KONSULTASI BAJET 1 - treasury.gov.my · pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala...

20
Bilangan 3 Mei - Jun 2013 PERHIMPUNAN PERPADUAN HARI PEKERJA ms 14 PESTA SUKAN PERBENDAHARAAN ms 10-11 FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA ms 8

Transcript of KONSULTASI BAJET 1 - treasury.gov.my · pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala...

Bilangan 3Mei - Jun 2013

PERHIMPUNAN PERPADUAN HARI PEKERJAms 14

PESTA SUKAN PERBENDAHARAANms 10-11

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYAms 8

MAJLIS KONSULTASI BAJET 2014

Perutusan KSP

PENASIHATYBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar AbdullahKetua Setiausaha Perbendaharaan

KETUA PENGARANGAmidah Hamim

EDITORNorhaidah Md EsaNorshuhada Mansor

DITERBITKAN OLEHUnit Komunikasi KorporatKementerian Kewangan Malaysia

Buletin KhazanahUnit Komunikasi Korporat,Aras 2, Perbendaharaan 2,Kompleks Kementerian Kewangan,No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 Putrajaya.

Tel: 03-8890 6438 Faks: 03-8890 6515 E-mail: [email protected] [email protected] [email protected]

Dicetak oleh:Absolute Master Printers Sdn. Bhd.

Terima kasih diucapkan kepada bahagian dan

agensi yang telah menyumbang artikel dan bahan

untuk penerbitan buletin ini.

Sidang Pengarang Buletin Khazanah

mengalu-alukan sumbangan berita/rencana.

Kesinambungan Buletin Khazanah adalah

kejayaan kita bersama. Jangan lupa hantarkan

sumbangan anda kepada:

Sidang Pengarang

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat izin dan limpah kurnia -Nya, kita bertemu sekali lagi melalui terbitan Buletin

Khazanah bulan Mei -Jun 2013 ini.

Terlebih dahulu bagi pihak warga Kementerian Kewangan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ”Selamat Kembali” dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan; Tahniah kepada YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang telah dilantik semula menjadi Menteri Kewangan II dan YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Tahniah di atas kemenangan mereka memenangi kerusi Parlimen yang diwakili mereka pada Pilihan Raya Umum Ketiga Belas pada 5 Mei yang lalu.

Kepada YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kembalinya beliau ke Kementerian Kewangan bolehlah dianggap sebagai ”sireh pulang ke gagang”. Prestasi dan kecemerlangan beliau menjadi Menteri Kewangan II pada penggal yang lalu telah menyebabkan beliau diberi kepercayaan sekali lagi untuk meneruskan tanggungjawab membantu YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Kepada YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, kami mengucapkan ”Selamat Datang” ke Kementerian Kewangan. YB Datuk Haji Ahmad Haji Maslan juga tidak kurang hebatnya daripada segi pengalaman dan pengetahuan sehingga beliau diberi kepercayaan oleh YAB Perdana Menteri untuk menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Justeru kombinasi kehebatan YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dengan YB Menteri Menteri Kewangan II dan YB Timbalan Menteri Kewangan ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan Kementerian ini terutamanya dalam mengurus kewangan dan ekonomi negara.

Kepada YB Dato’ Dr Awang Adek Hussin dan YB Dato’ Ir. Donald Lim Siang Chai, bagi pihak warga Kementerian Kewangan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan bakti sepanjang mereka bersama kami di penggal yang lalu.

Kepada warga Perbendaharaan, kita sedia maklum bahawa Perbendaharaan sekarang dalam transformasi untuk merealisasikan halatuju menjadi “Perbendaharaan Esok Bermula Hari Ini” (Tomorrow Treasury, Today).

Justeru, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih atas komitmen dan persediaan untuk menerima perubahan yang ditunjukkan oleh warga Perbendaharaan.

Sekian, terima kasih.

YBHG. TAN SRI DR. MOHD IRWAN SERIGAR ABDULLAH KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

3

YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Lelaki Malvern Worchestershire, England. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Mula menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan pada April 2009 sehingga kini.

YB. DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN II

Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak. Beliau pernah pendidikan rendah di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam dari Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia.

Mula menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan II pada 18 mac 2008 hingga kini.

