas hati yang secara prisipalnya berkait dengan masalah

    politik tetapi cuba dikaitkan bersama dengan isu-isu akidah. Selepas Uthman

    dibunuh dan Ali dilantik sebagai khalifah, keadaan menjadi semakin serius dan

    berlakulah perang saudara sesama Islam. Selepas itulah berlakunya

    perkembangan perbezaan pandangan, khilaf, perbezaan politik dan membawa

    kepada kemunculan aliran akidah.

    Sejarah mencatatkan bahawa keadaan ini terjadi akhir abad pertama Hijrah

    atau abad ketujuh Masihi. Dari tarikh inilah bermula perkembangan pemikiran

    Islam secara drastik hampir dalam semua bidang. Prof. Dr. Muhammad al-Bahi

    telah membahagikan perkembangan pemikiran Islam ini kepada tiga peringkat:

    1. Peringkat Kemunculan

    2. Peringkat Membina Kembali Masyarakat Islam.

    3. Peringkat Pemikiran Islam Semasa

    1. Peringkat Kemunculan

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    4/35

    Pada peringkat kemunculan, kita dapati lahir berbagai-bagai aliran atau mazhab

    seperti aliran akidah, aliran fiqah, sufi, falsafah dan tafsir.

    Kelahiran aliran dalam bidang akidah adalah disebabkan kesan yang timbul akibat

    perpecahan dan permusuhan yang berlaku di dalam masyarakat Islam. Faktor

    utama yang menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam ialah perselisihan

    pendapat dalam pemilihan ketua negara (Imamah) dan kerana masalah inilah

    lahirnya aliran-aliran Khawarij, Syiah, Murjiah, Mutazilah dan Asyariyyah. Setiap

    aliran mengemukakan dalil-dalil atau bukti-bukti mereka masing-masing yang

    berbentuk pemikiran yang menyentuh masalah Imamah. Akhirnya lahir

    pandangan dan pegangan aliran mereka masing-masing dalam masalah usul dan

    itiqad (pegangan agama, keyakinan dan kepercayaan). Tegasnya perselisihan

    dalam masalah Imamah merupakan punca utama menolong terasasnya aliran

    berbentuk akidah. Faktor ini juga telah meninggalkan kesan yang negatif

    terhadap perpaduan dan kesatuan umat Islam seterusnya. Sementara itu, sebab

    utama kelahiran aliran falsafah pula ialah akibat meresapnya pengaruh

    pemikiran-pemikirn asing seperti pemikiran berhala Mesir, pengaruh agama-

    agama Timur seperti Buddha, Brahma dan Zarodistar, di samping pengaruh dari

    agama Kristian dan Yahudi serta falsafah Greek. Akibatnya lahirlah dalam sejarah

    Islam alirang falsafah metafizik (didokong oleh Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd), aliran

    falsafah fizik (Abu Bakar al-Razi) dan aliran falsafah Isyraqi (Illuminism) yang

    terpengaruh dengan aliran falsafah Neo-Platonism (asy-Sharawardi al-Maqtul). Di

    samping itu kelahiran aliran dalam Tasawuf jug sebenarnya adalah akibat

    pengaruh daripada pemikiran-pemikiran asing. Antara aliran-aliran yang dikenali

    dalam bidang ini ialah:

    (a)Aliran Tasawuf al-Zahudi (al-Harith al-Mahasibi)

    (b)Aliran Tasawuf al-Falsafi (Imam al-Ghazali)

    (c)Aliran Tasawuf al-Hindi yang dipengaruhi oleh Hindi, Kristin dan Neo-

    Platonism (didokong oleh Ibnu Arabi dan al-Hallaj)

    Kelahiran mazhab-mazhab fiqh pula adalah disebabkan oleh beberapa faktor.

    Pertama disebabkan perbezaan pendapat di antara fuqaha mengenai hukum-

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    5/35

    hukum cabang dan bukannya asas-asas hukum dalam Islam. Semua ulama fiqh

    berpendapat bahawa perselisihan pendapat dalam perkara yang jelas hukumnya

    terdapat dalam nas al-Quran dan Sunnah adalah haram. Sedangkan perselisihan

    pendapat di dalam perkara-perkara yang belum jelas hukumnya adalah dituntut

    serta dibenarkan pula berijtihad di dalam menentukan hukumnya. Perbezaan

    pendapat dalam masalah hukum cabang ini pula adalah disebabkan antara

    lainnya kerana perbezaan maklumat yang mereka terima daripada Rasullah SAW.

    Sesetengah sahabat menerima lebih banyak hadis daripada sahabat yang lain.

    Perbezaan pendapat juga terjadi kerana perbezaan pemahaman seseorang

    sahabat terhadap nas-nas yang diterima daripada Rasullah SAW. Begitu juga

    suasana sekitar boleh mempengaruhi sesuatu pendapat. Perbezaan dalam

    sesuatu hukum adalah semakin jelas apabila sahabat-sahabat itu keluar ke

    kawasan-kawasan yang baru dibuka yang suasananya berbeza. Ini boleh

    melahirkan pendapat yang berbeza di antara seorang sahabat dengan sahabat

    yang lain dalam satu masalah yang sama. Pendapat-pendapat mereka inilah yang

    akan menjadi sumber maklumat hukum bagi masyarakat setempat. Pendapat-

    pendapat merekalah yang akan menjadi ikutan penduduk-penduduk itu dan di

    sana akan bertapaklah pemikirannya. Misalnya pendapat-pendapat Ibnu Masud

    telah bertapak di Iraq dan pendapat-pendapat Said bin Musayyab bertapak di

    Hijaz sementara pendapat Abdullah bin Amr Ibnu As bertapak di Mesir. Maka

    hasil daripada pendapat-pendapat dan buah fikiran sahabat-sahabat yang berada

    di pelbagai tempat di pusat-pusat negara Islam itulah yang menjadi bahan

    pemikiran fiqh pada zaman berikutnya dan akhirnya melahirkan pelbagai mazhab

    fiqh di negara Islam.

    Suatu yang nyata dan amat dibanggakan ialah kita dapati dalam perkembangan

    pemikiran fiqh di peringkat awal, setiap ulama yang mujtahid menghormati

    pandangan ulama yang lain. Setiap pendapat dihormati orang pada zamannya

    dan diamalkan, tidak ada sikap fanatik terhadap pandangan tertentu atau

    golongan tertentu kerana mereka sedar bahawa perbezaan yang timbul itu adalah

    hasil daripada ijtihad masing-masing yang berasaskan kepada sumber-sumber

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    6/35

    yang diakui oleh syarak di samping mereka memandang kepada kemaslahatan

    yang diperlukan oleh masyarakat setempat. Pada dasarnya perbezaan pendapat

    yang berlaku dalam bidang fiqh ini memberi kemudahan kepada setiap Muslim

    untuk mengamalkan hukum-hukum yang dianggap lebih sesuai dengan keadaan

    masing-masing dan lebih sesuai dengan suasana setempat atau sesebuah

    masyarakat itu. Jadi perkembangan fiqh adalah berhubung rapat dengan

    perkembangan sesebuah masyarakat.

    Perkembangan ijtihad ini berlaku dalam semua bidang fiqh dari akhir abad ketiga

    Hijrah (abad ke-9 Masihi) hingga ke kemuncaknya pada abad keempat Hijrah

    (abad ke-10 Masihi) yang membawa kepada tertutupnya pintu ijtihad. Akhirnya

    hanya empat Imam Mazhab sahaja yang diterima umum untuk diikuti yang

    secara kebetulan pada masa itu masih hidup dan mempunyai ramai pengikutnya

    iaitu Imam Hanafi (660 728 M), Imam Malik (712 802 M), Imam Syafi (767

    830 M) dan Imam Ahmad bin Hanbal (782- 856 M). Maka dengan tertutupnya

    pintu ijtihad timbullah zaman taqlid dalam bidang fiqh (perundangan Islam).

    Sikap taqlid yang lahir dalam masyarakat Islam memberi pengaruh besar

    terhadap perkembangan fiqh pada masa-masa berikutnya. Ternyata apabila sikap

    ini diterima, maka kegiatan-kegiatan fuqaha dalam menyelesaikan persoalan

    hukum adalah berasaskan pemikiran-pemikiran mazhab-mazhab yang dianutinya.

    Sikap prejudis terhadap mazhab mulai timbul dan sikap membela pandangan

    mazhab tertentu jelas kelihatan di samping terdapatnya tulisan-tulisan yang

    memuatkan kritikan-kritikan terhadap mazhab yang tidak dianutinya. Kerana itu

    perkembangan pemikiran fiqh pada masa itu tidak lagi objektif, malah ia

    merupakan usaha ke arah memberi penjelasan yang lebih lanjut terhadap imam-

    imam mazhabnya dengan membawa hujah-hujah baru demi untuk

    mempertahankan kebenarannya dan menimbulkan titik-titik kelemahan dalam

    mazhab yang lain. Jadi karya-karya yang lahir pada masa itu adalah berupa

    ulasan-ulasan ringkas kepada fikiran-fikiran dan buku-buku yang ditulis oleh

    fuqaha sebelum itu dengan dibuat sedikit perbezaan pada cara penyampaian,

    penganalisaan dan aliran bahasa.

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    7/35

    Sikap taqlid yang dijadikan pegangan dalam kehidupan orang-orang Islam pada

    waktu banyak menjejaskan perkembangan fiqh secara objektif dan pendapat

    yang berbeza dalam bidang hukum dijadikan sumber perbalahan di kalangan

    pengikut-pengikut mazhab, dan ijtihad tidak ditonjolkan.

    Maka hasil daripada perkembangan fikiran fiqh yang berlaku kebelakangan itulah

    yang banyak mempengaruhi perkembangan pemikiran fiqh di negara-negara

    Islam kini di mana ia banyak memberi rintangan terhadap perkembangan

    pemikiran fiqh dalam bentuk yang lebih luas. Sikap taqlid ini dapat melahirkan

    golongan yang fanatik kepada mazhabnya lebih daripada fanatiknya terhadap

    agama Islam itu sendiri.

    Dalam sejarah Islam, terdapat sekurang-kurangnya dua aliran tafsir yang

    terkenal iaitu:

    (a)Aliran Tafsir bi-al-Mathur

    (b)Aliran Tafsir bi-al-Rayi

    Tafsir bi-al-Masur ialah penafsiran sepotong ayat al-Quran dengan ayat al-Quran

    yang lain atau dengan Sunnah atau perkataan Sahabah. Penafsiran ini dibuat

    untuk menjelaskan isi kandungan al-Quran dengan cara yang lebih tepat dan

    terperinci. Tafsir bi-al-Rayi pula ialah tafsiran ayat dengan menggunakan ijtihad

    atau dengan kata lain seseorang ahli tafsir menghuraikan al-Quran mengikut

    ijtihadnya. Untuk menceburkan diri dalam bidang tafsir bi-al-Rayi, seseorang itu

    hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

    (a) Hendaklah berpegang kepada hadith yang diambil daripada Rasullah SAW

    atau sahabat.

    (b)Mempunyai kepakaran dalam ilmu Bahasa Arab.

    (c)Mengetahui hukum-hukum syariah.

    Antara pengikut aliran tafsir ialah pengikut-pengikut Imam Malik bin Anas, Imam

    Muhammad bin Idris as-Syafi, Imam Sufyan ath-Thauri dan Imam Ahmad bin

    Hanbal. Sementara pengikut-pengikut aliran tafsir bi-al-Rayi terdiri daripada

    pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah an-Numan bin Thabit.

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    8/35

    Tetapi malangnya terdapat golongan-golongan yang mengambil kesempatan

    menghuraikan ayat-ayat al-Quran berdasarkan pandangan, pendapat dan ideologi

    masing-masing serta tidak mengendahkan atau menghiraukan syarat-syarat yang

    telah digariskan. Oleh itu berlakulah tafsiran yang menyeleweng daripada tafsiran

    yang sebenarnya.

    Ringkasnya pada peringkat ini umat Islam berada di puncak kemajuan dalam

    pelbagai bidang. Pada zaman ini ilmu-ilmu agama, falsafah dan sains berkembang

    pesat di dunia Islam. Zaman ini menyaksikan kelahiran tokoh-tokoh besar dalam

    sejarah pemikiran Islam seperti Imam Syafi, Imam Malik, Imam Ahmad dan Abu

    Hanifah dalam bidang hukum, Imam al-Asyari dan Imam al-Maturidi dalam

    bidang Teologi, Zunnun al-Misri, Abu Yazid al-Bustami dan al-Hallaj dalam bidang

    tasawuf, al-Kindi, al-Farabi dan Ibnu Sina dalam bidang falsafah serta Ibnu

    Hayyan, al-Khawarizmi dan al-Razi dalam bidang ilmu pengetahuan dan sains.

    Di samping perkembangan positif pada peringkat ini, berlaku juga perkembangan

    unsur-unsur negatif seperti berlakunya perpecahan di kalangan akibat perbezaan

    pendapat dalam masalah-masalah akidah, lahirnya sikap taqlid dan sikap tasub

    terhadap mazhab, lahirnya aliran batiniyyah dan ajaran-ajaran sesat, penafsiran

    al-Quran melalui ijtihad yang tidak menepati syarat-syarat yang digariskan dan

    pelbagai masalah lain yang turut timbul. Faktor-faktor ini menjadi antara punca

    yang membawa kepada kelemahan umat Islam kemudiannya.

    2. Peringkat Membina Kembali Masyarakat Islam

    Peringkat ini dimulai dengan kejatuhan kota Baghdad dan diakhiri dengan

    kesedaran umat Islam tentang kemunduran mereka iaitu dari tahun 1250 1800

    M.

    Pada peringkat terdapat ahli fikir Islam yang cuba mencari idea atau formula

    untuk membebaskan diri daripada faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan

    umat Islam serta berusaha mengatasi faktor-faktor yang memecahbelahkan

    perpaduan atau kesatuan umat Islam di samping berusah kearah perpaduan dan

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    9/35

    ikatan baru yang lebih kuat dan teguh. Faktor-faktor yang mendorong ahli fikir

    Islam berusaha membina kembali masyarakat Islam ini ialah:

    (a)Terdapat kesan-kesan yang negatif di dalam aliran atau mazhab-mazhab

    pemikiran Islam pada akhir peringkat pertama seperti berlakunya fanatik

    terhadap sesuatu mazhab, berlakunya taqlid terhadap sesuatu konsep atau

    idea dan hukum. Di samping itu berleluasanya amalan-amalan bidah dan

    khurafat di kalangan masyarakat serta lahirnya golongan cerdik pandai

    yang tidak menaruh kepercayaan terhadap kewibawaan orang-orang yang

    terkemudian. Tegasnya pada period ini orang Islam tidak banyak

    mengalami kemajuan khususnya dalam bidang pemikiran. Tidak ada lagi

    kemajuan ilmiah sebagaimana yang terjadi pada zaman klasik. Pintu ijtihad

    seakan-akan tertutup. Pemikiran menjadi mati. Umat Islam dalam keadaan

    mundur dan statik.

    (b) Disebabkan kemundaran dan kelemahan umat Islam akibat kekalahan dan

    kejatuhan kota Baghdad ke tangan tentara Mongol. Pada tahun 1258 M

    tentera Mongol yang dipimpin Hulagul Khan telah berjaya memusnahkan

    kota Baghdad, iaitu pusat kerajaan Abasiyyah. Kejatuhan kota Baghdad ini

    merupakan malapetaka besar bagi umat Islam. Pada masa yang sama,

    umat Islam juga menghadapi peperangan dengan umat Kristian Eropah

    dalam siri peperangan yang diberi nama Perang Salib. Ia merupakan siri

    peperangan golongan Kristian Eropah dengan Kaum Muslimin sepanjang

    tahun-tahun 1097 1292 M. Sepanjang lebih kurang 2 abad itu, umat

    Islam menghadapi 7 kali perang Salib yang dari satu segi memperlihatkan

    kemenangan, tetapi dari segi yang lain merupakan satu kekalahan bagi

    umat Islam. Memang dari segi ketenteraan, umat Islam berjaya

    menewaskan puak Kristian tetapi dari segi jangka panjangnya, puak

    Kristian banyak mengaut keuntungan hasil dari pertembungan dan

    pertemuan mereka dengan tamadun dan ilmu pengetahuan yang dimiliki

    oleh orang-orang Islam. Meskipun mereka sentiasa tewas dalam

    peperangan ini, namun dengan berlakunya pertembungan dengan dunia

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    10/35

    Islam itu membolehkan mereka membawa pulang khazanah ilmu

    pengetahuan Islam ke Eropah. Tegasnya kita dapati bahawa selepas

    kejatuhan kerajaan Bani Abasiyyah, suasana politik dan pemerintahan

    orang-orang Islam berada dalam kehancuran. Memang selepas itupun

    masih ada orang Islam yang dapat mendirikan kerajaan-kerajaan.

    Umpamanya kerajaan Uthmaniyyah di Turki, kerajaan Safawi di Parsi dan

    kerajaan Moghol di India yang berkuasa dari 1500 1700 M. Sesudah

    tahun 1700 M kerajaan mereka mula menurun dan akhirnya kalah dalam

    persaingan dengan bangsa lain. Tetapi dari segi pembangunan material dan

    tamadun intelektual serta keagamaannya tidaklah lagi mampu memulihkan

    kegemilangan sebelumnya.

    Oleh kerana fakta-fakta inilah lahir ahli-ahli fikir Islam yang merasa terpanggil

    untuk merubah keadaan ini. Antara usaha-usaha yang telah mereka laksanakan

    ialah:

    (a)Menghindarkan sifat fanatik terhadap sesuatu mazhab. Menyeru umat Islam

    supaya kembali kepada ijtihad dan menolak taqlid serta cuba menghormati

    pandangan ulama-ulama lain dalam masalah-masalah cabang.