YB. DATUK HJ AHMAD HJ MASLAN, TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

Beliau dilahirkan pada 30 April 1966 di Benut, Pontian, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK. Seri Bahagia, Lubuk Sipat, Benut dan mendapat pendidikan menengah di SM Sains Johor, Kluang. Beliau meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi & Sains Politik di Universiti Victoria, New Zealand dan seterusnya melanjutkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Mula menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada 15 Mei 2013 sehingga kini.

Tahniah!!!&

SELAMAT DATANG

4

MAJLIS KONSULTASI

BAJET 2014

18 Jun 2013 – YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2014 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan.

Lebih kurang 96 memorandum telah dikemukakan meliputi pelbagai aspek makro, isu-isu sektoral dan sosial kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan sebagai input penyediaan bajet 2014.

Majlis bertemakan Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi turut menumpukan kepada dua elemen iaitu merancakkan ekonomi negara dan menentukan kesejahteraan rakyat secara inklusif.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Kewangan Kedua, YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

4 Jun 2013 – Tiga teraju Kementerian Kewangan yang terdiri daripada YB Dato’ Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua, YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah menghadiri Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Jun 2013 yang diadakan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan.

Perhimpunan ini merupakan kali pertama selepas Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinet Baru. Ketika perhimpunan tersebut, YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua menyeru agar warga Kementerian Kewangan meningkatkan kualiti kerja untuk memastikan Kementerian Kewangan kekal sebagai sebuah agensi unggul serta terus mencapai kejayaan demi kejayaan yang lebih cemerlang.

Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, yang dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan berharap agar sama-sama menabur jasa dan bakti di Kementerian Kewangan yang begitu besar peranan dan tanggungjawabnya terhadap pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Booth terbaik sempena program TTP Open Day yang telah diadakan pada 24 April 2013 yang lalu.

• Tempat Pertama : Pasukan Re-engineering Key Processes - RM 10,000

• Tempat Kedua : Pasukan Values & Culture - RM5,000

• Tempat Ketiga : Pasukan Leadership in Fiscal Strategy & Discipline Pasukan - RM 3,000

Perhimpunan Bulanan

5

6

JKDM & LHDN METERAI MOU AUDIT

MAJLIS MENANDATANGANI KOLABORASI TEKNOLOGI ANTARA MAVENIR USA, UTP DAN VISUALNET SDN BHD

TARIKH : 11 JUN 2013

TEMPAT : THE GARDENS HOTEL, MIDVALLEY KUALA LUMPUR

DISAKSIKAN OLEH : YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH, MENTERI KEWANGAN KEDUA

11 Jun 2013 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi Program Audit Bersama untuk menambah hasil serta meningkatkan pengauditan berkesan.

Program tersebut merupakan inisiatif kerajaan di bawah konsep Strategi Lautan Biru bagi membangunkan rangkaian perkongsian maklumat yang lebih baik di antara dua agensi terbabit. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan perkongsian pengetahuan dan keperluan berkaitan audit selain membolehkan pertukaran maklumat syarikat atau pembayar cukai antara agensi.

Majlis menandatangani MOU di antara JKDM yang diwakili oleh YB. Datuk Seri Mohd Khazali Ahmad dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang diwakili oleh YBhg. Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar tersebut telah disaksikan oleh YB. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua bertempat di Putrajaya.

30 Mei 2013 – YB Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua telah menyampaikan ucaptama di 19th Meetings of The WSBI Asia Pacific Regional Group, anjuran Bank Simpanan Nasional bertempat di Cyberview Lodge, Cyberjaya.

World Savings Banks Institute (WSBI) ialah wakil bagi simpanan global dan perbankan runcit. Ia mewakili simpanan dan perbankan runcit yang komited di 90 buah Negara. WSBI bekerjasama rapat dengan institusi kewangan antarabangsa dan mewakili kepentingan ahli-ahlinya di peringkat antarabangsa.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Pengerusi Bank Simpanan Nasional, Mr Chris De Noose, Pengarah Urusan World Savings Banks Institute, dan YBhg. Datuk Adinan Maning, Pengerusi WSBI Asia Pacific Regional Group.