    (b)Cuba memperjelaskan serta membezakan ajaran-ajaran serta pandangan

    hidup Islam yang sebenarnya dari yang bukan Islam dengan cara kembali

    kepada ajaran al-Quran dan Sunnah yang sahih serta menjadikan kedua-

    dua sumber tadi sebagai asas berfikir dan asas dalam menyelesaikan

    masalah-masalah kehidupan umat Islam.

    Inilah antara usaha-usaha dan saranan yang dibawa oleh pemikir-pemikir Islam

    di peringkat ini. Di antara tokoh yang paling terkenal pada peringkat ini ialah

    Taqiyuddin Ibnu Taimiyyah (1262 -1327 M)/(661 726 H). Beliaulah yang

    dianggap sebagai polopor gerakan Salafiyyah setelah umat Islam dibelenggu

    zaman keruntuhan mental dan fizikal sejak kejatuhan Baghdad. Aliran salafiyyah

    ialah satu aliran yang berjuang ke arah mengembalikan umat Islam kepada

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    11/35

    pegangan dan cara hidup generasi pertama Islam khususnya zaman Rasullah

    SAW dan para sahabat.

    Ibn Taimiyyah telah cuba membangunkan semula kesedaran tentang pentingnya

    para ulama yang unggul melakukan ijtihad dalam perkara-perkara keduniaan

    yang timbul. Beliau telah mengecam dengan hebat sekali para ulama dan

    penganut mazhab yang bersifat fanatik kerana sikap yang sedemikian membawa

    kepada kebekuan atau kejumudan berfikir dan kerana itu juga fiqh Islam tidak

    dapat berkembang dan yang parahnya masyarakat Islam menjadi statik.

    Seruan Ibn Taimiyah kepada ijtidah ini telah membuka fikiran dan menimbulkan

    kesedaran yang boleh mengendurkan ketegangan di antara pengikut-pengikut

    mazhab yang ada dengan mengendurkan sikap fanatik kepada mazhab tertentu

    dan bersikap toleransi terhadap mazhab-mazhab lain yang tidak diikuti. Tetapi

    sayangnya kesan ini ternyata tidak menyeluruh. Tulisan-tulisan yang bercorak

    mempertahankan mazhab-mazhab tertentu dan merendahkan mazhab lain

    berjalan terus menguasai masyarakat dan maklumat-maklumat demikianlah yang

    meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Islam dan berkekalan terus

    menerus sehingga kini, dan sumber maklumat demikian terus dipelajari dan

    diamalkan.

    Namun begitu usaha-usaha yang dilakukan oleh Ibn Taimiyah serta tokoh-tokoh

    lain pada peringkat ini seperti Ibn Qayyim al-Jauzi dan lain-lain telah

    menyedarkan umat Islam tentang peri pentingnya berijtihad dalam masalah-

    masalah cabang dan silapnya fahaman bahawa pintu ijtihad sudah tertutup.

    3. Peringkat Pemikiran Islam Semasa (1800 hingga kini)

    Menurut Prof. Dr. Kamal Hasan yang dimaksudkan dengan pemikiran Islam

    semasa ialah gagasan-gagasan, idea-idea dan fikiran dari perspektif Islam

    sebagai tindakbalas yang bersifat intelektual kepada persoalan-persoalan

    manusia dan masyarakat semasa.

    Oleh itu, yang dimaksudkan dengan persoalan semasa (kontemporari) di sini

    pastinya merujuk kepada perkembangan dan persoalan yang berlaku hari ini atau

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    12/35

    berkisar kepada isu-isu terkini. Jadi pemikiran yang menjadi fokus subjek ini

    pastinya kepada perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan yang

    berlaku dan menimpa umat Islam semasa dan reaksi atau jawapan-jawapan yang

    cuba dikemukakan oleh umat Islam melalui ijtihad mereka dalam menangani

    tuntutan dan keperluan semasa umat Islam seluruhnya.

    Pemikiran Islam yang bersifat pembaharuan dan tajdid akan menjadi asas kepada

    kemajuan dan perubahan umat Islam. Peranan pemikir tidak kurang pentingnya

    sebagai pelaksana dan pengurus kepada pemikiran Islam dan tamadunnya. Islam

    turut terikut dengan tahap kemajuan dan kemampuan para pemikirnya sama ada

    berkembang ke arah kekuatan ataupun statik beku tanpa sebarang perubahan.

    Faktor-Faktor Kemunculan Pemikiran Islam Semasa

    Menurut Prof. Dr. Kamal Hasan lagi, antara faktor-faktor yang melahirkan

    pemikiran Islam semasa ialah:

    (a)Pertembungan masyarakat Islam dengan kebudayaan dan peradaban Barat.

    (b) Rasa terpanggil untuk menegakkan yang hak dan melenyapkan yang batil

    serta lahirnya rasa rindu umat Islam sendiri untuk menghayati cara hidup

    Islam seperti zaman Rasullah SAW dan para sahabat.

    Pertembungan antara dua kebudayaan Barat dan Islam sebenarnya merupakan

    aspek penting dalam pemikiran Islam semasa. Pada peringkat Islam dan umat

    Islam menghadapi tantangan besar dari tamadun Barat sama ada dalam bentuk

    Kapitalisme-Sekularis atau Sosialisme-Materialis. Pertembungan antara Islam

    dengan tamaduan Barat ini telah membawa kesan yang besar dalam menentukan

    bentuk pemikiran umat Islam semasa. Pertembungan tersebut telah berlaku

    dalam suatu keadaan yang tidak seimbang. Barat lebih bernasib baik kerana

    kebetulan ia sedang menjalani zaman kegemilangannya tetapi malang bagi Islam

    yang kebetulan pula sedang mengalami zaman kemundurannya.

    Tamadun Barat adalah merupakan adunan pelbagai unsur baik dan buruk,

    kebenaran dan kepalsuan, manfaat dan mudharat. Ia membawakan hasil-hasil

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    13/35

    kajian ilmiah yang bersifat benar dan pasti di samping pemikiran-pemikiran

    khayal yang berdasarkan dugaan-dugaan serampangan belaka.

    Satu lagi ciri penting tamadun Barat ialah kemunculan dan perkembangannya

    dalam suasana pemberontakan terhadap agama dengan segala bawaannya

    termasuk penolakan terhadap keimanan kepada yang ghaib dan pemberontakan

    terhadap pimpinan golongan agama yang telah sekian lama menyalahgunakan

    kuasa, menindas dan memeras rakyat untuk pemuasan nafsu dan egoisme

    sendiri.

    Kehadiran tamadun Barat dengan segala fitnah pesonanya telah menimbulkan

    semacam dilema dalam pemikiran umat Islam sehingga mereka tidak sekata dan

    senada dalam menanggapinya. Meskipun ini bukanlah pertama kali umat Islam

    berhadapan dengan suatu tamadun asing, tetapi mereka tidak dapat

    menggunakan pengalaman zaman silam itu dalam menggarap cabaran baru kali

    ini kerana pengalaman zaman lampau itu (seperti pertembungan dengan

    tamadun Helenisme) telah berlaku ketika umat Islam merupakan pihak yang lebih

    kuat dan kerananya mereka dapat bertindak balas dengan sebagai pemegang

    kuasa pemutus. Cabaran baru kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana demikian,

    malah kedudukannya adalah sebaliknya.

    Sikap Umat Islam Dalam Menanggapi Tamadun Barat

    Abul Hasan Ali Nadwi (1969) menyatakan bahawa segala ragam, sikap dan

    tanggapan umat Islam terhadap tamadun Barat umumnya dapat dirumuskan

    kepada tiga bentuk:

    (a)Golongan yang menolok mentah-mentah kebaikan dan keburukan tamadun

    Barat. Sikap konservatif dan tradisionalis ini mahu bertahan dengan

    kedudukan atau status-quo mereka.

    (b)Golongan yang menerima dan menyerah bulat-bulat segala kebaikan dan

    keburukan tamadun Barat. Ini ialah sikap golongan yang dianggap sebagai

    sekularis dan modenis yang melakukan itu semua atas nama kemajuan

    atau progres.

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    14/35

    (c)Golongan yang tidak menolak mentah-mentah dan tidak pula menerima

    bulat-bulat tetapi melakukan penyaringan dan pengolahan semula menerusi

    orientasi dan penjiwaan Islam sehingga terjelma satu paduan yang

    harmonis iaitu sikap golongan reformis atau fundamentalis Islam yang pada

    prinsipnya masih kuat berpegang dengan tradisi tetapi pada waktu yang

    sama bersikap terbuka dan rasional terhadap unsur pendatang baru seperti

    sains dan teknologi Barat.

    Perbezaan Antara Golongan Tradisionalis, Sekularis Dan Fundamentalis

    Dalam konteks perkembangan Islam, golongan fundamentalis boleh ditakrifkan

    sebagai kumpulan yang berpegang kepada kepercayaan bahawa Islam adalah

    suatu agama yang lengkap dan sempurna dan Islam tidak patut diubahsuai

    mengikut kehendak atau tuntutan zaman. Hanya manusia dan masyarakat sahaja

    yang sewajibnya membentuk peribadi dan perlakuannya mengikut arahan dan

    seruan yang terkandung dalam syariat Islam. Oleh itu setiap penganut Islam

    dilarang mengkompromi prinsip hidup keislaman mereka dengan mana-mana

    -isme atau fahaman. Sekiranya mana-mana pihak, individu atau sebahagian

    daripada masyarakat telah meninggalkan ajaran agama, maka mereka wajib

    ditegur supaya kembali kepada kehidupan yang berlandaskan al-Quran dan al-

    Hadith. Mengikut perspektif golongan Fundamentalis atau Reformis ini, manusia

    dan masyarakat yang berjaya dan bahagia ialah manusia dan masyarakat yang

    diurus perjalanannya oleh undang-undang tuhan seterusnya.

    Sungguhpun golongan Tradisionalis bersikap konservatif dan menolak semua

    bentuk pembaharuan dan seterusnya mahu mengekalkan setiap aspek Islam

    dalam bentuk aslinya, namun perjuangan mereka lebih bercorak penyisihan

    dalam memperjuangkan cita-cita Islamiyyah mereka. Ini menyebabkan mereka

    lebih banyak menumpukan perhatian kepada cara hidup Islam yang terhad iaitu

    sekadar semayang, zakat, haji dan puasa serta usaha memahami sejarah Islam

    sekadar untuk dijadikan pengetahuan semata-mata sedangkan persoalan

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    15/35

    berhubung dengan pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat dan

    proses politik tidak begitu dihiraukan.

    Golongan modernis sebaliknya lebih menitikberatkan manusia beragama Islam

    dan tidak menghiraukan sangat tuntutan Islam. Yang menjadi matlamat mereka

    ialah kemajuan umat Islam tanpa mempedulikan agama mereka. Gerakan

    mereka lebih banyak menumpu kepada usaha menyesuaikan Islam mengikut

    tuntutan masa kerana bagi mereka undang-undang syariah yang dipakai pada

    masa lepas tidak begitu sesuai dengan kehendak zaman ini dan ia pula bersifat

    menyekat manusia yang beragama Islam dalam kehidupan mengejar kemajuan.

    Respons mereka memperlihatkan sikap yang liberal sehingga mereka sanggup

    melihat pemisahan antara agama dan negara.

    Golongan sekular pula mempunyai pendirian lebih ekstrem. Mereka bukan sahaja

    berjuang untuk mengasingkan antara agama dan negara, tetapi mahu penganut

    Islam menjadikan kehidupan beragama hanya di peringkat peribadi sahaja dan

    mengenepikan tuntutan al-Quran dan al-Hadith yang berkaitan dengan kehidupan

    bermasyarakat. Bagi mereka orang Islam patut bertindak seperti orang Barat

    yang telah meninggalkan agama Kristian untuk mendapat kejayaan duniawi dan

    kemewahan material.

    Sementara itu Dr. Tahan Jabir al-Alwani (1995), berpendapat bahawa sikap kaum

    Muslimin terhadap pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Barat sejak pertama

    kali berhubugnan, telah melalui tahap.

    Tahap Pertama

    Tahap ini dikenali sebagai tahap kejutan pertama dan kehairanan langsng kaum

    Muslimin ketika melihat budaya dan tamadun Barat. Iaitu tahap di mana

    kedudukan pemikiran dan ilmu kaum Muslimin sangat tergugat. Ini

    mengakibatkan hilangnya kepercayaan kepada pemikiran Islam dan warisan

    budayanya. Pada tahap ini, di dalam benak kaum Muslimin, muncul anggapan

    bahawa pemikiran Islam dan budayanya tidak mungkin dapat berkembang.

    Akibatnya mereka meletakkan Islam ke dalam kandang tertuduh. Insan Muslim

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    16/35

    pada masa itu umumnya menjadi manusia kecewa. Dan secara psikologi mereka

    menderita kekalahan. Kekalahan jiwa inilah yang menjadikan orang Islam pada

    masa ini sedia menerima secara total segal alternatif atau pilihan kebudayaan

    yang datang dari Barat; pemikiran, kebudayaan, sains, pengetahuan, seni,

    sastera dan sebagainya tanpa syarat.

    Pada masa kekalahan jiwa ini dunia Islam menyaksikan maraknya pengiriman

    pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswa ke Barat untuk mempelajari ilmu

    pengetahuan, pemikiran dan kebudayaan Barat dan sebagainya. Mereka

    mendapatkan semua itu dari universiti-universiti dan akademi-akademi Barat.

    Mahasiswa-mahasiswa tersebut melahap pemikiran dan kebudayaan Barat tanpa

    tapisan dan saringan tanpa persediaan sedikit pun.

    Seiringan dengan itu di dunia Islam sendiri mulai dibangunkan badan pendidikan

    model Barat. Boleh dikatakan hampir semua kegiatan ilmiah, falsafah, pemikiran

    dan kebudayaan serta semua yang berhubungan dengan badan pendidikan dan

    ilmu pengetahuan menciplak Barat mentah-mentah. Satu-satunya keberanian

    yang dipandang hebat ketika itu ialah adanya orang Islam yang mengatakan

    Islam tidak menafikan ilmu dan tidak bertentangan dengan tamadun.

    Dari sini, ramai kaum modenis memandang sinis, bahkan dengan pandangan

    penolakan terhadap kemunculan beberapa orang yang membawa pembaharuan.

    Tetapi orang yang memandang mereka dengan kaca mata kebenaran tertentu

    pada masa itu, masih dapat menangkap bahawa apa yang ditegakkan mereka

    adalah mungkin dan tepat, sesuai dengan keadaan pada masa itu. Kerja kuat

    kaum Muslimin yang tetap pendirian dengan Islam dan semangat para ulama

    pada waktu itu, mengukuhkan berbagai-bagai jawapan yang bersifat retorika.

    Mereka dengan sisa-sisa iman yang tertanam di dalam hati, dan dengan

    kelebihan kepercayaan, memastikannya untuk mendorong kaum Muslimin kepada

    suatu keseimbangan (tawazun) dan berdiri di atas kaki sendiri dalam menghadapi

    serangan yang hebat dan sengit itu.

    Tahap Kedua

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    17/35

    Pada masa tertentu, tahap ini mulai menampakkan kemantapan jiwa dan telah

    melalui tempoh kejutan budaya. Dalam tahap ini kaum Muslimin menemui

    kembali diri dan sikap keislamannya serta mulai berinteraksi dengan berbagai-

    bagai hasil pemikiran Barat. Mereka mulai mengulangkaji teori-teori, aliran-aliran

    dan hasil-hasil pemikiran dan menempatkan diri mereka sebagai seorang murid

    yang sedang memanfaatkan apa yang ada. Maka pemikiran-pemikiran yang

    seimbang mulai dilahirkan, kajian-kajian perbandingan digalakkan, perbahasan,

    pertemuan antara Islam dan kebudayaan Barat, dari pelbagai bidang, diulangkaji.

    Semua itu dengan dorongan yang berbeza-beza. Sebahagiannya untuk

    memantapkan sasaran-sasaran Barat dengan istilah yang disebut normalisasi

    hubungan antara Muslim, pemikiran dan buday orang-orang Barat. Dalam waktu

    yang sama ingin menunjukkan atau menghabiskan sisa-sisa pertentangan

    pemikiran kaum Muslimin. Sebahagiannya, dengan dorongan benar-benar ikhlas,

    membuka jendela atau tembok pemikiran dan kebudayaan Barat yang

    mengongkong kaum Muslimin. Melalui usaha-usaha ini diharapkan Islam dapat

    menembusi akal dan hati orang Islam.

    Oleh itu pada masa itu dapat dibaca pelbagai tulisan tentang Islam yang

    menunjukkan pemikiran konsep-konsep seperti Barat memilikinya. Misalnya

    demokrasi Islam, sosialisme Islam, hak-hak buruh dalam Islam, hak wanita

    dalam Islam, hak asasi manusia dalam Islam dan persoalan lain yang

    menunjukkan bahawa kaum Muslimin telah melalui tahap kejutan dan ketakjuban

    terhadap budaya Barat dan sedang memasuki marhalah (tahap) berdepan

    (muwajadah). Tujuan akhir tahap ini ialah membuktikan bahawa kaum Muslimin

    memiliki seperti apa yang dimiliki Barat. Memang kadang-kadang Barat memiliki

    keistimewaan berbanding kaum Muslimin, tetapi orang Islam dalam hal-hal

    tertentu juga memiliki seperti apa yang dimiliki Barat

    Tahap Ketiga

    Iaitu tahap yang sedang kita jalani sekarang ini. Tahap yang disebut tahap

    kebangkitan Islam. Atau yang kita namakan tahap kesedaran dan menemukan

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    18/35

    diri. Tahap ini adalah tahap di mana kita mulai mengukuhkan keistimewaan, ciri

    dan keunggulan pemikiran, kebudayaan, sistem, akidah, jalan hidup, akhlak dan

    nilai-nilai Islam. Bahkan dalam tahap ini umat Islam mulai membuka beberapa

    peluang besar yang mengejutkan pemikiran dan kebudayaan Barat sendiri.