19 th MEETINGS OF THE WSBI ASIA PACIFIC REGIONAL GROUP

7

MAJLIS MENANDATANGANI KOLABORASI TEKNOLOGI ANTARA MAVENIR USA, UTP DAN VISUALNET SDN BHD

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 201324 – 25 Mei 2013 – Festival Belia Putrajaya 2013 yang merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan bertempat di Presint 2, Putrajaya.

Himpunan belia besar-besaran ini telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi telah diadakan sepanjang Festival Belia Putraya 2013 termasuk pameran dari Kementerian-Kementerian dan agensi swasta.

YB. Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan telah merasmikan gerai pameran Kementerian Kewangan yang disertai oleh Unit Komunikasi Korporat, Unit ePerolehan dan Commerce dot Com Sdn. Bhd. Beliau turut mempromosikan projek NextGen ePerolehan yang dibangunkan oleh Kementerian Kewangan untuk memudahkan urusan perolehan secara elektronik.

NextGen ePerolehan merupakan Sistem Perolehan baru yang direka untuk memberi nilai tambah kepada penggunanya dan akan mula dilaksanakan bermula pada 2015 bagi menggantikan Sistem eP sedia ada yang telah beroperasi hampir 12 tahun.

8

Kunjungan Mesra Ke JKDM Pahang

PROGRAM KAUNTER BERGERAK BNMLINK15 Jun 2013 – YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan telah merasmikan Program Kaunter Bergerak BNMLINK anjuran Bank Negara Malaysia yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Benut, Pontian, Johor.

Program ini merupakan salah satu daripada inisiatif BankingInfo Dan InsuranceInfo yang menyasarkan penyertaan kanak-kanak sekolah dalam program jangkauan Bank bagi meningkatkan pendidikan kewangan mereka, dan jerayawara (roadshows) pendidikan kewangan untuk meluaskan penyampaian maklumat kepada orang ramai, termasuk di kawasan luar Bandar.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBrs. Encik Abu Hassan Alshari Yahaya, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia dan YBrs. Tuan Hj Muji Salimon, Pegawai Daerah Pontian.

13 Jun 2013 – YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan telah membuat Kunjungan Mesra ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Pahang.

Pengarah JKDM Pahang, YBhg Dato’ Sarip Ismail bersama warga JKDM Pahang mengalukan-alukan kunjungan mesra YB Datuk Hj Ahmad Maslan ke bangunan baru JKDM Pahang yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Pahang.

Pejabat JKDM Pahang telah berpindah ke bangunan baru selama 1 tahun dan menempatkan seramai 300 warga JKDM di bangunan baru ini.

9

PESTA SUKAN PERBENDAHARAAN

Kontinjen Jabatan Akauntan Negara merangkul Juara Keseluruhan Pesta Sukan Perbendaharaan

Malaysia ke - 23, 2013 sekaligus mengekalkan kejuaraan selama lima tahun berturut-turut. Kontinjen Bahagian Pinjaman Perumahan mengekalkan kedudukan di tempat kedua diikuti Kontinjen Sektor Pengurusan.

Pesta Sukan Perbendaharaan Malaysia ke - 23, 2013 telah diadakan bertempat di Stadium INPENS, Kampus 2, Bangi Selangor dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.

Sebanyak 14 acara telah dipertandingkan dalam Pesta Sukan Perbendaharaa pada tahun ini dan lima Kontinjen mengambil bahagian iaitu Kontinjen Jabatan Akauntan Negara (Hijau), Kontinjen Pengurusan (Merah), Kontinjen Bahagian Pinjaman Perumahan (Kuning), Kontinjen Dasar (Oren) dan Kontinjen Sistem & Kawalan (Biru).

Sempena Majlis Perasmian tersebut, YBhg. Datuk Hj Ahmad Hj Maslan telah menyampaikan Sumbangan Tabung Bencana NSTP-MEDIA PRIMA mewakili Kelab Perbendaharaan bagi membantu mangsa tragedi bot karam di Jeram Tukok-Jeram Bungan, di Sungai Rajang, Sarawak pada 29 Mei 2013 yang lalu.

Majlis Penutup Pesta Sukan Perbendaharaan Ke - 23, 2013 telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 2 Jun 2013.