    Mendedahkan penipuan dan kebodohan Barat dan meyingkap bahawa kaum

    Muslimin telah lama tertipu, hidup dalam keadaan diserang dan dirampas

    kebudayaan dan pemikiran, serta telah lama kehilangan keseimbangan. Menyusul

    perampasan bidang politik dan ekonomi. Orang Islam mulai menyedari bahawa

    rangka pemikiran, teori-teori, kaedah dan kebudayaan Barat, dengan seluruh

    alirannya, tidak dapat diterapkan untuk menegakkan kemajuan umat.

    Pada tahap ini kaum Muslimin mulai mengembangkan istilah dan pengertian

    kebangkitan Islam. Pelbagai persoalan penting mulai ditonjolkan dan para pemikir

    Muslim didudukkan di hadapan pilihan yang sukar dan tugas yang berat serta

    sangat berbahaya. Boleh jadi syiar dan seruan, Islam sesuai untuk seluruh

    zaman dan tempat dan Islam mampu memulai hidup, Islam membangun

    kemajuan dan tamadun, mewujudkan daulah, menampilkan pelbagai pilihan,

    tetap sihat dan selamat, atau boleh jadi sekali lagi kaum Muslimin mundur dari

    medan dan meninggalkannya kepada orang lain, untuk kemudian umat Islam

    kembali lagi ke tahap mundur.

    Semua ini bergantung kepada kita umat Islam hari ini, sama ada mampu atau

    tidak menghadapi gelombang, cabaran dan tantangan dari mana saja yang

    sentiasa ingin menjatuhkan Islam dan umatnya.

    Marhalah atau peringkat yang kita hadapi kini adalah peringkat yang boleh kita

    namakan Cabaran Total. Pada marhalah ini kita akan diuji, mampukah kita

    meyakinkan kaum Muslimin bahawa kita lebih mampu menampilkan pemikiran

    yang lurus, kebudayaan yang benar dan kebudayaan yang unggul? Mampukah

    kita meyakinkan generasi Muslim sekarang ini bahawa kita sesungguhnya

    memiliki kemampuan untuk meruntuhkan tembok kemunduran dan mewujudkan

    sasarannya dalam membangun, dalam mewujudkan kemajuan dan dalam

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    19/35

    meneguhkan kedudukan dan peranan kita di dunia? Atau kita akan terus

    mengukuhkan kelemahan kita?

    Satu-satu wasilah atau jalan untuk memantapkan kebenaran yang kita serukan

    ialah menampilkan pilihan Islam bagi segala yang telah dikemukakan Barat, cuba

    merangka dan menjayakannya. Di dunia Barat berkembang pemikiran politik,

    ekonomi, sosial, hukum, pendidikan, kemanusiaan, falsafah, metodologi dan

    kebudayaan Barat. Di atas semua dasar pemikiran tersebut, tamadun Barat hari

    ni dengan seluruh bidangnya ditegakkan. Kenyataannya, beberapa bidang berjaya

    ditegakkan secara meyakinkan, tetapi bidang-bidang lainnya mengalami

    kemunduran bahkan kegagalan parah.

    Cabaran Islam tidak akan dijangka kecuali dengan memberikan pilihan cemerlang

    dan unggul dalam seluruh bidangnya; pemikiran, kebudayaan, pengetahuan dan

    tamadun, selain harus mengukuhkan kejayaan dan keunggulan ini di dalam

    tamadun yang tegak di atas pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Islam. Dari

    celah-celah badan-badan, sistem dan wasilah ini kemudian pemikiran Islam

    wujud secara nyata yang di atasnya tamadun Islam tegak. Hanya dengan ini kita

    dapat berkata, Inilah kami datang. Dengan demikian kebangkitan kita menjadi

    kebangkitan sebenarnya, bukan sekadar impian.

    Pemikiran Muhammad al-Ghazali Dalam Aspek Pendidikan al-Quran dan

    al-Sunnah

    Syeikh Muhammad al-Ghazali merupakan seorang tokoh pemikiran Islam dan

    juga terkenal sebagai seorang pendakwah yang telah menghabiskan hidupnya

    demi membela Islam. Kedudukannya boleh dianggap sebaris dengan tokoh

    pemikir Islam semasa lain seperti Dr. Yusuf al-Qardawi, Abu Hasan Ali al-Nadwi

    dan lain-lain.

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    20/35

    Latar Belakang al-Ghazali

    Syeikh Muhammad al-Ghazali al-Saqqa dilahirkan pada 22hb September 1917 M

    di kampung Nakla al-Inab daerah Buhaira di negeri Mesir. Beliau dibesarkan

    dalam kalangan keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama dan

    dididik menghafaz al-Quran sejak kecil dan berjaya menamatkan hafazan al-

    Quran ketika berusia 10 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah

    di Kolej Agama Iskandariah, Mesir dan meyambung pelajarannya di peringkat

    tinggi di Universiti al-Azhar pada tahun 1937 dalam bidang Dakwah dan Bahasa

    Arab (al-Muslimun. November 1981. 2). Kemudian beliau menyandang tugas

    sebagai pendidik dan pensyarah di universiti berkenaan. Beberapa tahun

    kemudian, al-Ghazali menerima gelaran Profesor dari Universiti al-Azhar dan

    pernah dianugerahkan Award al-Malik Faisal demi mengenang kecemerlangannya

    dalam bidang akademik dan dakwah. Anugerah kewangan yg diterima daripada

    Award ini telah dilaburkan untuk memperbesar perpustakaan di rumahnya untuk

    kemudahan rujukan pakar dan para ilmuan.

    Syeikh Muhammad al-Ghazali bukan sahaja melibatkan diri dengan pendidikan,

    malah beliau juga menampakkan minat dalam bidang pentadbiran. Ini terbukti

    apabila beliau menyandang jawatan Mudir al-Dakwah wa al-Masajid (Pengarah

    Dakwah dan Masjid) di Wizarah al-Auqaf (Kementerian Waqaf), Mesir.

    Bersesuaian dengan tugasnya ini, beliau sering menjadi imam dan menyampaikan

    khutbah Jumaat di masjid terkenal di Mesir seperti Masjid Amru ibn al-As, Masjid

    al-Atabah al-Khadra dan Masjid al-Azhar. Pemikiran al-Ghazali banyak

    persamaannya dengan corak pemikiran Syeikh Hasan al-Banna, pengasas

    gerakan Ikhwan al-Muslimin. Hal ini adalah kerana beliau merupakan antara

    tokoh utama gerakan ini sejak zaman awal penubuhannya dan mempunyai

    kedudukan yang sangat rapat dengan al-Banna sendiri. Namun sejak pada awal

    tahun lima puluhan beliau terpaksa berpisah dengan pertubuhan itu dan terus

    menjadi seorang pendakwah bebas tanpa terikat dengan mana-mana pertubuhan

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    21/35

    (kaifa natamal ma al-Quran). Beliau juga pernah menyuarakan perasaan tidak

    puas hati dengan tampok pemerintahan Mesir pada ketika itu, pernah mengkritik

    sikap ulama-ulama al-Azhar dan tidak menyetujui beberapa pendirian aliran al-

    Wahabi. Natijah krisis beliau dengan pemerintah, beliau telah dipenjarakan

    sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1948 dan 1965 (al-Muslimun . November

    1981 . 1). Beliau juga ditukarkan berkhidmat di beberapa buah universiti seperti

    Universiti Um al-Qura dan Qatar di Arab Saudi dan ke salah sebuah universiti di

    Algeria. Pemindahan ini diistilahkan oleh al-Ghazali sendiri sebagai pembuangan

    negeri secara terhormat. Setelah beberapa ketika berada di luar negara, beliau

    kembali semula bertugas di Universiti al-Azhar. Ketika usia beliau melewati akhir

    tujuh puluhan, al-Ghazali masih menonjolkan kewibawaan dirinya sebagai ilmuan

    Islam yang aktif, malah menjadi salah seorang pakar rujukan ulama di

    International Institute of Islamic Thought, Cairo (IIIT).

    Gaya Penulisannya

    Sebagai insan yang mencintai hikmah dan pengetahuan, al-Ghazali telah

    bergelung dengan lautan ilmu sejak berusia dua puluhan lagi. Di samping

    menyebarkan ilmu pengetahuan secara praktikal melalui khutbah dan syarahan

    secara formal di kuliah-kuliah universiti, beliau menumpukan masa dalam bidang

    penulisan dan menjadikannya sebagai method penyebaran maklumat yang paling

    kukuh dan tepat kepada umum serta kekal walaupun beliau sudah tiada lagi.

    Penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh beliau merupakan satu bentuk

    persembahan penyelidikan dan analisis data yang lengkap dan padat. Hampir

    kesemua buku yang dikarang oleh al-Ghazali tidak menggunakan method yang

    biasa digunakan oleh kebanyakan pengarang lain iaitu penyataan sumber rujukan

    sama ada dalam bentuk nota kaki atau lain-lain. Sumber rujukan hanya

    dinyatakan apabila beliau menugilkan ayat-ayat al-Quran di dalam penulisannya.

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    22/35

    Selain daripada itu, sekiranya ditinjau kepada uslub atau gaya penulisan al-

    Ghazali, ternyata beliau ialah seorang yang berjiwa sensitif, menghalusi dan

    penuh kesedaran.Gaya bahasanya dicernakan dengan uslub balaghah yang halus,

    mendalam dan tepat. Sesekali terbit juga penyataan pendirian beliau dengan

    uslub yang lantang dan tegas. Sesuatu peristiwa dan masalah yang cuba dikupas

    di dalam penulisannya, diukur menurut kaca mata al-Quran dan al-Sunnah (al-

    Muslimun, November 1981 . 2). Hal ini bukan sahaja membuatkan jalinan fakta

    dan argumen beliau senang diikuti dan difahami malah ia meninggalkan kesan

    kejiwaan yang mendalam. Semangat atau roh keislaman yang ditiupkan menerusi

    penulisannya mengikat kecenderungan pembaca dan membantu meningkatkan

    penghayatan kita tentang hakikat Islam.

    Pemikiran al-Ghazali Tentang al-Quran

    Al-Quran al-Karim adalah satu-satunya wahyu yang masih ada hingga kini. Ia

    merupakan kitab yang tidah pernah tercampur dengan kebatilan dari mana pun

    datangnya. Apabila kita mengkaji maksud-maksud yang ada di dalam al-Quran,

    seakan-akan kita mengkaji secara langsung apa yang disabdakan oleh para rasul

    terdahulu. Misalnya, iman kepada Allah dan pengamalnya. Tetapi menurut al-

    Ghazali, sikap Muslim terhadap al-Quran yang mereka muliakan nampaknya telah

    rosak. Sehingga pada beberapa abad kebelakangan ini, al-Quran dan risalah

    Islam tidak ubahnya seperti sungai yang kekeringan atau padang pasir yang

    tandus dan gersang. Oleh itu, menurut al-Ghazali lagi, sebagai umat yang dipilih

    Allah s.w.t., sudah semestinya umat Islam menjadikan al-Quran sebagai pedoman

    hidup dan mengamalkannya secara aktif. Bukan sebaliknya, pasif dan membisu,

    sebagaimana orang-orang jahiliyyah dahulu yang menutup telinganya terhadap

    al-Quran. Beliau amat menyesali sikap umat Islam kini dan menganggapnya

    sama dengan sikap masyarakat jahiliyyah dahulu. Umat Islam sekarang

    mendengar ayat-ayat al-Quran dengan tenang, tanpa sebarang reaksi, hanya

    dengar dan diam. Akal mereka seolah-olah beku dan panca indera mereka sudah

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    23/35

    berfungsi lagi seolah-olah al-Quran berbicara dengan mereka dari tempat yang

    sangat jauh.

    Disamping itu, kita juga sangat sukar untuk mencari orang yang benar-benar

    berpegang pada al-Quran. Akibatnya kebudayaan yang dihasilkan pun tidak

    mempunyai dasar yang jelas dan identitinya pun tidak dapat dipegangi. Bahkan

    budaya import yang tidak bermanfaat dijadikannya sebagai identiti diri atau

    fesyen yang sesuai dengan trend zaman dan menjadi kebanggaannya. Mennurut

    al-Ghazali, al-Quran adalah sumber ilmu dan panduan hidup yang utama bagi

    umat Islam. Persoalannya, apakah umat Islam hari ini sudah dekat dengan al-

    Quran dan menjadikannya sebagai sumber pergerakan dan penerang kehidupan?

    Dengan kata lain, bagaimanakah kita dapat membangun metadologi pemahaman

    al-Quran serta menjadikannya sebagai teman berdialog dalam kehidupan, sekali

    gus sebagai nilai tambah dalam tambah dalam kehidupan umat Islam sekarang

    ini sesuai dengan fungsi al-Quran sebagai nas yang kekal sepanjang masa dan

    rujukan utama umat Islam.

    Melalui tulisannya yang berjudul Kaifa Matamal Maa al-Quran, al-Ghazali

    menyebut bahawa umat Islam pada hari ini lebih mementingkan bacaan dengan

    segala kaedah bacaan al-Quran, ilmu tajwid, dan terpaku pada hafazan teks-teks

    al-Quran semata-mata daripada berusaha memahaminya dengan baik. Ini

    bertentangan sekali, kata beliau dengan konsep membaca yang sepatutnya

    bererti memahami dengan secara sedar segala isi kandungan bahan yang dibaca

    itu. Kata beliau:

    Saya tidak faham mengapa umat Islam memisahkan antara membaca dan

    memahami sehingga kepada peringkat melakukan pembacaan semata-mata

    untuk memperoleh berkat dengan semata-mata menyebut perkataan tanpa

    menyedari erti dan tujuan ayat-ayat berkenaan (al-Sunnah al-Nabawiyah baina

    ahli Fiqh wa ahli al-Hadith 1989 : 77) Yang lebih mendukacitakan, kata beliau

    ialah bangsa-bangsa lain juga menyedari realiti buruk ini, kerana itulah siaran-

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    24/35

    siaran radio antarabangsa tidak keberatan menyiarkan bacaan-bacaan al-Quran.

    BBC London, kata beliau memulakan siaran hariannya dengan bacaan al-Quran.

    Sebabnya kerana bangsa itu tahu umat Islam hanya akan mendengar sahaja

    ayat-ayat itu tanpa memahaminya.

    Kerana itu beliau menyarankan supaya dikikis realiti ini dan juga kepercayaan

    bahawa membaca al-Quran tanpa memahami maksudnya juga merupakan satu

    cara beribadat kepada Allah. Beliau menyatakan bahawa kepercaayan demikian

    tidak terdapat hujjahnya dari segi syariat dan tidak dapat dibenarkan. Beliau

    membawa ayat al-Quran daripada surah Sad: 29. Maksudnya:

    Ini adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan

    berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat

    pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

    Ayat ini memberi penekanan pada mengingat, mengkaji dan memikirkan. Jadi,

    apa yang sepatutnya kata beliau ialah membaca al-Quran dengan penuh sedar

    dan cuba memahami segala apa yang terdapat di dalamnya sama ada hal-hal

    yang menyukakan hati atau mendukacitakan, tentang hukum, sunnah Tuhan,

    asas-asas tamadun, dan apa sahaja yang diperlukan oleh umat Islam supaya

    berperanan kembali dalam masyarakat manusia sejagat.

    Dari segi lain pula, beliau menekankan soal penghayatan. Kata beliau, Aisyah r.a.

    menegaskan bahawa keperibadian (akhlak) Rasul itu adalah al-Quran. Hadith ini

    bererti bahawa Rasulullah s.a.w. hidup dalam persekitaran al-Quran, bertindak

    mengikut nilai-nilai al-Quran, berfikir mengikut panduan al-Quran dan

    sebagainya. Begitulah juga, dengan al-Quran, umat Islam pada zaman awal Islam

    telah bertukar corak menjadi bangsa yang maju. Akibatnya dari mengabaikan

    penghayatan al-Quran inilah, kata beliau umat Islam menjadi jauh dari Islam dan

    sumbernya yang sebenar. Oleh kerana itu, beliau mencadangkan supaya umat

    Islam kembali membaca al-Quran dalam konsep yang sebenar. Dalam usaha

    memahami ayat-ayat al-Quran ini Sheikh Muhammad al-Ghazali memperingatkan

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    25/35

    tentang method yang perlu dipergunakan. Kata beliau dalam sejarah pengajian

    al-Quran terdapat berbagai-bagai method yang telah digunakan. Paling lama

    meniti arus zaman ialah method ahli Usul yang disifatkan oleh beliau paling halus

    dan tepat dalam memahami hukum dari ayat-ayat al-Quran. Disamping itu, kata

    beliau terdapat method-method lain lagi seperti method ahli tasawuf, method ahli

    falsafah dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, buat masa sekarang, method-method

    tersebut harus dinilai semula, atau sekurang-kurangnya dikembalikan kepada

    sifat kemurniaannya yang asal.