Olahragawan Terbaik bagi Pesta Sukan Perbendaharaan ke - 23, 2013 telah dinobatkan kepada Encik Noor Hisyam Affizam dari Kontijen Sistem & Kawalan, manakala Cik Nor Fazilah dari Kontinjen Bahagian Pinjaman Perumahan telah dinobatkan sebagai Olahragawati Terbaik.

10

11

12

PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI

13 Jun 2013 – Persidangan Akauntan Sektor Awam 2013 (National Public Sector Accountant Conference - NAPSAC 2013) telah diadakan di Kuantan, Pahang. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.

Persidangan ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan pegawai perkhidmatan perakaunan ke arah pelaksanaan perakaunan akruan. Pelaksanaan perakaunan akruan ini akan bermula pada tahun 2015 manakala pelaksanaan di peringkat Kerajaan Negeri mulai tahun 2016.

Menurut YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan, pelaksanaan perakaunan akruan ini akan memberi kesan signifikan dalam pengurusan fiskal berhemat serta dapat mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman, Akauntan Negara Malaysia.

PROGRAM Mobile CTC di Felcra Lubuk Sireh, Perlis

Pusat Sehenti GABEM

26 Mei 2013 – Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC) atau Pusat Transformasi Komuniti Bergerak terus diperluaskan ke Felcra Lubok Sireh, Perlis. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.

Program di Felcra Lubok Sireh ini merupakan penjelajahan Mobile CTC kali ke-14 sejak ia bermula pada 1 Mac 2013. Penjelajahan dengan membawa

pelbagai perkhidmatan Kerajaan dan Swasta ini akan terus diperluaskan di kawasan pedalaman, menurut YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan.

Menurutnya lagi, sambutan penduduk di kawasan ini sangat menggalakkan dan usaha ini perlu sebagai salah satu aktiviti turun padang dengan menawarkan kemudahan dan perkhidmatan utama yang diperlukan sambil beramah-mesra dengan penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman.

Antara perkhidmatan yang dijalankan di Felcra Lubok Sireh adalah :

• Kementerian Kewangan, MARA,

• Jabatan Pendaftaran Negara

• Kopie Satu (FAMA)

• Amanah Ikhtiar Malaysia

• Klinik Bergerak 1Malaysia

• ePerolehan

Kementerian Kewangan telah menyertai Program Pengoperasian Pusat Sehenti Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) di Zon Tengah dan Timur pada 28 Mei 2013 dan 25 Jun 2013. Program berbentuk Hari

Bertemu Pelanggan ini telah disertai pegawai dari Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Perolehan Kerajaan dan Unit ePerolehan. Program diadakan bertujuan untuk memberikan maklumat dan menjawab persoalan orang awam, pembekal, usahawan dan graduan berkaitan perolehan, aduan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan Kementerian Kewangan.

Zon Tempat Tarikh

Tengah Teluk Intan, Perak 28 Mei 2013

Timur Setiu, Terengganu 25 Jun 2013

13

PERHIMPUNAN PERPADUAN SEMPENA HARI PEKERJA 201322 Jun 2013 – Seramai 56 orang peserta mewakili Kementerian Kewangan telah menyertai Perhimpunan Perpaduan sempena Hari Pekerja 2013 yang diadakan bertempat di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bertemakan “Pekerja Pemangkin Transformasi Negara”, program tersebut turut dihadiri oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. YB. Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan bersempena Majlis Perhimpunan Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2013.

Beliau dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan dan rakyat khususnya kaum pekerja yang bukan sahaja sanggup memikul beban kemelesetan ekonomi tetapi telah memberi kerjasama yang padu dalam usaha memulihkan semula ekonomi dan kewangan Negara.

14

MESYUARAT JKKJKTU

1-3 Mei 2013 – YBhg. Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja kepada Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKKJKTU) yang telah diadakan bertempat di Tasik Kenyir, Terengganu.

Mesyuarat JKKJKTU tersebut diadakan bertujuan untuk mengatasi masalah ketirisan serta disamping untuk memperkukuhkan lagi struktur sistem pengurusan pentadbiran dalam perkhidmatan kerajaan di Kementerian Kewangan.

Mesyuarat telah dihadiri oleh semua Setiausaha-setiausaha Bahagian Perbendaharaan dan Ketua-ketua Pengarah Agensi di bawah Kementerian Kewangan.

15

LAWATAN KERJA YB TMK KE AGENSI MOF

16

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) – 17 JUN 2013

JABATAN PERKHIDMATAN DAN PENILAIAN HARTA (JPPH) –

BANK NEGARA MALAYSIA – 11 JUN 2013

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) – 20 JUN 2013

SURUHANJAYA SEKURITI (SC) – 12 JUN 2013

BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) – 5 JUN 2013

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) – 3 JUN 2013

BURSA MALAYSIA BERHAD – 6 JUN 2013

KUMPULAN WANG AMANAH PERSARAAN (KWAP) – 6 JUN 2013

KHAZANAH NASIONAL BERHAD – 17 JUN 2013

Mesyuarat Kelab Perbendaharaan Kali Ke 30

9 Mei 2013 – Mesyuarat Kelab Perbendaharaan Kali Ke 30 telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah merangkap Yang Dipertua Kelab bertempat di Dewan Utama, Kementerian Kewangan.

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk memaklumkan mengenai kedudukan kewangan kelab dan laporan program-program yang telah dijalankan oleh kelab sepanjang tahun 2012. Mesyuarat Agung ini juga memberi peluang ahli untuk menyampaikan pandangan dan cadangan bagi meningkatkan lagi prestasi, kebajikan dan aktiviti kelab yang diperlukan oleh ahli.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Yang Di Pertua, YBhg. Datuk Nozirah Bahari, YBhg. Dato’ Mat Noor Nawi , YBhg. Datuk Wan Selamah W. Sulaiman dan YBhg. Dato’ Fauziah Yaakob.

Berikut senarai Setiausaha Biro yang membentangkan Laporan Aktiviti 2012 :

Setiausaha Kehormat : Y Bhg. Dato’ Bukhari bin Hasan

Setiausaha Biro Sukan : Encik Abd. Wahid bin Ahmad

Setiausaha Biro Sosial : Y. Bhg. Dato’ Azman bin Umar & Kebajikan Kehormat

Setiausaha Biro Agama : Tuan Hj. Mat Nawi bin Sulaiman Kehormat

Setiausaha Biro Ekonomi : Puan Hjh. Hazanah bt Abu Bakar & Kewangan Kehormat Setiausaha Biro Seranta/ : Puan Hjh. Amidah bt Hamim Publisiti Kehormat

17

LAWATAN & CERAMAH BULANANLAWATAN SAMBIL BELAJAR KE OUTCOME BASED BUDGETING UNIT OLEH PEGAWAI KANAN SRI LANKA

TARIKH : 8 MEI 2013TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA, ARAS 12, PERBENDAHARAAN MALAYSIA

LAWATAN KE KILANG COKLAT BERYL’S

TARIKH : 20 JUN 2013TEMPAT : KILANG COKLAT BERYL’S, SERI KEMBANGAN, SELANGOR

LAWATAN DELEGASI AFGHANISTAN KE MALAYSIA

TARIKH : 10 JUN 2013TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA, ARAS 12, PERBENDAHARAAN MALAYSIA

CERAMAH BULANAN : RUMAH MAMPUKAH AKU MILIKI?

TARIKH : 7 MEI 2013TEMPAT : AUDITORIUM, PERBENDAHARAAN MALAYSIA

18

KERATAN AKHBAR

19

20

MESYUARAT KHAS PUSPANITA PERBENDAHARAAN

12 Jun 2013 – Mesyuarat Khas PUSPANITA Perbendaharaan Kali Pertama bagi Tahun 2013 telah diadakan bertempat di Dewan Utama Kementerian Kewangan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Datin Wan Nor Hazaniah Hassan, Pengerusi PUSPANITA Perbendaharaan.

Tujuan Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membentangkan aktiviti tahunan yang dijalankan sepanjang tahun 2012, pelantikan ahli jawatankuasa dan wakil tingkat yang baru serta memberi peluang kepada ahli-ahli PUSPANITA bersuai kenal serta beramah mesra sesama ahli.

Seramai 345 orang ahli PUSPANITA Perbendaharaan telah hadir pada Mesyuarat tersebut yang turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian, serta aktiviti jualan PUSPANITA.