    Method tasawuf, kata al-Ghazali terdedah kepada khurafat, kerana ia banyak

    bergantung kepada daya khayalan hati yang jauh dari kaedah-kaedah bahasa dan

    syariat. Walaubagaimana pun beliau mengakui faedah method ini yang terletak

    pada penekanannya tentang akhlak, hubungan yang berkesan dengan Allah, cara

    yang bekesan mengingati Allah dan menggambarkan kehebatan-Nya dan

    sebagainya. Oleh itu, kata beliau method ini boleh digunakan tetapi dengan

    syarat terlebih dahulu dinilai kembali berasaskan keperluan sebenar umat Islam

    dan kesesuaiannya dengan kaedah syarak. Method falsafah pula, kata beliau

    perlu di lihat berasaskan sejarahnya dalam mempertahankan pemikiran Islam

    dari cabaran luar dan masalah-masalah yang timbul daripadanya pada masa itu.

    Ada pun sesudah ia menjadi suatu hasil pemikiran semata-mata yang jauh dari

    realiti hidup, nilainya sudah tidak seberapa lagi. Hal yang sama juga berlaku pada

    method usul Fiqh. Kata beliau, meskipun method usul fiqh merupakan method

    pemahaman al-Quran yang paling halus dan tepat dalam menganalisa hukum

    tetapi penulisan tentang method itu boleh dikatakan terhenti setakat kitab al-

    Muafaqat karya al-Imam al-Syatibi. Semua penulisan selepas itu, kata beliau

    kelihatan janggal belaka kerana tidak lebih dari mengulangi apa yang telah ada.

    Di samping method-method dia atas, kata beliau ada method-method lain lagi

    dalam memahami al-Quran. Meskipun method-method itu sudah berkubur sejak

    zaman awal lagi, namun ia perlu dihayati semula kini. Method Ibnu al-Haitham (M

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    26/35

    430H) Jabir Ibn Haiyan (M 200H), al-Khawarizmi (M 232H) dan lain-lain lagi yang

    mengamalkan al-Quran untuk memahami sunnah alam ini. Malah method sastera

    juga perlu dikembalikan (Kaifa Nata`amal ma`al Quran)

    Menyorot kitab tafsir yang ada, al-Ghazali di samping mengakui kehebatan

    masing-masing, mempertikaikan juga aliran atau isi kandungan sesetengah tafsir

    yang ada. Misalnya, kata beliau Tafsir al-Tabari banyak menggunakan hadith-

    hadith da`if sebagai asasnya. Di samping itu, keterikatannya dengan athar telah

    menjadikan tafsir itu agak kaku dan tidak boleh bergerak seluas yang dicakupi

    oleh pemikiran-pemikiran yang ada dalam ayat-ayat itu sendiri. Tafsir-tafsir

    aliran Fiqh pula, kata beliau hanya menumpukan kepada soal-soal hukum sahaja.

    Sementara tafsir-tafsir aliran ilmu al-Kalam pula seperti tafsir al-Razi banyak

    melencong ke luar dan perlu ditapis. Hal yang sama berlaku dalam tafsir bayani.

    Kata beliau, banyak dari tafsir-tafsir seperti ini mengandungi hal-hal yang di luar

    konteks sama sekali.

    Menyimpul pandangan dan kritik beliau ini al-Ghazali berkata:

    Setiap aliran ini ada lebih dan ada kurangnya. Kita tidak boleh menafikan

    kelebihan mereka. Tetapi kita mahu kesedaran Islam zaman ini tumbuh

    berakar umbikan Islam sebenar yang mampu melahirkan generasi prihatin

    yang ada hubungannya dengan al-Quran dan mengetahui segala dimensi

    dan objektifnya. Kita perlu melihat kepada hasil-hasil usaha manusia ini

    sebagai hasil-hasil yang mengandungi nilai betul dan salah dalam kadar

    yang hampir seimbang.

    Bertolak dari konsep inilah beliau mencadangkan satu bentuk pentafsiran yang

    syumul dan komprehensif dan tidak dibataskan kepada satu-satu aspek pemikiran

    tertentu. Malah beliau juga mencadangkan supaya dicari persesuaian antara

    tafsiran berkenaan dengan tahap kemajuan ilmu zaman ini meskipun dalam

    beberapa maklumat warisan yang tidak benar-benar sabit sebagai satu

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    27/35

    pandangan agama yang sebenar. Untuk ini beliau agak bersetuju dengan

    cadangan supaya dilonggarkan sedikit keterikatan para ulama dengan iktisas

    yang sempit. Malah, kata beliau tidak sepatutnya ada iktisas sebelum maklumat

    secara komprehensif diperolehi terlebih dahulu. Walau bagaimanapun beliau

    keberatan dengan pandangan sesetengah kalangan yang merasa perlu

    mengetepikan apa sahaja warisan pentafsiran yang ada atas alasan bahawa ia

    bukan sesuatu yang muqaddas. Bagi beliau langkah seperti itu sangat berbahaya

    dan boleh menyebabkan kekeliruan. Sebaliknya beliau mencadangkan sikap lebih

    sederhana dan menerima pandangan-pandangan warisan seberapa yang boleh.

    Malah kata beliau mengikut pandangan para Imam lebih baik dari bersikap

    seperti itu (al-Sunnah al-Nabawiyyah : 14-15)

    Pandangan al-Ghazali Tentang al-Sunnah dan al-Hadith

    Menurut al-Ghazali, sesungguhnya terdapat satu jalan bagi mencapai keredaan

    Allah s.w.t. dan mendapatkan rahmat-Nya, iaitu dengan mengikuti Nabi

    Muhammad s.a.w. dan mematuhi segala hadisnya serta berjalan mengikut

    sunnahnya seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    Katakanlah : Jika kamu mengasihi Allah, ikutilah aku, nescaya Allah

    mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Dan Allah Maha Pengampun

    lagi Penyayang.(Ali Imran : 31)

    Oleh itu, umat Islam sejak dari dahulu lagi, senantiasa memelihara warisan Nabi

    dan menjauhinya dari sebarang prasangka. Pendustaan terhadap Nabi adalah

    merupakan jalan untuk kekal di dalam neraka, kerana perbuatan itu adalah

    memalsukan agama dan mempersendakan Allah. Kerana Rasulullah s.a.w. telah

    bersabda, maksudnya:

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    28/35

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    29/35

    Menghurai lebih lanjut soal yang berhubung dengan matan/teks ini beliau

    menukilkan pandangan Dr. Mustafa al-Siba`i yang menyebut bahawa antara

    tanda-tanda hadis maudu yang dapat diperhatikan pada matan ialah jalan

    bahasanya tidak cukup baik, konsep di dalamnya tidak sesuai dengan logik akal

    yang nyata sampai tidak boleh ditafsirkan atau bertentangan dengan prinsip-

    prinsip umum akhlak dan hukum, bertentangan dengan al-Quran atau hadis

    mutawatir atau juga dengan mana-mana prinsip yang terdapat dalam al-Quran

    dan al-Sunnah sampai tidak boleh ditakwil, bertentangan dengan hakikat sejarah

    yang termaklum pada zaman Rasulullah dan keterlaluan.

    (Kaifa Nafham al-Islam : 232) Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu matan itu

    dianggap lemah kalau bertentangan dengan mana-mana objektif atau kaedah

    hukum syarak. Berdasarkan syarat-syarat ini, menurut al-Ghazali ternyata

    bahawa hukum tentang kesempurnaan kandungan hadis itu memerlukan

    pengetahuan tentang al-Quran, dan mendalami isi kandungan al-Quran yang jelas

    dan tersembunyi, dan memerlukan juga ilmu lain tentang berbagai-bagai riwayat

    naqli untuk membuat perbandingan dan menentukan keutamaan di antara dalil-

    dalil dari al-Quran itu. Pada hakikatnya, peranan para ahli ilmu fiqh adalah untuk

    menyempurnakan peranan para ahli hadis, dan menjaga sunnah dari sebarang

    kecacatan yang mungkin mengalir masuk kerana kelalaian atau tidak mengambil

    berat. Menurut al-Ghazali, Sunnah yang mempunyai ramai periwayatnya adalah

    mempunyai hukum yang sama dengan al-Quran, iaitu yang sahih dan masyhur

    yang menjelaskan hukum yang umum dan mutlak di dalam al-Quran. Dan hadis

    ini juga mengandungi hukum-hukum bagi masalah-masalah cabang (furu`) yang

    dipertikaikan oleh mazhab-mazhab fiqh selepas dipersetujui bahawa al-Sunnah

    adalah merupakan sumber hukum yang kedua selepas al-Quran.

    Seterusnya al-Ghazali menjelaskan bahawa kadang-kadang terdapat hadis yang

    sahih pada sanadnya tetapi lemah pada kandungan atau matannya iaitu setelah

    para ahli fiqah menemui satu kecacatan yang tersembunyi pada hadis itu. Oleh

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    30/35

    itu penemuan satu kecacatan di dalam teks hadis kandungan/matan itu adalah

    merupakan monopoli ulama hadis semata-mata, tetapi para ulama tafsir, usul,

    ilmu kalam dan fiqah juga adalah bertanggungjawab terhadapnya, malah

    mungkin juga tanggungjawab mereka ini mengatasi tanggungjawab orang lain.

    Adalah memalukan, menurut al-Ghazali terdapat sesetengah orang yang sibuk

    mengkaji hadis sedangkan mereka terlalu lemah untuk meneliti al-Quran dan

    memahami hukum-hukumnya. Tambah al-Ghazali:

    Saya tidak senang dengan orang-orang yang kurang memahami al-Quran

    tetapi banyak meneliti hadis dan mengeluarkan hukum serta menyebarkan

    fatwa, yang dengan cara itu mereka telah menambahkan lagi kebingungan

    masyarakat. (20)

    Menurut al-Ghazali lagi, sebenarnya para imam fiqah Islam senantiasa

    menetapkan hukum-hukum berasaskan medan ijtihad yang luas. Pertama,

    mereka berpegang kepada (dalil-dalil) al-Quran, dan apabila mereka mendapati

    kumpulan hadis yang diriwayatkan itu sesuai dengan nas al-Quran maka mereka

    menerimanya, dan jika tidak dapat disesuaikan, maka al-Quran yang lebih utama

    diikuti (Sunnah Nabi antara ahli fiqah dan Ahli Hadis : 11).

    Jelasnya al-Ghazali berpendapat bahawa tidak ada pertikaian di antara kaum

    Muslimin dalam mengamalkan apa yang sememangnya sahih datangnya daripada

    Rasulullah s.a.w. iaitu sesuai dengan prinsip-prinsip pengambilan dalil yang telah

    ditentukan oleh para Imam dan disampaikan kepada umat.

    Cuma yang berlaku pertikaian ialah di sekitar benar atau tidaknya sesuatu yang

    dikatakan datangnnya dari Rasulullah s.a.w. itu, iaitu pertikaian yang mesti

    diberhentikan dan semestinya juga ditolak andaian-andaian dan sesuatu yang

    diada-adakan. Apabila hadis yang diriwayatkan mencukupi syarat-syarat yang

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    31/35

    ditetapkan oleh para ulama, maka tidak ada sebab ia harus ditolak, dan apabila

    berlaku pertikaian secara terhormat tentang kecukupan syarat-syarat tersebut,

    maka hal ini menjadi perkara terbuka dan memungkinkan wujudnya pandangan

    yang berbeza dan pertikaian ini tidaklah ada hubungannya dengan kekufuran dan

    keimanan, ketaatan atau kemaksiatan. (26-27)

    Menyentuh mengenai hadis perseorangan (hadis Ahad) menurut al-Ghazali:

    Hadis perseorangan itu hanyalah untuk memberikan dalil berasaskan zan

    (prasangka ilmu) sahaja dan ia boleh dijadikan dalil bagi hukum syariah

    selama mana tidak terdapat dalil lain yang lebih kuat lagi. Dalil yang

    terkuat adalah datangnnya dari dalil-dalil al-Quran, yang hampir dan jauh,

    atau dari Sunnah mutawatir, atau dari amalan orang Madinah.

    Anggapan yang menyatakan bahawa hadis perseorangan itu merupakan dalil

    yakin sama seperti hadis mutawatir adalah satu anggapan yang keterlaluan dan

    tidak diterima dari sudut akal dan naqal. Al-Ghazali menambah: Sesungguhnya

    segala dari aqidah, rukun-rukum dan dasar-dasar agama kita adalah diambil dari

    sumber-sumber yang sampai secara muktamad, atau dari sesuatu yang ternyata

    kesahihannya. Adapun hukum-hukum cabang maka bolehlah diambil dari hadis

    perseorangan. Al-Ghazali mengkaji kitab-kitab hadis dengan mendalam, dengan

    keyakinan bahawa di dalamnya terdapat banyak sekali khazanah ilmu daripada

    peninggalan Nabi. Beliau mencuba dengan fitrah yang ada padanya untuk

    menolak hadis yang lemah dan menerima yang sahih, iaitu dengan fitrah yang

    dilahirkan oleh pembacaan kitab Allah secara berterusan, dan kecintaan terhadap

    kebenaran wahyu yang berkat ini, juga kajian terhadap kandungan fiqah empat

    mazhab terbesar dan para ahi ilmuan dan ahli fikir yang terkemudian.

    Beberapa contoh amalan al-Ghazali dengan al-Sunnah atau hadis

    Rasulullah s.a.w.

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    32/35

    Berdasarkan kepada pandangan asas ini beliau menentukan pendirian tentang

    menerima atau menolak hadith tertentu. Mengenai penerimaan hadith yang dari

    segi sanadnya daif beliau berkata:

    Orang mungkin bertanya, megnapa menggunakan hadith-hadith daif.

    Jawabnya dari segi emosi, adalah suatu kebangganan menerima apa sahaja

    daripada Nabi atau apa sahaja yang diagakkan daripada baginda. Ada para

    ulama yang lansung tidak mahu menerima hadith daif. Mereka tentu ada

    pandangan mereka sendiri. Tetapi para ulama yang menerima hadith daif,

    tidak berkaitan dengan aqidah dan hukum dan tidak terkeluar daripada

    prinsip-prinsip umum yang telah ditetapkan.

    (fiqh al-Sirah)

    Beliau selanjutnya berkata:

    Bersikap benar misalnya satu kebaikan yang diterima akal dan naqal.

    Kalau ada hadith daif mencerca kedustaaan atau memuji ketelitian dalam

    menyampaikan berita, tidak mengapa ia diterima... Atas asas inilah para

    ulama bertolak ansur dengan hadith-hadith daif. Mereka menerimanya

    dalah hal-hal amalan tambahan (fadail al-amal)... Sikap lembut unu

    memerlukan kepekaan terhadap kaedah-kaedah agama, objektif-objektif

    umum serta warisan-warisannya yang soheh. (Kaifa Nafham al-Islam)

    Menceritakan pengalaman sendiri beliau mengakui pernah menggunakan hadith

    daif ini dalam dakwah-dakwah beliau bagi menjadikannya lebih senang diterima

    oleh orang ramai. Begitu pun penggunaan terhad mengikut syarat-syarat tadi.

    Malah dalam buku Fiqh al-Sirah beliau menyebut secara tepat:

    Kadangkala ulama sunnah bercanggah dalam mementukan soheh atau

    daifnya sesuatu hadith itu... Bagaimanapun saya kadang-kadangnya

    melihat kepada matan hadith itu benar-benar sesuai dengan mana-mana

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    33/35

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    34/35

    Pertama: Lebih menghalusi ayat-ayat suci al-Quran.

    Kedua: Memperkuatkan hubungan di antara hadis dan dalil-dalil al-Quran

    yang dekat dan jauh, kerana pengkajian Islam yang mantap tidak akan

    tertegak tanpa kedua-dua perkara ini bersama.

    Katanya:

    Sesungguhnya kita adalah pendukung Islam yang ungun mempertingkat

    wahyu Ilahi dan sedar akan fitrah kemanusiaan, dan kita haruslah

    mengarahkan tamadun supaya mempunyai hubungan dengan Tuhan dan

    berjalan seiring dengan petunjuk-Nya...

    Muhammad al-Ghazali Meninggal Dunia

    Muhammad al-Ghazali telah meninggal duni di Riyadh Saudi Arabia pada 9 Mac

    1996M, selepas diserang sakit jantung secara mengejut ketika sedang memberi

    ceramah di seminat Islam dan Barat, ketika berusia 78 tahun. Beliau telah

    dimakamkan di perkuburan al-Baqi Madinah al-Munawwarah berdekatan makan

    anak Nabi Muhammad iaitu Ibrahim dan Imam Malik bin Anas, kira-kira 15 meter

    dari Masjid al-Nabawi.

    Ringkasnya, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa al-Ghazali merupakan

    seorang tokoh ulama terbilang yang mempunyai wawasan yang tegas terhadap

    masa depan umat Islam. Amat sensitif dengan corak kehidupan dan

    permasalahan umat Islam, kehidupan ini mendorong beliau mencari jawaban dan

    penyelesaiannya melalui berbagai method yang berpandukan al-Quran dan al-

    Sunnah. Beliau bukan sahaja mengemukakan penyelesaian masalah kepada

    umat menerusi pemikirannya malah beliau sebenarnya adalah pengkritik yang

    tidak menyenangi kecacatan dan kecuaian ummah. Al-Ghazali bersama tokoh

    pemikiran kalam semasa dengannnya, mengorak langkah membendung umat

  • 8/14/2019 Konsep Umum Pemikiran Dan Pemikiran Islam

    35/35

    Islam di dalam garisan hidayah al-Quran melalui penulisannya yang tajam.

    Menggesa umat Islam meninggalkan sisa-sisa kejumudan dan memajukan kualiti

    kehidupan bersesuaian dengan tuntutan semasa. Paling tepat beliau adalah

    seorang dai yang berdakwah dengan sepenuh hati dan seluruh kehidupan untuk

    mengajak umat Islam kini kembali ke jalan Allah.